• Tiada Hasil Ditemukan

HKN 307 - Kesusasteraan Nusantara I:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKN 307 - Kesusasteraan Nusantara I: "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperi ksaan Semester Pertama Sidang Akademik 20041 2005

Oktober 2004

HKN 307 - Kesusasteraan Nusantara I:

Aspek Teori dan Kritikan

Masa: 3jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab TlGA soalan.

...a-

(2)

- 2 - [HKN 3071

1. Huraikan latar belakang kepada pembentukan wacana kolonial tentang budayakastera Melayu pada abad ke-I 9. Dengan menggariskan kelemahan-kelemahan wacana tersebut, bincangkan kemunculan “naratif baru” tentang budayahastera Melayu pada pertengahan abad ke-20.

2. Colonial domination, because it was total, managed to disrupt in spectacular fashion the cultural life of the natives (Fanon).

Berdasarkan petikan di atas bincangkan kesan dominasi penjajah ke atas pemikiran dan budaya Melayu (dikenali sebagai hegemoni mental dan budaya) yang membawa kepada era “Pencerahan Timur“ dan pemodenan budaya Melayu.

3. “Epi-reading’’ atau “mimetic reading” mengikut Donoghue ialah:

“accepting the text as a mimetic or representational, seeing if as a window which presents us with the human world beyond ifs border”.

Bincangkan kelemahan bacaan tersebut ke atas karya historiografi Melayu. Dengan merujuk kepada pandangan Teeuw tentang sifat karya tersebut, huraikan kaedah-kaedah bacaan yang dianggap lebih wajar dengan sifat karya ini.

4. Huraikan kemunculan dan kepentingan teori Resepsi dalam perkembangan teori sastera Barat. Dengan contoh-contoh perlihatkan mengapa teori ini kurang sesuai untuk membaca sastera Melayu tradisionai dan huraikan bagaimana kelemahan teori ini dapat diatasi.

5. Sistem konvensi sastera menentukan kemungkinan pengenalan (identifikasi) dan pemberian makna pada karya-karya sastera. Dengan merujuk kepada ciri-ciri khas sastera moden, bincangkan mengapa penguasaan konvensi sastera masih belum menjamin ketrampilan susastera (literary competence) sehinggakan bacaan menjadi satu aktiviti yang penuh dengan risiko.

6. Penglibatan intelektual pascakolonial dengan isu-isu kolonialisme, kecenderungan untuk mencari alternatif kepada budaya dominan Barat, telah membawa kepada proses yang disebut sebagai “cultural decolonisation” atau secara khusus di dalam bidang sastera disebut sebagai “neo-traditionalism“. Bincangkan latar belakang kepada kemunculan fenomena ini. Dengan mengambil beberapa contoh daripada karya-karya Melayu atau Indonesia moden, perlihatkan kecenderungan- kecenderungan “neo-traditionalism” ini di kalangan penulis-penulis semasa.

-

000 0 000

-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Huraikan dengan merujuk contoh-contoh yang sesuai bagaimana globalisasi ekonomi telah membawa kepada penyeragaman budaya dan proses komodifikasi unsur-unsur budaya tempatan.

Bincangkan kedua-dua pendapat di bawah dalam konteks pencarian kaedah bacaan yang sesuai untuk teks sastera Melayu:.. [a] To give a text an author is to impose a limit on that

Dengan mengambil teks Sejarah Melayu atau Hikayat Hang Tuah sebagai contoh, bincangkan petikan di atas dalam konteks kritikan Ismail Hussein terhadap pendekatan Barat yang

Dengan merujuk kepada genre prosa dan puisi yang telah anda pelajari, bincangkan sejauhmana isu-isu penting yang terdapat dalam fahaman atau agenda itu berfungsi sebagai bahan

Dengan merujuk kepada ciri beberapa genre yang sesuai, bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan "realistic turn" dalam proses pemodenan sastera

Fokus penyelidikan beliau tertumpu kepada isu-isu berkaitan pertumbuhan semula bandar, morfologi bandar, landskap dan warisan budaya dengan penekanan terhadap pemeliharaan

Hal ini bertetapatan dengan isu kajian yang memberi penekanan kepada sosio budaya dan kuasa pemilik tanah adat terhadap cabaran untuk mempertahankan tanah adat dalam kalangan

Katanya, belia yang mempunyai kemahiran tinggi dan peka kepada isu-isu kelestarian amat penting untuk pembangunan masa hadapan negara dan menjadi asas kepada pembentukan komuniti