• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pengaruh Tafsir Al-Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pengaruh Tafsir Al-Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

Pengaruh Tafsir Al-Jalalyn Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetik

(Influence of Tafsir al-Jalalyn in Tafsir Nur Al-Ihsan: A Genetic Approach)

Mohd Sholeh Sheh Yusuff1*, Yusuf Othman2, Mat Rani Abdul Manaf3

1 Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah International Islamic University, Kuala Ketil, Kedah, Malaysia

*Pengarang Koresponden: mohdsholeh@unishams.edu.my

Accepted: 1 June 2020 | Published: 15 June 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Karya ini digunakan oleh masyarakat sebagai rujukan dalam memahami isi kandungan al-Quran. Namun, pengarang tidak menyatakan sumber rujukannya dengan konvensi dalam menghasilkan karya ini. Hal yang tersebut itu telah mengelirukan masyarakat mengenai kesahihan tafsiran-tafsiran ayat al- Quran yang telah dibuat olehnya. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan mengesan teks asal yang bersumberkan daripada Tafsir al-Jalalyn yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan, di samping memperlihatkan bagaimana teks itu dipetik oleh pengarang. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan pendekatan genetik yang dikembangkan oleh Goldmann dalam mengkaji teks asal tersebut. Dalam menjalankan penyelidikan ini, pengkaji meruj uk teks daripada Tafsir Nur al-Ihsan dan teks Tafsir al-Jalalyn, dan seterusnya membuat bandingan antara keduanya untuk mengenalpasti persamaan dan perbezaan. Dapatan analisis membuktikan bahawa Syeikh Muhammad Sa’id telah mengaplikasi lima cara ambilan teks yang dipetik daripada Tafsir al-Jalalyn ketika menghasilkan karyanya iaitu menukil teks secara sejajar, menukil teks secara abstrak, menggugurkan sebahagian kalimah yang terdapat dalam teks yang diambil daripada Tafsir al-Jalalyn, menambah huraian dalam teks yang diambil dan menyanggah sebahagian teks yang dirujuk. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa tujuan Syeikh Muhammad Sa’id merujuk Tafsir al-Jalalyn ketika menghasilkan karyanya adalah untuk memperkukuhkan tafsiran-tafsiran yang telah dibuat.

Oleh itu, beliau berjaya memperkukuhkan tafsiran-tafsirannya apabila teks yang ditulis sejajar dengan teks yang dirujuk. Namun, pada tempat-tempat tertentu, terdapat juga teks daripada Tafsir Nur al-Ihsan bercanggah dengan teks rujukan daripada Tafsir al-Jalalyn yang mengakibatkan tujuan pengukuhan tafsiran pada bahagian ini telah gagal.

Kata kunci: Tafsir Nur al-Ihsan; Tafsir al-Jalalyn; pendekatan genetik; membuat bandingan;

sumber rujukan asal

Abstract: Tafsir Nur al-Ihsan is a book in the field of Quranic exegesis written by Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. This book is used as reference by the community in order to understand the meaning of the al-Quran, however there is a huge amount of denunciation done towards the book by the community due to the lack of clear resources in translating the verses of the al-Quran. Causing confusion among the community on the legality of the translation done in the book. Therefore, the main objective of this research is to study and detect the original resources of the writer in the Tafsir Nur al-Ihsan, and expressing how the sources are taken from the Quranic verses. The analysis of Tafsir Nur al-Ihsan, used the

(2)

genetic approach which was publicize by Goldman in studying the origin of the resources.

While carrying out the research; researcher refers the text from Tafsir Nur al-Ihsan and Tafsir al-Jalalyn, and made a comparison of both text to detect the similarities and differences. The result of the analysis proved that Syeikh Muhammad Sa’id implemented five methods; which the text were referenced from Tafsir al-Jalalyn while finishing his work which is quoting the text, writing an abstract, removal of some of the words, adding explanation, and refuting part of the text. The research also shown the purpose of Syeikh Muhammad Sa’id refers the Tafsir al-Jalalyn while creating his work is to strengthen the translations written. Thus, he successfully strengthens translation when the contents of the text are parallel to the reference. However, in certain places existed a text from the Tafsir Nur al-Ihsan which contradicts with the content of Tafsir al-Jalalyn; which failed his attempt to strengthen the translation in certain part of the text.

Keywords: Tafsir Nur al-Ihsan; Tafsir al-Jalalyn; genetic approach; comparison; reference _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Penulisan karya Islam dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu berkembang seawal kedatangan Islam lagi ke Nusantara ini. Penulisan ini melibatkan pelbagai bidang dan cabang ilmu seperti fiqah, akidah, tafsir, hadis, tasawuf dan sebagainya. Karya-karya ulama silam ini tetap dirujuk dan digunakan oleh para sarjana semasa untuk tujuan ilmiah (Zaim, 2010). Hal ini membuktikan kejayaan ulama terdahulu yang menghasilkan penulisan yang menarik minat dan memberi manfaat kepada masyarakat umum. Salah seorang dari ulama tersebut ialah Haji Muhammad Sa’id bin Omar Qadi Jitra al-Qadhi yang merupakan salah seorang tokoh ulama yang telah menghasilkan karya dalam bidang tafsir al-Quran berbahasa Melayu dan menggunakan tulisan jawi yang berjudul Tafsir Nur al-Ihsan (Sheh Yusuff, 2013a).

Tafsir Nur al-Ihsan ini menjadi rujukan dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an bukan sahaja oleh orang awam bahkan juga para ilmuan semasa yang turut menggunakannya sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat (Mat Taib, 2003). Karya yang bernilai tinggi ini telah banyak memberi sumbangan keilmuan kepada orang ramai sehingga menyebabkan para sarjana tertarik untuk mengkaji dan membuat penelitian terhadapnya dari pelbagai aspek seperti sejarah, bahasa, pengaruh dan ketokohan pengarang (Zaim, 2010).

Tafsir Nur al-Ihsan juga merupakan sebuah tafsir al-Quran yang masih digunakan sebagai bahan pengajaran dan rujukan sehingga sekarang terutamanya di institusi-institusi pengajian pondok, di masjid-masjid dan di surau-surau. Sebagai contoh pengajian mingguan di Pondok Tuan Guru Haji Bakar Parit Panjang, Baling Kedah dan Pondok Tuan Guru Haji Soleh Musa di Sik Kedah. Walaupun begitu, pengarang tidak menyatakan sumber ambilan dengan jelas dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Hal yang tersebut itu telah mengelirukan masyarakat mengenai kesahihan tafsiran-tafsiran yang telah dibuat olehnya (Zaim, 2010). Penulisan karya ini mempunyai kekurangan kerana di dalam karya ini terdapat kekurangan gaya penulisan yang tidak dinyatakan sumber ambilan fakta dan kekurangan yang disebabkan pengarang banyak menggunakan pendapat yang tidak berasas di dalam pentafsirannya.

Kisah-kisah yang terkandung di dalam karya ini juga diragukan kerana pengarang tidak menerangkan sumber ambilannya secara jelas. Justeru, masyarakat perlu berhati-hati ketika membaca dan merujuk karya ini (Mat Taib, 2003).

(3)

Memikirkan Tafsir Nur al-Ihsan masih digunakan sebagai bahan pengajaran dalam tafsiran al-Qur’an dan rujukan masyarakat dalam memahami ayat-ayat suci al-Qur’an, maka usaha pemurnian karya ini wajar dilakukan. Salah satu bentuk usaha tersebut adalah melalui kajian yang menggunakan pendekatan genetik. Dalam menjalankan pengelidikan ini, pengkaji mengaplikasi kajian sumber dan kajian penerimaan yang merupakan kaedah-kaedah kajian dalam pendekatan genetik. Melalui kajian sumber, pengkaji akan merungkai dan mengenal pasti sumber ambilan teks yang telah dirujuk oleh Syeikh Muhammad Said dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan. Manakala kajian penerimaan pula akan melihat bagaimana pengarang memanifestasikan teks yang dirujuk di dalam karyanya itu (Abdul Aziz, 2001).

Selain itu, penyelidikan yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada teks daripada Tafsir al- Jalalyn yang dirujuk oleh Syeikh Muhammad Said sebagai satu usaha awal ke arah pemurnian Tafsir Nur al-Ihsan dan juga sebagai contoh kebolehan mengaplikasikan pendekatan genetik kepada karya ini, yang seterusnya boleh dikembangkan kepada karya- karya rujukan lain, yang menyumbang ke arah kesempurnaan karya Tafsir Nur al-Ihsan tersebut.

2. Pendekatan Genetik

Pengaruh dan mempengaruhi dalam dunia kesusasteraan merupakan suatu fenomena yang telah diperbincangkan sejak zaman Plato dan Aristoteles, bahkan lebih awal dari itu lagi. Pengaruh adalah sesuatu yang mudah terjadi di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Pengaruh paling mudah diterima oleh penulis yang baru hendak menapak, dan ia datang daripada penulis yang telah lama dan mantap (Ronidin, 2011).

Fenomena pengaruh mendapat tempat dalam kajian bandingan melalui pendekatan genetik.

Melalui pendekatan genetik, pengkaji meneliti dan memperlihatkan asal usul sebuah karya yang ditulis atau bagaimana sesebuah karya tertentu telah mempengaruhi penulisan karya lain pula (Abdul Aziz, 2001). Sebagai contoh, Tafsir Pimpinan al-Rahman oleh Abdullah Basmeih telah terpengaruh dengan Tafsir al-Tabari oleh Ibn Jarir, Tafsir Ibn Kathir oleh Ibn Kathir dan Ruh al- Ma’ani oleh al-Alusi (Basmeih, 2000). Pada awalnya, seorang pengarang menulis karyanya sendiri setelah beliau melihat, meresapi, dan menyerap teks daripada karya lain yang telah menarik perhatiannya sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Pengarang mengolah dan mencampur adukkan teks rujukan asal dan struktur sebuah karya yang dibaca, lalu beliau memindahkan teks tersebut ke dalam karyanya sendiri (Ronidin, 2011).

Perkataan genetik berasal dari kata dasar gene, dan dalam bahasa Yunani genea bermaksud breed, kind dan Gene bererti benih. Pendekatan genetik ini merupakan penelitian terhadap hubungan antara karya-karya yang memperlihatkan persamaan berdasarkan faktor benih atau asal usul.

Perkataan lain yang sehubungan dengannya ialah genesis yang mencakupi hal asal usul, penghasilan, dan penciptaan (Sinar, 2003). Menurut Ronidin (2011), pendekatan genetik juga dikenali sebagai kajian pengaruh dan mempengaruhi dalam sesebuah karya. Pendekatan ini lebih tepat dikatakan sebagai kajian sumber atau kajian asal usul yang membincangkan dari mana sebenarnya sesuatu pengaruh itu datang.

Menurut Muhammad Bukhari Lubis (1994), pendekatan genetik terbahagi kepada lima aspek, iaitu pengaruh, adaptasi, plagiat, peniruan dan terjemahan. Di antara kelima aspek itu yang agak sukar untuk dipisahkan ialah antara peniruan dan pengaruh. Hal ini disebabkan untuk menilai sesebuah karya sama ada ia meniru atau telah terpengaruh dengan karya lain sebenarnya hanya diketahui oleh pengarang karya itu sendiri kerana yang dapat membezakan antara peniruan dan pengaruh adalah unsur yang melibatkan berbuatan sengaja dan tidak sengaja. Hal ini bermaksud,

(4)

apabila pengarang membuat peniruan beliau melakukannya dengan sengaja dan sedar, sebaliknya pengaruh pula terjadi ketika pengarang melakukannya secara tidak sengaja. Namun, amat jarang seseorang pengarang yang secara jujur mengakui bahawa karya tulisannya itu adalah melalui peniruan ataupun terpengaruh(Lubis, 1994). Shaw (1990) menyatakan:

“Seorang penulis boleh dikatakan terpengaruh oleh seorang penulis asing apabila bukti-bukti dari luar dapat dijadikan bahan kajian yang cukup meyakinkan. Berlainan dengan peniruan, karya penulis yang terpengaruh adalah asli sebagai haknya. Pengaruh adalah sesuatu yang amat luas terjadi di mana- mana dan pada bila masa jua”.

Mujizah (2012) pula menjelaskan bahawa perbahasan pendekatan genetik juga berkait rapat dengan hal kemanusiaan. Pendekatan ini turut membincangkan latar belakang seorang pengarang seperti keturunan, kehidupan dan objek yang berada di sekeliling pengarang. Gustaf Sitepu (2009) berpandangan bahawa setiap karya yang telah dihasilkan mempunyai dua hubungan iaitu hubungan dengan dunia pengarang sendiri dan hubungan dengan dunia di sekeliling pengarang.

Dalam menilai hal-hal yang berkaitan dengan hubungan sebuah karya dengan keadaan sekeliling pengarang atau dengan kata lain pengaruh persekitaran yang memberi kesan kepada proses penulisan pengarang, terdapat tiga perkara yang harus diteliti. Pertama, sosiologi pengarang yang difokuskan kepada latar belakang pengarang. Kedua, kandungan karya dengan menitikberatkan perhatian terhadap isi karya, tujuan, dan masalah yang terdapat dalam karya berkenaan. Ketiga, keadaan pembaca di mana perhatian akan diberikan kepada bagaimana pembaca boleh menerima dan memahami kandungan karya yang bakal dihasilkan itu (Sitepu, 2009).

Menurut Sohaimi (2001), pendekatan genetik melibatkan tiga pola kajian iaitu kajian sumber, kajian pengantara dan kajian penerimaan. Kajian sumber ialah satu pendekatan yang meneliti sumber asal sebuah karya atau asal usulnya. Kajian sumber membandingkan karya asal dengan karya yang dipengaruhi, yang melihat aspek dalaman dan luaran karya. Manakala kajian pengantara ialah pendekatan yang meneliti karya yang menjadi pengantara antara karya asal dan karya yang menerima pengaruh. Antara karya pengantara itu ialah karya terjemahan (Abdul Aziz, 2001).

Kajian penerimaan pula menganalisis bagaimana sesuatu pengaruh yang diterima oleh seorang pengarang dimanifestasikan dalam karya yang sedang dihasilkan. Kajian penerimaan menyamai kajian sumber. Hal ini disebabkan kedua kajian ini akan menggali dan menganalisis kedua-dua karya, iaitu karya asal dan karya yang dipengaruhi. Walaupun begitu, fokus kajian adalah tentang bagaimana pengaruh itu dimanifestasikan oleh seorang pengarang di dalam karyanya (Abdul Aziz, 2001). Sungguhpun pendekatan genetik mempunyai tiga pola kajian, namun artikel ini hanya mengaplikasi dua daripadanya sahaja iaitu kajian sumber dan kajian penerimaan kerana menepati tujuan penelitian ini iaitu mencari teks asal yang dirujuk oleh Syeikh Muhammad Said dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan dan memperlihatkan bagaimana pengarang memanifestasikan teks yang dirujuk itu di dalam karyanya.

3. Kajian Sumber

Menerusi kajian sumber, pengkaji menganalisis teks asal daripada Tafsir al-Jalalyn yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said dalam menghasilkan karya berjudul Tafsir Nur al-Ihsan.

Dalam penyelidikan bidang pengajian Islam, terdapat pendekatan lain yang hampir sama dengan pendekatan genetik. Antaranya ialah pentahkikan teks (Wan Abdullah, 2008), kajian takhrij hadis (Zaim, 2010), kajian pengaruh (Ahmad, 2004) dan teknik menganalisis dokumen (Rajab dan Abu

(5)

Bakar, 2011).

Walaupun begitu, perkara yang membezakan di antara pendekatan-pendekatan tersebut dengan pendekatan genetik ialah lebih tertumpu kepada isi kandungan karya tanpa melihat pengaruh- pengaruh yang berkaitan dengan diri pengarang dan persekitarannya. Pendekatan genetik memberi perhatian kepada dua aspek kajian iaitu intrinsik dan ekstrinsik yang dipengaruhi oleh karya yang yang menjadi pengaruh itu. Sohaimi (2001) menyatakan:

“Dalam pendekatan genetik, apabila proses perbandingan dibuat untuk memperlihatkan sumber kreatif pengarang, maka dua aspek diambil kira iaitu aspek intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi penulisan karya berkenaan”.

Menerusi petikan di atas menjelaskan bahawa apabila pengkaji ingin mencari teks asal bagi karya Tafsir Nur al-Ihsan, proses penelitian memestikan pengkaji membuat perbandingan di antara Tafsir Nur al-Ihsan dengan Tafsir al-Jalalyn. Proses perbandingan ini adalah untuk mengetahui persamaan dan perbezaannya. Jika teks yang ditulis sejajar dengan teks yang dirujuk, maka ia memperkukuhkan tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh pengarang. Namun sebaliknya, jika teks yang ditulis itu berbeza pula dengan teks daripada Tafsir al-Jalalyn maka hal ini menimbulkan kekeliruan terhadap teks yang ditulis oleh pengarang itu. Selain itu, dalam masa yang sama, pengkaji juga harus melihat aspek intrinsik dan ekstrinsik yang berkaitan dengan kandungan Tafsir Nur al-Ihsan dan pengarangnya iaitu Syeikh Muhammad Said.

Suripan Sadi Hutomo (1993) turut membahaskan bahawa keterlibatan kajian sumber dalam menjalankan penyelidikan dilandaskan kepada tiga perkara. Pertama, afiniti iaitu keterkaitan unsur-unsur intrinsik dalam sesebuah karya, misalnya unsur struktur, gaya, tema, suasana yang terkandung di dalam karya dan lain-lain yang dijadikan sebagai bahan ketika proses penulisan sebuah karya. Kedua, tradisi iaitu unsur yang berkaitan dengan sejarah dan latar belakang penulisan sebuah karya iaitu unsur-unsur ekstrinsik dan ketiga ialah yang berkaitan dengan pengaruh-mempengaruhi antara sebuah karya dengan karya lain. Bahagian ketiga ini merupakan perkara terpenting kerana ia berupaya memperlihatkan sumber-sumber asal yang digunakan sebagai rujukan pengarang dalam menulis sesebuah karya yang menjadi inspirasinya, hubungan sesama pengarang seperti pengaruh pendidikan dan persekitaran, dan lain-lain kaitan yang terkandung di dalam karya yang dikaji (Hutomo, 1993).

Menurut Suwardi Endraswara (2011) pula, kajian sumber dalam pendekatan genetik memandang sebuah karya dari dua sudut iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Kajian yang menggunakan pendekatan ini terlebih dahulu akan mendahulukan unsur intrinsik yang terdapat dalam sebuah karya sebagai dapatan awal. Selanjutnya, penelitian akan berusaha menghubungkan dan mengaitkan pelbagai unsur yang berkaitan dengan latar belakang pengarang karya tersebut dan masyarakatnya.

Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada zaman pengarang akan dihubungkan dengan unsur- unsur intrinsik dalam sebuah karya yang dikaji (Endraswara, 2011).

4. Kajian Penerimaan

Selain kajian sumber, pendekatan genetik juga memberi perhatian kepada kajian penerimaan.

Menurut Sohaimi (2001):

“Kajian penerimaan menganalisis bagaimana sesuatu pengaruh yang diterima oleh seseorang pengarang dimanifestasi dalam karya yang dihasilkannya. Kajian sumber (emetteure) dan kajian penerimaan (recepteurs) merupakan kajian yang berhubungan”.

(6)

Petikan di atas menyatakan bahawa kajian penerimaan menganalisis bagaimana sesuatu pengaruh yang diterima oleh seorang pengarang dimanifestasikan dalam karya yang dihasilkannya. Kajian penerimaan seperti juga dengan kajian sumber di mana keduanya memestikan pengkaji mengetahui isi kedua-dua karya, iaitu karya asal dan karya yang dipengaruhi. Namun fokus kajian penerimaan adalah tentang bagaimana pengaruh itu dimanifestasikan ke dalam karya. Hal ini bermaksud, apabila kajian sumber diaplikasi dalam mengkaji sumber rujukan asal yang diguna oleh Syeikh Muhammad Said ketika menulis karya Tafsir Nur al-Ihsan, maka pengaplikasian kajian penerimaan hendaklah disekalikan untuk melihat bagaimana pengarang memanifestasi pengaruh yang diterima dari karya yang menjadi pengaruh iaitu Tafsir al-Jalalyn.

Melalui pengaplikasian kajian penerimaan, secara umumnya diketahui bahawa terdapat beberapa bentuk yang berlaku ketika seorang pengarang memanifestasi sumber tertentu di dalam karyanya iaitu adaptasi, plagiat atau ciplakan, terjemahan dan peniruan (Abdul Aziz, 2001). Namun, dalam konteks penyelidikan ini didapati bahawa Syeikh Muhammad Said dalam Tafsir Nur al-Ihsan telah memanifestasi lima cara ketika menggunakan teks daripada Tafsir al-Jalalyn iaitu menukil teks secara sejajar, menukil teks secara abstrak, menggugurkan sebahagian kalimah yang terdapat dalam teks yang diambil guna, menambah huraian dalam teks yang diambil dan menyanggah sebahagian teks yang dirujuk.

5. Perbincangan Pengaruh Tafsir Al-Jalalyn dalam Tafsir Nur Al-Ihsan

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya penting yang telah dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Sa‘id. Beliau mula menghasilkan karya tersebut pada bulan Zulhijjah, 1344 Hijrah bersamaan Januari 1925 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibn al-Marhun Sultan Ahmad Taj al-Din Mukarram Shah (1881-1943), Sultan Kedah yang ke-25. Penulisan karya ini memakan masa selama dua tahun sembilan bulan untuk disiapkan, dan ia telah berjaya diselesaikan pada hari Rabu, satu Rabiul Akhir 1346 Hijrah bersamaan satu Oktober 1927 Masihi (Umar, 1970).

Tafsir Nur al-Ihsan mula dicetak dengan cetakan pertamanya pada tahun 1934 Masihi di Mekah oleh Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awladih dan cetakan kedua pada tahun 1936 Masihi di Pulau Pinang. Cetakan ketiga karya ini adalah pada tahun 1391 Hijrah bersamaan tahun 1970 Masihi oleh Percetakan al-Muarif Sdn. Bhd, Matba’ah bin Halabi di Fathani dan Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Nahdi wa Awladih di Bangkok Thailand. Sementara itu, terdapat juga cetakan yang diterbitkan oleh Dar al-Ihya’ al-Kutub al- Arabiyyah, Mesir pada tahun 1349 Hijrah (Zaim, 2010). Setiap cetakan karya ini perlu terlebih dahulu mendapat keizinan daripada waris Syeikh Muhammad Sa’id (Othman, 2012).

Tafsir Nur al-Ihsan bukan sahaja tersebar di negeri Kedah, bahkan di Perak Utara, Seberang Prai, Pulau Pinang dan juga di Selatan Thailand (Abdul Rahman, 2010). Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya tafsir berbahasa Melayu yang dikarang menggunakan tulisan Jawi ini telah memberi banyak manfaat kepada umat Islam khususnya di Malaysia, di samping ia juga merupakan satu usaha murni Syeikh Muhammad Sa‘id yang telah mewariskannya kepada masyarakat sehingga ke hari ini (Zaim, 2010). Kandungan karya ini adalah lengkap dan menyeluruh mencakupi pelbagai perbahasan berkaitan dengan tafsiran ayat-ayat al-Quran seperti sabab nuzul ayat, fadilat-fadilat, permasalahan fiqah, ayat al-Mutashabihat, al-Nasikh dan al-Mansukh serta kisah-kisah umat terdahulu (Umar, 1970).

(7)

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menyelidik teks daripada Tafsir al-Jalalyn yang dirujuk oleh Syeikh Muhammad Said dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan. Penyelidikan ini dilakukan terhadap lima aspek dalam Tafsir Nur al-Ihsan merangkumi sabab nuzul ayat, Hadis Nabawi, Sumber al-Isra’aliyyat, ayat al-Nasikh dan al-Mansukh, dan fadilat-fadilat.

Kelima-lima aspek ini dipilih disebabkan ia menjadi perbahasan utama pengarang dalam karya tersebut (Sheh Yusuff, 2013b).

Tafsir al-Jalalyn dikarang oleh dua orang pengarang iaitu Jalal al-Din al-Mahalli Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ibrahim, bermazhab Imam al-Shafie dan Jalal al-Din Abu al- Fadl Abd al-Rahman Ibn Abu Bakr Ibn Muhammad al-Suyuti dan juga bermashab Imam al- Shafie (al-Dhahabi, 2000). Karya ini pada mulanya dikarang oleh al-Mahalli dari Surah al- Kahf hingga Surah al-Nas dan Al-Fatihah, namun beliau tidak sempat menyiapkan kerana meninggal dunia (al-Zarqani, 1988). Selepas kematiannya, karya ini disambung oleh al- Suyuti mentafsirkan surah yang berbaki. Walaupun begitu, secara keseluruhannya, kedua-dua pengarang menggunakan metodologi yang sama dalam mengarang iaitu memilih pendapat yang paling tepat, menyebut qiraat yang masyhur sahaja serta persembahan yang ringkas dan padat (Wan Abdullah, 2008).

Syeikh Muhammad Said menggunakan Tafsir al-Jalalyn sebagai rujukannya terhadap kelima-lima aspek yang terkandung dalam Tafsir Nur al-Ihsan iaitu sabab nuzul ayat, Hadis Nabawi, al-Isra’aliyyat, al-Nasikh dan al-Mansukh, serta fadilat-fadilat. Taburan teks berkenaan ialah 100 teks mengenai sabab nuzul ayat, 42 teks Hadis Nabawi, 25 teks al- Isra’aliyyat, 24 teks al-Nasikh serta al-Mansukh dan hanya satu teks mengenai fadilat.

6. Cara Pengarang Memanifestasi Teks Tafsir Al-Jalalyn

Syeikh Muhammad Said telah memanifestasi lima cara dalam menggunakan teks yang diambil daripada Tafsir al-Jalalyn ketika menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan iaitu menukil teks secara sejajar, menukil teks secara abstrak, menggugurkan sebahagian kalimah yang terdapat dalam teks Tafsir al-Jalalyn, menambah huraian dalam teks yang diambil dan menyanggah sebahagian teks yang dirujuk. Hal ini dapat dilihat menerusi jadual berikut;

Jadual 1: Cara pengarang memanifestasi teks Tafsir al-Jalalyn

Bil Aspek Sejajar Abstrak Gugur Tambah Sanggah Juml.

01 Sabab Nuzul 89 11 3 27 2 132

02 Hadis

Nabawi 35 6 12 8 2 63

03 Al-

Isra’iliyyat 18 7 2 11 0 38

04 Nasikh

Mansukh 13 11 3 4 0 31

05 Fadilat 1 0 0 1 0 2

Jumlah 156 35 20 51 4 266

Menerusi jadual di atas dapat diketahui bahawa Syeikh Muhammad Said telah memperaktikkan lima cara dalam menggunakan teks Tafsir al-Jalalyn yang dinukil ketika menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan. Pertama, beliau menukil teks secara sejajar daripada Tafsir al-Jalalyn di mana teks yang ditulis oleh beliau menyamai dengan teks asal daripada teks Tafsir al-Jalalyn sama ada dari segi susunan ayat dan maksud. Walaupun begitu, nukilan seperti ini tidaklah dianggap sebagai plagiat disebabkan beliau telah menyatakan sumber

(8)

rujukannya di bahagian pendahuluan karya (Umar, 1970). Menurut Sohaimi (2001), makna plagiat yang sebenar ialah pengarang meniru gagasan ataupun suku kata orang lain tanpa menyebut sumbernya atau langsung mengakui sebagai karya ciptaannya. Terdapat 156 teks di mana pengarang telah menukilnya secara sejajar daripada Tafsir al-Jalalyn tersebut dan jika ambilan cara ini ditinjau dari aspek sabab nuzul ayat, Hadis Nabawi, al-Isra’aliyyat, al- Nasikh dan al-Mansukh serta fadilat-fadilat, maka kajian mendapati bahawa Syeikh Muhammad Sa’id merujuk Tafsir al-Jalalyn tersebut dalam membahaskan sabab nuzul ayat sebanyak 89 teks, Hadis Nabawi 35 teks, al-Isra’aliyyat 18 teks, al-Nasikh dan al-Mansukh 13 teks dan hanya satu teks mengenai fadilat. Contohnya, pengarang menyatakan (Umar, 1970);

“Turun ini pada orang munafiqin atau mukmin yang daif-daif mereka itu perbuat demikian itu maka jadi daif hati orang mukmin dan menyakiti Nabi”.

Manakala teks daripada Tafsir al-Jalalyn pula (al-Suyuti, 1919);

ْؤُ ْ

لْا بوُلُق فُع ْض َتَف َكِل َذ َنوُلَعْفَي اوُناَك َنيِنِمْؤُ ْلْا ءاَفَعُض يِف ْوَأ َنيِقِفاَنُ ْلْا ْنِم ةَعاَمَج يِف َلَزَن َني ِن ِم

ى َّذ َ أَتَي َو

ي ِب َّنلا .

Kedua-dua teks di atas menjelaskan sebab penurunan ayat yang ke-83 daripada Surah al- Nis’ iaitu keadaan segolongan manusia pada zaman Nabi SAW yang bermudah-mudah dengan ajaran al-Quran. Hal yang demikian itu menyebabkan orang beriman menjadi lemah lantas menyusahkan Baginda SAW. Kajian mendapati pengarang telah merujuk teks daripada karya tersebut lalu dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan secara sejajar tanpa penambahan atau pengurangan ayat sedikit pun.

Kedua, pengarang menukil maksud teks yang terkandung di dalam Tafsir al-Jalalyn lalu beliau memuatkannya ke dalam Tafsir Nur al-Ihsan. Cara kedua ini bermaksud, ketika pengarang merujuk Tafsir al-Jalalyn dan memahami isi kandungannya, beliau menterjemahkan pemahamannya itu ke dalam karyanya menerusi sususan ayat baharu dengan caranya yang tersendiri. Nukilan yang terhasil itu adalah berbentuk abstrak bersesuaian dengan karya asal yang dirujuk. Hanya maksud teks sahaja menyamai antara satu sama lain, tetapi bentuk teks adalah berbeza. Terdapat 35 teks di mana pengarang berbuat demikian terhadap teks yang diambil daripada Tafsir al-Jalalyn iaitu 11 teks tentang sabab nuzul ayat, enam teks Hadis Nabawi, tujuh teks al-Isra’iliyyat, 11 teks al-Nasikh dan al-Mansukh dan tiada teks mengenai fadilat. Contohnya, pengarang menyatakan (Umar, 1970):

“Dan turun tatkala ingkar Yahudi akan nubuwwah Nabi SAW ketika ditanyai mereka itu”.

Manakala teks daripada Tafsir al-Jalalyn pula (al-Suyuti, 1919);

َلِئ ُس اَّ َ لْ َلَز َن َو ُهوُر َكْن َ

أَف َم َّل َس َو ِهْي َ

لَع َّللَّا ى َّل َص هت َّوُبُن ْنَع دوُهَيْلا

Jika diteliti kepada kedua-dua teks di atas didapati bahawa keduanya menjelaskan sebab penurunan ayat yang ke-166 daripada Surah al-Nisa’ yang menempelak golongan Yahudi disebabkan mereka mengingkari kenabian Baginda SAW. Kajian mendapati bahawa

(9)

pengarang hanya memindahkan maksud teks daripada Tafsir al-Jalalyn ke dalam karyanya, sedangkan olahan ayat dilakukan sendiri oleh pengarang mengikut cita rasanya.

Ketiga, pengarang menggugurkan sebahagian ayat atau kalimah tertentu daripada Tafsir al- Jalalyn setelah beliau menukil teks daripada karya berkenaan. Beliau melakukan hal demikian terhadap teks yang didapati terlalu panjang sehingga memungkinkan karya yang dihasilkan itu sukar difahami oleh masyarakat. Pengguguran ini selalunya melibatkan data- data mengenai al-Isra’iliyyat yang mempunyai pelbagai pendapat dan perbincangan para ulama mengenainya atau pendapat-pendapat lain yang dirasakan tidak sesuai jika dimuatkan bersama. Oleh yang demikian, pengarang hanya memilih sebahagian pendapat sahaja untuk disesuaikan di dalam karyanya dan sebahagian pendapat lain digugurkan.

Terdapat 20 teks di mana pengarang berbuat demikian terhadap teks yang diambil daripada Tafsir al-Jalalyn. Kajian mendapati Syeikh Muhammad Sa’id telah melakukan hal demikian terhadap tiga teks sabab nuzul ayat, 12 teks Hadis Nabawi, dua teks al-Isra’iliyyat, dan tiga teks al-Nasikh dan al-Mansukh. Contohnya, pengarang menyatakan (Umar, 1970;

“Menyata Rasulullah akan rukunnya dengan sabdanya bahawasanya Allah Ta’ala telah fardu atas kamu itu Sai. Dan lagi sabdanya ibda’u bima bada’a Allah bih- mula oleh mu dengan barang yang memulai oleh Allah Ta’ala dengannya yakni Safa”.

Manakala teks daripada Tafsīr al-Jalālyn pula (al-Suyuti, 1919);

)يْع َّسلا ْم ُكْي َ

لَع َبَت َك َّللَّا َّنإ( ِهِل ْو َقِب هت َضيِر َف َمَّل َسَو ِهْيَلَع َّللَّا ىَّلَص َنَّيَبَو هرْي َغ َو ي ِقَهْيَب ْلا ُها َوَر

اَمِب او ُء َدْبا َلاَق َو(

ا َف َّصلا ي ِنْعَي ) ِهِب َّللَّا َأَدَب م ِل ْس ُم ُها َوَر

.

Jika diperhatikan kepada kedua-dua teks di atas didapati keduanya membahaskan mengenai bersai iaitu berjalan berulang-alik menurut peraturan tertentu dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali yang merupakan salah satu rukun dalam menunaikan ibada haji atau umrah.

Walaupun begitu, pengarang telah menggugurkan (هرْي َغ َو ي ِقَهْيَبْلا ُهاَوَر) dan (مِل ْس ُم ُها َو َر) dari teks Tafsir al-Jalalyn kerana mengaplikasi cara ketiga ini.

Selain itu, cara keempat yang dilakukan oleh pengarang ialah memperluaskan teks yang diambil guna jika dirasakan perlu penambahan huraian. Penambahan ini dilakukan bertujuan memudahkan masyarakat merujuk dan memahami kandungan Tafsir Nur al-Ihsan. Terdapat 51 teks di mana pengarang membuat penambahan terhadap teks yang diambil daripada Tafsir al-Jalalyn. Maka kajian juga mendapati bahawa Syeikh Muhammad Sa’id menambah huraiannya terhadap 27 teks sabab nuzul ayat, lapan teks Hadis Nabawi, 11 teks al- Isra’iliyyat, empat teks al-Nasikh dan al-Mansukh dan hanya satu teks mengenai fadilat.

Contohnya, pengarang menyatakan (Umar, 1970):

“Diriwayat bahawa Allah Ta’ala suruh kepadanya awan maka angkat ia akan dia maka bergantung dengannya oleh ibunya dan menangis ia maka kata Isa baginya bahawa hari Kiamat berhimpun kita adalah yang demikian itu malam Laylat al- Qadar di Baitul Maqdis umurnya 33 tahun dan disarih pada Hadis ketika diangkat umur 120 tahun dan hidup ibunya enam tahun”.

Sedangkan teks daripada Tafsir al-Jalalyn pula (al-Suyuti, 1919);

(10)

ه م ُ

أ ِهِب ْت َقَّلَعَتَف ُهْتَعَفَرَف ةَباَح َس ِهْيَلإ َل َسْرَأ ىَلاَعَت َّللَّا َّنَأ َيِوُر َكِل َذ َناَكَو اَنعَمْجَت ةَماَيِقْلا َّنإ اَهَل َلاَقَف ْتَكَبَو

َني ِن ِس ت ِس هدْعَب ه م ُ

أ ْت َشاَع َو ةَن َس َنوُث َ لَ َث َو ث َ

لَ َث ُه َ

ل َو س ِد ْق َ ْلْا ِتْيَبِب رْدَقْلا ةَلْيَل .

Kedua-dua teks mengisahkan peristiwa Nabi Isa a.s sewaktu diangkat ke langit di mana Allah SWT mengarahkan awan supaya mengangkat baginda a.s. Ketika itu baginda berumur 33 tahun. Walaupun begitu, pengarang menambah keterangan di dalam teksnya bahawa umur Nabi Isa a.s ketika itu ialah 120 tahun. Hal ini dapat dilihat pada ayat “dan disarih pada Hadis ketika diangkat umur 120 tahun” dalam teks pengarang.

Cara terakhir yang turut dilakukan oleh pengarang ialah menyanggah teks Tafsir al-Jalalyn yang ditransformasi. Penyanggahan yang dilakukan itu tidaklah begitu ketara, kerana ia hanya melibatkan terjemahan yang dilakukan terhadap teks asal. Kajian mendapati bahawa penyanggahan ini terjadi disebabkan pengarang secara tidak mengaja telah melakukan kesilapan terjemahan terhadap teks Tafsir al-Jalalyn yang diambil guna, dan dengan sendirinya cara terakhir ini teraplikasi.

Terdapat 51 teks di mana pengarang telah melakukan hal demikian dan jika penyanggahan teks ini ditinjau dari aspek sabab nuzul ayat, Hadis Nabawi, al-Isra’iliyyat, al-Nasikh dan al- Mansukh serta fadilat-fadilat, maka kajian mendapati bahawa Syeikh Muhammad Sa’id melakukannya terhadap dua teks sabab nuzul ayat dan dua teks Hadis Nabawi di samping tiada penyanggahan terhadap aspek-aspek lain. Sebagai Contoh, pengarang menulis (Umar, 1970);

“Turun ini tatkala kata Ummu Salamah mudah-mudahan kita sekalian perempuan maka boleh kita pergi berperang dan dapatlah kita pahala seumpama lelaki”.

Sedangkan teks daripada Tafsir al-Jalalyn pula (al-Suyuti, 1919);

اَنَت ْي َ ل : ة َم َ

ل َس م ُ أ ْت َ

لاَق اَّ َ لْ ْت َ

لَز َن ًلا َجِر ا َّنُك

لا َجِ رلا ر ْج َ أ لْث ِم اَن َ

ل َناَكَو اَن ْد َها َجَف .

Teks menjelaskan sebab penurunan ayat yang ke-32 daripada Surah al-Nisa’ menceritakan tentang Ummu Salamah yang berangan-angan menjadi lelaki supaya dapat berperang bersama Nabi SAW. Menerusi teks Tafsir Nur al-Ihsan, terdapat sedikit perbezaan antara teks pengarang dan teks Tafsir al-Jalalyn di mana pengarang menyatakan “kita sekalian perempuan”, berbanding Tafsir al-Jalalyn menyatakan ( ًلا َجِر ا َّنُك) iaitu kita sekalian lelaki. Hal ini membuktikan bahawa secara tidak sedar pengarang telah menyanggah teks asal daripada Tafsir al-Jalalyn itu.

Dalam pada itu, pengaruh intrinsik dalam menggunakan Tafsir al-Jalalyn ini dapat dilihat apabila pengarang menjadikan karya tersebut sebagai rujukan pentafsiran ayat al-Quran dalam karyanya. Pengarang menulis Tafsir Nur al-Ihsan dengan ringkas dan padat membetuli karangan Tafsir al-Jalalyn yang menggunakan cara yang sama, di samping cara pernyataan bilangan ayat al-Quran turut menyamai antara kedua-dua karya tersebut. Contohnya, pengarang menyatakan (Umar, 1970):

“Allah Ta’ala terlebih ketahui dengan kehendak ini rumuz. Ini Quran itu kitab yang telah ditetap segala ayatnya tiada berubah-ubah dengan ajib nazam dan elok

(11)

makna, kemudian ditashil segala hukum-hukum dan cerita-cerita nabi-nabi dan pengajaran yang turun daripada Allah Tuhan yang Hakim lagi amat Mengetahui”.

Manakala di dalam Tafsir al-Jalalyn, al-Suyuti (1919) pula menyatakan;

ِ ص ُف َّمُث( يِناَعَ ْلْا عيِدَبَو مْظَّنلا ِبي ِج َعِب )هتاَيآ ْتَمِكْحُأ باَتِك( اَذَه َكِلَذِب ِهِداَرُمِب مَلْعَأ َّللَّا )رلا(

ْتَت ِ يُب ) ْت َ ل

( ظِعا َو َ ْلْاَو صَص َقْلاَو ِماَكْحَ ْلْاِب َّللَّا ي َ

أ )ري ِب َخ ميِكَح ْنُدَل ْنِم

Teks yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Said di dalam Tafsir Nur al-Ihsan itu menyamai dengan teks daripada Tafsir al-Jalalyn, disebabkan kedua-duanya menggunakan cara yang sama iaitu ringkas dan padat dalam mentafsirkan ayat al-Quran. Manakala pengaruh ekstrinsik pula terlihat apabila pengarang menyatakan bahawa beliau telah menjadikan karya ini sebagai rujukannya. Pengarang menyatakan; “dan adalah tempat perpegangan hamba padanya itu Tafsir Jalalyn dan Baydawi dan Jamal dan lainnya daripada segala kitab tafsir al-Quran” (Umar, 1970).

7. Rumusan dan Kesimpulan

Berdasarkan penyelidikan dan analisis yang telah dibuat, kajian mendapati bahawa Syeikh Muhammad sa’id hanya mempunyai satu tujuan sahaja ketika merujuk teks daripada Tafsir al-Jalalyn. Tujuan yang dimaksudkan ialah beliau hanya semata-mata ingin memperkukuh dan memperkuat tafsiran dan huraian yang telah dibuat. Walaupun begitu, Kajian juga mengenal pasti bahawa pengarang memperoleh dua keputusan dalam merealisasikan tujuannya itu iaitu berjaya dan gagal.

Kejayaan pengarang terhasil apabila teks yang ditulis mengenai sesuatu aspek, misalnya sabab nuzul ayat dalam Tafsir Nur al-Ihsan selari dan sejajar dengan teks yang dirujuk daripada Tafsir al-Jalalyn sama ada kesejajaran itu menepati bentuk teks atau pun isi teks.

Contohnya, pengarang merujuk sebuah teks daripada Tafsir al-Jalalyn (al-Suyuti, 1919);

يِف َو

ة َ لَ َّصلا ى َ

لإ َر َداَب ر ْم َ

أ ُهَبَز َح ا َذإ َم َّل َس َو ِهْي َ

لَع َّللَّا ى َّل َص َناَك ثي ِد َح ْلا .

Manakala teks daripada Tafsir Nur al-Ihsan, pengarang menulis (Umar, 1970);

“Dan pada Hadis adalah Nabi SAW apabila menyusah akan dia oleh satu perkara menyegera ia kepada sembahyang”.

Berdasarkan kedua-dua teks di atas dapat difahami bahawa keduanya menyatakan perihal Baginda SAW yang akan mendirikan sembahyang jika Baginda ditimpa sesuatu ujian yang menyebabkannya berasa sedih. Contoh tersebut membuktikan bahawa Syeikh Muhammad Sa’id telah berjaya memperkukuhkan tafsiran yang telah dibuat dalam Tafsir Nur al-Ihsan.

Manakala pengarang gagal merealisasikan tujuannya itu apabila teks yang ditulis bertentangan pula dengan teks yang dirujuk. Hal yang tersebut itu dapat dilihat menerusi contoh berikut yang dipetik daripada Tafsir al-Jalalyn (al-Suyuti, 1919);

ْد َقَف اوُفِر َص ْنا" : َلاَقَف ي ِن َم َصَع

م ِكا َح ْلا ُها َوَر َّللَّا

.

(12)

Sedangkan pengarang pula menulis (Umar, 1970);

“Sabdanya pergilah kamu sungguh telah pelihara akan dikau oleh Allah Ta’ala”.

Kedua-dua teks mengisahkan tentang seorang sahabat Baginda SAW yang berasa bimbang dan risau terhadap tentangan hebat yang telah dilakukan oleh orang kafir musyrikin Mekah kepada orang Islam. Oleh yang demikian, Baginda SAW menenteramkan perasaannya itu dengan jaminan bahawa Allah SWT akan memelihara mereka daripada sebarang bahaya.

Walaupun kedua-dua teks membahaskan isu yang sama, namun terdapat kekeliruan di dalam teks Tafsir Nur al-Ihsan dan Tafsir al-Jalalyn. Hal ini disebabkan Syeikh Muhammad Said secara tidak sengaja telah tersalah dalam menterjemah teks Tafsir al-Jalalyn itu. Beliau menyatakan menerusi teksnya bahawa telah pelihara akan dikau oleh Allah berbanding teks Tafsir al-Jalalyn menyatakan

) الله ي ِن َم َصَع

( yang bermaksud telah dipelihara akan daku oleh Allah. Nukilan dan terjemahan seperti ini mengelirukan pembaca dan masyarakat sekaligus membuatkan tujuan dan hasrat pengarang pada bahagian ini telah gagal.

Oleh itu, artikel ini menyimpulkan bahawa pendekatan genetik yang telah diterapkan dalam menjalankan penyelidikan ini merupakan sebuah pendekatan kajian bandingan dalam bidang kesusasteraan. Pendekatan yang digunakan ini bertujuan mengesan pengaruh-pengaruh yang telah mempengaruhi sebuah karya dengan membuat perbandingan di antara satu pengaruh dengan pengaruh yang lain. Pendekatan ini melibatkan tiga pola iaitu kajian sumber, kajian pengantara dan kajian penerimaan. Kajian ini mengaplikasi kajian sumber dan kajian penerimaan dalam menganalisis dan mengenal pasti rujukan asal bersumberkan Tafsir al- Jalalyn yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Sa’id ketika menghasilkan Tafsir Nur al- Ihsan, di samping memperlihatkan bagaimana Syeikh Muhammad Said memanifestasi teks yang dirujuk di dalam karyanya itu. Kajian sumber mempunyai kaedah yang tersendiri.

Kaedah ini menggabungkan proses pengolahan, pembinaan dan pencernaan daripada dua aspek iaitu aspek intrinsik dan ekstrinsik yang membina sesebuah karya. Aspek intrinsik terlihat ketika pengarang menetapkan gaya pentafsiran mengikut aspirasinya sendiri.

Pengarang menulis Tafsir Nur al-Ihsan dengan ringkas dan padat membetuli karangan Tafsir al-Jalalyn yang menggunakan cara yang sama, di samping cara pernyataan bilangan ayat al- Quran turut menyamai antara kedua-dua karya tersebut. Manakala aspek ekstrinsik pula ialah apabila wujud teks Tafsir al-Jalalyn yang memberi kesan kepada teks yang ditulis.

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya tafsir yang telah dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Umar. Karya ini mendapat sambutan meluas bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di Mesir dan Thailand setanding dengan tafsir kontemporari yang lain. Gaya bahasanya yang mudah dapat menepati kehendak semua peringkat masyarakat dan sesuai digunakan oleh masyarakat madani moden seperti di Malaysia.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, Tafsir al-Jalalyn digunakan sebagai rujukan Syeikh Muhammad Said terhadap lima aspek yang terkandung dalam Tafsir Nur al-Ihsan iaitu sabab nuzul ayat, Hadis Nabawi, al-Isra’aliyyat, al-Nasikh dan al-Mansukh, serta fadilat-fadilat.

Taburan teks berkenaan ialah 100 teks mengenai sabab nuzul ayat, 42 teks Hadis Nabawi, 25 teks al-Isra’aliyyat, 24 teks al-Nasikh dan al-Mansukh dan hanya satu teks mengenai fadilat.

Selain itu, ketika pengarang memetik dan menggunakan teks Tafsir al-Jalalyn, beliau menggunakan lima cara nukilan di mana beliau telah menukil teks secara sejajar iaitu teks yang ditulis menyamai dengan teks yang dirujuk melengkapi bentuk dan maksud teks,

(13)

menukil teks secara abstrak iaitu pengarang menulis teks baharu yang bertepatan dengan maksud teks daripada Tafsir al-Jalalyn, menggugurkan sebahagian kalimah yang terdapat dalam teks yang diambil disebabkan teks berkenaan terlalu panjang, menambah huraian dalam teks yang diambil apabila difikirkan perlu dibuat penambahan dan menyanggah sebahagian teks yang dirujuk disebabkan pengarang telah tersilap ketika menterjemah sebahagian teks yang dirujuk daripada Tafsir al-Jalalyn.

Oleh yang demikian, artikel ini membuktikan bahawa Syeikh Muhammad Sa’id dalam menghasilkan karya berjudul Tafsir Nur al-Ihsan ini tidak menggunakan fakta-fakta yang tidak berasas atau menggunakan pendapat sendiri dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan, bahkan beliau telah menjadikan Tafsir al-Jalalyn sebagai salah satu karya yang menjadi rujukannya dalam mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran.

Rujukan

Abdul Aziz, S. (2001). Kesusasteraan Bandingan: Perkembangan, Pendekatan Praktis.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman, A. R. (2010). Mengenali Tuan Haji Saaid Mufti Ulama Tersohor di Alam Melayu, dalam Seminar Ulama Melayu. Shah Alam: Dewan Seminar, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah.

Ahmad, A. (1988). Pengajian Kesusasteraan: Beberapa Pendekatan Ekstrinsik, dalam Hamzah Hamdani (ed.), Konsep dan Pendekatan Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad, M. N. (2004). Isra’liyyat: Pengaruh Dalam Kitab Tafsir, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Al-Dhahabi, M. H. (2000) Al-Tafsir wa al-Mufassirun. Beirut: Dar al-Yusuf

al-Suyuti dan al-Mahalli, J. D. (1919) Tafsir al-Jalalyn. Dimashq: Dar al-Ulum al-Insaniyyah.

Al-Zarqani, M. (1988). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Qur’an. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Basmeih, A. (2000). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cetakan ke-16. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

Endraswara, S. (2011). Metodologi Penelitian Sastra Bandingan. Jakarta: Caps.

Gustaf Sitepu. (2009). Strukturalisme Genetik Asmaraloka, Medan: Universitas Sumatera Utara.

Hutomo, S. S. (1993). Merambah Matahari: Sastra dalam Perbandingan. Surabaya: Gaya Masa.

Ismail, M. N. Z. (2010). Kajian Takhrij Hadith Dalam Tafsir Nur Al-Ihsan.Disertasi Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.

Junus, U. (1996). Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lubis, M. B. (1994). Pendekatan Genetik dalam Kesusasteraan Bandingan: Beberapa Pengantar Awal dalam Jaafar Husin (ed.), Pengantar Kesusasteraan Bandingan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Taib, M. I. (2003). Israiliyyat Dalam Tafsir: Kajian Terhadap Kitab Nur al-Ihsan, Karya Haji Muhammad Said bin Umar. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mujizah. (2012). Metasastra, Bandung: Alqa Print.

Othman, A. R. (2012). Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Pengenalan. Temu bual. 07 Julai

Ronidin. (2011). Malin Kundang, Ibunya Durhaka. Lingua Didaktika, Volume 4 No 2, 114- 125.

(14)

Shaw, J.T. (1990). “Keberhutangan Kesusasteraan dan Kajian Sastera Bandingan”, dalam Newton P. Stallknecht dan Horst Frenz (ed.), Sastera Perbandingan: Kaedah dan Perspektif, Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheh Yusuff, M. S. (2013a). Bacaan Intertekstual Teks Fadilat dalam Tafsīr Nūr al-Iḥsān.

Jurnal Usuluddin, 37, 33-55.

Sheh Yusuff, M. S. (2013b). Tafsir Nur al-Ihsan by Syeikh Muhammad Sa’id: An Intertextual Reading. International Journal of Humanities and Social Science, vol. 3, no. 10, 164-171.

Sinar, T. T. Z. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura, Nomor 3 Tahun 2, 211-228.

Umar, M. S. (1391H/1970M). Tafsir Nur al-Ihsan. Fatani: Matba’ah Bin Halabi.

Wan Abdullah, W. N. (2008). Tafsir Tarjuman al-Mustafid: KajianIntertekstualiti. Tesis Doktor Falsafah Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Zamri Rajab, Z. dan Abu Bakar, K. (2011). Penggunaan Shahid al-Qur’ān Dalam Kitab Sharh Ibn Aqīl Dan Sharh Qatr Al-Nadā Wa Bal Al-Sadā Bab al-Marfu’āt: Satu Kajian Bandingan. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(2), 83-98.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Syeikh Muhammad Said telah memanifestasi empat bentuk ambilan dalam menggunakan teks yang dirujuk daripada Tafsr al-abari ketika menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan iaitu

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebelas buah sumber yang telah dirujuk oleh Syeikh Muhammad Sa‟id dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan iaitu Tafsir

Berdasarkan permasalahan di atas, maka muncul satu persoalan yang menjadi fokus dalam kajian ini, iaitu apakah pendekatan yang digunakan oleh mufasir Tafsir al-Azhar dan

Berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat, penulis mendapati bahawa petani daerah Sumatera Utara hanya mengeluarkan zakat pertanian daripada hasil padi sahaja manakala

Meskipun Syeikh Yasin tidak menulis kitab tafsir secara khas, justeru beliau telah menulis karya dalam ilmu tafsir, iaitu FayÌ al-KhabÊr wa KhulÉÎah al-TaqrÊr.. Berikut

Peralihan ekonomi negara yang berasaskan ekonomi pengeluaran (p-ekonomi) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) pada era milenium memerlukan modal insan yang

“Tafsir al-Azhar merupakan karyanya yang teragung, di mana al-Marhum telah mencurahkan segala daya dan tenaganya dalam menghasilkan karya yang terbesar ini…Tafsir al-Azhar dapat

yang hasilkan oleh Syeikh Muhammad Nawawi al- Bantani al-Jawi, sebuah tafsir lengkap kedua yang dihasilkan oleh ulama Nusantara 28 , dan merupakan karya tafsir