• Tiada Hasil Ditemukan

PENYAKIT JANTUNG BAYI PERLU PERHATIAN LEBIH SERIUS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PENYAKIT JANTUNG BAYI PERLU PERHATIAN LEBIH SERIUS"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Oktober 2016 – Masalah jantung dalam kalangan bayi perlu dipandang serius supaya rawatan awal dapat dilakukan tanpa mengganggu tumbesaran.

Secara amnya, terdapat dua kategori besar penyakit jantung iaitu penyakit jantung kategori pertama yang dikesan selepas dilahirkan dan kategori kedua pula adalah yang dikesan sejak dalam kandungan lagi.

Menurut Pensyarah Perubatan Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Mohd Zain, antara jenis-jenis penyakit jantung yang dikesan bagi kategori pertama adalah jangkitan kuman pada jantung, masalah saluran jantung dan masalah pada otot jantung manakala jenis-jenis penyakit jantung kategori kedua pula adalah jantung berlubang, masalah injap sempit, saluran darah sempit dan saluran darah tidak tertutup.

“Mengikut Jabatan Perangkaan, jumlah kelahiran di Kelantan sahaja dianggarkan lebih kurang 30,000 kelahiran setahun dan ini bermakna 0.8 hingga satu peratus akan menghidap penyakit jantung kategori kedua.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

PENYAKIT JANTUNG BAYI PERLU PERHATIAN LEBIH SERIUS

09 OCT

(2)

“Ini bermakna, pesakit yang menghidap penyakit ini perlu menjalani pembedahan atau rawatan pada tahun pertama selepas kelahiran,” katanya ketika bersiaran dalam slot program Doktor di Radio, di sini.

Mohd Rizal berkata, punca bayi menghidap penyakit jantung masih tidak dapat ditentukan secara spesifik kerana disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya faktor genetik, masalah persekitaran akibat pendedahan kepada radiasi dan jangkitan kuman semasa dalam kandungan contohnya jangkitan kuman Rubela.

“Antara tanda-tanda penyakit jantung kategori kedua bagi masalah jantung berlubang ialah pernafasan yang laju, mudah letih apabila menyusu, terdapat lekuk pada dada bayi dan pada peringkat yang teruk bayi tersebut akan kelihatan biru.

“Selain itu, penyakit jantung kategori kedua juga terbahagi kepada dua iaitu jenis biru dan jenis merah jambu,” jelasnya.

Menurutnya lagi, untuk kes yang kronik iaitu kes yang tidak dapat dikesan dan dirawat, salah satu tandanya ialah berat badan bayi yang tidak meningkat dan secara amnya bayi tersebut mempunyai masalah dan memerlukan pemerhatian serta penilaian lanjut oleh pakar kanak-kanak.

“Ibu bapa tidak perlu risaukan kos pembedahan walaupun mencecah RM50,000 kerana terdapat banyak dana untuk pesakit jantung dengan pesakit mungkin tidak perlu membayar kos pembedahan atau mungkin hanya perlu membayar satu peratus dari kos pembedahan tersebut,” jelasnya lagi.

Teks/Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

(3)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

"Kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu golongan pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan dalam membiayai kos sepanjang rawatan yang sekiranya

(EST) merupakan ujian saringan jantung yang ‘non-invasive’ iaitu prosedur yang tidak melibatkan alat- alat yang memecahkan kulit atau benda fizikal memasuki tubuh.. Ujian

Badan amal ini menghantar sepasukan doktor pakar untuk menyumbang kepakaran mereka dalam memberi perkhidmatan pembedahan Kardiotorasik Pediatrik kepada pesakit

Anda dipelawa untuk menyertai satu kajian mengenai kes-kes jantung yang dikendalikan serta dirawat di zon merah ( zon kritikal) di Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains

Seorang pengkaji perubatan berharap untuk menilai sama ada variasi kadar degupan jantung (dalam bilangan degupan per minit) seorang perokok berbeza dengan kadar degupan jantung

Pengambilan makanan yang mengandungi flavonoid dapat mengurangkan kadar kematian bagi orang yang menghidap penyakit koronari jantung (Hertog et al.,1993). Maka dalam kajian ini,

"Penyakit berbahaya seperti barah, sakit jantung, sakit buah pinggang dan kencing manis, yang kini menular dalam kalangan penduduk negara ini, berpunca

Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan sistem yang dapat mengecam puncak pada isyarat EKG (P, Q, R, S dan T) dan mendiagnosis penyakit jantung