• Tiada Hasil Ditemukan

Wanita dan Trend Perniagaan Baharu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Wanita dan Trend Perniagaan Baharu"

Copied!
36
0
0

Tekspenuh

(1)

Suaranita

BULETIN PERSATUAN WANITA UKM

Bil. 72 / 2018 ISSN 1985-7713

Suaranita

Wanita dan Trend Perniagaan Baharu

KANDUNGAN

Fokus I - Wanita dan Trend Perniagaan Baharu

Kata Pengarang

Fokus II - Perniagaan Dalam Talian Menjana Pendapatan Keluarga Jejak Pengalaman Usahawan Online Tip Bijak e-Niaga Dengan 3P Peranan Wanita Muda Dalam Perniagaan Atas Talian

Perkongsian Peribadi Peniaga Online Wanita dan Perniagaan Atas Talian: Faedah dan Risiko

Nak Jadi Pembeli Atau Penjual?

Kosmetik Bertoksik: Ancaman Kesihatan Pemeriksaan Dexa dan Osteoporosis Dari Dapur Sukmanita

Lanskap dan Budaya Membeli-belah Generasi Terkini Malaysia

Lawatan ke Negara Balkan Karya Kreatif

1

Ledakan teknologi khususnya internet membawa pelbagai kesan kepada pengguna. Perdebatan berkaitan kebaikan dan keburukan pernah menjadi topik yang hangat dibincangkan.

Apa yang berlaku sebenarnya bergantung kepada bagaimana ia digunakan. Namun, pada hakikatnya internet ini telah membuka era baru dalam pelbagai bidang termasuk dalam dunia perniagaan khususnya e-dagang. Secara konvensional, aktiviti perniagaan berlaku di kedai, pasar, pasar raya atau di mana juga tempat yang boleh dilihat secara fizikal.

Prof. Madya Dr. Norlida Hanim Mohd Salleh & Prof Madya Hasnah Ali

Di sini kedua-dua pembeli dan penjual umumnya bertemu untuk mengadakan aktiviti jual beli. Mereka bersemuka dan aktiviti perniagaan itu berlaku dalam yang terbatas jaraknya. Keadaan ini suatu yang berbeza pada masa kini. Dunia perniagaan telah beralih ke arah digital. Kajian iPrice Group melaporkan sehingga Ogos 2017 nilai industri e-dagang di negara ini bernilai RM24.6 bilion (dipetik dari Bernama February 21, 2018).

Trend Perniagaan Baharu

Penggunaan medium internet pada hari ini menyaksikan perniagaan yang merentasi sempadan. Urus niaga antara penjual dan pembeli kini menjadi terlalu mudah. Aktiviti jual beli bukan sahaja tidak menghendaki pertemuan di premis tertentu, malah tidak perlu bersua muka dan tidak terbatas jarak antara satu sama lain. Melalui penggunaan internet ini, aktiviti perniagaan lebih bebas daripada beberapa aspek, malah kurang cabarannya dari aspek modal dan masa beraktiviti (berniaga). Urus niaga begini juga berupaya membantu merancakkan aktiviti pemasaran dan pengiklanan yang dahulunya memerlukan pembiayaan yang tinggi.

Walau bagaimanapun memulakan perniagaan secara atas talian, sama seperti perniagaan lain, dan ianya tentu hadir dengan pelbagai cabaran dan keuntungan pada masa yang sama. Namun demikian dengan peningkatan kos hidup hari ini, semakin ramai yang menjalankan perniagaan atas talian untuk menjana pendapatan kedua.

Fokus I

6 8 11 13 15 17 19 21 23 24 26 31 2 4

(2)

Penasihat

Puan Sri Zarina Mahmud Editor

Prof Madya Hasnah Ali Pereka

Siti Wahida Amanullah Ahli SUKMANITA yang dihormati,

Syukur ke Hadhrat Allah SWT kita dapat bersua kembali dalam keluaran SUARANITA. Penerbitan SUARANITA Bilangan 72 kali ini memaparkan tema Trend Perniagaan Wanita Kini: Perniagaan Atas Talian. Menjual barangan atas talian kini semakin mendapat sambutan yang begitu hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya generasi muda. Ia seiring dengan peningkatan dan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini.

Perniagaan atas talian merupakan salah satu cabang bisnes yang sangat membantu dan fleksibel daripada aspek promosi serta penjualan barangan kepada pembeli. Ia membuka radius yang luas terutama kepada capaian pelanggan.

Pelanggan boleh memilih untuk membeli dalam talian berdasarkan beberapa faktor seperti harga yang lebih murah, boleh membuat perbandingan dengan pelbagai pilihan dalam satu-satu masa, tidak perlu bersesak untuk meletak kenderaan dan membuat bayaran serta beberapa faktor lain. Kita tidak lupa bahawa pelanggan bagi perniagaan ini juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mampu mencapai pelanggan di seluruh dunia. Malah seseorang boleh berurus niaga

Jawatankuasa Kerja Prof Madya Hasnah Ali (Pengerusi) Siti Wahida Amanullah (Setiausaha) Prof Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal Prof Madya Dr Fariza Mohd Sham Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah Rohaya Umar Maznah Ibrahim

Terbitan / Edaran

Biro Penerbitan & Publisiti SUKMANITA Sidang Redaksi Suaranita amat mengalukan sumbangan artikel, berita atau rencana mengenai isu kewanitaan dan semasa.

Sila hantarkan bahan tersebut ke hasnah_ali03@yahoo.co.uk

Kata Pengarang

Sidang Redaksi Suaranita

dengan pelanggan dari berbagai negara seperti Germany, Itali, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan seluruh dunia seperti apa yang kita sering dengar dunia tanpa sempadan.

Disebabkan sambutan baik terhadap perniagaan atas talian, ramai golongan muda menceburi bidang ini sebagai usaha menambah dan menampung perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Jelas kelihatan kini kewujudan perniagaan online boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh setelah hujan. Maka, Suaranita Bilangan 72 kini memaparkan beberapa isu menarik seperti peranan wanita dalam perniagaan atas talian, perniagaan atas talian sebagai penambahan pendapatan keluarga, aspek perundangan, faedah dan kebaikan perniagaan atas talian juga cabaran-cabaran yang dihadapi peniaga dan pelanggan. Pengalaman menjual barangan atas talian telah dapat dikongsikan bersama oleh pengamal perniagaan sendiri.

Di ruangan dari doktor pakar kita berpeluang mempelajari serba sedikit mengenai osteoporosis yang merupakan salah satu masalah utama kesihatan awam yang melibatkan sistem tulang manusia. Ciri- ciri osteoporosis adalah kepadatan tulang yang rendah (low bone density) dan kemerosotan sistem rangka tulang, yang boleh mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Seperti biasa kita ada ruangan kembara dan catatan mengenai kegiatan dan aktiviti SUKMANITA.

Semoga keluaran Suaranita kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca sekalian.

Sekian dan Selamat Membaca.

Prof Madya Hasnah Ali hasnah_ali03@yahoo.co.uk

COLOR OF THE YEAR 2019

Hasnah Ali

(3)

...bersambung dari muka 1

Wanita dan Perniagaan Atas Talian

Sebagaimana diperkatakan perniagaan menggunakan medium internet atau ringkaskan perniagaan atas talian (online business) mampu memberi peluang yang baik khususnya kepada wanita untuk menjana pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Mereka boleh beroperasi dari mana-mana sahaja, rumah atau di luar rumah, pada waktu khusus atau antara waktu lapang yang mereka miliki, menggunakan modal perniagaan yang tinggi atau sebaliknya. Kelebihan cara perniagaan sebegini bukan sahaja mudah malah sangat praktikal dilaksanakan kerana pada hari ini

menyaksikan kesibukan manusia melakukan pelbagai aktiviti termasuk melakukan kerja yang membataskan aktiviti lain termasuk membeli-belah pada hujung minggu dan sebagainya. Justeru itu, medium perniagaan secara atas talian menjadi pilihan.

Sebut sahaja Mudah.my, Lazada, Shopee, 11Street, Zalora, FashionValet dan Alibaba, ramai yang sudah kenal nama-nama ini sebagai kedai dalam talian yang terkenal di Malaysia. Dan bagi kes Malaysia juga, menurut laporan yang dikemukakan oleh Syarikat Pendaftaran Perniagaan (SSM) sehingga Mac 2017, sejumlah 19,073 wanita Malaysia telah terlibat dalam perniagaan atas talian. Ini merupakan petunjuk yang baik kerana dapat melibatkan golongan wanita dalam dunia perniagaan dan berupaya menjana pendapatan sendiri. Bahkan ada juga yang pada mulanya menjalankan

perniagaan ini secara sambilan tetapi akhirnya ia sebagai sumber pendapatan utama dengan ramai meninggalkan pekerjaan makan gaji mereka.

Kebaikan Dan Cabaran Perniagaan Atas Talian

Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah. Risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja. Kos untuk memulakan sesebuah perniagaan

konvensional biasanya lebih tinggi tetapi kos sewa kedai, ubah suai bangunan, upah pekerja dan lain-lain dapat dikurangkan melalui perniagaan dalam talian. Penjimatan itu boleh digunakan untuk membeli stok, kos reka cipta laman web dan sebagainya.

Perniagaan dalam talian turut memberi peluang kepada peniaga beroperasi selama 24 jam setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna internet membeli-belah dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang masa kerana cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik untuk kemudahan pengguna seterusnya menguruskan urusan penghantaran tempahan sebaik sahaja pejabat pos dibuka.

Kemudahan kepada pengguna yang tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat di samping menjimatkan minyak dan masa perjalanan ke kedai menjadi antara tarikan utama perniagaan dalam talian terus menjadi pilihan ramai, cuma tempah dan tunggu barang tersebut sampai di depan pintu. Selain barang mahupun makanan, perniagaan dalam talian juga memudahkan tempahan

perkhidmatan seperti mencuci, memindah barang, menyelenggara peralatan elektrik dan banyak lagi.

Pelanggan mempunyai banyak ragam. Memang kena banyak bersabar sewaktu melayan segala pertanyaan pelanggan. Kadang- kala kita mungkin berdepan dengan situasi dimana ada pembeli yang ingin membeli dengan kita, tetapi tidak lama kemudian

Ada juga masalah penghantaran barang, terutamanya sekiranya pelanggan duduk di kawasan yang jauh. Kekangan masa juga menyebabkan kita mengalami masalah dalam penghantaran barang. Terdapat juga masalah pengurusan kewangan sekiranya peniaga menggunakan akaun peribadi sebagai akaun urusan dengan pelanggan;

mungkin secara tidak sengaja terpakai duit hasil jualan tersebut.

Sungguhpun, perniagaan atas talian tidak dapat menggantikan sepenuhnya perniagaan konvensional tetapi dalam tempoh singkat perkembangan industri ini sudah berjaya mengatasi perniagaan biasa. Ini dibuktikan sendiri oleh kajian di Amerika Syarikat sejak dari awal (George, 2004) yang mendapati dengan peningkatan penggunaan internet, dianggarkan kira-kira 53% daripada

pengguna internet di Amerika Syarikat telah membuat pembelian atas talian.

Perkembangan ini menyaksikan suatu yang menarik dalam dunia perniagaan. Selain dijangka dapat menjana peluang pekerjaan baru antaranya mewujudkan industri penghantaran barang (runner).

Kesimpulan

Melibatkan wanita dalam bidang perniagaan termasuk perniagaan atas talian adalah inisiatif yang baik khusus bagi tujuan

membawa mereka ini keluar dari kepompong kemiskinan. Sememangnya trend perniagaan atas talian kini menjadi budaya pembelian dan penjualan bermacam jenis barangan dan perkhidmatan anak-anak muda kita. Namun, bimbingan demi bimbingan tetap diperlukan kerana perniagaan sebegini sungguhpun mudah diusahakan tetapi tidak terkecuali daripada menghadapi risiko khususnya penipuan transaksi selain memerlukan kemahiran yang baik dalam penggunaan internet dan sentiasa mengemaskini pengetahuan yang berkaitan.

Prof Madya Dr Norlida Hanim Mohd Salleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia norlidahanim@gmail.com Prof Madya Hasnah Ali hasnah_ali03@yahoo.co.uk Rujukan:

George J.F. (2004). The theory of planned behavior and Internet purchasing. Internet Research, 14(3), 198-212.

(4)

$

SEND

Menjana Pendapatan Keluarga Perniagaan Dalam Talian

Kalthum Ibrahim

Perniagaan dalam talian adalah sesuatu yang telah sinonim dengan kehidupan kita di dunia yang serba canggih. Kita sering mengaitkan kehidupan kita dalam ‘dunia tanpa sempadan’. Maknanya kehidupan sekarang kesemuanya berada di hujung jari–

pelbagai maklumat, ehwal semasa, perniagaan dan perkhidmatan boleh diperolehi dengan menekan butang di komputer, telefon bimbit dan pelbagi gajet yang ada di pasaran. Internet telah menjadikan kehidupan manusia begitu cepat temponya dan mudah diselenggarakan. Oleh itu kita dapat melihat perniagaan dalam talian tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ia adalah sesuatu yang baik sekiranya digunakan dengan betul dan ikhlas.

Perniagaan Dalam Talian

Pelbagai masalah dapat diatasi dengan adanya perniagaan dalam talian– pengguna dapat menjimatkan masa dan wang kerana pembelian dalam talian lebih murah dan mudah. Masa untuk membeli barangan atau perkhidmatan tersebut sesuai dengan keperluan pengguna. Malah masa yang tidak terhad boleh menyebabkan pengguna boleh berurusan mengikut masa lapang mereka. Berbanding jika kita membeli belah di kedai atau di pasar raya, masa beroperasi mereka adalah antara pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam sahaja.

Peniaga juga dapat menjimatkan wang dan masa mereka.

Mereka tidak perlu sewa ruang atau kedai perniagaan kerana mereka boleh melaksanakan urusan perniagaan di rumah sendiri. Hal ini menyebabkan kos setiap barangan dapat dikurangkan. Jadi harga barangan yang ditawarkan menjadi lebih murah. Di samping itu peniaga yang mempunyai anak- anak juga tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke rumah penjaga sebab mereka dpat membuat tugas itu sendiri, jadi masa mereka amat berkualiti serta dapat menjamin keselamatan anak-anak merek dengan ini kehidupan keluarga akan menjadi lebih harmoni.

Ramai suri rumah telah mendapat manfaat dengan adanya perniagaan dalam talian, mereka dapat membantu suami bagi menambah pendapatan keluarga. Suri rumah yang mempunyai kepandaian memasak boleh menjual makanan dengan

menjualnya melalui dalam talian, begitu juga suri rumah yang pandai menjahit dan kreatif dapat menjual barangan kraf mereka di situ. Di samping mereka dapat menjalankan perniagaan, mereka juga dapat menjaga keluarga (anak-anak atau ibu bapa).

Sehubungan dengan itu isu pembantu rumah juga dapat di atasi, keselamatan wanita dan anak-anak terbela dan kehidupan masyarakat akan lebih sejahtera. Perniagaan dalam talian bukan sahaja dapat menjana pendapatan namun dapat menjamin keselamatan anak-anak. Oleh itu kerajaan perlu membantu industri perniagaan dalam talian agar dapat diperluas hingga ke kawasan-kawasan perkampungan. Iaitu menyediakan akses internet ke seluruh negara. Dengan adanya kemudahan seperti ini membolehkan suri rumah di kawasan pendalaman dapat menjalankan perniagaan dalam talian.

Ilmu dan Minat

Ilmu di sini ialah ilmu berkenaan perniagaan dalam talian dan yang berkaitan dengannya.

Tanpa ilmu sudah pasti mereka yang

menjalankan perniagaan dalam talian ini akan menghadapi pelbagai masalah. Rasulullah S.A.W.

telah membahagikan manusia di dunia kepada empat kelompok:

Mereka yang mempunyai ilmu dan harta, digunakan kedua-duanya untuk mencari keredhaan Allah.

Manusia yang ada ilmu tetapi hidup sederhana.

Manusia yang kaya raya, kehidupan mereka hanya untuk menambahkan kekayaan tanpa mencari keredhaan Allah S.W.T.

Mereka yang tidak kaya dan tidak berilmu, kelompok ini hidup susah di dunia dan susah juga di akhirat.

. . . .

Oleh itu untuk peniaga dalam talian mereka juga mesti mempunyai ilmu dahulu dalam bidang tersebut agar tidak tergolong dalam kelompok terakhir tersebut– yang tidak berilmu dan tidak kaya seperti hal yang dikatakan oleh Rasullulah S.A.W. Mereka yang membuat perniagaan dalam talian juga boleh berada dalam golongan pertama iaitu berilmu dan kaya sekiranya mereka dapat manfaatkan sebaik mungkin perniagaan mereka.

Fokus II

(5)

Menjana Pendapatan Keluarga

Minat, mereka yang menjalankan perniagaan dalam talian perlu ada kerana tanpa minat segala yang kita lakukan akan terasa sukar. Minat tanpa usaha juga tidak mendatangkan pulangan yang terbaik. Usaha perlu dilipatgandakan agar pendapatan daripada perniagaan lebih berbaloi berbanding kerja atau berniaga di luar rumah. Sifat inovatif perlu ada, agar setiap barangan yang mereka tawarkan mempunyai keunikan tersendiri. Dengan itu barangan dan perkhidmatan mereka mendapat sambutan daripada pengguna. Malah kehidupan mereka boleh dikatakan sebagai tiga dalam satu bumbung (minat + wang + keluarga).

Warga Emas

Warga emas– mereka yang berusia 60 tahun ke atas juga mendapat manfaat daripada adanya perniagaan dalam talian ini. Mereka dapat mencari barangan dan perkhidmatan yang diperlukan dalam talian dan mereka tidak perlu pergi ke kedai-kedai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan tersebut.

Malahan perkhidmatan doktor bergerak juga boleh mereka dapati sekiranya mereka memerlukan rawatan. Begitu juga adanya perkhidmatan menghantar makanan ke rumah-rumah yang ditawarkan oleh perniaga dalam talian dapat membantu golongan warga emas tersebut. Begitu juga anak-anak yang menjalankan perniagaan dalam talian dapat menjaga ibu bapa mereka– yang berada pada usia emas– dengan menjaga sendiri tanpa perlu menggaji orang lain. Kehidupan warga emas lebih selesa dan bahagia.

Pada umur berkenaan warga emas amat memerlukan kasih sayang daripada anak-anak mereka. Mereka bahagia dengan adanya orang-orang yang tersayang di sekeliling

kehidupan mereka. Ada anak-anak yang menjaga, ada cucu yang menghiburkan hati. Oleh itu dapat kita katakan bahawa dengan adanya pendapatan yang diperolehi dari rumah tanpa anak-anak keluar rumah membantu golongan warga emas menjalani kehidupan mereka dengan lebih bermakna.

Mengekal Legasi Perniagaan

Dengan adanya perniagaan dalam talian juga membolehkan perniagaan itu diwarisi generasi ke generasi seterusnya. Anak-anak merupakan ‘harta’ yang tidak ternilai harganya. Oleh itu kita sebagai ibu bapa mesti memastikan

‘harta’ kita selamat. Terutama bagi menentukan anak-anak kita dapat meneruskan perniagaan yang kita bangunkan seperti perniagaan dalam talian. Ilmu merupakan keperluan yang mesti kita berikan kepada anak-anak, dengan ilmulah mereka menjadi manusia yang berguna. Mereka perlu mendapat ilmu formal di samping pengalaman kita mengusahakan perniagaan tersebut. Jadi perkara berkenaan dapat digunakan oleh anak- anak untuk meneruskan perniagaan malah dapat mengembangkannya hingga ke peringkat antarabangsa.

Bagi memastikan kesinambungan perniagaan keluarga berterusan generasi pertama berperanan penting ’menurunkan’ ilmu berkenaan perniagaan dalam talian kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Sudah tentu perniagaan dalam talian dapat diturunkan kepada anak-anak kerana

urusan perniagaan tersebut berlaku di hadapan mata anak-anak sendiri sejak mereka kecil lagi.

Anak-anak kita tidak akan menjadi penganggur malah mereka dapat menyumbangkan peluang pekerjaan kepada mereka yang lain. Jadi di sini pentingnya ilmu dan pengalaman yang didapati diberi kepada anak-anak agar perniagaan dapat diwarisi.

Kesimpulan

Perniagaan dalam talian sekarang amat mudah dilaksanakan, apa yang penting ilmu dan minat. Dengan adanya perniagaan dalam talian dapat memudahkan hidup pelbagai lapisan masyarakat, di samping itu dapat mengurangkan masalah kemiskinan, pengangguran dan masalah

penjagaan anak-anak dan warga emas.

Oleh itu pihak kerajaan mesti memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan. Kita tidak dapat lari daripada masalah, tetapi kita berusahalah mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi.

Pendirian beginilah yang sepatutnya kita terapkan kepada setiap rakyat Malaysia agar menjadi manusia yang kreatif dan inovatif. Perniagaan dalam talian adalah jawapan untuk pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang kita hadapi.

Kalthum Ibrahim

Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia

kalthum@ukm.edu.my

(6)

COLOR OF THE YEAR 2019

Online

Prof. Madya Dr. Noraini Talip Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia

Jejak Pengalaman

Usahawan wanita

Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah Wanita pada masa kini ada yang

menceburkan diri dalam bisnes online. Bisnes online mempunyai banyak kebaikan kepada wanita terutamanya apabila wanita tidak perlu keluar rumah untuk bekerja dan meninggalkan anak kepada pengasuh, nurseri atau pembantu rumah. Mereka boleh menjalankan bisnes sambil mengurus anak-anak di rumah. Para suami pun sangat menggemari trend pekerjaan wanita yang sebegini. Malahan wanita yang telah mempunyai pekerjaan utama juga boleh menjalankan perniagaan online sebagai sumber pendapatan tambahan.

Sehubungan dengan itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan seorang usahawan wanita online. Uniknya wanita yang saya pilih ini bukanlah seorang yang tiada pekerjaan dan menjalankan perniagaan online sepenuh masa malah wanita yang saya pilih ini adalah seorang pekerja yang profesional. Prof. Madya Dr. Noraini Talip merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia di Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains

Teknologi. Beliau mendapat ijazah Doktor Falsafah daripada University of Reading, United Kingdom dalam bidang Botany (Plant Systematic). Dengan bidang pengajian dan kepakaran yang dimiliki, tentu kita terfikir mengapakah bisnes online yang dipilih sedangkan beliau telahpun mempunyai kerjaya profesional yang membanggakan? Jom ikuti pelbagai persoalan yang saya kemukakan kepada beliau.

Sejak bila Dr. mula berniaga secara online DeXandra?

Saya mula berjinak dengan perniagaan DeXandra pada Mac 2015, ketika DeXandra mula dilancarkan, namun tidak aktif kerana bebanan kerja sebagai pensyarah yang sangat tinggi dan masih belum pandai mengagihkan masa bekerja dengan mengurus bisnes. Setelah saya mendaftar sebagai agen, saya meletakkan perfume tersebut di salah sebuah kiosk di Bangi Gateway. Oleh kerana saya memberi keutamaan dalam kerjaya dan hanya sesekali sempat menjenguk kiosk, saya hampir tiada mendapat sales atau jualan dan saya akhirnya terpaksa

menghentikan jualan di sana. Kemungkinan besar pada ketika itu saya sangat kurang memberi komitmen, tiada kaedah pemasaran yang betul dan sukar menguruskan masa antara kerjaya, keluarga dan perniagaan. Saya mula benar-benar aktif pada April 2016 setelah tidak memegang jawatan penting dalam pentadbiran dan pengurusan di fakulti. Saya juga lebih menumpukan kepada perniagaan online dan juga pengurusan agen serta dropship bukan kepada perniagaan retail atau secara langsung kepada pelanggan. Perubahan yang saya lakukan berbaloi sehinggalah saya berjaya dilantik menjadi stokis DeXandra Bangi pada Februari 2017.

Boleh Dr. ceritakan kebaikan DeXandra kepada pengguna?

Wangian DeXandra seperti yang kita tahu merupakan produk tempatan, produk Bumiputera Muslim, produk yang telah mendapat sijil daripada SIRIM dari segi ciri keselamatan dan selamat dipakai pada kulit, sedang dalam proses mendapat sijil halal JAKIM dan telah mendapat testimoni atas ketahanan.

DeXandra, tahan lama lebih daripada 8 jam, diinspirasikan daripada wangian jenama terkenal, menggunakan pati asli, stok sedia ada dan pilihan wangian yang banyak (lebih 50 bauan untuk wanita dan lebih 30 bauan untuk lelaki). DeXandra perfume juga mudah di bawa dan digunakan berdasarkan saiz dan beratnya. DeXandra juga mempunyai beberapa produk berkaitan dengan perapian diri selain wangian iaitu deodoran yang digunakan dengan semburan dan berasaskan air, berbeza Hidayah I

(7)

Boleh Dr. ceritakan pengalaman yang ditempuhi sehingga nekad untuk berniaga DeXandra secara online?

Saya sebenarnya memang berminat dengan bisnes sejak zaman sekolah lagi seperti menolong kakak jual nasi lemak, jual kerepek dan macam macam lagi. Selepas memasuki alam universiti pun saya masih berjinak-jinak dengan dunia niaga seperti mengambil upah menjahit. Sewaktu menuntut di luar negara saya berniaga melalui e-bay dengan menjual baju terpakai yang diperolehi daripada carboot sales. Minat

berniaga tetap ada dalam diri saya. Saya juga memerhatikan ada di kalangan pelajar saya menghadapi masalah kewangan. Selepas mengkaji konsep perniagaan DeXandra yang memberi

keuntungan yang banyak kepada dropship tanpa memerlukan modal perniagaan, saya mula terfikir untuk menyertai

perniagaan ini. Saya juga melihat ianya memberi peluang kepada pelajar untuk mempunyai duit poket sendiri dan dapat

membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka. Hal ini menjadikan saya nekad untuk meneruskan perjuangan jihad ekonomi ummah DeXandra dalam membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk memulakan perniagaan.

Boleh ceritakan bagaimana Dr. mengurus masa antara berniaga secara online dengan tugasan sebagai pensyarah, dengan sedikitpun tidak menjejaskan kerjaya di UKM.

Apa yang saya lakukan untuk menjaga profesion sebagai pensyarah dan berniaga secara online ialah melalui:

Pengurusan masa: Saya membahagikan masa untuk urusan pernigaaan online dan kerjaya. Waktu malam saya melakukan urusan bimbingan niaga, semakan pembelian, urusan pesanan stok perfume dan pembungkusan. 8.00-9.00 pagi saya

menguruskan pengeposan. Waktu rehat 1.00-2.00 petang biasanya saya menguruskan pesanan stok dan pengambilan stok di HQ DeXandra yang terletak di Bangi Sentral. Petang selepas waktu bekerja saya akan uruskan jika terdapat pesanan COD (cash on delivery). Apabila saya menyusun waktu

sedemikian ianya tidak mengganggu urusan kerja saya.

Sistem pengurusan perniagaan secara online: Saya juga menggunakan sistem website untuk pengurusan stok, pangkalan data pelanggan, agen dan dropship serta pengurusan pesanan daripada dropships, agen dan

pelanggan. Sistem website yang saya langgan memudahkan saya untuk melihat jualan harian, bulanan dan tahunan.

Pertemuan hujung minggu: Pada hujung minggu terutama pada hari Ahad, saya gunakan untuk bertemu dengan agen dan dropships.

.

.

Boleh Dr. jelaskan kebaikan berniaga atas talian dengan laman web khusus?

Saya mempunyai website sendiri untuk biz online DeXandra iaitu www.amaniestyles.com. Kebaikan mempunyai laman web khusus ialah:

.

Dapat diakses atau ditemui oleh prospek pelanggan, dropships dan agen dengan lebih mudah.

Dapat mengurangkan kos operasi terutama untuk sewaan kiosk dan kakitangan atau sumber manusia.

Dapat menguruskan stok dengan lebih mudah.

Dapat menguruskan pesanan pelangan, agen dan droships dengan lebih mudah.

Dapat sales atau jualan 24 jam selagi website boleh diakses.

. . . . .

Nasihat Dr. kepada wanita yang ingin berniaga secara online.

Nasihat saya,

Niat kena betul, berniaga bukan untuk cari kekayaan atau keuntungan semata-mata tetapi berniaga untuk menambah nilai kepada kehidupan orang lain dan membantu jihad ekonomi ummah.

Jika anda seorang anak, dapatkan restu ibubapa, jika isteri dapatkan restu suami dan jika ibu boleh berbincang dengan anak-anak,

percayalah bisnes akan mengambil sedikit atau banyak masa kita dengan mereka, orang yang kita kasihi.

Carilah ilmu berniaga kerana ilmu akan menentukan apa yang kita akan dapat dalam perniagaan.

Jika telah bernekad untuk berbisnes, lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Letakkan keselamatan lebih utama daripada keuntungan. Perlu senantiasa pastikan berada dalam situasi yang selamat.

Mesti mengetahui keutamaan (priority) dalam hidup untuk diuruskan dan jangan sampai perniagaan membuatkan kita mengabaikan tanggungjawab.

. .

. . .

Perbualan saya dengan Prof. Madya Dr Noraini menyedarkan saya bahawa rezeki perniagaan bukan milik orang yang diwarisi dengan ilmu perniagaan tetapi milik orang yang rajin berusaha, tanpa mengira siapapun dia. Pengalaman ini juga menginsafkan saya bahawa dalam bisnes

DeXandra, dropship dan agen yang berjaya sering digalakkan mempertingkatkan sedekah

sebagaimana dilakukan sendiri oleh Pengasas DeXandra iaitu Puan Ernayanee Nur Binti Julaimi.

Semoga pengalaman ini memberi inspirasi kepada wanita untuk menceburkan diri dalam perniagaan online kerana hasilnya memang lumayan. Apa yang lebih penting, walau setinggi manapun kejayaan kita dalam perniagaan dan mengaut keuntungan yang berlipatganda, janganlah lupa dalam rezeki berlimpah ruah yang Allah kurniakan itu, ada haknya kepada orang lain yang memerlukan. Oleh itu bagi orang yang kaya dan berjaya,

perbanyakkanlah sedekah dan bantulah orang yang memerlukan agar dapat mendidik jiwa hamba yang bersyukur, memperoleh rezeki yang barakah serta kehidupan menjadi lebih bahagia dan bermakna.

Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia salhanin@ukm.edu.my

(8)

Ruzita Kamis JOM IKUTI TIP E-NIAGA YANG MUDAH;

Produk / Perkhidmatan

Kenalpasti jenis perniagaan yang ingin diceburi samada produk atau

perkhidmatan.

Jual produk

E-NIAGA DENGAN 3P

Tips Bijak

Anda pernah menghadapi situasi begini?

Sudah banyak duit dihabiskan, penat memeras otak belajar itu ini, habiskan masa yang lama cari pereka dan jurugambar…TETAPI UNTUNG TAK ADA, BAHKAN TAK BALIK MODAL PUN. Jangan berputus asa. Nak berniaga online mudah, namun kena caranya. Seperti kita bina rumah, perlu ada tiangnya, dindingnya barulah ia dapat berdiri dengan kukuh. Bak kata pepatah Melayu “Belakang parang kalau di asah, lagikan tajam”, inikan kita manusia yang dikurniakan a’ql.

.

Cari barang yang anda minat @ passion - kalau tiada minat, nanti akan timbul perasaan jemu dan cepat berputus asa. Walaubagai manapun produk yang dipilih mestilah yang high demand di pasaran. Jika anda mempunyai hobi yang menarik seperti mengumpul wang lama, mengembara, membaca buku, membela kucing atau

menanam pokok. Ia satu kelebihan dimana boleh dikembangkan minat tersebut sebagai produk bisnes anda. Seperti peribahasa Melayu

“sambil menyelam minum air”.

Anda tidak perlu buat produk sendiri. #janganciptaproduk Sebagai permulaan, anda tidak perlu

berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda.

Cukup dengan menjual produk yang mempunyai pengikutnya sendiri.

PERLU DIINGATKAN, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang mempunyai jenama kukuh berbanding jenama baharu. Jadi tidak salah menjual barangan orang lain asalkan ia tidak melanggar sebarang polisi perniagaan.

.

Jual perkhidmatan

Anda juga boleh menggunakan kemahiran yang dimiliki seperti menulis artikel, menata rias rumah, rekaan grafik, baiki peralatan elektronik atau lain-lain kepakaran sebagai model perniagaan.

Membuat kajian pasaran dan prospek pelanggan

Anda dinasihatkan membuat kajian pasaran produk/servis yang bakal ditawarkan. Produk mestilah yang mempunyai pasaran terhad dan mendapat permintaan tinggi di pasaran. Langkah ini dapat mengurangkan risiko persaingan dan dapat menjana keuntungan yang berlipat ganda selain membolehkan anda bertahan lebih lama dalam dunia perniagaan. Tentukan prospek pelanggan yang tepat dari segi jantina, umur, lokasi, pekerjaan, sikap dan minat. Ini akan

membantu anda menentukan harga, ayat iklan, dan gambar produk yang paling sesuai untuk melariskan jualan nanti. Jika promosi kena pada sasaran yang tepat, memang mudah menjana pendapatan.

Membuat validasi produk

Setelah membuat kajian pasaran, jangan terus buat keputusan mendadak. Anda perlu membuat saringan terakhir iaitu validasi bagi menentukan produk/perkhidmatan yang bakal dijual marketnya tinggi atau tidak. Ini bertujuan meminimumkan kerugian jika tidak laku atau produknya jenis yang tidak tahan lama. Bagi produk yang jenis tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar ia tidak disimpan dalam tempoh yang lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak. Bayangkan jika anda skip langkah ini dan dengan yakin 100% ia akan laris di pasaran, anda terus membeli produk dalam kuantiti yang banyak. Malangnya selepas mula di jual ia tidak

mendapat sambutan, lebih malang jika tiada langsung pembeli.

Natijahnya kerugian besar. Jadi, nasihat saya jangan terus beli, analisis dahulu pro dan kontranya, buat verifikasi dan validasi kebolehpasaran produk tersebut.

Hidayah II

(9)

Menggunakan modal yang rendah

Anda dinasihat elakkan dari membuat pinjaman bank, Ah Long ataupun saudara mara untuk dilaburkan dalam perniagaan online kerana anda belum memiliki premis dan menggaji pekerja. Sebaiknya guna modal simpanan sendiri untuk mula bertapak walaupun dalam jumlah yang kecil. Ini kerana anda baru sahaja memulakan bisnes, jika rugi, anda tidak terikat dengan cengkaman hutang. Jangan terlalu obses dengan keuntungan yang besar.

Sebaiknya mulakan secara kecilan dan tingkatkanya apabila pola jualan semakin membesar.

Mencari pembekal yang boleh dipercayai

Kenalpasti pembekal yang betul kukuh perniagaannya dan boleh dipercayai. Tidak kisah model bisnes mana yang dipilih samada dropship, consignment, arbitrage atau borong. Merekalah pihak kedua yang membantu kelancaran perniagaan anda nanti. Untuk cari pembekal, anda boleh cari yang online atau offline, jika pembekal dekat dengan lokasi anda, lebih mudah untuk berurusan top-up stock dan tukar produk jika ada sebarang masalah.

Platform

Sekarang tibalah masanya untuk setup kedai impian. Anda boleh menggunakan pelbagai channel pemasaran seperti Facebook (FB), Instagram, Twitter, Blog, emel, Minisite ataupun Whatsapp. Sebaiknya gunalah platform yang biasa diguna.

Tidak perlu bina laman web atau blog shopping. Buang masa nanti, jadi untuk permulaan saya cadangkan guna sahaja platform yang sedia ada.

Bagi pengguna FB, ada 3 medium kedai yang boleh dipilih iaitu:

Facebook Profile

Biasanya ramai yang guna medium ini sebab ia lebih murah, zero kos dan lebih mudah mendapat pelanggan kerana hanya menjual kepada rakan-rakan FB. Namun bilangan rakannya adalah terhad kepada 5000 orang sahaja. Bermakna jika rakan FB anda 5000 pelanggan, anda tidak boleh lagi menambah pelangan baharu.

Walaubagaimanapun anda boleh tambah bilangan followers tanpa had tetapi ayat promosi harus wow untuk buat prospek tertarik.

Facebook Group

Anda boleh setup FB Group sendiri dan tambah prospek atau terus menjual di FB Group lain. Namun perlu mendapat keizinan pemilik group tersebut.

Facebook Page

FB Page adalah paling efektif untuk pemasaran produk anda. Kelebihannya ia banyak functions, boleh setup iklan FB Ads dan menarik pelanggan tanpa had. Saya sarankan lebih baik anda guna medium ini sebagai channel kedai kerana ia dilengkapi FB Ads.

Apa yang menariknya FB Ads?

Anda boleh mengetahui target pelanggan seperti umur, jantina, lokasi, status, pekerjaan, perlakuan dan minat prospek yang sesuai dengan produk/servis yang ditawarkan. Contoh, kalau jual barang keperluan bayi, boleh paparkan iklan kepada wanita berkahwin berumur 23 hingga 35 tahun, mempunyai anak dan meminati page berkaitan keibubapaan dan penjagaan bayi.

.

. .

Promosi

Apabila telah setup kedai dalam talian, anda perlu membuat promosi. Tiada guna jika produk / perkhidmatannya hot malah kedainya juga cantik, tetapi tiada siapa yang tahu

kewujudannya. Anda boleh guna tiga cara promosi iaitu melalui ayat, visual atau video.

Anda harus bijak menggunakan ayat jualan seperti hard-selling, soft-selling, story telling atau content sharing yang memukau,

menjentik dan memanipulasi emosi prospek pelanggan anda. Maka strateginya mestilah baik dan kenalpasti siapa mereka.

Contoh ayat jualan ‘copywriting’

“Ubat kurus terhangat dan terlaku di pasaran”

atau“Suami terkejut sebab saya boleh pakai balik baju masa nikah 10 tahun lepas!! Semuanya selepas 10 hari saya guna produk xxxxxx”

Jika dilihat pada contoh ayat di atas, semestinya pelanggan wanita berstatus kahwin lebih teremosi dengan ayat jualan kedua kerana ia lebih dekat dengan jiwa mereka.

. .

(10)

Oleh itu, strategi promosi perlu mengikut target. Orang muda suka pendekatan yang lebih catchy, eksekutif lain pula, golongan ibu lain, jual pinggan mangkuk lain, baju lain, tayar, basikal, dan sebagainya. Kuncinya kenal siapa prospek kita!

Oh! Dalam berniaga, promosi perkara paling penting. Kalau diam sahaja, tiada orang tahu dan cari kedai kita. Melainkan kita seorang saja jual benda tu di dunia ni! Namun perlu diberi perhatian juga kepada penceritaan kelebihan, keunikan dan kemampuan produk serta pakej yang menarik kepada pelanggan.

Selain ayat yang catchy, visual juga memainkan peranan penting, boleh letak gambar produk, hasil servis yang dibuat, testimoni produk dan sebagainya untuk tarikan pelanggan.

Video yang menarik atau function FB Live juga boleh digunakan sebagai agen promosi dan jika bernasib baik, video tersebut boleh tular dalam sekelip mata.

Jika anda lihat ada orang komen “PM” dalam kedai FB anda, bermakna mereka berminat dengan produk/servis yang

diniagakan. Jadi sebagai penjual, anda perlu memiliki kemahiran Close Sale untuk merubah prospek menjadi pembeli. Anda sebagai penjual perlu bijak menyusun strategi dan caranya adalah:

Reply PM/Whatsapp dengan PANTAS.

Jangan bertangguh dalam hal ini kerana mood membeli pelanggan cepat berubah. Paling lambat pun, perlu beri maklumbalas dalam tempoh 24 jam. Kalau lebih,

kemungkinan besar mereka tidak lagi berminat dengan produk anda. Jadi, anda yang rugi, bukan?

Akhiri setiap mesej dengan SOALAN.

Langkah ini bakal menarik prospek untuk REPLY semula mesej anda. Ini dapat jadikan komunikasi antara prospek dan kita berlaku sehinggalah mereka jadi pembeli.

Sediakan segala jawapan BANTAHAN dari prospek.

Ini sebagai persediaan awal. Soalan yang biasa ditanya oleh prospek adalah:

“Mahalnya produk ni?”

Berikan testimoni pelanggan yang kata produk ini berbaloi.

Terangkan manfaat dan kelebihan yang bakal diperolehi prospek jika mereka membeli produk ini.

“Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?”

Mohon prospek buat bayaran deposit dulu.

Buat reservation dulu, bayar kemudian.

“Saya kena tanya suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye..”

Tanya prospek, bila boleh follow-up semula?

Beritahu prospek, kita akan follow-up dia pada hari berikutnya.

“Berkesan ke produk ni?”

Berikan testimoni yang produk ini berkesan.

Mohon prospek cuba dulu dengan berikan diskaun.

FOLLOW-UP prospek yang masih belum membeli.

Sebaliknya, anda perlu membuat follow-up jika pelanggan senyap, mungkin mereka terlupa untuk beli atau bayar kerana sibuk dengan perkara-perkara lain. Mungkin selepas anda ingatkan mereka, mereka akan terus bayar kepada anda.

. . .

.

Oh! Dalam berniaga, promosi perkara paling penting. Kalau diam sahaja, tiada

orang tahu dan cari kedai kita.

Melainkan kita seorang saja jual benda tu di dunia ni!

PALING PENTING:

Carilah jalan untuk menjadikan perniagaan anda menonjol dari yang lain. Cipta Satu Tawaran Jualan Yang Unik = Unique Selling Preposition (USP). Sebagai contoh, tawaran setengah harga, tawaran untuk 20 pelanggan pertama, pertandingan, promosi perayaan, jualan tahun baru, bonus percuma, laporan dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Dengan teknik ini pasti pendapatan anda akan mencecah ribuan ringgit sebulan.

Jika anda telah mempunyai pelanggan, kekalkan hubungan yang baik dengan mereka.

Ini kerana mereka adalah aset utama bisnes anda. Sediakan bank data yang mempunyai maklumat nama, nombor telefon dan email bagi memudahkan komunikasi anda bersama mereka. Saya sarankan jangan kedekut untuk memberi pakej istimewa, kupon diskaun atau harga menarik kepada pelanggan setia. Inilah rahsia besar bagaimana ramai peniaga berjaya menjana keuntungan lumayan melalui perniagaan atas talian.

Ruzita Kamis

Unit Pemeliharaan & Penjilidan Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia ruzita_kamis@ukm.edu.my

“Satu-satunya cara untuk melakukan sesuatu yang hebat adalah dengan menyukai apa yang anda lakukan.”

Steve Jobs

(11)

Founder Butik Uswah

Puan Nur Illanah Abdullah Peranan Wanita Muda Dalam Perniagaan Atas Talian

Temubual dan ubahsuai teks:

Prof Madya Dr Fariza Md Sham & Nor Amila Abdul Halim Temubual Esklusif Bersama

Wanita yang terlibat dalam dunia perniagaan sebenarnya telah bermula sejak dahulu hingga kini. Siti Khadijah isteri Rasulullah S.A.W. adalah usahawan wanita yang berjaya ketika berkahwin dengan Rasulullah S.A.W. Hasil daripada perniagaan tersebut, Siti Khadijah banyak membantu kerja-kerja dakwah Rasulullah S.A.W. Oleh itu, dunia perniagaan telah berkembang hingga kini dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih. Produk yang

dihasilkan tidak lagi hanya dalam bentuk secara tradisional yang boleh didapati di kedai, tetapi hasil produk boleh dipasarkan melalui perniagan atas talian. Dengan perkembangan

teknologi, penglibatan usahawan wanita dalam dunia perniagaan secara atas talian makin meningkat terutama dalam perniagaan fesyen dan kosmetik.

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan tentang ini telah

mengesahkan hal ini, seperti kajian Faradillah Iqmar Omar dan Samsudin A.Rahim (2016), (Abu Bakar dan Norita 2002), jaringan hubungan usahawan dan faktor-faktor kejayaan usahawan wanita (Syed Syah et.al 2011; Azmi et.al 2012) serta tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian (Nurdin et.al 2014).

Merujuk kepada perkembangan dan kejayaan wanita dalam perniagaan secara atas talian, pihak wakil AJK Penerbitan Suaranita telah menemubual Puan Nur Illanah Abdullah, seorang pengusaha butik muslimah iaitu BUTIK USWAH SDN BHD yang berpusat di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Berikut adalah hasil temubual bersama beliau:

Pihak Buletin Suaranita mengucapkan berbanyak terima kasih kerana Puan sudi untuk ditemubual bagi mengisi slot buletin kami yang bertemakan perniagaan melalui atas talian. Sebelum berbual tentang dunia perniagaan Puan, saya mohon Puan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang Puan Illanah?

Bismillahirahmanirahim, nama penuh saya Nur Ilanah bt Abdullah, saya berasal dari Pasir Puteh Kelantan. Saya adalah anak ke-7 dari 9 adik-beradik. Sekarang menetap di Bangi dan bersama 3 orang anak dan suami. Melanjutkan pelajaran di UKM KL dalam bidang Sains Jagaan Kesihatan, Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Jadi, saya ni Alumni UKM- graduat tahun 2010 UKM KL.

Bagaimanakah Puan boleh menceburi dunia perniagaan?

Perniagaan ibarat nature, atau darah daging, passion. Selepas grad saya bekerja dengan orang dalam bidang dietetik. Setahun bekerja anak mengalami kemalangan patah tangan di taska, disebabkan kejadian itu terus jadi suri rumah. Apabila duduk di rumah terasa ingin melakukan sesuatu walau pun sebenarnya menjadi suri rumah banyak kerja terutama sumbangan untuk keluarga dan komuniti.

Peringkat awal, saya memulakan perniagaan yang berbentuk konsultansi yang berkaitan dengan diet dan bagi ceramah yang berkaitan dengan dietetik. Perniagaan ini diusahakan bersama kawan-kawan. Tetapi bidang diet di Malaysia agak perlahan perkembangannya.

Perniagaan yang tengah naik ialah dropship ketika itu, masih baru 2011. Mulakan perniagaan dengan dropship kain cotton (ketika itu usia saya 25 tahun) banyak potential. Mula dengan jual kain sahaja. Selepas berjaya kumpul modal, customer terus ambil direct dan mula mengambil upah menjahit baju. Pemasaran dilakukan melalui online dan customer juga melalui online. Dari situ saya mula mencari dan mendapatkan fabrik dan tailor. Hijab pertama kami berjaya dikeluarkan iaitu yang berjenama SAJIDA. Jenama SAJIDA hingga kini mendapat sambutan pelanggan.

Pengalaman I

(12)

Apakah cabaran yang dihadapi ketika hendak memulakan perniagaan ini?

Cabaran tu macam berperingkat. Cabaran nak mulakan perniagaan berbeza. Iaitu cabaran waktu perniagaan berkembang. Setiap peringkat ada perbezaan dari segi cabarannya. Perniagaan ini seperti satu perjalanan yang panjang. Kita boleh lalui jalan tersebut sekiranya kita terus memotivasikan diri.

Selain itu, banyak cabaran tetapi kita perlu terus berlawan selagi mempunyai sikap optimis positif. Seperti cabaran untuk melawan dengan sikap diri sendiri seperti malas, rasa kecewa dan putus asa. Semua itu kita perlu lawan.

Saya selalu berpegang dengan kata-kata ini “you cannot change people but you can change yourself”. Cabaran sebenarnya tiada apa kecuali kita sendiri yang rasa berputus asa atau kecewa.

Bagaimanakah puan membahagikan waktu bersama keluarga dan perniagaan?

Dari sudut pembahagian masa macam rasa tidak terbahagi.

I just do the best. Apabila bersama dengan anak saya akan cuba yang terbaik. Bila dengan anak saya akan pastikan emosi dan fizikal tidak terganggu. Kalau kita terpaksa korbankan masa kita sebenarnya sedang berjuang dengan semua itu. Berjuang untuk buat perkara yang di luar kebiasaan. Bagi saya kita tidak boleh korbankan anak tetapi masa dan diri kita adalah untuk keluarga. Oleh itu, pastikan setiap masa kita fokus apa yang kita buat. Tidak terlalu berpegang kepada spesifik plan. Boleh bersifat fleksibel mengikut keutamaan.

Bagi menguruskan masa dalam perniagaan dan kita banyak masa untuk menjaga keluarga, saya gunakan konsep laverage. Contoh awal dulu beli kain dan potong sendiri. Tetapi, selepas perniagaan berkembang saya upah orang menjahit. Saya rasa kerja kecil-kecil yang boleh upah orang saya akan upah. Mana-mana suri rumah banyak gunakan masa membersihkan rumah, mungkin kita spend a bit, hire pembantu and then they can do. Saya tiada pembantu tetap di rumah tetapi yang datang sekali sekali kerana saya suka privasi. Dengan cara ini kita banyak selamatkan masa dan gunakan masa untuk kehidupan kita sendiri.

Apakah sumber kekuatan ketika menghadapi cabaran?

Sumber kekuatan saya secara jujurnya adalah Allah.

Sesekali memang kita rasa kecewa dan kecewa dengan kesilapan sendiri. Sebab kadang-kadang kita tak boleh kawal orang lain. Ada masa menangis dengan diri sendiri kerana menyesal dengan kesilapan yang boleh memberi kesan kepada perniagaan. Tetapi sekejap sahaja. Kita perlu kuat dalaman atau rohani. Selain itu, sumber kekuatan saya adalah misi dan visi yang hendak dicapai. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan, your vision is much bigger than that.

Kita sudah nampak destinasi but just relax, face the problem.

Apakah pesanan puan kepada golongan muda yang ingin ceburi bidang ini.

Cari ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu itu pelbagai bentuk, Apa yang kita baca lihat seharian memberi kesan pada brain heart. “You are what you read”, apa yang kita dengar, baca dan lihat.

Pembahagian masa orang muda, kalau kita decide untuk bersenang-lenang waktu muda, buat sesuatu yang membantu membangunkan diri dan jangan berhenti. Mulakan dengan ilmu selepas itu bangunkan skills dalam diri. Softskills orang muda perlu dibina. Saya sendiri juga masih perlu bina.That knowledge build skills. Skills yang akan menunjukkan mutu keunggulan siapa kita. Orang muda adalah payung negara. Kerana golongan muda inilah yang akan menjadi ibu ayah, dan menjadi seseorang yang bertugas di pejabat. Menjadi seseorang yang duduk di atas pimpinan dan bayangkan kalau orang muda sekarang sifatnya tidak betul, maka yang menjadi pemimpin suatu hari nanti pun tidak betul.

Tidak perlu untuk hidup terlalu mewah sangat, tetapi banyakkan ilmu pengetahuan. Hidup perlu ada limit.

Harapan saya ialah agar saya boleh istiqamah membangunkan diri dengan masa yang ada, mencapai visi misi yang saya letak dalam hati untuk keluarga.

Harapan saya juga ingin Uswah Butik menjadi platform dan wadah untuk menggerakkan bukan sahaja perniagaan tetapi komuniti yang terlibat antara team, pelanggan, agen. Selain itu, harapan saya visi uswah bukan sahaja sekadar perniagaan tetapi boleh wujudkan komuniti yang sedar tentang Islam, dan menutup aurat.

Rujukan

Faradillah Iqmar Omar & Samsudin A. Rahim. 2017. Faktor Kejayaan Usahawan Wanita Dalam Talian: Suatu Tinjauan Awal. Kertas Kerja Seminar. Bangi: FSSK UKM. Akses online 7 November 2017.

Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani & Nor Asiah Omar.

(2011). An empirical study of success factors of women entrepreneurs in Southern Region in Malaysia.

International Journal of Economics and Finance, 3 (2), 166-175.

Temubual. 2017. Puan Illanah Abdullah. Pengusaha Butik Uswah Sdn Bhd. Bangi. 15 September 2017.

Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia farisham@ukm.edu.my

(13)

Perkongsian Peribadi Peniaga Online:

LanaaLutfi - Bukan Sekadar Sambilan

Dr Aini Ayu Suriyadi

Peluang keemasan tidak sentiasa hadir dalam hidup ini. Kali pertama saya mendapat peluang untuk melakukan sesuatu yang baru dalam hidup, saya terus merebut peluang itu tanpa berfikir panjang.

Lebih lama saya berfikir, lebih besar peluang itu untuk terlepas dari genggaman. Setelah mendapatkan persetujuan dan sokongan suami dan ibu bapa, saya terus meluru dalam dunia yang begitu

asing sekali buat saya. Perniagaan atas talian (online business). Terasa seperti pelajar baharu menghadiri sekolah yang baharu. Menarik, tetapi

sangat menakutkan. Itulah permulaan baru buat LanaaLutfi.

Dunia Baharu

Agak jauh dan berbeza sekali jika dibandingkan dengan hidup saya sebagai seorang pekerja di jabatan kerajaan. Ilmu berkaitan perniagaan kecil-kecilan dan atas talian memang terpaksa ditimba secepat yang mungkin. Bersama-sama dengan suami, kami berjumpa dengan sahabat-sahabat yang berpengalaman dalam bidang online business untuk berkongsi cerita serta pendapat masing-masing. Rakaman video dan kursus pendek anjuran peniaga-peniaga online yang sudah berjaya sebelum ini juga telah kami langgani dan hadiri untuk memahami dunia baharu ini dengan lebih dekat.

Ianya tidak benar sama sekali jika orang mengatakan bahawa online business ini adalah sesuatu yang mudah, menjanjikan keuntungan yang cepat dan tidak mencabar. Hakikatnya, ramai yang menjual produk dan servis atas talian untuk tempoh masa yang singkat, dan kemudian berhenti kerana tidak mendapat pulangan yang diharapkan ataupun ingin menumpukan perhatian pada komitmen yang lain.

Pengorbanan Besar

Sebagai seorang isteri, ibu, dan pekerja sepenuh masa yang bekerja dari jam 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang, menjual produk pakaian batik lukis secara online memang

memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Hari minggu dan malam-malam saya biasanya diluangkan untuk melayan pelanggan, mengambil gambar-gambar produk untuk tujuan iklan di media sosial, mengemaskini gambar-gambar di instagram (IG) dan facebook (FB) dan menempah serta mereka design batik yang baharu agar LanaaLutfi boleh terus

bersaing dalam dunia fesyen batik tetapi berkonsepkan pastel dan minimalis. Semua ini perlu saya lakukan tanpa mengganggu tugas hakiki saya sebagai seorang pegawai kerajaan.

Membahagi Masa

Menipulah saya jika saya kata yang saya sentiasa mampu membahagikan masa seadilnya untuk keluarga dan online business ini. Kadang kala, memang anak-anak akan terasa tersisih. Kadang- kadang juga, tiada pergerakan aktiviti di page FB atau IG kerana terlalu sibuk dengan komitmen keluarga atau kerja. Sesuatu yang kononnya ingin dilakukan secara sambilan pada mulanya, kini menjadi sepenuh masa dan tidak boleh diambil mudah. Fan base sudah terbentuk. Sekali sudah meletakkan jiwa dan raga ke dalamnya, saya tidak boleh berpatah balik.

Rekaan batik LanaaLutfi - minimalis dan elegan Pengalaman II

(14)

Usaha Yang Berterusan

Sesuatu kejayaan tidak berlaku tanpa usaha yang berterusan. Memang lebih mudah untuk berputus asa dan berhenti dalam apa sahaja bidang yang diceburi, tetapi setiap kesusahan itu sebenarnya membuka ruang untuk peluang yang lebih besar. Jika kita berjaya menanganinya dengan baik, pasti sesuatu yang lebih baik menanti disebalik kesukaran itu. Antara masalah yang telah saya hadapi sepanjang berkecimpung dalam bidang ini termasuklah berurusan dengan pelanggan dan pengeluar yang bermacam-macam ragam, peniaga lain yang bersaing secara tidak sihat, menghasilkan iklan yang tidak efektif dan membazir wang, serta kekangan kewangan yang sekali sekala mengganggu kelancaran perniagaan. Tetapi ini semua adalah masalah yang sangat kecil dan sama sekali tenggelam jika hendak dibandingkan dengan kepuasan pelanggan serta maklumbalas positif terhadap produk jualan dan servis yang diberikan. Mendapat

‘Like’ di FB atau IG page juga memberi impak yang sangat besar dalam dunia online business ini. Tiada keburukan yang dapat mengatasi kepuasan hati peniaga online apabila pelanggan yang sama kembali untuk membeli produk beberapa kali lagi selepas pembelian yang pertama.

LanaaLutfi Batik

Walaupun nama LanaaLutfi semakin mendapat tempat di atas talian, perjalanan kami masih jauh. Satu perkara yang saya pelajari sepanjang proses ini adalah saya tidak boleh berputus asa dalam terus menjalankan promosi untuk mengiklankan produk LanaaLutfi agar lebih mendapat sambutan di kalangan online shoppers. Ini kerana, jika tiada iklan, maka tiadalah ‘brand awareness’. Memandangkan ramai orang kini

menghabiskan masa online, maka iklan yang efektif sangatlah penting untuk mempengaruhi minda mereka. Janganlah berkira untuk membelanjakan lebihan duit untuk iklan, dan pastikanlah iklan yang dikeluarkan itu efektif dan sampai ke hati pelanggan.

Seperti mana-mana bidang, online business juga sentiasa berubah.

Jika ingin bergerak bersama dengan generasi baru, informasi dan ilmu berkaitan teknologi maklumat dan selok-belok media elektronik mestilah sentiasa ditimba dan diperbaharui. Saya tidak boleh malu untuk

mencuba perkara yang baharu dan membuat kesilapan dalam

mempelajari sesuatu yang baharu, kerana sesungguhnya setiap usaha itu tidak sia-sia. Kesilapan mengajar saya untuk lebih matang dalam

menghadapi masalah dan menjadikan saya lebih komited untuk pergi lebih jauh dalam online business yang semakin popular di kalangan generasi kini.

Online business juga memerlukan komitmen dan usaha yang berterusan untuk berjaya. Produk dan servis yang diberikan tidak boleh dicuba atau dipegang secara fizikal. Segalanya bergantung kepada kepercayaan dan maklumbalas para pelanggan. Jika kita mampu memberi produk dan servis yang berkualiti secara berterusan, testimoni yang baik pasti akan tersebar di kalangan warga online dan ini juga merupakan satu jenis iklan yang cukup baik dan berkesan.

2,300

Penutup

Buat para pembaca yang teringin untuk mencuba online business, jangan berfikir panjang. Sahutlah cabaran saya untuk menceburinya. Tetapi, ceburilah bidang ini dengan ilmu di dada dan ingatlah bawaha tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang berterusan.

Dr. Aini Ayu Suriyadi ainiayu@hotmail.com

(15)

Wanita dan Perniagaan Atas Talian:

Faedah dan Risiko

Perundangan

Prof. Dr. Nazura Abdul Manap

Sejak dari zaman berzaman wanita dikenali sebagai peniaga yang berkebolehan.

Ini terbukti ramai wanita terutama dari pantai timur yang gigih mengusahakan perniagaan bukan sahaja bisnes kecil-kecilan di pasar malah terlibat dalam perniagaaan berskala besar seperti kedai emas dan kilang membuat batik sutera dan lain-lain.

Bentuk Perniagaan

Zaman kini berubah, wanita tidak kira dari pantai timur malah di seluruh pelusuk negara telah menceburi bidang perniagaan, tambahan lagi persekitaran perniagaan tidak lagi terhad kepada keperluan fizikal tempat perniagaan dan

keberadaan di kedai. Usahawan wanita semakin hari semakin bertambah dengan wujudnya perkhidmatan dalam talian yang membolehkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan di mana sahaja terutama melalui saluran media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Bentuk perniagaan sebegini kurang rumit dengan modal yang minimum serendah RM10 dan tidak memerlukan tempat sewaan yang mahal. Faktor-faktor lain seperti pendapatan yang tiada had kerana perniagaan berjalan siang dan malam tanpa sempadan, sangat fleksibel yang membolehkan aktiviti dijadual dan dilaksanakan di mana sahaja tanpa perlu

meninggalkan keluarga dan anak-anak yang dikasihi menjadi faktor sokongan kepada wanita untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian ini.

Secara puratanya jumlah pengguna facebook adalah sama dengan jumlah penduduk negara China iaitu 1.35 billion, manakala jumlah pengguna Internet mencapai sehingga 3 billion yang memberi peluang dan faedah kepada wanita dalam menjalankan dan memperluaskan

perniagaan mereka yang suatu masa dahulu tersekat akibat kaedah perniagaan tradisional yang lebih mementingkan kuasa fizikal. Melalui platform perniagaan dalam talian ini wanita bakal memecahkan kuasa dominasi kaum Adam dalam perniagaan tradisional.

Usahawan Wanita

Di Malaysia, umpamanya, nama-nama seperti Neelofa dan Vivy Yusof antara usahawan wanita berjaya di Malaysia dengan jualan jutaan ringgit melalui platform Internet.

Perniagaan yang biasanya sinonim dengan aktiviti dalam talian ini termasuk perniagaan fesyen, produk kecantikan dan kosmetik, produk kesihatan hingga ke jualan produk makanan dan pelbagai perkhidmatan lain.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa jualan atas talian lebih berkesan sekiranya dilaksanakan oleh seorang wanita.

Usahawan wanita yang bijak mampu menarik perhatian pengguna Internet kepada produk atau perkhidmatan melalui “success stories” mereka yang biasanya memberi kesan yang mendalam kepada orang yang membaca. Kisah kejayaan ini memberi inspirasi luar biasa berbanding dengan usahawan lelaki kerana wanita yang dikenali sebagai kaum yang lemah apabila berjaya mengatasi liku-liku dan kegagalan hidup mudah mendapat perhatian dan sanjungan orang ramai. Kaedah atas talian

ini dapat memanipulasi emosi orang ramai sehingga mampu membina satu jaringan hubungan yang sangat rapat dan berkesan. Ini sangat baik dan berfaedah kepada perniagaan yang diusahakan oleh wanita kerana pemasaran dapat dilaksanakan secara tidak langsung terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Apatah lagi sekiranya usahawan wanita itu merupakan wanita terkenal, jelita dan berpengaruh dalam masyarakat, ini sangat membantu dalam menjayakan sesebuah perniagaan dalam talian.

(16)

Peruntukan Undang-Undang

Walaupun perniagaan internet ini memberi banyak kebaikan kepada wanita, terdapat risiko- risiko tertentu yang perlu disedari dan difahami oleh golongan ini dalam menjalankan perniagaan sebegini. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah peruntukan

undang-undang yang mesti dipatuhi oleh usahawan tidak kira lelaki atau pun wanita. Melalui pengenalan kepada undang-undang siber pada tahun 1996 bersama dengan Koridor Raya Multimedia, kerajaan telah memberi komitmen untuk memastikan segala aktiviti internet di Malaysia dikawalselia dengan baik. Undang-undang seperti Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan pindaan kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada tahun 2007 dibuat bagi

memastikan perniagaan atas talian ini dilaksanakan menurut landasan undang-undang dan memberi perlindungan kepada pengguna internet. Ini bermakna usahawan internet perlu cakna dengan kewujudan undang-undang ini dan mematuhinya. Akta Perlindungan Pengguna 1999 misalnya melalui Tribunal Tuntutan Pengguna adalah mekanisme terbaik melindungi hak pengguna di negara kita. Pengguna yang ditipu, teraniaya, ditindas, diseleweng dan kehilangan hak kepenggunaan termasuk melalui pembelian dalam talian boleh menuntut ganti rugi yang sewajarnya melalui badan ini. Akta Hakcipta 1987 juga melindungi hasilkarya hakcipta daripada dieksploitasi oleh pengguna internet tanpa

keizinan daripada pemilik hakcipta. Usahawan internet juga kerap kali dilihat mengguna pakai hasilkarya hakcipta seperti imej dalam bentuk gambar dan video, muzik dan tulisan dalam mempromosi dan melakukan pemasaran produk dan perkhidmatan mereka. Tindakan undang-undang boleh diambil apabila berlakunya perlanggaran hakcipta. Maka para usahawan perlu berhati-hati dalam hal ini. Bisnes dalam talian yang kadang kala membawa keuntungan yang berlipat ganda juga tertakluk kepada undang-undang berkaitan cukai perniagaan. Ini telah diperjelaskan oleh Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia pada Kenyataan Media bertarikh 23 Mei 2016 bahawa “…Bagi perniagaan yang dijalankan oleh individu, cukai pendapatan mereka akan mengikut kadar cukai pendapatan individu bermula dari 0%

sehingga 28% (mulai Tahun Taksiran 2016). Manakala bagi perniagaan online oleh syarikat pula kadar cukai pendapatan yang akan dikenakan adalah antara 19% dan 24%...” Selain daripada itu, undang-undang lain yang sedia ada seperti Akta Jualan Barang 1957, Akta Kontrak 1950 dan liabiliti di bawah common law torts juga perlu dititik beratkan.

Risiko

Para usahawan internet juga terdedah kepada risiko lain seperti penipuan yang boleh berlaku melalui pemberian maklumat akaun bank atau kad kredit palsu. Sekiranya tidak berhati-hati mereka mungkin mudah terpedaya yang boleh mengakibatkan kehilangan barangan ataupun wang perniagaan. Menjadi seorang usahawan terutama dalam talian, seseorang wanita mungkin menjadi sasaran penggodam terhadap sistem yang digunapakai samada dalam bentuk laman sesawang atau media sosial. Oleh yang demikian bagi memastikan keselamatan data pelanggan, usahawan perlu

mengeluarkan modal bagi memasang pelayan (server) yang selamat dan sistem firewall yang baik.

Kesimpulan

Kesimpulannya, wanita masa kini tidak kira yang bekerjaya ataupun tidak, perlu mengambil peluang daripada teknologi internet yang membolehkan penjanaan pendapatan dibuat melalui perniagaan atas talian. Kebaikan teknologi ini yang semakin mudah dan murah merupakan antara tarikan kepada para wanita.

Walau bagaimanapun, mereka juga perlu sedar di sebalik kelebihan yang ada, terdapat risiko yang boleh

menimbulkan tanggungan ataupun liabiliti di pihak usahawan. Liabiliti ini adakalanya boleh membawa tindakan undang-undang yang boleh membawa padah kepada peniaga.

Prof. Dr. Nazura Abdul Manap Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia nazura@ukm.edu.my

“Saya merasakan hidup sebagai satu amanah dan bagi saya adalah perlu untuk

meneruskan perniagaan kerana sekurang- kurangnya usaha ini dapat mewujudkan berbagai peluang terutama

peluang kerja.”

Datuk Kamarudin Meranun (Pengasas bersama AirAsia)

(17)

Ceria

? ? ?

Pembeli atau Penjual? Nak Jadi

Siti Wahida Amanullah

Pernahkah anda mendengar tentang istilah Generasi E? Istilah ini mula diperkenalkan sempena sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur pada tahun 2015 yang menggalakkan golongan wanita melangkah ke era Generasi E. Era ini merujuk kepada meningkatkan ekonomi golongan wanita khususnya perniagaan dalam talian atau online. Generasi E iaitu Economic Empowered via Electronic

Medium ini bertujuan untuk melatih golongan wanita berdikari dalam pelbagai aspek dengan menggunakan kecanggihan teknologi terutama dalam bidang perniagaan.

Gaya Hidup Golongan Wanita Kini

Golongan wanita kini digalakkan untuk menjalankan perniagaan dalam talian kerana ia memberi ruang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada keluarga di samping membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Persoalannya sama ada golongan wanita berjaya menjalankan perniagaan atau sebaliknya lebih terjebak dengan kegilaan membeli-belah dalam talian? Menurut kajian yang dijalankan oleh Open- MindsResources.com pada tahun 2012, peratusan pembeli dalam talian kaum lelaki adalah sebanyak 56% berbanding golongan wanita hanya sebanyak 44%. Trend membeli-belah dalam talian pula menunjukkan rakyat Malaysia berbelanja untuk pakaian dan aksesori paling tinggi iaitu sebanyak 69% berbanding alat permainan dan barangan bayi hanya sebanyak 16% sahaja. Berdasarkan data ini, kuasa pembeli dalam talian tidak sekadar dimonopoli oleh kaum wanita sahaja, sebaliknya menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia.

Memandangkan kuasa beli pengguna internet yang tinggi, malahan sanggup berbelanja sekitar RM100 hingga RM300 dalam satu masa, kita sewajarnya mengambil inisiatif menggunakannya sebagai ruang untuk meningkatkan taraf ekonomi sendiri. Tidak sekadar menjadi pengunjung Lazada, Shoppee, Zalora mahupun katalog Insta yang sentiasa segar dengan gambar promosi yang menawan, golongan wanita sebaliknya boleh menggunakan platform tersebut untuk melakukan hal yang sama. Malahan terdapat banyak pertubuhan atau kursus

pembangunan usahawan yang telah dibangunkan khusus untuk golongan wanita.

Imej infografik menunjukkan tentang budaya membeli-belah dalam talian rakyat Malaysia

Salah satu daripadanya Program 1Nita yang dianjurkan oleh MyDomain Registry (Mynic) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sama ada kita mahu terus menjadi pembeli, pengunjung tegar yang tiba-tiba ‘terbeli’

atau penjual yang mampu meraih pendapatan dengan modal yang lebih minima. Permulaan yang baik memainkan peranan penting dalam membina reputasi di ruangan maya kerana hanya berdasarkan komen, jumlah like atau share mampu menaikkan nama perniagaan tersebut.

(18)

Malahan jika muncul dengan sedikit kelainan atau keunikan, produk atau nama perniagaan akan menjadi tular dan memudahkan anda untuk menjalankan perniagaan dalam talian dengan lebih gembira.

Minat dan Kemahiran

Kejayaan e-usahawanita ini selain mempunyai semangat yang tinggi, perlu juga mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang diniagakan. Jika kita berminat dalam bidang dekorasi rumah dan selalu menjadi pengikut blog atau insta yang terkenal dalam bidang tersebut, maka secara tidak langsung kita mempunyai ilmu dan ia boleh menjadi rujukan untuk kita meraih kejayaan dalam bidang yang sama. Paling tidak, kita boleh bertindak menjadi ejen kepada pemilik perniagaan tersebut pada peringkat permulaan sebelum memotivasikan diri dengan produk jenama sendiri. Kebanyakaan perniagaan dalam talian yang dimonopoli oleh golongan wanita adalah produk hasil buatan sendiri, seperti hiasan pokok bunga, jahitan manik, kek cawan, makanan sejuk beku, malahan penghantaran makanan dari rumah ke rumah atau dari rumah ke pejabat. Dengan permintaan yang semakin meningkat, dari perniagaan dalam talian, terdapat juga golongan wanita ini yang melantik ejen untuk membantu promosi produk mereka selain mereka sendiri sanggup berjualan di tapak jualan carboot atau jualan hari minggu bersama keluarga.

Kita melihat usaha mereka untuk memperkasakan ekonomi keluarga, tidak kira sama ada daripada golongan yang berkerjaya mahupun surirumah sebagai pengorbanan besar di samping tuntutan terhadap tugasan rumahtangga yang tidak diabaikan.

Menjadi Pembeli yang Berhemah Tidak semua pembeli mempunyai kemahiran sebagai penjual tetapi tentu sekali semua penjual mempunyai pengalaman sebagai pembeli. Kita sebagai pembeli tentu mahupun produk atau perkhidmatan yang terbaik bersesuaian dengan kos yang dikeluarkan. Sebaiknya, meletakkan keperluan dan kehendak sendiri sebelum menjalankan aktiviti jual beli dapat mewujudkan hubungan baik antara kedua pihak.

Memandangkan urusan kewangan dan ekonomi rumahtangga seringkali dipercayai lebih baik di tangan wanita, justeru, sama ada kita menjadi pembeli atau penjual, seharusnya membawa kepada keseimbangan dalam kehidupan kita. Jika membeli biarlah berhemah, supaya tiada pembaziran, apabila menjual pula biarlah bertimbang-rasa, supaya tiada permusuhan dan membawa kepada keberkatan.

Kesimpulan

Kita sedar bahawa cabaran sentiasa mendatangi kita selagi kita hidup.

Justeru itu perancangan dan strategi dalam melaksanakan sesuatu adalah perkara yang penting sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan. Tidak kira sama ada kita menceburinya sepenuh masa, separuh masa ataupun sekadar bertindak sebagai pembeli sekalipun, kita perlukan perancangan supaya tidak semua kehendak kita menjadi keperluan yang disengajakan.

Rujukan

Perniagaan online bagi kelebihan kepada wanita. http://www.sinarharian.com.my/

nasional/perniagaan-online-bagi-kelebihan-kepada-wanita-1.422356 (akses pada 7 Ogos 2018).

Kajian – Statistik Jual Beli Secara Online di Malaysia 2012 (Infografik). http://www.

majalahniaga.com/kajian-terhangat-statistik-jual-beli-secara-online-di-malaysia- 2012-infografik.html (akses pada 7 Ogos 2018).

Norizan Abdul Razak. 2014. Kejayaan e-usahawan wanita. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Wahida Amanullah

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

wydaman@ukm.edu.my

“Maafkan semua kesalahan yang dilakukan pekerja anda kecuali jika dia menipu sebab semua orang buat silap

dan kita belajar daripada kesilapan tetapi menipu melibatkan sikap dan ini boleh menjurus ke arah

masalah yang lebih besar di masa hadapan.”

Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali bin Mydin

(19)

Kesihatan

Kosmetik Bertoksik

Ancaman Kesihatan

Prof. Madya Dr. Mohd. Hasni bin Jaafar

Kosmetik dicemari Toksik

Beberapa kajian yang telah dijalankan di banyak negara termasuk Malaysia mendapati terdapat jenis bahan kosmetik yang sengaja atau tidak sengaja dicemari dengan bahan toksik berbahaya. Remaja menggunakan bahan kosmetik untuk memutihkan kulit muka dan leher di samping gincu untuk bibir merah merekah dan maskara untuk mata hitam yang ayu. Bagi wanita yang lebih berusia, mereka juga gunakan bahan kosmetik bagi menghilangkan masalah kloasma iaitu kelompok perang pada pipi dan dahi akibat peningkatan aktiviti melanosit kulit.

Golongan Berisiko

Golongan remaja adalah lebih berisiko kerana kadar metabolisma yang tinggi untuk menampung tumbesaran fizikal dan mental. Akibat dari itu, lebih mudah dan lebih banyak bahan toksik di dalam kosmetik itu diserap dan menyebabkan masalah kesihatan pada jangkamasa yang panjang. Keadaan kulit yang lebih berminyak dan bermasalah di kalangan remaja turut menyumbang kepada kadar penyerapan bahan toksik ke dalam kulit dan sistem aliran darah seseorang itu. Rintangan darah-otak yang masih kurang matang juga menyebabkan bahan toksik tersebut boleh memasuki tisu otak dan

mempengaruhi akal serta tahap kepintaran remaja dan kanak-kanak.

Keadaan malnutrisi seseorang itu turut menyebabkan penyerapan yang lebih banyak bahan toksik

berkenaan. Malnutrisi mineral kalsium boleh menyebabkan penyerapan plumbum dan kadmium yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengalami masalah pemakanan. Mereka yang mengalami kekurangan vitamin D turut menjadi golongan yang berisiko tinggi untuk keracunan ini.

Masalah anemia akibat kekurangan zat besi turut menyebabkan logam seperti plumbum dan kadmium diserap dengan kadar yang lebih besar berbanding mereka dengan paras hemoglobin normal. Keadaan ini biasa dialami oleh kanak kanak luar bandar disebabkan oleh pemakanan tidak seimbang, dan juga di kalangan ibu hamil akibat pemindahan zat besi kepada anak dalam kandungan.

Bahan Toksik

Bahan toksik yang biasa ditemui di dalam bahan kosmetik tempatan adalah terdiri dari raksa, plumbum, dan kadmium. Hidrokinon adalah bahan pemutih yang turut banyak dikesan di dalam bahan kosmetik yang melebihi dari tahap yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Raksa mampu merosakkan otak dan buah pinggang mangsa sekiranya terdedah pada dos yang tinggi. Ia boleh menyebabkan remaja menjadi kurang pintar dan menunjukkan tingkah laku yang tidak normal.

Kajian lalu di Malaysia juga mendapati suntikan vitamin C turut mengandungi raksa yang tinggi yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang di kalangan dewasa dalam tempoh lima tahun penggunaannya.

Plumbum adalah logam berat yang terbukti boleh menyebabkan masalah tingkahlaku seperti buli, kegiatan gengster dan skizofr

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam keadaan waris adalah bapa (1/6) bersama dengan ibu (1/6) yang mana si mati mempunyai seorang anak lelaki, atau dua orang anak perempuan atau lebih, ataupun seorang

Apabila anak-anak remaja mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi maka ibu bapa tidak perlu bimbang tentang akhlak anak-anak mereka kerana anak remaja ini akan

Tangggungjawab ibu bapa terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap orang tuanya, adab berbicaradan menjauhi sikap buruk sangka adalah antara perisian yang terdapat

Faktor yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi pencapaian pendidikan anak-anak Orang Asli ialah sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak,

Jelas kajian ini menunjukkan keperluan yang tinggi terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak- anak terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah..

Warga tua tersebut memerlukan lebih banyak bantuan; mereka kurang suka membantu keluarga daripada aspek kewangan dan ini bermakna anak dewasa akan berdepan dengan

Pengalaman penjagaan dalam kalangan anak dewasa yang menjaga ibu bapa yang sihat di mana informan dapat berkongsi masalah, membalas budi, mendapat bantuan timbal balik serta

Kedua, penyelidikan atas isu ketaatan kepada ibu bapa juga telah menghasilkan keputusan yang positif, sehingga anak-anak lagi yang kenalan dengan orang tua, orang