• Tiada Hasil Ditemukan

View of TAHAP KESEDIAAN PENSYARAH MENGGUNAKAN PLATFORM GOOGLE CLASSROOM UNTUK PELAKSANAAN PDP DI LANGKAWI TOURISM ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of TAHAP KESEDIAAN PENSYARAH MENGGUNAKAN PLATFORM GOOGLE CLASSROOM UNTUK PELAKSANAAN PDP DI LANGKAWI TOURISM ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 [Vol. 2 No. 4 December 2020]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

TAHAP KESEDIAAN PENSYARAH MENGGUNAKAN PLATFORM GOOGLE CLASSROOM UNTUK PELAKSANAAN PDP DI LANGKAWI TOURISM

ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI

Ungku Khairul Fadzli Ungku Abu Bakar1*, Muhammad Syafiq Ahmad Bukhari2 and Izzati Firdiana Kamarol Bahrin3

1 Recreational Tourism Unit, Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi, Langkawi, MALAYSIA

2 Culinary Arts Unit, Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi, Langkawi, MALAYSIA

3 Food & Beverages Unit, Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi, Langkawi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: ungkukhairulfadzli@gmail.com Article Information:

Article history:

Received date : 20 November 2020 Revised date : 25 November 2020 Accepted date : 12 December 2020 Published date : 25 December 2020

To cite this document:

Ungku Abu Bakar, U., Ahmad Bukhari, M., & Kamarol Bahrin, I. (2020).

TAHAP KESEDIAAN PENSYARAH MENGGUNAKAN PLATFORM GOOGLE CLASSROOM UNTUK PELAKSANAAN PDP DI LANGKAWI TOURISM ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI. International

Abstrak: Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pensyarah terhadap penggunaan Google Classroom sebagai platform pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA).

Seramai 36 pensyarah dipilih secara rawak dari semua unit akademik di LTA merupakan sampel kajian ini. Secara khususnya, kajian ini mempunyai tiga (3) objektif berkaitan penggunaan Google Classroom iaitu: (i) Mengenalpasti tahap pengetahuan pensyarah, (ii) Mengenalpasti tahap kemahiran pensyarah dan (iii) Mengenalpasti kekangan yang dihadapi ketika menggunakan Google Classrom. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian diolah dan dianalisa

(2)

1. Pengenalan

Perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah memberi perubahan drastik terhadap landskap pendidikan yang ketika ini telah pun memasuki era revolusi industri 4.0 (Bayu Kurniawan, Agus Purnomo, &, Idris, 2020). Penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran memberi kesempatan dan peluang kepada pensyarah untuk meningkatkan dan mengembangkan kompetensi mereka di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Abd. Rozak & Azkia Muharom, 2018). Oleh yang demikian, penggunaan teknologi dalam pembelajaran di dalam kelas diharapkan mampu memberi penyelesaian dalam mengatasi masalah pembelajaran di kelas yang disebabkan kurangnya peranan pensyarah dalam memanfaatkan teknologi dalam dunia pendidikan. Kajian ini akan memfokuskan kepada tahap kesediaan pensyarah-pensyarah di Langkawi Tourism Academy (LTA) tentang penggunaan teknologi dalam urusan pengajaran dan pembelajaran. Fokus kajian termasuk pengetahuan pensyarah, kemahiran pensyarah serta cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan proses PdP mengguna platform Google Classroom.

2. Kajian Literatur

Secara keseluruhan, tahap penerimaan dan aplikasi teknologi di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi 2006). Kesemua IPT awam dan swasta di Malaysia kini telah menggunakan kemudahan rangkaian komputer dan Internet untuk meningkatkan lagi proses PdP. Dengan kecanggihan teknologi semasa, bidang pendidikan telah mengalami perubahan seiring dengan kemajuan terkini. Pelaksanaan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran sentiasa ditambah baik (Norasyikin & Mohd Isa, 2016).

Google Classroom ialah aplikasi dan platform laman web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara maya dan turut bertujuan menghasil, mengedar dan mengukur tugasan secara atas talian. Penyelarasan fail, data serta maklumat di antara pensyarah dan pelajar boleh diwujudkan melalui platform ini, sekaligus membetuk komuniti pembelajaran pintar secara atas talian. Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi yang mesra pengguna dan ringan. Selain percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selari dengan keperluan pelaksanaan PdP pada masa kini. Menurut Muhammad taufiq (2010), pengetahuan menjadi domain utama dalam membentuk tindakan seseorang. Dalam kajian ini pengetahuan terhadap penggunaan Google Classroom antara fokus utama kajian.

Kata kunci: Tahap kesediaan, Pensyarah, Google Classroom, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

(3)

Sorotan kajian oleh Khodijah, Siti Zaharah & Roslinda pada 2018 menyatakan, tahap kesediaan guru menggunakan pendekatan Teknologi Maklumat (TMm) dalam PdP adalah tinggi, namun memerlukan kepada pemerkasaan dari sudut pengetahuan dan kemahiran guru serta infrastruktur sekolah. Adalah penting bagi pensyarah untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pelaksanaan PdP secara atas talian melalui platform yang stabil untuk memaksimumkan tahap kecemerlangan pencapaian pelajar. Proses pelaksanaan PdP turut bergantung kepada kesediaan pensyarah selaku pelaksana dasar-dasar pendidikan. Proses PdP mencapai matlamat apabila wujudnya integrasi dan kesepaduan antara kurikulum dengan penyampaian ilmu berkenaan menggunakan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai (Maimun Aqsha Lubis, 2010).

Lantaran itu, menurut Baharuddin dan Badusah (2015), aspek pengetahuan dan kemahiran adalah aspek yang penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi dalam pembelajaran.

Pendekatan pelaksanaan PdP melalui platform atas talian seperti Google Classroom merupakan kaedah yang terkini dan mesra pengguna samada untuk pensyarah mahupun pelajar. Aspek pengetahuan perlu ditingkatkan oleh pensyarah melalui pembelajaran berterusan dan penggunaan yang kerap bagi memantapkan kemahiran.

Selain itu, Othman dan Awang (2018) menyatakan bahawa seseorang pensyarah perlu memiliki beberapa kemahiran yang spesifik bagi melaksanakan perubahan kurikulum sesuai dengan keperluan zaman global ini dengan berkesan. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki seseorang pensyarah menjadi salah satu faktor penting dalam membuat justifikasi terhadap keupayaan dan kemampuannya melaksanakan inovasi serta menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan pembelajaran berasaskan IR 4.0.

Justeru itu, seorang pensyarah yang profesional perlu untuk mengadaptasi dengan perubahan dan perkembangan terkini dalam melaksanakan PdP serta cekal dalam mengharungi cabaran yang muncul.

(4)

2.1 Penyata Masalah

Penggunaan teknologi yang semakin mesra pengguna menjadi salah satu penyumbang kepada penggunaan ICT sebagai alat pemudahcara yang sangat bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut M. Kaviza (2020) Aplikasi Google Classroom berpotensi digunakan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan dengan berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu. Justeru itu, pensyarah memainkan peranan penting sebagai fasilitator bagi pengajaran dan pembelajaran di peringkat LTA. Namun terdapat beberapa keperluan untuk menentukan tahap kesediaan pensyarah untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui platform tersebut dari sudut pengetahuan, kemahiran serta cabaran yang dihadapi. Kefahaman pensyarah terhadap konteks IR 4.0 masih kurang jelas (Mohd Sani, 2017). Pensyarah di Kolej Komuniti sering menghadapi masalah tidak mempunyai keyakinan untuk menerapkan konsep penyampaian melalui platform digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Gambaran tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan IR 4.0 menyebabkan para pensyarah tidak faham apakah rasional di sebalik perubahan tersebut dan apakah peranan yang perlu mereka mainkan untuk melaksanakan pembelajaran tersebut (Abdul Razak, 2017). Ini dipersetujui oleh Syarifuddin dan Halim (2013) di mana beliau mengatakan bahawa pendidik adalah golongan yang rapat dan pelaksana yang berkesan dengan sistem pendidikan yang sedia ada. Hasil dapatan kajian terdahulu yang dibuat oleh Khodijah, Siti Zaharah & Roslinda pada 2018 menyatakan bahawa tahap kesediaan guru dalam proses PdP dengan menggunakan aplikasi teknologi adalah sangat tinggi. Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran menggunakan platform teknologi dan cabaran yang dihadapi yang memerlukan pemerkasaan yang berterusan.

2.2 Objektif Kajian

Kajian dijalankan terhadap pensyarah LTA bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kesediaan pensyarah menggunakan platform Google Classroom untuk perlaksanaan proses PdP.

Antara objektif tersebut adalah:

2.2.1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pensyarah tentang penggunaan Google Classroom.

2.2.2. Mengenalpasti tahap kemahiran pensyarah tentang penggunaan Google Classroom.

2.2.3. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi ketika menggunakan Google Classroom.

(5)

3. Kaedah

Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat lima jenis Skala Likert yang digunakan iaitu, tidak pernah, tidak kerap, kurang kerap, kerap dan amat kerap. Instrumen soal selidik ini juga terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan demografi responden.

Manakala bahagian B menyoal tentang kadar kekerapan penggunaan Google Classroom dan Bahagian C mengandungi soalan berkaitan dengan tahap kemahiran pensyarah menggunakan Google Classroom. Seterusnya bahagian D mengandungi soalan berkaitan kekangan yang dihadapi dan yang terakhir bahagian E cadangan untuk mengatasi kekangan tersebut. Pengkaji memilih LTA sebagai tempat untuk menjalankan kajian. Responden terdiri daripada 36 orang pensyarah dari semua Unit Akademik di LTA. Pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara rawak, oleh itu setiap pensyarah mempunyai kebarangkalian untuk dipilih sebagai sempel kajian.

Butiran demografi (jantina, umur, pengalaman mengajar, tahun mengajar) responden dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Data kajian diolah dan dianalisa menggunakan program IBM SPSS v.23 Statistik. Kekerapan, peratusan dan min digunakan untuk mengkaji data. Keputusan analisa ditunjukkan di dalam jadual.

(6)

4. Hasil Dapatan dan Perbincangan

Berdasarkan Jadual 1 di atas, analisis keputusan demografi responden mendapati pensyarah perempuan lebih ramai terlibat dalam kajian ini. Keputusan analisis menunjukkan kekerapan pensyarah perempuan adalah lebih tinggi iaitu seramai 25 orang (69.4%) berbanding pensyarah lelaki iaitu seramai 11 orang (30.6%) sahaja. Seterusnya, jumlah pensyarah mengikut kekerapan umur. Peringkat umur antara 31-40 tahun mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu seramai 26 orang (72.2%). Manakala peringkat umur 41-50 mencatatkan peratusan terendah di kalangan pensyarah iaitu seramai dua orang sahaja. (5.6%). Seterusnya aspek pengalaman mengajar, seramai 12 orang (33.3%) pensyarah telah mengajar selama 1-5 tahun, 11 orang (30.6%) pensyarah telah mengajar selama 6-10 tahun, 11 orang (30.6%) pensyarah telah mengajar selama 11-15 tahun dan hanya 2 orang (5.6%) pensyarah sahaja yang mempunyai pengalaman mengajar selama 16-20 tahun. Hanya 6 orang (16.7%) pensyarah yang telah mengajar selama kurang dari 15 tahun di LTA, manakala selebihnya 30 orang (83.3%) pensyarah telah mengajar selama 10 tahun dan ke bawah di institusi semasa. Selain itu, didapati seramai 23 orang (63.9%) pensyarah tidak pernah mengikuti kursus Google Classroom dan seramai 13 orang (36.1%) pensyarah pernah dan telah mengikuti kursus tersebut. Akhir sekali, kesemua 36 orang (100%) pensyarah di LTA mempunyai akaun Gmail masing-masing.

(7)

Berdasarkan dapatan di Jadual 2 menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pensyarah di LTA terhadap penggunaan platform Google Classroom dalam PdP adalah berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.17 dan sisihan piawai 1.108. Ini menunjukkan bahawa pensyarah masih belum menguasai sepenuhnya tentang fungsi Google Classroom. Refleksi dari kadar pengetahuan pensyarah tersebut telah membawa pensyarah kepada tidak kerap menggunakan fungsi-fungsi yang ada di Google Classroom. Ini kerana analisa kekerapan pensyarah menggunakan fungsi yang ada pada paparan menu Google Classroom menunjukkan nilai min 2.97 dan sishan piawaian 1.207, manakala bagi kekerapan menggunakan aplikasi google doc, slide dan sheet didalam Google Classroom nilai min adalah 2.94 dan sisihan piawaian 1.094. Seterusnya, nilai min 2.97 dan sisihan piawaian 1.341 merujuk kepada kekerapan pensyarah dalam membuat perkongsian fail dengan pelajar menggunakan Google Classroom juga tidak kerap. Sementara itu, kekerapan pensyarah dalam memuat naik fail menggunakan Google Classroom menunjukkan kurang kerap dengan nilai min 3.08 dan sisihan piawaian 1.251.

(8)

Jadual 3 menunjukkan tahap kemahiran pensyarah terhadap penggunaan Google Classroom dalam pdp adalah berada pada tahap kurang pasti dengan nilai min keseluruhan 3.54 dan sisihan piawai 1.305. Majoriti pensyarah mengetahui aplikasi Google Classroom adalah percuma dengan nilai min 4.00 dan sisihan piawaian 1. 309.Walaubagaimanapun, satu item dalam konstruk kemahiran iaitu ‘Saya menggunakan aplikasi soalan online untuk membuat taburan analisa atau pernilaian pada Google Classroom tersebut’ mendapat nilai min yang terendah iaitu 3.14 dan nilai sisihan 1.291.

(9)

Jadual 4 menunjukkan analisa frekuensi terhadap cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam menggunakan Google Classroom. Item pertama menunjukkan frekuensi 24 orang pensyarah dengan peratusan 66.7% memerlukan masa yang panjang untuk mengaplikasi PdP menggunakan Google Classroom, manakala 12 orang pensyarah dengan peratusan 33.3% tidak memerlukan masa yang panjang. Item kedua menunjukkan frekuensi 28 orang pensyarah dengan peratusan 77.8% mengakui bahawa bahan sumber di dalam Google Classroom mencukupi manakala hanya

(10)

Item ketiga menunjukkan frekuensi 34 orang pensyarah dengan peratusan 94.4 sependapat bahawa pihak atasan memberikan sokongan dalam penggunaan Google Classroom semasa proses PdP dijalankan, manakala 2 orang pensyarah dengan peratusan 5.6% menyatakan tidak diberi sokongan oleh pihak atasan. Item keempat menunjukkan frekuensi 30 orang pensyarah dengan peratusan 83.3% menyatakan telah menerima latihan dan bantuan teknikal manakala 6 orang pensyarah dengan peratusan 16.7% menyatakan tidak menerima latihan & bantuan teknikal. Item kelima menunjukkan frekuensi 24 orang pensyarah dengan peratusan 66.7% kurang berpengatahuan dalam menggunakan Google Classroom manakala 12 orang pensyarah dengan peratusan 33.3%

berpengetahuan dan berkemahiran dalam menggunakan Google Classroom. Item yang keenam menunjukkan frekuensi 31 orang pensyarah dengan peratusan 86.1% menyatakan kawasan persekitaran kelas yang mesra dengan penggunaan Google Classroom manakala 5 orang pensyarah dengan peratusan 13.9% menyatakan tidak bersetuju.

4.1 Perbincangan dan Limitasi

Hasil kajian yang dibuat telah dianalisa secara terperinci bagi mengetahui tahap pengetahuan pensyarah -pensyarah LTA terhadap penggunaan platform Google Classroom dalam proses PdP mendapati tahap pengetahuan pensyarah-pensyarah masih berada di peringkat yang sederhana.

Kebanyakkan pensyarah bersetuju bahawa mereka tahu menggunakan platform Google Classroom dengan min 3.17, tetapi hasil kajian mendapati kekerapan pensyarah menggunakan aplikasi ini contohnya seperti google doc, slide dan sheet di dalam Google Classroom berada pada min yang paling rendah iaitu 2.94. Seterusnya kita dapat lihat bahawa setiap pensyarah tahu bahawa aplikasi google claasroom adalah percuma dengan nilai min tertinggi 4.00, namun analisa menunjukkan item pensyarah memuat naik bahan untuk PdP dengan menggunakan platform Google Classroom berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.39. Hal ini menunjukkan tahap kemahiran pensyarah untuk menggunakan aplikasi Google Classroom ini belum ke tahap optimum. Dalam analisa cabaran yang dihadapi pensyarah, peratusan menunjukkan sebanyak 66.7% pensyarah memerlukan masa yang panjang untuk mengaplikasikan PdP menggunakan Google Classroom dan 66.7% juga pensyarah kurang berpengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan platform ini.

Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran pensyarah dalam menggunakan platform Google Classroom ini perlu dipertingkatkan selari dengan perkembangan semasa dan peredaran zaman untuk menjadikan proses PdP lebih menarik dan dan berkesan. Namun demikian, diharapkan juga agar kajian seterusnya pada masa akan datang dapat membantu menambahbaikkan proses PdP terutamanya dalam menggunakan platform Google Classroom ini kerana kajian ini juga boleh diperlihatkan di seluruh Malaysia dan ianya juga boleh dilihat dari sudut para pelajar.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa limitasi dalam hasil kajian ini. Antaranya adalah untuk mengesahkan data kajian memerlukan jumlah responden yang lebih besar dan tidak semua pensyarah menggunakan aplikasi Google Classroom, berkemungkinan faktor umur pensyarah mempengaruhi keupayaan untuk menggunakannya.

(11)

5. Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan platform Google Classroom adalah salah satu medium pembelajaran masa kini yang digunakan untuk memudahkan urusan pensyarah disamping dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi menggalakkan pembabitan pensyarah menggunakan platform Google Classroom ini. Oleh itu, pengkaji berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan bidang pendidikan di negara ini terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi semasa.

Rujukan

Abd. Rozak & Azkia Muharom. (2018). DESAIN PERKULIAHAN BAHASA ARAB MELALUI GOOGLE CLASSROOM. Jurnal Pendidikan Bahasa Arab dan Kebahasaaraban Vol. 5 No. 1, Juni 2018, 83-102.

Abdul Razak, D. (2017, Jun 12). Revolusi Industri Ke-4: Mampukah Menginsankan Teknologi.

Majalah Sains Online. Dicapai pada November 19, 2020, dari http://www.majalahsains.com/revolusi-industri-ke-4-mampukahmenginsankan-teknologi/

Baharudin, S. H. & Badusah, J. (2015). Tahap penggunaan web 2.0 dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 6, Bil. 2: 33-43.

Bayu Kurniawan, Agus Purnomo, &, Idris. (2020). Pelatihan Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai Upaya Peningkatan Pembelajaran Online. International Journal of Community Service Learning. Volume 4, Number 1, Tahun 2020, pp. 1-9.

Norasyikin Osman, Mohd Isa Hamzah. (2016). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina Dan Program, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 4, Isu 2.

Kaviza, M. (2020) “Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom Sebagai Platform Pembelajaran Sejarah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(4), pp. 108 - 115. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i4.397.

Khodijah Abdul Rahman, Siti Zaharah Mohid dan Roslinda Ramli, Proceeding of IC-ITS 2018 e- ISBN:978-967-2122-64-7 4th International Conference on Information Technology & Society October 30th-31st, 2018, Selangor, Malaysia. Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah Agama Di Selangor.

Maimun Aqsha Lubis, M. M. (2010). Systematic Steps In Teaching And Learning Islamic Education In The Classroom. 7:665-670. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 4, (page 108 - 115), 2020.

Mohd Sani, M. A. (2017, Julai 29). R&D Universiti Katalis Revolusi Industri 4.0. Berita Harian

Online. Dicapai pada November 19, 2020, dari

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/07/306706/rd-universitikatalis-revolusi-

(12)

Muhammad Taufiq. (2010). Asal-Usul Pengetahuan Dan Hakikat Pengetahuan. Program pasca siswazah manajemen dan bisnis. Indonesia: Bogor.

Othman, R. & Awang, M. I. (2018). Analisis Pentaksiran Kemahiran Insaniah Menggunakan Rubrik Terhadap Amalan Pensyarah: Satu Kajian Rintis. eJurnal Penyelidikan Dan Inovasi e- ISSN 2289-7909.

Syarifuddin, N. S. & Halim, L. (2013). Amalan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Baharu. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.

Zailan Arabi & Azmi Mansur. 2006. A Life Long Learning Platform for Malaysian Society. Atas talian. http://www.ejel.org/volume-4/v4-i1/v4-i1-art-2.htm(Accessed 5th June 2009).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN