• Tiada Hasil Ditemukan

View of Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif

(Challenges Faced By Mainstream Teachers In Implementing Inclusive Education Programs)

Norramlah Ali1*, Nurfaradilla Mohamad Nasri1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p105500@siswa.ukm.edu.my / nurfaradilla@ukm.edu.my

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Artikel ini merupakan kertas konsep yang membincangkan berkaitan dengan faktor- faktor halangan yang dihadapi dalam melaksanakan program pendidikan inklusif oleh guru aliran perdana. Program pendidikan inklusif telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas bagi mendapakan akses kepada pendidikan di kelas aliran perdana serta memupuk keyakinan dan jati diri yang tinggi. Berdasarkan kepada laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk menambah murid berkeperluan khas dalam model program pendidikan inklusif.

Dalam menjalankan PPI, guru aliran perdana merupakan penggerak utama yang bertanggungjawab secara sepenuh bagi memastikan program pendidikan inklusif mencapai kejayaan, namun terdapat halangan dan permasalahan yang timbul bagi melaksanakan PPI telah dikenalpasti yang mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

Antara salah satu faktor yang menghalang yang telah dikenal pasti ialah guru tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan latihan yang sewajarnya mengenai pendidikan khas serta mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang sama antara MBK dan murid yang normal. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh guru aliran perdana, penulis mencadangkan agar bengkel secara bersama antara guru aliran perdana dan guru pendidikan khas diadakan secara berkala untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru aliran perdana dalam mengendalikan MBK. Diharap dengan kerjasama dan sokongan antara guru aliran perdana dan guru pendidikan khas akan dapat memperbaiki faktor-faktor yang menjadi halangan dan meningkatkan keberkesanan program pendidikan inklusif serta dapat mencapai objektif yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kata kunci: Halangan Guru Aliran Perdana, Program Pendidikan Inklusif

Abstract: This article is a concept paper about the challenges that mainstream teachers experience when adopting inclusive education initiatives. The Ministry of Education Malaysia (MOE) has implemented an inclusive education programme to allow students with special needs to participate in normal classes while also developing high levels of confidence and self- esteem. The Ministry of Education Malaysia is dedicated to including children with special needs in the model of inclusive education programmes, according to the inaugural report of the Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2025. Mainstream teachers are the main movers in conducting PPIs, and they are fully responsible for ensuring the success of inclusive education programmes. However, obstacles and problems that arise when implementing PPIs have been identified, and they have an impact on the learning and teaching process in the classroom. Teachers lacking basic knowledge and suitable training in special

(2)

education, as well as using the same teaching methods and strategies with MBK and regular pupils, are among the barriers identified. Based on the issues that mainstream teachers confront, the authors propose that frequent combined workshops between mainstream and special education instructors be arranged to improve mainstream teachers' knowledge and skills in dealing with MBK. It is intended that through collaborating and supporting mainstream and special education instructors, they will be able to reduce barriers and improve the effectiveness of inclusive education programmes, thereby achieving the Ministry of Education Malaysia's goals.

.

Keywords: Mainstream Teacher Challenges, Inclusive Education Program

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pendidikan merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang individu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan berkualiti. Sistem pendidikan negara sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa, ini bertujuan untuk mengembangkan potensi diri seseorang murid untuk meneroka dan mempelajari tentang sesuatu perkara yang baharu. Setiap murid wajib untuk mendapatkan pendidikan secara formal, begitu juga dengan murid berkeperluan khas (MBK) bagi mendapatkan prospek pendidikan yang setara seperti murid normal di aliran perdana bagi menyerlahkan potensi diri mereka dalam aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan peluang untuk murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan pada peringkat awal usia (Anizam Mohd Yusof

& etl, 2020).

Lantaran itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Khas telah bertanggungjawab untuk merangka program khas iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) agar murid berkeperluan khas dapat belajar di dalam kelas pendidikan khas secara intergrasi di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu MBK dapat belajar bersama murid normal di aliran perdana di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. PPI dilaksanakan bagi memastikan MBK untuk mendapat pendidikan yang lebih sempurna tanpa di diskriminasikan oleh mana-mana pihak sama seperti murid di aliran perdana. Selain itu, kekurangan murid berkeperluan khas dari aspek fizikal dan mental bukan menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan yang sama rata seperti murid normal yang lain di arus perdana malah membantu untuk mengembangkan potensi diri mereka dan berjaya mencapai impian dan membina masa depan yang cerah. Program pendidikan inklusif telah mewujudkan peluang yang sama rata kepada semua murid keperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan dan kekurangan mereka.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 “Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaanya secara keseluruhan” dan “Menganjak kepada Pendidikan Inklusif”.

Program pendidikan inklusif telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan pada peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan lepasan sekolah menengah yang bermatlamat untuk meningkatkan penyertaan dan peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mengikuti program pengajaran dan pembelajaran bersama-sama murid di aliran perdana. Manakala objektif program inklusif adalah bagi memastikan MBK untuk mendapatkan hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran dalam suasana yang kondusif tanpa halangan, membantu membina keyakinan dari murid berkeperluan khas bagi mencapai potensi yang optimum. Pelaksanaan PPI juga adalah

(3)

sejajar dengan hasrat KPM, sekolah aliran perdana dapat mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas ke dalam kelas aliran perdana.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambah baik sistem pendidikan negara secara khas agar dapat mengembangkan dan implimentasikan program pendidikan inklusif terhadap MBK. Selain itu juga, MBK akan dapat meningkatkan potensi diri mereka dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), mendefinasikan konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, “Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Program pendidikan inklusif dapat diperkembangkan daripada amalan pendidikan intergrasi bagi membolehkan murid normal dan MBK belajar di persekitaran yang selaras di sekolah.

2. Program Pendidikan Inklusif

Murid berkeperluan khas telah mendapat sinar baharu untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah aliran perdana melalui program pendidikan inklusif yang dirangka khas untuk mereka.

Perubahan ini akan memberi pengalaman kepada MBK untuk merasai corak suasana pembelajaran di bilik darjah biasa, bergaul dengan rakan-rakan tanpa merasakan perbezaan dengan murid biasa serta dapat membantu membina jaringan sosial yang lebih baik serta menjadi individu yang matang dan mampu berdikari. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), dasar PPI adalah bagi memastikan MBK mendapat yang sama seperti murid yang lain untuk belajar dengan persekitaran tanpa halangan dan dapat menyesuaian diri dengan murid aliran perdana agar dapat meningkatkan kemahiran mereka iaitu membina keyakinan diri untuk mencapai potensi yang optimum dan seterunya meningkatkan kesediaan dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagai keupayaan MBK.

.

Seterusnya, murid-murid keperluan khas adalah mereka yang terdiri daripada murid yang mengalami masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran adalah yang terlibat di dalam PPI. Terdapat dua kategori PPI yang dijalankan di sekolah yang merangkumi MBK yang ditempatkan di dalam bilik darjah secara pembelajaran inklusif penuh dan inklusif secara separa. Pendidikan Inklusif secara sepenuhnya dilaksanakan di semua sekolah kerajaan dan di sekolah bantuan kerajaan, murid berkeperluan khas akan di tempatkan bersama-sama dengan murid aliran perdana untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua matapelajaran kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang di ubah suai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Berdasarkan Surat Persekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), KSSM dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukan mengikut Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah merupakan Kurikulum Kebangsaan yang digunakan oleh semua sekolah menengah.

Manakala inklusif separa pula dilaksanakan di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Intergrasi, MBI yang terpilih akan ditempatkan secara bersama-sama dengan murid aliran perdana bagi satu atau beberapa mata pelajaran atau mengikuti kegiatan kokurikulum bersama-sama murid aliran perdana juga di anggap sebagai pendidikan inklusif separa. Murid keperluan khas yang ditempatkan di pendidikan inklusif adalah bergantung sepenuhnya kepada keadaan murid tersebut dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru Pendidikan Khas bertanggungjawab bagi menilai MBK samada layak untuk belajar bersama-sama murid di kelas aliran perdana.

(4)

Berdasarkan rajah 1 yang menunjukkan konsep PPI di Malaysia, rajah ini juga menunjukkan MBK samada secara inklusif penuh atau separa inklusif memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk mencapai kejayaan ketika belajar di aliran perdana, terutamanya hubungan interaksi sosial antara murid aliran perdana dengan MBK penting bagi membina keyakinan diri MBK untuk belajar dalam keadaan yang selesa bersama mereka di bilik darjah di samping sokongan warga sekolah dan sokongan pelbagai pihak. Menerusi sokongan sekolah, terutamanya guru aliran perdana yang mengajar kelas pendidikan inklusif memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan MBK iaitu dengan memahami dan mengaplikasikan teknik pembelajaran yang berkesan bagi membantu MBK untuk meningkatkan prestasi akademik diri mereka. Menurut Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran, 2018), sepatutnya guru aliran perdana perlu memilih strategi pembelajaran dan pemudahcaraan yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas dan murid aliran perdana bagi melaksanakan pembelajaran dan pemudacaraan dengan lebih efektif semasa PdPC yang dijalankan.

Rajah 1: Konsep Program Pendidikan Inklusif di Malaysia (Sumber: Bahagian Pendidikan Khas, KPM 2013)

Terdapat kriteria yang perlu dilepasi oleh MBK bagi mengikuti pendidikan inklusif, kriteria yang pertama MBK perlu mengikuti penilaian yang dilaksanakan oleh guru pendidikan khas dengan menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kriteria kedua umur murid berkeperluan khas adalah berdasarkan kepada kohort umur murid di aliran perdana atau tambahan satu tahun sahaja daripada umur murid aliran perdana.

Seterusnya, ahli jawatankuasa PPKI di sekolah juga perlu meluluskan dan memperakui MBK yang layak mengikuti PPI berdasarkan syarat-syarat pemilihan yang ditetapkan oleh KPM.

MBK yang menduduki aliran perdana perlu ditempatkan di kelas mengikut tahap pencapaian murid tersebut dan menjalani tempoh percubaan minimum selama tiga bulan sekurang- kurangnya. Setelah tamat tempoh percubaan yang ditetapkan kepada MBK dan jika MBK tidak bersesuaian untuk menduduki kelas aliran perdana perlu ditempatkan semula di kelas PPKI.

MBK yang berjaya dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibenarkan menyertai kelas PPI di aliran perdana.

Selain kriteria dalam memilih MBK, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian antaranya ialah murid arus perdana di bilik darjah perlu mempunyai jumlah murid yang tidak lebih daripada tiga puluh lima orang murid, bilik darjah bagi menempatkan MBK perlu

(5)

diletakkan di bangunan aras bawah kerana memberi kemudahan kepada MBK yang menggunakan kerusi roda. Penempatan murid berkeperluan khas di aliran perdana perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak ibu bapa atau penjaga. Guru aliran perdana yang mengajar MBK perlu mendapatkan latihan dalam mengendalikan MBK. Namun sedemikian secara realitinya, guru aliran perdana menghadapi cabaran untuk mengajar murid berkeperluan khas kerana tidak mempunyai latihan yang secukupnya dalam mengendalikan MBK di bilik darjah bersama murid aliran perdana. Menurut Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran (2018a), latihan tenaga kerja pada setiap peringkat selalunya tidak mencukupi dalam pendidikan inklusif, latihan yang diberi selalunya tiada kesinambungan, tidak dikoordinasikan dengan betul dan tidak mencukupi.

3. Halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Aliran Perdana Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif

Program pendidikan inklusif merupakan satu program yang memberi penekanan kepada penglibatan murid berkeperluan khas, murid aliran perdana, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas. Pelaksanaan pendidikan inklusif telah dijalankan sepenuhnya oleh guru aliran perdana di sekolah berdasarkan arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam melaksanakan pendidikan terdapat beberapa faktor halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru arus perdana dikenalpasti. Antara halangan yang dihadapi dalam melaksanakan PPI di sekolah oleh guru aliran adalah seperti yang berikut:

3.1 Kekurangan pengetahuan dan latihan

Guru aliran perdana mempunyai berperanan penting dalam melaksanakan PPI apabila MBK ditempatkan di dalam bilik darjah bersama murid yang normal yang lain. Namun begitu, guru aliran perdana menghadapi halangan dalam melaksanakan PPI iaitu kekurangan pengetahuan dan latihan yang tidak mencukupi dalam mengendalikan murid berkeperluan khas. Ini berikutan guru aliran perdana tidak diberi pendedahan awal mahupun latihan asas berkaitan dengan ilmu pendidikan khas seperti mana guru pendidikan khas yang diberi latihan sepenuhnya dalam mengendalikan MBK. Perkara ini turut disokong oleh Manimeegalai Govindasamy (2018) dalam kajiannya menyatakan kebanyakan guru aliran perdana berkelulusan subjek-subjek teras sahaja. Oleh itu, ternyata mereka tidak mempunyai pendedahan di dalam bidang pendidikan khas untuk mengendalikan MBK. Di samping itu, guru aliran perdana hanya mengendalikan MBK berdasarkan pengetahuan yang sedia ada pada mereka dan memikul tanggungjawab berat untuk mengajar MBK kerana perlu memahami keperluan dan kekurangan MBK untuk mengajar mereka mengikut keupayaan murid tersebut serta turut perlu mengajar murid yang lain semasa sesi pembelajaran yang sama.

3.2 Pengunaan teknik dan kaedah pengajaran yang sama

Seterusnya, masalah guru aliran perdana ialah tidak mengaplikasikan teknik dan kaedah pengajaran yang berbeza untuk mengajar MBK dan murid normal di aliran perdana. Guru tidak melihat perbezaan antara MBK dan murid aliran perdana semasa melaksanakan pembelajaran dan pengajaran adalah menggunakan kaedah dan teknik yang sama untuk mengajar, MBK yang lemah akan menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran yang akan memberi kesan ke atas pembelajaran mereka. Perkara ini juga akan menyebabkan MBK sukar untuk mencapai isi kandungan dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru.

Sewajarnya guru aliran perdana perlu menilai terlebih dahulu tahap pencapaian akademik MBK dan memberi aktiviti atau tugasan yang berlainan dari murid aliran perdana jika mereka

(6)

masih lemah untuk mengikuti sesi pembelajaran dan perlu memberi tugasan berdasarkan pencapaian akademik MBK. Berdasarkan kajian yang dilakukan Norliah & Mohd Hanafi 2016, dalam Hazlin Hariz & Khairul Farhah (2021), mendapati 60% guru aliran perdana masih menggunakan teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sama untuk semua murid di kelas dan tidak memperoleh pengetahuan mengenai pedagogi inklusif. Pengunaan teknik dan kaedah yang sama akan memberi kesan ke atas perkembangan akademik MBK.

3.3 Sikap negatif guru aliran perdana

Selain itu, sikap negatif yang ditunjukkan oleh guru aliran perdana merupakan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan pendidikan inklusif terhadap murid berkeperluan khas yang ditempatkan di aliran perdana. Guru aliran perdana tidak dapat memberi perhatian dan menerima kehadiran MBK di bilik darjah secara berlapang dada. Perkara ini turut diperakui oleh Saiful Azam (2017) dalam kajiannya menyatakan antara permasalahan yang selalu timbul berkaitan dengan pendidikan inklusif ialah sikap seseorang guru di aliran perdana yang tidak dapat menerima MBK di dalam kelas mereka. Guru aliran perdana tidak bersikap terbuka dengan melakukan persediaan khas bagi menerima MBK akan mengurangkan potensi MBK untuk menerima pembelajaran yang memuaskan seperti murid normal yang di arus perdana.

3.4 Tidak persediaan dalam kalangan guru aliran perdana

Masalah yang seterusnya dalam melaksanakan pendidikan inklusif ialah guru aliran perdana tidak bersedia untuk mengajar MBK yang memerlukan perhatian khas semasa sesi pembelajaran. MBK mempunyai tahap pencapaiaan yang berbeza berbanding murid normal di dalam bilik darjah, ini menyebabkan guru perlu perlu lebih bersedia untuk menerima kehadiran mereka. Menurut Siti Fatimah (2018) dalam Siti Rubiyani & Abd Aziz Sulaiman (2018), kesediaan guru arus perdana untuk menyesuaikan sesi pengajaran untuk memenuhi pelajar dengan keperluan murid pendidikan inklusif adalah merupakan satu cabaran utama. Guru aliran perdana tidak bersedia untuk menerima kehadiran MBK di bilik darjah kerana mereka juga mempunyai tanggapan yang negatif terhadap MBK.

Kehadiran MBK memerlukan guru aliran perdana untuk lebih berusaha gigih mengajar MBK untuk menguasai isi kandungan pembelajaran yang diajar serta perlu memastikan mereka lulus dalam peperiksaan penilaian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Zalizan Mohd Jelas (2012) juga mengatakan bahawa salah satu sebab utama halangan ke arah pendidikan inklusif ialah penerimaan guru di sekolah aliran perdana bahawa realitinya semua kanak-kanak berkeupayaan untuk belajar. Guru-guru aliran perdana perlu menerima perbezaan tahap pencapaian antara MBK dan murid normal yang lain secara lebih terbuka.

3.5 Bilik darjah dan infrastruktur yang tidak kondusif

Di samping itu, faktor halangan juga ialah masalah bilik darjah yang tidak kondusif iaitu bilik darjah yang tidak diubahsuai untuk menempatkan mengikut keperluan MBK merupakan halangan untuk guru aliran perdana melaksanakan PPI. Ini kerana bilik darjah yang tidak kondusif akan menyukarkan guru aliran perdana untuk mengendalikan dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan malahan ia juga turut memberi kesan kepada murid keperluan khas itu sendiri. Menurut Kamaliah (2011) dalam Siti Fatimah Salleh &

Mustafa Che Omar (2018), mendapati tidak terdapat perubahan atau penyesuaian fizikal yang dilakukan oleh pihak yang terlibat terhadap sumber bantuan pembelajaran untuk murid austistik di dalam kelas PPI. Penyusunan meja dan kerusi serta peralatan bilik darjah yang tidak konsisten seperti perabot atau alatan mungkin akan menghalang dan membahayakan

(7)

pergerakkan MBK yang turut akan mengurangkan penglibatan aktif mereka dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.

3.6 Permasalah jumlah murid dalam kelas pendidikan inklusif

Faktor halangan yang terakhir ialah keadaan kelas yang mempunyai jumlah murid yang ramai juga memberi cabaran kepada guru untuk mengajar di kelas pendidikan inklusif, ini berikutan guru perlu memberi tumpuan kepada murid aliran perdana yang ramai dan MBK pada satu masa yang sama. Jumlah murid yang ramai akan menyebabkan guru tidak dapat memberi perhatian kepada MBK secara individual dengan tempoh masa yang lebih lama mahupun untuk mengajar dengan menggunakan teknik pembelajaran tertentu atau khas bagi membimbing MBK. Menurut Torombe (2013) dalam Fathmath Nishan (2018) menyatakan bahawa kelas yang saiz besar iatu jumlah murid yang ramai akan menimbulkan kesukaran dan membebankan guru untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas secara individu. Oleh itu, jumlah murid di dalam bilik darjah aliran perdana perlu diperhatian sebelum menempatkan MBK.

4. Cadangan Pada Masa Hadapan

Langkah untuk mengatasi halangan yang dihadapi oleh guru aliran perdana adalah sangat penting bagi memastikan permasalahan ini dapat diatasi pada masa hadapan. Antara langkah yang dicadangkan bagi mengatasi permasalahan ini seperti berikut:

Keberkesanan dalam melaksanakan PPI bukan sahaja tanggungjawab guru aliran perdana sahaja malah pihak PPKI di sekolah juga turut berperanan penting dalam meningkatkan kejayaan akademik MBK apabila mereka ditempatkan di aliran perdana. Pihak PPKI perlu mengadakan bengkel secara berkala untuk mendedahkan guru-guru aliran perdana berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pendidikan khas. Bengkel yang diadakan akan membantu para guru untuk lebih bersedia dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengendalikan MBK di aliran perdana

Selain itu, dalam bengkel yang dilaksanakan akan memudahkan guru aliran perdana dan guru pendidikan khas untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat yang menghadapi murid berkeperluan khas serta perkongsian bahan dan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan MBK. Menurut Siti Fatimah & Mustafa (2018) dalam kajiannya menyatakan di negara Barat, terdapat banyak kajian yang dijalankan menunjukkan guru aliran perdana sanggup untuk berkolaborasi atau berkerjasama dengan guru pendidikan khas untuk kejayaan pendidikan inklusif. Oleh itu, pihak PPKI juga perlu melaksanakan bimbingan dan pemantauan ke atas guru aliran perdana untuk sama-sama meningkatkan keberkesanan pendidikan inklusif serta melakukan perbincangan dalam meningkatkan pertimbangan professional terhadap murid berkeperluan khas.

Langkah yang seterusnya bagi membantu guru aliran dalam melaksanakan PPI ialah pihak sekolah juga perlu menganjurkan PLC bagi membantu memberi motivasi kepada guru untuk melaksanakan tugas mereka. Di dalam aktiviti PLC, perlu dilaksanakan aktiviti Peer Coaching and Mentoring antara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana yang mengajar PPI. Guru- guru ini juga membentuk kumpulan sokongan kecil untuk berkongsi masalah dan perbincangan dalam melaksanakan program pendidikan inklusif. Bimbingan dan dorongan dari guru pendidikan khas akan membantu guru aliran perdana yang mengajar PPI untuk lebih bersedia dan menerima kehadiran murid berkeperluan khas serta ia juga dapat meningakatkan kualiti guru semasa pembelajaran dan pembelajaran di jalankan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bull-Holmberg dan Jeyaprathaban (2016) dalam Manimeegalai (2018b) menyatakan

(8)

sokongan yang padu antara guru aliran perdana dan guru pendidikan khas penting dan ia merupakan satu kaedah yang hoslistik kerana memberi pengajaran yang berkesan dalam konteks keselesaan.

Cadangan yang seterusnya ialah kemudahan bilik darjah dan infrastruktur perlu disediakan dengan lebih sistematik oleh pihak sekolah sebelum menerima kehadiran MBK di aliran perdana. Persediaan ini adalah penting bagi membantu guru melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan lebih lancar. Kemudahan seperti susun atur perabot dan bilik darjah yang di ubah suai dan penyediaan susur landau atau ramp serta susur tangga atau railing bagi yang MBK yang berkerusi roda dapat membantu mereka menyesuaikan diri di sekolah aliran perdana dengan lebih mudah. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), bagi menentukan keberkesanan pelaksanaan PPI kemudahan prasarana yang lengkap adalah penting di sekolah. Oleh itu, aspek fizikal dan peralatan perlu menepati keperluan dan menyokong pembelajaran MBK.

5. Kesimpulan

Secara konklusinya, program pendidikan inklusif merupakan satu medium yang dapat membantu melonjakkan prestasi akademik dan kokurikulum murid berkeperluan untuk agar mereka dapat membina masa depan yang lebih baik dan tidak ketinggalan dalam arus perkembangan sistem pembelajaran negara. Selain itu, warga pendidik perlu lebih bersiap sedia untuk menerima perubahan dan cabaran di dalam sistem pendidikan yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa, ini kerana melalui PPI murid keperluan khas akan lebih berpeluang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan meningkatkan tahap kemampuan mereka. Pihak sekolah dan guru-guru perlu lebih peka dan sedar untuk membantu menjayakan program yang diimplimentasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini.

Rujukan

Anizam Mohamed Yusof, Manisah Mohd Ali & Norhayati Mohd Noor. (2020).

Penerapan KemahiranKebolehgajian Terhadap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.

Journal Secara Talian Penyampaian TVET, 5 (1), 36-42.

Fathmath Nishan. (2018). Challenges Of Regular Teachers In Implementing Inclusive Education In Schools Of Maldives. International Journal of Education, Psychology and Counseling Vol 3 (10), 88-102.

Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin. (2021). Pelaksanaan Pedagogi Inklusif bagi Murid Berkeperluan khas Masalah Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 6 (2), 197-210.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019).

https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/ppi/konsep-program. 25. 5. 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Buku Panduan Pengoperasian Program Pendidikan Khas Intergrasi. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Iklusif. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

(9)

Manimeegalai Govindasamy. (2018). Persepsi Terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) Oleh Guru Aliran Perdana Dan Guru Pendidikan Khas Di Daerah Seberang Perai Tengah, Jurnal Paradigma. Vol (17), 172-89.

Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2015. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke 6.

Surat Persekeliling Ikhtisas, Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020.

Putrajaya: Jabatan Pendidikan Malaysia.

Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid- Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. file:///C:/Users/user/Downloads/PPIbagiMBK- saifulazam%20(3).pdf 21 Jun 2021.

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru dalam Program Pendidikan Inklusif di Sekolah. Asian People Journal. Vol 1(2), 243-263.

Siti Rubiyani & Abd Aziz Sulaiman. (2018). Implementation of Inclusive Education Programme for Special Education Need Students with Learning Disabilities in Malaysia. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 1(14), 85-95.

Zalizan Mohd Jelas. (2012). Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep &

Amalan, 109-138. Bangi: Universiti

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jadual 5.0 menunjukkan dapatan kajian mengenai persepsi Kepimpinan Pendidikan dan Guru- guru terhadap komponen Sosialisasi-Patriotism pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam

Kajian ilmiah mengenai pendekatan ini dapat diaplikasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) khususnya dalam hasrat memurnikan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kompetensi khusus Pensyarah PLTV (Teknologi Pembinaan, Kejuruteraan Awam), Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan

Antara manuskrip Melayu berkaitan bidang pendidikan Islam yang banyak ditemui dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia ialah manuskrip

Oleh yang demikian, fokus kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang aras kualiti buku teks Bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh

Pendidikan Pembangunan Lestari (Education for Sustainable Development -ESD) mula dilaksanakan secara formal dalam sistem persekolahan di Malaysia pada tahun 2001 menerusi

Hasil kajian ini telah mendapati bahawa guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 di sekolah menengah daerah Ulu Kinta, Perak Malaysia mempunyai

Oleh itu penulis memilih tiga model untuk dibincangkan dalam penulisan ini kerana ia sering digunakan dalam penilaian kurikulum dalam konteks pendidikan di Malaysia iaitu