• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 313 – Sastera Melayu Klasik Bercorak Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 313 – Sastera Melayu Klasik Bercorak Islam "

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

____________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2015/2016

Mei/Jun 2016

JMK 313 – Sastera Melayu Klasik Bercorak Islam

Masa: 3 jam

__________________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

[JMK 313]

- 2 -

Pilih dan jawab 4 soalan sahaja.

1. Hasil karang-mengarang pada zaman kegemilangan Melayu-Islam khususnya di Acheh telah memperkenalkan suatu bentuk kesusasteraan Melayu bercorak sastera kitab. Huraikan bagaimanakah tulisan-tulisan tersebut dapat digolongkan sebagai tulisan sastera, dan ciri-ciri yang menyebabkan tulisan-tulisan itu dikategorikan sebagai sastera kitab?

(25 markah)

2. Sebahagian besar naskhah sastera Melayu-Islam telah dibakar di Acheh berikutan perselisihan faham antara para ulama pada zaman tersebut. Perihalkan sebab-sebab berlakunya perselisihan beserta doktrin-doktrin, pemikiran, serta pegangan para ulama dan pemerintah, juga kesan daripada peristiwa itu.

Kemudian, terangkan secara ringkas sumbangan nama-nama ulama seperti yang tertera di bawah:

(a) Nuruddin al-Raniri (b) Hamzah Fansuri (c) Abdul Rauf Singkel (d) Shamsuddin al-Sumatrani (e) Bukhari al-Jauhari

(25 markah)

3. Hamzah Fansuri dikenali sebagai penyair ulama kontroversi, kerana karangan-karangan beliau yang berbentuk sufi bercanggah dengan pemikiran para penyair konvensional di Acheh. Walau bagaimanapun, dari sudut kesusasteraan, karya-karya Hamzah Fansuri begitu bernilai, bermakna, dan indah. Berdasarkan Syair Burung Pungguk karangan Hamzah Fansuri, kaji keindahannya menggunakan mana-mana teori sastera yang telah anda pelajari iaitu stilistik, semiotik, ataupun alegori. (Rujuk Lampiran).

(25 markah)

(3)

[JMK 313]

- 3 -

4. Siti Zubaidah lebih dianggap sebagai wira berbanding suaminya Zainal Abidin, dalam Syair Siti Zubaidah Perang China. Jelaskan ciri-ciri wira menerusi watak Siti Zubaidah, dan bagaimana wira ini berfungsi mendorong jalan cerita sehingga melengkapi konvensi cerita hikayat seperti yang dijelaskan oleh V. Propp dalam The Function of Dramatis Personae.

(25 markah)

5. Taj Us-Salatin difahami sebagai "kemahkotaan raja-raja" ataupun "kod etika raja-raja" berlandaskan Islam. Sastera berbentuk undang-undang ini ditulis oleh Bukhari al-Jauhari dengan memasukkan beberapa hadis, contoh peristiwa, dan rukun yang perlu menjadi pedoman kepada golongan pemerintah dan masyarakat.

Huraikan peri pentingnya genre sastera ini kepada ketamadunan bangsa dan kelangsungan agama.

(25 markah)

6. Huraikan dengan ringkas konsep Nur Muhammad yang dikatakan asal segala kejadian. Kemudian, perincikan simbolik Nur Muhammad dengan unsur tanah, air, api, dan angin, serta jelaskan ciri-ciri sastera yang terdapat dalam Hikayat Nur Muhammad ini.

(25 markah)

(4)

[JMK 313]

- 4 -

LAMPIRAN

SYAIR BURUNG PUNGGUK

Bismillah itu mula dikata Rawannya pungguk tidak terperi limpah rahmat terang cuaca melihat bintang pari-pari

berkat Muhammad penghulu kita bulan purnama cahayanya berseri ialah penghulu alam pendeta haram tak boleh pungguk hampiri

Pertama mula pungguk merindu Terbitlah bintang sebelah wetan berbunyilah guruh mendayu-dayu cahayanya limpah di tengah lautan hatinya rawan bercampur pilu pungguk bercinta berlarat-laratan seperti dihiris dengan sembilu menantikan sampai janji suratan

Dari hati terlalu murung Hari malam bulan nan terang dikarang syair seekor burung paksi berbunyi suaranya jarang sakitnya hati dendam berkurung merak berbunyi segenap jurang gila merawan segenap lorong cengkerik bersyair mengatur sarang

Pungguk bermadah seraya merawan Sebuah tilam kita beradu

"wahai bulan, terbitlah tuan, mendengarkan bunyi pungguk merindu gundahku tidak berketahuan suaranya halus tersedu-sedu

keluarlah bulan tercelah awan," laksanakan orang berahikan jodoh

Ketika bulan sedang berkurung Pungguk merawan setiap hutan pungguk terbang segenap lorong sebilang jitun berlompatan

ramai bertanya sekalian burung bulan mengandung di sebelah lautan pungguk wahai mengapa nan murung dengannya bersambut-sambutan

Bulan purnama cahayanya terang Bukannya muda mandi bergempa bintang seperti intan dikarang tidak kuasa duduk bercinta

rawannya pungguk bukan sebarang ayuhai kakanda adinda bunuhlah sahaya berahikan bulan di tanah seberang tidak kuasa mandi berlimbah

Gemerlapan cahaya Bintang Kertika Pungguk terbang dengan beraksa beratur madjelis bagai dijangka di dalam hati rusak binasa

sekaliannya bintang terbit belaka tubuhnya halus samar berasa pungguk melihat kalbunya duka digoda bulan dari angkasa

(5)

[JMK 313]

- 5 -

Tengah malam pungguk terjaga Di atas beraksa berapa lama melihat Bintang Puyuh Berlaga gilakan cahaya bulan purnama bintang Belantik beratur tiga kalau bulan jatuh kerama

cahayanya terang tidak terhingga di manakah dapat pungguk bersama

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

a) Lahuma dan keluarga keseluruhannya pasrah dengan kata-kata yang diulang pengarang sebanyak tujuh kali: Allah Azzawajalla. b) Lahuma dan Jeha tidak pernah mungkar sama

Penggunaan perkataan yang berunsur negatif ini amat sesuai dengan maksud teks dan telah disusun mengikut tatatingkatnya, iaitu bermula daripada golongan yang fasik (tidak

Sebermula jangan kamu banyak tamak akan harta dunia, kerana dunia ini tempat segala yang masyhur dan jangan sangat kamu ingin akan segala yang tiada memberi manfaat akan kamu

Puisi berjudul “yang kami perlukan” dari kumpulan puisi Selamat Pulang, Juita (2009) melengkapkan mesej yang menarik dalam bahasa yang ringkas dan padat.. Puisi adalah

Salmiah Ismail adalah seorang penyair dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang mula dikenali sekitar tahun-tahun 1980-an kerana puisi-puisinya yang ringkas, padat dan bermakna..

[Salah satu tema yang dominan dalam karya The Dream of the Red Chamber ialah rasuah dan penyalahgunaan kuasa5. [Berdasarkan drama Shakuntala bincangkan peranan badut dengan

Berdasarkan puisi Seribu Rumah karya Hilmi Rindu, pada pendapat anda, adakah gaya bahasa yang dipilih penyair itu bersesuaian dengan isu yang hendak disampaikan dalam

Abdullah Munsyi menunjukkan beliau dapat melakukan rundingan identiti dengan orang Melayu yang beragama Islam, pada masa yang sama juga beliau dapat bercampur