• Tiada Hasil Ditemukan

MEMBACA BAHASA MELAYU KANAK-KANAK DISLEKSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "MEMBACA BAHASA MELAYU KANAK-KANAK DISLEKSIA "

Copied!
405
0
0

Tekspenuh

(1)

KAEDAH BACAAN HURUF DAN KAEDAH BACAAN USM DALAM PENGUASAAN

MEMBACA BAHASA MELAYU KANAK-KANAK DISLEKSIA

Oleh

NORIHA BINTI BASIR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2015

(2)

KAEDAH BACAAN HURUF DAN KAEDAH BACAAN USM DALAM PENGUASAAN

MEMBACA BAHASA MELAYU KANAK-KANAK DISLEKSIA

Oleh

NORIHA BINTI BASIR

Tesis ini diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah

OGOS 2015

(3)

ii

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya penyelidikan Kaedah Bacaan Huruf dan Kaedah Bacaan USM dalam Penguasaan Membaca Bahasa Melayu Kanak- kanak Disleksia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pengkaji merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr.

Tajul Aripin Kassin, selaku penyelia yang amat teliti dan dedikasi. Dorongan dan bimbingan beliau amat dihargai.

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) Prof. Madya. Dr. Hajar Abdul Rahim dan Timbalan Dekan (Akademik) Prof. Madya. Dr. Hasuria Che Omar.

Jutaan penghargaan kepada USM atas geran Skim Penyelidikan Siswazah Universiti Penyelidikan (USM-RU-PRGS) yang diberikan. Begitu juga pihak UNIMAP dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selaku penaja utama pengajian.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah disleksia seluruh Pulau Pinang. Begitu juga Bahagian Disleksia, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi saluran utama memungkinkan kajian ini dilaksanakan.

(4)

iii

ISI KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI GRAF xv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xxii

SENARAI LAMBANG xxiii

ABSTRAK xxiv

ASTRACT xxvi

BAB SATU : PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Definisi Konsep 2

1.2.1 Kemahiran Membaca 2

1.2.2 Fonologi 6

1.2.3 Fonetik 8

1.2.4 Fonik 9

1.2.5 Sistem Ejaan Bahasa Melayu 11

1.2.5.1 Vokal 12

1.2.5.2 Urutan Vokal Dalam Perkataan Bahasa Melayu 14

1.2.5.3 Konsonan dan Gugusan Konsonan 17

1.2.6 Struktur Suku kata Bahasa Melayu 19

1.2.7 Disleksia 20

(5)

iv

1.2.8 Sejarah Penubuhan Program Disleksia dan Proses Pengambilan Murid Disleksia di Malaysia

23

1.3 Pernyataan Masalah Kajian 26

1.3.1 Masalah Membaca Bahasa Melayu dalam Kalangan Kanak- Kanak di Malaysia

26 1.3.2 Kekeliruan Mengenal Pasti Huruf dan Kesukaran Mengeja 32 1.3.2.1 Masalah Kekeliruan Mengenal pasti Huruf 32 1.3.2.2 Masalah Kesukaran Menyebut Perkataan Bahasa Melayu 35

1.4 Objektif Kajian 40

1.5 Persoalan Kajian 41

1.6 Kepentingan Kajian 41

1.7 Batasan Kajian 42

1.8 Metodologi Kajian 43

1.8.1 Kajian Pustaka 44

1.8.2 Reka bentuk kajian 44

1.8.3 Subjek kajian 45

1.8.4 Peringkat pengenalan (Pendedahan) Sistem Bacaan USM 2005 46

1.8.5 Pengumpulan Data 47

1.8.5.1 Ujian Membaca 47

1.8.5.1.1 Skala Pengujian Membaca 51

1.8.5.1.2 Prosedur Penilaian Pemarkahan Pra Ujian dan Pasca Ujian 51

1.8.5.2 Kaedah rakaman 52

1.8.5.3 Kaedah Pemerhatian 52

1.8.5.4 Kaedah Temubual 52

1.8.6 Kaedah Analisis Data 53

1.8.7 Tempat Kajian 53

1.8.8 Instrumen Kajian 53

1.8.9 Kesahan Bahan Kajian 55

1.9 Kajian Awal 56

1.10 Kerangka Konseptual Kajian 57

1.11 Organisasi Kajian 59

(6)

v

1.12 Kesimpulan 60

BAB DUA: ULASAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pendahuluan 61

2.1 Kajian Kaedah Penguasaan Membaca 62

2.1.1 Kajian Kaedah Penguasaan Membaca Bahasa Melayu di Malaysia

62

2.1.1.1 Kajian Sepintas Lalu 62

2.1.1.2 Kajian Merungkai Masalah 70

2.1.1.3 Kajian Teknik Penguasaan Membaca 71

2.1.1.3.1 Teknik Penghafalan Kata 71

2.1.1.3.2 Teknik Nyanyian Berirama 72

2.1.1.3.3 Teknik Bacaan Fonik 74

2.2 Kajian Kaedah Penguasaan Membaca di Luar Negara 77

2.3 Kesimpulan 85

BAB TIGA: KERANGKA TEORETIS

3.0 Pendahuluan 86

3.1 Pendekatan Sistem Bacaan USM (2005) 86

3.2 Kata Fonologi Bahasa Melayu 96

3.2.1 Pembentukan Geluncuran 97

3.3 Pendekatan Strata Penguasaan Membaca Bahasa Melayu 101

3.4 Struktur Suku Kata Bahasa Melayu (K)V(K) 103

3.5 Teori Autosegmental 107

3.6 Pendekatan Rumus Penyukuan Kata 110

3.7 Kerangka Teoretis Kajian 118

3.8 Kesimpulan 120

(7)

vi

BAB EMPAT : PEMBINAAN SUKU KATA BAHASA MELAYU DALAM KAEDAH BACAAN HURUF DAN KAEDAH BACAAN USM

4.0 Pendahuluan 121

4.1 Pembinaan suku kata bahasa Melayu kanak-kanak disleksia berdassarkan PUM dan PAUMKBUSM.

122 4.1.1 Pembinaan suku kata BM Kanak-kanak Disleksia Berdasarkan

KBH

122 4.1.1.1 Pembinaan Suku Kata Terbuka KV dalam PUM 123 4.1.1.2 Pembinaan Suku Kata Tertutup KVK dalam PUM 126 4.1.1.3 Pembinaan Suku Kata Bergugusan Konsonan dalam PUM 128 4.1.1.3.1 Pembinaan suku kata bergugusan konsonan Bahasa Melayu

yang mengalami penyisipan Vokal di antara gugusan huruf konsonan berdasarkan PUM bacaan huruf oleh kanak-kanak disleksia

129

4.1.1.3.2 Pengguguran Huruf Konsonan Dalam Gugusan Huruf Konsonan dalam PUM

135 4.1.1.3.2.1 Pembinaan suku kata terbuka bergugusan konsonan bahasa

Melayu dalam PUM Kaedah Huruf yang mengalami pengguguran salah satu konsonan dalam gugusan konsonan pada posisi onset

139

4.1.1.3.2.2 Pembinaan suku kata terbuka bergugusan konsonan bahasa Melayu dalam PUM Kaedah Huruf yang mengalami pengguguran keseluruhan gugusan konsonan pada posisi koda

141

4.1.1.4 Pembinaan Suku Kata Berurutan Vokal dalam PUM 145

4.1.1.4.1 Diftong 146

4.1.1.4.1.1 Pembinaan perkataan suku kata berurutan vokal (diftong)

‘dodoi’ [dodoyi] berasaskan kaedah huruf

151 4.1.1.4.1.2 Pembinaan suku kata [dodi] bagi perkataan ’dodoi’ berasaskan

kaedah huruf

154 4.1.1.4.1.3 Pengguguran vokal dalam urutan vokal 157 4.1.1.5 Penyisipan Frikatif Glotis Dalam Urutan Huruf Vokal PUM 163

(8)

vii dalam Kaedah Huruf

4.1.1.6 Penengahan vokal /e/ dan /a/ 169

4.1.2 Pembinaan suku kata BM Kanak-kanak Disleksia Berdasarkan KBUSM

172 4.1.2.1 Pembinaan Suku Kata Terbuka KV dalam PAUMKBUSM 172 4.1.2.2 Pembinaan Suku Kata Tertutup KVK dalam PAUMKBUSM 175 4.1.2.3 Pembinaan Suku Kata Bergugusan Konsonan dalam

PAUMKBUSM

183 4.1.2.3.1 Pembinaan suku kata terbuka bergugusan HURUF konsonan

[xas] yang terhasil daripada perkataan‘khas’ berasaskan KBUSM

184

4.1.2.4 Pembinaan perkataan suku kata berurutan vokal dalam PASUMFON

187 4.1.2.4.1 Pembinaan perkataan suku kata berurutan vokal(diftong)

‘dodoi’ [dodoy] dalam PAUMKBUSM

188 4.1.2.4.2 Pembinaan perkataan suku kata berurutan vokal V.V

‘curian’[curiyan] berasaskan KBUSM

193 4.1.2.4.3 Penyebutan perkataan berurutan vokal yang mengalami

penyisipan faringgal [] dalam PAUMKBUSM

196

4.3 Kerelevanan KBH dan KBUSM terhadap Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu.

200

4.3.1 Suku kata terbuka bagi perkataan ‘buku’ 201

4.3.2 Suku kata tertutup bagi perkataan ‘dan’ 202

4.3.3 Suku kata bergugusan konsonan bagi perkataan ‘nganga’ 206 4.3.4 Suku kata berurutan vokal bagi perkataan ‘dodoi’ 208

4.4 Vokal Penentu Bunyi Bahasa Melayu 210

4.5 Kesimpulan 216

(9)

viii

BAB LIMA : ANALISIS TAHAP PENCAPAIAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU KANAK-KANAK DISLEKSIA

5.0 Pendahuluan 219

5.1 Pra Ujian Membaca Bahasa Melayu Secara KBH 219

5.1.1 Pra Ujian Membaca Huruf Vokal PUM A 222

5.1.2 Pra Ujian Membaca Huruf Konsonan dalam PUM B 226 5.1.3 Pra Ujian Membaca Perkataan-perkataan Bersuku Kata

Terbuka dalam PUM C

229

5.1.3.1 Kesimpulan 232

5.1.4 Pra Ujian Membaca Perkataan Bersuku Kata Tertutup dalam PUM D

234

5.1.4.1 Kesimpulan 240

5.1.5 Pra Ujian Membaca Perkataan Berurutan Vokal dalam PUM E 240

5.1.5.1 Kesimpulan 246

5.1.6 Pra Ujian Membaca Perkataan Bergugusan Huruf Konsonan bahasa Melayu dalam PUM F

246

5.1.6.1 Kesimpulan 252

5.1.7 Pra Ujian Membaca Teks Pendek (1) dalam PUM G 252

5.1.7.1 Kesimpulan 255

5.2 Pasca Ujian Membaca Bahasa Melayu secara KBUSM 257

5.2.1 Kemahiran Membaca KBUSM A 257

5.2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran PAUMKBUSM A 259

5.2.3 PAUMKBUSM A 260

5.2.3.1 Bunyi Vokal 262

5.2.3.2 Bunyi Konsonan 266

5.2.3.3 Pasca Ujian Membaca Kaedah Bacaan USM A3: Sintaksis (PAUMKBUSM A3)

270 5.2.4 Keberkesanan Modul Bacaan USM Terhadap Pencapaian

Kemahiran Membaca Fonik USM A Bahasa Melayu Kanak- kanak Disleksia (PAUMKBUSM A)

273

5.3 PAUMKBUSM B 274

(10)

ix

5.3.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran KBUSM B 276

5.3.2 PAUMKBUSM B 277

5.3.2.1 Penyebutan Perkataan Bersuku Kata Tertutup KVK (PAUMKBUSM B1)

277 5.3.2.2 Pasca Ujian Membaca Fonik USMB2: Sintaksis

PAUMKBUSM B2

282 5.3.3 Keberkesanan Sistem Bacaan USM (2005) Terhadap

Pencapaian Penguasaan Kemahiran Membaca dalam PAUMKBUSM B Bahasa Melayu Kanak-kanak Disleksia

285

5.4 KBUSM C 285

5.4.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran KBUSM C 286

5.4.2 PAUMKBUSM C 287

5.4.2 PAUMKBUSM C 286

5.4.2.1 Penyebutan Perkataan Bergugusan Konsonan PAUMKBUSM C1

287 5.4.2.2 Penyebutan Perkataan Berurutan Vokal dalam PAUMKBUSM

C2

291 5.4.2.3 Penyebutan Sintaksis dalam Teks Cerita Pendek

PAUMKBUSM C3

294 5.5 Keberkesanan Sistem Bacaan USM (2005)Terhadap

Pencapaian penguasaan Kemahiran Membaca KBUSM Kanak- kanak Disleksia

296

5.6 Keberkesanan Keseluruhan Pencapaian Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Kanak-kanak Disleksia Berasaskan Sistem Bacaan USM (2005)

298

BAB ENAM : RUMUSAN DAN CADANGAN

6.0 Pengenalan 300

6.1 Dapatan Kajian 300

6.1.1 Dapat Mengenal pasti Proses-proses Fonologi dan Menganalisis 301

(11)

x

Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid-murid Disleksia

6.1.2 Dapat Menguji Keberkesanan Sistem Bacaan USM (2005) 303 6.1.3 Dapat Menguji Kerelevanan KBH dan KBUSM dalam

Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu

305

6.2 Sumbangan Kajian 305

6.3 Cadangan Kajian 306

6.4 Kesimpulan 307

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

(12)

xi

SENARAI JADUAL

Halaman

Jadual 1.1: Fonem Konsonan BMS 19

Jadual 1.2: Punca-punca Disleksia Mengikut Mercer (1997), Hammond 22 dan Hughes (1996), Spafford dan Grosser (1996)

Jadual 1.3: Bilangan Program, Murid, Guru dan Kelas Disleksia bagi 24 Semua Negeri dan Wilayah Persekutuan pada Tahun 2008

Jadual 1.4: Proses Pengambilan Murid Disleksia di bawah Penyeliaan 25 Kementerian Pelajaran Malaysia

Jadual 1.5: Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR Kementerian Pelajaran 31 Malaysia

Jadual 1.6: Transkripsi Dalaman dan Luaran 53

Jadual 5.1 Keputusan penguasaan penyebutan kesemua huruf vokal dalam 222 PUM A

Jadual 5.2: Keputusan penyebutan kesemua huruf vokal u dan o dalam 223 PUM 1

Jadual 5.3: Keputusan penyebutan huruf vokal e, a dan i dalam PUM A2 224 Jadual 5.4: Keputusan penyebutan kesemua huruf konsonan dalam PUM B 226 Jadual 5.5: Keputusan penyebutan huruf konsonan dalam PUM B 227 Jadual 5.6: Perkataan bersuku kata terbuka dalam PUM C 229 Jadual 5.7: Keputusan penyebutan perkataan bersuku kata terbuka dalam 230

PUM C

Jadual 5.8: Keputusan penyebutan perkataan bersuku kata terbuka dalam 233 PUM C

(13)

xii

Jadual 5.9: Perkataan bersuku kata tertutup 235

Jadual 5.10: Keputusan penyebutan perkataan bersuku kata tertutup 236 dalam PUM D

Jadual 5.11: keputusan penuh penyebutan perkataan bersuku kata tertutup 238 Dalam PUM D

Jadual 5.12: Perkataan berurutan vokal 241

Jadual 5.13: Keputusan penyebutan perkataan berurutan vokal 242 bahasa Melayu dalam PUM E

Jadual 5.14: Keputusan ujian penyebutan perkataan berurutan vokal bahasa 244 Melayu dalam PUM E

Jadual 5.15 Perkataan bergugusan huruf konsonan bahasa Melayu 247 dalam PUM F

Jadual 5.16 Keputusan penyebutan perkataan bergugusan huruf konsonan 248 Bahasa Melayu dalam PUM F

Jadual 5.17: Keputusan penyebutan perkataan bergugusan huruf konsonan 250 Dalam PUM F

Jadual 5.18: Teks pendek (1) PUM G 252

Jadual 5.19: Keputusan ujian teks pendek (1) PUMG 253 Jadual 5.20: Penguasaan bunyi-bunyi vokal dalam PAUMKBUSM A1a 262 Jadual 5.21: Keputusan penyebutan bunyi vokal [o] dan [u] dalam 263

PAUMKBUSM A1a

Jadual 5.22: Keputusan penyebutan bunyi vokal [], [a] dan [i] 265 dalam PAUMKBUSM A1b

(14)

xiii

Jadual 5.23: Penguasaan Bunyi Konsonan dalam PAUMKBUSM A2 267 Jadual 5.24: Keputusan penyebutan bunyi konsonan dalam PAUMKBUSM A2 268 Jadual 5.25: Keputusan penyebutan huruf-huruf konsonan 269

mengikut titik artikulasi fonem bahasa Melayu

Jadual 5.26: Sintaksis (perkataan bersuku kata terbuka) dalam 270 PAUMKBUSM A3

Jadual 5.27: Keputusan ujian sintaksis dalam PAUMKBUSM A3 271 berdasarkan teks cerita pendek

Jadual 5.28: Perkataan bersuku kata tertutup dalam PAUMKBUSM B1 278 Jadual 5.29: Keputusan penyebutan perkataan bersuku kata tertutup dalam 279

PAUMKBUSM B1

Jadual 5.30: Keputusan penyebutan perkataan bersuku kata 280 tertutup dalam PAUMKBUSM B1

Jadual 5.31: Pasca Ujian Membaca Kaedah Bacaan USM B2 : Sintaksis 283 PAUMKBUSM B2

Jadual 5.32: Peratusan penyebutan sintaksis bahasa Melayu dalam 283 PAUMKBUSM B2

Jadual 5.33: Perkataan bergugusan konsonan dalam PAUMKBUSM C1 287 Jadual 5.34: Keputusan penyebutan perkataan bergugusan konsonan dalam 289

PAUMKBUSM C1

Jadual 5.35: Perkataan bahasa Melayu yang berurutan vokal dalam 291 PAUMKBUSM C2

Jadual 5.36: Keputusan ujian penyebutan perkataan 292 berurutan vokal dalam PAUMKBUSM C2

(15)

xiv

Jadual 5.37: Sintaksis dalam PAUMKBUSM C3 294

Jadual 5.38: Keputusan ujian sintaksis dalam PAUMKBUSM C3 295

(16)

xv

SENARAI GRAF

Halaman Graf 5.1: Peratusan keputusan penyebutan vokal u dan o dalam PUM A 223

Graf 5.2: Peratusan keputusan penyebutan huruf vokal e, a dan i dalam 225 PUMA2

Graf 5.3: Peratusan keputusan penyebutan huruf konsonan dalam PUMB 228 Graf 5.4: Peratusan keputusan penyebutan huruf bersuku kata tertutup 233

dalam PUMC

Graf 5.5: Peratusan keputusan penyebutan perkataan berurutan vokal 239 dalam PUM D

Graf 5.6 Peratusan keputusan penyebutan perkataan berurutan vokal dalam 245 PUM E

Graf 5.7: Peratusan keputusan penyebutan perkataan bergugusan konsonan 251 Dalam PUM F

Graf 5.8: Peratusan keputusan ujian teks pendek (1) PUMG 254 Graf 5.9: Peratusan keputusan penyebutan bunyi vokal [u] dan [o] dalam 264

PAUMKBUSM A1a

Graf 5.10: Peratusan keputusan penyebutan bunyi vokal [], [a] dan [i] 266 Dalam PAUMKBUSM A1b

Graf 5.11: Peratusan keputusan penyebutan konsonan dalam 268 PAUMKBUSM A2

Graf 5.12: Peratusan keputusan ujian sintaksis dalam PAUMKBUSM A3 272

(17)

xvi Berdasarkan teks pendek

Graf 5.13: Peratusan ujian menyebut perkataan bersuku kata 281 tertutup dalam PAUMKBUSM B1

Graf 5.14: Peratusan ujian penyebutan sintaksis dalam PAUMKBUSM B2 284 Graf 5.15: Peratusan ujian menyebut perkataan pinjaman dan bergugusan 290

Konsonan dalam PAUMKBUSM C1

Graf 5.16: Peratusan ujian menyebut perkataan berurutan vokal dalam 293 PAUMKBUSM C2

Graf 5.17: Peratusan ujian penyebutan sintaksis dalam PAUMKBUSM C3 295

(18)

xvii

SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 1.1 Sistem Vokal Bahasa Melayu Standard 13

Rajah 1.2 Kerangka Konseptual Kajian 58

Rajah 3.1: Langkah-langkah menghasilkan bunyi output 90 Rajah 3.2: Cara penghasilan bunyi suku kata terbuka bagi perkataan saya 92 Rajah 3.3: Cara penghasilan bunyi suku kata tertutup KVK bagi perkataan 93

dan

Rajah 3.4: Langkah-langkah asas pengajaran suku kata tertutup KVK 94 Rajah 3.5: Kedudukan Vokal [+ tinggi] pada posisi onset 97 Rajah 3.6: Strata Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu 102 Rajah 3.7: Struktur Suku Kata (K)V(K) Bahasa Melayu 105

Rajah 3.8: Struktur Suku kata (K)V(K) 106

Rajah 3.9: Tingkat Suku Kata dalam Teori Autosegmental 108

Rajah 3.10: Rumus pembinaan nukleus 111

Rajah 3.11: Rumus pembinaan onset 112

Rajah 3.12: Rumus pembinaan koda 113

Rajah 3.13: Pembinaan nukleus 114

Rajah 3.14: Pembinaan onset 115

Rajah 3.15: Pembinaan koda 116

Rajah 3.16: Struktur bersilang 117

Rajah 3.17: Kerangka Teoretis Kajian 119

Rajah 4.1(a): Pembinaan nukleus 124

Rajah 4.1(b): Pembinaan onset 124

(19)

xviii

Rajah 4.1(c): Representasi fonetik [bu] yang terhasil daripada perkataan 125

‘buku’

Rajah 4.2(a): Struktur Dalaman 131

Rajah 4.2(b): Proses penyisipan vokal [] 131

Rajah 4.2(c): Struktur permukaan 132

Rajah 4.3(a): Pembinaan nukleus 133

Rajah 4.3(b): Pembinaan onset 133

Rajah 4.3(c): Pembinaan koda 134

Rajah 4.3(d): Representasi fonetik [khas] yang terhasil daripada perkataan 134

‘khas’

Rajah 4.4(a): Struktur dalaman 137

Rajah 4.4(b): Pengguguran huruf konsonan ‘g’ dan ‘n’ secara default 137

Rajah 4.4(c): Struktur permukaan 137

Rajah 4.5(a): Pembinaan nukleus 139

Rajah 4.5(b): Pembinaan onset 140

Rajah 4.5(c): Representasi fonetik [naga] yang terhasil daripada perkataan 140

‘nganga’

Rajah 4.6(a): Pembinaan nukleus 143

Rajah 4.6(b): Pembinaan onset 143

Rajah 4.6(c): Representasi fonetik [maga] yang terhasil daripada perkataan 144

‘mangga’

Rajah 4.7(a): Struktur dalaman 148

Rajah 4.7(b): Proses penyebaran geluncuran [y] 148

(20)

xix

Rajah 4.7(c): Struktur permukaan 149

Rajah 4.8(a): Pembinaan nukleus 151

Rajah 4.8(b): Pembinaan onset 152

Rajah 4.8(c): Representasi fonetik [dodoyi] yang terhasil daripada perkataan 152

‘dodoi’

Rajah 4.9(a): Pembinaan nukleus 154

Rajah 4.9(b): Pembinaan onset 155

Rajah 4.9(c): Representasi fonetik [dodi] yang terhasil daripada perkataan 155

‘dodoi’

Rajah 4.10(a): Struktur dalaman 158

Rajah 4.10(b): Pengguguran salah satu vokal dalam urutan vokal 158

Rajah 4.10(c): Struktur permukaan 159

Rajah 4.11(a): Pembinaan nukleus 160

Rajah 4.11(b): Pembinaan onset 161

Rajah 4.11(c): Pembinaan koda 161

Rajah 4.11(d): Representasi fonetik [curan] yang terhasil daripada perkataan 162

‘curian’

Rajah 4.12(a): Struktur dalaman 165

Rajah 4.12(b): Penyisipan hentian frikatif glotis [h] 165

Rajah 4.12(c): Struktur permukaan 165

Rajah 4.12(a): Struktur dalaman 165

Rajah 4.12(b): Penyisipan hentian frikatif glotis [h] 165

Rajah 4.12(c): Struktur permukaan 165

Rajah 4.13(a): Pembinaan nukleus 166

(21)

xx

Rajah 4.13(b): Pembinaan onset 167

Rajah 4.13(c): Pembinaan koda 167

Rajah 4.13(d): Representasi fonetik [sahat] yang terhasil daripada perkataan 168

‘saat’

Rajah 4.14(a): Pembinaan nukleus 170

Rajah 4.14(b): Pembinaan koda 170

Rajah 4.14(c): Representasi fonetik [msa] yang terhasil daripada perkataan 171

‘masa’

Rajah 4.15(a): Pembinaan nukleus 173

Rajah 4.15(b): Pembinaan onset 173

Rajah 4.15(c): Representasi fonetik perkataan ‘buku’[buku] 174

Rajah 4.16(a): Pembinaan nukleus 177

Rajah 4.16(b): Pembinaan koda 177

Rajah 4.16(c): Pembinaan onset

Rajah 4.16(c): Representasi fonetik perkataan ‘dan’[dan] 178

Rajah 4.17(a): Pembinaan nukleus 180

Rajah 4.17(b): Pembinaan onset 181

Rajah 4.17(c): Pembinaan koda 181

Rajah 4.17(c): Representasi fonetik [dan] yang terhasil daripada perkataan 182

‘dan’

Rajah 4.18(a): Pembinaan nukleus 185

Rajah 4.18(b): Pembinaan koda 185

Rajah 4.18(c): Pembinaan onset 186

(22)

xxi

Rajah 4.18(d): Representasi fonetik [xas] 186

Rajah 4.19(a): Pembinaan nukleus 189

Rajah 4.19(b): Pembinaan koda 189

Rajah 4.19(c): Pembinaan onset 190

Rajah 4.19(d): Representasi fonetik penyebutan perkataan ‘dodoi’ [dodoy] 190

Rajah 4.20(a): Pembinaan nukleus 194

Rajah 4.20(b): Pembinaan koda 195

Rajah 4.20(c): Pembinaan onset 195

Rajah 4.20(d): Representasi fonetik [curiyan] 196

Rajah 4.21(a): Pembinaan nukleus 198

Rajah 4.21(b): Pembinaan koda 199

Rajah 4.21(c): Pembinaan onset 199

Rajah 4.21(d): Representasi fonetik penyebutan perkataan ‘saat ’ 200 Rajah 4.22 (a): RM dan RF bagi perkataan ‘buku ’ dalam KBH 202 Rajah 4.22 (b):RM dan RF bagi perkataan ‘buku ’ dalam KBUSM 202 Rajah 4.23 (a): RM dan RF bagi perkataan ‘dan ’ dalam KBH 203 Rajah 4.23 (b):RM dan RF bagi perkataan ‘dan ’ dalam KBUSM 204 Rajah 4.24 (c): RM dan RF bagi perkataan ‘dan ’ dalam KBF oleh 206

Nik Eliani (1998)

Rajah 4.25 (a): RM dan RF bagi perkataan ‘nganga ’ dalam KBH 207 Rajah 4.25 (b): RM dan RF bagi perkataan ‘nganga ’ dalam KBUSM 207 Rajah 4.26 (a): RM dan RF bagi perkataan ‘dodoi ’ dalam KBH 209 Rajah 4.26 (b):RM dan RF bagi perkataan ‘dodoi ’ dalam KBUSM 209

(23)

xxii

SENARAI KATA SINGKATAN

BMS Bahasa Melayu Standard

USM Universiti Sains Malaysia LINUS Literasi dan Numerasi

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah IPA International Phonetic Alphabet

PUM Pra Ujian Membaca

PAUMKBUSM Pasca Ujian Membaca Kaedah Bacaan USM

KBH Kaedah Bacaan Huruf

KBF Kaedah Bacaan Fonik

KGBK Kaedah Gabungan Bunyi Kata

UMKA Ujian Membaca Kajian Awal

SA Subjek Kajian Awal ( Subjek pertama untuk kajian awal) S1 Subjek Kajian Sebenar ( Subjek pertama untuk kajian sebenar)

(24)

xxiii

SENARAI LAMBANG

K konsonan

V vokal

R rima

O onset

N nukleus

Ko koda

 berubah menjadi

/ / struktur fonemik (struktur dalaman) [ ] struktur fonetik (struktur luaran) ( ) optional

(25)

xxiv

KAEDAH BACAAN HURUF DAN KAEDAH BACAAN USM DALAM PENGUASAAN MEMBACA BAHASA MELAYU KANAK-KANAK DISLEKSIA

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Kaedah Bacaan Huruf (KBH) dan Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (KBUSM) dalam penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu kanak-kanak disleksia. Proses-proses fonologi yang berlaku dalam penyebutan suku kata dan perkataan bahasa Melayu berdasarkan Kaedah Bacaan Huruf (KBH) dan Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (KBUSM) dianalisis.

Analisis ini berdasarkan ujian-ujian penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Kajian ini memanfaatkan 5 subjek murid Tahun 2 kelas disleksia di Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak Pulau Pinang. Kaedah pengumpulan data dilaksanakan melalui ujian membaca iaitu Pra Ujian Membaca (PUM) dalam Kaedah Bacaan Huruf (KBH) dan Pasca Ujian Membaca Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (PAUMKBUSM) dalam Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (KBUSM). Analisis kajian memanfaatkan Pendekatan Sistem Bacaan Universiti Sains Malaysia oleh Tajul Aripin et. al (2005), Teori Kata Fonologi Bahasa Melayu oleh Tajul Aripin (2000), Pendekatan Strata Penguasaan Membaca bahasa Melayu oleh Tajul Aripin (2012), Struktur Suku Kata Bahasa Melayu (K)V(K) oleh Tajul Aripin (2000) berasaskan Teori Generatif Penyukuan (KV) Clements dan Keysher (1983), Teori Autosegmental oleh Goldsmith (1976) dan Pendekatan Rumus Penyukuan Kata Bahasa Melayu oleh Zaharani (2006). Pendekatan dan teori yang dimanfaatkan bertujuan untuk menganalisis data agar lebih jelas dan berpada. Masalah utama yang

(26)

xxv

dikenal pasti ialah kesukaran kanak-kanak disleksia dalam membunyikan suku kata terbuka, suku kata tertutup, bergugusan huruf konsonan dan berurutan huruf vokal berdasarkan Kaedah Bacaan Huruf. Berdasarkan analisis ini, beberapa proses-proses fonologi dikenal pasti, antaranya ialah proses pengguguran konsonan, pengguguran vokal, penyisipan vokal, penyisipan konsonan dan pengguguran gugusan huruf konsonan. Pendekatan Rumus Penyukuan Kata Bahasa Melayu oleh Zaharani (2006) juga telah berjaya menghuraikan pembinaan penyebutan perkataan bahasa Melayu secara Kaedah Bacaan Huruf (KBH) dan Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (KBUSM). Pembinaan suku kata bahasa Melayu berdasarkan Kaedah Bacaan Huruf seharusnya dimulai dengan rumus pembinaan nukleus, pembinaan onset dan pembinaan koda. Manakala pembinaan suku kata bahasa Melayu berdasarkan Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (KBUSM) dimulai dengan rumus pembinaan nukleus, rumus pembinaan koda dan rumus pembinaan onset. Keberkesanan dan kerelevanan Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (KBUSM) terhadap penguasaan membaca bahasa Melayu terbukti berjaya kerana representasi fonetik yang dihasilkan adalah sinkronis dengan representasi mental. Kesinkronisasian ini adalah disebabkan oleh Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (KBUSM) mematuhi teori dan hukum fonologi bahasa Melayu.

(27)

xxvi

ALPHABETICAL READING METHOD AND USM READING METHOD IN THE MASTERY OF MALAY LANGUAGE READING AMONG DYSLEXIC

CHILDREN

ABSTRACT

The study aims to analyse alphabetical reading method and Universiti Sains Malaysia (USM) reading method in the mastery of Malay language reading among dyslexic children. Phonological processes which occur in the pronunciation of Malay syllables and words based on alphabetical reading method and USM reading method have been analysed. The analysis is based on Malay reading skill proficiency tests taken by dyslexic children. The study involves five subjects, who at the time of study were Primary Two students of dyslexic class from Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak, Penang. Data collection method involved the use of reading tests namely Pra Ujian Membaca (PUM) of alphabetical reading method and Pasca Ujian Membaca Kaedah Bacaan Universiti Sains Malaysia (PAUMKBUSM) of USM reading method. Research analysis has applied USM Reading System Approach (Pendekatan Sistem Bacaan USM) by Tajul Aripin et. al (2005), Malay Phonology Word Theory (Teori Kata Fonologi Bahasa Melayu) by Tajul Aripin (2000), Malay Reading Proficiency Strata Approach (Pendekatan Strata Penguasaan Membaca bahasa Melayu) by Tajul Aripin (2012), Malay Syllabic Structure (C)V(C) (Struktur Suku Kata Bahasa Melayu (K)V(K)) by Tajul Aripin (2000) based on Syllable Generative Theory (CV) by Clements and Keysher (1983), Autosegmental Theory by Goldsmith (1976) and Malay Word Syllabification Rule Approach (Pendekatan Rumus Penyukuan Kata Bahasa Melayu) by

(28)

xxvii

Zaharani (2006). These approaches and theories are applied in analysing data in order to produce clear and adequate analysis. The main challenges that have been identified are the difficulties dyslexic children faced in voicing open syllables, closed syllables, clustered consonants and successive vowels based on alphabetical reading method.

Based on the analysis, several phonological processes have been identified in namely consonant dropping, vowel dropping, vowel insertion, consonant insertion and consonant clusters dropping. Malay Word Syllabification Rule Approach by Zaharani (2006) has successfully explained the construction of Malay words’ pronunciation based on alphabetical method and USM reading method. The construction of Malay syllables based on alphabetical method must always begin with the rule of constructing nucleus, followed by onset and then coda. Meanwhile, the construction of Malay syllables based on USM reading method begins with the rule of constructing nucleus, followed by coda and then onset. The effectiveness and relevance of USM reading method towards Malay language reading mastery is proven to be successful because phonetic representation that has been produced is synchronized with mental representation. Such synchronization is due to USM reading method obeying Malay phonological theory and rule.

(29)

Guru Besar S.K Bukit Minyak, Pulau Pinang, Pn Hjh. Hasni Haniff yang memberi keizinan pengkaji untuk menjalankan kajian awal dan kajian sebenar di sekolah ini. Begitu juga S.K Bayan Baru, Pulau Pinang dan S.K Seberang jaya 1, Pulau Pinang yang menjadi kajian awal untuk kajian ini.

Guru-guru yang terlibat iaitu Cikgu Hartini Pang Abdullah selaku penyelaras Kelas Disleksia S.K Bukit Minyak, Pn Suhaili Abu Bakar selaku guru BM kelas Disleksia dan Pn Noorsiah Ishak selaku mantan guru BM kelas disleksia di S.K Bukit Minyak. Pembantu-pembantu kelas disleksia yang memudah cara sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran fonik ini dilaksanakan terutamanya Kak Ana dan Kak Fiza. Jasa kalian amat dihargai.

Tidak lupa juga kepada Cikgu Zawiyah selaku guru disleksia BM di S.K.Seberang Jaya 1 dan Cikgu Norharniza selaku guru disleksia BM di S.K Bayan Baru. Kenangan dan kerjasama kalian semasa kajian awal dilaksanakan akan dikenang sepanjang hayat.

Jutaan penghargaan buat subjek-subjek kajian yang sentiasa memberi kerjasama disepanjang kajian fonik ini dijalankan. Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh subjek-subjek ini telah menampakkan sinar kejayaan. Berkat usaha yang berterusan, pengkaji yakin dan percaya bahawa kesemua subjek ini mampu membuktikan sesuatu yang luar biasa dan dapat mengharumkan nama sekolah dan negara suatu masa nanti.

Teristimewa buat suami tercinta dan tersayang, Mohd Nizar Ridzuan yang menjadi pencetus semangat untuk meneruskan perjuangan menyiapkan penyelidikan dan memahami tugas- tugas di teratak USM ini. Anak-anak yang menjadi pembakar semangat iaitu Muhammad Adam Aiman, Nur Afrina Hannani, Nur Anis Nazirah, Nur Annisa Batrisya, Nur Safiyya

(30)

Rania dan Nur Safiyya Amira. Begitu juga dengan doa restu ayahanda dan bonda tersayang serta ibu dan ayah mentua. Doa-doa kalian memungkinkan kajian ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Sesungguhnya, kerjasama, dorongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak-pihak di atas memungkinkan penyelidikan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga jasa baik kalian mendapat ganjaran daripada-Nya. Insya Allah.

Sekian,

Noriha Binti Basir

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian Universiti Sains Malaysia

Pulau Pinang Ogos 2015

(31)

BAB SATU PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan latar belakang kajian yang merangkumi definisi konsep penguasaan kemahiran membaca, pengertian fonologi, fonetik dan fonik, sistem ejaan bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan, diftong dan urutan vokal, struktur suku kata bahasa Melayu serta pengertian disleksia. Pengkaji juga menjelaskan sejarah penubuhan program disleksia dan proses pengambilan murid-murid disleksia di Malaysia, pernyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, metodologi kajian dan kajian awal. Dalam bab ini juga menjelaskan tentang organisasi kajian. Aspek-aspek tersebut amat penting dan menjadi garis panduan dalam penulisan tesis ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian KBH dan KBUSM dalam Penguasaan Membaca Bahasa Melayu Kanak-kanak Disleksia ini merupakan kajian yang unik kerana perbincangan kajian dilihat daripada pelbagai aspek, iaitu aspek bacaan huruf dan bacaan fonik. Begitu juga aspek fonetik dan fonologi yang tergolong dalam bidang linguistik. Aspek fonologi dibincangkan untuk melihat proses-proses fonologi yang berlaku dalam penyebutan bahasa Melayu kanak-kanak disleksia. Teori-teori fonologi yang berkaitan diaplikasikan dalam

(32)

menghuraikan permasalahan membaca bahasa Melayu kanak-kanak disleksia. Aspek Fonetik pula dibincang dan dihurai melalui penggunaan fonem-fonem yang menjadi masalah utama dalam isu membaca bahasa Melayu kanak-kanak disleksia. Manakala bacaan fonik pula merupakan kaedah utama yang akan dibincangkan dalam penyelesaian permasalahan membaca bahasa Melayu kanak-kanak disleksia. Pengkaji akan menghuraikan lebih mendalam tentang pengertian fonologi, fonetik dan fonik ini berdasarkan pengertian tokoh-tokoh bahasa yang dijelaskan dalam rangkuman definisi konsep kajian.

1.2 Definisi Konsep

Berikut dijelaskan definisi penguasaan kemahiran membaca, fonologi, fonetik dan fonik, sistem ejaan bahasa Melayu, struktur suku kata bahasa Melayu, disleksia, sejarah penubuhan program disleksia di Malaysia, dan proses pengambilan murid-murid disleksia di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.2.1 Kemahiran Membaca

Bayrei et.al(2008)mendefinisikan kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Badrulzaman (2001:

41) pula menyatakan membaca ialah aktiviti yang memerlukan bunyi pertuturan disegmenkan menjadi unit yang dapat ditafsir secara visual. Kemahiran membaca

(33)

mencapai matlamat seandainya maklumat yang dibaca dapat dikaitkan dengan maklumat yang sedia ada pada pembaca.

Saniah et.al(2000) menjelaskan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis.

Bacaan secara pantas merujuk kepada teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming). Manakala bacaan secara kritis pula merujuk kepada teknik SQ3R (Survey- Question-Read-Recite -Review) dan teknik KWLH. KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) iaitu apa yang telah diketahui sebelum membaca. W (want) iaitu apa yang hendak diketahui sebelum membaca. L (learned) iaitu apa yang telah diketahui selepas membaca dan H (how) iaitu bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan untuk membaca seterusnya. Membaca secara pantas dengan menggunakan „kaedah sepintas lalu‟ (scanning) ialah membaca keseluruhan muka surat dengan cepat secara sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-isi penting yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.

Membaca secara sekilas „skimmimg‟ pula bermatlamat untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah buku. Lazimnya cara ini tertumpu kepada carian isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan bibliografi. Kaedah dan teknik yang dinyatakan ini amat penting kepada pelajar untuk mengulangkaji bahan bacaan untuk persediaan peperiksaan.

Baharin et.al (2007) menyatakan proses membaca dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama. Peringkat pertama ialah peringkat sebelum membaca. Pembaca perlu

(34)

menentukan bahan yang akan dibaca, menentukan cara bahan disusun, menentukan perkara yang diingati daripada bahan bacaan dan juga matlamat membaca. Peringkat kedua pula ialah peringkat semasa membaca. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah mengenal pasti isi-isi penting, mengenal pasti pola pemikiran penulis, menghubungkan idea-idea, meramal apa yang akan berlaku dan menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui. Seterusnya, peringkat ketiga pula lebih kepada mengenal pasti tujuan penulis, menganalisis teknik dan bahasa penulis, menilai kecekapan dan kewibawaan penulis, menyoal soalan kritis dan menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis.

Tajul Aripin (2007) menjelaskan bahawa kemahiran membaca ialah mekanisme yang menentukan seseorang murid itu boleh diukur pencapaian membacanya berdasarkan tahap-tahap kemahiran membaca yang dicapainya. Ini bermakna kemahiran membaca bukan sahaja sekadar menanggap makna, perkataan atau ayat di dalam teks, atau kemahiran membaca secara cepat dan sebagainya. Menurut beliau lagi, terdapat lima tahap dalam kemahiran membaca. Kemahiran membaca I ialah proses mengenal dan membunyikan fonem, kemahiran membaca II ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi perkataan bersuku kata terbuka KV. Kemahiran membaca III ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi perkataan bersuku kata tertutup KVK. Kemahiran membaca IV ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi perkataan yang dihadiri oleh dua urutan vokal atau lebih.

Manakala Kemahiran membaca V ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi fonem pinjaman bagi kata-kata pinjaman.Tahap-tahap Kemahiran Membaca ini disusun dari tahap kemahiran yang mudah kepada tahap kemahiran yang susah. Tahap pertama lebih

(35)

mudah daripada tahap yang kedua. Tahap kedua lebih mudah daripada tahap kemahiran ketiga dan begitulah seterusnya.Oleh itu, beliau mencadangkan agar pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca ini hendaklah diajar daripada tahap kemahiran yang mudah kepada tahap kemahiran yang susah iaitu secara deduktif. Tujuannya untuk menampakkan adanya kesinambungan dalam menguasai kemahiran membaca. Secara tidak langsung ia memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca atau memudahkan guru-guru mengajar kemahiran membaca kepada murid-murid mereka.

Ghazali (1980: 10) pula mengatakan bahawa membaca merupakan satu daripada kemahiran asas yang sangat penting dalam penguasaan bahasa. Murid yang tidak dapat membaca dengan baik didapati akan mengalami kesukaran untuk mengikuti dan menguasai mata pelajaran yang lain. Tanpa kemahiran membaca dan menulis, usaha mempelajari mata pelajaran yang lain seperti Sains, Hisab dan Kajian Tempatan akan terjejas.Masalah pembelajaran disleksia ini juga dikatakan sebagai ibu kepada segala masalah pembelajaran yang berkaitan dengan proses pembacaan. Ronald, (1997: 7) menjelaskan:

Dyslexia was the first general term used to describe various learning problems. Eventually, these problems were subdivided and categorized to describe different learning disabilities. Because of this, we might call dyslexia the Mother of Learning Disabilities. By now, over seventy names are used to describe its various aspects. Originally, researchers thought dyslexic people had some form of brain or nerve damage or a congenital malfunction that interfered with the mental processes necessary for reading.

(36)

Safiah (1992:262) menjelaskan bahawa kemahiran membaca sangat penting untuk memupuk kebiasaan gemar dan rajin membaca. Bagi meningkatkan kemahiran membaca, beliau menyarankan agar setiap pembaca mengetahui proses-proses dan strategi-strategi membaca.

Lantaran itu, penghasilan buku Bacaan Pintar USM sebagai sumber bacaan fonik yang dirintis dengan jayanya oleh sekumpulan penyelidik USM1 (2005) menjadi nadi penggerak dan dimanfaatkan pengajarannya kepada kanak-kanak disleksia. Pengkaji yakin bahawa penggunaan CD interaktif disamping buku Bacaan Pintar USM (2008) yang dihasilkan berasaskan Modul Bacaan USM ini dapat membantu kanak-kanak disleksia untuk lebih cepat dan mahir dalam menguasai kemahiran membaca bahasa Melayu seiring dengan tahap bacaan kanak-kanak seusia mereka.

1.2.2 Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984: 51) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 414), fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

1 Penyelidik USM yang terlibat dalam Kajian Sistem Bacaan USM 2005 ialah Tajul Aripin Kassin (Ketua), Mashudi Hj. Kader, Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, Wan Rose Eliza Abdul Rahman, Rokiah Awang dan Razif Mohd@ Jeep.

(37)

Disamping itu, Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam setiap bahasa tersebut. Fonologi terbahagi dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bahasa. Kamarudin Hj. Husin et.al (1997) menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.

Paitoon M.Chaiyanara (2006) pula menyatakan fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Manakala Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa. Begitu juga Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 65) berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.

Menurut Kenstowicz (1994), pengetahuan fonologi dapat membantu untuk memahami bagaimana kata-kata digunakan untuk membentuk ayat dan wacana. Fonologi dikatakan berbeza daripada sintaksis kerana fonologi melibatkan item leksikal yang tersimpan dalam memori penutur.

Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan bahawa fonologi ialah sebahagian daripada cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa.

Fonologi bahasa Melayu merupakan asas kepada sistem bunyi bahasa Melayu. Bunyi bahasa yang dinamakan „fon‟, mempunyai dua representasi iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. Bidang penyelidikan fonologi bahasa Melayu mengkaji dan membincangkan fungsi-fungsi bunyi bahasa Melayu dalam konteks fonem, fitur

(38)

distingtif atau unit fonologi yang lain mengikut kerangka teori yang digunakan. Oleh yang demikian, jelas bahawa fonologi dapat menentukan sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif.

1.2.3 Fonetik

Malmberg (1968) seorang ahli fonetik Perancis seperti yang dipetik dalam Nor Hashimah (2000:2) menjelaskan fonetik ialah pengkajian tentang bunyi-bunyi bahasa.

Bagi Malmberg, fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya. Bunyi-bunyi yang dapat didengar ini kemudiannya diberi bentuk yang biasa terdapat dalam bahasa masyarakat itu sendiri.

Menurut Arbak (1983) fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran. Sebagai cabang ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi dan pengucapannya. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan oleh manusiadan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi yang dilafazkan (Lutfi:1985). Kenyataan kedua-dua tokoh bahasa tersebut juga disahihkan dengan pendapat ahli Linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) yang menjelaskan bahawa fonetik membawa maksud kajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur.

The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.

(39)

Farah Nadia et.al (2011:667) menyatakan teori atau ilmu fonetik tulen dan fonemik adalah dua bidang yang berkait rapat. Tujuannya untuk mendapat gambaran tepat tentang kaedah fonetik yang boleh diaplikasikan dalam mengajar kemahiran asas membaca. Secara amnya, ilmu fonetik adalah satu disiplin linguistik yang berpusat kepada penyelidikan tentang penghasilan bunyi dan penggunaannya dalam pertuturan manusia. Fonem pula merujuk prosedur pendengaran yang mengkategorikan bunyi dengan memadankan huruf bercetak dengan bunyi yang betul. Menurut Samsudin (2007) pula, dengan menyusun inventori dan struktur bunyi suatu bahasa, transkripsi fonemik boleh dibentuk bagi mengklasifikasi bunyi sebutan secara menyeluruh.

1.2.4 Fonik

Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang menekankan bunyi-bunyi fonem.

Bunyi huruf konsonan ialah [b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z]. Manakala bunyi fonem vokal bahasa Melayu ialah [ e i o u]. Fonik adalah siri peraturan kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baharu.

Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut huruf „u‟ dengan bunyi [u] (muncungkan bibir) bukannya „yu‟. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis „u‟ berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak (Mohd Ruslee et.al: 2009). Beliau menyimpulkan bahawa konsep fonik ialah hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi.

(40)

Kaedah pembelajaran secara fonik mengikut pandangan Louis (1982:2) pula ialah pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah fonik yang terhasil daripada bunyi-bunyi pertuturan untuk diterapkan dalam pengejaan, pembacaan, dan penulisan.

Phonics is the application of the speech sounds to reading, writing, and spelling. The child is required to use a system of trial and error combined with controlled association. The similarities between problem solving and phonics are plentiful. Young learners do not use random behavior.

They must explore possibilities and apply rules or generalizations that or may not work.

Oleh yang demikian, kaedah bacaan fonik yang disarankan ini diyakini dapat membantu mengurangkan masalah membaca bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Mereka juga disaran untuk mendapatkan bimbingan daripada pihak guru bagi membunyikan huruf mengikut kaedah dan peraturan fonik yang tepat dan betul.

Menurut,Walker (1992) dalam Carol (1996: 105);

Synthetic phonics activities can teach “sound-symbol relationships to facilities word identification. The student is systematically in-structed to say letter sounds in words and then blend the sounds together to decode the unknown word. Rules for the phonic relationships are presented with examples” (p.243). Essentially the teacher selects a phonic rule to be taught[ short i in the middle of ashort word or consonant-vowel- consonant (C-V-C) combination], selects text and words to illustrate the rule, and then directly teaches the letter sound (s)……….Berger(1994) found in her study that students with dyslexia who received specific training in phonological awareness tasks made progress in word recognition performance.

Menurut Bond dan Tinker (1967), kelemahan menguasai kemahiran membaca dari peringkat kanak-kanak akan meninggalkan kesan yang buruk termasuk pencapaian yang rendah dan lemah dalam pelajaran. Situasi sedemikian akan mengurangkan minat belajar

(41)

dalam kalangan pelajar. Kelemahan dalam aspek bacaan kanak-kanak disleksia ini juga telah dijelaskan oleh Ronald (1997: 33) yang mengatakan bahawa;

The problems dyslexics have in learning to read are the same as those all children experience, but of a larger magnitude. They are made worse by inconsistencies in the language. If the printed word were presented more consistently, especially in beginning schoolbooks, some of these problems would be lessened for all children.

1.2.5 Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah rumpun bahasa Austronesia yang bersifat aglunatif iaitu perkataan-perkataan yang terbentuk dengan cara menggabungkan suku kata. Menurut Norizah dan Hasbi (2005: 18):

Bahasa Melayu or Bahasa Malaysia is the national and official language of Malaysia. This language is part of the Austronesian language and it is agglunative in nature; that is the words in bahasa Melayu are formed by joining syllables.

Abdullah (1987) juga menyarankan teknik mengajar ejaan bahasa Melayu yang paling efisyen berdasarkan sistem suku kata. Kaedah tersebut wajar diaplikasikan secara berperingkat-peringkat. Jelas bahawa, sistem vokal, konsonan dan pengsukukataan bahasa Melayu merupakan aspek yang penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid dalam penguasaan kemahiran membaca. Berikut dijelaskan tentang sistem vokal, urutan vokal, konsonan dan pengsukukataan bahasa Melayu.

(42)

1.2.5.1 Vokal

Nor Hashimah (2000: 38) menyatakan bunyi-bunyi vokal melibatkan udara egresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini. Semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara titik artikulasi dengan artikulator. John Lyons (1992: 88) pula menjelaskan bahawa vokal ialah sebagai bunyi yang dihasilkan dengan tiada halangan kepada aliran udara yang melalui rongga mulut. Oleh yang demikian, bunyi vokal tidak mempunyai daerah artikulasi yang sama pengertiannya dengan konsonan. Beliau mengklasifikasikan bentuk rongga mulut ini sebagai sempit, luas, depan, belakang, bundar dan hampar.

Terdapat enam bunyi vokal dalam bahasa Melayu iaitu bunyi [e,,a, i, o,u]. Vokal /i/

dikenali sebagai vokal hadapan tinggi dan vokal /u/ dikenali sebagai vokal belakang tinggi. Manakala, vokal /e/ ialah vokal hadapan separuh sempit dan vokal /o/ ialah vokal belakang separuh sempit. Vokal /a/ pula dikenali sebagai vokal belakang luas (Tajul Aripin:2005). Ini menunjukkan bahawa vokal memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan bunyi bahasa kerana tanpa vokal sesuatu kata tidak dapat dibentuk dan diujarkan.

Berdasarkan kaedah pembacaan fonetik, Tajul Aripin (2005) menjelaskan bahawa bunyi vokal /e/ mewakili dua bunyi vokal iaitu bunyi vokal hadapan separuh sempit [e] dan bunyi vokal tengah []. Untuk memudahkan pemahaman pelajar, beliau telah mencadangkan agar bunyi vokal tengah [] diperkenalkan terlebih dahulu. Ini kerana

(43)

dalam bahasa Melayu, bunyi vokal tengah [] lebih dominan (lebih luas penggunaannya) berbanding bunyi vokal hadapan separuh sempit [e]. Setelah murid menguasai bunyi vokal tengah [], barulah murid diperkenalkan pula dengan bunyi vokal hadapan separuh sempit [e]. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam mengenal dan memahami bunyi vokal tersebut. Oleh itu, kemahiran membaca bunyi vokal hadapan separuh sempit [e] didedah kepada murid dalam tahap kemahiran membaca suku kata tertutup iaitu setelah mereka menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka yang melibatkan bunyi-bunyi vokal [, i, a, o, u]. Menurut sistem ejaan baru yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka huruf 'e' melambangkan dua fonem yang berlainan iaitu [e] dan [ə]. Perbincangan vokal dalam BM ini dapat diperkukuhkan oleh carta vokal bagi BM di dalam Rajah 1.1 di bawah.

Depan tengah belakang Tinggi iu

Separuh tinggi eo

ə Rendah a

Rajah 1.1: Sistem Vokal Bahasa Melayu Standard Sumber: Dipetik daripada M. Yunus Maris(1980: 43)

Rajah 1.1 di atas menunjukkan kedudukan bagi keenam-enam fonem vokal BMS iaitu /i/, /e/, /a/, /ə/,/u/dan /o/. Vokal /i/ ialah vokal tinggi dan vokal depan. Vokal schwa atau

(44)

/ə/ ialah vokal tengah. Seterusnya, vokal separuh tinggi /e/, vokal depan rendah /a/, vokal belakang tinggi /u/ dan vokal belakang separuh tinggi /o/.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bahasa Melayu Standard (BMS) ialah bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain serta diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih. Dalam penulisan tesis ini, BMS merujuk kepada bahasa Melayu dialek Johor Riau yang juga bahasa kebangsaan seperti yang termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Dialek Johor Riau dituturkan oleh penutur Johor (Tajul Aripin, 2005: 163)

1.2.5.2 Urutan Vokal Dalam Perkataan Bahasa Melayu

Urutan vokal wujud apabila dua atau lebih vokal hadir berurutan sama ada di awal, di tengah, atau di akhir kata. Kehadiran vokal berurutan dalam bahasa Melayu ini akan memperlihatkan dua bentuk penghasilan bunyi vokal, sama ada secara bisilabik terpisah suku kata [V.V] atau tautosilabik iaitu satu suku kata (diftong) [VV] (Tajul Aripin, 2009).

Urutan vokal yang dibunyikan secara terpisah suku kata lazimnya boleh dilihat dalam dua bentuk, iaitu urutan vokal yang dihadiri oleh konsonan dan urutan vokal tanpa dihadiri sebarang konsonan (Tajul Aripin, 2009: 2). Menurut beliau lagi, kehadiran konsonan dalam urutan vokal ialah hasil proses fonologi, sama ada melalui proses

(45)

penyisipan konsonan atau proses penyebaran geluncuran oleh vokal [+tinggi].

Sebaliknya, urutan vokal yang tidak membenarkan sebarang konsonan hadir antara urutan vokal dan membenarkan urutan vokal tersebut dibunyikan secara terpisah suku kata dikenali sebagai hiatus. Urutan vokal yang dilambangkan sebagai satu fonem dan dibunyikan dalam satu suku kata pula dikenali sebagai diftong (VV). Berdasarkan penjelasan tersebut, urutan vokal bahasa Melayu boleh memperlihatkan bentuk suku kata seperti berikut:

a) Urutan Vokal VV Tautosilabik (diftong)

M.Yunus Maris (1980:40) menjelaskan bunyi diftong adalah merujuk kepada percantuman dua vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas sahaja. Nor Hashimah (2000:41) pula menyatakan, bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.

Menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah, 1997: 63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au]

dalam [pulau] pulau.

Asmah (1988) pula menyatakan diftong boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada kualiti geluncuran yang membentuk komponen diftong tersebut yang dianggap bersifat

(46)

satu suku kata. Ada tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/. Bunyi /i/

akan menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya dalam menghasilkan diftong [ai]. Begitu juga /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/.

Lambang [^] boleh juga digunakan untuk menggambarkan diftong.Contoh diftong /ai/

ialah pakai, gemalai, dan hairan. Contoh diftong /oi/ ialah amboi, sekoi dan sepoi.

Contoh diftong /au/ ialah kerbau, taulan dan pulau.Abdullah Hassan (2006: 42) juga menjelaskan bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi].

Menurut beliau, diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya seperti dalam perkataan mengenai. Begitu juga dengan pendapat Zaharani (2006: 51) menjelaskan bahawa urutan vokal dan diftong dalam bahasa Melayu ialah /ai/, /au/ dan /oi/.

(1) Contoh diftong

i. [pakai] [hairan] [saudagar]

ii. [ramai] [amboi] [pulau]

iii. [haiwan] [sepoi] [igauan]

Diftong-diftong di atas, menunjukkan bahawa diftong /ai/ dan/au/ dalam BMS boleh wujud di posisi suku kata awal dan akhir. Manakala diftong /oi/ hanya wujud dalam suku kata akhir terbuka sahaja. Diftong dan deretan atau urutan vokal adalah satu istilah yang berbeza (Zaharani: 2006). Beliau menyatakan urutan vokal bermaksud pewujudan dua vokal atau lebih dengan setiap satu vokal membentuk suku kata masing-masing.

(47)

b) Urutan Vokal VV  V.V Bisilabik

Bentuk suku kata di atas adalah bentuk urutan vokal yang tidak dihadiri oleh sebarang konsonan seperti dalam perkataan /main/ [maen] dan /kain/ [kaen]. Urutan vokal ini jelas tidak membenarkan sebarang konsonan hadir di antara urutan vokal, sebaliknya hanya membenarkan urutan vokal tersebut dibunyikan secara terpisah suku kata (heterosyllabic) (Tajul Aripin: 2009, 2).

c) UrutanVokal VV  V.KV

Bentuk suku kata di atas adalah bentuk urutan vokal yang menerima proses penyisipan hentian glotis atau proses penyebaran geluncuran seperti dalam perkataan /guna+an/

[gunaan], /buah/ [buwah] dan /tarian/ [tariyan] (Tajul Aripin: 2009, 3)

1.2.5.3 Konsonan dan Gugusan Konsonan

Konsonan ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam bahasa Melayu. Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

Seterusnya, dalam sistem ejaan lama bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng. Namun begitu, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu, empat

(48)

konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z,dh menjadi d dan th menjadi s (Abdullah Hassan, 2006:95-96).

Tajul Aripin et.al (2005) pula menyatakan terdapat 18 bunyi konsonan asli bahasa Melayu. Konsonan-konsonan tersebut ialah /p, t, k, b, d, g, s, c, l, r, m, n, , , h, j, w, y/.

Dalam fonetik, lambang-lambang huruf ng, ny dan j ditranskripsikan sebagai [], [] dan [jʤ] dan gabungan dua lambang huruf ng dan ny di anggap sebagai satu fonem dalam bahasa Melayu.

Selain daripada konsonan asli, Tajul Aripin et.al (2005) juga menambah bahawa terdapat bunyi-bunyi konsonan pinjaman bahasa Arab dan bahasa Inggeris yang hadir dalam bahasa Melayu. Konsonan-konsonan pinjaman yang akan diberi tumpuan ialah /f, z, , , / yang dilambangkan dalam sistem tulisan bahasa Melayu sebagai f, z, gh, kh dan sy. Dalam fonetik, gabungan dua huruf gh [], kh [], dan sy [] dianggap sebagai satu fonem.

(49)

Jadual 1.1: Fonem Konsonan BMS Daerah sebutan/

Cara sebutan

bibir Gusi Gusi lelangit keras

Lelangit keras

Lelangit lembut

Peti suara Letupan

Tak bersuara Bersuara

p b

t d

k

g 

Letusan Tak bersuara Bersuara

Sengauan

Bersuara

m n  

Geseran Tak bersuara Bersuara

f s

z

ʃ x

 h

Getaran Bersuara

r Sisian

Bersuara

l Separuh vokal

Tak bersuara

w j

Sumber : Diubah suai daripada Indirawati dan Mardian (2006: 58)

1.2.6 Struktur Suku Kata Bahasa Melayu

Menurut Kenstowicz (1994: 250) suku kata merupakan komponen teoritikal yang sangat penting berdasarkan hujah-hujah berikut. Pertamanya, perlakuan suku kata fonetik adalah domain semula jadi. Ini menunjukkan bahawa bunyi-bunyi yang derivasi dalam perkataan fonologi atau frasa bahasa dapat dizahirkan secara jelas. Keduanya, kadang- kadang peraturan fonologi merujuk kepada peraturan fonologi segmental (aspirasi, nasalisasi dan lain-lain) yang hanya dapat dizahirkan melalui suku kata. Ketiganya, beberapa proses fonologi sangat baik untuk diinterpretasikan sebagai satu pendekatan

(50)

yang boleh memastikan tekanan sesuatu segmen fonologi dalam suku kata seperti tekanan dan ton.

Tajul Aripin (2000) telah menjelaskan bahawa struktur suku kata bahasa Melayu dapat diklasifikasikan sebagai (K)V(K) iaitu terdiri daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. K pertama merujuk kepada konsonan yang menduduki posisi onset dan K kedua merujuk kepada konsonan yang menduduki posisi koda. Manakala V merujuk kepada vokal yang menduduki posisi nukleus dan mesti hadir dalam setiap struktur suku kata bahasa Melayu. Struktur suku kata yang dijelaskan oleh beliau dapat dilihat dalam empat bentuk iaitu V, KV, VK dan KVK. Kenyataan Tajul Aripin (2000)ini diperkukuhkan oleh Yunus (1980:14), Tajul Aripin et.al (2005: 19) dan Zaharani (2013:

43) yang bersependapat suku kata bahasa Melayu tergolong dalam jenis ke IV, iaitu V, VK, KV dan KVK, seperti yang disenaraikan oleh Clements dan Keyser (1983: 29).

Penjelasan lanjut tentang struktur suku kata bahasa Melayu dapat dilihat dalam Bab 3, bahagian (3.4).

1.2.7 Disleksia

Perkataan “disleksia’’ adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Definisi disleksia juga dibahaskan berbeza-beza mengikut pendapat sarjana dan pertubuhan.Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) mengatakan bahawa disleksia ialah suatu kecelaruan pada kanak-kanak yang menerima pendidikan secara

(51)

konvensional tetapi gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. Menurut sumber dari World Federation of Neurology (1968);

A disorder in children who, despite conventional classroom experience, fail to attain the language skills of reading, writing, and spelling commensurate with their intellectual abilities. Adisorder manifested by difficulty in learning to read despite conventional instruction, adequate intelligence and socio-cultural opportunity. It depends on fundamental cognitive abilities, which are frequently constitutional in origin.

Thomson (1984) menjelaskan bahawa disleksia ialah masalah kognitif yang dikatakan menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak serta kurang kemahiran pengurusan diri. Secara lebih khusus, Sheila dan Samsilah (2006:12) menjelaskan kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami masalah fonologi, masalah mengingat perkataan, masalah penyusunan bersiri, masalah ingatan jangka pendek dan masalah kesedaran sintaks. Farrer (1996) juga menjelaskan kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait dengan pemprosesan maklumat di dalam otak.

Berikut dipaparkan Jadual 1.2 bagi punca-punca disleksia mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996) dan Spafford dan Grosser (1996) yang dibahaskan dalam bidang biologi.

(52)

Jadual 1.2: Punca-punca Disleksia Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996), Spafford dan Grosser (1996)

Keturunan atau genetik Kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang diperturunkan secara turun-temurun (British Psychological Society,1991 dan Hammond Huges,1996).

Biologi Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.

Kerosakan otak menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran (Hammond dan Huges,1996:11).

Kematangan Masalah yang terjadi pada sistem saraf kanak-kanak mempengaruhi perkembangan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

Kesimpulannya, disleksia ialah murid yang mempunyai kecerdasan yang searas dengan rakan-rakan seusia mereka tetapi mengalami masalah pembelajaran terutamanya dalam aspek ejaan, bacaan dan tulisan.

(53)

1.2.8 Sejarah Penubuhan Program Disleksia dan Proses Pengambilan Murid Disleksia di Malaysia

Program rintis disleksia telah dilaksanakan pada 2004 (Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia: 2006). Proses pengambilan murid-murid disleksia pada peringkat awal hanya melibatkan dua buah sekolah bagi setiap negeri di Malaysia.

Namun begitu, pengambilan murid-murid disleksia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan 3 buah sekolah dan sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Jumlah keseluruhan sekolah yang terlibat adalah sebanyak 31 buah. Program tersebut dilaksanakan berdasarkan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas yang menggunakan pendekatan separa inklusif atau pengasingan. Berikut adalah bilangan program, murid, guru dan kelas disleksia bagi semua negeri dan wilayah persekutuan pada tahun 2008.

(54)

Jadual 1.3: Bilangan Program, Murid, Guru dan Kelas Disleksia bagi Semua Negeri dan Wilayah Persekutuan pada Tahun 2008

Negeri Disleksia

Program Murid Guru Kelas

Johor 6 33 12 12

Melaka 2 33 8 7

Negeri Sembilan 2 12 2 2

Selangor 3 42 0 0

WP Putrajaya 0 0 0 0

WP KL 2 12 2 2

Perak 2 15 2 2

Pulau Pinang 3 21 3 3

Kedah 2 13 2 2

Perlis 0 0 0 0

Pahang 2 21 4 4

Terengganu 2 12 2 2

Kelantan 2 15 2 2

Sabah 2 20 2 5

Sarawak 2 10 2 2

WP Labuan 1 13 2 4

Jumlah 33 272 45 49

Sumber: Maklumat Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).

Berikut dipaparkan Jadual 1.4 iaitu proses pengambilan murid disleksia di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut

Dalam hasil pembelajaran 1, pengkaji mendapati keupayaan mengenal pasti huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan subjek kajian adalah rendah kerana ada kalangan subjek kajian

[b] Bagi setiap bentuk dalam (a) di atas, dengan menggunakan teori autosegmental, nyatakan proses fonologi yang berkenaan... [c] Dengan menggunakan teori autosegmental

Kajian ini bertujuan mengkaji kecelaruan membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun Satu yang terlibat dengan program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis

Memandangkan kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu ini juga merupakan satu penerokaan baharu dalam konteks pembelajaran bahasa Arab amnya

Konsonan [p] dihasilkan dengan merapatkan kedua-dua bibir sementara lelangit lembut dinaikkan supaya mencecah belakang rongga tekak untuk menghalang aliran udara dari

Kesimpulannya tidak semestinya pelajar bukan Melayu yang tidak mengalami masalah pembelajaran tidak melakukan kesalahan ejaan dan dapat menulis dengan baik, mereka juga

Pemprofilan pertuturan perlu dilakukan untuk mendapatkan huraian yang jelas tentang kebolehan penggunaan bahasa Melayu kanak-kanak autistik yang merupakan bahasa pengantar