• Tiada Hasil Ditemukan

DOKUMEN SEBUT HARGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share " DOKUMEN SEBUT HARGA "

Copied!
42
0
0

Tekspenuh

(1)

1

DOKUMEN SEBUT HARGA

TARIKH BUKA SEBUT HARGA : 12 MAC 2020 (KHAMIS) TARIKH LAWATAN TAPAK : 16 MAC 2020 (ISNIN)

JAM 10.00 PAGI TARIKH TUTUP SEBUT HARGA : 23 MAC 2020 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAHARI

TEMPOH TAWARAN KONTRAK : DUA (2) TAHUN

(01 JUN 2020 HINGGA 31 MEI 2022)

BIL. SEBUT HARGA / TENDER : ...

T/Tangan : ...

Tarikh : ...

T/Tangan : ...

Tarikh : ...

T/Tangan : ...

Tarikh : ...

PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Tajuk Sebut Harga:

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN

KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

NO SEBUT HARGA: PDTK / KP / 04 / 2020 Kod Bidang: 221001

Khidmat Kebersihan Dan Rawatan<Pembersihan Bangunan Dan Pejabat>

Kontraktor : (Cop kontraktor)

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TINGKAT 1, PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG JALAN KOTA, 41902 KLANG

Tel: 03 33711963, Fax: 0333732766 www.selangor.gov.my/klang

(2)

2

SENARAI KANDUNGAN DOKUMEN SEBUT HARGA

1) Dokumen Pelawaan Sebut Harga

2) LAMPIRAN 1 – Arahan Kepada Penyebut Harga 3) LAMPIRAN 2 – Spesifikasi Sebut Harga

4) LAMPIRAN 3 - Tawaran Sebut Harga

5) LAMPIRAN 4 - Ringkasan Tawaran Sebut Harga

6) LAMPIRAN 5 - Maklumat Am dan Latar Belakang Penyebut Harga 7) LAMPIRAN 6 – Senarai Kerja Yang Sedang Dilaksanakan oleh

Penyebut Harga

8) LAMPIRAN 7 – Senarai Kerja Yang Telah Dilaksanakan oleh Penyebut Harga

9) BORANG A – Laporan Penyelia Projek Ke Atas Prestasi Kerja Semasa Penyebut Harga Bagi Sebut Harga Kerja/ Perkhidmatan Yang Bukan Ditawarkan Oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang

10) LAMPIRAN 8 – Senarai Peralatan Yang Dimiliki Oleh Penyebut Harga 11) BORANG B – Butiran Dan Maklumat Pekerja

12) LAMPIRAN 9 – Data-Data Kewangan

13) BORANG C - Laporan Bank/ Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebut Harga

14) LAMPIRAN 10 – Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat Dan Pengesahan Dokumen Yang Dikemukakan Oleh Penyebut Harga

15) LAMPIRAN 11 - Surat Akuan Sebut Harga 16) LAMPIRAN 12 – Surat Akuan Penyebut Harga

(Pengisian Lampiran F Surat Pek.Perbendaharaan Bil.10 Tahun 2010) 17) LAMPIRAN 13 – Kesalahan Rasuah (Akta Pencegahan Rasuah 1997)

(3)

3

(Kew. 284-Pin. 2/94)

(4)

4

PEJABAT DAERAH/ TANAH KLANG _________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/ TANAH KLANG

MUSTAHAK

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

1. PERIHAL

1.1 Pegawai Daerah Klang dengan ini mempelawa sebut harga bagi Perkhidmatan Mencuci dan Membersih Bangunan Kompleks Pejabat Daerah/Tanah Klang seperti di LAMPIRAN 1.

2. SYARAT-SYARAT BAGI PENYEBUT HARGA

2.1 Penyebut Harga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera serta memiliki Kod Bidang: 221001 (Pembersihan Bangunan Dan Pejabat).

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan. Oleh itu, sekiranya Penyebut Harga menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga diberikan kepadanya, maka tindakan seperti berikut akan diambil:

i) Syarikat tersebut akan disenarai hitamkan daripada menyertai mana-mana sebut harga yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang; dan

ii) Pejabat Daerah/Tanah Klang akan mengemukakan aduan rasmi berhubung syarikat berkenaan kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebut Harga.

3.1.1 Pentadbiran ini tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

(5)

5

3.1.2 Pentadbiran ini berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam LAMPIRAN 3 yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam LAMPIRAN 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebut Harga hendaklah mengganti rugi Pentadbiran ini dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebut Harga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa- apa hak Pentadbiran ini untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Pengurusan Pejabat Daerah/Tanah Klang.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang- undang Malaysia dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SPESIFIKASI SEBUT HARGA

4.1 Spesifikasi Sebut Kerja seperti di LAMPIRAN 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta.

Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

4.2 Penyebut Harga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

4.3 Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebut Harga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah/Tanah Klang.

(6)

6

4.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

5. SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

Antara syarat-syarat perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh para pembekal adalah seperti berikut :

5.1 Perkhidmatan yang akan diberikan mestilah mematuhi piawaian spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang.

5.2 Sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak mematuhi piawaian spesifikasi yang ditetapkan setelah dipersetujui tawarannya, pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang boleh menolak tawaran tersebut.

5.3 Penyebut harga mestilah mematuhi kehendak tawaran yang telah ditetapkan di dalam LAMPIRAN 2 (Spesifikasi Sebut Kerja).

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup : 23 Mac 2020 (Isnin) Masa : 12.00 tengahari

Nombor Rujukan : PDTK / KP / 04 / 2020

7. KEHADIRAN TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK

7.1 Syarikat/Wakil syarikat adalah dijemput hadir ke sesi taklimat/

lawatan tapak yang akan diadakan mengikut butiran seperti berikut : Tarikh : 16 Mac 2020 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Auditorium

Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota, 41902 KLANG

7.2 Hanya Penyebut Harga yang telah menghadiri taklimat/lawatan tapak sahaja yang dibenarkan untuk membeli Borang Sebut Harga.

8. DOKUMEN SEBUT HARGA

8.1 Penyebut Harga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butiran di dalam lampiran berikut:

i) LAMPIRAN 3 - Tawaran Sebut Harga

ii) LAMPIRAN 4 - Ringkasan Tawaran Sebut Harga

iii) LAMPIRAN 5 - Maklumat Am dan Latar Belakang

Penyebut Harga

(7)

7

iv) LAMPIRAN 6 – Senarai Kerja Yang Sedang Dilaksanakan oleh Penyebut Harga

v) LAMPIRAN 7 – Senarai Kerja Yang Telah Dilaksanakan oleh Penyebut Harga

vi) BORANG A – Laporan Penyelia Projek Ke Atas Prestasi Kerja Semasa Penyebut Harga Bagi Sebut Harga Kerja/

Perkhidmatan Yang Bukan Ditawarkan Oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang

vii) LAMPIRAN 8 – Senarai Peralatan Yang Dimiliki Oleh Penyebut Harga

viii) BORANG B – Butiran Dan Maklumat Pekerja ix) LAMPIRAN 9 – Data-Data Kewangan

x) BORANG C - Laporan Bank/ Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebut Harga

xi) LAMPIRAN 10 – Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat Dan Pengesahan Dokumen Yang Dikemukakan Oleh Penyebut Harga

xii) LAMPIRAN 11 - Surat Akuan Sebut Harga

xiii) LAMPIRAN 12 – Surat Akuan Penyebut Harga (Pengisian Lampiran F SPP Bil. 10 Tahun 2010)

9. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

9.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebut Harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

9.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebut Harga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

9.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Pejabat Daerah/Tanah Klang :

i) LAMPIRAN 3 - Tawaran Sebut Harga

ii) LAMPIRAN 4 - Ringkasan Tawaran Sebut Harga

iii) LAMPIRAN 5 - Maklumat Am dan Latar Belakang

Penyebut Harga

iv) LAMPIRAN 6 – Senarai Kerja Yang Sedang Dilaksanakan oleh Penyebut Harga

v) LAMPIRAN 7 – Senarai Kerja Yang Telah Dilaksanakan oleh Penyebut Harga

vi) BORANG A – Laporan Penyelia Projek Ke Atas Prestasi Kerja Semasa Penyebut Harga Bagi Sebut Harga Kerja/

Perkhidmatan Yang Bukan Ditawarkan Oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang

vii) LAMPIRAN 8 – Senarai Peralatan Yang Dimiliki Oleh Penyebut Harga

viii) BORANG B – Butiran Dan Maklumat Pekerja ix) LAMPIRAN 9 – Data-Data Kewangan

(8)

8

x) BORANG C - Laporan Bank/ Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebut Harga

xi) LAMPIRAN 10 – Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat Dan Pengesahan Dokumen Yang Dikemukakan Oleh Penyebut Harga

xii) LAMPIRAN 11 - Surat Akuan Sebut Harga xiv) LAMPIRAN 12 – Surat Akuan Penyebut Harga

(Pengisian Lampiran F SPP Bil. 10 Tahun 2010)

9.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti Arahan di LAMPIRAN 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 1, Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota

41902 Klang

Selangor Darul Ehsan

9.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan sendiri oleh penyebut harga atau wakilnya ke dalam Peti Sebut Harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.

10. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

10.1 Semua tawaran harga (LAMPIRAN 3 dan LAMPIRAN 4) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

11. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

11.1 Pejabat Daerah/Tanah Klang berhak untuk membatalkan perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

11.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebut Harga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebut Harga dan pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

12. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

12.1 Pejabat Daerah/Tanah Klang (selepas ini disebutkan sebagai

‘Pejabat ini’) adalah berhak mempersetujui sebut harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

12.2 Pejabat ini tidak terikat mempersetujui sebut harga yang terendah sekali atau mana-mana tawaran harga jua pun.

(9)

9

12.3 Pejabat ini akan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

12.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebut Harga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

12.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

13. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD

13.1 Pejabat Daerah/Tanah Klang tidak terikat untuk menerima mana- mana tawaran dari Penyebut Harga. Keputusan adalah muktamad.

Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

14. BANTAHAN

14.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi tertentu boleh dibuat oleh Penyebut Harga dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh iklan tawaran sebut harga dibuka.

14.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 1, Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota

41902 Klang

Selangor Darul Ehsan

(U.P. Puan Vinnilaa A/P Aurumugam)

15. URUS SETIA SEBUT HARGA

15.1 Penyebut Harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Puan Vinnilaa A/P Aurumugam atau Puan Ruslinda binti Saion).

16. SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA – LAMPIRAN 12

16.1 Merujuk Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 1 April 2010, selaras dengan usaha Kerajaan untuk mencegah rasuah, semua penyebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (LAMPIRAN 12) bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang

(10)

10

menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga perlu melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

18. PENUTUP

18.1 Penyebut Harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisikan dokumen-dokumen tawaran. Ini adalah bagi memastikan segala maklum balas yang diperlukan diisikan dengan lengkap.

(11)

11

LAMPIRAN 1 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1) PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebut Harga mestilah daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera serta memiliki kod bidang: 221001 (Pembersihan Bangunan dan Pejabat).

2) PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebut harga hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) tawaran sahaja.

2.2 Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed envelope) dan pada bahagian hadapan samput tersebut dituliskan dengan butiran seperti berikut:

a) Tajuk Sebut Harga

b) Nombor Sebut Harga (PDTK / KP / 04 / 2020)

2.3 Sampul surat yang mengandungi dokumen sebut harga berkenaan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di:

Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 1, Pejabat Daerah/Tanah Klang Jalan Kota

41902 Klang

Selangor Darul Ehsan

sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 23 Mac 2020 (Isnin).

2.4 Penyebut harga diingatkan supaya mengisi dengan sempurna borang-borang maklumat yang terdapat di dalam dokumen sebut harga ini dan tidak menceraikan borang-borang tersebut.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran penyebut harga tersebut ditolak.

3) DOKUMEN SEBUT HARGA

3.1 Dokumen sebut harga ini akan menjadi sebahagian daripada kontrak perjanjian dan tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian di dalam dokumen sebut harga ini melainkan mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah/Tanah Klang.

(12)

12

3.2 Harga tawaran yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga hendaklah mengambil kira semua kos berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurna dan pengenaan cukai SST sebanyak 6%.

3.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan atau perubahan harga akibat daripada perubahan kos di dalam pasaran semasa.

4) TAWARAN DAN PENOLAKAN SEBUT HARGA

4.1 Pejabat Daerah/Tanah Klang tidak terikat untuk menerima mana- mana tawaran dan tiada sebab akan diberikan di atas penolakan mana-mana sebut harga tersebut.

5) PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA

5.1 Penyebut harga adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti keadaan tempat kerja, persekitarannya, bentuk dan jenis keadaan, takat dan jenis kerja, bahan dan peralatan yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara laluan masuk/keluar ke tempat kerja dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, hal luar jangka dan segala hal keadaan yang boleh mempengaruhi dan menjejas sebut harga ini. Sebarang tuntutan yang timbul akibat dari kegagalan penyebut harga yang dilantik mematuhi kehendak sebut harga ini tidak akan dipertimbangkan.

6) MEMULAKAN KERJA

6.1 Penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki untuk memulakan kerja pada tarikh seperti yang diarahkan secara bertulis oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang. Sekiranya penyebut harga gagal memulakan kerja selepas tempoh tujuh (7) hari dari tarikh yang ditetapkan, Pejabat Daerah/Tanah Klang berhak untuk membatalkan kontrak bagi perkhidmatan ini.

7) PERUBAHAN KERJA

7.1 Pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang (selepas ini disebutkan sebagai

‘Pejabat ini’) boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan- arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja secara bertulis.

7.2 Semua perubahan kerja atau kerja tambahan yang dikehendaki oleh Pejabat ini akan diukur dan dinilaikan mengikut kadar harga yang bersesuaian dan dipersetujui antara Pihak Pejabat ini dan Pihak Penyebut harga.

(13)

13

8) PEMATUHAN KEPADA ARAHAN KESELAMATAN DAN PERATURAN 8.1 Penyebut harga yang dilantik kelak hendaklah mematuhi segala

syarat-syarat berkaitan dengan keselamatan di tapak kerja semasa menjalankan kerja dan lain-lain peraturan di mana kerja sedang dilaksanakan.

9) MEMBUAT PEMBAYARAN SELEPAS SIAP

9.1 Bayaran penuh bagi perkhidmatan setiap bulan hanya akan dibayar setelah penyebut harga yang dilantik menyiapkan kerja-kerja dengan sempurna pada bulan tersebut.

9.2 Invois dan log rekod kerja hendaklah dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah/Tanah Klang pada tarikh sebelum atau pada 10 haribulan bulan berikutnya. Pengesahan daripada penyelia mengenai kesempurnaan kerja juga hendaklah dihantar semasa membuat tuntutan bayaran berkenaan.

10) PENAMATAN KONTRAK

10.1 Pejabat Daerah/Tanah Klang berhak pada bila-bila masa menamatkan kontrak perkhidmatan ini dengan memberikan satu (1) bulan notis penamatan kepada penyebut harga yang dilantik.

10.2 Pihak penyebut harga yang dilantik juga boleh berbuat demikian dengan mengemukakan notis penamatan secara bertulis kepada Pejabat ini dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh ingin menamatkan kontrak berkenaan.

11) PEMOTONGAN BAYARAN

11.1 Tindakan pemotongan bayaran akan dikenakan ke atas tuntutan penyebut harga yang dilantik berdasarkan kepada ringkasan harga tawaran sekiranya:

i) Prestasi kerja yang dijalankan tidak memuaskan Pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang.

ii) Bilangan pekerja yang tidak mencukupi di tapak kerja seperti yang disyaratkan.

iii) Pelaksanaan kerja tidak disempurnakan sepenuhnya.

iv) Penyebut harga yang dilantik tidak mematuhi perkara-perkara di dalam harga tawaran dan skop kerja yang terlibat.

v) Penyebut harga tidak membekalkan barang keperluan asas kepada pekerja seperti yang disyaratkan.

(14)

14

11.2 Kadar potongan bayaran yang akan dikenakan kelak adalah sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah caj bulanan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Penyebut harga.

12) SKOP TAPAK KERJA DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

12.1 Bangunan Pejabat Daerah/Tanah Klang

(skop kerja adalah di setiap tingkat termasuk Aras LG) 12.2 Bangunan Dewan Serbaguna

12.3 Bangunan Musolla Pejabat Daerah/Tanah Klang 12.4 Bangunan Taska

12.5 Kediaman Rasmi Pegawai Daerah 12.6 Lif Bangunan

12.7 Lima (5) buah Balai Penghulu (pembersihan dilakukan seminggu sekali setiap balai)

i) Balai Penghulu Meru ii) Balai Penghulu Kapar

iii) Balai Penghulu Rantau Panjang iv) Balai Penghulu Pulau Indah v) Balai Penghulu Jalan Kebun

12.8 Lain-lain kawasan di dalam kompleks pejabat yang akan dimaklumkan oleh pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang dari semasa ke semasa.

13) JADUAL WAKTU PENUGASAN DAN SENARAI TUGAS

13.1 Butiran Jadual Waktu Penugasan dan Senarai Tugas yang perlu dilaksanakan oleh Penyebut harga yang dilantik adalah seperti di LAMPIRAN 2.

13.2 Sekiranya terdapat majlis Jabatan yang diadakan di luar waktu bekerja, pihak Penyebut harga yang dilantik akan diminta untuk bekerja semasa persiapan dan juga semasa pelaksanaan majlis tersebut berlangsung. Sekiranya terdapat keperluan pelarasan cuti ganti pekerja untuk diambil pada hari lain, ia perlulah diselaraskan oleh pihak penyebut harga yang dilantik tanpa mengganggu operasi harian, persiapan atau pelaksanaan majlis berkenaan. Pelarasan ini juga perlulah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang terlebih dahulu.

13.3 Tambahan kos adalah tidak dibenarkan sekiranya pihak penyebut harga yang dilantik bekerja di luar waktu bekerja biasa.

(15)

15

13.4 Pihak penyebut harga yang dilantik perlu menanggung elaun kerja lebih masa pekerja.

14) MAKLUMAT MENGENAI LATAR BELAKANG, PRESTASI KEWANGAN DAN PRESTASI KERJA PENYEBUT HARGA

14.1 Penyebut harga hendaklah mengambil maklum bahawa sebut harga ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan penyebut harga dalam melaksanakan perkhidmatan yang ditender, di samping menimbang kemunasabahan harga tawaran bagi sebut harga ini.

Justeru itu, keupayaan penyebut harga akan dinilai semasa penilaian sebut harga dijalankan. Penilaian ini akan dibuat berdasarkan kepada kedudukan kewangan, pengalaman kerja, tenaga kerja dan prestasi kerja semasa penyebut harga.

14.2 Bagi membolehkan penilaian dibuat dengan lancar, penyebut harga dikehendaki supaya mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan dokumen sebut harganya.

i) Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah, bagi dua (2) tahun kewangan terakhir. (Bagi Syarikat ‘Sendirian Berhad’ sahaja).

ii) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank berhubung kedudukan Wang Dalam Tangan bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup sebut harga.

iii) Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi semasa penyebut harga bagi setiap kerja semasa di Jabatan/Agensi selain Pejabat Daerah/Tanah Klang seperti mana butiran di dalam BORANG A.

iv) Cadangan senarai pekerja yang akan dilantik beserta dengan maklumat lengkap peribadi pekerja seperti BORANG B.

v) Laporan daripada Bank/Institusi Kewangan mengenai kedudukan kewangan penyebut harga, seperti mana format BORANG C, dan mengemukakannya dalam sampul surat berlakri.

vi) Salinan Perakuan/ Pengesahan siap kerja bagi setiap kerja yang telah siap seperti disenaraikan dalam Senarai Kerja Yang Telah Disiapkan (jika ada).

14.3. Dokumen-dokumen yang dinyatakan di para 14.2 di atas adalah penting bagi membolehkan penilaian keupayaan dibuat dengan sewajarnya ke atas penyebut harga.

14.4 Sekiranya penyebut harga tidak atau gagal mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada dokumen-dokumen tersebut, maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidakcukupan dokumen tersebut akan menyebabkan penilaian

(16)

16

keupayaan kontraktor dianggap sebagai ‘TIADA’. Sehubungan itu, dokumen sebut harga yang dikemukakan oleh penyebut harga tersebut boleh ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

14.5 Semua maklumat dan dokumen yang tersebut di atas hendaklah dikemukakan oleh penyebut harga bersama-sama dengan dokumen sebut harga sebelum tarikh tutup pada 23 Mac 2020 (Isnin) jam 12.00 tengahari.

14.6 Sebarang maklumat atau mana-mana dokumen yang diterima selepas sebut harga ini ditutup tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan kontraktor.

14.7 Sekiranya penyebut harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorokkan (withhold) atau tidak mengisytiharkan mana- mana maklumat yang diketahui memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, tawaran sebut harga oleh penyebut harga tersebut akan ditolak dan tindakan susulan akan diambil ke atas penyebut harga tersebut. Ini termasuklah menyenarai hitamkan syarikat berkenaan daripada menyertai mana-mana sebutharga yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang dan mengemukakan aduan rasmi kepada Kementerian Kewangan Malaysia/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

15) PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KERAJAAN

15.1 Penyebut harga adalah dikehendaki supaya mematuhi segala akta, peraturan dan undang-undang Kerajaan Malaysia yang berkaitan dan yang berkuatkuasa semasa pelaksanaan kerja/ perkhidmatan ini berlangsung.

15.2 Kesan atau akibat daripada kegagalan penyebut harga dalam mematuhi segala akta, peraturan dan undang-undang tersebut sehingga dikenakan tindakan undang-undang, denda atau seumpamanya adalah di bawah tanggungjawab penyebut harga sendiri.

16) BON PELAKSANAAN

Penyebut harga yang akan dilantik dikehendaki supaya menyediakan Bon Pelaksanaan sebanyak 2.5% peratus daripada Nilai Kontrak yang

ditawarkan secara keseluruhan.

17) SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA – LAMPIRAN 12

17.1 Merujuk Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 1 April 2010, selaras dengan usaha Kerajaan untuk mencegah rasuah, semua penyebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (LAMPIRAN 12) bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang

(17)

17

menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga perlu melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

18) PENUTUP

18.1 Penyebut harga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisikan dokumen-dokumen tawaran. Ini adalah memastikan segala maklum balas yang diperlukan diisikan dengan lengkap.

(18)

18

LAMPIRAN 2 SPESIFIKASI SEBUT HARGA

1) SPESIFIKASI KERJA I

1.1 Penyebut harga yang dilantik kelak (selepas ini disebut sebagai

‘Kontraktor’) bertanggungjawab untuk mengadakan pekerja, perkakasan seperti tangga (ladder), mesin-mesin dan lain-lain alat yang diperlukan bagi melaksanakan kerja dengan sempurna.

1.2 Kontraktor adalah dianggap sebagai telah melawat tapak kerja dan mengetahui senarai tugas, jenis peralatan, keperluan mesin, dan lain-lain lagi keperluan bagi kesempurnaan kerja kerana tuntutan perbelanjaan tambahan di atas kecuaian pihak kontraktor tidak akan dipertimbangkan.

1.3 Butiran bagi skop tapak kerja adalah seperti yang disebutkan di Para 12 – LAMPIRAN 1. Ianya termasuklah kemudahan tandas, lorong, tangga, tingkap cermin, lif, alat elektrik dan hawa dingin, bilik jentera, ramps, tempat himpunan sampah luar dan dalam bangunan, longkang di sekeliling bangunan, kawasan berbumbung, mengutip sampah sarap yang bersepah di lorong-lorong, membersihkan salur aliran air hujan, kolam, kaki lima, membersihkan tong-tong sampah dan lain-lain kerja membersih yang berkaitan.

1.4 Semua kerja yang dijalankan hendaklah memberi kepuasan kepada Pegawai Daerah Klang, Pegawai Penguasa atau wakilnya. Sebarang perubahan skop kerja tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran bertulis dari Pegawai Penguasa atau wakilnya.

1.5 Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kecederaan pekerja dan kerosakan kepada harta benda yang berlaku akibat dari kecuaian kontraktor sendiri.

i) Kontraktor bertanggungjawab menyediakan insurans bagi perlindungan pekerja (PERKESO), kerosakan harta benda awam dan lain-lain insurans berkaitan serta penyediaan dokumen kontrak.

1.6 Kontraktor perlu sentiasa memberitahu Pegawai Penguasa atau wakilnya terhadap sebarang tuntutan berbangkit dari penyempurnaan kontrak ini.

1.7 Kontraktor dikehendaki mengganti semua kerosakan harta benda Pejabat Daerah/Tanah Klang yang disebabkan oleh kelalaian atau kemalangan semasa melaksanakan kerja tersebut di atas perbelanjaan sendiri. Kontraktor juga akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kecurian yang berlaku semasa pekerja berada di dalam bangunan.

1.8 Kontraktor hendaklah mengemukakan laporan kerja pada setiap hari Jumaat dan perlu diserahkan kepada Pegawai Penguasa untuk

(19)

19

tujuan semakan. Pegawai Penguasa atau wakilnya berhak mengubah atau meminda jadual kerja jika difikirkan perlu dengan tiada bayaran tambahan dikenakan oleh kontraktor dan di mana perlu bagi kontraktor untuk melaksanakan kerja di luar waktu pejabat.

Kegagalan kontraktor dalam mengemukakan laporan kerja tersebut akan menyebabkan bayaran bulanan kepada kontraktor tidak dapat diproses.

1.9 Jumlah pekerja hendaklah sentiasa mencukupi (minima 10 orang termasuk seorang Penyelia) dan kontraktor hendaklah menyelia bagi menentukan kerja-kerja dilaksanakan dengan sempurna.

Kontraktor dibenarkan menambah tenaga pekerjanya mengikut pertimbangannya tetapi tiada penambahan harga akan dibuat.

1.10 Kontraktor hendaklah menyediakan Penyelia bagi mengawasi kerja- kerja pembersihan dan pencucian serta tahap disiplin pekerja- pekerja. Kerja pembersihan dan pencucian tersebut hendaklah menghasilkan mutu yang baik sepanjang masa. Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi arahan dari Pegawai Penguasa atau wakilnya semasa melakukan kerja.

1.11 Penggunaan peralatan atau mesin selain dari yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa adalah tidak dibenarkan. Peralatan atau mesin hendaklah dihantar kepada Pegawai Penguasa untuk diperiksa dan diuji sebelum dibenarkan penggunaannya.

1.12 Semua pekerja hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam dan juga kad pengetik waktu atau punch card ketika diarahkan untuk melaksanakan kerja di dalam Kompleks Pejabat Daerah/Tanah Klang.

1.13 Kontraktor dikehendaki menyelenggara sinki, tandas dan saluran- saluran yang tersumbat.

1.14 Kontraktor dikehendaki menyediakan pekerja-pekerja untuk mop, mengelap atau mengepam air atau air hujan yang meresap masuk ke dalam bangunan apabila diarahkan.

1.15 Cuti pekerja hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh cuti diambil. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menyediakan pekerja pengganti bagi mengambil alih kerja yang perlu dilaksanakan. Perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa atau wakilnya dan sekiranya terdapat gangguan pada operasi kerja kontraktor, tindakan pemotongan bayaran bulanan akan dikenakan.

1.16 Kerja-kerja pembersihan laluan utama dan laluan awam hendaklah dibuat sebelum jam 7.00 pagi pada setiap hari bekerja meliputi:

i) Tangga dan lobi di Aras G.

ii) Tangga dan ruang legar (foyer) di Aras G.

iii) Lain-lain laluan termasuk laluan di Aras LG, Aras G, Aras 1 dan Aras 2.

(20)

20

1.17 Kontraktor hendaklah memastikan tempat kerja berada di dalam keadaan yang bersih dan sempurna dari segala peralatan, mesin dan lain-lain sebelum meninggalkannya pada setiap hari tamat bekerja.

1.18 Kontraktor dikehendaki membersihkan serta menjaga barangan perhiasan seperti air pancut, batuan, bunga-bungaan, kolam ikan, akuarium dan lain-lain perhiasan yang ditambah dari semasa ke semasa. Semua barangan perhiasan tersebut mestilah di dalam keadaan yang baik, bersih dan cantik.

1.19 Apabila terdapat mesyuarat rasmi atau majlis yang dihadiri oleh DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda atau Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, VVIP, VIP atau lain- lain pegawai, dua (2) orang pekerja perlu ditempatkan khusus bagi menjaga kebersihan tandas yang digunakan sepanjang mesyuarat atau majlis itu berlangsung.

1.20 Kontraktor juga perlu memastikan bahawa majlis-majlis berikut perlu diberi keutamaan apabila diperlukan untuk berbuat demikian termasuk pada hari cuti mingguan dan hari kelepasan am.

i) Perhimpunan Jabatan;

ii) Majlis Jamuan Hari Raya; dan

iii) Lain-lain majlis yang diadakan di dalam kawasan kompleks Pejabat Daerah/Tanah Klang.

2) SPESIFIKASI KERJA II

2.1 Kontraktor hendaklah mengambil tindakan serta merta apabila menerima aduan daripada Pegawai Daerah Klang, Pegawai Penguasa atau wakilnya.

2.2 Kontraktor mestilah boleh dihubungi pada waktu bekerja. Bagi tujuan ini, Kontraktor hendaklah memberikan butiran lengkap mengenai alamat, nombor telefon, nama pegawai dan maklumat lain kepada Pegawai Penguasa secara bertulis.

2.3 Kontraktor hendaklah membuat laporan bertulis kepada Pegawai Penguasa sekiranya berlaku masalah atau perkara yang tidak diingini seperti kehilangan, kerosakan atau seumpamanya dalam tempoh dua (2) hari selepas tarikh kejadian tersebut. Pegawai Penguasa tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku sekiranya laporan bertulis tidak dibuat.

2.3.1 Sekiranya tempat simpanan peralatan, mesin atau apa-apa yang berkaitan dengan penyempurnaan kerja kontraktor dikhuatiri mudah dimasuki sehingga menyebabkan kehilangan atau kecurian, kontraktor hendaklah menyediakan kunci atau apa cara sekalipun yang bersesuaian bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Perkara ini, bagaimanapun perlulah dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

(21)

21

2.4 Kontraktor hendaklah memberikan maklumat pekerja yang memasuki premis Kompleks Pejabat Daerah/Tanah Klang kepada Pegawai Penguasa. Sebarang perubahan pekerja hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh perubahan.

2.5 Tatacara kerja seperti berikut hendaklah dipatuhi dan dijalankan dengan sempurna.

2.5.1 Menyapu dan membersihkan lantai, lorong, tangga dan lif di semua aras (termasuk Aras LG). Kekerapan melaksanakan tugasan ini adalah mengikut kesesuaian di mana kebersihan lantai, lorong, tangga dan lif hendaklah dipastikan pada setiap masa.

2.5.2 Vakum bagi ruang pejabat/dewan serba guna atau musolla yang menggunakan permaidani hendaklah dibuat sekali seminggu. Penggunaan mesin scrubbing sekurang-kurangnya sekali sebulan.

i) Syampu atau bahan kimia yang digunakan semasa pembersihan menggunakan mesin scrubbing hendaklah bersesuaian dan tidak merosakkan atau melunturkan permaidani.

2.5.3 Menggosok, membersih dan mencuci semua tandas termasuk dinding jubin, sinki/basin, cermin dan lain-lain. Kekerapan penugasan adalah dua (2) kali sehari – iaitu pada 7.30 pagi dan 12.30 tengahari bagi tandas awam dan tandas kakitangan.

i) Semua tandas hendaklah dibasuh, digosok dan dicuci dengan bahan pencuci yang dibenarkan dan tidak merosakkan jubin, sinki/basin, cermin dan sebagainya.

2.5.4 Membuang semua sampah sarap, membersihkan tong-tong sampah, bakul-bakul sampah termasuk menggantikan plastik sampah dan membersih tempat habuk rokok. Kekerapan penugasan adalah dua (2) kali sehari.

2.5.5 Menyapu dan membersihkan semua jalan-jalan masuk, kawasan dan semua bilik termasuk bilik jentera elektrik, riser dan tangga-tangga kecemasan serta mencuci semua

longkang di sekitar bangunan pejabat. Rujuk kepada skop tapak kerja di Para 12 – LAMPIRAN 1.

2.5.6 Menyapu dan mop di kawasan kaunter utama (Aras G) dan kaunter penyambut tetamu di setiap Bahagian/Unit. Kerja pembersihan perlu dibuat sebelum jam 8.00 pagi pada setiap hari bekerja.

2.5.7 Membersih dan membuang segala kekotoran di semua pengalas kaki khususnya di pintu-pintu masuk utama

(22)

22

bangunan. Kerja pembersihan perlu dibuat sebelum jam 8.00 pagi pada setiap hari bekerja.

2.5.8 Membersihkan semua pintu, dinding dan tingkap kaca.

i) Mengelap semua cermin tingkap dalam bangunan, cermin kaunter panel dinding, tetulang sekatan dan pintu.

ii) Kekerapan melaksanakan tugasan ini adalah mengikut kesesuaian di mana kebersihannya hendaklah dipastikan pada setiap masa.

2.5.9 Mencuci dan mengilat semua lantai jubin, PVC, marmar dan lain-lain dengan kaedah, peralatan atau mesin yang sesuai.

Penggunaan mesin polisher sekurang-kurangnya sekali sebulan.

i) Kekerapan melaksanakan tugasan ini adalah mengikut kesesuaian di mana kebersihan lantai hendaklah dipastikan pada setiap masa.

2.5.10 Mengelap dan memastikan kebersihan semua pagar-pagar besi (hand railings).

2.5.11 Membersihkan sarang labah-labah dan pencemar yang lain (sarang burung dan sebagainya) pada dinding atau siling di semua aras. Kekerapan melaksanakan tugasan ini adalah mengikut kesesuaian di mana kebersihannya hendaklah dipastikan pada setiap masa.

2.5.12 Membersihkan semua contengan pada dinding, lif, tiang- tiang, tandas dan lain-lain. Kekerapan melaksanakan tugasan ini adalah mengikut kesesuaian di mana kebersihannya hendaklah dipastikan pada setiap masa.

2.5.13 Mencuci dan membersihkan kotoran pada saluran udara penghawa dingin berpusat. Penugasan ini sekurang- kurangnya dilaksanakan sekali sebulan.

2.6 SENARAI PERALATAN YANG WAJIB DIMILIKI

i) Pembersih vakum - Empat (4) unit ii) Low Speed Scrubbing Machine - Satu (1) unit iii) High Speed Polisher Machine - Satu (1) unit iv) High Pressure Cleaner - Satu (1) unit v) Portable Water Pump - Satu (1) unit vi) Machine for carpet buffing - Satu (1) Unit

(23)

23

vii) Troli - Dua (2) unit

viii) Mop lantai - 10 Unit

ix) Lain-lain peralatan yang perlu bagi menyempurnakan kerja hendaklah disediakan dalam kuantiti yang bersesuaian.

a) Tangga (Ladder) b) Penyapu

c) Berus d) Baldi e) Hos

(24)

24

LAMPIRAN 3

TAWARAN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

BIL PERKARA UNIT/

KUANTITI

TEMPOH KONTRAK

KADAR (RM)

JUMLAH

RM SEN

A INSURANS

Menyediakan Insurans Perlindungan Pekerja (PERKESO), kerosakan harta benda awam dan lain-lain insurans berkaitan serta penyediaan dokumen kontrak

2 TAHUN

JUMLAH A

B PAKAIAN SERAGAM

Menyediakan pakaian seragam bagi pekerja

(10 pekerja X 3 helai X 1 tahun)

2 TAHUN

JUMLAH B

C

PERKHIDMATAN

i) Menyediakan perkara berikut bagi melaksanakan skop perkhidmatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

1. Mesin-mesin yang berkaitan (sila senaraikan).

2. Pembersih Vakum 3. Low Speed Scrubbing

Machine

4. High Speed Polisher Machine 5. High Pressure Cleaner 6. Portable Water Pump 7. Troli

8. Tangga (Ladder) 9. Penyapu

10. Mop 11. Berus 12. Baldi 13. Gayung 14. Hos

15. Lain-lain (sila senaraikan)

2 TAHUN

JUMLAH C (i)

(25)

25

BIL PERKARA UNIT/

KUANTITI

TEMPOH KONTRAK

KADAR (RM)

JUMLAH

RM SEN

ii) Bahan-bahan untuk pencucian seperti berikut :

1. Sabun 2. Detergent

3. Shampu Karpet/ Bahan Kimia 4. Plastik Sampah

5. Kertas tisu

6. Lain-lain (sila senaraikan)

2 TAHUN

JUMLAH C (ii)

D PEKERJA

Menyediakan pekerja bagi

melaksanakan skop perkhidmatan pencucian mengikut spesifikasi yang ditetapkan

i) Penyelia

(Warga Tempatan) ii) Pekerja Am

(Warga Tempatan)

1 Orang 9 Orang

2 TAHUN

JUMLAH D JUMLAH KESELURUHAN (A+B+C(i)+C(ii)+D

RUJUKAN : Pihak penyebut harga perlu menyediakan jumlah bagi setiap kategori (A – D).

Kegagalan membuat demikian akan menyebabkan borang tawaran sebut harga oleh penyebut harga berkenaan tidak akan dipertimbangkan.

(26)

26

LAMPIRAN 4 RINGKASAN TAWARAN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Berikut adalah tawaran harga pihak saya/ kami bagi perkhidmatan yang tersebut di atas bagi tempoh selama dua (2) tahun

BIL RINGKASAN HARGA

A B C

D

JUMLAH A JUMLAH B PERKARA C (I) PERKARA C (II) JUMLAH D

RM RM RM RM RM JUMLAH KESELURUHAN RM

Jumlah Ringgit Malaysia (RM) :

Bertarikh pada

Tandatangan Penyebut Harga Tandatangan Saksi

Nama penuh : Nama penuh :

No.K/P : No.K/P :

Jawatan : Jawatan :

Cop Syarikat Cop Syarikat Alamat : Alamat :

(27)

27

LAMPIRAN 5 MAKLUMAT AM DAN LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

(Maklumat perlu diisikan dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi.)

1. Nama Syarikat : ...

2. Alamat Pejabat : ..……...….

..……...…...

No. Telefon : ……… No. Fax : ………

3. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Sertakan Salinan Pendaftaran dan Kod Bidang berkaitan)

(i) No. Pendaftaran Syarikat : ..……...…..

(ii) Tarikh Daftar : ..……...…..

Sah hingga : ..……...…..

(iii) Kelas dan Tajuk/ Tajuk Kecil : ………...

………...………...

(iv) Taraf (Bumiputera/ Bukan Bumiputera) : ………...

(vi) Jika Bumiputera, tempoh sah taraf : Dari ……... Hingga ….……

(vii) Kod Bidang berkaitan : ...

4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. nyatakan :

(i) Modal Dibenarkan : RM ………..

(ii) Modal Dibayar : RM ……….

5. Perniagaan Utama lain, jika ada :

(a) ………..… sejak ………

(b) ………..… sejak ………

6. Butiran Ahli Syarikat :

(i) Ahli-Ahli Lembaga Pengarah

BIL NAMA

(28)

28

(ii) Pemegang Saham

BIL NAMA

PERATUSAN PEGANGAN SAHAM

(%)

(iii) Pekerja

BIL KATEGORI JAWATAN

BILANGAN

ORANG NAMA JAWATAN KELULUSAN

AKADEMIK

(29)

29

7. Merujuk kepada Penyata Bank untuk tiga (3) bulan terakhir dari tarikh sebut harga ini dibuka (Sila Lampirkan bersama Penyata Bank yang telah disahkan oleh pihak Bank)

i) Baki Akaun Bank Tertinggi : RM...

ii) Baki Akaun Bank Terendah : RM...

Nama : ... ...

(Tandatangan) Tarikh:

Cop Syarikat :

(30)

30

LAMPIRAN 6 SENARAI KERJA YANG SEDANG DILAKSANAKAN

OLEH PENYEBUT HARGA

(Maklumat perlu diisikan dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja.)

Bil

Butiran Kerja/

Perkhidmatan

Jabatan/ Agensi yang menggunapakai Kerja/Perkhidmatan

Penyebut Harga

Nilai Kontrak

(RM)

Tempoh Kontrak

Maklumat Pegawai Rujukan di Jabatan/Agensi

berkenaan (Nama & No.

Telefon) JABATAN KERAJAAN

SWASTA

(31)

31

LAMPIRAN 7 SENARAI KERJA YANG TELAH DISIAPKAN

OLEH PENYEBUT HARGA

(Maklumat perlu diisikan dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja.)

Bil

Butiran Kerja/

Perkhidmatan

Jabatan/ Agensi yang menggunapakai Kerja/Perkhidmatan

Penyebut Harga

Nilai Kontrak

(RM)

Tempoh Kontrak

Maklumat Pegawai Rujukan di Jabatan/Agensi

berkenaan (Nama & No.

Telefon) JABATAN KERAJAAN

SWASTA

(32)

32

BORANG A

LAPORAN PENYELIA PROJEK KE ATAS PRESTASI KERJA SEMASA PENYEBUT HARGA

BAGI SEBUT HARGA KERJA/PERKHIDMATAN BUKAN YANG DITAWARKAN OLEH PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Penyelia Projek atau Pembantu Kanannya yang mengawasi projek dan diserahkan kepada Penyebut harga dalam satu sampul surat berlakri untuk disertakan bersama-sama sebut harganya)

Kepada : ...

...

...

(Pihak yang akan menilai sebut harga)

Nama Penyebut Harga...

Tajuk Sebut Harga Yang Dilaksanakan ...

...

...

No. Sebut Harga ...

Harga Tawaran Kontrak : RM...

Tempoh Kontrak : ...

Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Penyebut Harga

(Nyatakan apa-apa kepujian dan/ atau kelemahan penyebut harga dan juga apa-apa tindakan/

perakuan yang diambil/ dipertimbangkan berhubung dengan prestasi penyebut harga melaksanakan kontrak)

Tandatangan Penyelia Projek : ...

Nama : ...

Jawatan : ... Tarikh : ...

(33)

33

LAMPIRAN 8 SENARAI PERALATAN YANG DIMILIKI

OLEH PENYEBUT HARGA

(Maklumat perlu diisikan dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja.)

BIL JENIS PERALATAN JENAMA/MODEL KUANTITI

(34)

34

BORANG B BUTIRAN DAN MAKLUMAT PEKERJA

BIL. NAMA NO.KP UMUR ALAMAT

RUMAH

NO.TEL H/P

Tandatangan Pegawai Projek : ...

Nama : ...

Jawatan : ... Tarikh : ...

(35)

35

LAMPIRAN 9 DATA-DATA KEWANGAN

(Maklumat perlu diisikan dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi.)

a. Ringkasan Harta dan Liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet)* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.

Aset*

(A)

Liabiliti*

(B)

Nilai Kewangan (Worth) (A-B) Semasa : RM

Tetap : RM Jumlah : RM

Semasa : RM Tetap : RM Jumlah : RM

Modal Pusingan : RM Modal Tetap : RM Nett Worth : RM

b. Akaun Wang di tangan (Cash in hand)**

1. Nama dan alamat Bank di mana akaun syarikat dibuka : ...

...

2. Nombor Akaun : ...

c. Kemudahan Kredit (jika ada)***

1. Nama dan alamat Bank/ Institusi Kewangan yang memberi kemudahan kredit : ...

...

2. Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk pelaksanaan kerja/perkhidmatan.

i) Overdraf atau Talian Kredit : RM ...

ii) Overdraf bercagar : RM ...

iii) Pinjaman tetap yang akan/ layak diperolehi oleh syarikat untuk melaksanakan kerja/perkhidmatan :

RM ...

iv) Lain-lain sumber kewangan/pinjaman: RM ...

JUMLAH : RM ...

(36)

36

BORANG C SULIT

LAPORAN BANK/ INSTITUSI KEWANGAN

MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENYEBUT HARGA

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan lain dan diserahkan kepada penyebut harga dalam satu sampul berlakri untuk disertakan bersama-sama dengan dokumen sebut harganya sekiranya penyebut harga mempunyai kemudahan Kredit dengan Bank/

Institusi Kewangan berkenaan)

Kepada : ...

...

...

Nama Penyebut Harga : ...

Tajuk Kerja/ Perkhidmatan : ...

...

a) Kemudahan Kredit yang boleh digunakan untuk pelaksanaan kerja/perkhidmatan :

Kemudahan Kredit yang telah diluluskan dan kemudahan Kredit tambahan minimum yang layak diperolehi oleh penyebut harga adalah seperti berikut :

Bentuk Kemudahan Baki drp yang Tambahan minima Jumlah

Kredit telah diluluskan yang akan diluluskan*

i) Overdraf RM RM RM

ii) Overdraf bercagar RM RM RM

iii) Talian Kredit RM RM RM

iv) Pinjaman tetap yang akan/ layak diperolehi

untuk projek RM RM RM

v) ... RM RM RM

Jumlah RM ... RM ... RM ...

(*Sekiranya projek ditawarkan kepada Penyebut Harga)

b) Ulasan-ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun penyebut harga

Tandatangan untuk dan bagi pihak bank : ...

Nama Bank : ... Nama Pegawai : ...

Cop Meteri Bank : Jawatan : ...

Tarikh : ...

(37)

37

LAMPIRAN 10 SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN PENGESAHAN

DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENYEBUT HARGA

Nama Penyebut Harga : ...

Alamat : ...

...

...

Kepada : ...

...

...

(pihak yang akan menilai sebut harga) Tuan,

Maklumat Latar Belakang, Kewangan dan Prestasi Kerja Penyebut Harga

1. Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang terkandung dalam Arahan Kepada Penyebut Harga termasuk arahan-arahan yang menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama dokumen sebut harga kami semasa mengemukakan sebut harga ini untuk membolehkan pihak Pejabat Daerah/ Tanah Klang menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang ditender semasa penilaian sebut harga.

2. Kami faham dan maklum bahawa penilaian sebut harga ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang ditender. Justeru itu, sebut harga kami akan hanya dipertimbangkan untuk diperakui oleh Lembaga Sebut Harga untuk disetuju terima sekiranya kami didapati berkeupayaan untuk melaksanakan kerja yang ditender mengikut penilaian Pejabat Daerah/ Tanah Klang berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami kemukakan.

3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat dan dokumen yang diminta bersama-sama sebut harga kami sebelum sebut harga ditutup dan maklumat-maklumat atau dokumen-dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan diterima untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami.

4. Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan bersama- sama ini setahu kami adalah semuanya benar dan sah pada semua segi dan kami telah mengambil maklum dan sedar akan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kami dan/atau sebut harga kami sekiranya mana-mana maklumat, data-data dan dokumen yang kami berikan itu didapati tidak benar atau palsu.

5. Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa sebut harga kami akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kami berikan tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan/ atau menyertakan mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan Pejabat Daerah/Tanah Klang menilai keupayaan kami, seperti berikut : i) Salinan Sijil Kewangan Taraf Bumiputra Kementerian Kewangan Malaysia & Sijil

Kod Bidang yang masih berkuatkuasa.

ii) Salinan Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah, bagi dua (2) tahun kewangan terakhir.

iii) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan penyebut harga bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup sebut harga.

iv) Laporan Penyelia Projek mengenai prestasi semasa penyebut harga bagi setiap kerja semasa di Jabatan/Agensi selain Pejabat Daerah/Tanah Klang bukan projek di dalam sampul surat berlakri bagi setiap kerja yang sedang dilaksanakan.

(38)

38

6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana Pegawai Jabatan Kerajaan/ Agensi, Bank dan Institusi Kewangan lain dan lain-lain atau mana-mana orang atau firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang untuk menyemak maklumat-maklumat yang kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat tambahan. Kami maklum bahawa pihak Pejabat Daerah/Tanah Klang juga boleh merujuk apa-apa maklumat yang kami kemukakan dengan mana-mana pihak termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, kami tetap bertanggungjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami berikan bersama-sama ini.

Yang Benar,

... Tarikh : ...

(Tandatangan Penyebut Harga)

Nama Penuh : ...

No. Kad Pengenalan : ...

Jawatan Dalam Syarikat : ...

Yang memberi kuasa sepenuhnya untuk Menandatangani sebut harga ini untuk dan bagi Pihak :

...

(Meteri atau cop syarikat)

Saksi : ... Tarikh : ...

Nama Penuh : ...

No. Kad Pengenalan : ...

Jawatan : ...

Alamat : ...

...

...

...

(39)

39

LAMPIRAN 11 SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Pegawai Daerah Klang

Pejabat Daerah/ Tanah Klang Bahagian Khidmat Pengurusan Jalan Kota

41902 Klang

Selangor Darul Ehsan Tuan,

NO. SEBUT HARGA : PDTK / KP / 04 / 2020

PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam LAMPIRAN 3 dan LAMPIRAN 4. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa- apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebut harga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebut harga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga Pejabat Daerah/Tanah Klang adalah muktamad;

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka, satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebut Harga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

(40)

40 Bagi pihak Penyebut Harga

Tandatangan Penyebut Harga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan :

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

(41)

41

LAMPIRAN 12

LAMPIRAN F (Surat Pek. Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010)

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA BAGI

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH BANGUNAN KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/ TANAH KLANG

(NO. SEBUTHARGA : PDTK / KP / 04 / 2020 )

Saya, ………... nombor K.P .………yang mewakili (Nama Wakil Syarikat)

………...nombor pendaftaran………..

(Nama Syarikat) (MOF/SSM)

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi mana-mana individu dalam Pejabat Daerah/Tanah Klang atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Daerah/Tanah Klang atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

...

Nama : No. K/P : Tarikh :

Cop Syarikat :

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di dalam arahan kepada petender termasuk arahan yang menghendakkan kami

MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender termasuk arahan yang menghendakkan

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DILENGKAPKAN / DILAMPIRKAN KE DALAM DOKUMEN TENDER DAN MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan

MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di dalam arahan kepada petender termasuk arahan yang menghendakkan kami

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DILENGKAPKAN / DILAMPIRKAN KE DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA DAN MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami

MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di dalam arahan kepada petender termasuk arahan yang menghendakkan kami

MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di dalam arahan kepada petender termasuk arahan yang menghendakkan

MAKLUMAT PETENDER. 1) Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di dalam arahan kepada petender termasuk arahan yang menghendakkan