• Tiada Hasil Ditemukan

View of Gaya Pengajaran Guru Dalam Topik Operasi Asas Matematik Bagi Murid Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Gaya Pengajaran Guru Dalam Topik Operasi Asas Matematik Bagi Murid Sekolah Rendah"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Gaya Pengajaran Guru Dalam Topik Operasi Asas Matematik Bagi Murid Sekolah Rendah

(Teacher’s Teaching Styles for Primary School on Basic Operation in Mathematics)

Nuraziha Mohamad Sahran1*, Roslinda Rosli1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: aziha.sahran@gmail.com Accepted: 1 June 2020 | Published: 15 June 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran guru dalam pengajaran topik operasi asas matematik sekolah rendah. Kajian yang dijalankan merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kes ke atas sampel seorang guru sekolah rendah. Sampel dipilih secara pensampelan bertujuan. Tiga instrumen digunakan bagi memperoleh data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang diadaptasi dengan menggunakan model gaya pengajaran guru daripada Grasha-Riechmann.

Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif berdasarkan pemerolehan kesemua data. Keputusan kajian menunjukkan guru mengamalkan gaya pengajaran pakar dalam pengajaran operasi asas matematik dan didapati lebih dominan dalam mengaplikasikannya sewaktu pengajaran berlangsung.

Kata kunci: gaya pengajaran guru, operasi asas matematik, matematik sekolah rendah

Abstract: The purpose of this study is to identify teacher’s teaching styles in teaching primary school classes on basic operation in mathematics. A qualitative research was conducted through case study of a sample provided by a primary school’s teacher. The sample was selected by specific sampling. Three different instrument was used throughout the case study as follows; observation, interview and document analysis that was adapted from Grasha-Riechmann teaching approach model. Data was analysed through descriptive analysis based on the data collected. The result of the study shows teachers practice expert teaching style in teaching basic operations and determined to be more dominant in applying it during lessons.

Keywords: teaching approach, basic operations, primary school mathematics

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pengenalan kepada konsep bagi topik operasi asas telah bermula sejak murid berada di tahun 1 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Pembelajaran dalam topik ini terus berkembang dengan lebih mendalam setelah murid memasuki tahun 2 dan tahun 3. Hal ini menunjukkan bahawa pembelajaran konsep bagi topik operasi asas telah bermula sewaktu murid di tahap 1. Seterusnya pengaplikasian bagi konsep ini akan diteruskan dengan menggunakan nombor yang lebih besar apabila murid berada di tahap 2 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Bertepatan dengan hal ini adalah penting bagi murid menguasai secara keseluruhannya topik operasi asas ini ketika murid berada di tahap 1.

(2)

Sekiranya murid mengalami masalah dan masih belum menguasai secara sepenuhnya maka murid akan terus lemah dalam penguasaan topik selanjutnya sewaktu berada di tahap 2 sekolah rendah.

Setiap daripada guru mempunyai cara, kaedah dan strategi penyampaian pengajaran yang tersendiri. Kepelbagaian dalam gaya pengajaran ini juga memberikan kesan yang berbeza kepada pemahaman murid (Siti Zubaidah Bt Che Mohd Noor & Abdul Razak Ahmad, 2015).

Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran yang diajar jika guru hanya mengajar dengan menggunakan kapur dan percakapan sahaja, namun terdapat juga murid yang terlalu sukar memahami pengajaran guru walaupun guru menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik. Hal ini menunjukkan bahawa gaya pengajaran guru adalah berbeza dan hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan juga adalah berbeza bagi setiap murid.

Umumnya, gaya pengajaran guru ini merupakan antara aspek pertama yang akan menarik minat dan seterusnya mempengaruhi keputusan akademik murid dalam apa-apa sahaja subjek (Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad, 2015). Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya bagi mengetahui gaya pengajaran yang berkesan dan sesuai dengan sesuatu tajuk pembelajaran yang akan disampaikan oleh seorang guru ketika berada di dalam kelas.

Kepentingan inilah yang menjadikan asas kepada pembentukan asal kajian ini dijalankan.

Seiringan dengan keperluan semasa yang memerlukan guru peka dan sentiasa bersedia dengan perubahan dan desakan pendidikan pada masa kini (Ifada Novikasari, 2013; Andi Prastowo, 2015). Variasi murid kini dan murid dahulu juga memerlukan guru perlu mengetahui adakah gaya pengajaran yang sedia ada masih relevan dengan kehendak transformasi kini.

Jika dilihat dengan lebih mendalam kebanyakan murid tidak dapat menguasai dan mengalami kesukaran dalam mempelajari topik matematik lanjutan. Hal ini kerana murid tidak memahami dengan sepenuhnya konsep operasi asas dalam topik permulaan (Rosnee Ahad, Mohamad Zaid Mustafa, Salina Supiyan & Abdul Rasid, 2018). Diketahui umum, subjek matematik didasari oleh topik operasi asas dan sekiranya lemah penguasaan murid dalam topik ini akan menjadikan murid kecundang menguasai keseluruhan subjek matematik (Faizatulhaida Md Isa, Siti Hajar Said & Azlina Hassan, 2017). Masalah murid lemah di sekolah sering kali dikaitkan dengan kurangnya penglibatan guru dalam menyampaikan pengajaran di sekolah (Mohd Yusof Abdullah, Roslee Talip & Dayang Fatimah Majid, 2017).

Guru sering dipersalahkan dan sering menjadi punca jika murid tidak memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Hal ini menunjukkan bahawa dalam satu institusi pendidikan guru sewajarnya memainkan peranan yang penting dan berusaha menambah baik potensi diri supaya dapat menjamin pemerolehan pembelajaran yang eksplisit terhadap murid.

Bertepatan dengan hal ini, kajian ini dijalankan bagi mengetahui gaya pengajaran guru dalam topik operasi asas supaya memudahkan guru untuk mengajar topik ini dengan lebih mantap sekaligus menyumbang kepada pembangunan kecemerlangan murid dalam subjek matematik.

2. Ulasan Kajian Lepas

Gaya Pengajaran Guru

Terdapat pelbagai jenis gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan sesi pengajaran. Antaranya bercorak kepercayaan konstruktivis dan tradisional (Kul & Celik, 2017). Gaya pengajaran secara konstruktivis ini menyatakan bahawa penyediaan bahan bantu

(3)

mengajar (BBM) adalah perlu bagi menjadikan pembelajaran lebih mudah. Manakala kepercayaan tradisional pula menyatakan bahawa penyediaan BBM adalah perlu untuk memudahkan pengajaran. Kedua-dua gaya ini memberikan dua konsep pengajaran yang berbeza bagi seorang guru. Gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah sememangnya sukar diramal kerana ada ketikanya guru akan bertindak spontan dalam mengaplikasikan gaya pengajaran bersesuaian dengan situasi murid.

Gaya pengajaran yang disukai oleh murid merupakan fasilitator iaitu murid mengharapkan guru membantu dalam pembelajaran yang diperlukan oleh murid (Khalid, Akhter, & Hashmi, 2017). Fasilitator merupakan gaya pengajaran yang terkini dan sangat popular dalam pembelajaran abad ke-21. Guru bertindak sebagai fasilitator iaitu hanya membimbing murid sekiranya perlu supaya murid sentiasa berada pada landasan objektif pembelajaran yang diingini dalam sesi tersebut. Namun demikian, sering menjadi persoalan adakah pengajaran yang dilakukan bergantung dengan kepercayaan seseorang dan mengetahui bahawa melalui kepercayaan yang manakah diaplikasikan kepada murid (Kul & Celik, 2017). Dalam hal ini menunjukkan bahawa guru merupakan agen penting yang membina kepercayaan tersebut dan guru jugalah yang akan menjadi perancang kepada penyampaian maklumat pembelajaran kepada murid. Sekiranya guru menanamkan dalam diri bahawa kesemua muridnya faham dengan pengajaran secara fasilitator maka guru akan mengaplikasikan gaya tersebut sewaktu masuk ke bilik darjah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru merupakan watak utama dalam pembentukan proses pembelajaran bagi membangunkan kemahiran asas murid yang akan diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan sebenar.

Antara gaya pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah ialah gaya pengajaran pakar. Grasha (1996) menyatakan gaya ini merujuk kepada seorang guru yang sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam keperluan muridnya. Guru ini mampu untuk membentuk pemikiran murid dengan sebaiknya. Gaya ini menunjukkan bahawa seorang guru itu mampu memacu pengajaran dalam bilik darjah dengan lebih mantap kerana kepakaran yang dimiliki olehnya. Namun demikian, adalah menjadi persoalan adakah murid mampu untuk mengikuti pengajaran yang dibawakan oleh guru yang mengaplikasikan gaya pengajaran ini.

Gaya yang seterusnya ialah gaya pengajaran autoriti formal. Gaya ini menunjukkan guru bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada murid bagi mengetahui tujuan dan peraturan. Dalam gaya ini juga guru merupakan seorang individu yang sangat tegas dan hal ini mengabaikan minat murid tersebut. Gaya ini memberi penekanan hanya kepada peraturan dan aktiviti pembelajaran formal yang berlaku di dalam bilik darjah. Ini merujuk kepada guru masuk ke dalam bilik darjah dan mengajar seperti biasa tanpa mengendahkan suasana lain yang berlaku sewaktu pembelajaran berlangsung. Guru juga hanya mementingkan formaliti pengajaran dan kurang memberi perhatian terhadap emosi murid sehingga boleh mengakibatkan murid tercicir dengan pembelajaran yang berlangsung.

Seterusnya ialah gaya pengajaran model personal. Gaya ini menitikberatkan bagaimana ingin berfikir dan bagaimana ingin berkelakuan. Guru akan menggalakkan murid untuk menilai dan membuat sesuatu dengan menunjukkan hasilnya.

Gaya yang seterusnya ialah gaya pengajaran fasilitator. Gaya ini menunjukkan guru melayan murid secara bebas bagi membentuk kebertanggungjawaban murid. Melalui gaya ini guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan tidak mengajar murid secara terus. Bimbingan yang diberikan bagi membantu murid untuk membentuk sendiri pemahaman atas pembelajaran

(4)

yang berlangsung. Gaya pengajaran ini memerlukan tindak balas dan respon positif daripada murid bagi menjadikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung dengan jayanya.

Gaya yang terakhir ialah gaya pengajaran delegator. Gaya ini memerlukan guru menjawab soalan dan mengawal tugasan yang diberikan kepada murid (Apaydin & Cenberci, 2018);

(Khalid et al., 2017); (Emel, 2016); (Atasoy, Yangın, & Tolu, 2018).

3. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran guru dalam pengajaran topik operasi asas matematik sekolah rendah. Seterusnya menyatakan gaya pengajaran yang bersesuaian dan boleh diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran topik operasi asas matematik di sekolah rendah.

4. Metodologi Kajian

Reka Bentuk dan Sampel

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah kajian kes.

Pemilihan reka bentuk kajian ini adalah untuk meneroka gaya pengajaran guru dengan lebih mendalam dan terperinci. Seorang guru yang mengajar matematik di daerah Kapit dipilih dengan menggunakan pensampelan bertujuan dalam kajian ini. Peserta yang dipilih juga merupakan guru yang mengajar di sekolah pedalaman. Pemilihan peserta juga adalah untuk mencungkil gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam suasana kekurangan persekitaran di sekolah tersebut.

Instrumen

Tiga instrumen iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen diguanakan dalam kajian ini. Instrumen pemerhatian mengetengahkan aspek-aspek yang berkaitan dengan gaya pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah dan dilakukan pemerhatian sebanyak lima kali. Instrumen pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini dihasilkan oleh pengkaji berdasarkan tujuan dan objektif kajian dijalankan.

Temu bual pula adalah lanjutan daripada data pemerhatian yang diperoleh bagi menambahkan lagi pemahaman mengenai pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Item dan soalan yang ditemu bual adalah secara separa berstruktur.

Instrumen yang seterusnya ialah dokumen yang berbentuk ujian gaya pengajaran. Instrumen ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan survei yang memberikan soalan dan jawapan yang terhad untuk dipilih oleh responden (Siti Uzairiah, 2017). Ujian ini diadaptasi dan diubah suai dari Inventori Gaya Pengajaran Grasha-Riechmann (1996).

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan dalam kajian ini boleh dicapai melalui perincian setiap langkah sewaktu menjalankan kajian ini. Selain itu juga dilihat melalui prosedur mengutip data dan seterusnya penganalisaan bagi memperoleh hasil kajian. Fokus dan perhatian yang lebih diberikan sewaktu menjalankan analisis juga dapat menjamin kebolehpercayaan kajian ini. Pada akhirnya, penulisan prosedur kutipan data dan analisis data yang terperinci merupakan aspek penting bagi meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini (Siti Uzairiah, 2017).

Kesahan kajian ini pula menggunakan kaedah triangulasi. Kaedah ini digunakan apabila hasil dapatan dari triangulasi adalah tertumpu kepada satu dapatan yang saling mendukung bagi

(5)

mengukuhkan hasil dapatan kajian (Siti Uzairiah, 2017). Triangulasi juga merupakan kaedah pelengkap yang melengkapi antara satu sama lain. Dalam kajian ini, penggunaan triangulasi diaplikasikan melalui kepelbagaian kaedah dan instrumen bagi pengumpulan data kajian. Hal ini bagi melihat data yang wujud dari pelbagai sudut dan mengukuhkan dapatan kajian.

5. Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan instrumen yang dihasilkan iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan terdapat beberapa aspek yang diperhatikan iaitu gaya guru memulakan pengajaran, cara interaksi dengan murid, aktiviti pembelajaran dan cara penilaian murid.

Jadual 1: Rumusan Pemerhatian Gaya Pengajaran Guru

Aspek Dapatan

Gaya guru memulakan

pengajaran

Memulakan pengajaran dengan bertanyakan soalan kepada murid, seterusnya memberi peluang kepada murid untuk memberikan jawapan. Diikuti oleh pengajaran yang berasaskan konsep dan contoh yang bersesuaian dengan pengajaran. Guru juga menyatakan

hala tuju pembelajaran yang perlu dicapai pada akhir pembelajaran.

Cara interaksi dengan murid

Guru mengaplikasikan komunikasi secara dua hala sepanjang pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung. Komunikasi berlaku secara bertulis dan secara lisan.

Aktiviti pembelajaran

Menggunakan bahan maujud dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan. Guru juga mengaplikasikan pembelajaran berpusatkan murid dan memberikan arahan sebelum mengagihkan bahan. Sewaktu aktiviti berlangsung guru bertindak sebagai pemerhati dan

hanya membantu jika perlu. Murid akan melakukan pembentangan pada akhir pembelajaran.

Cara penilaian murid

Melalui soalan sepanjang pembelajaran berlangsung di samping latihan dalam buku aktiviti dan buku teks murid. Selain itu, penglibatan dan respon murid juga diambil kira.

Bagi analisis temu bual pula, tema yang diperoleh ialah tahap akademik murid, variasi dalam pengajaran, sudut pandang guru berdasarkan pengajaran, kelakuan murid dan persediaan guru sebelum memulakan pengajaran.

Jadual 2: Rumusan Temu Bual Gaya Pengajaran Guru

Aspek Dapatan

Tahap akademik murid

Wujud jurang yang besar dari segi akademik dan guru mengaplikasikan pengajaran biasa kemudian memfokuskan kepada murid yang lemah.

Variasi dalam pengajaran

Pengajaran tidak berbeza dalam semua pengajaran hanya berlaku sedikit perbezaan sekiranya ramai murid yang tidak hadir.

Sudut pandang guru berdasarkan

pengajaran

Guru berpuas hati dengan pengajaran yang dilaksanakan kerana murid dapat memahami pengajaran walaupun bukan keseluruhannya. Namun, berpendapat perlu menambah baik

dari segi kawalan kelas dan kepelbagaian aras soalan.

Kelakuan murid Berbeza kerana diperhatikan.

Persediaan guru sebelum memulakan

pengajaran

Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan menekankan penggunaan bahan dan tindakan guru selepas pengajaran dilaksanakan.

Bagi analisis dokumen pula, ujian yang diberikan kepada guru menunjukkan guru cenderung kepada gaya pengajaran pakar yang mana mementingkan perkongsian pengetahuan dan kepakaran dengan murid. Di samping itu, guru menginginkan murid meninggalkan pembelajaran topik ini dengan baik bagi menguasai pembelajaran lanjut dalam bidang seterusnya. Guru juga sering menjadi pakar rujuk dalam menyelesaikan masalah yang kerap

(6)

diperselisih murid tentang isi pembelajaran. Murid memberi gambaran yang besar tentang guru iaitu menggambarkan guru sebagai “gudang pengetahuan” yang membekalkan fakta, prinsip dan konsep yang mereka perlukan. Dalam hal ini juga, guru merupakan sumber yang tersedia untuk murid apabila murid memerlukan bantuan.

6. Perbincangan dan Kesimpulan

Perbincangan dapatan adalah berdasarkan kepada persoalan kajian iaitu ingin mengetahui gaya pengajaran guru dalam topik operasi asas matematik. Berdasarkan kepada dapatan yang diperoleh gaya pengajaran guru dapat dilihat menerusi beberapa aspek iaitu cara guru melakukan pengajaran, interaksi antara guru dan murid, aktiviti pembelajaran dan cara penilaian guru. Guru didapati menyediakan perancangan yang rapi dan menekankan objektif pembelajaran yang jelas sebelum memulakan pengajaran (Norliza Hussin, 2017). Hal ini merupakan satu perkara yang sememangnya penting bagi menjamin pemerolehan pembelajaran murid sewaktu pembelajaran berlangsung. Dalam usaha guru untuk mencapai keberhasilan pembelajaran yang maksimum, perancangan yang rapi akan membantu meyakinkan guru. Pengajaran yang dirancang secara kreatif juga mampu untuk meningkatkan pencapaian murid dan hal ini bergantung dengan usaha guru bagi menghasilkan pembelajaran tersebut (Siti Norhaida, 2017). Interaksi yang digunakan oleh guru pula merupakan interaksi secara dua hala dalam bentuk lisan dan bertulis. Proses interaksi yang dijalankan didapati membantu guru meningkatkan potensi diri murid sewaktu pembelajaran berlangsung (Nurul Syuhada, Fathiyah & Asmawati, 2017). Aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru pula adalah berpusatkan kepada murid iaitu memberi peluang kepada murid untuk membentuk sendiri pemahaman daripada pengalaman pembelajaran mereka (Noraini, Norazilawati, Wong & Mahizer, 2017). Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa guru mengamalkan gaya pengajaran secara fasilitator. Pada akhirnya, guru melakukan penilaian terhadap murid melalui penglibatan murid, respon yang diberikan oleh murid sepanjang sesi pembelajaran berlangsung, serta soalan yang diberikan oleh guru melalui buku aktiviti ataupun buku teks.

Hal ini turut dipersetujui dan menampakkan bahawa penilaian yang dilaksanakan sepanjang pembelajaran dapat menambah baik pengajaran yang berlangsung (Lu’luil Maknun & Ahmad Royani, 2018).

Secara keseluruhannya, guru menunjukkan kepelbagaian dalam gaya pengajaran bersesuaian dengan situasi dan aktiviti yang disediakan mengikut aras kognitif murid.

Secara kesimpulannya, gaya pengajaran yang diaplikasikan oleh guru adalah lebih menjurus kepada gaya pengajaran pakar diikuti oleh gaya pengajaran model personal, autoriti formal, delegator dan fasilitator. Walaupun terdapat beberapa pernyataan yang menunjukkan bahawa guru juga kerap mengaplikasikan gaya fasilitator, namun berdasarkan ujian yang telah dijalankan menunjukkan gaya yang lebih dominan adalah gaya pakar. Namun demikian, sebagai guru yang mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa inginkan variasi dalam mendidik murid supaya dapat mencapai hasil yang maksimum dalam pengajaran, gaya pengajaran adalah tidak terhad kepada satu gaya sahaja dan perlu disesuaikan mengikut keadaan dan situasi murid. Hal ini penting bagi menjamin kemenjadian murid pada tahap yang terbaik. Diharapkan pada masa akan datang wujudnya kajian yang mendalam bagi mengkaji gaya pengajaran yang sesuai dengan tahap kognitif murid dalam sesuatu topik pembelajaran matematik supaya dapat membantu guru-guru mencapai hasil pembelajaran yang optimum.

(7)

Rujukan

Apaydin, B. B., & Cenberci, S. (2018). Correlation Between Thinking Styles and Teaching Styles of Prospective Mathematics Teachers. World Journal of Education, 8(4), 36.

https://doi.org/10.5430/wje.v8n4p36

Atasoy, E., Yangın, S., & Tolu, H. (2018). Relationship between Math Teachers’

Instructional Styles and Their Educational Philosophical Backgrounds. Journal of Education and Training Studies, 6(10), 54. https://doi.org/10.11114/jets.v6i10.3510 Emel, S. (2016). Relationship between philosophical preferences of classroom teachers and

their teaching styles. Educational Research and Reviews, 11(16), 1533–1541.

https://doi.org/10.5897/err2016.2787

Faizatulhaida Md Isa, A. B. (2017). Analisis Kesilapan Dalam Soalan Asas Dan Aplikasi Pengamiran Kursus Matematik Kejuruteraan 2. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol 1, eiSSN 0128-2875, 198-208.

Hussin, N. (2017). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 58-73.

Khalid, M., Akhter, M., & Hashmi, A. (2017). Teaching Styles of Secondary School English Teachers and Learning Styles of their Students and Relationship of Teaching Learning Style Match with Students’ Achievement. Bulletin of Education & Research, 39(3),

203–220. Retrieved from

http://ezproxy.stir.ac.uk/login?url=http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&

db=ehh&AN=128442107&site=ehost-live

Kul, U., & Celik, S. (2017). Exploration of Pre-service Teachers’ Beliefs in relation to Mathematics Teaching Activities in Classroom-based Setting. International Journal of Research in Education and Science (IJRES), 3(1), 245–257.

Kurikulum, B. P. (2015). Matematik Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.

Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lu'luil Maknun, A. R. (2018). Telaah Kurikulum dan Sistem Pembelajaran Sekolah Dasar di Finlandia Serta Persamaan dan Perbedaannya dengan Kurikulum 2013 di Indonesia.

Prosiding Seminar dan Diskusi Nasional Pendidikan Dasar 2018, 64-70.

Mohd Razak Mohd Nordin, M. A. (2015). Pendekatan Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap dan Minat Murid Orang Asli di Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 77-90.

Mohd Yusof Abdullah, R. T. (2017). Pengaruh Transformasi Pengajaran, Kesediaan dan Kepemimpinan Pembelajaran Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar di Sabah. Jurnal Kesidang Volume 2 , 96-202.

Noraini Mohamed Noh, N. A. (2017). Keberkesanan Pendekatan Flipped Class Room Dalam Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM UPSI), 7 (2), 106-118.

Novikasari, I. (2013). Perkembangan Pendidikan Matematika Tingkat SD di Indonesia, Malaysia, dan Jepang. Delta-Pi: Jurnal Matematika dan Pendidikan Matematika, Vol. 2, No. 2, 44-56.

Nurul Syuhada Johari, F. M. (2017). Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Ibadah Solat Guru Pendidikan Islam Menurut Perspektif Murid. O-JIE: Onine Journal of Islamic Education, 46-53.

Rahman, S. N. (2017). Pendekatan Gamifikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap Murid Tingkatan Dua Bagi Topik Ungkapan Algebra. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Rosnee Ahad, M. Z. (2018). Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir dalam Penguasaan Fakta Asas Darab dalam Matematik tahun 2. Online Journal for TVET Practitioners.

(8)

Siti Zubaidah Bt Che Mohd Noor, A. R. (2015). Kreativiti Guru Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. Proceeding: 7th International Seminar On Regional Education, 457-468.

Tobi, S. U. (2017). Kajian Kualitatif dan Analisis Temu Bual. Kuala Lumpur: Aras Publisher.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Guru-guru Perdagangan dianggap layak mengajar subjek pengajian keusahawanan berbanding dengan guru-guru bidang Teknik dan Vokasional yang lain kerana mereka mempunyai latar

Matlamat kursus ini ialah untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep asas hukum fizik yang boleh diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan.. Topik-topik meliputi sains bahan,

Matlamat kursus ini ialah untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep asas hukum fizik yang boleh diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan.. Topik-topik meliputi sains bahan,

Matlamat kursus ini ialah untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep asas hukum fizik yang boleh diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan.. Topik- topik meliputi sains

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti komitmen terhadap perlaksanaan penerapan PAS dalam pengajaran di bilik darjah dalam kalangan guru pelatih yang mengikuti

Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi guru-guru untuk mempunym personaliti dan kemahiran dalam aspek pengajaran guru kerana dua aspek ini mempunyai

Hal ini merujuk kesungguhan guru dalam menyediakan pengajaran pembelajaran mengikut perubahan semasa. Tujuan kajian ini dijalankan untuk merungkai bagaimana guru

Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi guru-guru untuk mempunym personaliti dan kemahiran dalam aspek pengajaran guru kerana dua aspek ini mempunyai perkaitan