• Tiada Hasil Ditemukan

SAKIT TIDAK PATAH SEMANGAT ADIBAH UNTUK CEMERLANG UPSR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SAKIT TIDAK PATAH SEMANGAT ADIBAH UNTUK CEMERLANG UPSR"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 November 2016 – Ujian kesakitan yang ditempuhi sedikit pun tidak mematahkan semangat, Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, untuk meraih keputusan cemerlang memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Anak kepada pasangan guru yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas dan disahkan menghidap penyakit Kanser Limfoma itu tidak menyangka yang usahanya selama ini membuahkan hasil dengan pencapaian membanggakan itu.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

SAKIT TIDAK PATAH SEMANGAT ADIBAH UNTUK CEMERLANG UPSR

17 NOV

(2)

Menurut bapanya yang merupakan Penolong Kanan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Raja, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, anaknya itu dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sehari sebelum menduduki UPSR dan dinasihatkan untuk menjawab peperiksaan dalam wad disebabkan masalah kesihatan yang dialami.

“Walaupun dalam keadaan sakit, Adibah berjaya menjawab peperiksaan dengan baik sekaligus membuktikan ujian kesakitan yang dialami sekarang ini tidak sedikit pun menghalang fokusnya dalam pelajaran.

“Syukur kepada Allah SWT atas kejayaan ini, moga Adibah terus cekal melawan penyakit yang dihidapi dan kembali sembuh untuk meneruskan pengajian di peringkat menengah selepas ini,” katanya.

Menurut Wan Mazlan lagi, anaknya itu tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dan guru-guru bagi memastikan dia tidak tertinggal dalam pelajaran.

"Adibah sentiasa bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran walaupun dia sering tidak hadir ke sekolah disebabkan masalah kesihatan yang dialami selain dimasukkan ke hospital.

“Dia seorang anak yang baik, walaupun diuji dengan penyakit yang dihidapi, dia tetap tabah dan sentiasa berusaha untuk membuktikan yang dia juga mampu berjaya memperoleh keputusan cemerlang seperti anak-anak lain yang sihat di luar sana,” katanya lagi.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Muhamad Zulkifli Zakaria

(3)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Mac 2016 – Malam Kebudayaan India yang diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi landasan yang mengeratkan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Oktober 2016 – National Conference On Medical and Health Sciences (NCMHS) atau Persidangan Kebangsaan Sains Perubatan dan Kesihatan kali ke-21

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia

KUBANG  KERIAN,  KELANTAN,  25  July  2016  ­  The  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  School  of 

Ketika diminta mengulas mengenai bantuan musim tengkujuh terhadap penduduk yang tidak terjejas banjir di Pantai Timur, Wan Azizah berkata, perkara tersebut sedang dikaji kerana

Juga ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang di kasih terutamanya Wan Nur Hazliana bt Wan Mohd Harith dan Nor Yasmin bt Mohammed Yasin yang selalu memberi kata-kata semangat

Wan Siti Adibah Wan Dahalan, Muhammad Sayuti Hassan, Zinatul Ashiqin Zainol, Rohimi Shapiee, Jady@Zaidi Hassim, Rooshida Merican Abdul Rahim Merican, Ruzian

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Jun 2015 - Seramai 383 staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 yang berlangsung