• Tiada Hasil Ditemukan

Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Doktor Falsafah (Pengajian Etnik) "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

PROGRAM

9.30 pagi Pendaftaran 10.00 – 10.40 pagi Pembentangan

10.40 pg – 11.15

pagi Sesi ulasan, soal jawab dan perbincangan 12.00 tghari Selesai

KOLOKIUM SISWAZAH KITA

Pembentangan Laporan Kemajuan & Draf Akhir

Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)

FAUZIE BIN SARJONO P94103

27 Julai, 2021 (Selasa) 5 Ogos, 2021 (Khamis) 10.00 pagi – 12.00 tghari Melalui platform atas talian:

Microsoft Teams http://shorturl.at/cuK89

(2)

Nama: FAUZIE BIN SARJONO

No. Pelajar: P94103

Program: Doktor Falsafah (Pengajian Etnik)

Penyelia: Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib@Khalid &

Dr. Rachel Chan Suet Kay Tahap pembentangan: Laporan Kemajuan & Draf Akhir

Integrasi Ekonomi Informal Rentas Sempadan: Kajian Mengenai Kelangsungan Perdagangan Informal Rentas Sempadan Di Pulau

Sebatik

Sempadan bukan sahaja bertindak sebagai pemisah antara negara, tetapimasyarakat sempadan itu sendiri berupaya menggunakan pelbagai cara untuk memperolehi manfaat yang wujud disekitarnya. Dalam konteks negara, fenomena ‘berkongsi tanah sempadan’ akibat ‘peristiwa masa lalu’ menyebabkan actor negara mengadakan satu bentuk pakatan antara negara bagi menjamin kawalatur sempadan melalui aksi politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks perdagangan sempadan di Pulau Sebatik, pemerintah Malaysia dan Indonesia memeterai beberapa siri perjanjian aktiviti merentas sempadan. Pelaksanaan dan pertindanan konsep aktiviti merentas sempadan mencetuskan pelbagai polemik, masalah dan konotasi. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan untuk meninjau perdagangan sempadan yang berciri lokal, bersifat tradisi, faktor penglibatan aktor pelaku ekonomi, dan pola perdagangan. Tujuan utama penyelidikan ini adalah mengintegrasi tafsiran masyarakat sempadan dalam realiti kehidupan harian mengenai ruang, konsep perdagangan, kelompok masyarakat yang berkongsi nilai budaya, etnik, dan identiti yang akhirnya mewujudkan integrasi ekonomi informal rentas sempadan.

Metodologi ‘keberadaan di lapangan’ merupakan kaedah mendapatkan informasi. Sebanyak 6 orang aktor pelaku ekonomi dengan 3 lokasi berbeza dijadikan informan utama melalui kaedah etnografi dan temubual.

Manakala 101 orang aktor pelaku ekonomi dijadikan responden soal selidik bersemuka. Hasil penyelidikan mendapati kesemua informan dan responden melakukan aktiviti ekonomi dengan mengaplikasi konsep perdagangan informal rentas sempadan. Ciri-ciri aktiviti ekonomi ini wujud seiring dengan faktor yang terkait dengan warisan generasi yang berintegrasi bersama kewujudan ruang sempadan ekonomi berasaskan realiti sosial mengenai nilai budaya, etnik, dwikenegaraan,jaringan sosial dan ekonomi, laluan perdagangan dan mekanisma perdagangan. Konsep perdagangan ini membentuk pola perdagangan yang terkait antara satu

sama lain dan memberi manfaat kepada transformasi sosial. Integrasi konsep perdagangan ini mewujudkan satu arena integrasi sebagai ‘pasar tanpa lokasi’ yang merupakan pasar ciptaan masyarakat tanpa kawalatur pemerintah. Implikasi dari konsep perdagangan dan konsep integrasi ini amat besar bagi mewajarkan pemerintah kedua-dua negara memahami realiti sosial masyarakat sempadan sebagai aktor sempadan dalam melaksanakan dasar berkaitan kepentingan negara dan warganya.

Sekalung Penghargaan / Acknowledgements

Pengulas / Reviewer:

Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman (KITA)

&

Prof. Madya Dr. Mohd Zaini Othman (UMS)

Urusetia / Committee:

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid Dr. Shazlin Amir Hamzah Dr. Pue Giok Hun Cik Najatulmuna Pn. Suhana Bahtiar En. Mohd Norakmar Mohd Nordin Muhammad Helmy Bin

Abdul Gapar

Mohd Adib Akmal Bin Ahmad Shatir

Warga KITA / KITA Family

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bersandarkan fenomena ekonomi dan sosial yang luar biasa, tujuan makalah ini adalah untuk membincangkan kegiatan perdagangan informal lintas sempadan dengan memberi

Mengambil kira perkara ini dan perubahan- perubahan ketara dalam masyarakat Malaysia kini, kajian ini ingin mengkaji sejauh mana kesan pengaruh pengantaraan transisi politik

11.35 tghari P81923 ARVIN TAJARI Doktor Falsafah (Pengajian Etnik).. Budaya dan partisipasi politik golongan muda dalam DAP, PAN, PAS dan PKR: Satu

Kolokium: Pembentangan Draf Akhir (Sarjana & Doktor Falsafah, Pengajian Etnik).. Bilik Mesyuarat KITA, Kolej Keris Mas 18 Oktober,

Dalam penyelidikan kami ini, tujuan utama pemilihan tajuk ini adalah untuk menjalankan penyelidikan tiga buah pejabat pos utama yang menjalankan operasinya di Shah Alam, iaitu

Mod Pengajian : Tesis (Doktor Falsafah dan Sarjana Pengajian Islam), Kerja Kursus dan Penyelidikan (Sarjana Pengajian Islam) Bentuk Pendaftaran : Sepenuh Masa sahaja..

Mod Pengajian : Tesis (Doktor Falsafah dan Sarjana Pengajian Islam), Kerja Kursus dan Penyelidikan (Sarjana Pengajian Islam) Bentuk Pendaftaran : Sepenuh Masa sahaja*.

Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa DOKTOR FALSAFAH (KAJIAN OKSIDENTAL) SARJANA FALSAFAH (KAJIAN OKSIDENTAL) Mod Pengajian: Penyelidikan sahaja. Bentuk