• Tiada Hasil Ditemukan

HIU 225 – Pendidikan Nilai-nilai Murni Dari Perspektif Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HIU 225 – Pendidikan Nilai-nilai Murni Dari Perspektif Islam "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004

Februari/March 2004

HIU 225 – Pendidikan Nilai-nilai Murni Dari Perspektif Islam

Masa: 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab Soalan No. 1 yang diwajibkan dan mana-mana TIGA soalan yang lain.

1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu menjadikan keturunan Bani Adam dari tulang belakang mereka dan Allah meminta kesaksian atas diri mereka: “Bukankah Aku ini Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Betul, kami menyaksikan…”

(Al-A‘raf: 172) Huraikan maksud ayat al-Quran di atas daripada sudut-sudut berikut:

[a] Definisi ilmu kerohanian Islam. [10 markah]

[b] Persoalan-persoalan tentang ruh yang dibincangkan di dalam ilmu kerohanian Islam.

[20 markah]

[c] Hubungan antara aqidah Tauhid dan kerohanian Islam serta kesan penghayatan sifat-sifat Allah dalam peribadi seorang manusia.

[70 markah]

…2/-

(2)

- 2 - [HIU 225]

2. Islam menganjurkan mujahadah untuk mendidik serta mengawal nafsu yang sering mendorong seseorang kepada melakukan perkara-perkara yang merosakkan individu dan masyarakat. Huraikan,

[a] Konsep mujahadah dan signifikannya dari aspek pembentukan peribadi.

[40 markah]

[b] Rukun-rukun mujahadah. [60 markah]

3. Tauhid dan syirik merupakan dua unsur yang saling bertentangan antara satu sama lain. Dalam konteks pembentukan peribadi yang luhur, bincangkan kedua-dua unsur tersebut dari sudut-sudut berikut:

[a] Nilai-nilai akhlak yang tumbuh dalam jiwa yang disinari cahaya tauhid dan penyakit-penyakit hati yang diakibatkan oleh serangan syirik.

[30 markah]

[b] Kepentingan ilmu, amalan dan pergaulan dalam proses pembersihan/rawatan hati.

[30 markah]

[c] Peranan ibadat-ibadat khusus sebagai metod merawat hati.

[40 markah]

4. Jiwa manusia sentiasa terdedah kepada suasana sekeliling yang memberikan kesan negatif seterusnya melahirkan pelbagai bentuk penyelewengan akhlak. Dalam ilmu kerohanian Islam telah diberi garis panduan tentang cara-cara mengatasinya. Bincangkan,

[a] Faktor-faktor penyelewengan akhlak. [50 markah]

[b] Cara-cara mengatasinya menurut Islam. [50 markah]

5. Muhasabah adalah salah satu metod yang disarankan di dalam ilmu kerohanian Islam untuk memperbaiki akhlak dan menilai diri.

Bincangkan muhasabah dari sudut-sudut berikut:

[a] Definisi akhlak. [10 markah]

[b] Kategori-kategori nafs serta peranan setiap satunya.

[30 markah]

[c] Cara-cara dan kepentingan muhasabah seperti yang disarankan dalam ilmu kerohanian Islam.

[60 markah]

…3/-

(3)

- 3 - [HIU 225]

6. Konsep kerohanian Islam tidak menggalakkan umatnya memisahkan diri daripada masyarakat sebaliknya menganjurkan suatu bentuk amalan kerohanian secara positif dan konstruktif. Berdasarkan pernyataan ini, huraikan,

[a] Konsep ihsan dan kesannya terhadap kehidupan bermasyarakat.

[50 markah]

[b] Dua dimensi taklif Ilahi dalam mekanisma pelaksanaan proses tazkiyah al-nafs sebagai usaha memantapkan keimanan kepada Allah dan jalan menuju al-falah.

[50 markah]

- ooo 0 ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perspektif guru-guru Pendidikan Islam j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan Islam Hadhari dari sudut konsepnya dan strategi

[a] Nilai-nilai akhlak yang tumbuh dalam jiwa yang disinari cahaya tauhid clan penyakit-penyakit hati yang diakibatkan oleh serangan syirik..

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada Pusat Da’wah Islamiah, Jabatan Sekolah-Sekolah dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran di Negara Brunei

Islam menganjurkan mujahadah al-nafs dan muhasabah al-nafs untuk mendidik serta mengawal nafsu yang sering mendorong seseorang kepada melakukan perkara-perkara yang

[b] Pendidikan akhlak dalam Islam mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep al-din.. Berdasarkan kenyataan ini, bagaimanakah konsep al-din dapat dijelaskan dalam konteks

“Telah berlaku kerosakan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari apa yang telah

[b] Huraikan dengan terperinci kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam untuk merawat penyakit ghadab dan sebutkan jenis- jenis ghadab yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada

[a] Bincangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan penyelewengan akhlak dan cara-cara mengatasinya menurut pandangan Islam.