• Tiada Hasil Ditemukan

View of Peranan Keluarga Muslim dalam Membina Masyarakat Sejahtera: Satu Sorotan Awal Terhadap Pemikiran Kekeluargaan Ibn Sina (980M-1037M) [The Role Of Muslim Family in Building Harmonious Society: A Preliminary Review Of Ibn Sina’s]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Peranan Keluarga Muslim dalam Membina Masyarakat Sejahtera: Satu Sorotan Awal Terhadap Pemikiran Kekeluargaan Ibn Sina (980M-1037M) [The Role Of Muslim Family in Building Harmonious Society: A Preliminary Review Of Ibn Sina’s]"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,20(3): 89-96

https://journal.unisza.edu.my/jimk

[THE ROLE OF MUSLIM FAMILY IN BUILDING HARMONIOUS SOCIETY: A PRELIMINARY REVIEW OF IBN SINA’S (980M-1037M) THOUGHT ON FAMILY]

PERANAN KELUARGA MUSLIM DALAM MEMBINA MASYARAKAT SEJAHTERA:

SATU SOROTAN AWAL TERHADAP PEMIKIRAN KEKELUARGAAN IBN SINA (980M-1037M)

Zaiton Mustafa Mohd Roslan Mohd Nor*

Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

*Corresponding author: m_roslan@um.edu.my

Received Date: 04 July 2019 • Accepted Date: 17 September 2019

Abstract

The family is the smallest social institution which has a great influence on society. A harmonious family will contribute towards the creation of a prosperous society and nation. Ibn Sina, a well- known Islamic scholar, also discussed the role of Muslims as member of a family and a community in one of his works, al-Siyasah. This study is a preliminary review of Ibn Sina’s thought on family contained in the book. This study uses descriptive method and the data was obtained through library research. Based on Ibn Sina’s thought, it was found that he emphasized on financial management, husband’s leadership as the head of household and proper education for the children in order to preserve the well-being of a family. It is hoped that this study will give more exposure to the thinking of our past scholars to the society in order to create social harmony according to Islam.

Keywords: Role of family, harmonious society, Ibn Sina, al-Siyasah Abstrak

Sebuah keluarga merupakan institusi sosial yang paling kecil tetapi mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Keluarga yang sejahtera akan menyumbang ke arah kewujudan masyarakat dan negara yang makmur. Ibn Sina, tokoh ilmuan Islam yang tidak asing lagi turut membincangkan mengenai peranan Muslim sebagai ahli keluarga dan anggota masyarakat dalam karya beliau, al-Siyasah. Oleh itu, kajian ini merupakan sorotan awal terhadap pemikiran kekeluargaan Ibn Sina yang terkandung dalam kitab tersebut. Kajian ini menggunakan metode deskriptif dan data yang menjadi sumber perbincangan diperolehi melalui penyelidikan kepustakaan. Berdasarkan pemikiran Ibn Sina, didapati bahawa beliau memberi penekanan terhadap pengurusan kewangan, kepimpinan suami sebagai ketua keluarga dan pendidikan yang

ISSN1985-7667 e-ISSN:2289-6325 http://dx.doi.org/

(2)

diharapkan dapat mengetengahkan pemikiran ulama silam kepada masyarakat dalam usaha mewujudkan keharmonian sosial menurut acuan Islam.

Kata kunci: peranan keluarga, masyarakat sejahtera, Ibn Sina, al-Siyasah

PENDAHULUAN

Kesejahteraan sosial melambangkan kestabilan dan keutuhan pembangunan sesebuah negara, malah suasana sejahtera yang wujud dalam masyarakat dapat merangsang pertumbuhan tamadun yang gemilang. Lantaran itulah, Islam sangat menitikberatkan kesejahteraan manusia dan menyeru umat Islam untuk bangkit menjadi umat yang terbaik (khayr ummah) dalam kalangan manusia bagi menyebarkan kebaikan ke seluruh pelusuk alam. Seruan tersebut dapat dilihat dalam firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran 3:110 yang bermaksud,

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik

Bagi mencapai kesejahteraan hidup, tuntutan untuk mewujudkan khayr ummah menjadi satu tanggungjawab yang perlu direalisasikan oleh umat Islam. Proses untuk melahirkan umat yang terbaik ini dapat dimulai dengan usaha setiap individu untuk membina keluarga Islam yang berfungsi dengan baik dan mampu menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Sebuah keluarga yang dibina merupakan institusi sosial yang sangat berpengaruh terhadap pembinaan masyarakat. Menurut Sidek Baba (2007), institusi keluarga sangat penting kerana kualiti keluarga yang dibangunkan mempunyai hubungan langsung dengan keseluruhan kualiti pembangunan negara.

Terdapat perbincangan dalam kalangan ulama Islam tentang peranan keluarga Muslim disebabkan pengaruhnya yang besar terhadap pembangunan umat Islam. Ibn Sina adalah salah seorang tokoh ilmuan Islam yang turut membincangkan tentang fungsi keluarga dalam masyarakat. Pandangan beliau tentang peranan dan sistem kekeluargaan Islam ada dibincangkan dalam beberapa karya yang telah beliau hasilkan seperti kitab al-Siyasah, al-Shifa’ dan al-Qanun.

Walau bagaimanapun, artikel ini hanya memfokuskan terhadap pandangan Ibn Sina dalam kitab al-Siyasah yang mencakupi perbincangan mengenai pengurusan diri, pengurusan kewangan, pengurusan suami terhadap isteri serta pendidikan anak-anak sahaja. Perbincangan mengenai pemikiran kekeluargaan Ibn Sina dalam kitab tersebut adalah berasaskan data literatur yang diperolehi melalui penyelidikan kepustakaan. Penulisan ini juga turut merujuk kepada teks kandungan kitab al-Siyasah sebagai sumber data primer. Metode deskriptif digunakan untuk menjelaskan pemikiran kekeluargaan Ibn Sina dalam perbincangan ini.

Cite as: Zaiton Mustafa & Mohd Roslan Mohd Nor. 2019. Peranan keluarga Muslim dalam membina masyarakat sejahtera: Satu sorotal awal terhadap pemikiran kekeluargaan Ibn Sina (980M-1037M). Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 20(3): 89-96.

(3)

SEJARAH HIDUP IBN SINA

Ibn Sina merupakan tokoh ilmuan Islam yang tidak asing lagi dalam dunia peradaban Islam. Orang- orang Arab menggelarnya sebagai al-Shaikh al-Ra’is manakala orang-orang Barat pula mengenalinya sebagai Avicenna dan menggelarnya sebagai ‘Aristotle Baru’. Keilmuan Ibn Sina menyerlah dalam agama, kedoktoran, sains, matematik dan juga falsafah (Hasan 1981). Sehingga kini, karya-karyanya masih lagi menjadi rujukan dan menarik perhatian para pengkaji dari seluruh dunia.

Nama sebenar beliau ialah Abu ‘Ali al-Husayn ibn ‘Abd Allah ibn Sina. Beliau telah dilahirkan di perkampungan Afshanah, berhampiran Bukhara pada tahun 980M. Bapa beliau merupakan gabenor di wilayah Khurmaythan dan berkhidmat kepada pemerintah dari Dinasti Samanid bernama Nuh ibn Mansur. Kedua orang tua Ibn Sina telah mendidik beliau untuk mencintai ilmu semenjak kecil lagi. Bapa Ibn Sina telah mencarikan guru-guru yang terbaik untuk pendidikan anaknya. Pada usia 10 tahun, Ibn Sina telah menghafal keseluruhan al-Quran (Goodman 2006).

Ibn Sina telah mempraktikkan ilmu kedoktoran ketika berusia 17 tahun dan mampu merawat penyakit yang dihidapi oleh pemerintah pada masa itu, Nuh ibn Mansur. Sebagai balasan, beliau dapat memasuki perpustakaan di istana dan membaca buku-buku yang tidak pernah dilihat oleh orang lain.

Semasa berusia 18 tahun, beliau telah membaca keseluruhan buku-buku tersebut dan menguasai kandungannya (McGinnis 2010). Ibn Sina mula mengarang kitab buat pertama kali ketika berusia 21 tahun (Afnan 1958).

Sepanjang kehidupannya, Ibn Sina sangat mencintai ilmu dan sentiasa sibuk menulis.

Kesibukan Ibn Sina digambarkan oleh Asimov (1980) seperti berikut “He worked at all times and in all conditions. He wrote or dictated his works day and night, in prison or on his travels, even on horseback”.

Ibn Sina meninggal dunia ketika berumur 58 tahun dan dikebumikan di Hamadan, Iran (Goodman 2006).

Walaupun usia beliau tidak panjang tetapi Ibn Sina telah meninggalkan banyak khazanah ilmu pengetahuan yang berharga buat umat Islam. Beliau telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman hidupnya dengan menulis karya-karya yang hebat. Empat daripada karya-karya beliau yang dianggap paling penting ialah al-Qanun fi al-Tibb, al-Shifa’, al-Najat dan al-Isyarat. Kitab al-Qanun fi al-Tibb dan al-Shifa’ telah tersohor di seluruh dunia, sehinggakan kedua-duanya telah menjadi bahan rujukan intelektual Barat sehingga sekarang. Menurut McGinnis (2010), hampir 300 karya penulisan telah disandarkan kepada Ibn Sina.

IBN SINA SEBAGAI TOKOH MASYARAKAT

Ibn Sina adalah seorang tokoh ilmuan yang giat bermasyarakat. Bidang perubatan yang diceburi oleh beliau telah menghubungkan dirinya dengan pelbagai lapisan rakyat. Bukan itu sahaja, beliau turut aktif dalam politik semasa hayatnya. Menurut Afnan (1958), Ibn Sina terlibat dalam pentadbiran negara kerana beliau memegang jawatan penting sebagai seorang wazir (menteri). Beliau telah berkhidmat kepada pemerintah dari Dinasti Buwayh, Shams al-Dawlah sekitar tahun 1015M dan dilantik menjadi wazir di Hamadan (Goodman 2006). Jawatan tersebut disandang oleh beliau selama beberapa tahun sehinggalah Syams al-Dawlah meninggal dunia. Beliau kemudiannya berkhidmat pula kepada ‘Ala’ al- Dawlah, pemerintah di Isfahan dan sering mengiringi raja ke medan perang. Ibn Sina kekal berkhidmat sebagai wazir sehingga ke akhir hayatnya (Goodman 2006).

Semasa menyandang jawatan sebagai wazir, aktiviti keilmuannya tetap berlangsung.

(4)

Kebiasaannya, pada malam hari pelajar-pelajar Ibn Sina akan berkumpul di rumah beliau untuk membaca dan menelaah helaian-helaian kitab al-Shifa’ dan al-Qanun yang telah dikarang oleh beliau.

Aktiviti keilmuan diadakan pada waktu malam kerana pada siang hari beliau amat sibuk bersama raja untuk membincangkan urusan kenegaraan. Dalam hal ini, ternyata Ibn Sina mempunyai pengalaman yang luas kerana terlibat dalam pentadbiran negara serta berpeluang mempraktikkan pengetahuan beliau sebagai ilmuan dan ahli falsafah Islam. Walaupun begitu, pemikiran kemasyarakatan Ibn Sina tidak banyak dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji beliau.

Pengabaian terhadap pemikiran kemasyarakatan Ibn Sina oleh para pengkaji turut dinyatakan oleh Muhammad Yusuf Musa(1952) di dalam bukunya yang berjudul al-Nahiyah al-Ijtima‘iyyah wa al-Siyasiyyah fi Falsafat Ibn Sina. Beliau menegaskan, “kebanyakan pengkaji telah mengabaikan pemikiran kemasyarakatan Ibn Sina, mereka seolah-olah lupa bahawa beliau ialah seorang ahli falsafah yang aktif bermasyarakat, sedangkan aspek inilah yang menunjukkan keunggulan dan keistimewaan beliau”.

Sebagai ahli falsafah Islam, Ibn Sina memberi perhatian terhadap ilmu akhlak (‘ilm al-akhlaq), ilmu pengurusan rumahtangga (‘ilm al-tadbir al-manzil) dan ilmu politik (‘ilm al-siyasah) yang dikategorikan sebagai falsafah praktis (practical sciences) (Nurizal 2016). Menurut Ibn Sina, pendedahan kepada ilmu-ilmu dalam falsafah praktis bertujuan untuk mewujudkan pemikiran yang baik dalam diri setiap individu supaya dia terdorong untuk memperolehi kebaikan dalam setiap perkara yang dilakukan (Ibn Sina 1375H).

Untuk mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat, Ibn Sina berpandangan bahawa rakyat memainkan peranan yang paling penting samada sebagai individu atau dalam kelompok yang lebih besar sebagai keluarga bagi mewujudkan masyarakat dan negara yang ideal. Beliau percaya bahawa pemimpin negara yang baik akan lahir daripada individu yang mampu mengurus diri dan keluarganya dengan baik.

Oleh itu, penekanan harus diberikan untuk membentuk individu dan keluarga yang berfungsi dengan baik dalam masyarakat (Zainal Abidin 1979).

PENGENALAN TERHADAP KITAB AL-SIYASAH

Ibn Sina telah membincangkan secara mendalam mengenai pengurusan diri dan rumahtangga di dalam kitab al-Siyasah. Namun begitu, kitab al-Siyasah masih kurang dikenali kerana ramai pengkaji Ibn Sina tidak menyebut tentangnya. Walau bagaimanapun, kitab tersebut telah disenaraikan sebagai karya Ibn Sina oleh Carl Brockelmann, Georges C. Anawati dan Osman Ergin (Idris 2000). Maklumat tentang al- Siyasah turut dicatatkan oleh Haji Khalifah dalam Kashf al-Zunun dan telah diterbitkan oleh Louis Malouf pada tahun 1911 berdasarkan manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Leiden, Netherlands (Wan Suhaimi 2008).

Kitab al-Siyasah telah diedit oleh Louis Cheikho, Taysir Shaykh al-Ardi al-Ardi, ‘Abd al- Amirz Shams al-Din, Fu‘ad Abd al-Mun‘im, Ahmad Kamal Yaziji (Idris 2000) dan ‘Ali Muhammad Isber. Perbincangan Ibn Sina mengenai kemanusiaan, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan dan akhlak dalam al-Siyasah amat menarik dan masih ada kandungannya yang belum diterokai secara meluas oleh para pengkaji (al-Naqib 2000).

(5)

PERANAN INDIVIDU DALAM KELUARGA MENURUT IBN SINA

Definisi keluarga menurut Kamus Dewan (2002) ialah sekumpulan ahli keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak, atau keluarga asas. Burgess et al. (1971) pula mendefinisikan keluarga sebagai sekelompok manusia yang mempunyai hubungan perkahwinan, hubungan darah, atau hubungan angkat;

tinggal serumah; berinteraksi serta berhubung antara satu sama lain berdasarkan peranan sosial masing- masing sebagai suami dan isteri, ibu dan bapa, anak lelaki dan anak perempuan, abang, kakak dan adik;

dan mewujud serta mengekalkan budaya yang sama.

Berdasarkan pengertian tersebut, dapat difahami bahawa kewujudan sebuah keluarga adalah bermula daripada individu. Keluarga yang telah dibentuk oleh individu-individu akan berperanan sebagai agen sosialisasi yang terpenting dalam masyarakat bagi menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi seterusnya (Rohana 2014). Jelasnya, individu dan keluarga merupakan dua teras utama yang mendasari proses pembangunan sosial dalam masyarakat. Sebagai institusi sosial yang penting, sebuah keluarga perlu mewujudkan kesejahteraan yang hanya akan tercapai apabila setiap anggota keluarga saling bekerjasama untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Lantaran itulah, pada awal perbincangannya dalam kitab al-Siyasah, Ibn Sina menekankan keperluan terhadap pengurusan diri oleh setiap individu (siyasah al-rajul nafsah) sebelum membangun sebuah keluarga. Menurut Ibn Sina, setiap individu perlu mengurus dan mentadbir dirinya terlebih dahulu sebelum menguruskan perkara lain yang lebih besar. Ini disebabkan setiap insan paling hampir dengan dirinya sendiri. Mengurus diri sebagaimana yang disarankan oleh Ibn Sina bermaksud individu tersebut berusaha untuk menangani keburukan hawa nafsu. Dalam hal ini, setiap individu hendaklah melakukan islah diri dengan mengenalpasti semua keburukan dalam dirinya untuk diperbaiki supaya menjadi insan yang lebih baik (Ibn Sina t.th. dalam Isber 2007).

Apabila seseorang itu dapat mengenal pasti sifat-sifat keji yang membawa keburukan dalam dirinya, maka usaha yang berterusan dan menyeluruh perlu dilakukan untuk membersihkan sifat-sifat tersebut. Ibn Sina menegaskan, seseorang itu tidak boleh berlapang dada jika ada satu sifat keji yang dibiarkan bersarang dalam dirinya. Ini kerana lama-kelamaan keadaannya akan menjadi lebih buruk dan akan mempengaruhi individu tersebut, umpama luka dalaman yang belum sembuh sepenuhnya, jika dibiarkan akan merebak dan muncul di permukaan kulit dengan keadaan yang lebih parah (Ibn Sina t.th.

dalam Isber 2007).

Menurut Ibn Sina, seseorang yang mampu mengurus dirinya dengan menundukkan hawa nafsu akan mempunyai kemampuan untuk mengurus perkara yang lebih besar termasuklah mentadbir negara (Ibn Sina t.th. dalam Isber 2007). Pengurusan diri ini perlu dilakukan oleh setiap pemimpin termasuklah ketua keluarga. Pendekatan Ibn Sina yang menekankan pengurusan diri sebelum mengurus orang lain sangat sesuai diketengahkan kepada masyarakat supaya setiap individu lebih bersedia dan memahami tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum membentuk dan mengurus keluarga.

Sekiranya setiap individu dalam sesebuah keluarga bertindak untuk mentadbir diri dan mengatasi kelemahan masing-masing, tentulah banyak masalah dan konflik dalam keluarga dapat dihindari. Ini kerana seorang suami atau isteri akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dan membina keluarga seperti yang dianjurkan oleh Islam. Pembentukan akhlak anak-anak juga akan lebih sempurna kerana dididik oleh ibubapa yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap amanah yang perlu dipikul. Anak-anak yang telah dididik dan dibimbing pula akan menunaikan tanggungjawab terhadap kedua orangtua. Jelasnya, saranan Ibn Sina supaya individu bertindak mengurus diri untuk

(6)

menjadi lebih baik dan kemudiannya mentadbir serta menguruskan ahli keluarganya yang lain adalah menepati tuntutan Islam.

Dalam konteks kehidupan berkeluarga, kegagalan individu untuk mengurus diri dengan baik boleh menjejaskan kualiti kehidupan. Kesan buruk daripada kegagalan mengurus diri bukan sahaja akan menimbulkan masalah terhadap dirinya sendiri, bahkan terhadap orang lain di sekelilingnya. Akibat gagal mengurus diri, seorang individu turut gagal menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga sehingga membawa kepada perceraian. Pada masa ini, kadar perceraian semakin meningkat dan membimbangkan. Sebagai contoh, dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM mencatatkan sebanyak 92,678 pasangan Islam di seluruh negara telah mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014. Malah ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun (Hakimi 2016). Punca utama keruntuhan rumahtangga adalah disebabkan individu terlibat gagal menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga (Ahmad Hariri

& Raihanah 2014).

Sikap dan gaya hidup yang mengabaikan ajaran agama di zaman moden ini menyebabkan sesetengah individu memandang ringan terhadap tuntutan agama dan tidak mempersiapkan diri untuk memikul amanah yang besar dalam membangun keluarga. Masalah ini akan dapat dibendung sekiranya masyarakat kembali menghayati ajaran Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan. Menurut Osman Bakar (2011), pandangan dan pemikiran ulama Islam amat perlu ditonjolkan kepada masyarakat moden bagi menangani pengaruh negatif modenisasi dan mengajak masyarakat untuk berpegang dengan tradisi agama. Dalam hal ini, pandangan tokoh Islam seperti Ibn Sina masih relevan untuk dikongsi dengan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran untuk membina keluarga sejahtera seperti yang dianjurkan oleh Islam.

PERANAN KELUARGA DARI PERSPEKTIF IBN SINA DAN IMPAKNYA TERHADAP KEHARMONIAN MASYARAKAT

Kesejahteraan keluarga mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat. Menurut Nur Zahidah & Raihanah (2011),

keharmonian masyarakat bermula daripada institusi keluarga yang mampu mewujudkan ketenangan dan kemantapan hidup bersama berasaskan kepada hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Dengan erti kata lain, masyarakat yang harmoni mestilah terbina dari institusi keluarga yang bahagia dan harmoni.

Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam kerana Islam telah menggariskan sistem kekeluargaan yang teratur buat umatnya. Perkara inilah yang telah diberikan penekanan oleh Ibn Sina dalam karya beliau, al-Siyasah.

Tinjauan terhadap kitab al-Siyasah mendapati bahawa Ibn Sina telah membincangkan tentang pengurusan rumahtangga yang mencakupi aspek pengurusan kewangan, aspek pengurusan suami terhadap isteri dan juga aspek pendidikan anak-anak. Dalam membincangkan aspek pengurusan kewangan rumah tangga, Ibn Sina telah membahagikannya kepada dua bahagian iaitu; penjanaan hasil pendapatan (kasb) dari sumber halal dan perbelanjaan pendapatan (infaq). Perbelanjaan pendapatan pula dibahagikan kepada tiga iaitu,

(7)

1. Perbelanjaan untuk diri dan keluarga.

2. Perbelanjaan untuk pintu kebajikan, sedekah serta zakat.

3. Tabungan (al-iddikhar) untuk kegunaan pada masa depan dan ketika ditimpa bencana (Ibn Sina t.th. dalam Isber 2007; Nurizal 2012).

Berdasarkan perbincangan Ibn Sina dalam al-Siyasah, dapat difahami bahawa pengurusan kewangan yang baik sangat penting untuk menjamin kesejahteraan keluarga. Namun, kebanyakan pasangan suami isteri kurang mendapat pendedahan mengenai pengurusan kewangan keluarga.

Kebiasaannya mereka menguruskan kewangan keluarga secara spontan dan tidak teratur apabila mendirikan rumahtangga (M. Fazilah 2006). Dalam sebuah keluarga, konflik akan berlaku apabila suami isteri tidak sependapat dalam membelanjakan pendapatan dan gagal menguruskan perbelanjaan keluarga dengan baik. Konflik yang tercetus akibat pendapatan keluarga yang rendah dan pengurusan ekonomi rumahtangga yang lemah adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah perceraian dalam masyarakat Islam (Roslelawati Abdullah & Nordin Hussin, 2014; Ahmad Hariri Mohd Saad & Raihanah 2014; Abdul Munir et al. 2018; Wan Murni Wan Moktar & Anwar Fakhri 2018).

Dari aspek pengurusan suami terhadap ahli keluargai, Ibn Sina telah menekankan kepimpinan lelaki sebagai ketua keluarga. Lelaki yang baik akan menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab untuk mengurus isteri serta anak-anak dengan sempurna. Beliau juga menegaskan bahawa seorang isteri adalah rakan kongsi suaminya dalam menguruskan harta dan menjaga rumahtangga semasa ketiadaan suami (Ibn Sina t.th. dalam Isber 2007). Secara fitrahnya, seorang lelaki mempunyai potensi kepimpinan kerana dibekalkan dengan keberanian, kekuatan tubuh badan, emosi yang terkawal, kesedaran dan akal yang lebih rasional dalam membuat tindakan berbanding wanita (Izzah Nur Aida & Salasiah 2018).

Lantaran itu, Ibn Sina mengingatkan para suami supaya menggunakan pendekatan psikologi dan berhikmah dalam mendidik isteri dan memimpin rumah tangga (Idris 2012). Persefahaman dan tolak ansur antara suami isteri dalam menunaikan kewajiban masing-masing sememangnya dituntut oleh Islam bagi menjaga keutuhan dan kebahagiaan rumahtangga.

Seterusnya, penulisan Ibn Sina dalam al-Siyasah turut membincangkan secara mendalam mengenai pendidikan anak-anak. Beliau meletakkan tanggungjawab yang besar terhadap ibubapa untuk menyediakan pendidikan yang sempurna bagi anak-anak mereka (Ibn Sina t.th. dalam Isber 2007). Ibn Sina melihat pendidikan sebagai mekanisme utama bagi pembinaan insan mulia dan berkualiti.

Berdasarkan perbincangan beliau dalam kitab al-Siyasah, Ibn Sina telah membahagikan tahap pendidikan berdasarkan peringkat umur anak-anak.

Tahap pendidikan pertama bermula dari peringkat bayi sehingga umurnya mencapai 2 tahun, tahap kedua apabila si anak berusia 3-5 tahun, tahap ketiga pada umur 6-14 tahun dan tahap seterusnya apabila seorang anak mencapai usia 14 tahun ke atas. Bagi setiap tahap, Ibn Sina telah mencadangkan pendekatan dan kurikulum yang bersesuaian dengan perkembangan anak-anak (al-Naqib 2000). Ibn Sina menyarankan pendedahan kurikulum pendidikan secara bertahap kerana mengambil kira aspek psikologi anak-anak dalam menguasai ilmu. Setelah melihat perkembangan anak-anak secara berperingkat, guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti bakat dan kecenderungan yang ditunjukkan oleh anak-anak untuk mendorong mereka menguasai bidang dan kerjaya yang diminati. Pendekatan ini dapat membantu untuk membentuk mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna. Pandangan dan pendekatan pendidikan yang disarankan oleh Ibn Sina tersebut ternyata masih relevan dengan teori-teori pendidikan masa kini (Hassan 1988; Darwis 2013; Alwizar 2015).

Aspek-aspek kekeluargaan yang diberikan penekanan oleh Ibn Sina sememangnya sangat

(8)

penting dan dapat membantu untuk mencegah konflik keluarga sekiranya diberi perhatian oleh masyarakat Islam. Kegagalan institusi keluarga untuk berfungsi dengan baik akibat konflik rumahtangga akan mewujudkan gejala sosial dan mengancam ketenteraman masyarakat. Dalam konteks negara kita, peningkatan gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam amat membimbangkan. Kes-kes seperti kelahiran anak luar nikah, sumbang mahram, rogol, penyalahgunaan dadah serta jenayah juvana yang meningkat telah menjejaskan kesejahteraan masyarakat. Hasil penyelidikan berkaitan dengan keruntuhan moral dan gejala sosial sejak tahun 1980-an hingga kini membuktikan bahawa faktor utama keruntuhan moral dan pelbagai gejala sosial berpunca daripada krisis keluarga (Wan Anor Wan Sulaiman & Risalshah 2014; Azyyati et al. 2013). Dalam hal ini, masih banyak usaha yang diperlukan untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap peranan penting yang perlu dimainkan oleh institusi keluarga.

KESIMPULAN

Sebagai tokoh pemikir Islam, Ibn Sina turut memberi pandangan dan saranan terhadap pembinaan keluarga sejahtera. Beliau berpendapat bahawa seorang individu memainkan peranan yang paling penting samada sebagai ahli keluarga atau anggota masyarakat untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan negara. Malah beliau menegaskan bahawa pemimpin negara yang baik hanya akan lahir daripada individu yang mampu mengurus diri dan keluarganya dengan baik. Perbincangan Ibn Sina dalam al-Siyasah mengenai pengurusan keluarga sesuai menjadi rujukan dan panduan bagi masyarakat Islam untuk membangunkan institusi keluarga seperti yang dianjurkan oleh Islam. Masyarakat Islam pada hari ini yang berdepan dengan cabaran modenisasi memerlukan bimbingan dan panduan untuk mengekalkan kesejahteraan keluarga yang merupakan tulang belakang dalam pembentukan masyarakat dan negara yang makmur.

PENGAKUAN

Artikel ini adalah olahan semula daripada kertas kerja yang telah dibentangkan oleh penulis dalam International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2017 dengan tema ‘The Social Harmony Through Islamic Law’, anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Kedutaan Arab Saudi pada 4-5 Mac, 2017 bertempat di Dewan al- Muktafi Billah Shah, UniSZA.

RUJUKAN

Abdul Munir Ismail, Abd Rahman Abd Ghani & Mohd Noor Daud. 2018. Wanita dalam gejala tidak bermoral dan kaedah membina kesejahteraan hidup. Sains Humanika 10(3-4): 155-163.

Afnan, Soheil M. 1958. Avicenna: His Life and Works. Great Britain: George Allen and Unwin Ltd.

Ahmad Hariri Mohd Saad & Raihanah Azahari. 2014. Pengukuhan institusi keluarga melalui kawalan terhadap perceraian: Analisis literatur. Jurnal Fiqh 11: 175-194.

Alwizar. 2015. Pemikiran pendidikan Ibnu Sina. al-Nida’: Jurnal Pemikiran Islam 40:1: 11-22.

Asimov, Muhamad S. 1980. Avicenna: The universal genius. The UNESCO Courier, Paris (October):

4-8.

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanim Hamjah. 2013. Ciri-ciri remaja berisiko:

Kajian literatur. Islamiyyat 35(1): 111-118.

Burgess, E.W., Locke, H.J. & Thomes, M.M. 1971. The Family: From Traditional to Companionship.

New York: Van Nostrand Reinhold Company.

(9)

Cheikho, L. 1985. Maqalat Falsafiyyat li Mashahir Falasifat al-Arab Muslimin wa Nasara. Cet. ke-3.

al-Qahirah: Dar al-‘Arab li al-Bustani.

Darwis, Maidar. 2013. Konsep pendidikan Islam dalam perspektif Ibnu Sina. Jurnal Ilmiah Didaktika xiii(2): 240-258.

Goodman, L.E. 2006. Avicenna: Updated Edition. Ithaca and London: Cornell University Press.

Hakimi Ismail. 2016. 92,678 pasangan daftarkan penceraian. Utusan Online.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/92-678-pasangan-daftarkan-penceraian-1.196883 [5 Mei 2019].

Hasan Langgulung. 1981. Beberapa Tinjauan dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Hassan Langgulung. 1988. Ibnu Sina as educationist. Islamic Quarterly 32(2): 114-130.

Ibn Sina, Abu ‘Ali. 2007. Kitab al-Siyasah. Muhammad Isber, ‘Ali (pnyt.). Syria: Dar Bidayat.

Idris Zakaria. 2000. Falsafah dan sistem pendidikan: Perbandingan antara Plato dan Ibnu Sina. Jurnal AFKAR 1: 101-122.

Idris Zakaria. 2012. Ibnu Sina and the theory of management of household. International Journal of Business and Social Science 3(13): 244-247.

Izzah Nur Aida Zur Raffar & Salasiah Hanin Hamjah. 2018. Personaliti bapa menurut perspektif Islam dan aplikasinya dalam keluarga. Islamiyyat 40(1): 61-69.

Kamus Inggeris-Melayu Dewan. 2002. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Fazilah Abdul Samad. 2006. Pengurusan Kewangan Keluarga: Tanggungjawab Suami atau Isteri dalam Insitusi Keluarga Menghadapi Cabaran Alaf Baru. Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Jamaluddin Tubah (pnyt.). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.

Bhd.

McGinnis, J. 2010. Avicenna. Oxford: Oxford University Press.

Muhammad Yusuf Musa. 1952. al-Nahiyah al-Ijtima’iyyah wa al-Siyasiyyah min Falsafat Ibn Sina.

Kaherah: Manshurat al-Ma’had al-‘Ilmi al-Faransa li al-Athar al-Syarqiyyah.

al-Naqib, ‘Abd al-Rahman. 2000. Avicenna. Prospects: The Quarterly Review of Comparative Education XXIII(1/2): 53-69.

Nur Zahidah Jaafar & Raihanah Azahari. 2011. Model keluarga bahagia menurut Islam. Jurnal Fiqh 8:

25-44.

Nurizal Ismail. 2012. A critical study of Ibn Sina’s economic idea. Tesis Sarjana. International Institute of Islamic Thought and Civilisation, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nurizal Ismail. 2016. Scrutinizing the epistemology of Islamic economics: A historical analysis. Jurnal Tsaqafah 12(1): 19-46.

Osman Bakar. 2011. Family values, the family institution, and the challenges of the twenty-first century:

An Islamic perspective. Islam and Civilisational Renewal 3(1): 53-69.

Roslelawati Abdullah & Nordin Hussin. 2014. Perkahwinan dan perceraian masyarakat Melayu Terengganu 1950an-1970an. Kajian Malaysia 32(1): 81-117.

Sidek Baba. 2007. Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur:

MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Wan Anor Wan Sulaiman & Risalshah Latif. 2014. Kaunseling keluarga: Isu dan cabaran. Prosiding Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, hlm. 1-6.

Wan Murni Wan Moktar & Anwar Fakhri Omar. 2018. Analisis punca perceraian dalam kalangan remaja, kajian kes di Kota Baharu: 2010-2014. Fikiran Masyarakat 6(2): 57-62.

Wan Suhaimi Wan Abdullah. 2008. Ibnu Sina dan pembangunan modal insan: Analisis Kitab al- Siyasah. Jurnal Peradaban 1: 117-131.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/92-678-pasangan-daftarkan-penceraian-1.196883 [5

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Namun, saranan FAP agar ibu bapa menyokong identiti LGBT anak-anak ini serta hubungkan mereka dengan seorang LGBT dewasa yang boleh dijadikan contoh adalah tidak Islami dan

Oleh kerana itu, setiap wanita muslimah perlu kepada ilmu agama agar mampu mendidik anak-anak dalam suasana Islam yang sebenar iaitu dengan mengajarkan mereka solat

Findings of this study explain that the economic ideas of Ibn Slna are mostly related to the literature of 'ilm Tadbir al-Manzil (economics) and 'ilm Tadbir al-Madlnah

Keluarga muslim ialah sebuah masyarakat keeil yang terdiri daripada suarni, isteri dan anak-anak yang hidup berpandukan kepada satu sistem hidup yang haq (benar) iaitu Islam, yang

Perolehan skala min melebihi 3.1 dalam pengalaman aktiviti dialog kehidupan seperti menziarahi keluarga, membantu keluarga bukan Muslim dan menghadiri jemputan dengan

Hubungan yang tegang yang kadang kala berpanjangan hingga tiada penyudahnya dalam kalangan komuniti Saudara Baru dengan keluarga asal dan masyarakat Muslim asal di

Knowledge, VIPs, Albert Einstein, Mahathir Mohamad, Ibn Sina, John Dewey... INTRODUCTION

Falsafah dan pemikiran yang dikemukakan Ibn Sina yang boleh penulis kaitkan dengan perubatan Islam, juga sebenarnya adalah serasi dengan Tibb al-Nabawi walaupun kedua-duanya