• Tiada Hasil Ditemukan

Penilaian Menyeluruh Keberkesanan Agihan Zakat : Persepsi Asnaf Penerima Bantuan Modal Perniagaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Penilaian Menyeluruh Keberkesanan Agihan Zakat : Persepsi Asnaf Penerima Bantuan Modal Perniagaan "

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Penilaian Menyeluruh Keberkesanan Agihan Zakat : Persepsi Asnaf Penerima Bantuan Modal Perniagaan

Sanep Ahmad Rosbi Ab Rahman Hairunizam Wahid

Faculty of Economics and Management

National University of Malaysia, 43600 Bangi Selangor MALAYSIA

ABSTRAK

Keberkesanan agihan zakat sering diukur berdasarkan tingkat pendapatan sahaja yang tentunya kurang tepat kerana perubahan mungkin berlaku dalam aspek kehidupan yang lain. Kajian ini bertujuan menilai persepsi asnaf tentang kesan agihan zakat secara lebih komprehensif meliputi lima aspek yang dinyatakan dalam maqosid al-syariah. Kajian mengguna 100 responden asnaf fakir dan miskin penerima bantuan modal di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Malaysia. Data skala likert dianalisis menggunakan teknik diskriptif dan CAST. Dapatan kajian menunjukkan bahawa asnaf umumnya merasakan peningkatan sederhana dalam pendapatan tetapi tetap mengalami peningkatan dalam aspek sosioekonomi yang lain. Kualiti agama dirasakan mengalami peningkatan paling signifiken. Kajian merumuskan bahawa kegagalan meningkatkan pendapatan asnaf secara signifiken tidak bermakna kegagalan dalam program agihan kerana asnaf tetap merasakan peningkatan positif dalam aspek kehidupan yang lain.

Kata kunci: Keberkesanan komprehensif, agihan zakat, bantuan modal, tahap sosioekonomi asnaf

ABSTRACT

The effectiveness of zakat distribution is normally judged based only on income level. Which is certaintly misleading since changes may occurs in other aspect of life. Assessment was also not evaluated from receipients perception. This study aims to examine reciepents perseption on the effect of zakat distribution in a more comprehensive method covering all five aspects mentioned by maqasid of syariah. This study employs 100 respondents of poor receipients in the State of Selangor and Federal Territory Malaysia. Likert scale data is used and be analysed using discriptive and CAST techniques. The finding shows that asnaf may not experience significant increamenet in income level but still experiencing improvement in other asspects of life. Religious value increased significantly. This study concluded that failure to significantly increased income level does not means failure in distribution programme because improvement may still occured in other aspect of life.

Keywords: Comprehensive effectiveness, zakat distribution, capital assistance, level of socioeconomics of asnaf

MIICEMA 12th University of Bengkulu 15 | P a g e

(2)

PENGENALAN

Keberkesanan agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin seringkali menjadi perhatian masyarakat. Ia menjadi penanda aras bahawa pusat zakat benar-benar menjaga kebajikan kedua-dua golongan ini dengan sewajarnya. Malangnya sehingga kini masyarakat masih berpandangan bahawa kedua-dua golongan ini masih berada ditakuk lama dan tidak mengalami banyak perubahan ketara terutama dari sudut ekonomi setelah menerima bantuan zakat. Golongan fakir miskin masih tetap jauh ketinggalan dan kebanyakannya masih kekal sebagai penerima bantuan zakat. Oleh itu peranan dan kepentingan zakat dalam membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang diantara golongan miskin dengan golongan kaya masih tidak dapat dicapai.

Namun demikian perlu diingat bahawa pandangan tersebut adalah berdasarkan kepada penilaian yang dilakukan berdasarkan faktor ekonomi sahaja. Perubahan yang berlakuk dalam aspek ekonomi iaitu tingkat pendapatan digunakan sebagai satu-satunya tanda aras menilai kejayaan atau kegagalan bantuan zakat. Sekiranya pendapatan meningkat maka bantuan dikatakan berjaya dan begitulah sebaliknya.

Namun persoalanannya ialah adakah adil sekiranya keberkesanan agihan ini hanya dinilai dari sudut ekonomi yang diukur semata-mata berdasarkan tingkat pendapatan. Walaupun tidak dinafikan bahawa penilaian berdasarkan tingkat pendapatan telah diterima umum sebagai kaedah untuk mengukur taraf sosiekonomi seseoarang dimata masyarakat, namun pada hakikatnya masih terdapat kaedah ukuran keberkesanan yang lebih menyeluruh. Ini adalah kerana banyak faktor sepatutnya diambil kira dalam menilai keberkesanan agihan zakat memandangkan perubahan mungkin berlaku dalam aspek kehidupan yang lain.

Tambahan pula keperluan kehidupan dan kebahagian manusia bukanlah bergantung kepada harta dan pendapatan sahaja tetapi juga kepada aspek sosial yang lain. Persoalan ini perlu dihalusi dan amat menarik untuk dikaji khususnya bagi mengukur keberkesanan agihan zakat.

Mengikut ajaran Islam kehidupan manusia memerlukan lima perkara asas yang disebut sebagai maqosid al-syariah. Maqosid al-syariah itu jugalah yang menjadi tujuan syariah diturunkan kepada manusia. Berdasarkan kepada keperluan asas tersebut maka penilain kegagalan atau kejayaan sesuatu tindakan perlulah didasarkan kepada kegagalan atau kejayaan dalam memenuhi maqosid as-syariah tersebut. Ini adalah kerana keperluan hidup sama ada menurut ajaran Islam atau bukan Islam sebenarnya meliputi konsep yang luas bukan sahaja memenuhi keperluan jasmani (kebendaan) tetapi juga kerohanian.

Mengikut ajaran Islam kehidupan manusia memerlukan lima perkara asas yang disebut sebagai maqosid al-syariah yang terdiri dari agama, nyawa, akal, keturunan dan harta(Rosbi et.al, 2009; Asmadi Muhamad Naim 2003; Shukeri Mohamad, 2009).

Maqosid al-syariah itu jugalah yang menjadi tujuan syariah diturunkan kepada manusia maka tentunya bantuan zakat juga mempunyai maksud untuk memenuhi maqosid al- syariah tersebut (Sanep & Rosbi, 2010). Maka penilaian kegagalan atau kejayaan sesuatu tindakan perlulah didasarkan kepada kegagalan atau kejayaan dalam memenuhi maqosid as-syariah tersebut

Memandangkan penilaian secara kuantitatif keatas aspek tersebut agak sukar dilakukan memandagnkan cirinya yang subjektif maka penilaian boleh dilakukan berdasarkan tanggapan atau persepsi asnaf penerima bantuan zakat. Dalam konteks ini mislanya mengukur kesan bantuan keatas aspek keagamaan secara kuantitatif adalah sukar tetapi penilaian boleh dilakukan berdaraskan tanggapan individu penerima iaitu sama ada asnaf penerima bantuan merasai perubahan atau sebaliknya. Tanggapan sedemikian boleh dinilaikan. Oleh itu kajian ini bertujuan membuat satu penilaian keatas tanggapan asnaf tentang keberkesanan agihan bantuan modal zakat yang diterimanya berlandaskan prinsip Maqasid al-Syariah. Asnaf boleh memberi pandangan berkenaan bagaimana perasaan

MIICEMA 12th University of Bengkulu 16 | P a g e

(3)

dan tanggapan mereka tentang kesan dan perubahan yang dirasainya keatas aspek agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Penilaian ini dijangka akan menjadi lebih menyeluruh dan akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat dan adil dalam membuat penilaian berkenaan kesan bantuan modal zakat keatas sosioekonomi asnaf.

KAJIAN LEPAS

Kebanyakan kajian yang membincangkan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pembangunan terutama untuk golongan fakir dan miskin mengambil kira pelbagai faktor samada aspek ekonomi mahupun aspek sosial mengikut presepktif barat semata-mata dan agak sukar ditemui kajian yang menjurus kepada presepktif kajian dari sudut pandangan Islam. Para pengkaji seperti Emil J. Pasavac (1992) mengambil kira semua maklumat sosioekonomi komuniti, Ahmad Mahdzan Ayob (1998) pula mengambilkira semua petunjuk ekonomi dan sosial, manakala Zainal Abidin (1992) mangambilkira perubahan pandangan dan gaya hidup. Sesetengah pengkaji menggunakan beberapa petunjuk dalam penilaian keberkesanan misalnya David Hulme (2000) mengambil kira petunjuk ekonomi, petunjuk sosial, dan petunjuk sosial politik manakala Birta Mikkelsen (2005) mengambilkira petunjuk perbelanjaan pendapatan, petunjuk diskrit, petunjuk livehood, petunjuk sumber dan petunjuk pengetahuan.

Parashar Koirala (2005) menggunakan juga faktor lain selain pendapatan seperti kemudahan pendidikan, elektrik, dan jalanraya manakala Jaya S. Anand (2005) mengguna tiga aspek untuk dinilai iaitu aspek ekonomi, aspek politik dan aspek sosial.

AKM Ahsan Ullah & Jayant K Routray (2007) menilai dari segi pendapatan, aspek aset produktif dan aset bukan produktif dan Majabean R (2008) pula menggabungkan petunjuk ekonomi dan sosial dalam penilaian.

Kebanyakan kajian keberkesanan agihan zakat pula hanya memfokus kepada sesuatu aspek tertentu sahaja. Hairunizam Wahid. et.al (2001) hanya menilai aspek kualiti hidup, Fuad Johari (2004) melihat kesan dari aspek agihan pendapatan, dan Patmawati Ibrahim (2005) menilai dari aspek kesaksamaan agihan pendapatan. Mujani Tarimin (2005) juga menilai kesan dari aspek pendapatan tetapi kearah pengurusan yang profesional, manakala Ahmad Fuad Mohammad (2006) menilai hanya dari aspek pendapatan sahaja.

Ringkasnya, banyak kajian yang telah dijalankan menangani kesan agihan zakat hanya menilai kejayaan atau kegagalan berdasarkan faktor pendapatan sahaja. Ia sepatutnya mengambil kira beberapa faktor lain sebagaimana dilakukan dalam membuat penlaian keberkesanan sesuatu program pembangunan ekonomi. Oleh itu kekurangan penilaian keberkesanan agihan zakat ialah ia telah mengenepikan banyak aspek lain yang juga penting dalam kehidupan manusia khususnya dari aspek yang telah digariskan oleh maqosid al-syariah. Kesemua apsek yang digariskan oleh maqosid al-syariah perlu diambil kira agar penilaian yang dilakukan menjadi lebih komprehensif dan menepati keperluan kehidupan manusia sebenar. Oleh itu, ukuran keberkesanan agihan zakat kepada golongan asnaf ini seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sejauhmana ia dapat membantu mereka mencapai keperluan yang digariskan dalam maqasid syariah.

Prinsip yang dinyatakan dalam Maqasid al-syariat melihat kepada matlamat seseorang individu mestilah memenuhi 5 keperluan yang digariskan iaitu memelihara dan menjaga kesucian agama(al-din), menjamin keselamatan nyawa (al-nafs), menjamin kemuliaan akal dan fikiran (al-aql), menjamin kehormatan dan maruah diri(al-nasb) dan menjamin kekayaan harta (al-mal). Prinsip pertama dalam maqasid syariah iaitu memelihara kesucian agama(al-din) akan dapat memastikan setiap muslim berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya. Maka

MIICEMA 12th University of Bengkulu 17 | P a g e

(4)

setiap tindakan dan usaha yang dilakukan termasuk dalam mencari rezeki dan memperbaiki taraf kehidupan akan mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Prinsip kedua iaitu menjaga keselamatan nyawa(al-nafs) pula akan mendorong individu berusaha keras bagi memastikan mereka berupaya menjaga keselamatan diri dan keluarga. Maka sebarang tingkalaku mereka akan berteraskan kepada menjaga keharmonian dan tidak akan melakukan sesuatau tindakan yang akan mendatangkan bahaya atau merbahayakan nyawa sendiri dan pihak lain. Prinsip ketiga iaitu memenuhi keperluan menjaga kewarasan akal dan fikiran(al-aql) akan mendorong setiap individu mengunakan kelebihan akal yang ada untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran untuk menjamin kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat.

Seseorang individu juga mesti memenuhi prinsip keempat iaitu menjaga kehormatan diri dan maruah (al-nasb), ini bermakna mereka yang mampu menjaga batas-batas kehormatan diri, maruah dan nama baik keturunan secara tidak langsung akan dapat membantu membina masyarakat yang bermarauah disamping diri mereka sendiri akan lebih diterima dan dihormati. Meraka juga akan sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terdorong untuk melakukan sesuatau yang akhirnya merosakkan maruah diri dan keturunan. Prinsip kelima pula iaitu menjaga harta(al-mal) ini bermakna ajaran Islam tidak menghalang umatnya mengejar kekayaan asalkan harta yang diperolehi adalah dari kaedah dan sumber yang halal. Seseorang muslim mesti bijak menggunakan peluang yang ada untuk mencari rezeki dan seterusnya menjaga harta benda demi kesejahteraan diri dan keluarga. Maka dapat dirumuskan kelima-lima prinsip dalam maqasid syariah ini adalah merupakan keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap individu bagi memastikan mereka membentuk ahli masyarakat yang berpandukan kepada prinsip syariat Islam. Maka disini terdapat kewajarannya bahawa dalam mengukur keberkesanan sesuatu bantuan seperti bantuan modal zakat dari segi keupayaannya mengubah taraf sosioekonomi hendaklah berdasarkan sejauhmana mereka berupaya memenuhi keperluan berdasarkan prinsip maqasid syariah .

Berdasarkan prinsip Maqasid Syariah pula, menurut Iman Syatibi terdapat lima keperluan utama yang dipenuhi dan ianya dirujuk sebagai maqasid dharuriyat (keperluan asas) yang mengandungi lima perkara iaitu menjaga agama (ad-din) yang merupakan keperluan yang paling utama sekali, dikuti oleh menjaga jiwa (al-nafs), menjaga akal (al-aql), menjaga keturunan (al-nasl) dan akhirnya menjaga harta (al-mal). Oleh itu penilaian perlu melihat sama ada kesemua aspek tersebut mengalami perubahan yang positif kesan daripada bantuan modal yang diberikan. Namun demikian penilaian keatas aspek tesebut agak sukar dilakukan kerana ia melibatkan perkara yang subjekif. Masalah akan timbul untuk mengukur perubahan dalam aspek nilai keagamaan, kualiti aqal, nyawa dan aqal.

Bagaimanakah aspek tersebut boleh kuantifai.

Lantara itu penilaian boleh dilakukan keatas tanggapan atau persepsi asnaf keatas kesan daripada bantuan yang diterima, iaitu sama ada asnaf penerima bantuan merasakan perubahan positif atau sebaliknya keatas aspek tersebut. Sekiranya asnaf merasakan perubahan positif keatas sesuatu aspek maka bermakna bahawa bantuan modal yang diberikan memberi impak yang positif. Memandangkan kajian lepas tidak meneliti bagaimanakah tanggapan dan perasaan asnaf berkenaan kesan bantuan yang diterima keatas kualiti sosioekonomi mereka, maka amat wajar agar perkara ini digarap dalam kajian ini.

MIICEMA 12th University of Bengkulu 18 | P a g e

(5)

METODOLOGI

Berdasarkan kepada Teori Heirarki Maslow (Abraham HM, 1970) yang menggariskan tentang hiraki keperluan untuk kepentingan hidup, penyelarasan akan dilakukan keatas elemen dalam maqasid al-syariah. Tanggapan asnaf berkenaan sesuatu elemen akan dinilai berdasarkan skala likert.

a) Data

Data diambil dari sampel berdasarkan senarai asnaf penerima bantuan modal. Sampel diambil secara rawak berstrata berpandukan soalselidik yang menggunakan pembolehubah likert. Soalselidik digunakan dengan tumpuan diberikan keatas lima kualiti sebagaimana dinyatakan dalam maqasdi al-syariah. Penilaan dilakukan berdasarkan beberapa perkara (Lampiran 1).

b) Kaedah Analisis i) Ukuran Keberkesanan

Nilai yang digunakan bagi menentukan tahap tanggapan asnaf berhubung keberkesanan agihan adalah seperti berikut:

Berjaya : 4.25 – 5.00 (85% ke atas) Sederhana : 3.00 – 4.24 (60% - 85%) Kurang Berjaya : 1.00 – 2.99 (kurang dari 70%)

ii) Analisis Cast dan Skor

Keberkesanan menyeluruh akan dianalisis menggunakan teknik CAST manakala purata keberkesanan mengikut elemen pula akan dianalisis menggunakan purata skor.

KEPUTUSAN EMPIRIK

Sebanyak 534 soalselidik daripada seramai 550 responden didapati boleh guna. Ia terdiri daripada berbagai kategori asnaf , berbagai jenis perniagaan dan juga berbagai kategori jumlah modal.

a) Keberkesanan Menyeluruh

Hasil kajian mendapati majoriti responden berpandangan mereka mengalami peningkatan dalam banyak aspek kehidupan. Keputusan menunjukkan asnaf merasai peningkatan sekurang-kurangnya pada tahap sederhana bagi setiap elemen yang dikaji.

Hasil kajian tersebut telah diringkasakan menerusi Rajah 1. Daripada lima aspek yang dikaji berdasarkan prinsip maqasid syariah, bagi prinsip menjaga keperluan nyawa (al- nafs)/ keperluan keselamatan, didapati asnaf telah memberikan pandangan dan penilaian positif pada kedudukan tahap berjaya bagi setiap elemen yang diuji. Ini bermakna mereka telah dapat memenuhi keperluan dari segi menyediakan tempat tinggal yang terjamin keselamatan (S1), keselesaan persekitaran (S2), kententeraman dalam kehidupan (S3), ketenangan dalam pekerjan (S4) dan Kebebasan dalam menjalani Kehidupan (S5).

Ini memberikan petunjuk bahawa dengan adanya bantuan modal zakat ini telah memberikan harapan baru dan memberikan mereka keyakinan dapat memastikan kehidupan mereka berada pada tahap yang lebih selamat. Manakala bagi empat lagi prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam maqasid syariah, penilaian yang diberikan oleh golongan asnaf adalah gabungan di antara tahap berjaya dan sederhana bagi setiap prinsip berkenaan.

MIICEMA 12th University of Bengkulu 19 | P a g e

(6)

Prinsip maqasid syariah yang paling penting adalah dari segi memenuhi keperluan menjaga agama (ad-din)/ keperluan kesempurnaan diri. Kebanyakan elemen adalah pada katogeri berjaya kecuali dua item berada pada katogeri sederhana iaitu kemampuan berdikari (D5) dan kemampuan membayar zakat (D6). Ini menunjukkan golongan asnaf masih tidak yakin dapat berdikari sepenuhnya dan juga tidak yakin untuk membayar zakat pada masa akan datang. Maka golongan ini perlu diberi pengawasan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka lebih yakin untuk berdikari tanpa bergantung kepada pihak lain dan pada akhirnya mampu mentranformasikan diri dari status penerima kepada pembayar zakat.

Prinsip maqasid syariah berikutnya adalah keperluan menjaga akal dan fikiran (al-aql)/

keperluan kasih sayang. Elemen yang dikatogerikan pada tahap berjaya adalah kasih sayang ahli keluarga (K1) dan keyakinan berinteraksi (K4). Di antara elemen yang masih berada pada katogeri sederhana adalah dari segi keperihatinan terhadap jiran tetangga (K2), penyertaan aktiviti kemasyarakatan (K3), kemampuan bersuara dan memberikan idea (K5). Ini menunjukkan bahawa golongan asnaf masih tidak begitu aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, kurang keperihatian terhadap keperluan jiran dan kurang keyakinan dalam menyuarakan idea atau pandangan. Prinsip maqasid syariah seterusnya adalah dari segi menjaga maruah dan keturunan(al-nasb)/ keperluan penghormatan diri. Didapati kesemua elemen adalah pada katogeri berjaya kecuali satu elemen yang berada pada katogeri sederhana iaitu dari segi keberanian memegang jawatan (H4). Ini menunjukkan golongan asnaf fakir dan miskin masih tiada keberanian dan keyakinan diri untuk menawarkan dan memegang sebarang jawatan dalam sebarang persatuan atau organisasi NGO. Kemungkinan ini dipengaruhi oleh pandangan peribadi mereka dan rasa rendah diri mereka yang dianggap golongan fakir dan miskin di kalangan masyarakat setempat. Mereka seharusnya dibantu dan diberi galakkan untuk berani memegang jawatan sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap keyakinan tinggi dan memberikan penghormatan pada diri dan akhirnya mampu memenuhi keperluan dari segi menjaga nama baik dan keturunan (al-nasb) yang telah digariskan dalam maqasid syariah.

Bagi keperluan menjaga harta (al-mal)/ keperluan fisiologi, elemen yang mencapai tahap berjaya adalah keperluan hidangan makanan yang mencukupi (F1), keperluan pakaian (F3), keperluan Tidur dan Rehat (F4), keperluan perbelanjaan dan keperluan perbelanjaan pendidikan (F7). Walaubagaimanapun masih terdapat 3 elemen yang diberikan katogeri sederhana iaitu keperluan barangan dapor (F2), kemampuan membayar sewa rumah (F5), kemampuan membayar bil air (F6) dan keperluan rawatan (F8). Ini menunjukkan bahawa kebanyakan golongan asnaf masih tidak mampu lagi berada pada tahap yang lebih selesa dalam menyediakan keperluan harian keluarga mereka seperti menyediakan keperluan makanan, bayaran bil dan keperluan rawatan kesihatan. Maka golongan asnaf ini masih perlu dibantu dan juga perlu berusaha lebih keras untuk memastikan mereka berupaya menjalani kehidupan yang lebih baik seperti golongan masyarakat yang lainnya.

MIICEMA 12th University of Bengkulu 20 | P a g e

(7)

Rajah 1: Ukuran Keberkesanan CAST

Good

Fair

Poor

F8

S1

S2

S3

S4

F1 S5 F2 F3 F4

F5 F6

F7

K1

K2

K3 K4 K5 H1

H2 H3 H4 H5

Menjaga maruah dan keturunan (al-nasb)

& Keperluan penghormatan diri

Menjaga akal dan fikiran (al-aql) &

Keperluan kasih sayang dan sosial Menjaga nyawa (al-nafs) &

Keperluan keselamatan Menjaga Agama (al-din) &

Keperluan kesempurnaan diri

D3 D1

D2 D4 D5

D7 D6

Menjaga harta (al-mal)

& Keperluan fisiologi

Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa berdasarkan kelima-lima aspek maqasid syariah ini didapati secara majoritinya golongan asnaf fakir dan miskin yang mendapat bantuan modal zakat berpandangan bahawa mereka merasakan taraf sosio ekonominya berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun tidak kesemua elemen dalam setiap prinsip maqasid adalah pada katogeri baik (good) tetapi secara umumnya adalah berjaya sederhana (fair). Ini bermakna peningkatan taraf sosioekonomi tetap dapat dirasai

Berdasarkan kepada maklumat ini tindakan penambahbaikan dapat dilakukan dengan lebih tepat. Sebarang aspek yang didapati berada dalam kedudukan sederhana atau lemah perlu diambil perhatian oleh pihak yang terlibat untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Berdasarkan analisa CAST ini juga, tindakan yang tepat boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dan institusi zakat kerana ianya memberikan gambaran yang terperinci untuk setiap elemen yang dikaji samada perubahan berkenaan adalah mengalakkan atau sebaliknya. Maka kaedah pembetulan dan penambaikan akan dapat dilakukan dengan lebig berkesan bagi memastikan ianya memberi manfaat kepada golongan asnaf fakir dan miskin

b) Purata Keberkesanan

Keberkesanan purata secara keseluruhan dapat dinilai berdasarkan purata skor. Jadual 1 menunjukkan bahawa asnaf merasai peningkatan ketara dalam aspek penjagaan agama.

Nilai skor yang diberikan pada aspek penjagaan agama iaitu 4.31 menunjukkan mereka merasakan peningkatan dalam aspek penjagaan agama pada tahap berjaya. Aspek yang lain dirasakan sebagai sederhana berjaya. Secara keseluruhannya pula nilai purata skor adalah 4.21 yang boleh disimpulkan bahawa asnaf umumnya merasai peningkatan pada sederhana berjaya kesan daripada bantuan modal yang diterima.

MIICEMA 12th University of Bengkulu 21 | P a g e

(8)

Jadual 1: Rumusan Keberkesanan Bantuan Modal Memenuhi Keperluan Prinsip Maqasid Syariah

PRiNSIP MAQASID/

TEORI MASLOW SCORE Purata Keberkesanan

H1 K5

Menjaga Agama (al-din)/ Keperluan Kesempurnaan Diri

D1 (4.40)

D2 (4.36)

D3 (4.32)

D4 (4.27)

D5 (4.13)

D6 (4.15)

D7

(4.52) 4.31 Berjaya Menjaga Nyawa (al-nafs)/

Keperluan Keselamatan) S1 (4.22)

S2 (4.17)

S3 (4.34)

S4 (4.20)

S5

(4.21) 4.23 Sederhana

Menjaga Akal dan Fikiran (al-aqal)/ Keperluan Kasih

Sayang

K1 (4.34)

K2 (4.12)

K3 (4.15)

K4 (4.19)

K5

(3.89) 4.14 Sederhana

Menjaga Maruah dan Keturunan (al-nasb)/

Keperluan Penghormatan Di i

H1 (4.37)

H2 (4.27)

H3 (4.18)

H4 (3.46)

H5

(4.33) 4.12 Sederhana

Menjaga Harta (al-mal)/

Keperluan Fisiologi

F1 (4.15)

F2 (4.21)

F3 (4.38)

F4 (4.22)

F5 (4.08)

F6 (4.24)

F7 (4.17)

F8

(4.15) 4.20 Sederhana

Purata Keseluruhan 4.21 Sederhana

Sumber: Hasil Kajian 15 Januari-31 Mac 2010 di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

KESIMPULAN

Kajian ini cuba menilai secara komprehensif bagaimana persepsi penerima bantuan modal tentang keberkesanan bantuan yang diberi dalam merubah taraf sosioekonomi mereka. Berdasarkan ukuran keberkesanan berasaskan prinsip maqasid al-syariah yang dicadangkan diharapkan akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat dan terperinci berkenaan kesan bantuan yang diberikan. Kesimpulan kajian mendapati bahawa asnaf penerima bantuan modal umumnya berpandangan bahawa bantuan yang diterima telah dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka. Kesan yang paling dirasakan adalah dari aspek keagamaan. Aspek lain juga dikatakan sebagai mengalami peningkatan sederhana. Ini menunjukkan bahawa program agihan bantuan modal telah berjaya memperbaiki taraf kehidupan asnaf walaupun tingkat pendapatan mereka tidak meningkat dengan signifiken untuk membolehkan mereka terkeluar daripada golongan asnaf.

MIICEMA 12th University of Bengkulu 22 | P a g e

(9)

RUJUKAN

Abraham H. Maslow, 1970. Motivation and Personality. Second Edition. New York:

Harperv & Row.

Abd. Halim Mohd Noor, Rozman Hj. Md. Yusof & Ahmad Che Yaakob, 2007.

Performance Indicator Model for Model for Zakat Institution . Jurnal Pengurusan Jawhar. Vol 1, No.2,2007

Abu Sufian Abu Bakar, 2006. “Baitulmal dan kemiskinan di Kuala Lumpur: Program Agihan zakat Dalam Bentuk Perniagaan”. Dlm Abdul Ghafar Ismail &Hailani Muji Tahir(ed). Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aidit, Jamil, Muhamad Azmi dan Syed Abdul Hamid,1990. “Zakat: A Case Study of Al- Qaradawi, M. Yusof, 1987. Fiqhuz-Zakat (Hukum Zakat) terjemahan: Drs. Salman Harun, Drs. Didin Hafidhuddin dan Drs. Hasanuddin. Singapura: Pustaka Nasional, Pte.Ltd.

Asmadi Muhamad Naim, 2003. Maqasid Syariah. Tujuan Akhir Syariat. Sintok,Kedah:

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Emil J. Posavac& Raymond G. Carey,1992. Program Evaluation Methods and Case Studies. Fourth Edition. United State of America: Prentice Hall.

Fuadah Johari,2004. Keberkesanan Zakat dalam Mengatasi Masalah kemiskinan di Negeri Melaka. Disestasi Sarjana Syariah dan Ekonomi. Universiti Malaya.

Habib Ahmad.2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Occasioanal Paper No 8, Islamic Development Bank Group, Islamic Research & Training Institute, Jeddah, Saudi Arabia

Hailani Muji Tahir,2009, Maqasid Syariah dalam Pengurusan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Negara. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Maqasid Syariah dalam pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan 2009 ,13 Julai 2009, Kota Bharu Kelantan. Anjuran Jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta(KIAS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor,2004. “Kesan bantuan Zakat terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin”. Dlm Muhamad Muda et.al. Proceeding on National Seminar in Islamic Banking & Finance 2004. Petaling Jaya: Intel Multimedia

& Publication

Ishtiaq Hossain,2000. Micro- Credit and Good Governance: Models of Poverty Alleviation. Southeast Asian Journal of Social Science . Volume 28 Number 1(2000):185- 208

Kahf, Monzer.1998. Zakat and Obligatory Expenditures . Dlm Monzer Kahf (ed). Lesson in Islamic Economics. Volume 1. Seminar Proceedings N0 41. Jeddah: Islamic Development Bank Islamic and Traning Institute.IBD

M. Fahmi Khan dan Noor Muhammad Ghifari, 1992. ‘ Shatibi’s Objectives of Shari’ah and Some Implications For Consumer Theory’. Dlm Abul Hasan M. Sadeq dan Aidit Ghazali ,eds.Reading in Islamic Thought, Petaling Jaya: Longman. Sdn. Bhd

MIICEMA 12th University of Bengkulu 23 | P a g e

(10)

M.Kabir Hassan& Juanyed Masrur Khan,2007. Zakat, External Debt and Poverty Reduction Strategy in Bangladesh. Journal of Economic Cooperation, 28,4(2007),1-38

Mahmood Zuhdi Abd. Majid,2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Zuhdi Abd. Majid,2007. “Pemantapan Sistem Zakat dan Cukai Ke Arah Kemajuan Ekonomi Ummah.” Ucaputama Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan 2007, PWTC .22 Mei 2007

Mariani Abdul Majid, Md.Zyadi Md. Tahir & Noorasiah Sulaiman,1999. Peranan Baitulmal sebagai Agen Pembasmian Kemiskinan Penduduk (umat) Islam Malaysia.

Laporan Penyelidikan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti kebangsaan Malaysia

Masyhur, Rifaat Abd. Al-Latif, 2002. Zakat: Sebagai Penjana Pembangunan Ekonomi Islam.(terjemahan: Hj. Abu Mazaya Al-Hafiz)Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publishers

Mohammed Obaidullah,2008. Introduction to Islamic Microfinance. International Institute of Islamic Business and Finance. IBF Education and Charitable Trust.

India:IBF(Net)(P) Limited .Web.http//www.iiibf.org

Mohamed Yusoff,2006.“Fiscal Policy in Islamic Economy and The Role of Zakat” IIUM Journal of Economic and Management 14,no 2 (2006) 117-145.

Mohd Arshad Hj Taib,1989. Kemiskinan dan Penyelesaiannya Menurut pandangan Islam Thesis PHD, Fakulti Pengajian Islam , Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhamad Loqman &K.M. Golam Muhiuddin,2003. “Zakat: An Instrument For Alleviating Poverty in Bangladesh: A Case Study of Chittagong District”. Dlm Shah Abdul Hassan (et.al) Zakat and Poverty Alleviation . Dhaka: Islamic Economics Research Bureau

Muhamad Uda Kassim,2005. Zakat, Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution.

Muhamed Dahlan Ibrahim,2002. Mengapa Islam Galakkan Keusahawanan Islam.

Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Muhammad Yamin Ismail,2007. Pelaksanaan Agihan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Jurnal Pengurusan Jawhar.Vol 1, No 2,2007. P45-52.

Mujani Tarimin.2005 Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distribution

Nasim Shah Shirazi,2006. “ Providing For The Resource Shortfall for Poverty Elimination Through The Institution of Zakat in Low Income Muslim Countries, IIUM Journal of Economic and Management 14,No 1(2006) P1-27

Nor Ghani Md. Noor, Abd. Razak Dan & Mohd Ali Mohd Nor. 2002. The Contribution of Zakat as an Income Creating Asset ini Selangor and Wilayah Persekutuan Malaysia.

Jurnal Ekonomi Malaysia 36: 69-80

Paramanik, A. Huq,1998. Pembangunan dan Pengagihan Dalam Islam(terjemahan:

Amar Said) Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka

MIICEMA 12th University of Bengkulu 24 | P a g e

(11)

Patmawati Ibrahim, 2005. “ Potential Role of Zakat Distribution in Reducing Inequality Among the Muslim Society’. Dlm Abdullah Alwi Hj Hassan et al. Teori dan Applikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia.Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd

Rosbi Abd Rahman, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid, 2008. Perlaksanaan bantuan modal zakat : analisis perbandingan. Kertas Kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 20-22 Ogos 2008,Port Dickson, Negeri Sembilan. Anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosli Mokhtar & Mohd Fikri Che Hussain,2007. Maqasid al- Syari’ah Hikmah di Sebalik Pensyariatan. Shah Alam, Selangor. Karya Bestari Sdn. Bhd

Sanep Ahmad, 2004.Kepatuhan Bayaran Zakat Kepada institusi Formal Kutipan Zakat.

Laporan Penyelidikan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti kebangsaan Malaysia

Shofian Ahmad & Amir Mulia Mohd Nor,2002. “Zakat Membangun Ummah”. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Shukeri Mohamad,2009, Maqasid Syariah dalam Pengurusan masyarakat majmuk di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Maqasid Syariah dalam pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan 2009 , 13 Julai 2009 , Kota Bharu Kelantan, Anjuran jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

Syed Othman Al Habsi, 1998. Zakat di Malaysia. Kesannya Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Orang Islam di Pulau Pinang. Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan 5-6 Nov 1998, Universiti Sains Malaysia

Surtahman Kastin Hassan,1996. Kemiskinan dan Pembasmian kemiskinan mengikut Perspektif Islam. Dlm Chamhuri Siwar dan Nor aini Hj. Idris(ed) Kemiskinan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Xavier, John Antony. 2000. Effecive Evaluation: A Practical Guide. Kuala Lumpur:

National Institute of Public Admistration (INTAN)

MIICEMA 12th University of Bengkulu 25 | P a g e

(12)

Lapiran 1

1) Menjaga Agama (al-din) & Keperluan Kesempurnaan Diri D1 : Berkelakuan Baik Terhadap Diri dan Keluarga

D2 : Kepercayaan Terhadap Kebolehan Diri D3 : Berkeyakinan Membebaskan dari Kemiskinan D4 : Bersemangat Melibatkan Diri dalam Latihan D5 : Berkemampuan Berdikari

D6 : Berkeyakinan Mampu Menjadi Pembayar Zakat

D7 : Memahami Matlamat Mencapai Keredhaan Allah Dunia Akhirat

2) Menjaga Nyawa (al-nafs) & Keperluan Keselamatan) S1 : Keselamatan Tempat Tinggal

S2 : Keselesaan Persekitaran

S3 : Ketenteraman dalam Kehidupan S4 : Ketenangan dalam Pekerjaan S5 : kebebasan dalam Kehidupan

3) Menjaga Akal dan Fikiran (al-aqal) & Keperluan Kasih Sayang K1 : Kasih Sayang Ahli Keluarga

K2 : Keperihatinan Jiran Tetangga K3 : Penyertaan Aktiviti Kemasyarakatan K4 : Keyakinan dalam Berinteraksi K5 : Kemampuan Bersuara

4) Menjaga Maruah dan Keturunan (al-nasb) & Keperluan Penghormatan Diri H1 : Penghargaan dan Kepercayaan Ahli Keluarga

H2 : Penghormatan dari Ahli Keluarga H3 : Penghormatan dari Jiran

H4 : Keberanian Memegang Jawatan H5 : Bertanggungjawab dan Amanah

5) Menjaga Harta (al-mal) & Keperluan Fisiologi F1 : Hidangan Makanan Mencukupi

F2 : Keperluan Barangan Dapur F3 : Keperluan Pakaian

F4 : Keperluan Tidur dan Rehat

F5 : Kemampuan Membayar Sewa Rumah F6 : Kemudahan Bekalan Air

F7 : Kemampuan Perbelanjaan Pendidikan F8 : Keperluan Rawatan

MIICEMA 12th University of Bengkulu 26 | P a g e

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kepentingan kajian ini adalah untuk memastikan pelaksanaan agihan zakat dapat diberikan kepada golongan sasaran fakir dan miskin yang tepat dengan mengambil

Haddul kifayah khusus kepada pelajar perlu dinilai semula oleh pihak institusi zakat supaya sistem agihan zakat yang lebih ‘adl wal ihsan dapat dilaksanakan.Haddul

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti mekanisma agihan zakat pendidikan peringkat ijazah kepada asnaf melalui skim dan bentuk bantuan yang disediakan oleh

Abstrak: Institusi zakat dilihat semakin berkembang dari segi kutipan dan agihan serta pelbagai program bagi meningkatkan keupayaan asnaf selari dengan kemajuan

Jelas ditunjukkan dari laporan agihan kepada asnaf pada tahun 2003, jumlah agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin adalah sebanyak RM 6, 694,079 dan sehingga pada 16 oktober

Tujuan utama kertas ini ialah untuk mengenal pasti kesan agihan zakat dalam membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakkseimbangan agihan pendapatan di kalangan asnaf fakir miskin

Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada pelajar yang merupakan daripada golongan asnaf fakir dan miskin, maka Pusat Urus Zakat giat memainkan peranan dalam

Kajian Muhammad Hafiz et.al, (2017) menunjukan keberkesanan agihan zakat perubatan oleh LZS dan MAWIP telah berjaya mengagihkan zakat secara khusus kepada