• Tiada Hasil Ditemukan

Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut"

Copied!
20
0
0

Tekspenuh

(1)

1

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID- 19) DI MALAYSIA

24 OKTOBER 2020

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 671 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 16,555 kes (64.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

• Sabah (449 kes);

• Selangor (83 kes);

• Pulau Pinang (68 kes);

• Perak (61 kes);

• Negeri Sembilan (3 kes);

• Sarawak (2 kes);

• Kedah (2 kes);

• Melaka (1 kes);

• Terengganu (1 kes); dan

• Pahang (1 kes).

(2)

2

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 889 kes (72.4 peratus). Ini adalah jumlah tertinggi dicatat oleh negeri Sabah setakat ini. Meskipun jumlah ini tinggi, buat masa ini masih terdapat kapasiti katil di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk menampung jumlah kes positif. Ini juga adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 95 kes (7.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 95 kes baharu, 29 kes (30.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 502 kes (41 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah tahanan daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Penjara Reman dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

Sebanyak dua (2) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 468 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 24 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,228 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 25,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

(3)

3

Ingin dimaklumkan daripada 1,228 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan tiga (3) warganegara dan lapan (8) bukan warganegara yang telah tiba dari negara:

• Singapura (3 kes);

• Indonesia (3 kes);

• China (2 kes);

• Korea Selatan (2 kes) dan

• Tunisia (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 889 kes

o 500 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah;

o 253 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kaya.

Selangor: 76 kes

o 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kayu;

o 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

(4)

4

Kedah: 76 kes

o 74 kes daripada kluster sedia ada; dan

o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Pulau Pinang: 23 kes

o 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;

o Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 21 kes

o 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan

o Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Perak: 10 kes

o Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan

o Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: Lapan (8) kes

o Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baki;

o Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes

o Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;

o Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan

o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: Tujuh (7) kes

o Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kempas;

(5)

5

o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka : Tiga (3)

o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan o Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 92 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes

kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara)

Umur

(tahun) Hospital Latar Belakang

215 13507 Sabah Lelaki

(WN) 88 Hospital

Tuaran

Penyakit darah tinggi

216 14008 Sabah Lelaki

(WN) 60

Hospital Queen Elizabeth

Penyakit darah tinggi,

asma, gout

217 13698 Sabah Lelaki

(WN) 62 Hospital

Tawau

Penyakit kencing manis

(6)

6 218 24324 Sabah Lelaki

(WN) 75

Hospital Duchess

of Kent

Penyakit darah tinggi

219 24323 Sabah Lelaki

(WN) 72

Hospital Duchess

of Kent

Penyakit dislipidemia,

Parkinson, katarak

220 25403 Sabah Lelaki

(WN) 47

Hospital Lahad

Datu

Penyakit darah tinggi

dan buah pinggang kronik

221 25718 Perak Lelaki

(WN) 63

Hospital Pulau Pinang

Penyakit kencing manis, darah

tinggi, penyakit jantung, buah

pinggang kronik dan hydrocephalus

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER MESRA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13755) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 21 lagi kes positif COVID-19.

(7)

7

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana:

• 22 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);

• Dua (2) individu negatif; dan

• 92 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER MEGAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13706) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana:

• 15 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);

• 12 kes dikesan negatif COVID-19; dan

• 37 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER KAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 24 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Jaafar.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana:

(8)

8

• 55 kes dikesan positif COVID-19 (54 kes baharu);

• Enam (6) kes dikesan negatif COVID-19; dan

• Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BAH KAYU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor dan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17371) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 628 individu telah disaring, di mana:

• 17 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan

• 591 kes dilaporkan negatif; dan

• 20 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAKI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20431) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana:

(9)

9

• Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);

• 34 individu negatif; dan

• 29 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER KEMPAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24447) telah dikenal pasti positif COVID- 19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 206 individu telah disaring, di mana:

• Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);

• 28 individu negatif; dan

• 170 individu masih menunggu keputusan.

PENDUDUK NEGERI-NEGERI DI LEMBAH KLANG DISERU PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Dengan pertambahan 76 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri Selangor adalah 3,880 kes. Jika dibandingkan dengan tempoh 14 hari lepas, iaitu pada 11 Oktober 2020, negeri Selangor telah mencatatkan 26 kes (jumlah kumulatif kes positif adalah 2,601 kes). Kenaikan 1,279 kes ini telah dilaporkan di beberapa daerah mengakibatkan jumlah daerah merah di negeri Selangor telah meningkat daripada dua (2) daerah kepada enam (6) daerah dalam tempoh 14 hari ini. Kenaikan paling ketara

(10)

10

adalah dalam daerah Hulu Langat (168 kes), Klang (115 kes) dan Gombak (93 kes).

Peningkatan kes penularan tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober 2020 dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini. Jika dilihat semula kronologi situasi penularan COVID-19 di negeri Selangor dalam gelombang ketiga ini, kluster pertama yang dilaporkan adalah Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September 2020 di mana ianya telah melibatkan keluarga yang pulang dari negeri Sabah. Setakat ini, 196 kes telah dikesan positif COVID-19 di negeri Selangor dan mempunyai sejarah perjalanan dari negeri Sabah. Susulan itu, sembilan (9) buah kluster telah dikesan di negeri Selangor yang berkaitan dengan pengunjung pulang dari negeri Sabah. Kluster terbaharu adalah dikesan hari ini iaitu Kluster Bah Kayu.

Namun begitu, didapati mulai berlaku pula penularan tempatan di negeri Selangor dan saban hari lebih banyak kes dan kluster tempatan dikesan (35 kluster aktif). Situasi yang sama ini telah dilihat di negeri Kedah sebelum ini, bermula daripada kluster kes import iaitu Kluster PUI Sivagangga, dan kemudiannya lebih banyak kluster penularan tempatan di kesan di negeri Kedah. Mutakhir ini iaitu mulai 11 Oktober 2020, penularan tempatan di negeri Selangor mulai pula mengakibatkan kluster berkaitan tempat kerja, di mana setakat ini enam (6) kluster dikesan di negeri Selangor.

Oleh itu, selain meneruskan saringan COVID-19 di semua Pintu Masuk Antarabangsa dan Domestik bagi pengunjung pulang dari negeri Sabah, Kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, iaitu berkuatkuasa 14 Oktober 2020. Selain itu, Kerajaan juga telah memutuskan agar pekerja peringkat

(11)

11

pengurusan dan pengawasan sektor awam dan industri di kawasan PKPB dibenarkan untuk bekerja dari rumah, berkuatkuasa 22 Oktober 2020 sehingga tamatnya PKPB. Tujuan utama adalah supaya lebih ramai yang duduk di rumah, mengurangkan pergerakan masyarakat, dan mengurangkan kebolehjangkitan virus COVID-19 di dalam kawasan-kawasan PKPB ini. Sama ada tindakan ini akan berjaya atau tidak adalah bergantung kepada kepatuhan dan kerjasama kita semua.

Kerajaan memohon semua majikan dan pekerja untuk mematuhi ketetapan ini kerana ianya akan membantu mengurangkan pergerakan masyarakat di sekitar kawasan PKPB dan mengurangkan juga risiko penularan di kawasan tempat kerja. Kepatuhan masyarakat setempat dalam membudayakan amalan baharu dan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan adalah amat penting bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

STATUS PELANTIKAN TAMBAHAN PETUGAS KESIHATAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) BAGI TUJUAN MENYOKONG PERKHIDMATAN KESIHATAN DALAM TEMPOH PENULARAN WABAK COVID-19

Pada pagi ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memaklumkan kelulusan bagi pelantikan sejumlah 1,223 calon baharu iaitu 624 Jururawat Gred U29, 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, 213 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29. Selaras dengan kelulusan tersebut, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya pada hari Isnin ini, 26 Oktober 2020 dengan tarikh melapor diri bertugas ditetapkan pada hari Rabu 28 Oktober 2020.

(12)

12

Daripada sejumlah 624 pelantikan Jururawat Gred U29 yang diluluskan, sebanyak 317 Jururawat Gred U29 akan ditempatkan di negeri Sabah, manakala 18 lagi akan ditempatkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kebanyakannya terdiri daripada adalah anak kelahiran tempatan.

Kementerian Kesihatan berharap dengan pertambahan petugas kesihatan tersebut, akan dapat memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan di negeri-negeri yang berkenaan, khususnya di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat- nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana- mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;

o Amalkan etika batuk dan bersin;

(13)

13

o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;

o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;

o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);

O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

(14)

14

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 24 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI

BILANGAN KES BAHARU *( )

BILANGAN KES KUMULATIF

SABAH 889 11,285

SELANGOR 76 3,880

W.P. KUALA LUMPUR 19 (11) 2,939

KEDAH 76 2,044

NEGERI SEMBILAN 96 1,290

JOHOR 7 852

SARAWAK 8 780

PULAU PINANG 23 754

PERAK 10 459

PAHANG 0 392

MELAKA 3 308

W.P. LABUAN 21 238

KELANTAN 0 178

TERENGGANU 0 166

W.P. PUTRAJAYA 0 139

PERLIS 0 38

JUMLAH KESELURUHAN 1,228 (11) 25,742

*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import

(15)

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini (24 Oktober 2020)

Kluster Negeri Daerah Kes

Baharu

Jumlah Kes

Jumlah Yang Disaring

Kes Aktif (Kes ICU)

Jumlah Sembuh

Jumlah Kematia

n 1 Penjara

Kepayan Sabah Kota Kinabalu 434 1,156 2,160 1153 (0) 3 0

2 Tembok Kedah,

Perak Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang

Pasu, Padang Terap, Larut

Matang &

Selama

75 1,662 7,560 729 (4) 930 3

3 Sofi Negeri

Sembilan Seremban 41 102 173 102 (0) 0 0

4 Inai Sabah Kudat 33 48 106 48 (0) 0 0

5 Saguking WP Labuan Labuan 19 90 1,663 89 (0) 0 1

Lampiran 2

(16)

6 Tujuh

Serangkai Sabah Tuaran 9 367 2,871 78 (0) 288 1

7 Penjara Seberang

Perai

Pulau

Pinang Seberang Perai

Selatan 9 104 2,895 77 (2) 27 0

8 Auto Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur &

Putrajaya

Petaling, Klang, Kuala Langat,

Sepang, Gombak, Hulu

Langat, Seremban, Titiwangsa,

Putrajaya

9 97 727 96 (0) 1 0

9 Penjara

Reman Pulau

Pinang Timur Laut 8 454 2,964 188 (0) 265 1

10 Utama Selangor, Melaka, WP

Kuala Lumpur

Gombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah

Pantai, Titiwangsa

7 214 887 55 (0) 159 0

11 Highway Sabah Kota Belud 7 46 300 46 (0) 0 0

(17)

12 Cahaya Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur

Petaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai

4 31 197 31 (1) 0 0

13 Ramai-

Ramai Sabah Sandakan 3 213 755 109 (1) 104 0

14 Kasih Sabah Lahad Datu,

Kota Kinabalu 3 69 1,871 29 (0) 40 0

15 Hentian Selangor Hulu Langat 3 62 128 60 (0) 2 0

16 Lekir Perak Manjung 3 18 221 17 (0) 1 0

(18)

17 Alma Pulau

Pinang Seberang Perai Tengah, Seberang Perai

Selatan, Seberang Perai

Utara

2 28 356 28 (0) 0 0

18 Tempayan Sabah Penampang,

Kota Kinabalu 2 22 243 7 (0) 15 0

19 Menara Selangor, WP Kuala Lumpur &

Putrajaya, Perak, Terenggan

u, Melaka

Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang,

Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai,

WP Putrajaya, Larut Matang &

Selama, Kuala Nerus, Melaka

Tengah

1 75 477 64 (0) 11 0

20 Sungei

Way Selangor, WP Kuala Lumpur,

Pulau Pinang

Petaling, Klang, Gombak, Hulu

Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai,

Cheras, Timur

1 58 343 30 (0) 28 0

(19)

Laut, Seberang Perai Utara

21 Tanamera Sabah Tawau 1 57 101 36 (0) 21 0

22 Buntar Kedah, Perak, WP

Kuala Lumpur &

Putrajaya, Johor, Selangor,

Pulau Pinang

Kuala Muda, Kerian, Kinta,

Kepong, Putrajaya, Batu

Pahat, Johor Bahru, Petaling,

Sepang, Seberang Perai

Selatan

1 47 691 45 (0) 2 0

23 Keladi Selangor Klang 1 32 226 26 (0) 6 0

24 Bah

Kenangan Selangor Hulu Langat 1 27 44 12 (0) 15 0

25 Long Selangor, WP Kuala Lumpur

Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai,

Kepong

1 22 453 22 (0) 0 0

(20)

26 Jambu Selangor, Melaka,

Pulau Pinang

Hulu Langat, Alor Gajah,

Timur Laut

1 17 159 17 (0) 0 0

27 Bah Kota Selangor, Negeri Sembilan

Sepang, Petaling, Seremban

1 11 181 10 (0) 1 0

28 Bina

Labuan WP Labuan Labuan 1 7 151 6 (0) 0 1

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berdasarkan penelitian kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah, penulis mendapati bahawa suatu usaha bagi membuktikan orang yang hilang itu sudah mati amatlah

Namun, persoalannya adalah sama ada Plaintif telah berlaku nusyuz mengikut hukum syarak dan telah disahkan oleh mahkamah atau tidak. Di dalam kes ini, Hakim berpendapat

Manakala metode temubual telah digunakan bagi mendapatkan perkembangan terkini pengurusan kes murtad di negeri Selangor dari pihak yang berautoriti seperti Majlis Agama

Selain itu, kajian ini juga telah mengenalpasti purata pelajar menyelesaikan kursus sebelum tempoh COVID-19 adalah dalam masa 3 bulan manakala semasa tempoh COVID-19,

Kajian yang dijalankan dalam populasi di Malaysia berhubung impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental telah dijalankan oleh Hemavathi et al., (2020) pula

Semakan pematuhan yang dijalankan bagi memastikan pematuhan Garis Panduan Bekerja Mulai 4 Mei 2020 Sebagai Langkah Pencegahan Penularan Wabak COVID- 19 yang telah

Dasar ini memperuntukkan bahawa aset ICT perlu dilindungi dari kerosakan dan gangguan aktiviti perkhidmatan yang tidak dikawal seperti pendedahan, pengubahsuaian, peralihan

Ketidakmampuan perusahaan perikanan memenuhi permintaan sumber perikanan dan kebergantungan Brunei kepada sumber perikanan import dari negara luar menjadi permasalahan utama