NEGERI SELANGOR

40  muat turun (0)

Tekspenuh

(1)

DOKUMEN SEBUTHARGA

HARGA DOKUMEN : RM 30.00

TARIKH TUTUP :

TARIKH TAKLIMAT :

CADANGAN PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN DI KUARTERS PANGSAPURI SAUJANA DAMAI, JALAN RAYA BARAT, 41000

KLANG.

NO SEBUTHARGA: BKP/SUK/SEL/05/2016 Kontraktor :

(Cop kontraktor)

Sub Unit Kuarters TINGKAT LIMA

BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 40503 SHAH ALAM SELANGOR.

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN

NEGERI SELANGOR

(2)

SENARAI KANDUNGAN

1. Arahan kepada kontraktor 2. Spesifikasi kerja

3. Borang tawaran 4. Ringkasan tawaran

5. Maklumat kontraktor (perlu diisi dengan lengkap) 6. Senarai kerja yang sedang dilaksanakan

7. Senarai kerja yang telah dilaksanakan 8. Senarai peralatan yang dimiliki

9. Maklumat berkaitan dengan projek 10. Borang A

(3)

1. ARAHAN KEPADA PETENDER 1.1 Kelayakan Petender

Petender yang masih sah berdaftar seperti berikut : CIDB

Kelas G1

Kategori - CE14 dan CE21 dan CE32 ATAU

Kementerian Kewangan

Kod Bidang - 221001 dan 221002 dan 221003

* Petender mestilah kod bidang di dalam skop kerja yang terlibat.

Petender yang tidak mempunyai kod bidang tersebut, dokumen tendernya akan ditolak.

* Mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012 yang telah diwartakan pada 16 Julai 2012 sebagai P.U.(A) 214/2012

1.2 Borang Tawaran Kepada Petender

Petender dikehendaki mengemukakan Dokumen Tender dalam Sampul Surat bermetri (Sealed Envelope). Sudut kiri sampul surat hendaklah dicatit “Sebutharga Perkhidmatan Pencucian Dan Pembersihan Pangsapuri Saujana Damai, Jalan Raya Barat, Klang”dan dikembalikan ke dalam peti sebutharga di :-

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bahagian Khidmat Pengurusan

Tingkat 18

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari pada 28.07.2016 (Khamis) Petender dimestikan mengisi dengan sempurna borang-borang maklumat yang terdapat di dalam Sebut Harga ini dan tidak dibenarkan untuk menceraikan borang-borang tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran di tolak.

(4)

1.3 Dokumen Sebutharga

a) Dokumen tender akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian didalam dokumen tender ini melainkan mendapat kelulusan daripada Pengawai Penguasa.

b) Harga-harga dalam tender hendaklah mengambil kira semua kos berkaitan bagi penyiapan kerja dengan sempurna.

c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan atau perubahan harga akibat daripada perubahan kos di dalam pasaran semasa.

1.4 Tawaran Dan Penolakan Sebut Harga

Ibupejabat Kerajaan Negeri Selangor tidak terikat untuk menerima mana- mana tawaran dan tiada sebab akan diberi di atas penolakan mana-mana tender tersebut.

1.5 Pemeriksaan Tempat Kerja

Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti keadaan tempat kerja, persekitarannya, bentuk dan jenis keadaan, takat dan jenis kerja, bahan dan peralatan yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara laluan masuk/ keluar ketempat kerja dan hendaklah mendapat sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, hal luar jangka dan segala hal keadaan yang boleh mempengaruhi dan menjejas tender. Sebarang tuntutan yang timbul akibat dari kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

1.6 Memulakan Kerja

Petender yang berjaya dikehendaki memulakan kerja pada tarikh seperti yang diarahkan secara bertulis oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekiranya Petender gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh yang ditetapkan, Pegawai Penguasa berhak untuk membatalkan kontrak kerja ini.

(5)

1.7 Perubahan Kerja

a) Pegawai Penguasa boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis.

b) Semua perubahan kerja atau kerja tambahan yang dikehendaki oleh Pegawai Penguasa akan diukur dan dinilaikan mengikut kadar harga yang bersesuaian dan dipersetujui antara Pegawai Penguasa dan kontraktor.

1.8 Pematuhan Kepada Arahan Keselamatan Dan Peraturan

Kontraktor hendaklah mematuhi segala syarat-syarat berkaitan dengan keselamatan di tapak kerja semasa menjalankan kerja dan lain-lain peraturan di mana kerja sedang dilaksanakan.

1.9 Peraturan Membayar Selepas Siap

Bayaran penuh setiap bulan hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja-kerja dengan sempurna pada bulan tersebut. Invois dan rekod kerja hendaklah dihantar sebelum atau pada 10hb bulan berikutnya.

Pengesahan dari penyelia mengenai kesempurnaan kerja hendaklah dihantar semasa membuat tuntutan.

1.10 Penamatan Kontrak

Pegawai Penguasa berhak pada bila-bila masa menamatkan kontrak ini dengan memberi 1 (satu) bulan notis kepada kontraktor. Kontraktor juga boleh berbuat demikian dengan cara bertulis 3 bulan sebelum ingin menamatkan kontrak.

1.11 Pemotongan Harga

Potongan harga akan dibuat berdasarkan ringkasan harga tawaran sekiranya,

a) prestasi kerja yang dijalankan tidak memuaskan Pegawai Penguasa atau wakilnya.

b) bilangan pekerja yang tidak mencukupi ditapak kerja seperti yang disyaratkan.

c) kerja tidak disempurnakan sepenuhnya

d) tidak mematuhi perkara-perkara di dalam jadual harga dan skop kerja yang terlibat

(6)

1.12 Tapak Kerja

Kuarters Pangsapuri Saujana Damai( Blok A, B dan C ) dan keseluruhan kawasan lanskapnya.

1.13 Waktu Bertugas

Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu - 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

* atau mengikut skop perkhidmatan

* sekiranya terdapat majlis diadakan di luar waktu bekerja, kontraktor diminta bekerja bagi persiapan dan juga pelaksanaan majlis tersebut dan cuti ganti bolehlah diambil pada hari lain dan perlu diselaraskan oleh pihak kontraktor tanpa menggangu operasi harian, persiapan atau perlaksanaan majlis.

Pelarasan ini perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pegawai Penguasa. Tiada pertambahan kos dibenarkan sekiranya pihak kontraktor bekerja di luar waktu bekerja biasa dan ia perlu dimasukkan ke dalam kos penyelenggaraan bulanan.

1.14 Maklumat Latar Belakang, Kewangan Dan Prestasi Kontraktor

a) Kontraktor hendaklah mengambil maklum bahawa sebutharga ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan kontraktor untuk melaksanakan perkhidmatan, di samping kemunasabahan harga. Justeru itu keupayaan kontraktor akan dinilai semasa penilaian sebutharga. Penilaian ini akan dibuat berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman kerja, tenaga kerja dan prestasi kerja semasa kontraktor.

b) Untuk membolehkan penilaian dibuat, kontraktor dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan bersama-sama dokumen sebutharganya. Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang sewajarnya dibuat ke atas kontraktor. Sekiranya kontraktor tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan, dokumen sebutharganya akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

(7)

c) Sekiranya kontraktor gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada dokumen-dokumen yang berkaitan, maklumat dan data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidakcukupan dokumen tersebut penilaian keupayaan kontraktor dianggap tiada.

d) Semua borang-borang maklumat hendaklah diisi dengan maklumat yang benar dan data-data yang tepat.

e) Semua maklumat dan dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan oleh kontraktor bersama-sama dokumen sebutharga sebelum tarikh tutup sebutharga dan kontraktor tidak dibenarkan mengemukakannya selepas itu. Sebarang maklumat atau mana- mana dokumen yang diterima selepas sebutharga ditutup, tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan kontraktor.

f) Sekiranya kontraktor didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (‘whithold’) atau tidak memberikan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, dokumen sebutharganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya.

1.15 Pematuhan Kepada Undang-Undang Dan Peraturan Kerajaan

Kontraktor adalah dikehendaki mematuhi segala akta, peraturan dan undang-undang Kerajaan Malaysia yang berkaitan dan yang berkuatkuasa semasa perlaksanaan kerja/ perkhidmatan. Kegagalan di dalam mematuhi segala akta, peraturan dan undang-undang tersebut sehingga dikenakan tindakan undang-undang, denda atau seumpamanya adalah dibawah tanggungjawab kontraktor sendiri.

(8)

2. SPESIFIKASI KERJA

2.1 Kontraktor bertanggungjawab bagi mengadakan pekerja, perkakasan seperti tangga, mesin-mesin dan lain-lain alat yang diperlukan bagi melaksanakan kerja dengan sempurna.

2.2 Kontraktor adalah dianggap telah melawat tapak kerja dan mengetahui beban pekerjaan, jenis peralatan, mesin, dan lain-lain lagi bagi kesempurnaan kerja kerana tuntutan perbelanjaan tambahan di atas kecuaian pihak kontraktor tidak akan di pertimbangkan.

2.3 Semua kerja yang dijalankan hendaklah memberi kepuasan kepada Pegawai Penguasa atau wakilnya dan penghuni bangunan. Potongan harga akan dibuat berdasarkan ringkasan harga tawaran sekiranya prestasi kerja yang dijalankan tidak memuaskan Pegawai Penguasa atau wakilnya dan penghuni kediaman. Sebarang perubahan skop kerja tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran bertulis dari Pegawai Penguasa atau wakilnya.

2.4 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua kecederaan pekerja, penghuni bangunan dan kerosakan kepada harta yang berlaku dari kecuaian kontraktor sendiri. Kontraktor perlu sentiasa memberitahu Pegawai Penguasa atau wakilnya terhadap sebarang tuntutan berbangkit dari penyempurnaan kontrak ini.

2.5 Kontraktor dikehendaki mengganti semua kerosakan harta Kerajaan Selangor yang disebabkan oleh kelalaian atau kemalangan semasa melaksanakan kerja tersebut di atas perbelanjaan sendiri.Kontraktor juga akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kecurian yang berlaku semasa pekerja masih di kawasan bangunan.

2.6 Semua pekerja hendaklah dari warga tempatan dan dibekalkan dengan pakaian seragam dan mempunyai tanda nama. Senarai nama serta nombor kad pengenalan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa untuk semakan.

2.7 Jika kontraktor mendapati sukar menjalankan kerja di waktu bekerja biasa kerana beberapa hal yang di luar kemampuannya, kontraktor adalah dibenarkan menjalankan kerjanya di luar waktu tersebut setelah mendapat kelulusan bertulis dari Pegawai Penguasa.

2.8 Kontraktor hendaklah menyediakan jadual kerja dan perlu diserahkan kepada Pegawai Penguasa untuk semakan. Pegawai Penguasa atau wakilnya berhak mengubah atau meminda jadual kerja jika difikirkan perlu dengan tiada bayaran tambahan kepada kontraktor.

(9)

2.9 Jumlah pekerja hendaklah mencukupi dan kontraktor hendaklah menyelia bagi menentukan kerja-kerja dilaksanakan dengan sempurna. Kontraktor dibenarkan menambah tenaga pekerjanya mengikut pertimbangannya tetapi tiada penambahan harga akan dibuat pada kontrak asal.

2.10 Kontraktor hendaklah menyediakan peralatan yang sesuai bagi melaksanakan kerja. Penggunaan peralatan atau mesin selain dari yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa tidak dibenarkan. Peralatan atau mesin tersebut hendaklah dihantar kepada Pegawai Penguasa untuk diperiksa dan diuji sebelum dibenarkan penggunaannya. (Jika dikehendaki berbuat demikian oleh Pegawai Penguasa).

2.11 Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi arahan dari Pegawai Penguasa atau wakilnya semasa melakukan kerja.

2.12 Kontraktor hendaklah memastikan kawasan bangunan didalam keadaan yang bersih dan sempurna dari segala peralatan, mesin dan lain-lain sebelum meninggalkan bangunan pada tiap-tiap hari tamat bekerja.

2.13 Kontraktor tertakluk untuk mematuhi kepada tatacara dan jadual kerja seperti mana yang telah ditetapkan.

2.14 Memotong rumput, lalang dan dedaun yang tidak sepatutunya tumbuh seperti yang ditetapkan di tanah rata dan di tebing termasuk membersihkan kawasan sebanyak 2 (dua) kali sebulan atau mengikut arahan Pegawai Penguasa.

2.15 serpihan rumput yang jatuh ke dalam longkang, kaki lima dan lain-lain tempat hendaklah di bersihkan dengan sempurna.

2.16 selepas kerja-kerja pemotongan rumput, kontraktor dikehendaki memasukkan segala sampah, rumput-rumput dan dedaun ke dalam beg plastik dan dibawa keluar dari kawasan kerja pada hari yang sama pemotongan dilakukan dan membuang di tempat yang dibenarkan Pihak Berkuasa Tempatan.

2.17 Kontraktor hendaklah mengemukakan laporan perkhidmatan memotong rumput untuk setiap bulan kepada Pegawai Penguasa sebagai rujukan dan semakan.

2.18 Pemeriksaan kerja akan dilakukan dalam masa 3 hari selepas tarikh akhir jadual pemotongan seperti yang dikemukakan oleh kontraktor kepada Pegawai Penguasa. Pemotongan pembayaran akan dilakukan mengikut pecahan harga sekiranya kerja yang dilaksanakan tidak disempurnakan semasa pemeriksaan tersebut.

(10)

2.19 Skop kerja adalah meliputi keseluruhan kawasan simen render (tangga dan kaki lima bangunan), penyelenggaraan dinding dan siling, rumah sampah (termasuk tong sampah serta tempat himpunan sampah luar dan dalam), kawasan letak kereta, longkang keliling bangunan, kawasan berbumbung, mengutip sampah sarap yang bersepah di lorong-lorong, salur aliran air hujan, kolam, kaki lima, membersihkan tong-tong sampah, stor, kawasan berumput dan lain-lain kerja membersih yang berkaitan.

2.20 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua kecederaan pekerja dan kerosakan kepada harta yang berlaku dari kecuaian kontraktor sendiri. Kontraktor perlu sentiasa memberitahu Pegawai Penguasa atau wakilnya terhadap sebarang tuntutan berbangkit dari penyempurnaan kontrak ini.

2.21 Penggunaan peralatan atau mesin selain dari yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa adalah tidak dibenarkan. Peralatan atau mesin hendaklah dihantar kepada Pegawai Penguasa untuk diperiksa dan diuji sebelum dibenarkan penggunaannya.

2.22 Semua pekerja hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam dan juga

‘punch card’ ketika melaksanakan kerja di dalam bangunan ini.

2.23 Kontraktor hendaklah mengawasi kerja-kerja pembersihan dan pencucian serta tatatertib pekerja-pekerja. Kerja pembersihan dan pencucian tersebut hendaklah menghasilkan mutu yang baik sepanjang masa.

Kontraktor hendaklah sentiasa mematuhi arahan dari Pegawai Penguasa atau wakilnya semasa melakukan kerja.

2.24 Kontraktor dikehendaki menyediakan pekerja-pekerja untuk mengemop, mengelap atau mengepam air atau air hujan yang meresap ke bangunan apabila diarahkan.

2.25 Cuti kakitangan perlu dimaklumkan 3 hari sebelum cuti diambil. Sekiranya tidak dimaklumkan, pemotongan bayaran bulanan akan dibuat. Walau bagaimanapun, pengganti perlu disediakan untuk mengambilalih kerja yang perlu dilaksanakan.

2.26 Kontraktor hendaklah memastikan tempat kerja di dalam keadaan yang bersih dan sempurna dari segala peralatan, mesin dan lain-lain sebelum meninggalkannya pada tiap-tiap hari tamat bekerja.

2.27 Kontraktor hendaklah melantik pekerja bergaji tetap dengan kadar bilangan yang mencukupi bagi menjamin kesempurnaan kerja seperti mana diterangkan dalam penentuan kerja.

(11)

3.0 Tatacara kerja seperti berikut hendaklah dipatuhi dengan sempurna :

HARIAN

a) Menyapu sampah kaki lima di setiap tingkat b) Mop lantai di setiap tingkat

c) Menyapu dan membersih kawasan siar kaki di tingkat bawah d) Menyapu dan membersih kawasan letak kereta pangsapuri

e) Mengumpul sampah dikawasan kaki lima ke dalam rumah sampah f) Membersih dan mengemas rumah sampah

g) Mengumpul dan membersih tong sampah awam

h) Menyapu dan membersih kawasan berumput pangsapuri

MINGGUAN DAN BULANAN

a) Mop keseluruhan lantai / tangga simen render

b) Sapu sawang setiap tingkat dinding, tetulang sekatan dan pintu.

c) Bersihkan hiasan dinding

d) Waterjet longkang dan kaki lima sekeliling bangunan tingkat bawah e) Mencuci dan membersih rumah sampah (waterjet)

f) Mencuci dan membersih tingkap bilik serbaguna g) Mesin rumput kawasan pangsapuri

(12)

RINGKASAN SKOP / SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN PANGSAPURI SAUJANA DAMAI. JALAN RAYA BARAT, KLANG.

Bil Kawasan Spesifikasi Kekerapan

1 Simen render (tangga dan kaki lima bangunan)

Sapu sampah sarap, pasir- pasir halus, habuk-habuk dan lain-lain benda asing.

Mop dengan bahan kimia yang sesuai untuk membersihkan segala kesan kotoran yang ada.

Waterjet kaki lima bangunan dan penutup longkang setiap blok.

1 x sehari

1 x seminggu

1 x sebulan

2 Penyelenggaraan Dinding dan Siling

Sapu sawang

Lap pemegang tangga

1 x seminggu 1 x seminggu

3

Rumah sampah

(termasuk tong sampah)

Sapu dan bersihkan dinding dan lantai rumah sampah Waterjet rumah sampah

1 x sehari

1 x sebulan

4 Kawasan letak kereta

Sapu sampah sarap, pasir- pasir halus, habuk-habuk dan lain-lain benda asing.

1 x sehari

(13)

Bil Kawasan Spesifikasi Kekerapan

5 Tong sampah

Kutip semua sampah dan gantikan plastik tong sampah Bersihkan dengan bahan kimia yang sesuai agar tong sampah tidak kotor dan berbau

1 x sehari

2 x sebulan

6 Longkang

Bersihkan longkang dari sampah sarap dan sebarang sekatan. Pastikan air mengalir dengan lancar.

Waterjet longkang dari kesan lumut dan kesan minyak

1 x sehari

3 bulan sekali

7 Stor Bersih dan kemaskan bilik stor 1 x sehari

8 Kawasan berumput

Mesin rumput Racun rumput

2 x sebulan Bila perlu

(14)

HOUSEKEEPING SERVICES

MAINTENANCE SCHEDULE

(15)

CLEANING SERVICES

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

External & Internal Area

Sweep, wash and buff all lobby floor areas to ensure the maintaining of a high luster and the highest quality floor

Sweep, polish all floor tiles (granite/marble/sandstone etc) using the right method and chemicals Clean all metal trim work to remove fingerprints, smudges, water and other marks. Care will be taken to prevent the scratching or damaging of metal finishes. Metal scratches will be reported immediately to management.

Sweep and damp mop all resilient floor such as gum and tar adhered to the floor

Vacuum all carpeted areas, remove stains with carpet stain remover and any gum or tar should be removed.

Carpets should be spot cleaned or shampooed as required and requested to maintain a clean and attractive floor

Clean all baseboard, baseboard ledges, mouldings and windows frames

Wash glass and wipe down directory in main lobby as well as floor directories.

Clean all cigarettes urns and trash receptacles.

Clean all water fountains with germicidal cleanser and wipe dry

X

X

X

X

X

X

X

X

X

(16)

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

Spot clean all doors (sliding tempered glass door with timber carving, solid timber door etc.) door frames, door handle to remove dust, fingerprint, spills and other marking.

Proper care and attention must be given to the timber carving at the sliding tempered glass door.

Clean and polish all Main Entrance Door including entrance to Multi- Purpose Block and Quarters

Empty all waste bin and replace plastic bag are to fit waste bin in such a manner as to not overhang the top by more than 2” inches. Plastic bags are to be replaced when required.

Polish the lobby planters for trash that has accumulated

Dust with treated cloth all doors and ventilating louvers

Wet mop and spray buff all non-lobby tile floor

Janitor closets will be left clean, orderly stocked and contain only cleaning supplies and equipment.

Edge vacuum all carpeted area of corridors.

Wash vinyl and metal kick plates on doors

Dust and clean to shine all brass decorative items using the right chemical and methods

X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

(17)

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

Scrub and recondition all floor finishes (internal & external) tiles flooring using buffable non slip type floor finish

Wash all interior lobby glass windows Strip and refinish lobby floors using a buffable, non-slip floor finish.

Wash all doors and door frame High dust all horizontal and vertical surfaces not reached in nightly cleaning, such as light fixtures, door frames, picture frames etc.

Dust all building parabolic light lenses with a properly fitted dust wand Wash and polish vertical tiles and granite surfaces

Shampoo carpet in corridors and any other carpeted areas using a steam shampoo. Care will be taken to remove all access moisture from carpet fibres.

Vacuum upholstered furniture

Damp wash diffusers, vent grilles and other such surface including surrounding wall and ceiling areas that are soiled.

Clean all wall in lobby

Vacuum and clean acoustical ceiling tiles to remove all discoloration, marks and dirt

X

X X

X X

X

3M

3M

3M 3M

3M 6M

(18)

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

Wash down all wall in stairwells Wash all unpainted metal surfaces Wash, vacuum or clean where appropriate all corridor, lobby and vestibule walls.

Clean all vertical surfaces not attended to in nightly, weekly, quarterly or semiannual cleaning specifications.

Open all fluorescent fixtures and down interior and exterior.

Stairwell, Railings, Balustrade Check all stairwells and remove debris and trash.

Sweep and damp mop all stair areas, dust all hand railing and spot clean all walls.

Dust light fixtures Car Park

Thorough sweeping using sweeper machines, remove oil spillage

Spot sweeping and keeping litter free water ponding to all areas including drains

Dusting to remove cobwebs, foreign materials and dirt to walls, columns, grilles, doors, ducts, piping, conducts, trunkingetc

Wiping with damp cloth to remove dust accumulation, clean with approved chemical.

X

X

X

X

X

X

X

6M 6M 6M

6M

6M

(19)

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

Passageway

Sweep and damp mop all areas spot clean all walls

Dusting to remove cobwebs, foreign materials and dirt to all areas

Signages

Damp wipe clean Exterior Cleaning

Spot cleaning and removal of wall stains, dust accumulation, cobwebs and fungus with approved methods, chemical and water to wall, column etc

Sweeping and keeping litter free and water ponding to all areas including roads, driveways, footpath and drains Manual scrubbing, washing and cleaning using approved chemical and spraying with high pressure water jet to walls, columns, parapet etc

Cleaning of curtain wall, windows and glazing using appropriate method, gadgets, equipment with safe and good quality cleaning materials Other necessary cleaning works and services for all spares and surface outside the building and surrounding area that is associated with the building which include assets, gadgets, fittings, fixtures, equipment and installation situated in the areas mentioned which require cleaning works and services

X

X

X

X

X

X

X

X

(20)

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

Refuse Bin Center

Sweeping to keep area free from litter and spillage

Scrubbing, washing and spraying water to keep room clean dirt, stubborn stain and gum.

Wipe wall to remove dirt, stain and foreign materials using approved chemical

X

3X

3X

HYGENIC SERVICES

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

Supply and Replenishment

Oil-based automatic air freshener for each toilets at common area

Sanitizer systems for each cubicle and urinal bowl at common area Supply of sanitary bins with bactericidal vapour action to disinfects the sanitary dressings disposal in every cubicle for female toilets

Toilet seat sanitizer complete with solution to be placed in every sitting type WC cubicle beside the toilet tissue dispensed

X

X

2X

X

(21)

WASTE DISPOSAL SERVICES

No Detail Maintenance Frequency

D W M 3M/6M Y/2Y

Collect and dispose all general wastes from the collecting point to a waste disposal center designated inside the building compound

Sweeping, washing and spraying water to keep every garbage collecting point free from litter and spillage

Collect and dispose all general wastes from all spaces and surfaces outside the building and the surrounding area associated with the building to a waste disposal center allocated by the Local Authority Keep in perfect condition, maintain and clean garbage bins and waste disposal center such that no bad odor, insect and rodent present.

Other necessary collection and waste disposal work are compliance with the Standards and Regulations

X

X

X

X

X

(22)

LANDSCAPE SERVICES

MAINTENANCE SCHEDULE

(23)

HARDSCAPE

Scope Detail Maintenance Frequency

Sidewalks, curbs, signage, rest area, vase etc

Drainage

Edging sidewalks and curbs remove grass and weeds. Clean up the signage with wet cloth, to ensure rest area and vase no debris and protected

Wash and clean all the drainage, collect and dispose the rubbish using the correct tool as per agreed.

Daily/Weekly

Monthly.

(24)

3. BORANG TAWARAN

PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN DI KUARTERS PANGSAPURI SAUJANA DAMAI, JALAN RAYA BARAT, 41000 KLANG.

BIL PERKARA UNIT KUANTITI SEBULAN SETAHUN 2 TAHUN

A.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

KERJA PERMULAAN

Menyediakan Insurans Perlindungan Pekerja (PERKESO), kerosakkan harta benda awam dan lain-lain insurans berkaitan serta penyediaan dokumen kontrak.

Menyediakan pakaian seragam bagi semua pekerja

(6 pekerja X 4 helai X 2 tahun) Low Speed (Scrubbing Machine) High Speed (Polisher Machine) High Pressure Cleaner

Air blower Trolley

HB

Helai

Unit Unit Unit Unit Unit

HB

48

3 3 3 3 3

JUMLAH A B.

1.

2.

PERKHIDMATAN

Menyediakan perkara berikut untuk melaksanakan skop perkhidmatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Peralatan hangus bagi melaksanakan perkhidmatan seperti penyapu, mop, baldi, cangkul, plastik sampah dan lain-lain peralatan.

Bahan-bahan untuk kegunaan semasa pencucian seperti sabun, detergent, racun rumput dan lain-lain.

HB

HB

HB

HB

JUMLAH B

(25)

BIL PERKARA UNIT KUANTITI SEBULAN SETAHUN 2 TAHUN

C

Sambungan;

SKOP KERJA BLOK A, B DAN C

a) Simen render (tangga dan kakilima bangunan).

i. Sapu sampah sarap, pasir-pasir halus, habuk-habuk dan lain-lain benda asing.

ii. Mop dengan bahan kimia yang sesuai untuk membersihkan segala kesan kotoran yang ada.

iii. Waterjet kakilima bangunan dan penutup longkang setiap blok.

b) Penyelenggaraan Dinding dan Siling i. Sapu sawang.

ii. Lap pemegang tangga.

c) Rumah sampah (termasuk tong sampah)

i. Sapu dan bersihkan dinding dan lantai rumah sampah.

ii. Waterjet rumah sampah.

d) Kawasan letak kereta.

i. Sapu sampah sarap, pasir-pasir halus, habuk-habuk dan lain-lain benda asing.

e) Tong sampah

i. Kutip semua sampah dan gantikan plastik tong sampah

ii. Bersihkan dengan bahan kimia yang sesuai agar tong sampah tidak kotor dan berbau,

f) Longkang

i. Bersihkan longkang dari sampah sarap dan sebarang sekatan. Pastikan air mengalir dengan lancar.

ii. Waterjet longkang dari kesan lumut dan kesan minyak.

g) Stor

i. Bersih dan kemaskan bilik stor.

h) Kawasan berumput i. Mesin rumput ii. Racun rumput

Hari

Minggu

Bulan

Minggu Minggu

Hari Bulan

Hari

Hari Bulan

Hari

Bulan

Hari

Bulan -

1 kali

1 kali

1 kali

1 kali 1 kali

1 kali 1 kali

1 kali

1 kali 1 kali

1 kali

1 kali

1 kali

2 Kali Bila perlu

JUMLAH C1

(26)

* HB = Harga Borong

BIL PERKARA UNIT KUANTITI SEBULAN SETAHUN 2 TAHUN

D.

1.

2.

PEKERJA

Menyediakan pekerja untuk melaksanakan skop perkhidmatan mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Penyelia Pekerja Am

orang orang

1 5

JUMLAH D

(27)

4. RINGKASAN TAWARAN

Berikut adalah tawaran harga pihak saya/ kami bagi perkhidmatan yang tersebut diatas bagi tempoh selama ___2 (Dua)___ hari/ minggu/ bulan/ tahun

BIL RINGKASAN SEBULAN SETAHUN 2 TAHUN

(A) (B) (C) (D)

JUMLAH A JUMLAH B JUMLAH C JUMLAH D

JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah Ringgit : ___________________________________________

________________________________________________________________

Bertarikh pada _____hb___________20____

_______________________ _______________________

Tandatangan Kontraktor Tandatangan Saksi Nama penuh : ____________ Nama penuh : ____________

No.K/P : _________________ No.K/P : _________________

Atas Sifat : _______________ Pekerjaan : ______________

________________________ ________________________

Cop Syarikat Cop Syarikat

Alamat : _________________ Alamat : _________________

________________________ ________________________

*kadar harga yang ditawarkan hendaklah sah selama tempoh 3 bulan selepas dari tempoh tarikh tutup iklan sebutharga

(28)

5. MAKLUMAT KONTRAKTOR

(Maklumat perlu diisi dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja)

BORANG B – MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG PENTENDER

1. Nama : ...

2. Alamat : ..……...…

..……...…..

No. Telefon : ……… No. Fax : ………

3. Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan/ atau Kementerian Kewangan (Sertakan Salinan Pendaftaran)

(i) No. Pendaftaran : ..……...…..

(ii) Tarikh Daftar : ..……...…..

Sah hingga : ..……...…..

(iii) Kelas dan Tajuk/ Tajuk Kecil : ……….

………...………..

(iv) Taraf (Bumiputera/ Bukan Bumiputera) : ……….

(vi) Jika Bumiputera, tempoh sah taraf : Dari ……... Hingga ….…..

4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. nyatakan :

(i) Modal dibenarkan : RM ………..

(ii) Modal dibayar : RM ……….

5. Perniagaan Utama lain, jika ada :

(a) ………..… sejak ………

(b) ………..… sejak ………

6. Ahli-ahlisyarikat :

(i) Ahli-ahli lembaga pengarah :

NAMA JAWATAN SAHAM MODAL

DIPEGANG

(29)

(i) Ahli-ahli lembaga pengarah (sambungan)

NAMA JAWATAN SAHAM MODAL

DIPEGANG

(i) Ahli-ahlipengurusan

NAMA JAWATAN KELULUSAN

AKEDEMIK

(30)

6. SENARAI KERJA YANG SEDANG DILAKSANAKAN

(Maklumat perlu diisi dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja)

Nama Projek

Jabatan/ Agensi/

Perunding yang mengawas projek

Harga

Kontrak Tempoh

Peratusan Kemajuan Semasa

(31)

7. SENARAI KERJA YANG TELAH DISIAPKAN

(Maklumat perlu diisi dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja)

Nama Projek

Jabatan/ Agensi/

Perunding yang mengawas projek

Harga

Kontrak Tempoh

Tarikh Siap Sebenar

(32)

8. SENARAI PERALATAN YANG DIMILIKI

(Maklumat perlu diisi dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja)

BIL JENIS PERALATAN JUMLAH

(33)

9. MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN PROJEK

(Maklumat perlu diisi dengan lengkap. Lampiran hanya dibenarkan apabila ruangan tidak mencukupi sahaja)

* maklumat berkaitan dengan projek adalah maklumat-maklumat tambahan yang boleh membantu penilaian atau kelebihan syarikat yang berkaitan dengan projek sahaja, seperti contoh pernah memenangi pertandingan, mempunyai pekerja mahir dan berpengalaman, pengedar tunggal sesuatu barang, mempunyai lesen/ kepakaran khas sesuatu perkara dan sebagainya.

BIL PERKARA

(34)

10. BORANG A

* sila salin dan isi kembali borang ini dan dimasukkan kedalam sampul surat berlakri

LAPORAN PENYELIA PROJEK ATAS PRESTASI KERJA (BUKAN PROJEK PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR) SEMASA KONTRAKTOR

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh Penyelia Projek atau Pembantu Kanannya yang mengawasi projek dan diserahkan kepada kontraktor dalam satu sampul surat berlakri untuk disertakan bersama-sama tendernya)

Kepada : ...

...

...

(Pihak yang akan menilai tender)

Nama Kontraktor ...

Nama Projek Yang Dilaksanakan ...

...

No. Kontrak ...

Harga Kontrak (termasuk anggaran nilai kerja perubahan) : RM ...

Tarikh Milik Tapak : ... Tempoh Kontrak : ... minggu Tarikh Penyiapan Asal : ...

Lanjutan Masa Yang Telah Diluluskan : ... hari

Lanjutan Masa Seterusnya;

Yang difikir/ dijangka layak diperakukan : ... hari Atas Sebab-sebab : i)

ii)

Kemajuan Kerja (berdasarkan nilaian kerja yang telah dilaksanakan);

Pencapaian sebenar : ... % Mengikut jadual : ... % Tarikh kerja dijangka akan dapat disiapkan : ...

Nilai Bahagian Kerja Yang Telah Siap : RM

Nilai Baki Kerja Yang Belum Siap : RM

Ulasan-ulasan mengenai Prestasi Kontraktor;

(Nyatakan apa-apa kepujian dan/ atau kelemahan kontraktor dan juga apa-apa tindakan/

perakuan yang diambil/ dipertimbangkan berhubung dengan prestasi kontraktor melaksanakan kontrak)

Tandatangan Penyelia Projek : ...

Nama : ...

Jawatan : ... Tarikh : ...

(35)

SENARAI HARGA YANG DIPERSETUJUI Nota : Harga ini akan digunapakai apabila kerja tidak disempurnakan dan

bagi tujuan penolakan kos tuntutan kontrak bulanan.

1. SIMEN RENDER :………/ …….. m3 - RM

2. PENYELENGGARAAN DINDING DAN SILING :…….../ …….. m3 - RM

3. RUMAH SAMPAH :………..../ ...… Unit - RM

4. KAWASAN LETAK KERETA :……….………..../ …….... m3 - RM

5. LONGKANG :………...…../ ………. m3 - RM

6. POTONG RUMPUT :………… ………./ ……... m3 - RM

7. KAWASAN BLOK A : ………./ ……... m3 - RM

8. KAWASAN BLOK B : ………./ ……... m3 - RM

9. KAWASAN BLOK C : ………./ ……... m3 - RM

(36)

Senarai Peralatan Yang Mesti Dimiliki

1 Low Speed (Scrubbing machine) - 3 unit 2 High Speed (Polisher machine) - 3 unit

3 High pressure cleaner - 3 unit

4 Air Blower - 3 unit

5 Troli - 3 unit

6 Lain-lain peralatan yang perlu bagi menyempurnakan kerja

(37)

PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN PANGSAPURI SAUJANA DAMAI. JALAN RAYA BARAT, KLANG.

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN DI PANGSAPURI SAUJANA DAMAI, JALAN RAYA BARAT,

41000 KLANG.

A. SKOP KERJA HARIAN

BIL BLOK PANGSAPURI A, B, C Kekerapan

1 Menyapu sampah kaki lima setiap tingkat 1 x sehari

2 Mop lantai setiap tingkat 1 x sehari

3 Menyapu dan membersih kawasan siar kaki di tingkat bawah 1 x sehari 4 Menyapu dan membersih kawasan letak kereta pangsapuri 1 x sehari 5 Mengumpul sampah dikawasan kaki lima ke dalam rumah sampah 1 x sehari

6 Membersih dan mengemas rumah sampah 1 x sehari

7 Mengumpul dan membersih tong sampah awam 1 x sehari 8 Menyapu dan membersih kawasan berumput pangsapuri 1 x sehari

(38)

Pengecualian :

1 Sampah domestik (sampah dalam rumah penghuni) bukan tanggungjawab kontraktor untuk dibuang.

2 Kontraktor tidak bertanggungjawab untuk mengangkut sampah dari rumah sampah ke kawasan pusat pembuangan sampah

3 Kontraktor tidak bertanggungjawab untuk mencuci dan membersih dalam unit kediaman.

B. SKOP KERJA MINGGUAN DAN BULANAN

BIL BLOK PANGSAPURI A, B, C Kekerapan

1 Mop keseluruhan lantai / tangga simen render 1 x seminggu

2 Sapu sawang setiap tingkat 1 x seminggu

3 Bersihkan hiasan dinding 1 x seminggu

4 Waterjet longkang dan kaki lima sekeliling bangunan tingkat bawah 1 x sebulan 5 Mencuci dan membersih rumah sampah (waterjet) 1 x sebulan 6 Mesin rumput kawasan pangsapuri 3 x sebulan

(39)

PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN DI PANGSAPURI SAUJANA DAMAI, JALAN RAYA BARAT, 41000 KLANG.

CARTA AGIHAN & PENEMPATAN PEKERJA

Bumbung

Tingkat 5

BLOK A, B, C

Tingkat 4

Tingkat 3

Tingkat 2

Tingkat 1

7

Siar kaki

Tempat letak kereta

Kawasan peti surat

JUMLAH KAKITANGAN 7

* Sekiranya terdapat perubahan kepada pembahagian pekerja di atas, Pegawai Penguasa berhak untuk membuat pindaan tanpa melibatkan penambahan pekerja.

(40)

PELAN LOKASI PANGSAPURI SAUJANA DAMAI, JALAN RAYA BARAT, KLANG.

JALAN KE SUNGAI UDANG

Blok C (20 unit)

Rumah Sampah

Blok A (40 unit) Laluan Belakang Rumah

STOR

Blok B (30 unit)

LAMPIRAN D

Figura

Updating...

Rujukan

Tajuk-tajuk berkaitan :