• Tiada Hasil Ditemukan

USAHASAMA USM-UMK HASILKAN MEDIA DIGITAL PERUBATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USAHASAMA USM-UMK HASILKAN MEDIA DIGITAL PERUBATAN"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

untitled16

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi rakan sepembelajaran dalam usaha menggabungkan seni kreatif digital dengan bidang Sains Perubatan.

Kesepakatan ini adalah untuk menghasilkan bahan pembelajaran interaktif bagi memudahkan pelajar memahami maklumat yang disampaikan.

Menurut Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim, gabungan usahasama ini adalah julung kali diadakan antara USM-UMK bagi mewujudkan keadah pembelajaran interaktif.

untitled13

"Saya bangga kerana para pelajar dari berlainan universiti dapat bersama-sama berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bagi menjayakan projek media digital perubatan.

Selain itu, penggabungan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama universiti malah dapat membina jaringan hubungan pembelajaran walaupun berlainan bidang pengajian," katanya ketika merasmikan Pelancaran Buku Perancangan Strategik PPSP (2016-2020), di sini semalam.

Hasil kerja mereka dapat dilihat melalui pameran Medicine-Art Fusion yang mempamerkan kreativiti mereka seperti penciptaan sistem tubuh manusia melalui Hologram 3 Dimensi.

untitled14 untitled12

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Alumni Doktor USM (PADU), Profesor Abdul Razak Sulaiman berkata, PADU menyokong sepenuhnya usaha sepenuhnya dan menyumbang idea dan kepakaran ilmu bagi menjayakan projek gabungan media digital perubatan ini.

“Antaranya ialah dengan menghubungi para alumni untuk membantu dan memberi sokongan, idea serta kepakaran mereka agar dapat melakukan sesuatu yang bermakna kepada universiti dan masyarakat," ujarnya.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USAHASAMA USM-UMK HASILKAN MEDIA DIGITAL PERUBATAN

31 MAY

(2)

Yang turut hadir ke majlis tersebut ialah, Penolong Naib Canselor UMK, Profesor Rosdi Abdul Rahman.

Teks: Siti Nur Zainab Md.Nor, Normimi Shahira Mohd Daud & Nor Arina Sattar (Pelajar Internship UUM) / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

PASIR PUTEH, KELANTAN, 20 Ogos 2016 – Keprihatinan 12 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan staf Unit Kebajikan Perubatan berjaya membantu membersih

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Jun 2016 - Wakil Universiti Sains Malaysia (USM), Kumpulan Pelayang Wau, Kampus Kesihatan menang tempat ke-3 dalam Festival Wau Antarabangsa 2016 kali

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

USM, PULAU PINANG, 27 September 2016 – Persidangan Antarabangsa Kreatif Media, Rekabentuk dan Teknologi 2016 (REKA 2016) anjuran Pusat Pengajian Seni (PPS), Universiti Sains

KUBANG  KERIAN,  KELANTAN,  25  July  2016  ­  The  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  School  of 

KUBANG  KERIAN,  KELANTAN,  11  September  2016  –  The  School  of  Medical  Sciences  (PPSP),  Health Campus,  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  recently  launched 

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 September 2016 - Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mengadakan program ibadah korban bersama penduduk sekitar

¹Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, ²Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,