• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pengurusan Penjara Negeri-Negeri Selat (1870-1915): Analisa Masalah Segregasi Banduan Dan Kaedah Mengatasinya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pengurusan Penjara Negeri-Negeri Selat (1870-1915): Analisa Masalah Segregasi Banduan Dan Kaedah Mengatasinya"

Copied!
27
0
0

Tekspenuh

(1)

Pengurusan Penjara Negeri-Negeri Selat (1870-1915): Analisa Masalah Segregasi Banduan Dan Kaedah Mengatasinya (Prison Management Of The Straits Settlements (1870-1915):

Analysis And Methods Of Overcoming Prisoners Segregation Problems)

Siti Alwaliyah Mansor1*

1 Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia

*Pengarang Koresponden: alwaliyah@uum.edu.my

Accepted: 15 October 2021 | Published: 1 November 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dibentuk British pada tahun 1826 mengalami perkembangan ekonomi yang memberangsangkan mulai suku kedua abad ke18.

Perkembangan ini mencetuskan kesan sosial yang besar sekaligus melibatkan perkembangan institusi tempatan seperti penjara. Keperluan Penjara NNS tidak sekadar dipandang dari sudut keselamatan mahupun dijadikan sangkar hukuman, namun apa yang lebih utama adalah banduan menjadi tenaga buruh untuk memenuhi permintaan dalam pembangunan sosioekonomi NNS. Walaubagaimanapun, pertengahan abad ke 19, penjara NNS yang menggalas peranan melaksana hukuman berdepan pelbagai masalah disebabkan ketiadaan segregasi dalam sistem pengurusan penjara. Berdasarkan isu dan permasalahan yang wujud, kajian ini menganalisis tahap pengurusan segregasi banduan dan melihat isu-isu pengurusan segregasi serta kaedah-kaedah mengatasinya dalam tempoh 1826–1900. Fokus dihalakan kepada isu-isu pengurusan segregasi yang menjejaskan pelaksanaan sistem segregasi.

Seterusnya, perbincangan menumpukan kepada kaedah mengatasi yang diambil untuk memastikan usaha mewujudkan pengasingan berjalan lancar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kualitatif berdasarkan penelitian disiplin sejarah, untuk itu sebahagian besar sumber yang digunakan diperolehi dari sumber-sumber primer diperolehi dari Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur seperti Pejabat Tanah Jajahan British merangkumi C.O 273, C.O 274, C.O 276, dan C.O 277, termasuk sumber-sumber Jabatan Penjara NNS dan Jabatan Perubatan NNS. Hasil kajian mendapati pada dekad terawal abad ke 19, isu-isu pengurusan di penjara mula mendapat tumpuan British bermula daripada kemunculan pelbagai masalah seperti penyakit hingga kepada kadar kematian yang tinggi. Sistem segregasi mula menjadi nadi utama pengurusan banduan bermula tahun 1870 sekali gus memansuhkan nilai kebebasan dan menekankan disiplin ketat terhadap banduan. Penguatkuasaan beberapa jenis segregasi merancakkan lagi pelaksanaan disiplin dan peraturan yang rigid dan mewujudkan pengurusan banduan yang lebih tersusun dan sistematik. Perbincangan ini amat signifikan untuk melihat kemajuan dalam perkembangan pengurusan sistem banduan di penjara.

Kata kunci: Banduan, Segregasi, Sel, Keselamatan, Penjara

Abstract: The British-formed Straits Settlements (NNS) in 1826 experienced impressive economic development beginning in the second quarter of the 18th century. This development has a huge social impact as well as involving the development of local institutions such as prisons. The needs of the NNS Prison are not only viewed from a security point of view or used as a punishment cage but what is more important is that prisoners become labor to meet the

(2)

demand in the socio-economic development of NNS. However, in the mid -19th century, the NNS prisons, which took on the role of executing sentences, faced various problems due to the lack of segregation in the prison management system. Based on the issues and problems that exist, this study analyzes the level of segregation management of prisoners and looks at segregation management issues and measures to overcome them in the period 1826–1900. The focus is on segregation management issues that affect the implementation of the segregation system. Next, the discussion focuses on the coping measures taken to ensure that efforts to create segregation run smoothly. This study uses a qualitative analysis method based on historical discipline, so most of the sources used are obtained from primary sources obtained from the National Archives of Malaysia Kuala Lumpur such as the British Colonial Office includes CO 273, CO 274, CO 276, and CO 277, including the resources of the NNS Prison Department and the NNS Medical Department. The study found that in the early decades of the 19th century, management issues in prisons began to gain British focus ranging from the emergence of various problems such as disease to high mortality rates. The system of segregation began to be the main pulse of prison management beginning in 1870 thus abolishing the value of freedom and emphasizing strict discipline on prisoners. The enforcement of some types of segregation further boosts the implementation of rigid disciplines and rules and creates more structured and systematic management of prisoners. This discussion is particularly significant to see the progress in the development of the management of the prison system in prisons.

Keywords: Prisoner, Segregation, Cell, Security, Prison

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Perkembangan Negeri-Negeri Selat (NNS) sebagai sebuah pusat pentadbiran dan ekonomi mendorong British mewujudkan institusi penjara yang sistematik dan berkesan. Pada peringkat awal, institusi penjara yang disediakan di ketiga-tiga negeri iaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka dipenuhi banduan luar dari India dan China untuk dijadikan sumber buruh dan dikenakan hukuman. Namun, selepas menyedari peri pentingnya kaitan antara institusi penjara yang membawa imej keselamatan dan pertumbuhan ekonomi NNS, justeru ia merubah persepsi British dengan usaha mewujudkan institusi penjara yang berkesan. Sebelum itu, titik mula perluasan pengaruh kolonial British terhadap ketiga-tiga negeri ini bermula dengan pendudukan Pulau Pinang pada 1786, Singapura pada 1819 dan Melaka pada 1824. Seterusnya demi menjimatkan perbelanjaan kerajaan, pihak British menyatukan ketiga-tiga negeri di bawah satu unit pentadbiran pada tahun 1826 menjadi Negeri-negeri Selat.

Perbincangan bertujuan menganalisis pengurusan segregasi banduan dari aspek masalah pengurusan serta kaedah mengatasinya antara tahun 1826–1900. Tempoh awal penubuhan penjara memperlihatkan penjara mengalami isu percampuran populasi. Masalah pengurusan seperti kekurangan fasiliti dan infrastruktur menjejaskan pelaksanaan sistem segregasi banduan. Dalam masa yang sama, pelaksanaannya menjadi beban besar buat pihak pengurusan penjara dan kerajaan. Meskipun demikian, segregasi amat signifikan dalam pentadbiran penjara bagi mengasingkan seluruh populasi banduan dan melancarkan proses pengurusan banduan. Seterusnya, dasar segregasi menjadi tuntutan utama dalam memastikan keselamatan di penjara. Oleh itu, wujud desakan untuk menubuhkan lebih banyak sel berkonsepkan segregasi bagi menyusun strategi pengurusan banduan yang lebih sistematik. Keperluan untuk menyediakan sel-sel pengasingan melibatkan usaha berterusan secara besar-besaran.

Perbincangan akan menganalisis tahap pengurusan segregasi banduan dan melihat isu-isu

(3)

pengurusan segregasi serta kaedah-kaedah mengatasinya dalam tempoh 1826–1900. Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, fokus dihalakan kepada isu-isu pengurusan segregasi yang menjejaskan pelaksanaan sistem segregasi. Seterusnya, perbincangan menumpukan kepada kaedah-kaedah mengatasi yang diambil untuk memastikan usaha mewujudkan pengasingan berjalan lancar. Perbincangan ini amat signifikan untuk melihat kemajuan dalam perkembangan pengurusan sistem banduan di penjara.

2. Ulasan Kajian Lepas

Kajian literatur penting dalam sesebuah penyelidikan kerana mempunyai maklumat, idea, data dan bukti yang ditulis dari sudut pandangan tertentu untuk memenuhi tujuan tertentu atau menyatakan pandangan tertentu mengenai sifat topik dan bagaimana ia mesti disiasat dalam konteks topik yang dipilih. (Y. Mudavanhu, 2017). Dalam topik pengurusan banduan, aspek segregasi dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem penjara supaya dapat dilaksanakan secara berkesan dan sistematik. Rajendra membincangkan sepintas lalu mengenai usaha kerajaan menyediakan sel-sel segregasi bermula tahun 1870. Usaha mewujudkan segregasi dilihat amat penting kerana wujud ancaman berbahaya dan menggugat keselamatan khususnya terhadap banduan wanita. (Rajendra, N. 1976). Clare Anderson dan Satadru Sen melihat populasi banduan wanita dan sinonim dengan kajian penjara kolonial di India, Australia dan China. Perbincangan mereka mendasari isu-isu banduan wanita di penjara NNS khususnya di Singapura dan Pulau Pinang secara sepintas lalu. Clare Anderson melihat pentadbiran kolonial British terhadap aspek gender banduan dengan lebih memperincikan aspek hukuman, layanan, hak banduan wanita yang sering dibezakan dalam hierarki pekerjaan di penjara. Pengalaman dan masalah pengurusan banduan wanita semasa dibawa ke NNS dibincangkan dengan tumpuan era kemasukan banduan wanita dari India ke Pulau Pinang (1790-1860) serta Melaka dan Singapura (1825-1860). Tetapi tidak mengupas mengenai isu pengurusan banduan wanita di penjara NNS (C. Anderson, 2008).

Beberapa perubahan bagi penjara yang dilaksanakan di India juga diperkenalkan melalui tokoh reformasi wanita yang bernama Mary Carpenter. Hasil perjuangan Carpenter turut memberikan kesan kepada nasib banduan wanita di NNS. (Sen.S, 2002).

Ketiadaaan segregasi iaitu pengasingan dalam sistem penempatan banduan sejak penubuhan penjara di NNS menyebabkan keselamatan mereka sering terancam. Isu segregasi diketengahkan Clare Anderson yang menyatakan segregasi banduan tidak pernah wujud di mana-mana penjara British sehingga tahun 1870. Oleh itu, tiada usaha pelaksanaan segregasi telah dilaksanakan terhadap kelompok banduan wanita. Selepas penubuhan dan penambahbaikan beberapa infrastruktur perubatan, pihak British memberikan perhatian khusus terhadap usaha menyediakan sel-sel yang mengamalkan segregasi bermula tahun 1870.

Kesungguhan melaksanakan aspek segregasi bagi mengasingkan banduan secara lebih sistematik sejurus perubahan pentadbiran ibu pejabat pada tahun 1867 mula dilaksanakan lebih serius. Ini kerana sebelum tahun 1867, penyediaan sel-sel segregasi menjadi isu besar dan sukar direalisasikan. Namun, dapat dilihat pihak British berusaha memberi keutamaan meningkatkan keberkesanan sistem penjara dengan mewujudkan sel-sel baharu di penjara-penjara dengan merealisasikan hasrat pelaksanaan segregasi. Kaedah itu juga menjadi pencetus kepada usaha reformasi sistem penjara bermula seawal 1867 hingga 1870 menerusi rancangan Prison Reform.

Menurut C. M. Turnbull perkembangan NNS sejak menerima kehadiran banduan sehingga menjadi status pusat pengumpulan banduan mencetuskan reaksi kurang selamat khususnya

(4)

dalam kalangan masyarakat Eropah (C.M. Turnbull, 1970).Kajian ini menghuraikan perpindahan banduan yang masuk ke NNS dan ditempatkan di penal settlement sehingga telah menggalakkan penjara menjadi bidang pentadbiran yang penting. Kemasukan banduan menjadi keutamaan untuk keperluan sumber buruh. Oleh itu, sebahagian besar banduan diletakkan sebagai guna tenaga utama. Perkara ini sangat signifikan kerana banduan itu sendiri boleh melakukan pelbagai pekerjaan yang tidak mampu dibuat oleh buruh biasa memandangkan kebanyakan pekerjaan tersebut adalah berisiko tinggi dan mengancam nyawa individu. Walau bagaimanapun, Turnbull mengehadkan kajiannya sehingga tempoh 1867 sahaja.

Azlizan sependapat bahawa banduan merupakan sumber penting dalam menyumbang pendapatan British (A.M. Enh, 2019). Dalam kelangsungan sumber buruh banduan membawa keuntungan kepada ekonomi NNS, terdapat masalah lain berlaku iaitu peningkatan kes jenayah yang tinggi di NNS. Kewujudan banduan mendatangkan ancaman keselamatan kerana mereka sering terlibat dengan rompakan bersenjata, pembunuhan dan kecurian pada waktu malam.

(C.M. Turnbull, 1970). Walaupun pengunaan tenaga banduan digunakan secara meluas dan mendapat permintaan yang tinggi, namun pada tahun 1840 sehingga 1860, Turnbull menyatakan bahawa muncul beberapa isu dan kontroversi dalam penggunaan tenaga banduan sebagai pekerja. Antaranya banduan sering jatuh sakit; lemah dan tidak kuat; sering bermalasan; mencuri tulang; lambat dan tidak cekap; gemar berhibur dan tidak bekerja dengan baik.

Menurut Macnair, Selepas perubahan pentadbiran, berakhirlah sistem hukuman dan bermulalah sistem pemulihan. Penyediaan infrastruktur penjara di kawasan-kawasan baharu diteruskan dan menjadi titik tolak kepada pengurusan banduan yang lebih sistematik. Kerajaan NNS yang baharu mendapat kuasa penuh dalam menyediakan kemudahan dan fasiliti penjara yang lebih baik. Menjelang tahun 1880, terdapat beberapa sel segregasi dibina di setiap penjara di Pulau Pinang, Melaka serta Singapura dan sejak tahun 1870 pula, banduan wanita serta banduan mental telah berjaya diasingkan. Beberapa penjara telah berjaya mewujudkan fasiliti perubatan dan British mula memberikan tumpuan terhadap institusi perubatan dan kesihatan dengan menjalinkan kerjasama erat antara pihak penjara dengan Jabatan Perubatan NNS.

Selain itu, selepas 1870, peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam pelaksanaan program rehabilitasi institusi penjara berjaya menghasilkan kemajuan dan perubahan. Hal ini dapat dinilai melalui pembangunan beberapa penjara baharu, pembinaan asilum mental, asilum kusta, hospital penjara dan lain-lain. Keadaan ini membolehkan banduan mendapatkan rawatan kesihatan dalam menjalani kehidupan seharian sekali gus mengurangkan kadar kematian dalam kalangan mereka (J.F.A, Macnair. 1889). Walaupun maklumat yang diperoleh adalah ringkas dan tidak terperinci. Justeru, kajian ini akan menyentuh kajian berkaitan isu pengurusan penjara dalam konteks segregasi banduan.

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Penelitian terhadap segregasi banduan di Penjara NNS menunjukkan segregasi menjadi asas pengurusan banduan selepas tahun 1867. Penjara Singapura merupakan penjara terawal melaksanakan kaedah segregasi, diikuti dengan Penjara Pulau Pinang dan Penjara Melaka.

Pelaksanaan kaedah ini melibatkan kos yang tinggi khususnya untuk membina sel-sel yang berasingan tetapi ia berhasil mengasingkan banduan terutama banduan berbahaya. Walau bagaimanapun, pihak British tidak mempunyai kewangan kukuh yang menyebabkan sel-sel pengasingan yang disediakan sangat terhad, malah pelbagai masalah lain telah muncul sekali gus menjejaskan pengurusan segregasi.

(5)

Sebelum kaedah segregasi dilaksanakan, semua penjara di NNS diuruskan mengikut kaedah berpersatuan iaitu Association System dan banduan dihimpunkan tanpa sebarang segregasi.

Melalui kaedah ini, banduan lebih bebas dan tidak terkurung di dalam penjara serta mempunyai banyak peluang untuk bekerja secara berkumpulan. Kebiasaannya, semua banduan bekerja pada hari siang dan kembali ke dormitori di penjara selepas waktu bekerja. Dormitori banduan juga lebih luas berkonsepkan asrama, dan terdapat juga wad-wad penjara seperti hospital untuk menempatkan pelbagai kategori banduan. Sebelum tahun 1867, penjara yang tidak mempunyai peraturan yang spesifik dalam pengurusan banduan menjadikan mereka sentiasa mendapat kebebasan untuk bergerak. Bahkan mereka mendapat kebenaran untuk mengamalkan aktiviti agama berdasarkan agama masing-masing. Banduan-banduan ini juga tidak menetap di dalam kurungan bahkan tidak dikenakan undang-undang kecuali ketika bekerja di luar penjara.

Keadaan ini memberi mereka peluang dan kebebasan penuh untuk bergerak dan melakukan aktiviti seharian (C.O 273/19).

Meskipun begitu, kaedah ini mendapat bantahan daripada Pejabat Kolonial British. Pihak kerajaan tidak bersetuju dengan cara pihak penjara menguruskan banduan yang disifatkan terlalu longgar dan tidak memiliki kawalan rapi. Bagi pihak kerajaan, kaedah ini merupakan satu perkembangan yang tidak memberangsangkan lantas semua penjara termasuk Rumah Pemulihan iaitu House of Correction digesa membuat perubahan pentadbiran melalui penyusunan semula (C.O 273/19). Pada awal abad ke-19, pengurusan Penjara NNS menjadikan implementasi sistem Penjara Pennsylavia sebagai asas sistem penjara NNS. Ia diimport masuk dan diserap untuk dilaksanakan di ketiga-tiga penjara NNS.

Kaedah ini memberikan kesan yang baik terhadap operasi penjara dengan menjadikan pengurusan banduan lebih sistematik dan teratur. Pada tahun 1830, antara kaedah sistem segregasi terawal yang dimulakan ialah konsep Kurungan Berseorangan (Solitary Confinement) dengan menempatkan individu bersendirian dalam kurungan yang sempit dengan tujuan menggunakan waktu sunyi sebagai hukuman. Kehidupan dalam sel yang gelap, sunyi, berbau busuk, serta tidak mempunyai teman berkomunikasi berupaya menjadi satu hukuman yang menyiksakan buat banduan. Menyedari kaedah ini amat relevan, pihak British menggalakkan banduan yang dikurung secara segregasi ini membuat refleksi diri dan berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik serta mematuhi undang-undang dalam kehidupan bermasyarakat (J. F. A. Macnair, 1889).

Kaedah segregasi diamalkan selama 10 tahun, namun pihak British mendapati populasi banduan yang membunuh diri dan tertekan telah meningkat secara mendadak. Selain itu, menurut Inspektor Penjara NNS, kadar banduan mental turut meningkat khususnya banduan yang dikurung dalam segregasi. Menyedari risiko ini, pihak penjara mendapat cadangan daripada kerajaan supaya mengurangkan tempoh kurungan dalam sel segregasi. Oleh itu, tempoh kurungan dihadkan kepada 3 bulan sahaja, manakala selepas tamat tempoh 3 bulan, banduan dibebaskan dari sel segregasi dan boleh menikmati kebebasan untuk berkomunikasi dan bekerja. Selepas Penjara Singapura, Penjara Pulau Pinang mula melaksanakan kaedah segregasi dengan memperkenalkan Kurungan Berasingan (Solitary Confinement) pada tahun 1842. Namun di Penjara Pulau Pinang, kaedah ini menetapkan tempoh hukuman selama 18 bulan diikuti dengan penekanan disiplin yang lebih ketat. Setahun kemudian, iaitu pada tahun 1843, Penjara Pulau Pinang merekodkan peningkatan ketara jumlah banduan mental, contohnya dilihat 20 banduan dihantar ke asilum mental (C.O 273/19).

Pada penghujung abad ke-19, Pakar Psikiatri British menyatakan kaedah ini mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan banduan khususnya kesihatan mental. Pegawai Perubatan yang

(6)

memeriksa banduan di Penjara Pulau Pinang menyatakan, amalan Kurungan Berseorangan ini menjejaskan kesihatan dan memberikan impak negatif terhadap kesihatan banduan. Rekod Pegawai Perubatan yang bertugas membuktikan hal ini dengan menunjukkan lebih banyak pesakit dihantar ke hospital dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan segregasi. Ia disifatkan sebagai penyeksaan psikologi banduan dan merubah sistem operasi penjara menjadi sangat rigid dan ketat dengan menukar sistem bercorak bebas yang telah lama diamalkan kepada sebuah sistem disiplin secara drastik.

Kaedah ini mengundang tindak balas daripada beberapa pihak yang sebulat suara mencadangkan supaya penjara mengurangkan tempoh kurungan untuk mengelakkan kesihatan banduan terjejas. Namun pihak British bukan hanya melaksanakan segregasi Kurungan Berseorangan, malah berikutan pelaksanaan sistem Pensylvania selepas tahun 1790 di Penjara NNS, lima jenis segregasi lain dijalankan secara minimum, maksimum dan sederhana di Penjara NNS. Pertama, pihak British mengasingkan banduan kategori Simple Imprisonment iaitu banduan hukuman ringan bersama banduan kategori Rigorous Imprisonment iaitu banduan buruh kasar dalam satu sel. Kedua-dua jenis banduan ini diasingkan dalam kurungan dan tidak mendapat peluang kerja mahupun keluar dari penjara, tetapi wajib membuat kerja pembersihan seperti mengemas dan membersihkan sel (C.O 273/19).

Terdapat juga banduan yang dimasukkan ke dalam penjara sebagai banduan yang sedang menanti perbicaraan, banduan kesalahan gagal membayar hutang, dan banduan yang memerlukan jagaan keselamatan daripada ancaman banduan lain. Ketiga-tiga jenis banduan ini diasingkan dan dikelompok dalam segregasi kedua dan mereka tidak diambil sebagai buruh banduan kerana kebanyakannya menghuni penjara dalam tempoh singkat. Kebiasaannya, golongan yang ditetapkan dalam segregasi ini ialah banduan wanita dan banduan sementara iaitu orang berhutang dan orang yang menanti perbicaraan mahkamah. Pengasingan yang ketiga dilakukan terhadap banduan hukuman berat yang termasuk banduan hamba yang dijatuhi Penal Servitude dan banduan lelaki daripada kategori Rigorous Imprisonment.

Segregasi ini mengkhususkan banduan buruh kerajaan untuk kegunaan pembangunan ekonomi dan kerja-kerja industri dan berdasarkan sistem ini, kaedah ketiga ini bersifat lebih menyiksa kerana mereka dikenakan hukuman shot-drill, tread-wheel, ataupun crank yang merupakan fasa pertama hukuman dalam penjara. Setiap banduan diasingkan bersendirian sewaktu bertugas dan dipantau pegawai penjara dengan larangan mengeluarkan suara selama 2 jam. Banduan- banduan ini dikawal ketat dan jika mereka berhenti mengayuh mesin, mereka terus disebat (C.O 273/66, 1873) dan secara umumnya, peringkat ini lebih menekankan disiplin.

Manakala pengasingan bagi kategori keempat adalah untuk semua banduan yang dijatuhi hukuman mati. Pihak penjara mengenakan pengasingan total dan tidak membenarkan mereka berkomunikasi, bekerja, ataupun menemui pelawat daripada kalangan keluarga melainkan mendapat kebenaran pihak Leftenan Gabenor atau Setiausaha NNS (Rules and Regulations under Ordinance No. XIV Of 1872). Kategori terakhir ialah segregasi terhadap banduan yang melanggar peraturan penjara. Pengasingan dijalankan terhadap banduan yang ditangkap melakukan kesalahan disiplin dan peraturan penjara. Sebagai contoh, banduan yang melakukan penyeludupan haram, membuat serangan, merusuh dan mencederakan mendapat perintah pengasingan selama setahun, manakala banduan yang melanggar arahan pengawal penjara mendapat pengasingan beberapa bulan mengikut budi bicara pihak penjara. Semua banduan yang diasingkan ini diletakkan di bawah terma Disciplinary Segregation iaitu Segregasi Disiplin.

(7)

Pihak penjara juga melaksanakan pengasingan secara Administrative Segregation iaitu Segregasi Administratif. Kebiasaannya, banduan yang dilihat menggugat pentadbiran penjara dikenakan pengasingan ini kerana mereka berpotensi menentang pihak British melalui rancangan dan maklumat kongsi gelap. Banduan seperti ini memerlukan pengasingan kerana membahayakan keselamatan penjara dan British mengasingkan mereka dalam tempoh yang panjang tanpa diberi tempoh tamat hukuman. Selain itu, banduan yang memberikan kerjasama dan menyokong pihak British juga diberi segregasi dinamakan Protective Custody dan kebiasaannya banduan-banduan ini memberikan maklumat rahsia kepada pihak penjara serta memerlukan jagaan keselamatan daripada banduan lain. Di samping itu, pihak British juga mengenakan Total Segregation terhadap banduan yang melanggar peraturan bagi banduan yang sangat berbahaya selepas menjalani Segregasi Disiplin dan Segregasi Administratif.

Pada tahun 1878, Penjara Singapura melaksanakan segregasi secara menyeluruh, antaranya mewujudkan wad selular, wad berpersatuan, sel biru dan wad wanita berpersatuan dengan menempatkan banduan mengikut kategori (R. L. Jarman, 1878). Terdapat 21 banduan dalam wad selular, 105 dalam sel berpersatuan, enam dalam wad wanita, 43 dalam wad berpersatuan yang kedua, dan 32 dalam sel biru (R. L. Jarman, 1878). Segregasi ini berhasil mengasingkan banduan mengikut kategori sekali gus memastikan pengurusan penjara berjalan dengan lebih sistematik. Namun, pada hakikatnya pihak penjara sendiri menghadapi cabaran untuk merealisasikan sistem operasi secara segregasi ini kerana ia melibatkan kos yang tinggi, malah terdapat beberapa kekangan lain yang membantutkan pelaksanaan ini berikutan beberapa isu yang timbul. Perbincangan seterusnya melihat masalah-masalah yang muncul dalam pengurusan segregasi ini.

Tadbir Urus Segregasi Banduan

Pada tahun 1859-1867 sewaktu NNS di bawah pentadbiran Gabenor Mejar Jeneral Sir William Orfeur Cavenagh, telah wujud sebuah sistem latihan industri banduan yang sistematik.

Contohnya di Penjara Singapura diuruskan dengan baik di bawah sistem pekerjaan berkelompok yang dimulakan sejak kelolaan Sir Stamford Raffles pada tahun 1825. Oleh itu, dalam tempoh 1790-1859, banduan tidak diletakkan mengikut kaedah segregasi. Bermula pada tahun 1860, Colonel Sleeman telah memecahkan populasi banduan yang terdiri daripada penjenayah berbahaya, ketua kumpulan, ketua penjenayah, dan pemberontak. Usaha membuat segregasi banduan dilakukan untuk mengasingkan banduan berbahaya daripada banduan biasa bagi melancarkan aktiviti pekerjaan yang diusahakan. Usaha mengasingkan banduan dibuat dengan mengenakan hukuman gantung sampai mati dan selebihnya dihantar ke Penjara Melaka.

Di Penjara Pulau Pinang, Kapten Francis Light menjadi Superintendan Perdagangan turut tidak mengamalkan sistem pengasingan banduan. Pada tahun 1826, Major Campbell menggantikan Leftenan Chester untuk menjaga banduan ketika bekerja. Pada tahun 1833, Mr G.D Coleman dilantik untuk menguruskan banduan, sekali gus beliau dilantik sebagai Surveyor dan Pegawai Eksekutif Kerajaan. Perubahan ini dilakukan untuk mewujudkan sistem pekerjaan yang sistematik dan mewujudkan pengasingan (J. F. A. Macnair, 1889). Di bawah kawalan Mr Coleman, pelbagai kerja awam diperkenalkan termasuk membina penempatan banduan di pondok-pondok, dan bangsal sementara.

Pada tahun 1844, perkembangan kegiatan ekonomi memerlukan bahan batu bata untuk kerja pembinaan bangunan. Oleh itu, usaha menghasilkan batu bata pihak kerajaan diserahkan kepada pengurus buruh banduan dan Kapten Faber dilantik sebagai ketua. Sehingga tahun 1845-1846, segregasi tidak dilaksanakan kerana tumpuan adalah kepada kegiatan ekonomi.

(8)

Oleh itu, bagi mengawal banduan, pihak Gabenor NNS membuat rundingan bersama Superintendan Banduan untuk memansuhkan konsep banduan sebagai free warders dan digantikan kepada konsep Petty Officer. Tumpuan pihak kerajaan diberikan kepada usaha mengembangkan potensi ekonomi melalui pelbagai kegiatan industri, kerja kayu dan kraftangan. Pada tahun 1852, Superintendan Penjara menyatakan, dengan menggunakan buruh banduan hanya menggunakan 12,000 rupee, berbanding anggaran asal sebanyak 100,000 rupee. Bagi meningkatkan produktiviti, banduan terus diletakkan dalam kumpulan dengan pelbagai pekerjaan, seperti kerja membuat batu bata, menggali dan membakar karang untuk mendapatkan batu kapur, asas-asas kerja kuari, memotong kayu di hutan, membuat bumbung, kayu, pintu, tingkap dan sebagainya (J. F. A. Macnair, 1889). Oleh itu, sehingga tahun 1852 pihak pengurusan penjara tidak menjalankan sebarang usaha segregasi. Pada tahun 1858, pemberontakan yang berlaku di India membuatkan pihak kerajaan India menyedari kepentingan membuat penstrukturan semula terhadap semua prinsip pentadbiran British.

Kolonel Collyer dari Madras Engineer dihantar untuk melaksanakan tugasan kerja-kerja ketenteraan dan juga dilantik sebagai Chief Engineer NNS (J. F. A. Macnair, 1889). Oleh yang demikian, kuatkuasa dijalankan untuk menguruskan banduan dengan lebih sistematik.

Pemindahan NNS di bawah kawalan Pejabat Kolonial India bermula 1 April 1867, banduan diserahkan kepada Major Macnair dibantu oleh Overseer Callcott, yang seterusnya dilantik menjadi Deputy Colonial Engineer. Namun Macnair tidak menyokong usaha segregasi kerana ia dilihat meningkatkan kos pengurusan penjara. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Tanah Jajahan mengarahkan segregasi perlu dilaksanakan secara berperingkat demi kelancaran pengurusan penjara.

Pada awal abad ke-19, pihak British memperkenalkan sistem segregasi iaitu kaedah mengasingkan populasi banduan dalam penjara. Sistem segregasi yang mula diperkenalkan pada tahun 1860 ini dilaksanakan secara rasmi bermula tahun 1867. Menyedari kepentingan pengasingan dalam menguruskan institusi hukuman seperti penjara, British menggariskan aspek disiplin yang ketat sebagai pendekatan utama. Dalam masa yang sama, British melihat kaedah ini berupaya menjadi salah satu bentuk hukuman kepada banduan kerana pengasingan bersifat menyiksa, jadi kaedah ini memberikan manfaat kepada pihak British dalam mendidik banduan.

Pelaksanaan segregasi dilakukan dengan memindahkan banduan ke suatu tempat khusus bercirikan kawalan ketat yang ditetapkan dan kebiasaannya, banduan yang melalui tempoh pengasingan tidak dibenarkan berkomunikasi. Bagi meningkatkan tahap siksaan, banduan tidak dibenarkan mendapat rawatan kesihatan termasuk dihalang daripada mendapat peluang membuat sebarang kerja. Mereka meringkuk bersendirian di dalam sel dalam tempoh yang panjang. Kaedah ini dilihat berjalan lancar, namun pelaksanaannya menghadapi masalah seperti penentangan banduan, peningkatan penyakit mental, peningkatan kos dan lain-lain.

Pengurusan segregasi mula diperkenalkan pada tahun 1867. Oleh itu, penulisan seterusnya akan membincangkan latar belakang pengurusan segregasi banduan di Penjara NNS.

MASALAH PENGURUSAN SEGREGASI BANDUAN

Dalam usaha membuat pengasingan banduan, muncul beberapa isu yang menggugat kelancaran pengurusan operasi segregasi di Penjara NNS. Antaranya isu utama ialah masalah kos yang tinggi.

(9)

Keperluan Kos Yang Tinggi

Pihak British memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membina sel berasaskan pengasingan di dalam bangunan penjara. Malah sejak penubuhan penjara ini, kerajaan telah menanggung kos perbelanjaan bayaran yang banyak khususnya dalam jagaan dan pemantauan banduan.

Terdapat permintaan berterusan untuk membayar kos gaji pengawal kerana kewujudan jumlah sel yang banyak, bahkan keperluan menambah jumlah sel sentiasa meningkat. Sehingga tahun 1860 pihak kerajaan terpaksa membayar pengawal dengan harga $160 dolar sehari, dengan

$100 dolar untuk bayaran jagaan maksimum dan $60 dolar untuk kawalan seluruh kawasan penjara. Setiap pengawal mengawal tujuh orang banduan di sel pengasingan.

Pada tahun 1867, Penjara Singapura diangkat menjadi pusat pentadbiran Penjara NNS. Setahun selepas itu, wakil Pejabat Tanah Jajahan Kolonial melawat Penjara Singapura untuk memantau perkembangan penjara dan didapati pengurusan penjara masih memiliki terlalu banyak kelemahan pengurusan dan tiada peraturan sistematik. Arahan segera dikeluarkan supaya pihak pengurusan penjara menjalankan sistem segregasi dengan lebih menyeluruh. Pengenalan sistem disiplin ketat mula dikuatkuasakan (C.O 273/19, 1868) dan penguatkuasaan sistem operasi penjara secara segregasi melalui Ordinan Penjara IX dilaksanakan. Pada tahun 1868, Penjara NNS juga ditadbir mengikut pentadbiran penjara England dan bukan lagi penjara India.

Berdasarkan arahan ini, semua penjara NNS terus menerima desakan untuk segera membina sel segregasi di penjara masing-masing. Ia mula menjadi satu keperluan penting.

Beberapa tahun selepas itu iaitu pada tahun 1871, pihak Pejabat Tanah Jajahan mengarahkan Superintendan Penjara Singapura, Macnair melaporkan perkembangan sel segregasi yang diusahakan. Menurut Macnair, kaedah segregasi masih tidak dapat diaplikasi sepenuhnya dan terlalu sukar dilaksanakan. Antara masalah utama yang dihadapi adalah pelaksanaan ini menelan kos yang sangat tinggi.

Pembinaan sel segregasi menjadi satu beban kepada pihak pengurusan penjara. Macnair menegaskan, kaedah ini dilihatnya tidak sesuai dan tidak boleh diaplikasikan di Penjara NNS.

Ini kerana menukar sel sedia ada kepada sel segregasi melibatkan aliran wang keluar yang banyak dari pihak pengurusan (C.O 273/31, 1868). Beliau tidak bersetuju kerana kaedah segregasi menyebabkan pihak penjara perlu memperuntukkan sel berbeza untuk menempatkan banduan yang telah sabit hukum dan banduan yang belum dibicarakan yang semestinya melibatkan kos yang berasingan.

Macnair turut menyatakan rasa sangsi terhadap kesesuaian melaksanakan segregasi di Penjara NNS sebagaimana yang telah dijalankan di Penjara England dan Amerika (C.O 273/31, 1868).

Beliau menolak konsep ini dengan menyatakan penguatkuasaannya hanya mewujudkan ruang mengelamun malah menggalakkan sikap malas dalam kalangan banduan (J. F. A. Macnair, 1889). Hakikatnya pihak penjara amat memerlukan tenaga kerja maksimum daripada populasi banduan. Bantahan Macnair dibuat secara berterusan kerana bagi Macnair pengurusan penjara adalah untuk memperoleh pulangan pendapatan daripada penempatan buruh banduan bukannya pengeluaran perbelanjaan tinggi untuk mereka. Hal yang lebih utama ialah pengelolaan buruh kasar yang bekerja keras, Mereka lebih memerlukan sel selamat dan perlu diklasifikasi secara teliti kepada bidang bersesuaia untuk diurus secara sistematik. Walau bagaimanapun, Macnair bersetuju aspek disiplin menjadi perkara asas dalam pengurusan banduan bagi memudahkan pengendalian mereka dilakukan dengan lebih baik.

Penguatkuasaan disiplin yang ketat akan dilakukan dalam fasa pertama tempoh hukuman adalah untuk mendatangkan rasa serik dan takut membuat kesalahan di penjara.

(10)

Bagi memastikan segregasi dapat dikuatkuasakan, beliau menyatakan cadangannya sendiri.

Macnair mencadangkan segregasi dibahagikan kepada dua kelompok iaitu hukuman jangka pendek dan hukuman jangka panjang. Penetapan ini meletakkan beberapa tugasan berat seperti pecah batu, pukul sabut, dan menggiling bijirin serta tiada lagi kebenaran bekerja secara bebas untuk kelompok hukuman jangka pendek. Segregasi hukuman panjang mempunyai tiga fasa, bermula tahap awal iaitu 6 bulan, fasa kedua separuh tempoh baki hukuman tidak melebihi 18 bulan dan dikehendaki membuat kerja perdagangan atau buruh di laman penjara. Bagi fasa ketiga pula meletakkan banduan di luar penjara untuk melakukan pelbagai kerja awam dan layak diberi gaji (C.O 273/62, 1872). Hasrat Macnair adalah untuk memastikan pengurusan buruh banduan berjalan lancar meskipun di bawah operasi segregasi. Pemberian kerja juga dilihat dapat memberi pengajaran atas hukuman kerja berat mereka dan pekerjaan mampu mendatangkan hasil pendapatan sekali gus memberikan pulangan kepada kerajaan atas kos pengurusan mereka. Justeru, banduan dilihat tidak wajar ditanggung secara percuma semata- mata demi memenuhi sistem segregasi (J. F. A. Macnair, 1889).

Bagi masalah kuat kuasa disiplin yang longgar, Macnair menggesa pihak Dewan Perundangan melantik Suruhanjaya Siasatan mengkaji aspek disiplin di penjara NNS. Pada bulan Januari 1872 laporan siasatan dikeluarkan. Berdasarkan laporan ini, pihak kerajaan mendapati segregasi sangat perlu dilaksanakan. Namun ia perlu dilaksanakan seiring dengan beberapa prinsip yang ditetapkan. Gabenor NNS, iaitu Ord mengarahkan Kapten Innes selaku Timbalan Penguasa Penjara melaporkan kepada semua pihak bahawa segregasi menjadi kaedah utama di Penjara Singapura, Penjara Pulau Pinang dan Penjara Melaka. Pada bulan Oktober 1872, Kapten Innes menyatakan sistem disiplin penjara turut dilaksanakan seiring dengan kaedah segregasi di seluruh penjara NNS. Ordinan XIV 1872 meluluskan pembaharuan sistem penjara dilaksanakan (C.O 273/62, 1872). Kuat kuasa rasmi diumumkan dengan pengasingan berasaskan konsep segregasi khususnya terhadap banduan wanita, manakala banduan lelaki disegregasi mengikut kategori yang dicadangkan Macnair. Hal ini menyebabkan banduan mula diasingkan mengikut jenis kesalahan jenayah dan kelas mereka.

Selain itu, penetapan yang baharu ini memerlukan penambahan bangunan dan sel dan pada tahun 1872, $73,700 dolar diperuntukkan untuk penambahan Penjara Singapura manakala

$179,200 diperuntukkan untuk semua penjara di NNS termasuk jumlah kakitangan penjara juga ditambah. Oleh yang demikian, British merasakan untuk merealisasikan segregasi, isu kos yang besar tidak dapat dielakkan. Sebagaimana yang dapat dilihat dalam jadual di bawah, banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk membayar gaji kakitangan yang mengawal dan menguruskan banduan. Sebagai contoh gaji Oveerseer yang terdiri daripada lima peringkat memerlukan bayaran bermula 360 Sehingga 1200, manakala gaji wadar bersama 3 kategori pembantu wadar berjumlah 272 sehingga 938. Penjara juga terpaksa membayar gaji untuk kerja-kerja perkeranian sepeti Chief clerk bersama lima kategori pembantunya dari 245 shingga 1145 di samping pembantu-pembantu umum yang lain seperti Peon, Writer And Photographer, dan Chinese Interpreter dari 163 sehingga 545. Bahkan gaji pegawai atasan untuk gaji Assistant Engineer and Superintendent of Convicts sebanyak 1400 sehingga ke gaji Colonial Engineer and Comptroller of Convicts adalah 6588. Oleh itu, British menjangkakan pelaksanaan segregasi lebih membebankan kewangan kerajaan kerana menelan kos yang lebih banyak dan pelbagai.

Isu Penentangan Banduan

Selain itu, pada tahun 1867 secara rasminya British menjalankan operasi penjara berpaksikan segregasi selepas diperkenalkan pada tahun 1860. Pelaksanaan sistem penjara dalam tahun 1790–1870 yang terbuka dan tidak mempunyai sistem peraturan telah ditinggalkan dan

(11)

kehidupan bercampur dan bebas dihentikan. Ia mula menjadi titik perubahan dalam operasi penjara yang membawa revolusi baharu pada tahun 1870 sekali gus memperkenalkan penguatkuasaan undang-undang penjara secara serentak di semua Penjara NNS. Pada tahun 1871, Superintendan Penjara Singapura menyatakan pengurusan banduan berjalan lancar, manakala pada tahun berikutnya Superintendan banduan dilihat mengikut peraturan dan undang-undang dengan baik. Ia dikuatkuasakan dengan lancar sepanjang lima tahun dan dilihat berupaya mewujudkan usaha pengasingan yang berkesan. Selepas tempoh lima tahun ini, pada tahun 1875 pengurusan penjara menghadapi penentangan buat kali pertama di Penjara Singapura (The Straits Observer, 1875). Kejadian ini bertumpu di Penjara Kriminal, Penjara Singapura iaitu di kawasan antara Jalan Stamford dan Jalan Bras Basah. Dalam kejadian ini, sekumpulan banduan berbahaya memberontak dan membuat serangan dalam penjara. Kes ini berlaku pada 13 Februari 1875 apabila sekumpulan banduan menyerang dan mencederakan semua populasi penjara secara rawak termasuk banduan dan kakitangan penjara (C.O 273/79, 1875).

Situasi ini mengancam keselamatan dan menyebabkan penjara bertukar menjadi huru-hara dan tidak terkawal. Dalam kejadian ini, sejumlah 35 banduan mendapat kecederaan serius dan hampir 20 orang banduan meninggal dunia. Kumpulan banduan yang memberontak ini turut mencederakan pegawai pengurusan tertinggi iaitu Superintendan Penjara Singapura, Digby Dent. Di samping itu, pihak yang mempertahankan keselamatan seperti askar, wadar dan pengawal turut dicederakan sehingga menyebabkan 11 orang askar dan 14 wadar cedera parah (The Straits Observer, 1876). Secara keseluruhannya, penentangan ini melibatkan 60 banduan (A. Pieris, 2009) yang diketuai pemberontak yang cuba melarikan diri dari penjara (O.S.

Song,1923). Sewaktu kejadian, 19 banduan Cina terbunuh manakala tiga banduan Cina berjaya melarikan diri namun dapat ditangkap semula (Straits Times Overland Journal, 1876).

Penentangan banduan ini meletus pada jam 5 petang ketika semua banduan menikmati makan malam. Kejadian bermula apabila seorang banduan menikam salah seorang wadar bernama William B. Stanford dari arah belakang dengan menggunakan alat tajam, manakala seorang lagi banduan mengapak kepala Stanford. Superintendan Dent yang mengetahui serangan tersebut bergegas menyelamatkan Stanford namun telah diserang balas oleh banduan lain dengan tikaman bertubi-tubi menggunakan pisau (The Straits Times, 1875). Selepas menyerang Stanford dan Superintendan Dent, dua orang banduan memberikan isyarat kepada banduan lain lantas secara tidak langsung lebih kurang 60 banduan menyerang wadar-wadar yang lain dengan menggunakan senjata rahsia masing-masing. Antara 60 banduan ini, kebanyakan mereka merupakan penjenayah ganas seperti pembunuh, perompak dan lanun.

Pihak wadar yang kebanyakannya berbangsa Eropah dan bukan Cina mengawal penjara sekadar bersenjatakan payung dan tongkat, jadi mereka hanya dapat mempertahankan diri (L.K, Seng, 2011). Sebahagian banduan yang bersenjata telah melarikan diri dari sel kurungan ke kawasan laman kerja. Sementara itu, sebahagian banduan memanjat tembok penjara dengan menggunakan tangga dan melarikan diri sehingga ke pintu utama. Apabila pihak kakitangan penjara di kawasan pintu utama menyedari kehadiran sejumlah banduan secara mendadak untuk melarikan diri, beberapa wadar Eropah yang merupakan bekas askar dan kelasi British segera menuju ke bilik pengawal dan mendapatkan senapang dengan arahan melepaskan tembakan terhadap banduan yang melarikan diri (The Straits Times, 1875).

Sementara itu, isteri kepada salah seorang wadar penjara segera menahan pintu-pintu penjara dari luar dan menghadang banduan daripada melarikan diri dengan menggunakan sebilah pedang panjang. Setelah mendengar berita penentangan ini, pegawai tentera di Fort Canning

(12)

segera menghantar unit Infantri untuk memburu banduan yang berjaya melarikan diri dari penjara. Banyak orang awam membantu pihak wadar dan memberikan kerjasama yang baik dalam usaha menangkap semula banduan ke penjara. Kejadian ini menimbulkan keraguan pelbagai pihak terhadap keselamatan penjara dan menjadi satu seruan kecemasan kepada kerajaan untuk menubuhkan penjara yang baharu (G. E. Brooke, 1921). Peristiwa ini juga menggemparkan masyarakat di NNS dan membuka mata British bahawa ia merupakan satu siri penentangan yang serius. Kematian Superintendan Dent mencemarkan imej penjara sebagai sebuah institusi yang selamat. Menurut pihak Setiausaha Kolonial, pemergian Dent mendesak tindakan diambil segera bagi mengatasi masalah ini (C.O 273/79, 1875).

Antara faktor yang dikaitkan sebagai punca kejadian ialah wadar penjara gagal mengawal 700 orang banduan, mereka diletakkan dalam jarak yang sangat dekat antara satu sama lain meskipun dalam sel berasingan, (A. Pieris, 2009) dan 100 banduan meringkuk dalam penjara dalam tempoh yang sangat lama dengan keadaan sesak yang memudahkan rancangan menentang penjara dibuat, dan ini digalakkan oleh faktor susunan penempatan bangunan yang memudahkan banduan melarikan diri. (The Straits Times,1875). Dalam masa yang sama, banduan juga boleh bertutur dalam bahasa Cina, iaitu bahasa yang tidak difahami oleh wadar penjara Eropah dan India, dan wadar tidak mempunyai senjata yang lengkap ditambah kekangan wadar yang sukar mendapatkan senapang kerana ia sentiasa disimpan dalam perlindungan rapi manakala pelurunya pula dikunci. Di samping itu, wadar juga dipersalahkan kerana tidak membuat pemeriksaan rapi dalam mencari tempat rahsia senjata banduan (The Straits Times,1875).

Secara umumnya, penentangan ini tercetus berikutan bantahan banduan terhadap sistem operasi penjara yang baharu. Seluruh populasi banduan tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang baharu ditambah dengan kewujudan sel segregasi yang menyebabkan pergerakan mereka terbatas dalam sel bersaiz kecil dan sempit. Di samping itu, banduan juga menentang tindakan British yang mengasingkan sel banduan lelaki dan banduan wanita kerana mereka berasa kehilangan hak asasi untuk memenuhi hasrat seksual daripada khidmat seks banduan wanita. Kewujudan sel segregasi merampas hak banduan untuk berkomunikasi menyebabkan kumpulan dan ideologi masing-masing terpisah manakala penguatkuasaan segregasi memaksa mereka tunduk patuh kepada sistem penjara. Kemarahan ini membawa kepada penentangan melalui pemberontakan yang dianggap British sebagai reaksi yang maksimum berikutan kehidupan bebas berubah kepada kehidupan yang penuh sekatan. Pihak pengurusan British menganggap isu penentangan ini sebagai isu serius yang memerlukan tindakan segera kerana menggugat keselamatan, menjejaskan nama kerajaan di NNS dan mendatangkan kerugian kepada pihak pengurusan Penjara di Singapura dan NNS.

Pada 15 Mei 1875, perbicaraan kes bunuh Superintendan Penjara telah dijalankan dan sejumlah 42 banduan didakwa terlibat dalam pembunuhan Dent. Daripada jumlah 42 orang itu, sebanyak 18 orang banduan disabitkan hukuman mati dengan sembilan banduan dilaksanakan hukuman di Sepoi Lines pada bulan Jun 1875, manakala baki banduan yang lain mendapat pengurangan hukuman mati kepada penjara seumur hidup. Banduan Eropah yang bertindak menghulurkan bantuan semasa kejadian berlaku pula mendapat pujian atas keberanian dan kesetiaan mereka apabila bergelut menyelamatkan wadar Eropah dan menghalang banduan yang lain daripada melarikan diri. Sebagai ganjaran kepada mereka, Gabenor Sir Andrew Clarke mencadangkan hukuman mereka dikurangkan (The Straits Times, 1909). Dengan itu, meskipun pengurusan segregasi amat signifikan dan memudahkan pengendalian banduan, wujudnya isu penentangan ini mencerminkan bahawa cabaran yang dihadapi dalam pengurusan penjara memerlukan usaha gigih yang berterusan.

(13)

Pada tahun 1860 juga, terdapat banduan memberontak dan membuat rampasan kuasa dengan Overseer yang mengawal banduan ketika kerja membersih hutan dan membuat jalan di Cape Rachado untuk membina Light House. Pemberontakan ini juga menyebabkan berlakunya kejadian banduan melarikan diri namun berjaya ditangkap semula diserahkan kepada pembesar melayu tempatan (J. F. A. Macnair, 1889). Di Penjara Melaka sebagaimana senario di Penjara Singapura turut mengalami perubahan yang sama dari segi sistem segregasi. Ini menyebabkan kebebasan dan layanan yang diperolehi banduan di Penjara Melaka terhenti. Sejak awal pengenalan segregasi pada tahun 1860, Penjara Melaka juga berhadapan dengan pemberontakan dari golongan banduan.

Mereka memberontak dengan Overseer yang mengawal banduan, dan ketika melakukan kerja membersih hutan dan pembinaan jalan, sekumpulan banduan merusuh dan berhasil melarikan diri. Meskipun demikian mereka berjaya ditangkap semula. Apabila Penjara Melaka yang bersaiz kecil berbanding Penjara Pulau Pinang dan Penjara Melaka melaksanakan segregasi memberi kesan yang lebih memudaratkan. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup dalam suasana kurungan, sehingga berasa tertekan. Justeru menunjukan peningkatan banduan mengalami sakit mental di Penjara Melaka. Ini dapat dilihat berdasarkan jadual berikut.

Jadual 1 : Jumlah Banduan Berstatus Sakit Mental di Penjara Sivil Penjara Melaka Mengikut Status Tahanan Bagi Tahun 1882-1886

Tahun Jumlah banduan berstatus sakit mental

1882 17

1883 22

1884 156

1885 219

1886 203

Sumber : Disesuaikan daripada Annual Reports of the Straits Settlements 1855-1941, Prison Hospitals, (1882- 1886), Vol 3, Archive Editions Limited, 1998, hlm. 167.

Berdasarkan jadual menunjukkan jumlah banduan Mental di Penjara Sivil Penjara Melaka yang dikelaskan sebagai status sakit mental dalam tahun 1882 sehingga 1886. Pada tahun 1882 jumlah banduan yang mengalami sakit mental di Penjara Sivil Melaka hanya sekadar 17 orang.

Namun tahun demi tahun menunjukkan peningkatan sehingga mencapai 200 orang pada tahun 1885 sehingga 1886. Peningkatan banduan berstatus sakit mental ini dilihat mempunyai kaitan dengan tekanan yang dihadapi banduan dalam kurungan yang menyiksakan ditambah dengan pelaksanaan segregasi mengamalkan kurungan bersendiri. Suasana yang terlalu sempit dalam kurungan yang menyesakkan menyiksa mental dan fizikal banduan sehingga akhirnya menyebabkan mereka mengalami gangguan jiwa.

Penjara Melaka pula sejak tahun 1884 turut berupaya mewujudkan sel segregasinya dan ia dijadikan Penjara Sivil untuk menempatkan tahanan selamat dan tahanan sementara meskipun bersaiz kecil berbanding Penjara Singapura dan Pulau Pinang. Terdapat 105 banduan di sel tahanan selamat, 14 menanti perbicaraan, 16 hukuman pendek, 4 banduan penghutang, dan 17 banduan mental dimasukkan dalam sel pengasingan mengikut kategori masing-masing. Walau bagaimanapun, sebagaimana isu yang dihadapi di kedua penjara, Penjara Melaka juga tidak mempunyai sel mencukupi kerana bilangan banduan terus meningkat. Ini dilihat selepas setahun, sel-sel pengasingan telah penuh apabila sel tahanan selamat menampung 134 banduan, 28 banduan menanti dibicarakan, dan 33 banduan hukuman pendek (R. L. Jarman, 1998).

Keadaan menjadi bertambah serius apabila jumlah banduan berstatus sakit mental meningkat mendadak menjadi 203 orang pada tahun 1886.

(14)

Penjara Melaka menjadi sesak, sel pengasingan mulai padat di mana sel tahanan selamat sahaja perlu menampung 140 banduan, pada tahun 1888, 142 banduan lagi memerlukan sel pengasingan. Banduan tahanan sementara juga bertambah yang pada awalnya hanya memuatkan 30 orang banduan meningkat lagi seramai 18 banduan dan 21 orang pada tahun 1888. Oleh kerana pihak British kekurangan sel untuk menempatkan banduan yang terdiri pelbagai kategori, justeru British memutuskan untuk menghantar banduan yang sakit ke Hospital Pauper. Sebagai contoh dapat dilihat berdasarkan kadar kemasukan banduan ke Hospital Pauper pada tahun 1888. Penjara Melaka menghantar 2309 banduan, Penjara Singapura menghantar 5032 orang, dan Penjara Pulau Pinang menghantar 2224 orang.

Kemasukan banduan ke Hospital Pauper terus meningkat pada tahun 1889, iaitu 3451 orang dari Penjara Melaka, 5549 dari Penjara Singapura dan 3744 dari Penjara Pulau Pinang. Mereka dihantar untuk mendapatkan rawatan sekaligus mengatasi masalah sel tidak mencukupi (R. L.

Jarman, 1998).

Kekurangan Sel

Selepas penguatkuasaan segregasi di Penjara NNS, masalah yang terus dihadapi pihak pengurusan penjara ialah kekurangan sel. Pada tahun 1878, semua penjara di NNS berusaha menguatkuasakan sistem operasi segregasi secara serentak. Dengan itu, semua penjara mempunyai beberapa jenis sel segregasi seperti wad selular, wad berkumpulan (association ward), sel biru (blue cells), dan wad kumpulan wanita (female association wards). Contohnya, pada hujung tahun 1878, Penjara Singapura menempatkan 21 banduan dalam sel selular, enam dalam sel biru, 105 dalam wad kumpulan, 43 dalam wad kumpulan kedua, enam dalam sel kumpulan wanita, dan 32 dalam sel biru kedua (R. L. Jarman, 1998). Sejumlah 280 banduan berada dalam kategori residivisme iaitu pengulang salah laku yang keluar masuk penjara secara berterusan serta tiga banduan merupakan ketua penjenayah daripada kelompok residivisme (R.

L. Jarman, 1998). Pada tahun 1880, jumlah banduan terus meningkat lagi menyebabkan pihak penjara mengalami isu kekurangan sel untuk menempatkan banduan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual berikut.

Jadual 2 : Jumlah Kemasukan Banduan Di Penjara Singapura Bagi Tahun 1880

Tarikh Jumlah banduan

1 Januari 1880 766

1 Januari Sehingga 31 Disember 2286

Jumlah Discaj 2526

Jumlah Kematian 87

Jumlah Banduan Pada 31 Disember 1880 478

Sumber : Laporan Penjara Kriminal Singapura Tahun 1880, hlm. 1.

Berdasarkan jadual di atas, pada bulan januari 1880, sejumlah 766 orang berada dalam tahanan Penjara Singapura, manakala jumlah kemasukan banduan dari 1 Januari sehingga 31 Disember ialah 2286. Jumlah banduan discaj adalah tinggi iaitu 2565 orang, menjadikan jumlah banduan pada 31 Disember 1880 ialah 478 orang. Jumlah kematian sepanjang tahun pula ialah 87 orang.

Bagi Penjara Pulau Pinang pula, pada tahun 1880 ia telah mempunyai beberapa jenis sel pengasingan merangkumi sel selular, sel biru, wad wanita dan wad berkumpulan. Selepas enam tahun iaitu pada tahun 1886, Penjara Pulau Pinang meningkatkan jumlah sel segregasi kepada 296 sel. Kesemua sel ini ditempatkan dalam tiga buah blok Penjara Kriminal dengan jumlah banduan yang dikurung ialah 342 orang. Meskipun Penjara Pulau Pinang berjaya menubuhkan banyak sel segregasi, jumlah banduan yang sentiasa meningkat menyebabkan kesesakan dan sel tidak mencukupi. Pihak Penjara Pulau Pinang terpaksa menempatkan banduan di wad berkumpulan dan 46 banduan yang sepatutnya menghuni sel segregasi terpaksa ditempatkan di

(15)

wad bercampur (R. L. Jarman, 1998). Oleh sebab sel masih tidak mencukupi, British menempatkan banduan-banduan ini di wad penjara yang baharu di Hospital Pauper.

Walaupun terpaksa menempatkan banduan di luar penjara iaitu di Hospital Pauper, jumlah kemasukan banduan sentiasa berterusan menyebabkan sel sentiasa tidak mencukupi. Pihak British mula mengurangkan banduan dengan menghadkan kuli banduan yang bekerja di estet dan memberikan pembebasan awal kepada banduan yang layak kecuali bagi banduan yang menghuni Rumah Pemulihan (House of Correction). Hal ini disebabkan bagi British, kebanyakan banduan yang bekerja di luar khususnya di estet merupakan banduan yang mendapat kepercayaan kerana berkelakuan baik. Oleh itu pembebasan awal golongan kuli banduan estet dapat mengatasi masalah kekurangan sel pengasingan (R. L. Jarman, 1998).

Setahun selepas itu, meskipun usaha mengurangi populasi banduan telah dilakukan pada tahun 1887, Penjara Pulau Pinang masih menghadapi isu kesesakan dan usaha membina sel baharu tidak dapat dijalankan berikutan kekangan kewangan. Superintendan Penjara Pulau Pinang, C.W.S. Kynnersley, hanya mampu menguatkuasakan disiplin penjara dengan lebih ketat supaya banduan berasa serik sekali gus mengelakkan lebih banyak sel pengasingan dibuka.

Semua pegawai Eropah dan kakitangan berjawatan Gaoler diarahkan membuat pemeriksaan terhadap aspek disiplin ketika memantau banduan dan operasi ini diketuai T.H. Lamb (R. L.

Jarman, 1998). Meskipun sejak beroperasi dengan sistem segregasi pada tahun 1878, tetapi selepas sepuluh tahun ketiga-tiga Penjara ini terus mengalami peningkatan banduan, contohnya sejak tahun 1888 sehingga 1890 dilihat seperti jadual berikut.

Jadual 3 : Jumlah Banduan Di Penjara NNS Bagi Tahun 1888-1890

Tahun Penjara Jenis Penjara Jumlah banduan

1888 Penjara Pulau Pinang Penjara Kriminal 3974

Penjara Sivil 1037

Penjara Melaka Penjara Kriminal 248

Penjara Sivil 202

Penjara Singapura Penjara Kriminal 3986

Penjara Sivil *tiada data

1889 Penjara Pulau Pinang Penjara Kriminal 4128

Penjara Sivil

Penjara Melaka Penjara Kriminal 314

Penjara Sivil 166

Penjara Singapura Penjara Kriminal 4281

1890 Penjara Pulau Pinang Penjara Kriminal Penjara Sivil

Penjara Melaka Penjara Kriminal 330

Penjara Sivil 157

Penjara Singapura Penjara Kriminal Penjara Sivil

Sumber : Prison Case Vol 3 : 1884-1891. hlm. 387

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan jumlah banduan di Penjara bagi Tahun 1888- 1890. Dalam tahun 1888, Penjara Pulau Pinang hanya memiliki 296 sel pengasingan namun ia masih tidak mencukupi kerana terdapat ramai banduan kategori hukuman panjang. Justeru pihak British tidak mengenakan sebarang sekatan untuk menggunakan mana-mana wad yang besar seperti wad berpersatuan kerana kekurangan sel selular. Dalam masa yang sama, kesesakan menyebabkan British menghantar sebahagian banduan ke Penjara Singapura (R. L.

Jarman, 1998). Jumlah banduan hukuman panjang yang ramai mendorong British meletakkan satu pertiga banduan iaitu seramai 1191 banduan bekerja sebagai buruh dan kuli di Estet gula

(16)

dan Estet Ubi Kayu di Province Wellesley (R. L. Jarman, 1998). Jumlah populasi banduan yang tidak berkurangan menyebabkan kepadatan berlaku meskipun penempatan banduan adalah di dalam sel-sel yang diasingkan, dan keadaan ini menjadi cabaran kepada pengurusan British kerana kesesakan menjadi sebab pelbagai masalah lain seperti penularan dan jangkitan penyakit. Oleh itu, kaedah diteruskan British dengan usaha mengatasi masalah-masalah ini yang dilihat dalam perbincangan seterusnya.

KAEDAH-KAEDAH MENGATASI MASALAH PENGURUSAN SEGREGASI

Mengatasi Penentangan Banduan

Pengurusan penjara yang berkesan memerlukan suasana aman dan terkawal, sedangkan masalah yang terawal wujud sejak penguatkuasaan sistem segregasi ialah penentangan agresif di Penjara Singapura. Kaedah terawal dibuat British ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan untuk menyiasat dan mengenal pasti sebarang penentangan dan rusuhan. Seterusnya Gabenor NNS, Clarke mengarahkan siasatan dilakukan (The Straits Times, 1875) untuk meneliti kes-kes penentangan terhadap pihak penjara (The Straits Times, 1876). Hasil siasatan awal menunjukkan, struktur bangunan penjara tidak selamat kerana menyediakan peluang untuk banduan saling berbincang dan membuat pakatan terancang. Hal ini membawa kepada keperluan sebuah bangunan baharu dan pada bulan Oktober 1875, kerajaan memberikan kebenaran untuk menubuhkan bangunan baharu berpaksikan segregasi secara menyeluruh (C.O 1022/210 (11, 1875).

Menyedari bangunan memainkan peranan penting dalam amalan sistem segregasi ini, British mula memberikan tumpuan kepada pembinaan bangunan mengikut prinsip penal yang baharu.

Rancangan ini dikemukakan melalui pihak Suruhanjaya Pembangunan Penjara dengan tema Prison Reforms bermula tahun 1872. Oleh itu, bangunan penjara dibina dengan memastikan spesifikasi penjara adalah lebih selamat. Bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan pengurusan banduan berjalan lancar, pihak kerajaan menyerahkan jagaan dan kawalan banduan kepada bidang kuasa Superintendan Penjara, menyebabkan bidangkuasa Jabatan Kerja Raya (Public Work Department) dan Sheriff Polis dihentikan. Untuk melancarkan usaha ini, ketiga- tiga penjara diberikan Superintendan Penjara masing-masing (C.O 273/66, 1873).

Pada tahun 1877, sebagai sebahagian daripada cadangan untuk meningkatkan disiplin penjara, wadar terlatih dari English Convict Prison (Penjara Banduan Inggeris) dibawa untuk membantu (G. E. Brooke, 1921) di Penjara Singapura. Jawatankuasa itu juga mencadangkan pembinaan sebuah penjara baharu dengan menggunakan pelan yang telah dimulakan sebelum berlakunya pemberontakan. Serangoon Road dan Pulau Ubin merupakan lokasi yang dicadangkan untuk projek pembinaan penjara baharu, (The Straits Observer, 1876) tetapi pihak kerajaan memutuskan untuk membina penjara baharu di sebelah Penjara Awam (Civil Prison) di Pearl Hill. Pada bulan Januari 1879, batu asas bagi penubuhan penjara baharu telah dibentangkan dan pembinaan itu akhirnya siap pada tahun 1882. Semua banduan di Penjara Kriminal Singapura dipindahkan ke Penjara Pearl Hill yang baharu.

(17)

Jadual 4 : Jumlah Banduan di Penjara Kriminal, Singapura Bagi Tahun 1884-1889.

TAHUN PENJARA

KRIMINAL

PENJARA SIVIL KEMATIAN

1884 4430 7

1887 5436 26

1888 5027 50

1889 4281 - 25

Sumber : Disesuaikan daripada Annual Reports Of The Straits Settlements 1855-1941, Prison Hospitals, (1884- 1889), Vol 3, Archive Editions Limited, 1998, hlm. 205.

Penjara Kriminal menempatkan banduan yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan Penal Code dan ordinan lain seperti Ordinan Senjata Dan Bahan Letupan, Ordinan Candu, Ordinan Perlindungan Wanita Dan Gadis, Ordinan Dadah Berbahaya dan sebagainya (Straits Settlements Government Gazette, 1907). Hukuman di penjara ini memastikan banduan melakukan kerja berat seperti menjadi buruh kasar sehingga selesai tempoh hukuman penjara.

Penjara ini juga menghimpunkan banduan hukuman jangka panjang, banduan hukuman jangka pendek dan banduan yang gagal membayar denda. Dalam Sistem Penjara Kriminal ini, British memperkenalkan konsep Sistem Markah, (J.V. Barry, 1958) iaitu banduan dikehendaki mengumpul markah melalui kelakuan baik, rajin bekerja dan rajin belajar. Markah akan dipotong jika banduan berkelakuan buruk dan bersikap malas. Sekiranya banduan mencapai jumlah markah yang dikehendaki, banduan berhak mendapat potong ampun yang membolehkannya dibebaskan lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan (C.O 273/218, 1897). Namun, banduan yang berhak mendapat pemberian markah ini hanyalah banduan yang berada dalam Gred Pertengahan dan juga Gred Atasan yang melakukan kerja-kerja perusahaan.

Dalam hal ini, potong ampun yang diberikan ialah satu perempat daripada jumlah hari yang tinggal dalam tempoh hukuman penjara bagi seseorang banduan, manakala banduan dalam Gred Bawahan tidak termasuk dalam pemberian potong jumlah hari. Pada tahun 1880, Sistem Markah dapat dilaksanakan dengan lancar dan menyeluruh ke atas banduan yang berada dalam Gred Perusahaan. Malah lebih banyak perusahaan telah ditambah dari semasa ke semasa untuk memberikan latihan perusahaan kepada banduan (Annual Departmental Report of the Straits Settlements, 1902). Selain itu, layanan dan penempatan di Penjara Kriminal adalah berbeza daripada Penjara Sivil. Penjara Sivil menempatkan banduan yang ditahan di bawah perintah mahkamah, banduan yang menunggu dihantar pulang, penghutang yang didenda, dan banduan ditahan reman.

Selain itu, banduan juga dilihat dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya banduan yang telah dijatuhi hukuman penjara ringan iaitu hanya dihukum penjara tanpa diarahkan melakukan sebarang kerja. Jenis kedua pula ialah orang yang dikurung penjara hanya atas dasar kepentingan keselamatan iaitu orang di bawah tahanan atau banduan yang sedang menunggu perbicaraan. Manakala jenis seterusnya pula ialah banduan yang berhutang dan banduan yang dijatuhi hukuman mati (R. L. Jarman, 1998). Pelaksanaan hukuman di Penjara Sivil adalah berbeza daripada pelaksanaan hukuman di Penjara Kriminal. Hal ini disebabkan oleh banduan yang menjalani hukuman di penjara ini tidak dipaksa melakukan kerja paksa mahupun kerja perusahaan selain hanya bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik, kebersihan perabot dan perkakas masing-masing sahaja.

Namun banduan yang menjalani hukuman ini dibenarkan untuk melakukan kerja jika mereka berniat berbuat demikian. Selain itu, banduan hukuman Penjara Sivil yang rajin bekerja juga boleh mendapat potong ampun melalui Sistem Markah. Walau bagaimanapun, seseorang banduan itu perlu bekerja sekurang-kurangnya seminggu sebelum dibenarkan menarik diri daripada kerja yang dilakukannya (C.O 273/218, 1896). Konsep Penjara Sivil ini ialah

(18)

kurungan di dalam wad umum pada waktu malam kecuali bagi banduan yang telah dijatuhi hukuman mati. Malah Penjara Sivil telah menyediakan sel berasingan untuk mengurung banduan yang lebih ganas (R. L. Jarman, 1998).

Layanan yang berbeza diberikan kepada banduan Penjara Sivil berbanding banduan di Penjara Kriminal. Banduan di Penjara Sivil boleh mendapat bahan-bahan seperti buku, kertas dan alat tulis yang dianggap sebagai bahan mewah bagi mereka. (The Laws of the Straits Settlements, 1872). Penjara Sivil dilihat memberikan layanan yang lebih baik berbanding Penjara Kriminal memandangkan kebanyakan banduan yang menduduki penjara ini hanya terlibat dengan kesalahan undang-undang yang lebih ringan dan duduk di penjara dalam tempoh yang singkat sahaja memandangkan kemasukan banduan sentiasa berterusan dan jumlahnya tidak menunjukkan pengurangan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual berikut.

Jadual 5 : Jumlah Banduan Di Penjara Sivil & Kriminal, Pulau Pinang Bagi Tahun 1884-1889.

TAHUN PENJARA KRIMINAL PENJARA SIVIL KEMATIAN

1884 2168 1168 2

1885 2779 1533 -

1886 3223 1627 -

1887 3425 1695 2

1888 3750 1037 -

1889 4128 - -

Pada tahun 1888, pihak British berdepan dengan isu kekurangan sel berikutan peningkatan banduan di Penjara Kriminal. Tambahan pula, jumlah banduan hukuman jangka panjang masih tinggi, oleh itu jawatankuasa pengurusan penjara memutuskan untuk menghantar banduan yang dihukum melebihi tempoh 6 bulan ke Penjara Singapura. Tindakan ini dilakukan kerana pihak British mengalami masalah kekurangan sel selular (R. L. Jarman, 1998). Banduan- banduan ini dikenakan disiplin yang ketat melalui pelbagai hukuman kerja keras. Sebagai contoh, pada tahun 1886, sebahagian besar banduan di Penjara Pulau Pinang bekerja memecah batu selama 9 jam sehari. Jumlah road metal yang dihasilkan kira-kira 1400 cubic yard sebulan dan ia dijual kepada pihak perbandaran dengan kadar 10 sen per cubic yard.

Dalam tahun 1886, sebanyak 200 sel terbuka telah dibina untuk banduan yang bekerja memecah batu. Dalam tahun yang sama, sel segregasi diwujudkan dalam tiga buah blok di Penjara Kriminal. Secara keseluruhannya, terdapat 296 buah sel di penjara tersebut. Jumlah banduan jenayah ialah 342 orang, jadi 46 banduan diletakkan di wad persatuan (association wards) kerana kekurangan sel segregasi. Wad penjara yang baharu di Hospital Pauper dilihat mampu mengurangi jumlah banduan, namun pihak penjara berpendapat blok tambahan untuk sel segregasi masih perlu ditambah, ataupun kerajaan perlu mengambil tindakan mengurangkan jumlah kuli banduan yang bekerja di estet dan terus mengekalkan fungsi House of Correction yang terasing di Province Wellesley. Sementara itu, jumlah banduan di Melaka pula adalah seperti berikut.

Jadual 6 : Jumlah Banduan di Penjara Sivil & Kriminal, Melaka Bagi Tahun 1884-1889.

TAHUN PENJARA KRIMINAL PENJARA SIVIL KEMATIAN

1884 167 156 -

1885 156 219 -

1886 189 203 -

1887 172 121 -

1888 248 202 2

1889 314 166

Sumber : Prison Case Vol 3 : 1884-1891, hlm. 387.

(19)

Menurut J.F. Dickson iaitu Setiausaha Kolonial NNS, pada tahun 1889, banduan dikenakan kerja buruh kasar dengan pengenalan kerja-kerja baharu seperti memusing sabut dan membuat tikar. Pada tahun 1888, sumber pendapatan penjara menunjukkan peningkatan dengan hasilnya sebanyak $2631.69 dolar berbanding $1951 dolar bagi tahun sebelumnya, dan hasil pendapatan tanah ialah $10,553.34 dolar. Pelaksanaan hukuman ini dilihat menghasilkan pendapatan yang memberangsangkan, jadi pada tahun 1890 banduan diarahkan membuat kerja-kerja memecah batu, memukul sabut, dan membuat tikar (R. L. Jarman, 1998). Pada tahun 1894, bilangan banduan yang sedikit menyebabkan pelaksanaan kerja buruh kasar menjadi sukar berikutan wujudnya keperluan lain iaitu tenaga mereka diperlukan untuk bekerja di penjara dan memenuhi tugasan di Penjara Melaka. Bilangan yang kecil menjejaskan kerja-kerja buruh kasar lalu mereka dicadangkan dihantar ke Penjara Singapura. Pada tahun 1895, E.C. Hill, Residen Konsular Melaka menyatakan banduan di Penjara Melaka perlu dimanfaatkan tanpa perlu menghantar mereka ke Penjara Singapura. Mereka boleh bekerja di kawasan tanah lapang di sebarang kawasan tanah yang tidak diusahakan di Melaka, contohnya di Chinchin terdapat kawasan tanah yang luas sesuai untuk diusahakan bagi penanaman padi (R. L. Jarman, 1998).

Bekalan beras tidak mencukupi di NNS, jadi guna tenaga banduan di kawasan padi dapat memenuhi keperluan populasi NNS. Selepas pemindahan banduan India, kebanyakan mereka bekerja di jalan-jalan dan melakukan pelbagai kerja awam. Menurut E.C. Hill, banduan sukar mendapat pekerjaan khususnya di luar penjara dan terutamanya bagi banduan Cina, jadi memberikan pengusahaan tanaman padi dapat menguntungkan pihak kerajaan meskipun ia disedari tidak mampu menampung kos pentadbiran penjara. Namun tindakan ini dapat memberi banduan kerja di samping menyediakan mereka tempat bekerja selepas tamat menjalani hukuman penjara bagi mengelakkan potensi mereka terlibat dengan kegiatan jenayah lagi (R. L. Jarman, 1998).

Dalam tahun yang sama iaitu 1895, kakitangan sub wadar tidak mencukupi iaitu berjumlah sembilan orang sahaja. Oleh itu, banduan yang berkelakuan baik dalam kalangan gred atas dijadikan sub wadar secara sementara. Namun di bawah arahan Setiausaha NNS, amalan ini dihentikan bagi mengelakkan banduan diambil bekerja sebagai sub wadar dalam penjara. Pada 30 Mac 1898, Superintendan Penjara iaitu Encik C.G. Garrard bercuti ke England, dan Mr F.II V. Gottlieb mengambil alih tempatnya. Gottlieb meluahkan rasa puas hatinya dengan cara Mr Newman, satu-satunya Pegawai Eropah yang ada, menjalankan tugas sebagai Gaoler di Penjara Melaka, dan wadar tempatan yang lain dilaporkan mengawal dan memantau banduan dalam keadaan yang baik (R. L. Jarman, 1998).

Penyusunan Semula Sistem Klasifikasi

Kaedah seterusnya dilakukan pihak British untuk mengatasi masalah segregasi adalah dengan menyusun semula sistem klasifikasi. Melalui kaedah ini, pihak British membuat penyusunan banduan mengikut kumpulan yang sama kelas dan status. Hal ini disebabkan oleh kelemahan dalam mengelaskan banduan menjejaskan pengurusan banduan berikutan percampuran membawa kepada pergaduhan, rusuhan, percampuran budaya negatif, perkembangan ideologi kongsi gelap dan lain-lain yang berakar umbi sehingga banduan menentang pihak penjara. Oleh itu, melalui usaha ini, pihak British menetapkan kelompok banduan mengikut maklumat sejarah, jenayah, kebolehan, dan maklumat-maklumat lain yang boleh diguna pakai.

Hakikatnya, sebelum berlaku penentangan pada tahun 1870, pihak British sudah mewujudkan sebuah sistem menggunakan banduan sebagai pengawal penjara yang diperkenalkan oleh Bonham dan dimulakan sejak tahun 1855. Pada masa itu, pihak penjara sudah membuat pembahagian banduan mengikut kategori. Berdasarkan sistem ini, kebanyakan banduan

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN