• Tiada Hasil Ditemukan

USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

3/27/2018 USM News Portal - USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Februari 2017 – Otak adalah bahagian paling penting dalam anatomi manusia untuk menjamin kualiti hidup yang optimum kerana otak merupakan salah satu organ paling kompleks yang boleh diibaratkan sebagai takhta kepintaran, penterjemah pancaindera, pemacu pergerakan badan, dan pengawal tingkah laku.

Pembedahan otak boleh menimbulkan ketakutan dan kerisauan, tetapi kemahiran pakar perubatan profesional boleh memberi kelegaan serta harapan baharu kepada pesakit yang mendapat kecederaan dalam kemalangan, mengalami pelbagai masalah perubatan atau ketumbuhan otak.

Ketua Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zamzuri Idris berkata, apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, rawatan saraf memerlukan penjagaan paling rapi, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan prosedur invasif atau pembedahan.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS

10 FEB

(2)

3/27/2018 USM News Portal - USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS

“Terdapat banyak penyakit kompleks lain yang memerlukan sentuhan kemahiran pakar bedah dan apa yang lebih penting, keprihatinan doktor untuk menenangkan dan mengurangkan kebimbangan serta ketakutan pesakit.

“USM mempunyai lebih 20 pakar Neurosains Asas yang ditempatkan di Jabatan Neurosains atau

“Neurosciences Centre” dan memiliki peralatan yang canggih seperti Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI), Magnateoecephalography (MEG), Electrocorticography (ECOG) dan banyak lagi,” katanya.

Tambah Zamzuri, Jabatan Neurosains juga menumpukan penyelidikan dalam kajian sains asas dan klinikal yang menjanjikan peluang dan kualiti rawatan kepada pesakit neuro di Malaysia.

“Ini terbukti apabila Hospital USM menerima rujukan pesakit dari seluruh Asia Tenggara berdasarkan kepakaran dan kemudahan pembedahan saraf dan otak seperti ‘Deep Brain Stimulation’, ‘Dystonia’, ‘Tourette’ dan banyak lagi.

(3)

3/27/2018 USM News Portal - USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS

“Hospital USM juga mempunyai prasarana untuk menjalankan pembedahan otak secara sedar atau ‘Awake Craniotomy’ dengan kemudahan peralatan seperti ‘Electrocorticography’,

‘Electroencephalography’ dan ‘Bipolar Stimulation’ selain turut mempunyai kepakaran dalam melaksanakan teknik pemetaan sebelum dan semasa pembedahan otak (Brain Mapping),” ujarnya lagi.

Zamzuri yang juga Pakar Pembedahan Saraf, Otak dan Tulang Belakang berkata, beliau dan Pengarah Pusat Perkhidmatan Dan Penyelidikan Neurosains (P3Neuro) USM, Profesor Dato’ Dr.

Jafri Malin Abdullah turut terpilih dan tersenarai antara 36 pakar dari seluruh dunia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Pemetaan Otak dan Terapeutik (SBMT) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

“Pemilihan tersebut berdasarkan kejayaan kami melaksanakan teknik pemetaan otak dalam pembedahan otak pesakit di Hospital USM kerana melalui teknik ini bahagian yang terjejas akibat penyakit atau rosak dapat dikenal pasti serta hanya bahagian yang rosak atau sakit dibedah tanpa mengganggu bahagian yang lain.

(4)

3/27/2018 USM News Portal - USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS

“Teknik pemetaan otak dalam pembedahan itu banyak dilakukan di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk kajian dari Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA),” jelasnya.

Menurutnya, Wad Neuro Intensive Care Unit (Neuro ICU), Hospital USM juga dilengkapi pelbagai peralatan canggih untuk memantau keadaan pesakit seperti ‘Electroencephalogram’ (EEG),

‘Transcranial Doppler’ (TCD), 'Intracranial Pressure (ICP) Monitoring’, ‘Hypothermia’ dan banyak lagi.

Teks/Foto: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel & Anawiah Abdul Aziz

(5)

3/27/2018 Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre USM News Portal - USM KONGSI KEPAKARAN NEUROSAINS

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

(2010) beban kerja yang dialami oleh jururawat dan mutu penjagaan pesakit mempunyai kaitan dengan sumber atau jumlah jururawat yang terhad, beban kerja berlebihan, kejadian

Pendedahan kepada alam pekerjaan pada usia muda juga membantu dalam perkembangan hemisfera otak kiri dan kanan atau kuadran A dan C yang terletak pada kuadran atas

Kabus yang terhasil di dalam kebuk kabus (seperti dalam rajah 2.1) akan dibawa berdekatan dengan substrat panas melalui satu muncung dan akan

Berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, penulis akan dapat mengetahui teknik manakah di antara dua teknik yang dikaji mampu memberi impak yang terbaik dalam usaha

tapak tangan manusia. Era kedua ini memainkan peranan penting dalam menstrukturkan industri binaan pada masa tersebut. Pembaharuan teknik-teknik pembinaan bermula

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak boleh memproses apa yang didengarinya sebagaimana kanak-kanak lain kerana otak mereka tidak mampu mentafsir bunyi yang didengari

Teknik PERMATA ini adalah salah satu teknik yang diperkenalkan dalam memudahkan pelajar untuk menghafal dan mengingati Pembezaan Fungsi Trigonometri di samping

Faktor-faktor reka bentuk saluran darah dalam otak dalam menentukan isipadu pendarahan otak didapati tidak signifikan dari segi statistik, tetapi dalam