• Tiada Hasil Ditemukan

E-PROSIDING SEMINAR KEWANGAN ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "E-PROSIDING SEMINAR KEWANGAN ISLAM"

Copied!
22
0
0

Tekspenuh

(1)

E-PROSIDING SEMINAR KEWANGAN ISLAM

KEBANGSAAN 2020

2 8 A P R I L - 2 1 M E I 2 0 2 0

D E N G A N K E R J A S A M A O L E H

Universiti Utara Malaysia UniSHAMs

Universiti Teknologi Mara

D I A N J U R K A N O L E H

Lembaga Zakat Negeri Kedah

eISBN: 978-967-17121-4-6

(2)

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) journal.zakatkedah.com.my

Cetakan Pertama 2020

©Hak Cipta Terpelihara

Hak cipta terpelihara, tiada mana-mana bahagian daripada e-prosiding ini yang boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada sebarang bentuk dengan apacara sekalipun tanpa izin bertulis daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Skop

E-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan 2020 merupakan kertas kerja saintifik yang dihasilkan bagi menggalakkan penyelidikan dan penyebaran maklumat yang efisien dan dinamik dari kumpulan pengurusan atasan hingga ke kumpulan pelaksana bertujuan berkongsi maklumat, idea, pengalaman dan permasalahan dalam kewangan Islam. E-prosiding ini mengumpulkan pelbagai artikel daripada pelbagai aspek berkaitan kewangan Islam seperti zakat, wakaf, muamalat, hibah, baitulmal, halal dan lain-lain. Kriteria penilaian adalah berdasarkan hasil kerja penulisan asal yang belum pernah diterbitkan dan mempunyai nilai-nilai yang boleh diaplikasikan dalam pembangunan serta pengukuhan institusi kewangan Islam seperti zakat, wakaf, muamalat, hibah, baitulmal, halal dan lain-lain.

Tanggungjawab kepada fakta dan pandangan dalam artikel-artikel ini adalah terletak secara eksklusif ke atas penulis semata-mata. Penghujahan mereka tidak semestinya menggambarkan pandangan atau polisi LZNK mahupun Kerajaan Malaysia.

Diterbitkan dan dicetak oleh:

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Aras 3, Menara Zakat

Jalan Teluk Wan Jah 05200 Alor Setar Kedah Darul Aman

Tel: 04-733 1740 Faks: 04-7316280

(3)

SIDANG REDAKSI

PROSIDING SEMINAR KEWANGAN ISLAM KEBANGSAAN 2020

Penaung

Syeikh Zakaria Bin Othman Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Ketua Editor & Reka Letak Dr. Hafizah Binti Zainal Pengurus

Pusat Kajian Pengantarabangsaan Zakat Kedah Lembaga Zakat Negeri Kedah

Penolong Editor

Noor Afifah Binti Ahmad Mohamad Zaidi Bin Azizan Unit Media

Khairul Amizi Bin Abd Majid Mohd Faiz Bin Abu Osman Suhaimi Bin Haji Mahmud

Mohammad Affendie Bin Mohd Shurkri

(4)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

ISI KANDUNGAN

AMALAN BERZAKAT DALAM KALANGAN KAKITANGAN KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR: KAJIAN TINJAUAN AWAL

Elmi Baharuddin, Mohd Marzuki Ali, Mohd Kamal Shah Rani

AVAILABILITY OF LITERATURE ON MAQASID AND ISLAMIC FINANCE IN THE INTERNET

Yusof Ismail, Suhaimi Mhd Sarif

AWARENESS BUSINESS ZAKAT IN ISLAM AMONG SMALL BUSINESS IN SEBERANG PERAI TENGAH PENANG

Wan Mohd Rushdi Bin W. A. Lah

BRIDGING THE GAP IN INCOME INEQUALITY BY ADOPTING MAQASID AL-SHARIAH AMONG NON-BANK ISLAMIC FUND

Haslindar Ibrahim, Nik Hadiyan Nik Azman, Azam Abdel hakim, Khalid Ahmed

CADANGAN KONTEMPORARI PERLUASAN KONSEP AR-RIQAB BAGI PEMULIHAN PESAKIT MENTAL

Amin Che Ahmat, Izatul Akmar Ismail, Che Zarrina Sa’ari, Abdul Munir Mohamed Noh

CADANGAN MELOKALISASIKAN KUTIPAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DALAM MENANGANI CABARAN PANDEMIK COVID-19

Amir Zakri Abdul Rani, Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd NoorMohamad Imran Md Yussof

COULD STATE RELIGIOUS COUNCIL MAKES BUSSINESS ZAKAT COMPULSORY ON ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION AND COOPERATIVE SOCIETIES: LEGAL ANALYSIS

Mohd Zakhiri Md Nor, Ani Munirah Mohamad b Alias Azhar, Roshidah Osman

DOES ZAKAH INSTITUTIONS IN MALAYSIA GIVE ZAKAH FOR BUSINESS PURPOSES? : AN EXPLORATORY STUDY

Noor Fazni binti Harun & Asmak binti Ab Rahman

DETERMINANT FACTORS OF ISLAMIC FINANCIAL LITERACY Nurul Wajhi binti Ahmad, Khairul Anuar Ahmad

EDUCATION WAQF AND THE DEVELOPMENT OF ECONOMIC Mai Syaheera M. Shaari

ELEMEN KEMAHIRAN DALAM WAKALAH AGIHAN ZAKAT: KAJIAN KES DI PELABURAN HARTANAH BERHAD

Syahmi Haziq Osmera & Hairunnizam Wahid

1-7

8-13

14-21

22-30

31-41

42-58

59-65

66-75

76-84

85-91

92-100

(5)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

ENAKMEN LEMBAGA ZAKAT KEDAH DARUL AMAN 2015 DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF: PENILAIAN DARI PERSPEKTIF TADBIR URUS Mohamad Naimi Mohamad Nor, Suhaimi Ishak & Amirul Faiz Osman

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNA TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN/ONLINE

Muhammad Aizat Md Sin & Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.M

HUBUNGAN ANTARA JAMINAN DEPOSIT DAN BANK RUN DALAM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Adyputra Sinaga Amaludain, Hendon Redzuan & Mohd Hafizuddin Syah, Bangaan Abdullah

HUBUNGAN IMEJ KORPORAT USAHAWAN MUSLIM, PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN CABARAN MENDEPANI PASCA COVID-19 Muhd Jafni Mustapha & Hairunnizam Wahid

HUKUM JUAL BELI SISTEM DROPSHIP DALAM ISLAM DAN APLIKASI MAQASID SYARIAH

Nor Musfirah Mohamad dan Noorkartina Mohamad

101-110

111-122

123-133

134-150

151-164

INFLUENCE OF TA’AWUN IN MANAGING STICKINESS OF ZAKAT INSTITUTIONS

Suhaimi Mhd Sarif* & Yusof Ismail 165-173

INSTRUCTIONAL STRATEGY IN RESPONSE TO LEVELS OF AWARENESS OF COLLECTIVE ISLAMIC CONCEPTS

Yusof Ismaila* and Suhaimi Mhd Sarifb

KEBERKESANAN APLIKASI BIZ-ZAKAT DALAM MEMBENTUK KERANGKA NILAI DALAM KALANGAN USAHAWAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN DI PAHANG

Farahatul Izzah Alyani Binti Abdul Ghani & Hairunnizam Wahid

KEFAHAMAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASAS FIQH DAN FATWA BERKENAAN ZAKAT PENDAPATAN: KAJIAN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA MELAKA

Wan Ab Rahman Wan Dollah & Hairunnizam Wahid

KESEDARAN ZAKAT PADI DALAM KALANGAN PESAWAH DI KEDAH Noor Rohin Binti Awalludin & Hasnah Binti Am Abdul Aziz

KODIFIKASI AKTA ZAKAT NASIONAL: STRATEGI PEMERKASAAN KUTIPAN ZAKAT BAGI MENDEPANI PASCA PANDEMIK COVID-19 Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid

174-181

182-200

201-214

215-225 226-238

(6)

239-250

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

KONSEP DHIMMAH, ENTITI PERUNDANGAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP AMALAN PERAKAUNAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DI MALAYSIA

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan, Azlina Ahmad, Azizah Mohd Harun & Ainol Basirah Abdul Wahab

KONSEP ENTITI PERUNDANGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN INSTITUSI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DI MALAYSIA

Anis Suhailah Roslan, Hairunnizam Wahid & Norida Basnan 251-263 MALAYSIA GLOBAL SUKUK ON PRICE AND RETURN COMPARE

WITH OTHER COUNTRY

Roikhan Mochamad Aziz & Rahimatul Fikri

MAQASID SYARIAH DALAM KEWANGAN ISLAM: ANALISIS HIFZ AL MAL DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 282

Aemy Bin Aziz, Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki, Noor Ain binti Mohd Noor,

& Noranizah binti Yusuf

MENGUKUR TAHAP KEBERKESANAN WAKAF TUNAI BAGI PROJEK PEMBANGUNAN WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) : PUSAT PERKHIDMATAN HEMODIALISIS

Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.M, Muhammad Aizat Md Sin & Abdul Ghafur Hanafi

264-272

273-283

284-301

MODEL WAKAF BERKAITAN NELAYAN MUSLIM: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Muhammad Ammar Firhan Nasharudin, Hairunnizam Wahid, 302-312 Asharaf Mohd. Ramli, & Mohd Ali Mohd Noor

PANDEMIK COVID-19 ZAKAT DI MALAYSIA ISLAM

Mohd Faisol Ibrahim

DAN IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI SEBAGAI INSTITUSI KEWANGAN SOSIAL

313-324

ZAKAT’S DISTRIBUTION BY NON-MUSLIMS: A CASE STUDY IN ZAKAT PENANG

Nur Aufa Muhammad Raziff, Azizi Abu Bakar & Hafizah Zainal 325-332

PELAKSANAAN ZAKAT AR-RIQAB KEPADA LGBT DI LZS DAN LZNK:

SATU SOROTAN

Norazlina Mamat, Muhammad Nasrul Hakim Roslan, Siti Norma Aisyah Malkan,

& Nurul Hidayah Che Hassan

333-343

(7)

344-352

353-364

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

PEMBANGUNAN WAKAF TUNAI BERTEMPOH DALAM SEKTOR KOPERASI: SATU PENILAIAN SYARIAH DAN UDANG-UNDANG

Mohd Zakhiri Md Nor, Mohd Fazli Masri & Ani Munirah Mohamad

PENGARUH IMEJ KORPORAT MELALUI PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN OLEH SYARIKAT MUSLIM TERHADAP KEMPEN ‘BUY MUSLIM FIRST’

Shamsul Idlan Muhammad Ghozali, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

PENJANAAN WAKAF PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) MELALUI INSTRUMEN AL A’QAR HEALTHCARE REIT: SATU CADANGAN

Mohd Fakhrullah Bin Ibrahim & Hairunnizam Wahid

PERANAN PUSAT ZAKAT DALAM MEMBANTU PENDAPATAN GOLONGAN B40 SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Nor Aisyah Hasan Adali & Hairunnizam Wahid

PERUNTUKAN ENAKMEN WAKAF DAN IMPLIKASI TERHADAP PEMBANGUNAN WAKAF TUNAI: KAJIAN TERHADAP WAKAF MUAMALAT

Muhamad Rizuwan Bin Mokhtar & Hairunnizam Wahid

POTENSI INTEGRASI KEWANGAN ISLAM KE ATAS SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS: SATU TINJAUAN AWAL

Mohammad Nasrul Hakim Roslan, Siti Norma Aisyah Malkan, Nurul Hidayah Che Hassan, & Norazlina Mama

PRODUK DERIVATIF: SATU PENILAIAN MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH

Nor Fahimah Mohd Razif, Mohd Shahid Mohd Noh & Mohammad Ikhlas Rosele

PENDEKATAN PENGURUSAN STRATEGIK BAGI WAKAF PENDIDIKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU POTENSI KE ARAH PENGUKUHAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nainatul Farzuha Nor, Mohd Mizan Mohammad Aslam & Hasrul Hashom

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNA TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Muhammad Aizat Md Sin & Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W.M

365-379

380-396

397-403

404-412

413-424

425-438

439-450

ZAKAT DISTRIBUTION IN ACHIEVING DEVELOPMENT GOALS AND ASSISTING THOSE COVID-19 IN KEDAH

Yusuf Haji-Othman

SUSTAINABLE AFFECTED BY

451-459

PELAPORAN MEDIA TERHADAP FRAUD ZAKAT

Dzarfan Abdul Kadir, Mohamad Naimi Mohamad Nor & Sazali Saad

AMIL DALAM TEKNOLOGI KEWANGAN Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki & Jasni Sulong

460-468

469-483

(8)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

365

PENJANAAN WAKAF PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) MELALUI INSTRUMEN AL A’QAR HEALTHCARE REIT: SATU

CADANGAN

Mohd Fakhrullah Bin Ibrahima* & Hairunnizam Wahidb

a*Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM (fakhrul.ukm18@gmail.com)

bHairunnizam Wahid, Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM (hairun@ukm.edu.my)

Abstrak

Wakaf mempunyai peranan penting dalam usaha untuk memastikan pendidikan berada pada tahap yang terbaik. Wakaf pendidikan membantu institusi pendidikan tinggi menjana pendapatan serta menyebarkan manfaat yang besar untuk kemajuan pendidikan negara. Namun begitu, dana wakaf pendidikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih tidak berada pada tahap memuaskan menyebabkan pengagihan manfaat tidak dapat dilaksanakan secara optimum kepada benefisiari.

Pelbagai instrumen pelaburan yang wujud pada masa kini namun prestasi setiap satu daripada instrumen tersebut masih belum dikaji secara terperinci oleh kebanyakan pengkaji. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah prestasi dan potensi Al-A’qar Healthcare REIT dalam meningkatkan dana wakaf pendidikan untuk memajukan sektor wakaf di IPT. Prestasi diukur berdasarkan analisis trend melibatkan aspek pengagihan setiap unit (distribution per unit), nilai aset bersih (net asset value) dan peratus pengagihan dividen (distribution yield) dari tahun 2013 hingga 2018. Hasil kajian mendapati prestasi Al-A’qar Healthcare REIT terus bergerak pada trend yang positif kerana disokong oleh aset yang berkualiti. Justeru, instrumen ini sangat berpotensi untuk meningkatkan dana wakaf pendidikan di IPT.

Katakunci : wakaf pendidikan, Al-A’qar Healthcare REIT, analisis trend, dividen setiap unit, nilai aset bersih dan peratus pengagihan dividen.

Abstract

Waqf has an important role in an effort to ensure education is at the best level. Waqf Education helps higher education institutions generate income and disseminate significant benefits for the advancement of National education. Nevertheless, the Waqf Education Fund at the Institute of Higher learning is still not at a reasonable level causing the distribution of benefits not to be carried out optimally to beneficiaries. Various investment instruments exist today but the performance of each of these instruments has not been studied in detail by most researchers. The objective of this study is to see how well Al-A'qar Healthcare REIT is performing and raising educational funds to enhance the education sector in the IPT. Performance is measured based on trend analysis involving aspects of dividend per unit (distribution per unit), net asset value and percentage distribution of dividends from 2013 to 2018. The results show that Al-A'qar Healthcare REIT's performance continues to move

(9)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

366

positively as it is backed by quality assets. Therefore, this instrument has the potential to increase educational funds at the IPT.

Keywords: waqf education, Al-A’qar healthcare REIT, trend analysis, distribution per unit, net asset value, distribution yield.

PENGENALAN

Wakaf merupakan ibadah yang berbentuk amalan sedekah jariah yang berasaskan konsep tabarru’

di mana pemilik sesuatu harta menyerahkan hak pemilikannya kepada Allah. Manfaat dari milikannya itu akan dimanfaatkan untuk orang ramai untuk memperolehi jaminan ganjaran yang berkekalan ke Akhirat (Mohd Ali Muhammad Don, 2019). Amalan wakaf turut mempunyai peranan yang besar dalam aspek pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Wakaf dilihat mampu memberikan sumbangan penting terhadap sesebuah negara menerusi pembangunan dari aspek pendidikan (Roslina Hashim, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Nur Yuhanis Ismon & Shahrina, 2015). Wakaf institusi pendidikan merujuk kepada pembinaan pusat-pusat pengajian yang ditadbir dan diurus menggunakan harta yang diwakafkan oleh umat Islam. Ianya telah mula diperkenalkan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah dengan pembinaan Masjid Quba’ yang berperanan sebagai pusat aktiviti keilmuan umat Islam yang kemudiannya diteruskan dengan pembinaan Masjid Nabawi (Mohd Afendi Mat Rani, 2009).

Institusi wakaf dilihat sangat berpotensi sebagai satu strategi untuk menampung kos-kos perbelanjaan kerajaan dalam sektor pendidikan. Beban dan perbelanjaan kerajaan turut dapat diringankan. Menurut Raziatul Hanum (2014), dalam kenyataannya di akhbar Sinar Harian menggesa agar beberapa universiti di Malaysia perlu diwakafkan oleh kerana tiada usaha untuk menjana pendapatan sendiri dan hanya mengharapkan peruntukan dari kerajaan. Bagi memastikan sistem pendidikan lestari dan menyeluruh yang boleh dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat wakaf dianggap sebagai salah satu solusi yang terbaik (Mutiara Dwi Sari, Ab Aziz & Ahmad Shaiful Anuar, 2016).

Kebanyakan dana wakaf di institusi pendidikan diperolehi melalui sumbangan wakaf tunai (Roslina et al, 2015). Namun, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh Institusi Pendidikan berkaitan dana Wakaf. Antara cabaran terbesar yang dihadapi ialah dari aspek peningkatan dana dan pengurusan dana itu sendiri. Pengurusan sumber kewangan merupakan cabaran terbesar dalam pembangunan wakaf pendidikan di Malaysia (Najibah & Mohd Zamro, 2014). Menurut Nur Farhana

(10)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

367

et al. (2016), untuk memastikan dana pendidikan dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan penyelenggaraan, pengurusan dan lain-lain, dana wakaf ini perlu diperkembangkan lagi. Satu model wakaf yang lebih komprehensif perlu diwujudkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selain daripada pengumpulan dana wakaf tunai untuk pembiayaan bangunan akademik, menambah baik infrastruktur dan fasiliti, pembiayaan kos operasi, pemberian biasiswa kepada pelajar dan sebagainya (Roslina et. al, 2015). Dana wakaf sedia ada tidak mampu untuk menampung kos-kos pengurusan, baik pulih dan operasi aset hartanah di IPT mahupun pembiayaan pendidikan kepada para pelajar jika tidak dilakukan penjanaan daripada dana wakaf itu sendiri. Hasil sumbangan dan kutipan dana wakaf samada dalam bentuk aset hartanah atau aset tunai seharusnya telah mula dikembangkan sebagai langkah awal untuk menjana pendapatan dan pulangan yang baik untuk insitusi pendidikan.

Terdapat empat instrumen pelaburan utama yang berpotensi untuk menggalakkan pertumbuhan dan penjanaan dana wakaf pendidikan IPT. Instrumen tersebut terdiri dari sukuk musyarakah, wakaf korporat, sukuk ijarah dan wakaf amanah pelaburan hartanah Islam (I-REIT)(Roslina Hashim et al, 2015). I-REIT dikenali sebagai instrumen kumpulan kewangan yang berisiko rendah terhadap suasana pasaran yang tidak menentu selain mempunyai ketahanan yang baik (Newell dan Atasya Osmadi, 2009). Ciri-ciri instrumen seperti ini adalah penting untuk memastikan dana wakaf dipelihara nilai dan jumlahnya daripada sebarang risiko kerugian yang tinggi.

Oleh itu, kajian ini akan mengkaji berkaitan penggunaan dana wakaf yang diperolehi secara tunai oleh IPT dilaburkan untuk menjana dana wakaf sedia ada. Selain itu, model cadangan penjanaan dana wakaf menerusi instrumen I-REIT turut dicadangkan dan penilaian dilakukan terhadap prestasi Al- A’qar Healthcare REIT bermula 2013 hingga 2018 untuk meninjau potensi instrumen tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan peranan institusi wakaf pendidikan IPT dalam usaha memberikan manfaat yang lebih luas dan meningkatkan sumbangan wakaf IPT kepada penerima wakaf. Kajian ini turut memberikan pandangan dan idea kepada pengurus wakaf IPT untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan yang berisiko rendah dan memberikan pulangan yang baik dengan jaminan nilai dana dapat dikekalkan.

LATAR BELAKANG AL-A’QAR HEALTHCARE REIT

Al-A’qar Heal;thcare REIT mula disenaraikan di papan Utama Bursa Malaysia Berhad pada 10 Ogos 2006. Al-Aqar Healthcare REIT merupakan I-REIT pertama yang diperkenalkan di Dunia.

(11)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

368

Ditubuhkan dengan portfolio awal sebanyak 6 hartanah yang terdiri daripada bangunan-bangunan Hospital Pakar antaranya Bangunan Hospital Pakar Puteri, Hospital Pakar KPJ Ipoh, Hospital Pakar KPJ Selangor, Hospital Pakar KPJ Johor, Hospital Pakar KPJ Damansara dan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri (Al-Aqar Healthcare REITs,2007). Pada tahun 2008 Al-A’qar Healthcare REIT telah menambah lima lagi hospital dan memperkukuhkan tabung amanah dengan menjadikan jumlah hartanah kepada sebelas hartanah. Ketika berlaku krisis kewangan pada tahun 2008 akibat krisis kewangan global, Al-Aqar Healthcare REIT menunjukkan perubahan ketara dari krisis yang berlaku apabila berjaya melakukan pengambilalihan seterusnya yang terbesar pernah dilakukan iaitu dengan pemilikan sembilan bangunan tambahan menjadikan bilangan keseluruhan hartanah sebanyak dua puluh. Al-Aqar Healthcare REIT turut memiliki hartanah di luar negara bermula pada tahun 2010 dengan pengambilalihan Rumah Sakit Bumi Serpong Damai dan Rumah Sakit Medika Permata di Indonesia pada Julai 2011 manakala di Australia pula melalui pengambilalihan Jeta Gardens pada November 2011. Secara keseluruhannya Al-Aqar telah Berjaya mengembangkan portfolionya kepada 22 hartanah yang terdiri daripada 19 buah Hospital dan 3 hartanah berkaitan kesihatan di Malaysia dan Australia.Al-A’qar diuruskan oleh Damansara REIT managers Sdn Bhd (DRMSB atau Pengurus) yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation dan disokong oleh KPJ Healthcare Berhad.

Selain itu, Al-Aqar Healthcare turut mempelbagaikan portfolionya dengan pemilikan Hotel Selesa di Johor Bharu, Selesa Tower dan Kompleks Kolej Antarabangsa. Pemilikan Hotel Selesa memberikan kelebihan kepada pelancongan penjagaan kesihatan manakala pemilikan Selesa Tower dan Kompleks Kolej Antrabangsa yang merupakan bukan dari kategori hospital sebaliknya menempatkan KPJ International College of Nursing and Health Sciences (KPJIC) berperanan untuk menyediakan keperluan sumber manusia terutamanya jururawat dalam sektor pendidikan kesihatan.

Al-A’qar telah menunjukkan prestasi yang terbaik sejak ditubuhkan. Pelbagai pengiktirafan telah diperolehi sejak penubuhannya antaranya “ Deal of the year Awards in the Real Estate Deal of the year Category” oleh Islamic Finance News (IFN) pada tahun 2009 menerusi anak syarikatnya iaitu Al-A’qar Capital Sdn Bhd. Turut memenangi anugerah “RAM league Awards 2009”. Manakala pada Tahun 2011, Al-Aqar telah menerima Anugerah mata Berlian di atas Kualiti dan Kecemerlangan pengurusan yang dianugerahkan oleh Otherways Consulting yang berpangkalan di Paris.

(12)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

369 KAJIAN LEPAS

Wakaf Pendidikan

Wakaf Pendidikan merujuk kepada suatu bentuk harta yang diberikan kepada sesebuah Institusi untuk tujuan memberi ilmu pengetahuan dan pendidikan dengan rendah atau percuma (Mohd Syakir, Wan Kamal Mujani, Noor Inayah & Mohamad Khairul Izwan, 2017). Menurut Najibah Mustaffa dan Mohd Zamro Muda (2014) pula dalam mengkaji masalah-masalah yang timbul dalam pengurusan wakaf pendidikan di Institut Pendidikan Tinggi mendapati bahawa pengurusan sumber kewangan merupakan cabaran besar dalam pembangunan wakaf pendidikan di Malaysia. Kajian telah dilakukan di empat buah institusi pengajian tinggi yang dipilih iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menumpukan dari aspek pengurusan dana sebagai fokus kajian.

Sumber kewangan yang bermasalah ini akan membawa kepada pelbagai masalah lain.

Kajian lain oleh Mohd Syakir, Wan Kamal Mujani, Ermy Azziaty & Kartini (2017) pula menyatakan antara cabaran utama untuk sesebuah Institusi pendidikan wakaf dapat meneruskan kelangsungan dan kelestarian pendidikan ialah mencari dana dan kaedah yang sesuai untuk mengembangkan dana wakaf tersebut. IPT disarankan untuk menubuhkan institusi khas bagi menguruskan wakaf dan meningkatkan dana melalui aset tanah yang diwakafkan oleh orang ramai atau kerajaan melalui rundingan. Wakaf pendidikan daripada aspek cabaran dan cadangan penambahbaikan turut dikaji oleh Rohayati dan Rusnadewi (2018) di mana kajian tersebut mendapati terdapat lima cabaran utama yang dihadapi oleh tabung wakaf di Universiti Awam. Antara cabaran tersebut ialah dari aspek penerimaan pihak pentadbir tinggi dan pemahaman warga universiti di mana hanya 20 peratus sahaja tenaga pekerja di universiti yang memahami pengertian wakaf secara jelas manakala 80 peratus lagi masih kurang jelas dengan konsep sebenar wakaf. Masalah kekurangan dana untuk pembangunan wakaf juga merupakan sebahagian cabaran yang memerlukan pentadbiran wakaf perlu lebih proaktif meneroka peluang penjanaan pendapatan.Manakala permasalahan lain yang timbul dari aspek kekurangan panduan yang jelas sebagai rujukan, tadbir urus tabung wakaf dan kesedaran masyarakat terhadap penubuhan tabung wakaf di universiti Awam.

Perbincangan model operasi wakaf pula turut dibincangkan oleh Mokhtar, Hairulfazli, Mohd Isa dan Muna (2015) yang mana hasil kajian tersebut menjelaskan terdapat tiga fasa utama iaitu di fasa pertama dengan menggabungkan kaedah lama dan baru menjana harta dan dana wakaf. Pada fasa ini

(13)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

370

pengkaji telah mencadangkan kaedah untuk menjana pendapatan dana wakaf melalui Wakaf Telco.

Cadangan ini memerlukan kerjasama strategik di antara IPT dan syarikat telekomunikasi (TelCo).

Manakala kajian oleh Siti Mashitoh, Asmak dan Azizi (2018) telah mencadangkan dana wakaf melibatkan wang tunai yang diperolehi perlu disempurnakan bagi mengekalkan mawquf berdasarkan hukum syarak. 70 peratus daripada wang tunai tersebut akan ditukar kepada aset kekal manakala 30 peratus daripada wang tersebut akan dilaburkan ke dalam pelaburan patuh syariah. Dana wakaf dapat ditingkatkan menerusi instrumen pelaburan sepertimana yang diperolehi melalui kajian oleh Roslina et. al. (2015). Hasil kajian mendapati terdapat empat instrumen pelaburan utama dapat mereliasikan matlamat tersebut. Antara ialah melalui Sukuk Musyarakah, wakaf korporat, Sukuk Ijarah dan Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs).

Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs)

Terdapat beberapa kajian yang telah membincangkan konsep I-REITs. Menurut Hamzah et al. (2010), sektor hartanah tidak memberikan kesan serta merta terhadap kemerosotan ekonomi sewaktu berlaku krisis. Oleh itu, kesan krisis ekonomi disebabkan kemelesetan akan mengambil beberapa tempoh pembinaan sebelum ia memberi kesan langsung sektor-sektor hartanah. Abdul Hafidz (2012) di dalam kajiannya mendapati bahawa tahap kecairan Al-Hadharah Boustead REIT adalah kurang memuaskan berbanding Al-Aqar KPJ REIT dengan menggunakan analisis nisbah kewangan. Dari segi nisbah keberuntungan kedua-dua I-REIT menunjukkan peningkatan pada setiap tahun. Al-Aqar KPJ REIT menunjukkan nisbah leveraj yang agak tinggi berbanding Al-Hadharah Boustead. Hal ini menunjukkan bahawa Al-Aqar KPJ REIT mempunyai nisbah perlindungan jauh lebih rendah daripada Al-Hadharah Boustead REIT.

Menurut Mohamad dan Mohd Saad (2012), prestasi C-REITs lebih baik berbanding I-REIT dari sudut pulangan tetapi risiko I-REIT berada jauh lebih rendah berbanding C-REITs. Walau bagaimanapun I-REIT masih baru disebabkan data dan dana adalah terhad. Oleh itu, untuk menyatakan C-REITs adalah lebih baik berbanding dengan I-REIT adalah terlalu awal. Akhir sekali, menurut Osmadi (2010) mendapati daripada aspek kepelbagaian portfolio bagi tempoh keseluruhan 8 Ogos 2005 hingga Disember 2008, M-REITs dan I-REITs keseluruhannya memberi manfaat dalam kepelbagaian portfolio pelaburan. Keputusan kaji selidik telah mendedahkan elemen penting tentang kepentingan faktor-faktor mengenai prestasi semasa dan kejayaan berterusan M-REITs. Bagi ketiga-

(14)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

371

tiga kumpulan (pengurus harta, penasihat harta dan pengurus dana), perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah berkenaan pertumbuhan dividen dan perolehan aset baru, manakala faktor risiko ketara mengenai M-REITs adalah tahap pinjaman. Faktor untuk kejayaan berterusan adalah strategi pertumbuhan, pengurusan professional, perolehan aset baru, pertumbuhan dividend dan ketelusan dalam aspek terutamanya dari segi peraturan dan kewangan.

METODOLOGI

Kajian ini secara amnya merupakan kajian yang bersifat deskriptif yang berperanan meneroka sesuatu bidang yang kurang dikaji. Terdapat empat I-REIT yang tersenarai di Bursa Malaysia tetapi kajian ini memilih salah satu daripadanya iaitu Al-A’qar healthcare REITS yang merupakan I-REIT pertama yang dilancarkan di dunia oleh KPJ Health Care Berhad. Kajian ini turut melihat tahap prestasi Al- A’qar Healthcare REIT untuk membangunkan dana wakaf pendidikan. Prestasi Al A’qar Healtcare REIT diukur menggunakan analisis trend daripada data dan dokumen yang terdapat di dalam laporan tahunan I-REIT tersebut bermula tahun 2013 sehingga 2018. Data yang dianalisis ialah Pengagihan Dividen Setiap Unit, Nilai Aset Bersih dan Peratus Pengagihan Dividen seperti mana data yang digunakan dalam kajian Norazlina Ripain & Nurul Wajhi Ahmad (2016) untuk mengukur prestasi I- REITs. Analisis trend merupakan suatu kaedah analisis untuk meramalkan jangkaan apa yang akan berlaku kepada stok pada masa akan datang.

DAPATAN KAJIAN

I-REITs atau dikenali sebagai Amanah Pelaburan Hartanah Islam merupakan salah satu daripada instrumen Pasaran Modal Islam. Menurut Hussin & Borhan (2009), pasaran modal Islam merujuk kepada sebuah pasaran yang melibatkan aktiviti yang dijalankan selari dengan kehendak tuntutan Islam. Namun begitu, timbul persoalan adakah dana wakaf pendidikan yang diterima secara tunai oleh pewakaf kepada IPT boleh dilaburkan untuk menjana keuntungan sebelum dibeli ganti harta wakaf sebagai aset sebagaimana tujuan asal pewakaf?

Berdasarkan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman pada 31 Mac 2009 telah menetapkan hukum melaburkan dana yang dikumpul sebelum dibeli ganti harta wakaf oleh

“mauquf alaih” (orang yang menguruskan wakaf) adalah harus. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan fatwa yang melibatkan Harta Alih dan Harta Tak Alih dalam isu wakaf ini. Fatwa di

(15)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

372

beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan cenderung untuk menerima dan mengekalkan bentuk akhir wakaf hanya dalam aset kekal sahaja. Sebagai contoh fatwa di Selangor menyatakan saham-saham atau keuntungan saham syarikat yang hendak diwakafkan hendaklah ditukarkan nilainya kepada tunai terlebih dahulu.Tunai ini kemudiannya akan diakaunkan ke dalam akaun wakaf untuk digunakan untuk pembangunan aset kekal sahaja. Fatwa yang dikeluarkan oleh Negeri Sembilan, Perak dan Johor pula mengharuskan kedudukan akhir wakaf dalam bentuk harta alih.

Kedua-dua pandangan mensyaratkan untuk sesuatu harta itu bersifat kekal sebagai syarat sah harta wakaf. Maka, sekiranya wang daripada harta wakaf tersebut kekal dan boleh dimanfaatkan atau boleh digantikan seperti nilainya yang asal ketika mana digunakan atau wang wakaf tersebut itu dilaburkan hingga memperolehi keuntungan tanpa menjejaskan nilai modalnya ianya dibenarkan. Ini adalah kerana merujuk kepada peranan asal wakaf tersebut untuk memberikan manfaat secara berterusan.

Oleh itu, wakaf tunai harus dikekalkan dalam keadaan tunai sekiranya wang tersebut dapat dimanfaatkan dan dikekalkan nilainya. Keharusan ini bersandarkan kepada konsep asal harta wakaf untuk tujuan kebajikan umum.

Menurut Majma’ Al-Fiqh Al-Islami di dalam persidangannya kali ke-5 (2004) turut membenarkan pelaburan secara langsung atau perkongsian bersama di mana pelaburan tersebut mestilah pada sektor yang dibenarkan syarak dan juga sesuai dengan jenis dan sifat aset wakaf tersebut untuk mencapai maslahat wakaf di samping menjaga nilai aset wakaf dan kepada benefisiari manfaat wakaf.

Pandangan ini turut disokong dalam keputusan Majma’ Fiqh serta AAIOFI yang disepakati oleh fuqaha di mana kedua-dua badan ini berpendapat wang tunai yang diwakafkan tidak disyaratkan untuk ditukarkan kepada bentuk harta kekal sebaliknya menekankan usaha mengekalkan jumlah modal asal yang diwakafkan kerana ia merupakan harta wakaf.

Kajian ini menganalis trend data berkaitan DPU (Distribution Per Unit), NAV (Net Asset Value) dan DY (Distribution Yield) untuk mengukur prestasi Al-A’qar Healthcare REIT bermula tahun 2013 hingga tahun 2018. Data diperolehi daripada laporan tahunan Al A’qar healthcare REIT.

(16)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

373

Jadual 1. Data Pengagihan Dividen Setiap Unit, Nilai Aset Bersih dan Peratus Pengagihan Dividen dari tahun 2013 hingga 2018

Sumber : Laporan Tahunan Al-A’qar Healthcare REIT Tahun 2014 hingga 2018

a. Pengagihan Dividen Setiap Unit

Berdasarkan Jadual 1, pengagihan setiap unit yang dicatatkan bermula tahun 2013 ialah sebanyak 7.85 sen, manakala pada tahun 2014 nilai dividen setiap unit ialah 7.65 sen dan pada tahun berikutnya iaitu tahun 2015 sehingga tahun 2018 nilai dividen setiap unit kekal pada nilai 7.70 sen. Tahun 2014 menunjukkan penurunan sebanyak 0.20 sen sebelum meningkat sebanyak 0.05 sen seunit pada tahun- tahun berikutnya. Walaupun mengalami penurunan pada tahun 2014, namun jumlah pendapatan meningkat sebanyak 1.1 peratus berbanding tahun sebelumnya dan pendapatan bersih terus meningkat sehingga 8.7 peratus hasil dari pendapatan sewaan.Selain itu, profit syarikat turut meningkat sebanyak 11.6 peratus iaitu kepada RM 71.3 juta. Pada tahun tersebut juga berlaku inisiatif peningkatan aset yang melibatkan beberapa aktiviti penambahbaikan seperti lif kebakaran, mengecat bangunan dan penyejuk air. Al-A’qar Healthcare REIT berjaya mengekalkan pengagihan setiap unit pada nilai 7.70 sen seunit untuk tempoh empat tahun berturut-turut. Selaras dengan objektif syarikat di mana untuk menyedia dan memastikan pemegang unit memperolehi pulangan dan pengagihan yang stabil dengan penyediaan potensi jangka masa panjang yang mampan.Ini menunjukkan prestasi Al-A’qar REIT berada pada tahap yang terbaik dalam memastikan kestabilan pulangan keuntungan kepada pelabur.

b. Nilai Aset Bersih

Nilai Aset Bersih diperolehi dengan menjumlahkan kesemua aset dana termasuklah tunai, saham, bon, deposit tetap dan sebagainya. Jumlah aset ini kemudiannya dibahagikan dengan bilangan unit dalam dana tersebut. Berdasarkan Jadual 1, Al-A’qar Healthcare REIT mencatatkan nilai aset bersih pada enam tahun tersebut masing-masing sebanyak RM 1.1704 pada tahun 2013, RM 1.1944 (2014), RM 1.2082 (2015), RM 1.2305 (2016), RM 1.2679 (2017) dan RM 1.2878 pada tahun 2018. Setiap tahun nilai aset bersih mencatatkan kenaikan yang stabil. Ini bermakna kenaikan nilai aset dan

(17)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

374

pertambahan unit dana Al-A’qar terus meningkat. Antara faktor kenaikan nilai aset bersih ialah hasil dari pengambilalihan SSH Land pada tahun 2015 dengan nilai RM 4.25 juta dan juga pengambil alihan KPJUL Nilai sebanyak RM 77.8 juta. Pengambilalihan hartanah KPJUL menyebabkan penambahan dana ekuiti di mana 32 juta unit baru dihasilkan dengan nilai RM 40 juta.Tahun 2015 menunjukkan pasaran berada pada tahap lemah yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pengenalan sistem cukai GST dan susut nilai. Namun Al-A’qar REIT telah berjaya meningkatkan nilai aset bersih tahun 2015 daripada tahun sebelumnya. Faktor yang turut mempengaruhi nilai aset bersih turut disumbangkan melalui penjualan hartanah di Indonesia iaitu Hospital Medika & Hospital Permata Hijau dan Bumi.

c) Peratus Pengagihan Dividen

Peratus Pengagihan Dividen merujuk kepada cara untuk menentukan seberapa besar sesuatu syarikat membahagikan dividen kepada pemilik sahamnya. Peratus pengagihan dividen dikira dengan menambahkan jumlah dividen yang dibayar pada setiap saham untuk tempoh setahun dalam bentuk peratus. Pengagihan dibuat daripada sebahagian keuntungan dan diagihkan sebagai pembayaran pendapatan kepada pelabur atau pemegang unit. Ini merupakan salah satu cara bagaimana pelabur atau pemegang unit menjana keuntungan dan potensi kenaikan keuntungan akan meningkat apabila dana meningkat.

Berdasarkan Jadual 1, peratus pengagihan dividen untuk Al-A’qar REIT pada tahun 2013 ialah sebanyak 5.9 peratus, kemudian pada tahun 2014 peratus pengagihan dividen menurun kepada 5.54 peratus dan terus menurun kepada 5.50 peratus pada tahun 2015. Pada tahun 2016, jumlah peratus pengagihan dividen turut mengalami penurunan kepada 4.9 peratus dan kembali meningkat pada tahun 2017 sebanyak 5.38 peratus dan pada tahun 2018 meningkat kepada 5.88 peratus.

Tahun 2014 menunjukkan sedikit pengurangan berbanding tahun 2013 dari jumlah peratus pengagihan dividen Al-A’qar Healthcare REIT disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah melibatkan baik pulih bangunan yang meliputi penyejuk air, lif kebakaran dan cat bangunan yang melibatkan penggunaan kos syarikat. Tahun berikutnya turut mengalami penurunan peratusan disebabkan oleh pengambilalihan SSH Land berharga RM 4.25 juta pada Nov 2015 dan pengambilalihan KPJUL nilai sebanyak RM 77.8 juta. Pendapatan pemerolehan turun sebanyak 6.7 peratus pada tahun 2016 disebabkan penjualan hartanah di Indonesia selain dari faktor pertukaran

(18)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

375

wang asing dan bayaran kepada profesional yang lebih tinggi pada tahun tersebut. Keuntungan tidak direalisasi juga terjejas kerana penilaian rendah terhadap Menara Selesa pada tahun tersebut. Jumlah peratus pengagihan dividen kembali meningkat pada tahun 2017 dan 2018. Antara faktor yang menyumbang ialah dari aspek pelaburan hartanah meningkat sebanyak 2.5 peratus yang disumbangkan dari keuntungan blok parkir kereta di KPJ Selangor iaitu sebanyak RM 13 juta, keuntungan terhadap pelaburan hartanah Rm 24.8 juta dan penurunan jumlah pinjaman dari RM 653.8 juta kepada RM 573.6 juta melalui penebusan sukuk.

MODEL PELAKSANAAN PENJANAAN WAKAF IPT MELALUI INSTRUMEN AL- A’QAR HEALTHCARE REITs

Berikut adalah model yang dicadangkan bagi pelaksanaan Wakaf Pendidikan IPT melalui instrumen REIT (Al-A’qar Healthcare REITs) :

Rajah 1. Model Pelaksanaan Penjanaa Wakaf Pendidikan melalui instrumen I-REIT Rajah 1 menunjukkan model pelaksanaan Wakaf Pendidikan yang dijanakan melalui instrumen I- REIT. Ciri-ciri pelaksanaan akan dijelaskan seperti berikut :

(19)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

376

Sekiranya terdapat pewakaf daripada individu atau perseorangan yang mewakafkan aset kekal kepada wakaf pendidikan IPT seperti bangunan akademik,perpustakaan atau bangunan komersial, aset tersebut akan diurus tadbir dan dikawal selia oleh pihak IPT mengikut kehendak pewakaf.

1. Manakala jika wakaf yang diterima daripada individu atau sektor korporat melalui tunai ianya kemudian akan di masukkan ke dalam tabungan dana wakaf IPT.

2. Dana wakaf tunai yang dikumpulkan ini kemudiannya akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, wakaf tunai tersebut digunakan untuk pembelian aset kekal (istibdal) dari wakaf tunai yang diperoleh apabila jumlah di dalam dana wakaf tersebut mencukupi. Selain itu, ianya akan digunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan dan infrastruktur aset kekal sedia ada serta turut digunakan untuk kos operasi. Kedua, dana wakaf tersebut akan disalurkan untuk benefisiari melalui pembiayaan dan penajaaan pelajar seperti melalui pembelian buku- buku akademik untuk kegunaan pelajar yang merupakan wakaf harta alih. Ketiga, sebahagian dari dana wakaf tersebut akan digunakan ke dalam instrumen pelaburan yang dicadangkan iaitu I-REIT (Al-A’qar Healthcare REIT) dalam usaha untuk menjana dan meningkatkan dana wakaf sedia ada.

3. Dana wakaf yang diperolehi dan dikumpulkan dari sumber tunai itu tadi akan ditingkatkan melalui hasil sewaan dan keuntungan dari aset kekal wakaf IPT.

4. Selain itu, dana wakaf IPT dapat ditingkat melalui pelaburan sebahagian dana ke dalam instrumen I-REIT. Keuntungan atau profit yang diperolehi seperti dividen kemudiannya akan dimasukkan kembali ke dalam dana wakaf tersebut untuk memastikan dana wakaf tersebut sentiasa mencukupi agar peranan wakaf IPT dapat ditingkatkan dan mampu beroperasi untuk menyalurkan sumbangan wakaf untuk tempoh masa yang panjang.

5. Dana wakaf turut dapat disumbangkan daripada keuntungan sewaan bangunan pendidikan dan komersial yang dibina hasil dari sumber wakaf tunai daripada pewakaf yang dikumpulkan di dalam dana wakaf IPT.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, Al-A’qar Healthcare REIT dapat memberikan pulangan yang stabil kepada pelabur. Walaupun pada tahun 2014 mencatatkan penurunan nilai pengagihan setiap unit berbanding tahun sebelumnya, namun pengagihan setiap unit pada tahun berikutnya dapat ditingkatkan kembali dan seterusnya mengekalkan nilainya pada kadar 7.70 sen untuk tempoh empat tahun berturut-turut sehingga tahun 2018. Ini menunjukkan kemampuan dan ketahanan Al-A’qar REIT berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil. Secara umumnya industri kesihatan yang diterajui oleh Al-A’qar REIT menunjukkan prestasi yang baik dalam pelbagai situasi ekonomi yang dihadapi di Malaysia. Dapatan ini turut diperkukuhkan lagi oleh Nurhanie, Mohd Yahya dan Fidlizan (2013) di

(20)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

377

dalam kajiannya yang mendapati bahawa sejak awal penubuhannya pada tahun 2006 hingga 2012 pendapatan bersih Al-A’qar Healthcare REIT sentiasa menunjukkan perkembangan positif walaupun berlaku kemeruapan dan ketidakpastian yang disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah krisis kewangan global yang berlaku sehingga pada tahun 2008. Kajian oleh Hamdana Abd Hafidz (2011), mendapati setelah menganalisis dari aspek kewangan Al-A’qar KPJ REIT berupaya memberikan pulangan yang stabil kepada para pelabur walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Kajian seterusnya dilakukan oleh Norazlina Ripain dan Nurul Wahji Ahmad (2016), mendapati bahawa prestasi keseluruhan Al-A’Qar Healthcare REIT berada pada tahap terbaik dan mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur. Kajian ini diharap dapat memberikan idea dan cadangan kepada pihak Wakaf IPT terutama pengurus dana dalam usaha untuk meningkatkan dana wakaf sedia ada dan meningkatkan lagi pengetahuan berkaitan pengurusan wakaf IPT. Kajian seterusnya boleh dilakukan oleh pengkaji akan datang untuk menilai prestasi-prestasi I-REIT yang lain untuk meninjau dari aspek keuntungan, kecekapan pengurusan dan dividen yang lebih baik sebagai instrumen pelaburan untuk dana wakaf IPT.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hasil penelitian terhadap tiga elemen utama Al-A’qar Healthcare REIT iaitu Pengagihan Dividen Setiap Unit, Nilai Aset Bersih dan Peratus Pengagihan Dividen dari tahun 2013 sehingga 2018 mendapati bahawa ketiga-tiga elemen tersebut terus bergerak pada trend yang positif.

Ini adalah kerana Al-A’qar healthcare REIT disokong oleh pelbagai aset yang berkualiti. Justeru menunjukkan bahawa I-REIT ini dapat memberikan pulangan yang stabil kepada pelabur. Al-A’qar Healthcare REIT mempunyai kemampuan dari aspek ketahanan berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil.Sehubungan itu, Al-A’qar Healthcare REIT merupakan salah satu instrumen yang terbaik dalam usaha untuk meningkatkan dana wakaf pendidikan di IPT seluruh Malaysia. Konsep I-REIT itu sendiri yang selari dengan konsep wakaf di mana untuk memastikan modal asal dapat dikekalkan dalam sesuatu pelaburan patuh syariah dan pada masa yang sama penjanaan dana dapat dilakukan dengan risiko yang sangat rendah merupakan faktor terpenting REIT sebagai instrumen untuk meningkatkan dana wakaf pendidikan IPT.

RUJUKAN

Al-Aqar Healthcare REITs (2014-2018). Laporan Tahunan 2014. Kuala Lumpur.

(21)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

378

Asmak Ab Rahman. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia. Shariah Journal, Vol.17, No. 1(2009) 113-152

Hamdana Abd Hafidza. (2011). Analisis Prestasi Pelaburan hartanah Islam (I-REITs) di Malaysia.

Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi pengajian Islam, Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Kallberg Jarl G., Liu Crocker H., Srinivasan Anand. (2003). Dividend pricing and REITs. Real Estate Economics, 31(3), 435-450.

Maffuza binti Salleh, Noor Syahida binti Abdul Rahman. (2014). Wakaf Pendidikan Di Malaysia:

Satu Tinjauan. International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014)

Mohamad Zaim Ismail Muhammad Ikhlas Rosele & Mohd Anuar Ramli. (2015). Pemerkasaan Wakaf Di Malaysia: Satu Sorotan. Labuan e-Journal of Muamalat and Society. Vol. 9. 2015 pp. 1-13 Mohd Afendi Mat Rani. (2009). Waqaf Pendidikan: Pengalaman di Pondok Moden Darussalam

Gontor Ponorogo Indonesia dalam Isu-Isu Semasa Mengenai Waqaf. Dlm. Baharuddin Sayin (Penyunting). Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Mohd Ali Muhammad Don. (2019). Teori Wakaf, Kepelbagaian dan Contoh malan di Malaysia.

Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 20(2019): 24-39

Mohd Syakir Mohd Taib, Wan Kamal Mujani, Noor Inayah Yaakub & Mohamad Khairul Izwan Rifin. (2017). Wakaf Pendidikan Di Malaysia : Suatu Pengenalan. Proceedings Of The International Conference On Islam, Development And Social Harmony In Southeast Asia 2017 Mokhtar Hj. Ismail, Mohd Isa Mohd Deni, Muna Sulaiman & Hairulfazli bin Muhammad Som,

(2015), Perkembangan Wakaf Pendidikan di Malaysia. Proceedings of International Conference on Waqf 2015 (ICW2015), UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu.

Mutiara Dwi Sari, Ab. Aziz Yusof1,Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor. (2016). Pembangunan Wakaf Pendidikan di University College Bestari, Terengganu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities

Najibah Mustaffa & Mohd Zamro bin Muda. (2014).Pengurusan Wakaf Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: Satu Sorotan Literatur.International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Vol. 1 No.1 (2014).pp. 45–57

Noor Hisham Md nawi, Marwan Ismail, Dr Mohd Kamil Ahmad. (2017). Falsafah Wakaf Pendidikan Tinggi : Analisis Epistemologi Dan Aksiologi. Jurnal Universiti Malaysia Kelantan.

Norazlina Ripain & Nurul Wajhi Ahmad. (2016). The Performance Of Islamic Reits In Malaysia: A Case Of Al-A’qar Healthcare REIT. Proceeding of the 2nd International Conference on

Economics & Banking 2016 (2nd ICEB)

Nor Edi Azhar Binti Mohamad. (2016). The Performance of Shariah Real Estate Investment Trust and Conventional Real Estate Investment Trust in Malaysia. Indonesian Capital Market Review 8 (2016) 1-11.

Nur Farhana Dahalan, Rahisam Ramli, Roslina Hashim, Nur Yuhanis Ismon & Sharina Romli.

(2016).

Risiko Pengurusan Dana Wakaf Untuk Institusi Pendidikan Tinggi DI Malaysia: Satu Kerangka Konseptual. Jurnal ‘Ulwan’s Jurnal Jilid 1 2016 : 164-178

Nurhanie Binti Mahjom, Mohd Yahya Bin Mohd Hussin, Fidlizan Bin Mohamad, Yusni Anis Binti Yusuf (2013). Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (i-REITs) dalam Industri Penjagaan Kesihatan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013

Raziatul Hanum A. Rajak, Sinar Harian, 7 Januari (2014)

(22)

e-Prosiding Seminar Kewangan Islam Kebangsaan (e-SKIK 2020) eISBN: 978-967-17121-4-6 Lembaga Zakat Negeri Kedah journal.zakatkedah.com.my 21 April-28 Mei 2020

379

Rohayati Hussin & Rusnadewi Abdul Rashid. (2018). Pelaksaan Wakaf Di Universiti Awam:

Cabaran dan Penambahbaikan. Voice of Academia 13 (2) 2018, 23-24.

Roslina Hashim, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Nur Yuhanis Ismon & Shahrina Romli.

(2015). Prospek Penjanaan Dana Wakaf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Melalui Instrumen Pelaburan. International Conference On Waqf 2015 (ICW2015)

Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab Rahman, Azizi Che Seman. (2018). Pembentukan Institusi Pengajian Tinggi Berteraskan Wakaf Di Malaysia: Cadangan Model Pelaksanaannya. Shariah Journal, Vol. 26, No. 1(1-22)

Siti Zakiah Binti Ali. 2014. Peranan dan Kepentingan Dana Wakaf Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia. Prosiding Perkem Ke-9 (2014) 216 - 225

Syahnaz Binti Sulaiman. (2016). Transformasi Pembangunan Harta Wakaf Menerusi Mekanisme Dana Amanah Hartanah Islam. Akademi Pengajian Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“Pokok-pokok yang ditanam dalam program hari ini perlulah dijaga dengan baik dan hasilnya kelak adalah untuk universiti serta perlu dipastikan yang terbaik agar

Hasil kajian menunjukkan bahawa pembolehubah makroekonomi turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pengurusan risiko kecairan dimana perbankan islam

Kaedah pelupusan secara tukar ganti boleh dilaksanakan ke atas aset yang tidak ekonomi dibaiki tetapi boleh dikeluarkan komponen-komponen tertentu seperti

• Pelan yang berselerak telah disimpan dalam silinder yang dibuat daripada paip PVC. • Silinder diletakkan didalam rak yang reka serta dilabel untuk memudahkan pencarian dan

Hasil kajian awalan ini mendapati wujudnya kos dan faedah pembiayaan hutang, kepelbagaian aset, kadar faedah kurang risiko, saiz kos pemodalan semu la, peningkatan aliran tunai

mereka mempunyai klien yang tetap. Bagi GLC dan CSR ini, MAIDAM roleh melakukan wakaf korporat dengan cara membeli aset menggunakan ,,rakaf tunai kemudian

Dasar ini memperuntukkan bahawa aset ICT perlu dilindungi dari kerosakan dan gangguan aktiviti perkhidmatan yang tidak dikawal seperti pendedahan, pengubahsuaian, peralihan

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pengurusan dana unit amanah di MAAKL Mutual dan Public Mutual dalam tiga aspek penting iaitu pengurus dana, pembahagian aset dan