• Tiada Hasil Ditemukan

HIU 225 – PENDIDIKAN NILAI-NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HIU 225 – PENDIDIKAN NILAI-NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF ISLAM "

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua

Sidang Akademik 2006/2007 April 2007

HIU 225 – PENDIDIKAN NILAI-NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF ISLAM

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. DUA soalan dari bahagian A dan DUA soalan dari bahagian B.

…2/-

(2)

Bahagian A

1. Maksud firman Allah:

“Telah berlaku kerosakan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari apa yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali”. [al-Rum:41]

[a] Huraikan kaitan maksud firman Allah di atas dengan masalah

akhlak manusia.

[30 markah]

[b] Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang bertanggungjawab membangunkan bumi ini sejajar dengan kehendak Islam.

Terangkan bentuk sesuatu pembangunan yang dikehendaki dalam Islam.

[30 markah]

[c] Huraikan EMPAT cara untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama dan masyarakat

[40 markah]

2. Al-Qur’an mengandungi pelbagai istilah yang berkaitan dengan akhlak.

Huraikan SEMUA istilah di bawah:

[a] birr

[25 markah]

[b] jihad

[25 markah]

[c] al-amr bi al-makruf wa al-nahy ‘an al-munkar

[25 markah]

[d] fitrah

[25 markah]

…3/-

(3)

3. Maksud hadith:

“Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana” (Riwayat Ahmad)

[a] Berdasarkan hadith di atas, huraikan TIGA kepentingan konsep kesederhanaan (wasatiyyah) dalam proses pembangunan insan.

[30 markah]

[b] Huraikan masalah ekstrimisme dalam agama dan berikan DUA cadangan untuk menanganinya berdasarkan perspektif Islam.

[30 markah]

[c] Jelaskan definisi al-‘aql serta bincangkan peranannya dalam membentuk konsep kesederhanaan (wasatiyyah).

[40 markah]

Bahagian B

4. Islam menganjurkan mujahadah al-nafs dan muhasabah al-nafs untuk mendidik serta mengawal nafsu yang sering mendorong seseorang kepada melakukan perkara-perkara yang merosakkan individu dan masyarakat.

[a] Sebutkan rukun-rukun mujahadah dan bincangkan setiap satunya.

[40 markah]

[b] Jelaskan implikasi mujahadah al-nafs terhadap pembangunan jiwa dan akhlak manusia.

[20 markah]

…4/-

(4)

[c] Huraikan konsep muhasabah al-nafs, cara-cara dan kepentingannya.

[30 markah]

[d] Nyatakan definisi akhlak dan ciri-cirinya.

[10 markah]

5. [a] Terangkan bagaimana setiap daripada amalan solat dan zakat menepati matlamat hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.

[20 markah]

[b] Huraikan bagaimana peranan empat ibadah khusus dalam mensucikan jiwa manusia dan melahirkan sifat-sifat mahmudah.

[40 markah]

[c] Huraikan bentuk-bentuk taklif Ilahi yang perlu dilaksanakan dalam proses tazkiyah al-nafs.

[40 markah]

6. [a] Al-Qur’an dan al-sunnah adalah sumber-sumber yang sahih bagi penghayatan nilai-nilai murni. Huraikan kenyataan ini.

[25 markah]

[b] Huraikan hubungan antara aqidah tauhid dan kerohanian Islam serta kesan mengimani sifat-sifat Allah kepada peribadi seorang muslim.

[25 markah]

[c] Huraikan bagaimana peranan dan hubungan aspek kerohanian dalam menyempurnakan fungsi ilmu fiqh.

[25 markah]

…5/-

(5)

[d] Terangkan pengertian nilai-nilai murni yang disenaraikan dan peranannya dalam pembangunan syakhsiah dan akhlak manusia:

[i] Adil.

[ii] Sabar.

[iii] Sederhana.

[iv] Amanah.

[v] Toleransi.

[25 markah]

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

20 Zulkifli Mohammad al-Bakri, Integriti Dalam Islam (Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia, 2007).. 12 memerlukan komitmen sepenuhnya kepada nilai yang dipegang dalam

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji keberkesanan pendekatan tazkiyah al-nafs serta integrasi pendekatan tazkiyah al-nafs dengan teknik-teknik SFBT ke atas

Kajian beliau mendapati bahawa nilai-nilai pendidikan Islam yang terdapat dalam novel ini iaitu nilai pendidikan akidah yang berkait dengan keimanan kepada Allah

a) Semua aktiviti/program pelajar termasuk kelab, persatuan dan ko-kurikulum yang dilaksanakan secara bersemuka dan berkumpulan terutama yang melibatkan jumlah penyertaan

kepada faktor permintaan pasaran pekerjaan dan keuntungan ekonomi, matlamat utama pendidikan untuk membina nilai-nilai murni kemanusiaan tidak dapat dicapai (Rosnani, 2007).

“Telah berlaku kerosakan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari apa yang telah

[b] Huraikan dengan terperinci kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam untuk merawat penyakit ghadab dan sebutkan jenis- jenis ghadab yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada

Pendidikan luar boleh digabung jalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi