• Tiada Hasil Ditemukan

View of Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap PdP atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap PdP atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap PdP atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19

(Special Education Teachers' Perceptions of Online PdP During the Covid-19 Pandemic)

Nurliana Hassan1*, Rosadah Abd Majid2

1 Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Negeri Sembilan

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

*Pengarang Koresponden: lianahassan86@gmail.com Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.20

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kehadiran pandemik Covid-19 ini telah menjadikan kaedah PdP atas talian sebagai satu pendidikan norma baharu yang menuntut semua guru di Malaysia melaksanakannya bagi memastikan murid dapat menerima pengajaran yang telah disampaikan. Kebanyakkan langkah-langkah yang diambil untuk kesinambungan pendidikan ditujukan kepada pendidikan arus perdana, sedangkan ramai murid berkeperluan khas mempunyai kesukaran ketika mengikuti kaedah PdP atas talian semasa tempoh pandemik ini disebabkan oleh ketidakupayaan diri mereka. Reka bentuk kajian ialah kaedah tinjauan berbentuk (survey) dan deskriptif. Seramai 108 orang yang dipilih melalui persampelan rawak mudah terdiri daripada guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah di Negeri Sembilan sebagai responden di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lain dan mengandungi empat bahagian dengan menggunakan Skala Likert. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru pendidikan khas (min=3.68) terhadap PdP atas talian, tahap kesediaan guru pendidikan khas (min=3.74) terhadap PdP atas talian dan cabaran yang dihadapi guru pendidikan khas (min=3.81) berada pada tahap tinggi.

Majoriti guru-guru pendidikan khas mempunyai sikap yang positif dan tahap kesediaan yang tinggi ketika mengaplikasikan PdP atas talian. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas ketika melaksanakan PdP atas talian. Baik guru-guru, murid berkeperluan khas dan ibu bapa, semuanya tidak mempunyai pengalaman yang cukup ketika melaksanakan PdP atas talian.

Kata kunci: PdP atas talian, murid bermasalah pembelajaran, pandemik covid-19

Abstract: The presence of the Covid-19 pandemic has made the online learning method a new norm of education that requires all teachers in Malaysia to implement it to ensure that students can receive the lessons that have been delivered. Most of the measures taken for educational continuity are aimed at mainstream education, while many students with special needs have difficulties when following online learning methods during this pandemic period due to their own disability. The design of the study is a descriptive and survey method. A total of 108 people selected through simple random sampling consisted of Special Education Integration Program Teachers of primary schools in Negeri Sembilan as respondents in this study. The instrument used was a questionnaire adapted from another study and contained four sections using the Likert Scale. The findings showed that the attitude of special education teachers (mean = 3.68) towards online learning, the level of readiness of special education teachers (mean = 3.74)

(2)

towards online learning and the challenges faced by special education teachers (mean = 3.81) were at a high level. The majority of special education teachers have a positive attitude and a high level of readiness when applying online learning. There are various challenges faced by special education teachers when implementing online learning. Both teachers, students with special needs and parents, all do not have enough experience when implementing PdP online.

Keywords: online learning, students with learning difficulties, covid-19 pandemic

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Covid-19 yang berlaku telah mengubah sistem penyampaian pendidikan di negara kita, di mana proses pembelajaran terganggu setelah institusi pendidikan seperti sekolah, universiti dan perkhidmatan pendidikan swasta ke arah penutupan dan juga menghentikan operasi (Mohd Norazmi 2020). Murid yang terlibat sekarang tidak dapat meneruskan proses pembelajaran seperti biasa di bilik darjah dan memerlukan pembelajaran jarak jauh (Abdul Halim 2020; M Suliani, D Juniati & F Ulfah 2021; Kim & Fienup 2021). Pelaksanaan PdP atas talian sudah menjadi suatu keputusan yang terbaik bagi menghindari dan mengelakkan kebolehjangkitan penyakit berjangkit ini. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi penerangan yang jelas berkaitan sesi persekolahan yang akan diadakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberikan pengalaman baharu kepada semua termasuklah murid berkeperluan khas dalam merealisasikan PdP atas talian.

Pelaksanaan penggunaan pembelajaran atas talian dengan berkesan adalah menjadi satu cabaran kepada guru-guru di dalam Malaysia (Hasliza, Siti Munira & Zarina 2016; Siti Nurbaizura & Nurfaradilla 2020). Perubahan pelaksanaan kaedah PdP atas talian ini perlu dikaji lebih lanjut bagi memahami respon guru pendidikan khas khususnya bagaimana mereka mengaplikasikan kaedah pembelajaran ini dan adakah pengajaran berasaskan teknologi ini dapat memenuhi keperluan murid berkeperluan khas. Disebabkan oleh ketidakupayaan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas, keadaan ini pasti menimbulkan kesukaran terhadap mereka ketika mengikuti kaedah PdP atas talian.

Terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas untuk meneruskan proses pembelajaran sepanjang hayat di dalam pelaksanaan PdP atas talian kepada mereka (Burgess & Henrik 2020). Antara kekangan yang dimaksudkan adalah kesediaan pelbagai pihak untuk menerima situasi PdP atas talian ini. (Hasliza, Siti Munira & Zarina 2016). Baik MBK, guru dan ibu bapa, semuanya tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam menjalankan proses pembelajaran jarak jauh kepada anak-anak, lebih-lebih lagi mereka adalah murid berkeperluan khas (Athir 2020; Iqbal, Kasa & Don 2020). PdP atas talian sudah lama dilaksanakan namun beberapa isu berkaitan guru pendidikan khas dan murid berkeperluan khas kurang dibincangkan dengan terperinci di dalam kajian-kajian lepas.

(3)

Kerangka Konseptual

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian (Adaptasi daripada Davis, 1989)

Pengkaji telah membentuk suatu kerangka konsep berdasarkan Teori Connectivisme dan Technology Acceptance Model (TAM) yang menunjukkan gambaran keseluruhan kajian.

Menurut Siemens (2008), connectivisme adalah teori pembelajaran yang terdiri daripada rangkaian yang berlainan bagi menghubungkan ratusan rangkaian untuk memudahkan pembelajaran segerak dan tidak segerak (Dunaway 2011). Siemens (2008) mencadangkan bahawa pembelajaran moden berlaku melalui hubungan rangkaian ketika individu membuat perkongsian pendapat, pengetahuan, perspektif dan kepakaran mereka ketika melaksanakan PdP atas talian atau maya (Kropf 2013). Tidak syak lagi bahawa PdP atas talian adalah tindak balas teknologi langsung terhadap budaya, kaedah dan inspirasi pembelajaran yang berbeza.

Model TAM mengkonsepkan cara individu menerima dan mengaplikasikan teknologi baharu.

Menurut Al- Frahait, Joy, Masa’deh & Sinclair (2020) model ini diperluas dengan menambahkan pemboleh ubah luaran untuk memahami penentu penerimaan teknologi PdP atas talian yang akan dinilai dan memahami aspek yang berkaitan dengan tingkah laku. Semua guru termasuk guru pendidikan khas harus menyesuaikan diri sewaktu pandemik ini dan bersedia mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat komunikasi (ICT) sebagai platform PdP atas talian dan boleh diteruskan kepada murid berkeperluan khas di Program Pendidikan Khas Integrasi. Oleh itu mengkaji persepsi guru terhadap PdP atas talian kepada murid berkeperluan khas sewaktu pandemik Covid-19 adalah penting walapun belum bersedia dari segi teknikal dan pengurusan secara sistematik.

2. Tinjauan Literatur

Persepsi Guru

Di dalam kajian Rahayu & Wirza (2020) menunjukkan persepsi positif terhadap kegunaan dan kemudahan penggunaan sistem atas talian sewaktu pandemik Covid-19. Namun, lebih daripada separuh guru tidak bersetuju mengenai keberkesanan PdP atas talian sewaktu pandemik Covid- 19. Mereka berpendapat bahawa sistem PdP atas talian kurang berkesan kerana kurangnya kualiti komunikasi dan interaksi antara guru dan murid. Pendapat ini bertentangan dengan Giovannella (2020) di dalam Rahayu & Wirza (2020) yang melakukan kajian di dalam sistem sekolah Itali bagi melihat persepsi guru dalam menjalankan PdP atas talian selepas bermulanya wabak Covid-19. Beliau mendapati bahawa guru mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan teknologi. Pembangunan profesional guru dalam kemahiran digital diperlukan untuk mempersiapkan diri untuk aktiviti pengajaran di masa hadapan.

Faktor Luaran

1) Pengalaman Guru Dalam mengaplikasikan

penggunaan ICT

Sikap Guru Tahap Kesediaan

Cabaran Guru

Melaksanakan PdP atas Talian untuk

Murid Berkeperluan Khas Teori Connectivisme

Persepsi Guru

(4)

Hasil tinjauan 15,438 guru Cina di dalam kajian Yang (2020) menunjukkan bahawa majoriti guru menyokong program PdP atas talian sebagai inisiatif pencegahan dan kawalan wabak.

Responden percaya bahawa PdP atas talian adalah kondusif bagi meningkatkan literasi maklumat di antara guru dan murid. Kajian ini disokong oleh kajian Priyadarshani & Jesuiya (2021) yang menyatakan guru mempunyai pemikiran positif mengenai PdP atas talian.

Walaupun begitu, beberapa aspek perlu dijaga agar berjaya diperkenalkan di negara seperti Sri Lanka. Ini melibatkan peningkatan infrastruktur, meningkatkan akses Internet, memperluas kawasan luar bandar dan mengubah sikap guru.

PdP atas talian

PdP atas talian telah wujud beberapa tahun yang lalu (Foo, Cheung & Chu 2021) dan banyak kajian telah menyatakan ia adalah sebagai kaedah pengajaran pilihan untuk masa depan kerana murid diberi lebih banyak fleksibiliti (Shah 2016; Ruiz, Mintzer & Leipzig 2006) di dalam menguruskan pembelajaran mereka. Kejayaan pendidikan atas talian bergantung pada faktor- faktor termasuk sambungan internet yang baik, perisian pembelajaran, kemahiran digital, ketersediaan dan akses kepada teknologi. Platform pendidikan atas talian adalah alat penting yang menyokong pendidikan inklusif dan pembelajaran atas talian.

Definisi PdP atas talian sewaktu pandemik Covid-19 ialah guru dan murid tidak pergi ke sekolah tetapi mereka mengajar dan belajar dari rumah menggunakan teknologi. Teknologi itu boleh digunakan seperti telefon pintar, komputer riba, i-pad dan tablet. Banyak platform ditawarkan untuk pembelajaran atas talian yang dapat disatukan dengan teknologi seperti Whatsapp, Google Classroom, Zoom dan lain-lain lagi (Hatchett, Mecher & Lipsitch 2007), dalam tinjauan bukunya mengenai strategi belajar, menyebut beberapa kelebihan dalam talian pembelajaran: fleksibiliti berkaitan masa dan tempat; murid diberi peluang menggunakan forum perbincangan; dapat mengurangkan rasa takut bercakap dengan murid lain;

memotivasikan murid untuk berinteraksi dengan rakan yang lain; mengambil kira perbezaan murid masing-masing; dan membenarkan setiap murid belajar mengikut kadar dan kelajuannya sendiri sama ada lambat atau cepat.

Penerimaan Murid Berkeperluan Khas

Sama seperti murid lain, PdP atas talian ini menimbulkan cabaran kepada murid berkeperluan khas (Ziadat 2021). Kajian terdahulu (Olugu, 2020; Atanga, Jones, Krueger & Lu 2019; Devi

& Sarkar 2019) menyatakan bahawa penggunaan teknologi ICT adalah penyelesaian yang dapat memberi sokongan kepada murid berkeperluan khas yang menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan. Satu kajian tinjauan menunjukkan bahawa penggunaan teknologi ICT dapat memajukan PdP atas talian tetapi beberapa peserta dalam kajian Ziadat (2021) yang terdiri daripada murid disleksia mendakwa bahawa aksebiliti untuk PdP atas talian jarang dilakukan dan oleh itu mereka perlu meningkatkan akses mereka. Menurut kajian Kumar, Ravi

& Srivatsa (2011) yang dilakukan terhadap murid berkeperluan khas didapati bahawa kemasukan standard kebolehaksesan adalah lemah bagi murid ini di kebanyakan platform PdP atas talian. Terdapat kekurangan kajian bagi menangani PdP atas talian untuk golongan ini dan terdapat sedikit kajian mengenai penilaian PdP atas talian bagi murid berkeperluan khas (Cinquin, Guitton & Sauzéon 2019).

3. Metodologi Kajian

Rekabentuk kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan berbentuk (survey) dan deskriptif. Kajian berbentuk deskriptif amat berguna untuk mendapatkan penilaian

(5)

mengenai pandangan, keterangan tentang demografi, prosedur dan keadaan semasa yang terdapat dalam bidang pendidikan (Gay 1992). Penggunaan soal selidik di dalam kajian kuantitatif biasanya akan menggunakan populasi dan sampel kajian. Pengkaji memilih sampel seramai 108 orang guru berpandukan Jadual Sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang dipilih secara rawak dari Negeri Sembilan sebagai responden dalam kajian ini.

Kaedah Pengumpulan Data/ Instrumen

Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden dengan menggunakan Google Forms bagi mendapatkan maklumbalas yang diperlukan di dalam kajian ini. Soal selidik diadaptasi daripada kajian Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla (2020) dan Lapada et al. (2020).

Beberapa pengubahsuaian item telah diringkaskan, digugurkan dan diubahsuai terhadap soal selidik ini dengan merujuk kepada kesesuaian item soalan yang akan dikemukakan kepada guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah. Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang mengandungi empat bahagian telah disediakan. Bahagian A meliputi maklumat umum latar belakang responden. Instrumen kajian bahagian B, C dan D disusun dengan menggunakan item Skala Likert 5 tahap dengan skala 1 mewakili ‘Sangat Tidak Setuju (STS)’, skala 2 mewakili ‘Tidak Setuju (TS)’, skala 3 mewakili ‘Kurang Setuju (KS)’, skala 4 mewakili ‘Setuju (S)’ dan skala 5 mewakili ‘Sangat Setuju (SS)’. Skala Likert merupakan skala yang digunakan untuk mengukur persepsi, sikap atau pendapat seseorang atau sesuatu kumpulan mengenai sebuah peristiwa atau fenomena sosial, berdasarkan definisi operasional yang telah ditetapkan oleh penyelidik (Sugiyono 2009).

Pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap 35 orang guru dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah dalam daerah Seremban bagi menentukan nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini. Kajian rintis yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan nilai pekali Alfa-croanbach (ɑ) (Ghazali 2005). Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Nilai keseluruhan Cronbach alpha yang diperoleh adalah 0.907 yang menunjukkan bahawa soal selidik boleh digunakan untuk kajian ini.

Analisis Data

Dalam kajian ini, soal selidik akan dianalis dengan menggunakan perisian Statitiscal Pacakage for Social Science (SPSS) Version 26.0 for Windows yang akan menggunakan frekuensi, min dan sisihan piawai untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan sikap guru pendidikan khas, tahap kesediaan guru pendidikan khas dan cabaran guru pendidikan khas terhadap PdP atas talian sewaktu Pandemik Covid-19. Bagi mengetahui tahap nilai min bagi tiap-tiap pemboleh ubah yang dikaji, pengkaji mengkategorikan dan menginterpretasikan skor purata min ke dalam lima tahap berdasarkan sumber Fox & Fisher (2007) seperti Jadual 1 dibawah:

Jadual 1: Interprestasi Skor Purata Min

Julat Tahap Skor Min

1.00-1.80 Sangat Rendah

1.81-2.60 Rendah

2.61-3.40 Sederhana

3.41-4.20 Tinggi

4.21-5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Fox & Fisher (2007)

(6)

4. Dapatan Kajian Dan Perbincangan Demografi Responden

Jadual 2: Latar belakang responden

Kriteria Kumpulan Dapatan Kajian

Frekuensi f) Peratusan (%)

Gender Lelaki 18 16.7

Perempuan 90 83.3

Umur 20-30 tahun 9 8.3

31-40 tahun 50 46.3

41-50 tahun 39 36.1

51 tahun ke atas 10 9.3

Taraf pencapaian akademik SPM / STPM 0 0

Sijil / Diploma Perguruan 2 1.9

Ijazah Sarjana Muda 95 88.0

Sarjana 11 10.2

PhD 0 0

Pengalaman Mengajar 1-5 tahun 11 10.2

6-10 tahun 24 22.2

11-15 tahun 41 38.0

16-20 tahun 12 11.1

21 tahun ke atas 20 18.5

Lokasi Sekolah Bandar 57 52.8

Luar Bandar 51 47.2

Jumlah Responden 108 100

Seramai 108 orang guru pendidikan khas yang mengajar di beberapa sekolah dalam Negeri Sembilan telah dipilih sebagai persampelan kajian. Latar belakang responden adalah berdasarkan soal selidik yang dijawab dan dinyatakan dalam Jadual 2. Dapatan menunjukkan seramai 18 orang guru lelaki (16.7%) dan 90 orang guru perempuan (83.3%) telah terlibat dalam kajian ini. Kebanyakkan guru iaitu seramai 50 orang (46.3%) adalah dalam lingkungan umur 31-40 tahun, diikuti dengan 39 orang (36.1%) berumur 41-50 tahun, 10 orang (9.3%) berumur 51 tahun ke atas, manakala yang selebihnya iaitu 9 orang (8.3%) berumur 20-30 tahun.

Dari segi taraf pencapaian akademik pula, 0 (0%) mempunyai kelulusan SPM / STPM, diikuti 2 (1.9%) berkelulusan Sijil / Diploma Perguruan, 95 (88%) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, 11 (10.2%) berkelulusan Sarjana dan 0 (0%) berkelulusan PhD. Tempoh pengalaman mengajar mereka di sekolah iaitu 1-5 tahun mengajar seramai 11 orang guru (10.2%), 6-10 tahun mengajar seramai 24 orang guru (22.2%), 11-15 tahun mengajar seramai 41 orang guru (38%), 16-20 tahun mengajar seramai 12 orang guru (11.1%) dan 21 tahun ke atas mengajar seramai 20 orang (18.5%). Lokasi sekolah turut diambil iaitu kawasan bandar sebanyak 57 buah sekolah (52.8%) dan kawasan luar bandar sebanyak 51 buah sekolah (47.2%).

Sikap Guru Pendidikan Khas terhadap PdP atas talian

Jadual 3: Sikap Guru Pendidikan Khas

Pernyataan Frekuensi (Peratusan %) Min Sisihan

Piawai

Tahap

STS TS KS S SS

1. PdP atas talian mudah untuk dimuridi.

5 (4.6)

14 (13.0)

48 (44.4)

34 (31.5)

7 (6.5)

3.23 0.83 Sederhana

2. PdP atas talian mudah untuk diakses.

4 (3.7)

13 (12.0)

49 (45.4)

34 (31.5)

8 (7.4)

3.29 0.81 Sederhana

3. PdP atas talian memudahkan saya mengemas kini pengajaran dari masa ke masa.

2 (1.9)

6 (5.6)

45 (41.7)

46 (42.6)

9 (8.3)

3.51 0.72 Tinggi

(7)

4. PdP atas talian memudahkan saya menghantar tugasan kepada murid.

0 (0.0)

10 (9.3)

34 (31.5)

50 (46.3)

14 (13.0)

3.64 0.78 Tinggi

5. PdP atas talian memudahkan saya menilai hasil kerja murid- murid.

4 (3.7)

14 (13.0)

50 (46.3)

33 (30.6)

7 (6.5)

3.24 0.85 Sederhana

6. PdP atas talian boleh meningkatkan pengetahuan saya.

0 (0.0)

5 (4.6)

13 (12.0)

64 (59.3)

26 (24.1)

4.09 0.60 Tinggi

7. PdP atas talian boleh meningkatkan kemahiran teknologi (ICT) saya.

1 (0.9)

0 (0.0)

6 (5.6)

55 (50.9)

46 (42.6)

4.44 0.55 Sangat Tinggi

8. PdP atas talian menjadikan saya guru yang kreatif dalam merancang kaedah pengajaran.

1 (0.9)

1 (0.9)

9 (8.3)

62 (57.4)

35 (32.4)

4.26 0.57 Sangat Tinggi

9. PdP atas talian memudahkan saya berkomunikasi dengan murid.

7 (6.5)

23 (21.3)

50 (46.3)

22 (20.4)

6 (5.6)

2.95 0.87 Sederhana

10. PdP atas talian boleh dijadikan sebagai pengganti kepada pembelajaran tradisional.

9 (8.3)

19 (17.6)

44 (40.7)

28 (25.9)

8 (7.4)

3.10 0.93 Sederhana

11. Saya bersedia menghadiri sebarang kursus kemahiran teknologi (ICT).

1 (0.9)

1 (0.9)

13 (12.0)

55 (50.9)

38 (35.2)

4.22 0.66 Sangat Tinggi

12. Saya menerima secara positif tanpa prasangka ketika melaksanakan PdP atas talian.

1 (0.9)

5 (4.6)

22 (20.4)

59 (54.6)

21 (19.4)

3.92 0.67 Tinggi

13. Saya menerima pelaksanaan PdP atas talian sebagai menambah baik sistem pendidikan sedia ada.

0 (0.0)

5 (4.6)

23 (21.3)

60 (55.6)

20 (18.5)

3.90 0.66 Tinggi

Jumlah Keseluruhan (n) = 108

Min Keseluruhan 3.68 0.41 Tinggi

Hasil kajian ini menunjukkan item yang ketujuh “PdP atas talian boleh meningkatkan kemahiran teknologi (ICT) saya” mencatatkan min berada pada tahap sangat tinggi (min=4.44;

SP=0.55). Manakala hasil kajian pada item kesembilan “PdP atas talian memudahkan saya berkomunikasi dengan murid” mencatatkan (min=2.95; SP=0.87) yang terendah pada tahap sederhana. Jadual 3 menunjukkan skor min secara keseluruhannya bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu bagaimanakah sikap guru pendidikan khas terhadap PdP atas talian adalah (min=3.68; SP=0.41), iaitu berada pada tahap tinggi. Berdasarkan dapatan kajian sikap guru pendidikan khas terhadap PdP atas talian menunjukkan majoriti responden mempunyai sikap yang positif terhadap PdP atas talian. Penemuan yang dilaporkan oleh Kisanga (2016) menunjukkan bahawa hanya 53% guru mempunyai sikap positif terhadap PdP atas talian manakala 47% mempunyai sikap negatif.

Ini turut dipersetujui dengan kajian Mohd Rustam, Najua, Muhammad &Chuzairy (2020) mengandaikan bahawa seorang guru yang mempunyai harga diri yang tinggi kemungkinan akan mengembangkan sikap positif terhadap PdP atas talian. Mereka menjelaskan bahawa kekurangan pengalaman dalam bekerja menggunakan pelbagai bantuan ICT dan kekurangan dalam menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian boleh menjadi beberapa pemboleh ubah yang dapat mempengaruhi sikap individu terhadap PdP atas talian. Mungkin jika seseorang mempunyai sikap positif terhadap pengajaran dalam talian boleh menyebabkan harga diri yang tinggi kerana Nwoye, Akpom dan Hwang (2019) menjelaskan bahawa sikap guru adalah ukuran sebenar perilaku dan intensiti adalah faktor yang mendorong seseorang dalam mengembangkan sikap positif atau sikap negatif (Chatterjee & Correia 2020).

Kajian Shafiq & Megat Aman (2021) menyatakan bahawa responden bersetuju bahawa PdP atas talian memberi kesan yang positif kepada guru-guru dimana mereka dapat menerima penggunaan teknologi ICT dan merasakan penggunaan teknologi yang baru diperkenalkan

(8)

adalah satu perkara yang mudah untuk dimuridi bagi membantu mereka dalam melaksanakan proses pengajaran dan PdP atas talian dengan berkesan. Ini menunjukkan majoriti daripada mereka dilihat sebagai kumpulan yang sangat terbuka dalam penerimaan teknologi terkini yang diperkenalkan.

Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Khas terhadap PdP atas talian

Jadual 4: Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Khas

Pernyataan Frekuensi (Peratusan %) Min Sisihan

Piawai

Tahap

STS TS KS S SS

14. Saya biasa menggunakan grafik atau animasi komputer semasa PdP atas talian dilaksanakan bagi menerangkan masalah- masalah tertentu.

2 (1.9)

7 (6.5)

30 (27.8)

58 (53.7)

11 (10.2)

3.71 0.71 Tinggi

15. Saya suka menggunakan youtube semasa PdP atas talian dilaksanakan.

0 (0.0)

1 (0.9)

15 (13.9)

60 (55.6)

32 (29.6)

4.15 0.62 Tinggi

16. Saya berkemahiran menggunakan powerpoint secara interaktif ketika PdP atas talian dilaksanakan.

0 (0.0)

3 (2.8)

21 (19.4)

63 (58.3)

21 (19.4)

3.96 0.58 Tinggi

17. Saya kerap melayari internet untuk mencari rujukan bagi melaksanakan PdP atas talian.

0 (0.0)

0 (0.0)

8 (7.4)

61 (56.5)

39 (36.1)

4.30 0.53 Sangat Tinggi

18. Saya berkemahiran menggunakan teknologi ICT untuk pengajaran yang lebih efektif.

1 (0.9)

3 (2.8)

28 (25.9)

60 (55.6)

16 (14.8)

3.83 0.62 Tinggi

19. Saya sering mengintegrasikan pelbagai penggunaan bahan multimedia ketika PdP atas talian dilaksanakan.

1 (0.9)

3 (2.8)

19 (17.6)

67 (62.0)

18 (16.7)

3.94 0.60 Tinggi

20. Saya berasa mudah untuk mengajar menggunakan aplikasi dalam talian semasa tempoh pandemik Covid-19.

4 (3.7)

10 (9.3)

38 (35.2)

47 (43.5)

9 (8.3)

3.41 0.81 Tinggi

21. Pelaksanaan PdP atas talian tidak mendatangkan masalah kepada saya.

2 (1.9)

19 (17.6)

39 (36.1)

41 (38.0)

7 (6.5)

3.25 0.87 Sederhana

22. PdP atas talian merupakan medium yang dapat menarik minat, motivasi serta kefahaman murid berkeperluan khas terhadap sesuatu topik.

4 (3.7)

13 (12.0)

40 (37.0)

42 (38.9)

9 (8.3)

3.33 0.89 Sederhana

23. Saya merasakan penggunaan teknologi ICT yang baru diperkenalkan adalah satu perkara yang mudah dimuridi semasa tempoh pandemik Covid-19.

2 (1.9)

9 (8.3)

34 (31.5)

47 (43.5)

16 (14.8)

3.56 0.88 Tinggi

24. Saya percaya penggunaan teknologi ICT menyebabkan murid-murid berminat ketika PdP atas talian dilaksanakan.

4 (3.7)

12 (11.1)

37 (34.3)

45 (41.7)

10 (9.3)

3.42 0.87 Tinggi

25. Saya bersedia melaksanakan PdP atas talian semasa tempoh pandemik Covid-19.

1 (0.9)

3 (2.8)

23 (21.3)

64 (59.3)

17 (15.7)

3.89 0.59 Tinggi

26. Saya bersedia menempuh cabaran dalam melaksanakan PdP atas talian.

1 (0.9)

4 (3.7)

16 (14.8)

70 (64.8)

17 (15.7)

3.91 0.59 Tinggi

Jumlah Keseluruhan (n) = 108

Min Keseluruhan 3.74 0.42 Tinggi

Jadual 4 menunjukkan skor min secara keseluruhannya bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu sejauh manakah kesediaan guru pendidikan khas terhadap PdP atas talian kepada murid berkeperluan khas sewaktu pandemik Covid-19 adalah (min=3.74; SP=0.42), iaitu berada pada tahap tinggi. Perkara ini terbukti kerana guru-guru kerap melayari internet untuk

(9)

mencari rujukan bagi melaksanakan PdP atas talian (min 4.30), guru-guru suka menggunakan youtube semasa PdP atas talian dilaksanakan (min 4.15) dan guru-guru berkemahiran menggunakan powerpoint secara interaktif ketika PdP atas talian dilaksanakan (min 3.96).

Namun begitu, terdapat dua item yang mencatatkan min yang agak rendah iaitu PdP atas talian merupakan medium yang dapat menarik minat, motivasi serta kefahaman murid berkeperluan khas terhadap sesuatu topik (min 3.33) dan pelaksanaan PdP atas talian tidak mendatangkan masalah kepada saya (min 3.25).

Dapatan menunjukkan majoriti guru pendidikan khas mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap PdP atas talian sewaktu Pandemik Covid-19. Di dalam kajian Hermanto (2020) menyatakan lebih daripada separuh responden tidak menghadapi masalah dalam pelaksanaan PdP atas talian dan mereka berpuas hati dengannya. Mereka juga menyatakan mereka telah bersedia bagi melaksanakan PdP atas talian secara total walaupun jika pandemik Covid-19 berakhir nanti. Para guru di Filipina memberi respons bahawa mereka bersedia menggunakan pengajaran dan PdP atas talian ketika berlakunya pandemik Covid-19 (Lapada et al. 2020).

Hasil kedua-dua kajian menyatakan bahawa para guru menjalankan proses PdP atas talian dengan menggunakan pelbagai jenis platform yang disediakan oleh institusi mereka bagi memastikan PdP atas talian terus berjalan semasa tempoh Pandemik Covid-19.

Kajian oleh Onyema et al. (2020) bertentangan dengan hasil kajian pengkaji. Kajian ini menyatakan realiti penerimaan pembelajaran dari rumah boleh menjadi sangat mencabar bagi tenaga pengajar, murid dan ibu bapa terutama yang berada di negara membangun di mana aksesibiliti, ketersediaan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak meluas. Selain daripada kos mengakses PdP atas talian, banyak faktor lain seperti masalah rangkaian, bekalan kuasa yang lemah, gangguan, kemahiran digital yang lemah, masalah aksesibiliti dan ketersediaan juga dapat menyebabkan cabaran belajar dari rumah. Disebabkan kekangan akses teknologi yang tidak setara di kebanyakkan negara lain, penutupan sekolah yang berpanjangan menyebabkan masalah akses kepada jutaan murid di dalam bidang pendidikan terutama di negara-negara dunia ketiga, kawasan luar bandar dan golongan berkeperluan khas.

Cabaran yang Dihadapi Guru Pendidikan Khas ketika Melaksanakan PdP atas talian

Jadual 5: Cabaran yang dihadapi Guru Pendidikan Khas

Pernyataan Frekuensi (Peratusan %) Min Sisihan

Piawai

Tahap

STS TS KS S SS

1. Saya mempunyai kemahiran yang terhad ketika mengaplikasikan PdP atas talian.

7 (6.5)

16 (14.8)

27 (25.0)

56 (51.9)

2 (1.9)

3.31 0.94 Sederhana

2. Saya mempunyai cabaran dalam penggunaan pelbagai peranti seperti telefon bimbit atau komputer riba.

7 (6.5)

19 (17.6)

37 (34.3)

39 (36.1)

6 (5.6)

3.17 1.00 Sederhana

3. Saya mempunyai cabaran akses internet yang stabil.

4 (3.7)

14 (13.0)

26 (24.1)

45 (41.7)

19 (17.6)

3.55 1.05 Tinggi

4. Kekangan masa tidak menghalang saya melaksanakan PdP atas talian

4 (3.7)

9 (8.3)

30 (27.8)

57 (52.8)

8 (7.4)

3.52 0.89 Tinggi

5. Saya berasa lebih selesa dengan PdP secara bersemuka.

1 (0.9)

3 (2.8)

5 (4.6)

34 (31.5)

65 (60.2)

4.47 0.79 Sangat Tinggi 6. Saya tidak mempunyai masalah

mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat komunikasi (ICT) sebagai platform PdP dalam talian kepada murid berkeperluan khas.

3 (2.8)

8 (7.4)

33 (30.6)

53 (49.1)

11 (10.2)

3.58 0.89 Tinggi

(10)

7. Murid berkeperluan khas mempunyai cabaran dalam penggunaan pelbagai peranti seperti telefon bimbit atau komputer riba.

2 (1.9)

2 (1.9)

7 (6.5)

48 (44.4)

49 (45.4)

4.31 0.77 Sangat Tinggi

8. Murid berkeperluan khas mempunyai cabaran akses internet yang stabil.

6 (5.6)

5 (4.6)

13 (12.0)

46 (42.6)

38 (35.2)

3.99 1.05 Tinggi

9. Saya berasa sukar mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid-murid.

2 (1.9)

0 (0.0)

17 (15.7)

54 (50.0)

35 (32.4)

4.13 0.75 Tinggi

10. Saya merasakan cabaran dalam mewujudkan jaringan komunikasi antara pihak berkepentingan seperti ibu bapa untuk mendapatkan sokongan di rumah.

0 (0.0)

2 (1.9)

14 (13.0)

62 (57.4)

30 (27.8)

4.12 0.67 Tinggi

Jumlah Keseluruhan (n) = 108

Min Keseluruhan 3.81 0.40 Tinggi

Hasil kajian di Jadual 5 ini menunjukkan item yang ketiga puluh satu “Saya berasa lebih selesa dengan PdP secara bersemuka” mencatatkan min berada pada tahap sangat tinggi (min=4.47;

SP=0.79). Manakala hasil kajian pada item kedua puluh lapan “Saya mempunyai cabaran dalam penggunaan pelbagai peranti seperti telefon bimbit atau komputer riba” mencatatkan (min=3.17; SP=1.00) yang terendah pada tahap sederhana. Skor min secara keseluruhannya bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu cabaran yang dihadapi guru pendidikan khas adalah (min=3.81; SP=0.40), iaitu berada pada tahap tinggi.

Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru pendidikan khas merasakan satu cabaran ketika melaksanakan PdP atas talian sewaktu Pandemik Covid-19. Dapatan ini disokong oleh Lapada et. al (2020) yang menyatakan murid dan guru telah selesa dengan sesi pengajaran bersemuka dan mempunyai masalah untuk menerima sesuatu perubahan yang baharu. Di Malaysia juga guru-guru lebih selesa dengan kaedah pengajaran yang selama ini dikendalikan secara bersemuka yakni satu tradisi yang diterima pakai di dalam kelas berbanding PdP atas talian.

Namun, disebabkan norma baharu, kebanyakkan guru harus mengharungi segala perubahan dan sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran walapun terdapat batasan masa ketika menghabiskan sukatan muridan termasuk dibebani dengan tugasan lain tetapi berjaya memperoleh kejayaan terhadap pembaharuan tersebut (Wardyawaty & Mohd Isa 2020).

Terdapat kekurangan kajian mengenai penilaian PdP atas talian dan cara menangani situasi ini bagi murid berkeperluan khas (Cinquin, Guitton & Sauzéon 2019). Ketidakupayaan intelektual pada kanak-kanak menyebabkan kesukaran belajar, masalah sosial dan kemerosotan kemahiran motor serta mempengaruhi kemampuan mereka untuk berjaya dalam kehidupan seharian. Ini memberi kesan negatif terhadap kemampuan murid berkeperluan khas untuk belajar secara dalam talian (Gluck 2014). Pandemik ini telah mendedahkan ketidaksamaan digital yang berterusan kepada murid berkeperluan khas. Ramai murid berkeperluan khas tidak terdedah kepada teknologi ini kerana sebelum tempoh pandemik ini berlaku, sekolah-sekolah tidak menganggap pembelajaran secara dalam talian adalah sesuatu yang relevan (Samboma 2021).

5. Kesimpulan

Hasil kajian ini dapat mendedahkan penemuan baharu tentang persepsi guru pendidikan khas terhadap PdP atas talian bagi murid berkeperluan khas sewaktu Covid-19. Berdasarkan model TAM, dapat disimpulkan bahawa penggunaan teknologi PdP atas talian mampu mengubah kaedah PdP guru pendidikan khas semasa pandemik. Semua guru, termasuk guru pendidikan khas, harus menyesuaikan diri semasa pandemik ini dan bersedia menggunakan teknologi

(11)

maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai platform PdP dalam talian yang boleh disampaikan kepada murid berkeperluan khas dalam pelan integrasi pendidikan khas. Menerima PdP atas talian bukan mudah untuk dilaksanakan terutama bagi murid berkeperluan khas walaupun dilihat berpotensi untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pergantungan sepenuhnya terhadap PdP atas talian ini perlu dinilai sewajarnya agar semua golongan dalam sistem pendidikan mendapat manfaat yang sama, sekali gus mengurangkan jurang pengetahuan antara murid tipikal dan murid berkeperluan khas. Penyelidikan ini juga diharap dapat dijadikan asas kepada pengkaji lain untuk menjalankan kajian PdP atas talian bagi murid berkeperluan khas mengikut kategori ketidakupayan yang lain.

Rujukan

Abdul Halim Abdullah. 2020. COVID-19 Buka Mata Warga Pendidik, Pelajar.

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/670374/covid-19-buka- mata-warga-pendidik-pelajar (10 Mei 2021)

Al-Frahait, D., Joy, M., Masa’deh, R., & Sinclair, J. 2020. Evaluating e-learning systems success: An empirical study. Computers in Human Behavior, 102: 67–86.

https://doi.org/10.1016/j.chb.2019.08.004

Alvarez-Guerrero, G., Lopez de Aguileta, A., Racionero-Plaza, S. & Flores-Moncada, L.G.

2021. Beyond the School Walls: Keeping Interactive Learning Environments Alive in Confinement for Students in Special Education. Frontiers in Psychology, 12 (662646):

1-11.

Atanga,C., Jones,B.A., Krueger,L.E., & Lu,S. 2019. Teachers of students with learning disabilities: Assistive technology knowledge, perceptions, interests, and barriers.

Journal of Special Education Technology, 35(4): 236-248.

Athir, I. 2020. PKP: Cabaran Guru Mengajar Di Alam Maya.

https://suaramerdeka.com.my/pkp-cabaran-guru-mengajar-di-alam-maya/ (30 Mei 2021)

Burgess, S. & Henrik, H. Sievertsen. 2020. Schools, Skills, And Learning: The Impact of COVID-19 On Education. https://voxeu.org/article/impact-covid-19-education (15 Mei 2021)

Chatterjee, R., & Correia, A.P. 2020. Online Students’ Attitudes Toward Collaborative Learning and Sense of Community. American Journal of Distance Education, 34(1):

53-68.

Cinquin, P.A., Guitton, P. & Sauzéon, H. 2019. Online e-learning and cognitive disabilities: A systematic review. Computers & Education, 130(1): 152-167.

Devi,C.R., & Sarkar,R. 2019. Assistive Technology for educating Persons with Intellectual Disability. European Journal of Special Education Research, 4(3): 184-199.

Dorothy C. Kropf. 2013. Connectivism: 21st Century’s New Learning Theory. European Journal of Open, Distance and e-Learning, 16 (2): 13-24.

Foo, C., Cheung, B. & Chu, K. 2021. A Comparative Study Regarding Distance Learning and The Conventional Face to Face Approach Conducted Problem-Based Learning Tutorial During The COVID-19 Pandemic. BMC Medical Education, 21 (141): 1-6.

Gluck, S. 2014. Intellectual and Learning Disabilities in Children, Students. Healthy Place.

https://www.healthyplace.com/neurodevelopmental-disorders/intellectual-

disability/intellectual-and-learning-disabilities-in-children-students (20 Jun 2021) Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa. 2016. Cabaran yang Dihadapi

oleh Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di Bilik Darjah.

Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31: 115-129.

(12)

Hatchett, R.J., Mecher, C.E. & Lipsitch, M. 2007. Public Health Interventions and Epidemic Intensity during the 1918 Influenza Pandemic. Proceedings of the National Academy of Sciences, 104 (18): 7582-7587. DOI: 10.1073/pnas.0610941104

Hermanto. 2020. Teachers’ Attitude towards Online Learning during Covid-19 Pandemic in Indonesia. Indonesian Journal of Development Studies (IJDS). 1-7.

Iqbal, F., Kasa, M. D. B., & Don, Y. 2020. Speech Therapy and Self-awareness About Stuttering for Adults Who Are Stutters in Pakistan. Indonesian Journal of Cultural and Community Development, 5: 1-12.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2018. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

www.moe.gov.my (10 Mei 2021)

Kim, J.Y. & Fienup, D.M. 2021. Increasing Access to Online Learning for Students with Disabilities During the Covid-19 Pandemic. The Journal of Special Education: 1-9.

Kisanga, D.H. 2016. Determinants of Teachers’ Attitudes Towards E-Learning in Tanzanian Higher Learning Institutions. International Review of Research in Open and Distributed Learning, 17 (5): 109-125.

Lapada Aris Alea, Miguel Frosyl Fabrea, Robledo Dave Arthur Roldan & Alam Zeba Farooqi.

2020. Teachers’ Covid-19 awareness, distance learning education experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6): 127-144.

M Suliani, D Juniati & F Ulfah. 2021. Learning Mathemtics in Madrasah Aliyah Muhammadiyah 2 Banjarmasin During The Covid-19 Pandemic Era. Journal of Physics, 1747: 1-18.

Manzoor, A. 2020. Online Teaching and Challenges of COVID-19 for Inclusion of Persons with Disabilities in Higher Education. https://dailytimes.com.pk/595888/online- teaching-and-challenges-of-covid-19-for-inclusion-of-pwds-in-higher-education/ (5 June 2021)

Mohamad Idham Md Razak. 2020. Covid-19: Pembelajaran Atas Talian Suatu Keperluan Ke Arah Menuju Malaysia Maju. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19- pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496 (5 Jun 2021)

Mohd Norazmi Nordin. 2020. Effect Size for Model of the Influence of Headmasters Leadership on Teacher Task Load and Teacher Job Satisfaction of Special Education Integration Program. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24 (10):

2102-2112.

Mohd Rustam, Najua, Muhammad & Chuzairy. 2020. Student Teachers' Attitude and Self- esteem towards Online Learning: Application of Rasch Measurement Model. Universal Journal of Educational Research, 8(11C): 37-44.

Muhammad Syafiq Mansor & Megat Aman Zahiri Megat Zakaria. 2021. Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Google Classroom Semasa Proses Pdp Secara Dalam Talian Menggunakan Model Tam.

Nwoye, Y.D., Akpom, U.N., Hwang, J.K. 2019. Students Attitude and Perceptions towards Academic Dishonesty. Journal of Education & Social Policy, 6(1): 114-131.

Olugu, F. 2020. Availability and Utilization of Assistive Technology Devices for Improved Teaching and Learning Among Students With Learning Disabilities in Ohafia, Abia State. paper, 38. SSRN. https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3568523 Onyema, E.M., & Deborah, E. C. 2019. Potentials of Mobile Technologies in Enhancing the Effectiveness of Inquiry-based learning. International Journal of Education (IJE), 2(1), 1–25. https://doi.org/10.5121/IJE.2019.1421

(13)

Onyema, E.M., Eucheria, N.C., Obafemi, F. A., Sen, S., Atonye, F.G., Sharma, A. & Alsayed, A.O. 2020. Impact of Coronavirus Pandemic on Education. Journal of Education and Practice, 11: 108-121.

Priyadarshani, HDC & Jesuiya, D. 2021. Teacher’s Perception on Online Teaching Method during Covid-19: With Reference to School Level Teachers at Faculty of Education, The Open University of Sri Lanka. Shanlax International Journal of Education, 9 (2), 2021: 132-140.

Rahayu & Wirza. 2020. Teachers’ Perception of Online Learning during Pandemic Covid 19.

Jurnal Penelitian Pendidikan, 20(3): 392-406.

Ruiz JG, Mintzer MJ & Leipzig RM. 2006. The Impact of E-learning in Medical Education.

Acad Med, 81(3): 207-212. doi: 10.1097/00001888-200603000-00002. PMID:

16501260.

Samboma, T.A. 2021. Leaving No One Behind: Intellectual Disability During COVID-19 In Africa. International Social Work, 64 (2): 265-269.

Saravanan a/l P. Veeramuthu, Mohamad Luthfi & Jelani. 2021. Persepsi Pelajar Terhadap Kesan Pembelajaran Kesusteraan Melayu Secara Dalam Talian. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12: 58-71.

Shah D. Online Education: Should We Take It Seriously? Climacteric, 19(1): 3-6. doi:

10.3109/13697137.2015.1115314.

Siemens, G. 2005. Connectivism: A Learning Theory For The Digital Age. International Journal of Instructional Technology and Distance Learning, 2(1): 3-10.

Siti Nurbaizura Che Azizan dan Nurfaradilla Mohamad Nasri. 2020. Pandangan Guru terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui Pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa Tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11: 46-57.

Wardyawaty Rajikal & Mohd Isa Hamzah. 2020. Kajian Sistematik Pengajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI). Malaysian Online Journal of Education, 4(2): 103-113.

Xiaozhe Yang. 2020. Teachers’ Perceptions of Large-Scale Online Teaching as an Epidemic Prevention and Control Strategy in China. ECNU Review of Education 2020, 3(4): 739–

744.

Ziadat, A. H. 2021. Online Learning Effects on Students with Learning Disabilities: Parents’

Perspectives. Cypriot Journal of Educational Sciences, 16(2): 759-776.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitiatif dalam menjalankan kajian.Borang soal selidik telah dijadikan instrumen utama dalam

Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Data Social Science (SPSS) versi 22. Ujian korelasi telah digunakan untuk menganalisis hubungan

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen borang soal selidik yang telah diubahsuai berdasarkan kerangka kajian soal selidik Ang (2008) yang berkaitan dengan

Hal ini demikian, berkemungkinan terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk turut sama melaksanakan pembelajaran dalam talian (Yahaya et al. Kebelakangan ini,

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah Pensyarah IPGK PM mempunyai pandangan yang positif terhadap PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19 terutama

Selain borang soal selidik, kajian ini turut menggunakan temu bual sebagai instrumen yang dilengkapi dengan 6 soalan untuk mengetahui persepsi pelajar tentang

Justeru itu, instrumen soal selidik ini yang terdiri daripada 29 item adalah dipercayai dan sah digunakan dalam kajian akan datang untuk mengukur aspek kesediaan guru dalam

Rentetan pandemik wabak COVID-19, pelaksanaan PdP secara bersemuka telah ditukarkan kepada Pembelajaran dan Pengajaran Secara Dalam Talian (PdPDT) sepenuhnya kepada pelajar