• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 503 – SEMINAR SILANG BUDAYA KESUSASTERAAN ASIA TENGGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 503 – SEMINAR SILANG BUDAYA KESUSASTERAAN ASIA TENGGARA "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007

April 2007

HKB 503 – SEMINAR SILANG BUDAYA KESUSASTERAAN ASIA TENGGARA

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. DUA soalan daripada bahagian A dan mana- mana DUA soalan daripada bahagian B.

…2/-

(2)

[HKB 503]

- 2 -

Bahagian A

1. Jelaskan TIGA prinsip utama kajian silang budaya. Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, bagaimanakah kajian silang budaya boleh memberi manfaat yang lebih baik dalam pemahaman hasil kesusasteraan yang merentas budaya dan bangsa?

2. Sajak “Melayu” oleh Usman Awang dari Malaysia dan esei “The Ultimate Malay” oleh Carmen Guerrero dari Filipina sama-sama berbicara tentang identiti Melayu. Bincangkan secara kritis titik-titik persamaan karya-karya tersebut, dan tunjukkan pula perbezaan antara keduanya.

Bahagian B

3. Bincangkan beberapa sumber asas yang mendasari pemikiran A.

Samad Ahmad dan Pramoedya Ananta Toer dalam menilai tradisi pemerintahan raja-raja Melayu dan Jawa melalui novel Zaman Gerhana dan Arus Balik yang mereka hasilkan. Sejauhmanakah kedua-dua karya tersebut dapat memancarkan semangat dan identiti bangsa yang dibicarakan?

4. Secara perbandingan, bincang tema puisi “God Said, ‘I Made a Man’”

oleh Jose Garcia Villa dan puisi “Padamu Jua” oleh Amir Hamzah.

Jelaskan faktor-faktor budaya dan peribadi yang mungkin mempengaruhi pandangan penyair dalam karya masing-masing.

5. Kepercayaan kepada wujudnya perhubungan secara langsung antara manusia dengan kehidupan Alam Tinggi telah membentuk suatu konsep kerohanian yang universal bagi masyarakat di seluruh dunia.

Huraikan TIGA faktor utama yang menyebabkan wujudnya kepercayaan tersebut. Berdasarkan faktor-faktor itu, bincangkan karya The Tale of Prince Sammutakote dalam tradisi kesusasteraan Thai dan Hikayat Sultan Ibrahim dalam tradisi kesusasteraan Melayu.

6. Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah

Setapak tiada kurela untuk melutut kecewa

(A. Samad Said, “Pada Tanah yang Indah”, Malaysia)

…3/-

(3)

[HKB 503]

- 3 -

Were it more brilliant; had it more freshness, more bloom Still for you would I give it; would give it for your good!

(Jose Rizal, “My Last Farewell”, Filipina)

Berasaskan petikan-petikan di atas, bincangkan tema puisi-puisi yang tersebut. Kaitkan perbincangan anda dengan diri penyair dan sejarah perjuangan kebangsaan negara masing-masing.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Agen rangkai silang amina yang manakah yang akan menghasilkan epoksi dengan sifat-sifat terma dan mekanikal yang lebih

Oleh itu kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji pemahaman tentang keindahan hijab dalam persektif agama mahupun budaya mengikut fahaman Plato yang berdasarkan 2

Setiap ukiran yang diukir pada permukaan reka bentuk mimbar dihiasi dengan saiz, corak dan bentuk yang berbeza memberi seribu makna kepada kehalusan seni budaya bangsa..

Berdasarkan sebuah teks kesusasteraan yang telah dipindahkan ke media baru sama ada ke teater, filem atau drama bersiri, bincangkan sejauhmana produksi berkaitan setia pada

hendak menghantar hamba ke Melaka memisahkan aku daripada istana kesayangan memisahkan aku daripada taman permainan memisahkan aku daripada bonda tercinta bagai membongkar

Bincangkan tema tradisi dan perubahan silang budaya dalam masyarakat moden negara China seperti yang dilakarkan dalam cerpen terpilih dalam A Thousand Years of Good Prayers,

Berdasarkan sebuah teks Kesusasteraan Asia klasik yang telah anda kaji dan sebuah teks daripada Kesusasteraan Asia Moden yang dikaji dalam kursus ini, huraikan

Bidang kritikan seni sebenarnya boleh menjadi sajian minda yang mengagumkan dalam menyuburkan budaya ilmu berteraskan budaya, sekali gus mampu memberi impak kepada dunia seni