• Tiada Hasil Ditemukan

BAB III IKHTILAF HUKUM IBADAT HAJI MENGIKUT PENDAPAT FUQAHA’ MAZHAB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BAB III IKHTILAF HUKUM IBADAT HAJI MENGIKUT PENDAPAT FUQAHA’ MAZHAB "

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

iv

UNIVERSITI MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: MUHAMMAT NURI (No. K.P/Pasport: A 5751138)

No Pendaftaran/Matrik : IHA060061 Nama Ijazah: DOKTOR FALSAFAH

Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):

ANALISIS ISU-ISU HUKUM DALAM IBADAT HAJI: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PANDANGAN KEMENTERIAN AGAMA DAN PERSATUAN ISLAM DI INDONESIA

Bidang Penyelidikan: FIQH IBADAT

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;

(2) Hasil Kerja ini adalah asli;

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;

(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahun sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;

(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon

Tarikh 19-08-2015 Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tanda tangan Saksi

Tarikh 19-08-2015 Nama:

Jawatan:

(2)

v

ABSTRAK

Tesis ini bertajuk “Analisis Isu-Isu Hukum Dalam Ibadat Haji: Kajian Perbandingan Antara Pandangan Kementerian Agama Dan Persatuan Islam Di Indonesia”, memberikan gambaran secara jelas mengenai isu-isu hukum yang sering kali muncul dalam perlaksanaan ibadat haji khususnya antara dua badan hukum yang berbeza sudut pandangannya dalam menentukan pelbagai hukum di Indonesia. Ibadat haji apabila dilaksanakan dengan benar akan meningkatkan mutu keimanan dalam mencapai puncak kesempurnaan sebagai seorang muslim dalam melaksanakan syariat Islam. Kementerian Agama (KEMENAG) dan Persatuan Islam (PERSIS) adalah suatu badan hukum yang menangani pelbagai hal keagamaan, khususnya ibadat haji di Indonesia. Namun perbezaan yang sangat ketara antara keduanya adalah dari segi pegangan bermazhab.

Kementerian Agama cenderung berpegang kepada salah satu mazhab khususnya mazhab Syafii, sementara Persatuan Islam sebaliknya tidak berpegang kepada mana- mana mazhab, atau lebih dikenali sebagai golongan anti mazhab. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui latar belakang penubuhan Kementerian Agama dan Persatuan Islam serta pengaruhnya kepada masyarakat Indonesia, mengetahui dasar dan sumber pengambilan ijtihad dalam menentukan hukum-hukum ibadat haji dan menganalisis isu-isu hukum ibadat haji yang berbeza antara dua badan hukum tersebut sama ada benar-benar mengikuti salah satu dari empat imam mazhab yang muktabar.

Bagi tujuan tersebut, pengkaji telah memadukan metodologi kajian antara metode kajian perpustakaan dan metode kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa penyebab utama perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama khususnya antara dua badan tersebut adalah kerana perbezaan sahabat dalam memahami nas mujmal (bersifat umum), perbezaan kecenderungan penerimaan hadis, perbezaan ijtihad masalah yang tiada nas dan terdapat nas yang masih umum. Cara mengatasi perbezaan tersebut tiada lain kecuali menumbuhkan kesedaran dalam kalangan para ulama dan pengikutnya agar berfikiran terbuka dengan prinsip bahawa apabila hukum Islam tersebut berasaskan empat dasar yang disebut sebagai sumber hukum adalah benar. Dan yang salah apabila hukum itu tidak disandarkan ke atas dalil-dalil tersebut di atas. Maksudnya selagi hukum itu mempunyai landasan yang kuat, cara istinbat hukum yang mengikuti kaedah- kaedah yang benar dan memiliki keilmuan yang cukup untuk berijtihad dalam mengeluarkan sesuatu fatwa, maka hukum itu adalah benar dan boleh diikuti. Selain itu, hendaklah pemerintah mengadakan pertemuan dari pelbagai golongan khususnya dari ulama Persatuan Islam dalam satu majlis fatwa agar bersama-sama melaksanakan hukum yang telah disepakati dan ditetapkan bersama secara komitmen. Tanpa usaha tersebut, maka impian untuk mewujudkan keharmonian dan kedamaian tanpa ada perbalahan mengenai suatu isu hukum yang bersifat furu‘iyyah (cabang) dalam mengaplikasikan hukum Islam di Indonesia khususnya dalam lapangan ibadat haji sukar diwujudkan.

(3)

vi

ABSTRACT

This research thesis entitled “Analysis of Legal Issues During Hajj: A Comparative Between the Ministry of Religious Views and Organization of the Islamic Society in Indonesia“, give a clear pictof the legal issues that often arise in particular pilgrimage implementation between two different bodies of law in determining the angle of view on a variety of Indonesi law. Pilgrimage when implemented correctly will approve the quality of faith in reaching a peak of perfection to be a muslim in implementing Islamic Law. Ministry of Religion (Religious Affairs) or what we called it with (KEMENAG) and the Islamic Society (PERSIS) is a body of law dealing with matters of religion, particularly the Hajj in Indonesia. But a significant difference between the two is in terms of holding belonged. The Ministry of Religion (KEMENAG) tends to stick to one pe articular sect Shafii sect, while the Organization of The Islamic Society (PERSIS) rather not stick to any sect, or more commonly known as the anti-sect. Therefore , this study was conducted to find out the background of the establishment Ministry of Society and Organization of the Islamic Society and its influence to society Indonesia , to find out the basis and source of ijihad law in determining the laws of the pilgrimage and analyze the legal issues pilgrimage different between the two bodies of law is whether the right to follow one of the four imams vanerated sect. For this purpose, the researcher has the form of research methodology combines library research methods and design methods fieldwork. The study found the that the main cause of differences of opinion among the scholars in particular between the two bodies mentioned above due to differences in understanding nas mujmal companions, hadith acceptance susceptibility differences, differences nash ijtihad, and there are still nash general. There is no way to overcome such differences but to foster awareness among the scholars and followers to be open-minded with the principle that the truth is that when Islamic law is built on four policies mentioned as a source of law, and the one when the law cannot be based on the arguments above, so long as the law means having a strong foundation, the way the law istinbath who follow the rules completely, and have enough knowledge to interpret Islam in issuing a fatwa that the law is true and can be followed. In addition, the government should have a meeting of various groups, especially from scholars in a ceremony exactly the fatwa that together commitment apply the laws that have been agreed and set together. Without their efforts, the dream to create harmony and peace without any argument about the nature of a legal issue furu'iyyah in applying Islamic law in Indonesia, particularly in the field difficult pilgrimage place.

(4)

vii

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT yang telah melimpahkan pelbagai nikmat dan hidayah-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan tesis ini dalam bentuk sebegini rupa. Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Dr. Anisah Ab. Ghani, selaku penyelia tesis, di atas bimbingan, saranan dan nasihat beliau yang amat bermanfaat dan amat besar ertinya bagi diri pengkaji sepanjang kajian, sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan baik.

Penulis juga berterima kasih kepada semua pensyarah, khasnya di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam dan para pegawainya, para pegawai di Pusat Pengajian Siswazah, para pegawai di Perpustakaan Universiti Malaya di atas segala curahan ilmu dan bantuan serta kemudahan yang telah diberikan sehingga penulis dapat menyelesaikan kajian ini dalam tempoh yang ditentukan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para pegawai di Pejabat Pusat PERSIS Kota Bandung yang telah membantu penulis dalam menyediakan data-data yang diperlukan dalam kajian ini. Demikian juga kepada para pegawai di Pemerintahan Kota (Pemko) Bandung, Asrama Haji Indonesia, serta para ulama dan cendekiawan di atas bantuan dan kesediaannya dalam menyelesaikan kajian ini.

Akhirnya, penulis juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ayahanda, ibunda, umi ratu dan isteri tercinta serta semua guru saya di atas segala dorongan dan pengorbanan mereka sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang telah memberi bantuan dan kerjasama dalam menjayakan tesis ini. Semoga segala bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak tersebut akan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik balasan dan semoga kajian ini juga akan bermanfaat bagi penulis khasnya dan kepada umat Islam amnya. Amin ya Rabb al-Alamin.

(5)

viii

KANDUNGAN

Halaman

PERAKUAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

PENGHARGAAN vii

KANDUNGAN viii

SENARAI KEPENDEKAN xiii

PANDUAN TRANSLITERASI xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Kajian Lepas 9

1.8 Metodologi Kajian 21

1.9 Sistematika Penulisan 27

(6)

ix

BAB II

HAJI DAN SEJARAH PERLAKSANAANNYA DI INDONESIA

2.1 Pendahuluan 30

2.2 Haji dan Dasar Perlaksanaannya dalam Islam 32

2.3 Haji dan Kesedaran Sejarah 39

2.3.1 Haji Nabi Muhammad 39

2.3.2 Nilai Sejarah Ibadat Haji 50

2.4 Sejarah Haji di Indonesia 57

2.4.1 Sejarah Awal Perlaksanaan Ibadat Haji di Indonesia 58

2.4.2 Haji Sebelum Abad ke-20 60

2.4.2.1 Permulaan Haji 61

2.4.2.1.1 Perdagangan dan Diplomasi 61

2.4.2.1.2 Perantau Penuntut Ilmu 64

2.4.2.2 Perjalanan Haji Abad ke-18 Sehingga Abad ke-19 68

2.4.2.3 Jemaah Haji di Hijaz 74

2.4.3 Penyelenggaraan Haji di Indonesia Semenjak Sebelum-Sesudah Kemerdekaan 77

2.5 Kesimpulan 85

BAB III IKHTILAF HUKUM IBADAT HAJI MENGIKUT PENDAPAT FUQAHA’ MAZHAB

3.1 Pengenalan 87

3.2 Perbincangan Masalah Hukum Kontradiktif Ibadat Haji dan Umrah 88

3.2.1 Niat Ihram dari Miqat 89

3.2.2 Hukum Ramal dan Ittiba‟ pada Tawaf dan Sa‟i 102

3.2.3 Hukum Sa‟i Selepas Tawaf Ifadhah 106

3.2.4 Hukum Melaksanakan Wuquf di Arafah 116

(7)

x

3.2.5 Hukum dan Waktu Melontar Jamrah 125

3.2.6 Hukum Menyembelih Hadyu Haji Tamattuk dan Qiran 138

3.2.7 Hukum Melaksanakan Umrah Sunat Sesudah Haji Tamattuk dan Qiran 148

3.2.8 Hukum Badal Haji dan Umrah 154

3.2.9 Hukum Wanita Datang Haid Sebelum Selesai Tawaf Umrah Tamatuk 161

3.3 Kesimpulan 165

BAB IV IJTIHAD DAN IKHTILAF HUKUM HAJI ANTARA KEMENTERIAN AGAMA DAN PERSATUAN ISLAM

4.1 Pengenalan 169

4.2 Ijtihad dalam Sorotan 170

4.3 Ulama dan Konsep Ijtihad 176

4.4 Teori Ijtihad 179

4.4.1 Dasar Hukum Ijtihad 184

4.4.2 Lapangan dan Jenis Ijtihad 190

4.4.3 Syarat dan Bentuk Ijtihad 195

4.5 Metode Ijtihad dalam Pembinaan Hukum Islam 201

4.5.1 Imam Hanafi 203

4.5.2 Imam Maliki 205

4.5.3 Imam Shafii 206

4.5.4 Imam Ahmad 209

4.6 Landasan Pemikiran Fiqh Ikhtilaf 211

4.6.1 Ikhtilaf Masalah Furu‟ 211

4.6.2 Ikhtilaf Adalah Rahmat 216

4.7 Ikhtilaf dan Hukum Bermazhab 223

4.7.1 Ikhtilaf Mazhab Fiqh dan Faktor Penyebabnya 224

4.7.1.1 Ikhtilaf Mazhab Fiqh 225

4.7.1.2 Faktor Penyebab Ikhtilaf Berfatwa 229

4.7.1.3 Faktor Lahirnya Mazhab Fiqh 231

(8)

xi

4.7.2 Hukum Bermazhab 235

4.8 Kementerian Agama dan Metode Ijtihadnya 251

4.8.1 Profil Kementerian Agama 253

4.8.2 Metode Ijtihad Kementerian Agama 262

4.9 Hubungkait antara Organisasi Nahdlatul Ulama, Departemen Agama dan Mazhab Syafii 269

4.10 Dewa Hisbah PERSIS dan Metode Ijtihadnya 275

4.10.1 Profil Persatuan Islam 276

4.10.2 Metode Ijtihad Dewan Hisbah PERSIS 284

4.11 Hubungkait antara PERSIS, Muhammadiyah dan Wahabiyah 294

4.12 Kesimpulan 302

BAB V PERBEZAAN ISU-ISU HUKUM IBADAT HAJI ANTARA KEMENTERIAN AGAMA DAN PERSATUAN ISLAM

5.1 Pengenalan 304

5.2 Isu Perbezaan Hukum Ibadat Haji Antara KEMENAG dan PERSIS 305

5.2.1 Miqat Makani 306

5.2.2 Ramal antara Safa dan Marwah 321

5.2.3 Sa‟i Selepas Tawaf Ifadhah 325

5.2.4 Tarikh Keberangkatan Jemaah Haji Tamattuk ke Mina 333

5.2.5 Waktu Wuquf di Arafah 341

5.2.6 Waktu Melontar Jamrah 345

5.2.7 Hadyu Haji Tamattuk dan Qiran 351

5.2.8 Umrah Sunat Sesudah Haji Tamattuk dan Qiran 362

5.2.9 Badal Haji dan Umrah 369

5.2.10 Solat Empat Puluh Waktu di Masjid Nabawi 380

5.2.11 Menziarahi Makam Nabi di Madinah 385

5.3 Kesimpulan 395

(9)

xii

BAB VI

RUMUSAN DAN PENUTUP

6.1 Pengenalan 399

6.2 Rumusan dan Analisis Kajian 399

6.3 Saranan dan Cadangan 408

6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 418

6.5 Penutup 420

BIBLIOGRAFI 423

(10)

xiii

SENARAI KEPENDEKAN

SWT : Subhanahu wa Ta‟ala

SAW : Sallah Allahu „Alayhi wa Sallam

r.a. : Radiya Allahu anhu

ibid. : Ibiden (di tempat yang sama)

h. : Halaman

terj. : Terjemahan

ptrj. : Penterjemah

t.t. : Tanpa tahun

YPHI : Yayasan Perjalanan Haji Indonesia P3H : Panitia Perbaikan Perjalanan Haji

H. : Tahun Hijriah

M. : Tahun Masihi

PT : Perseroan Terbatas.

t.tp. : Tanpa Tempat

t.pt. : Tanpa Penerbit

KEMENAG : Kementerian Agama

PERSIS : Persatuan Islam

KBIH : Kelompok Bimbingan Ibadat Haji

DPRRI : Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia

TPHI : Tim Pembantu Haji Indonesia

TPIHI : Tim Pembimbing Ibadat Haji Indonesia TKHI : Tim Kesihatan Haji Indonesia

KARO : Ketua Regu

KAROM : Ketua Rombongan

PPIH : Panitia Penyelenggara Ibadat Haji SISKOHAT : Sistem Komputerisasi Haji Terpadu PIHK : Penyelenggara Ibadat Haji Khusus BPIH : Biaya Penyelenggaraan Ibadat Haji

DUHA : Dewan Urusan Haji

(11)

xiv

PANDUAN TRANSLITERASI

Transliterasi huruf rumi adalah berpandukan Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi, terbitan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (2001).

A. Konsonan

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

ا ،ء

a

لأس

sa‟ala

ب

b

لدب

badala

ت

t

رمت

tamr

ث

th

ةروث

thawrah

ج

j

لامج

jamal

ح

h

ثيدح

hadith

خ

kh

دلاخ

khalid

د

d

ناويد

diwan

ذ

dh

بهذم

madhhab

ر

r

نامحر

rahman

ز

z

مزمز

zamzam

س

s

بارس

sarab

ش

sh

سمش

shams

ص

s

ربص

sabr

ض

d

ريمض

damir

ط

t

رهاط

tahir

ظ

z

رهظ

zuhr

ع

دبع

abd

غ

gh

بيغ

ghayb

ف

f

هقف

fiqh

ق

q

يضاق

qadi

ك

k

سأك

ka‟s

ل

l

نبل

laban

م

m

رامزم

mizmar
(12)

xv

ن

n

مون

nawm

ه

h

طبه

habata

و

w

لصو

wasl

ي

y

راسي

yasar

B. Vokal

Vokal Pendek Transliterasi Contoh Transliterasi

- (Fathah) a ََتَنَ ق qanata

- (Kasrah) i ََمِلَس salima

- (Dammah) u لِعُج ju‟ila

Vokal Panjang Transliterasi Contoh Transliterasi

اَ/ي a َ باَب/ىَرْ بُك bab/kubra

ي i َ لْيِكَو wakil

و u َ ةَرْوُس surah

C. Diftong

Diftong Transliterasi Contoh Transliterasi

-

و aw َ لْوَ ق qawl

-

ي ay َ رْ يَخ khayr

و uww َ ةَّوُ ق quwwah

ي iy/i َيِبَرَع „arabiy/i

Catatan: Istilah atau perkataan yang berasal daripada perkataan Arab tetapi telah menjadi sebutan umum Bahasa Melayu adalah dieja mengikut perkataan Bahasa Melayu.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini dilakukan di Negeri Kedah Darul Aman bertujuan untuk mengetahui peranan alam sekitar dalam mempengaruhi pendapat dan pilihan politik responden/pengundi

• Dengan ilmu, manusia akan dapat memahami, agama yang benar, serta dapat mengetahui cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, yang Maha Pencipta dan Berkuasa itu.. • Hanya dengan

Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis kestabilan perbankan Islam di Malaysia berdasarkan kepada petunjuk kestabilan kewangan serta nilai-nilai etika bagi setiap

Borang selidik bagi kajian ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu; (i) bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, (ii) bahagian B adalah untuk mengetahui

Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu; (i) bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, (ii) bahagian B adalah untuk mengetahui

Sedangkan menurut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak wajib bagi ma‟dub menggantikan hajinya kepada orang lain, kerana tidak wajib baginya haji kecuali ia

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala limpah rahmat dan izinNya, penulis berjaya menyiapkan kajian bertajuk “Analisis Aplikasi Akad Mudarabah

Kajian ini adalah penting dilakukan untuk mengetahui bagaimana program pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan dapat membawa kemakmuran, meningkatkan pendapatan serta