• Tiada Hasil Ditemukan

MALAM KEBUDAYAAN INDIA ERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "MALAM KEBUDAYAAN INDIA ERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC 6872

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Mac 2016 – Malam Kebudayaan India yang diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi landasan yang mengeratkan hubungan pelajar pelbagai kaum dengan menyajikan persembahan kebudayaan yang menarik, kreatif dan menghiburkan semua lapisan masyarakat.

Berucap merasmikan program tahunan tersebut, Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr.

Mafauzy Mohamed berkata, aktiviti seperti ini memang amat digalakkan kerana kita bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, malah graduan USM juga perlu memahami budaya serta nilai murni yang diamalkan oleh pelbagai kaum di negara ini.

“USM amat mengalu-alukan program seperti ini termasuk penganjuran festival kebudayaan bagi memelihara dan memartabatkan kesenian budaya tempatan.

DSC 7751

"Golongan muda perlu didedahkan dengan budaya suku kaum dan etnik yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas," kata Mafauzy.

Tambahnya, dunia global hari ini menuntut kita melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu membawa satu anjakan paradigm untuk pembangunan negara bangsa yang bukan sahaja bijak dalam bidang yang dipelajari di universiti.

Penganjuran festival sebegini memberi peluang kepada mahasiswa menikmati pendidikan holistik yang menjurus kepada enam atribut atau domain utama iaitu etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti sosial, kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.Malam Kesenian India 2016 ini bertemakan ‘Navarasam’ iaitu sembilan jenis ekspresi muka yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya.

Tambah Mafauzy, kejayaan penganjuran festival ini merupakan titik tolak kepada mahasiswa dalam membina sahsiah diri yang lebih cemerlang dengan ciri-ciri daya tahan, daya juang dan daya saing yang tinggi untuk memastikan mereka kelak menjadi seorang graduan yang holistik selaras dengan wawasan USM untuk ‘Mentransformasikan Pengajian Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok’.

DSC 6746 (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

MALAM KEBUDAYAAN INDIA ERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM

09 MAR

(2)

Festival gilang-gemilang yang dipenuhi cahaya lampu serta hiasan berwarna-warni sinonim dengan budaya masyarakat India ini diserikan dengan persembahan tarian, nyanyian, drama, komedi serta cabutan bertuah.

Kira-kira 1,300 orang hadir memeriahkan majlis ini yang terdiri daripada dalam kalangan warga USM, pelajar-pelajar Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Kolej Lincoln.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Jun 2016 - Wakil Universiti Sains Malaysia (USM), Kumpulan Pelayang Wau, Kampus Kesihatan menang tempat ke-3 dalam Festival Wau Antarabangsa 2016 kali

KUBANG KERIAN, 16 Jun 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Lau Jiun Sien, 24, mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan

“Apa yang lebih menarik, pada malam ini kita akan dapat menyaksikan persembahan kebudayaan pelbagai bangsa oleh mahasiswa USM dan saya turut merasa terharu kerana

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 27 Februari 2016 – Persatuan  Kebudayaan India Universiti Sains Malaysia (PKIUSM) mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dengan mencipta

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

KUBANG KERIAN, 17 September 2016 - Persatuan Rakan Masjid, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dan Bahagian Penyelidikan, Jabatan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia

KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2016 - Kampus Kesihatan sekali lagi menjulang nama Universiti Sains Malaysia (USM) apabila merangkul enam Anugerah Emas dalam Konvensyen