• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 314 - KARYA-KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN AMERIKA LATIN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 314 - KARYA-KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN AMERIKA LATIN "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2006/2007

Oktober/November 2006

HKB 314 - KARYA-KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN AMERIKA LATIN

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. DUA soalan dari bahagian A dan DUA soalan dari bahagian B.

…2/-

(2)

[HKB 314]

- 2 -

Bahagian A

1. Perkembangan Kesusasteraan Amerika Latin dapat dijelaskan dalam tiga fasa dan setiap fasa itu memperlihatkan perkembangan yang tersendiri. Bincangkan secara kritis perkembangannya mengikut fasa- fasa berikut:

[a] Periode colonial.

[b] Periode kemerdekaan.

[c] Periode mutakhir.

2. Bincangkan bagaimana Alejo Carpentier berperanan mengembangkan realisme magis dalam Kesusasteraan Amerika Latin.

3. “The following Friday he went down to the launches again. And, as one every Friday, he returned home without the longed-for letter.

‘We’ve waited long enough,’ his wife told him that night. ‘One must have the patience of an ox, as you do, to wait for a letter for fifteen years.’ The colonel got into his hammock to read the newspaper .”

(No One Writes to the Colonel: 1996).

Merujuk kepada petikan di atas, sejauhmanakah masalah yang dihadapi oleh Kolonel berpunca daripada pihak pemerintah yang menjanjikan wang pencen kepadanya?

4. “The women writing in their many different ways in Latin America since then are not writing like the great masters of the past. But expressing their own womanly feelings and perceptions in a new woman’s way.” (Sussan Bassnett).

Merujuk kepada pandangan Bassnett ini, bincangkan cerpen “Up Among the Eagles” oleh Luisa Valenzuela dan “The Museum of Vain Endeavours” oleh Christina Peri Rossi.

…3/-

(3)

[HKB 314]

- 3 - Bahagian B

Jawab Soalan 1 ATAU Soalan 2 dan SATU soalan lain.

SAMA ADA

5. Di bahagian awalnya, novel One Hundred Years of Solitude mengisahkan pembukaan bandar Macondo oleh Jose Arcadio Buendia dan Ursula Iguaran. Tentang bandar yang indah dan damai itu dikatakan bahawa “(it) was so recent that many things lacked names.”

Tentang penghuninya pula, dikatakan bahawa mereka semuanya muda belaka.

Sambil melakarkan pembukaan dan pembinaan Macondo, bincangkan sejauhmanakah benarnya pendapat bahawa kisah ini meniru detik awal keadaan dunia dan manusia di dalam Bible, khususnya “Book of Genesis.”

ATAU

6. Novel Gabriel Garcia Marquez, One Hundred Years of Solitude, dianggap kemuncak bagi perkembangan genre realisme magis (magic realism atau magical realism) mulai akhir tahun 50-an hingga tahun 70-an. Novel ini juga menyebabkan timbulnya jolokan umum Macondo kepada dunia yang melatari kehidupan dalam fiksyen Amerika Latin era tersebut.

Berasaskan novel Marquez yang tersebut dan karya pengarang lain yang berkaitan, bincangkan maksud realisme magis dan terangkan ciri-ciri umum dunia Macondo.

7. Gerakan onda (gelombang) bermula ketika karya generasi boom masih dihasilkan. Ia sering dikaitkan dengan José Agustín dari Mexico dengan karyanya La tumba (The Tomb), 1964. Bincangkan secara kritis ciri-ciri gerakan ini dan peranan Agustín dalam perkembangan sastera Amerika Latin.

…4/-

(4)

[HKB 314]

- 4 -

8. Pada tahun 1996 Alberto Fuguet dan teman-temannya mengiystiharkan kematian Macondo dan menutup pintu realisme magis. Sebagai gantinya mereka menampilkan genre McOndo dengan realisme yang mereka dakwa lebih mewakili keadaan sebenar di Amerika Latin.

Dengan merujuk kepada tulisan-tulisan Alberto Fuguet (1997) dan Mac Margolis (2002), huraikan ciri-ciri McOndo dan bahaskan prospek genre baru ini.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“Karya-karya besar tidak mengenal sempadan.” Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong hujahan anda... Bandingkan aspek pengolahan

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika clan huraikan kejayaannya dari suclut persoalan clan alatan puisi yang

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika dan huraikan kejayaannya dari sudut persoalan dan alatan puisi

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Sebahagian pengarang akan menyatakan pada bahagian prakata metode yang digunakan dalam penulisan karya tersebut dan sebahagian pengarang lain tidak menyatakan metode yang

'Walau pun banyak unsur magis, fantastik atau dongeng yang diungkap dalam novel-novel Amerika Latin, namun masih terdapat juga unsur sejarah tempatan yang mengakarkan

Pengetahuan terhadap beberapa aspek psikologi yang berkaitan dengan pengarang dan perwatakan dalam karya dapat meningkatkan pemahaman dalam kajian kesusasteraan..