PENGGUNAAN MANTERA DALAM PERUBATAN

121  Download (1)

Full text

(1)TRADISIONAL DAN PERSEMBAHAN RITUAL MENERUSI BUKU MANTERA MELAYU: ANALISIS TEORI SEMIOTIK. SITI NORAINI BINTI SAIDI C18A0406. IJAZAH SARJANA MUDA 2022. FYP FTKW. PENGGUNAAN MANTERA DALAM PERUBATAN.

(2) DAN PERSEMBAHAN RITUAL MENERUSI BUKU MANTERA MELAYU: ANALISIS TEORI SEMIOTIK. SITI NORAINI BINTI SAIDI (C18A0406). TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2022. FYP FTKW. PENGGUNAAN MANTERA DALAM PERUBATAN TRADISIONAL.

(3) Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. TERBUKA. SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atatu akses terbuka dalam talian (teks penuh) Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam teks (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Dari tarikh ______ sehingga ______. SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972). TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan). Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut. Tesis adalah milik Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Noraini Tandatangan 980120036312 No. Kad Pengenalan Tarikh : 20 Januari 2022. Anis Tandatangan Penyelia PUAN SITI NUR ANIS BINTI MUHAMMAD APANDI Nama Penyelia Tarikh : 20 Januari 2022. FYP FTKW. PENGESAHAN TESIS.

(4) ABSTRAK Kajiani inii adalahi untuk mengenal pasti, menjelaskan dani menganalisisi tentang Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik. Kajiani inii menggunakani rekai bentuki kajiani kualitatifi dengani kaedahi kepustakaani yang dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga adalah berdasarkan mantera yang dipetik daripada buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud (2001). Asas dan dasar kajian ini dianalisis melalui tiga prinsip dalam teori Semiotik iaitu ikon, indeks dan simbol. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, ternyata terdapat pelbagai jenis mantera yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional pada ketika dahulu. Selain itu, setiap jenis mantera yang wujud terdapat fungsinya tertentu yang menjadikan mantera tersebut berkesan apabila digunakan pada situasi yang betul. Disamping itu juga, dalam mantera terdapat beberapa simbol yang menjadikan mantera itu lengkap dan mempunyai maksud yang tersendiri dengan ditandai oleh beberapa lambang. Penerimaan mantera dalam masyarakat melayu adalah melalui faktor corak pemikiran masyarakat yang percaya kepada sesuatu yang ghaib. Justeru, kajiani inii memberii implikasii kepadai penyelidiki sebagaii asasi dalam memahami penjenisan, fungsi dan lambang yang menjadikan sesebuah mantera itu hidup sehingga ianya menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kata Kunci: Teori Semiotik, Mantera, Fungsi. 1. FYP FTKW. Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional Dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik.

(5) ABSTRACT This study is to identify, explain and analyze the Use of Spells in Traditional Medicine and Ritual Presentation Through the Book of Malay Mantras: Analysis of Semitic Theory. The study used a qualitative study design with a library method that was analyzed descriptively. The study is also based on a mantra quoted from the book Malay Mantra Analysis of Thought by Haron Daud (2001). The basis and basis of this study are analyzed through three principles in Semiotic theory which are icons, indices and symbols. The findings of this study show that there are different types of mantras that were the practice of the traditional Malay community in the past. In addition, each type of mantra that exists has a certain function that makes the mantra effective when used in the right situations. In addition, in the mantra there are several symbols that make the mantra complete and have its own meaning with several emblems marked. The acceptance of the mantra in the Malay community is through the thinking pattern factor of the community that believes in the supernatural. Hence, this study has implications for research as a foundation in understanding the classification, functions and symbols that make a mantra live up to it becomes a belief in the traditional Melatu community. Keywords: semiotic theory, spell, Function. 2. FYP FTKW. The Use of Mantras In Traditional Medicine And Ritual Presentation Through Malay Mantra Books: Analysis of Semitic Theory.

(6) ABSTRAK ISI KANDUNGAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.0. Pengenalan…………………………………………………………………………6. 1.1. Latarbelakang Kajian……………………………………………………………...6. 1.2. Permasalahan Kajian………………………………………………………………10. 1.3. Persoalan Kajian………………………………………………............................12. 1.4. Objektif Kajian………………………………………………………………………12. 1.5. Skop dan Batasan Kajian………………………………………………………....12. 1.6. Kaedah Kajian…………………………………………………………………......14. 1.7. Kepentingan Kajian………………………………………………………….…….14. 1.8. Definisi Konsep…………………………………………………………….………16. 1.9. Pembahagian Bab…………………………………………………………………18. 1.10. Kesimpulan…………………………………………………………………………19. BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan……………………………………………………………………….…....20 2.0.1 Sorotan Kajian Terhadap Mantera……………………………………….20 2.0.2 Sorotan Kajian Terhadap Teori Semiotik Pierce………………………...27 2.0.3 Sorotan Kajian Terhadap Mantera Perubatan Tradisional……………….33 2.0.4 Sorotan Kajian Terhadap Mantera dalam Persembahan Ritual…………39 BAB 3 METODOLOGI DAN KERANGKA TEORI 3.0 Pendahuluan……………………………………………….…………………………...47 3.1 Metodologi Kajian……………………….………………………………………….......47 3.1.1 Kaedah Kualitatif………………………………………………….………....48 3.1.2 Pendekatan Kajian………………………….…………………………….…54 3.2 Teori Semiotik Peirce………………………….……………………………………....54 3.3 Reka Bentuk Kajian……………………………………….……………………………54 3. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.

(7) 3.5 Keterangan Kerangka Konseptual……………………………………….………....56 3.6 Kesimpulan……………………………………………….…………………………….57 BAB 4 ANALISIS KAJIAN: JENIS-JENIS MANTERA 4.0 Pengenalan…………………………………………………………………………….59 4.1 Jenis-jenis mantera…………………………………….……………………………....59 4.1.1 Mantera Pakaian Diri…………………………………………….………….60 4.1.2 Mantera Perubatan dan Perbomohan…………………………….………61 4.1.3 Mantera Pembantu dalam Pekerjaan………………….…………….63 4.1.4 Mantera dalam Persembahan Ritual……………………….……………66. 4.2 Kesimpulan……………………………………………….…………………………….68 BAB. 5. ANALISIS. KAJIAN:. FUNGSI. MANTERA. DALAM. PERUBATAN. TRADISIONAL DAN PERSEMBAHAN RITUAL 5.0 Pengenalan…………………………………………………………………………….70 5.1 Fungsi Mantera dalam Perubatan Tradisional……………………….……………...70 5.1.1 Penyakit Biasa……………………….………………………………………73 5.1.2 Penyakit Berbahaya…………………………….…………………………...76 5.1.3 Penyakit Angin…………………………….…………………………………78 5.2 Fungsi Mantera dalam Persembahan Ritual……………………….……………….78 5.2.1 Ritual dalam Persembahan Wayang Kulit…………………….………….82 5.2.2 Ritual dalam Persembahan Main Pateri……………………….………….89 5.3 Kesimpulan……………………………………………………………………….…….89 BAB 6 ANALISIS KAJIAN: SIMBOL DALAM MANTERA 6.0 Pengenalan…………………………………………………………………………….90 6.1 Penyataan Simbolik…………………………………………….………………………90 6.1.1 Simbol Kuasa Ketuhanan……………………….……………….………….95 6.1.2 Simbol Berbentuk Makhluk Ghaib…………….……………………………98 6.1.3 Simbol Berbentuk Alam……………….…….……………………………102 4. FYP FTKW. 3.4 Kerangka Konseptual………………………………….……………………………….56.

(8) BAB 7 KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.0 Pengenalan……………………………………………………………………………104 7.1 Cadangan Kajian………………………………………………….………………….106 7.2 Kesimpulan…………………………….………………………………………………107 RUJUKAN. 5. FYP FTKW. 6.2 Kesimpulan…………………………………….………………………………………103.

(9) PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Bahagian ini membincangkan tentang pengenalan projek penyelidikan yang memuatkan latar belakang kajian, konsep mantera, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Perbincangan ini juga mengupas mengenai mantera yang tergolong dalam puisi Melayu lama atau puisi tradisional yang kini dilihat semakin hari semakin tenggelam dalam arus kemodenan dan tidak lagi mesra dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, perbincangan ini juga turut melihat kepada pemikiran yang melambangkan ketinggian akal fikiran masyarakat Melayu dalam penghasilan baris-baris mantera. Sebelum meneliti secara mendalam lagi mengenai kajian mantera ini dengan pengaplikasian teori, pemahaman terhadap latar belakang kajian iaitu mengenai jenis mantera harus diketengahkan bersama dengan objektif, persoalan kajian, permasalahan kajian, definisi konsep, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, pembahagian bab serta kesimpulan bagi bab ini. 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN Menurut Jakob (1984) puisi adalah ungkapan bahasa yang mempunyai kekuatan. Kata-kata yang diungkapkan melalui puisi menjadi hidup dan makna yang tersirat didalamnya turut berkembang. Menurut Haron Daud (2001) puisi adalah satu bentuk perhubungan antara masyarakat atau lebih tepat lagi disebut sebagai komunikasi atau interaksi. Dapat disimpulkan bahawa puisi menekankan perihal ungkapan pemikiran secara imaginatif melalui penggunaan bahasa. Malah menurut Herman (1987) puisi juga turut mempengaruhi minda seseorang yang menuturnya menggunakan keindahan bahasa dan dizahirkan dalam bentuk fizikal dan batin. Beliau juga menerangkan bahawa puisi adalah sebuah struktur yang terdiri daripada unsur-unsur binaan yang bersifat padu dan banyak fungsinya sehingga tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Unsur yang dimaksudkan adalah diksi, pengimejan, kata, 6. FYP FTKW. BAB 1.

(10) Plattes (1960) pada petikan dibawah:. That part of each Veda which comprises the hymns (as distinguished from Brahmans, or theological portions); a passage of the Vedas, a holy text; a formula sacred to any particular deity; a mystical verse, a magical formula; an incantation, a charm, spell, spilter, secret onsultation, conserting together, spiritual instruction. (Plattes 1960, 1071) Petikan diatas dipetik menerusi buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran Karya Haron Daud, (2001, hlm 14) yang menyatakan bahawa mantera sangat berkait rapat dengan kitab suci Hindu yang pastinya melibatkan kekudusan dan ilmu magik yang berhubung kait dengan jampi serapah. Hal ini telah menunjukkan bahawa mantera adalah salah satu bentuk amalan yang merangkumi seluruh kehidupan masyarakat Hindu yang digunakan untuk kebaikan. Walaubagaimanapun, kenyataan ini adalah merujuk kepada penganut agama Hindu semata-mata dan bukan satu amalan bagi penganut agama Islam. Hal ini kerana, pengamalan mantera amat ditegah oleh baginda Rasulullah S.A.W serta para ulama kerana perbuatan dan amalan tersebut adalah satu amalan yang bersifat syirik dan dianggap seperti menyekutukan Allah S.W.T. Menurut Soedjijono, Imam dan Kusnan (1987) mantera dalam agama Hindu telah dianggap sebagai ‘wahyu’. Oleh hal yang demikian, kandungan mantera tidak boleh diubah dan tidak boleh diajarkan kepada orang yang belum layak. Hal ini kerana, jika ia disalah gunakan ke jalan yang buruk, dibimbangi akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada si penutur. Menurut ajaran agama Hindu, pengamalan mantera merupakan satu bentuk amalan yang bersifat mistik untuk mencari tujuan hidup dalam beragama. Dalam sejarah, aliran ini adalah tergolong dalam mazhab Tantrayana atau Tantrisme. Kesan. 7. FYP FTKW. bahasa figuratif, versifikasi dan tatawajah puisi. Hal ini turut diperkatakan juga oleh.

(11) ini adalah jalan untuk mereka mencari kesaktian. Sehubungan dengan itu, menurut Haron Daud (2001) hampir semua mantera Hindu apabila memuja atau menyeru, mereka akan memulakannya dengan menyebut ‘Om’ pada pemulaan mantera. Dalam pernyataan ini, menurut Harun Mat Piah (1968) perkataan ‘Om’ telah membawa maksud tentang kehidupan. Dalam mantera, ‘Om’ dianggap sebagai kuasa yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Perkataan itu pertama kalinya digunakan dalam kitab Yajur Weda dan dianggap sebagai Brahman Yang Utama. Sehubungan dengan itu, sesebuah upacara keagamaan dikatakan lengkap tanpa menggunakan mantera. Disamping itu, mantera turut diamalkan oleh masyarakat Bali dan jawa atas pemahaman dan fungsi yang sama. Dalam pada itu, mantera juga tidak ketinggalan dalam masyarakat Melayu. Namun, menurut Haron Daud (2001) masyarakat menyebut mantera sebagai jampi dan serapah. Hal ini menjadikannya sedikit berbeza dengan apa yang difahami oleh masyarakat Hindu, Bali dan Jawa dari segi perkataannya. Antara istilah lain bagi menentukan maksud mantera adalah ilmu. Orang yang memiliki banyak mantera dan kepandaian dalam bidang itu dikatakan berilmu. Sehubungan dengan itu, menurut Haron Daud (2001) dengan ilmu itu, maka lahirlah Ilmu Pengasih, Ilmu Memburu Rusa, Ilmu Penjauh Harimau, Ilmu Berjalan di Hutan, Ilmu Wayang Kulit dan banyak lagi yang menjadi salah satu bidang kepakaran masyarakat Melayu tradisional pada ketika dahulu. Berdasarkan istilah-istilah dan konsep yang telah dinyatakan oleh beberapa sarjana di atas, dapat disimpulkan bahawa mantera adalah satu pengucapan yang diucapkan dalam bentuk puisi atau bahasa berirama yang mengandung unsur magik dan diamalkan oleh orang tertentu terutamanya bomoh dengan tujuan kebaikan atau sebaliknya. Pengkaji memilih tajuk “Penggunaan Mantera dalam Perubatan Tradisional dan Persembahan Ritual” untuk dijadikan kajian. Sebagai seorang pelajar dalam bidang 8. FYP FTKW. yang timbul daripada kedua-dua mazhab ini adalah masyarakat menganggap bahawa.

(12) yang semakin hari semakin tidak dikenali oleh masyarakat Melayu khususnya golongan muda pada masa kini. Hal ini mungkin disebabkan oleh peredaran zaman yang semakin maju dengan kemodenan serta kecanggihan teknologi dunia sehingga kurangnya pendedahan terhadap penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual yang pernah menjadi satu amalan pada zaman dahulu. Pemilihan tajuk ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kedudukan mantera dalam. masyarakat. melayu. terutamanya. dalam. perubatan. tradisional. dan. persembahan ritual. Selain itu, kajian ini juga bertitik tolak daripada teks Mantera Melayu: Analisis pemikiran (Harun Daud, 2001). Teori Semiotik Peirce turut diaplikasikan keatas kajian ini untuk meneliti tentang simbol dan makna yang tersirat dalam mantera yang digunakan untuk perubatan tradisional dan persembahan ritual. Pada pandangan pengkaji tajuk ini sesuai untuk dijadikan tajuk kajian kerana puisi tradisional ini semakin hari semakin dipinggirkan dalam masyarakat melayu. Hal kerana, minda masyarakat melayu telah dipengaruhi oleh pengetahuan agama Islam yang disampaikan oleh para ulama’ terdahulu. Namun terdapat juga golongan yang menggunakan mantera secara bertentangan dengan akidah Islam iaitu dengan memasukkan unsur animisme dan Hindu-Budha kedalam mantera sehingga memuja dan meminta bantuan daripada makhluk halus. Teori yang bersesuaian dengan kajian ini adalah Teori Semiotik Peirce yang dipelopori oleh Charles Sanders Peirce (1839-1914). Teori ini menerangkan mengenai simbol dan tanda yang menjadi asas pemikiran dalam karya kesusasteraan. Teori ini menerangkan tentang simbol yang bertindak mewakili sesuatu objek, idea dan keadaan. Konsep dasar yang menyatukan dasar semiotik adalah ‘tanda’ yang ditafsir sebagai “a stimulus designating something other than itself” iaitu suatu keadaan dimana ianya tidak melambangkan keadaan dirinya sendiri, tetapi sebaliknya menggunakan simbol lain yang mempunyai sifat yang sama. Menurut Peirce, terdapat 9. FYP FTKW. kesusasteraan, pengkaji terpanggil untuk meneliti tentang Puisi Tradisional Mantera.

(13) mempunyai elemennya yang tersendiri yang merujuk kepada simbol. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan mengaplikasikan unsur ikon, simbol dan indeks ini keatas binaan mantera yang digunakan bagi tujuan perubatan tradisional dan persembahan ritual. Pengkaji menggunakan teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud,2001) sebagai bahan utama dalam penghasilan kajian ini. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Zulkiffli Salleh (2016) agama Hindu-Buddha hanya diterima oleh golongan tertentu sahaja pada ketika dahulu dimana ianya dianuti oleh golongan atasan dan golongan pemerintah sahaja. Hal ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan mereka, manakala masyarakat. hanya. menerima pengaruh Hindu-Buddha untuk disesuaikan. dengan kepercayaan warisan tetapi tidak sampai mengubah pandangan hidup mereka (Al-Attas, 1972). Islam tersebar luas di tanah Melayu kira-kira pada abad ke-15 di mana pada peringkat awalnya, masyarakat tidak menolak pengamalan mantera. Menurut Haron Daud (2001) pada kebiasaannya mantera diamalkan oleh pawang, guru silat, ketua kampung serta bidan. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka telah membuat pengubahsuaian terhadap mantera yang digunakan sehingga mantera tersebut berbaur animisme dan Hindu-Budha yang dicampurkan dengan Islam. Walaupun telah berlaku pengubahsuaian keatas mantera, hal ini masih membolehkan mantera terus hidup dan digunakan oleh masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Kajian ini melihat kepada masalah mengenai masyarakat Melayu yang kurang pendedahan mengenai kepelbagaian mantera yang ada di alam Melayu, fungsi mantera yang tidak jelas menjadikan masyarakat Melayu moden tidak tahu tentang fungsinya pelbagai dan masyarakat Melayu moden tidak mempunyai kefahaman mengenai simbol-simbol yang terdapat dalam mantera. Hal ini dikatakan demikian 10. FYP FTKW. tiga unsur utama dalam teori semiotik iaitu ikon, simbol dan indeks. Setiap unsur ini.

(14) kerajaan dalam membangunkan masyarakat sama ada dalam bentuk fizikal atau rohani menjadikan masyarakat kini kurang berminat untuk mengetahui mengenai mantera secara mendalam. Selain itu, banyak juga penulisan mengenai mantera yang mengatakan bahawa ianya merupakan unsur kepercayaan masyarakat Melayu tradisional yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Menurut Haron Daud, (2001) rencana tentang kepercayaan masyarakat Melayu pada permulaannya dimuatkan dalam Journai of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) oleh Maxwell (1879). Beliau menjelaskan tentang penggunaan mantera khususnya di Kemunting, Perak. Beliau turut membicarakan mengenai penggunaan mantera dalam perubatan tradisional. Beliau menekankan bahawa orang Melayu telah meminjam kata-kata daripada bahasa Arab iaitu dari istiadat pengubatan bagi menghalau hantu atau kuasa ghaib yang dilakukan oleh pawang. Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap mantera turut dibincangkan oleh Blagden (1987). Beliau lebih mendalami tentang keramat yang digunakan untuk tumbuh-tumbuhan. Hal ini membezakannya dengan apa yang dijelaskan oleh Maxwell (1879). Beliau lebih jelas mengenai peranan pawang dalam proses penanaman padi termasuklah istiadat berpuar dan menangkap ikan. Sebuah rencana tentang istiadat berpuar dibuat oleh Dato’ Sedia Raja Abdullah. Beliau menjelaskan tentang istiadat itu bermula dari awal hingga akhir termasuklah proses penyembelihan kerbau balar di hulu sungai. Darah kerbau tersebut akan ditadah untuk disimbahkan keatas padi dengan tujuan menghalau musuh padi. Oleh itu, kajian ini mengisi kelopongan dalam dunia sastera mengenai tajuk kajian iaitu Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional Dan Persembahan Ritual Analisis Teori Semiotik dalam teks terpilih penulisan Haron Daud. Teks yang digunakan merupakan teks yang sering dijadikan bahan kajian para ahli akademik iaitu teks Mantera Melayu Analisis Pemikiran yang banyak memberikan maklumat 11. FYP FTKW. kerana, menurut Hanapi (1992) sistem pendidikan sekular dan kesan gerakan.

(15) Simbol Dalam Mantera Mengikut Konteks Budaya Melayu oleh Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria dan Abdul Halim Ali (2017), namun tajuk yang ingin dikaji oleh pengkaji masih belum dikaj oleh mana-mana pengkaji. Oleh itu, kajian ini ingin mengisi kelopongan yang wujud dalam dunia kesusasteraan. 1.3 PERSOALANi KAJIANi Antarai persoalani yangi menjadii perhatiani pengkajii dalami melakukani kajiani inii ialahi: i.. Apakah jenis-jenis mantera Melayu tradisional?. ii.. Apakah fungsi mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual?. iii.. Apakah maksud simbol kuasa Ketuhanan, Makhluk Ghaib dan Alam dalam mantera?. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Antarai objektifi kajiani dalami penyelidikani inii ialahi: i.. Mengenalpasti jenis-jenis mantera Melayu tradisional.. ii.. Menjelaskan. fungsi. mantera. dalam. perubatan. tradisional. dan. persembahan ritual. iii.. Menganalisis maksud simbol kuasa Ketuhanan, Makhluk Ghaib dan Alam.. 1.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajiani inii dibatasi kepadai penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual dalam masyarakat Melayu. Kupasan terhadap penggunaan mantera ini adalah lebih terperinci dimana ianya mampu membuka minda dan fikiran masyarakat mengenai fungsi mantera dalam perubatan dan ritual dalam masyarakat. 12. FYP FTKW. mengenai mantera. Di samping itu, terdapat kajian mengenai mantera iaitu Fungsi dan.

(16) dalami manterai dengan mengaplikasikan teorii semiotik Peirce. Kajian yang dilakukan adalah berlandaskan kepada teori Semiotik Peirce dimana pengkaji meneliti beberapa simbol yang terdapat di dalam mantera terpilih yang dipetik daripada buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud 2001. Melalui teori ini juga, pengkaji melihat kepada unsur-unsur yang mendasari teori tersebut iaitu ikon, indeks dan simbol. Unsur-unsur ini diterapkan di dalam mantera terpilih. Antara simbol yang dilihat oleh pengkaji adalah simbol ketuhanan, simbol makhluk ghaib dan simbol alam. Simbol-simbol ini diterangkan mengenai maksud yang tersirat disebalik simbol dalam mantera yang dipilih. Pemilihan teori ini sangat berkait rapat dengan mantera kerana dalam mantera, terdapat beberapa simbol yang telah menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat Melayu. Selain itu, simbol dalam mantera harus di ketahui maksudnya supaya masyarakat di zaman moden ini dapat memahami dengan lebih jelas mengenai apa yang dimaksudkan oleh setiap simbol yang ada di dalam mantera. Kajian ini turut terbatas dari segi pemilihan teks mantera kerana pengkaji hanya memetik enam jenis mantera sahaja yang terkandung didalam buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud, 2001. Teks ini dipilih kerana didalamnya termuat sebanyak 267 buah mantera yang terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsi. Namun begitu, pengkaji hanya memilih empat jenis mantera untuk perubatan tradisional dan dua jenis mantera untuk persembahan ritual. Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual yang pernah menjadi salah satu rawatan penyakit dan aktiviti ritual oleh masyarakat Melayu pada ketika dahulu.. 13. FYP FTKW. Melayu tradisional. Kajian ini juga menerangkan tentang simbol-simboli yangi terdapati.

(17) Menerusi skop kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dalam proses mendapatkan maklumat dan data bagi memenuhi objektif dan permasalahan kajian yang dijalankan mengenai mantera. Kaedah kualitatif digunakan untuk menghuraikan tentang maksud tersirat yang terdapat di sebalik jenis, fungsi dan simbol dalam mantera Melayu dengan menggunakan data yang berbentuk deskriptif. Penelitian. deskriptif. merupakan. kaedah. penelitian. yang. digunakan. untuk. mendapatkan pengetahuan yang luas dan lebih terperinci terhadap objek yang dikaji. Selain itu, data deskriptif juga menerangkan tentang satu fenomena yang lebih mendalam melalui analisis verbal, pemerhatian dan juga penelitian dokumen (Rosinah Edimin 2011). Dalam kajian ini, dokumen yang dimaksudkan adalah merujuk kepada buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud, 2001. 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini telah memberikan sumbangan kepada pertambahan kajian tentang mantera dalam konteks penjenis, fungsi dan simbol dalam sesebuah mantera di samping dapat memberikan peningkatan mutu penyelidikan sastera yang bersifat multidisiplin. Selain itu, kajian ini juga mampu memberikan dorongan kepada para sarjana dan pengkritik sastera untuk membuat kajian yang lebih mendalam serta menggunakan teori lain sama ada teori dalam dunia sastera atau luar bidang sastera. Disamping itu, kajian ini mampu menambahkan lagi jumlah kajian sastera yang menjurus kepada konteks penggunaan atau fungsi mantera dalam perubatan, persembahan. mahupun. lain-lain. kegunaan. dalam. mengembangkan. dunia. kesusasteraan di Malaysia. Seterusnya, kajian ini juga dapat memberikan pengenalan kepada Puisi Tradisional atau sastera lama yang telah lama wujud tetapi dipandang sendu dalam masyarakat zaman kini. Hal ini kerana, untuk memastikan dan mendedahkan kepada 14. FYP FTKW. 1.6 KAEDAH KAJIAN.

(18) yang telah lama wujud pada masa dahulu pernah menjadi satu tradisi kepada masyarakat Melayu hingga telah menjadi satu warisan masyarakat itu. Di samping itu, diharapkan kajian yang dilakukan ini dapat memberi tafsiran terhadap mantera dalam masyarakat Melayu serta memberi kemudahan kepada masyarakat luar untuk mengenali dan mendalami secara terperinci tentang istilah dan fungsi mantera itu sendiri. Selain itu, kajian ini turut memberi sumbangan dalam menerangkan tentang budaya dan masyarakat Melayu kepada kaum lain samaada di Malaysia mahupun luar negara. Kajian ini turut diharapkan dapat membantu dan memberi pendedahan kepada para pengkaji bagi membincangkan dan membuat kajian mengenai salah satu aspek penting yang terdapat dalam kandungan teks mantera hasil karya Haron Daud. Hal ini kerana, aspek yang disebutkan dalam kajian ini telah ditekankan di dalam teks mantera pilihan di mana diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat secara khususnya ibu bapa, pendidik dan pelajar untuk memahami jenis, fungsi dan lambang dalam mantera bagi mengembangkan lagi pengetahuan dalam diri masyarakat. Hal ini secara tidak langsung mampu melahirkan golongan masyarakat yang prihatin dan bertamadun. di. dikembangkan.. samping. perasaan. cinta. terhadap. kesusasteraan. mampu. Oleh itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan. kepada pihak universiti dan menjadi panduan kepada pelajar sebagai sumber rujukan sampingan dalam pendidikan dan juga kajian pada masa akan datang.. 15. FYP FTKW. generasi muda zaman kini yang semakin alpa dan naif mengenai puisi-puisi tradisional.

(19) Semasa menjalankan kajian ini, beberapa istilah yang berkaitan dengan konsep projek penyelidikan ini telah dilaksanakan. Justeru, bagi memastikan kajian ini mampu dilaksanakan dengan baik, konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini diberi penjelasan dari sudut definisinya seperti berikut: 1.8.1 Mantera Perkataan ‘mantera’ berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu, “mantra”, “manir” atau “matar” yang merujuk kepada: “that part of each Veda which comprises the hymns (as distinguished from Brahmanas, or theological portions); a passage of the Vedas, a holy text; a formula sacred to any particular deity; a mystical verse, a magical formula; an incentation, a charm, spell, philter, secret onsultation, conserting together, spiritual instruction.” (Plattes, 1960, 1071) Dalam petikan diatas menerangkan bahawa mantera menpunyai hubungan dengan kitab suci Hindu yang melibatkan kekudusan atau magik yang secara langsung berkait dengan jampi serapah. Hal ini menujukkan bahawa mantera adalah satu bentuk amalan yang merangkumi kehidupan masyarakat Hindu terutamanya pada arah kebaikan. Mantera dalam agama Hindu telah dianggap sebagai salah satu ‘wahyu’. 1.8.2 Ritual Menurut Winnick dan Nuer Sham, (2005) ritual bermaksud rangakaian tindakan yang melibatkan agama atau magik yang kemudiannya dikukuhkan oleh tradisi sesuatu bangsa. Ritual ini tidak sama seperti pemujaan kerana ritual adalah tindakan atau aktiviti yang dilakukan secara harian. Terdapat tiga tujuan ritual dilakukan antaranya ialah sebagai bentuk pendekatan diri manusia kepada Tuhan yang Maha Esa agar sentiasa dilimpahkan kasih, rahmat dan kesejahteraan hidup. Yang kedua, 16. FYP FTKW. 1.8 DEFINISI KONSEP.

(20) Tuhan. Yang terakhir pula adalah sebagai bentuk sembah dan sujud untuk meminta keampunan atas dosa yang telah dilakukan kepada Tuhan mengikut anutan agama masing-masing. 1.8.3 Ketuhanan Dalam kajian yang dilakukan oleh Syed Ali, (2012) yang bertajuk Perbincangan tentang Ketuhanan. Tuhan dan ketuhanan merupakan persoalan asas dalam setiap agama dan falsafah. Agama yang tidak menyentuh isu-isu ketuhanan tidak layak dianggap sebagai agama. Dalam konteks ajaran Islam pula, isu ketuhanan adalah asas yang paling penting dalam mendasari ajaran yang bersumberkan wahyu. Allah S.W.T dikatakan Esa dan bukanlah sesuatu yang berbentuk mitos, bukan juga sesuatu gambaran yang diceritakan dan bukan simbol yang berubah dalam akal manusia. jelaslah bahawa ketuhanan adalah merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh masyarakat mengikut agama masing-masing. 1.8.4 Makhluk Ghaib Menurut pandangan masyarakat Melayu, makhluk ghaib adalah makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Menurut mereka, makhluk ghaib itu terdiri daripada tiga golongan yang diciptakan oleh Allah S.W.T yang terdiri daripada Malaikat, Iblis dan syaitan, serta jin dan hantu. 1.8.5 Alam Alam bagi masyarakat Melayu pula adalah melibatkan alam nyata dan alam ghaib. Alam nyata adalah alam yang ada di langit dan di bumi serta ianya boleh dilihat dengan mata manusia seperti matahari, bulan, bintang, laut, sungai dan bukit. Manakala alam ghaib pula terdiri daripada alam kayangan, syurga dan neraka.. 17. FYP FTKW. ritual diadakan sebagai tanda rasa kesyukuran atas nikmat yang telah diberikan oleh.

(21) Kajian ini terdiri daripada 7 bab. Bab 1 dimulakan dengan bab pendahuluan. Bahagian bab ini mengandung pengenalan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, definisi konsep, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, pembahagian bab dan akhir sekali kesimpulan. Seterusnya, dalam bab 2 pula memuatkan kajian lepas. Hal ini di mana kajiankajian lepas akan dilaksanakan daripada pengkaji terdahulu mengenai pengarang dan karyanya, fokus kajian lepas iaitu kajian mengenai penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual serta kajian mengenai penggunaan teori terhadap mana-mana kajian yang terdahulu. Seterusnya, bab 3 pula memberi penerangan mengenai metodologi kajian dan kerangka teori. Pada bahagian ini akan dijelaskan mengenai perkaitan dengan istilah yang tepat dalam Teori Semiotik yang dipelopori oleh Charles Sanders Peirce. Pada bahagian bab ini juga akani menerangkani mengenaii carai dani kaedahi bagaimana sesebuah kutipan data-data diperoleh. Teknik analisis data kualitatif, iaitu dari bacaan (memoing), penerangan, pengelasan dan pentafsiran akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam bab tiga ini. Bab 4 pula akan menerangkan mengenai perbincangan kajian iaitu di bahagian analisis yang pertama iaitu jenis-jenis mantera yang terdapat di alam Melayu. Dalam analisis ini, pengkaji akan melihat kepada penjenisan mantera tersebut dengan memetik beberapa buah mantera pilihan daripada teks Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud, 2001. Seterusnya, bab 5 pula merupakan bab yang akan membincangkan mengenai analisis kajian yang seterusnya iaitu mengenai fungsi mantera Melayu dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual. Dalam analisis ini, pengkaji akan. 18. FYP FTKW. 1.9 PEMBAHAGIANi BABi.

(22) Haron Daud, 2001. Seterusnya, bab 6 pula akan membincangkan mengenai simbol-simbol yang terdadalam mantera iaitu dari aspek kuasa Tuhan, Makhluk Ghaib dan Alam dalam teks mantera terpilih yang di petik daripada teks Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud, 2001. Simbol-simbol ini akan diteliti menerusi penggunaan Teori Semiotik yang dipelopori oleh Charles Sanders Peirce Akhir sekali adalah pada bab terakhir yang merupakan bab 7 iaitu bab rumusan dan kesimpulan kepada keseluruhan kajian. Di samping itu, cadangan kajian turut dianjurkan di dalam bab ini. Seterusnya, bab ini juga akan memuatkan hasil dapatan kajian mengenai penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual sama ada aspek tersebut memberi impak postif atau negatif. 1.10 KESIMPULAN Kesimpulannya adalah bab satu merupakan penulisan bagi pendahuluan mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, obkjektif kajian, definis konsep, skop dan batasan kajian dan kepentingan kajian. Pendahuluan ini juga telah membuat pendedahan yang padat kepada semua yang berkaitaan dengan tajuk bagi membatu mengukuhkan kajian yang ingin dilakukan nanti. Oleh itu kajian “Penggunaan Mantera dalam Perubatan Tradisional dan Persembahan Ritual: Analisis Teori Semiotik” akan membantu para pengkaji untuk melakukan kajian mereka dan diharapkan kajian yang dilakukan berpanjangan dengan menggunakan kepelbagaian teori atau isu lain yang ingin dikupas. Oleh yang demikian, pendahuluan ini merupakan satu permulaan yang berimpak dan kukuh kepada pembaca dan pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.. 19. FYP FTKW. memetik teks mantera yang terdapat dalam buku mantera Melayu analisis pemikiran.

(23) SOROTAN KAJIAN 2.0 PENGENALAN Bab ini membincangkan tentang sorotan kajian yang digunakan dalam menyokong dapatan kajian. Pertama, bab ini akan melihat kepada sorotan kajian berdasarkan kajian terhadap mantera. Kedua, sorotan kajian berkaitan dengan teori yang digunakan iaitu Teori Semiotik Peirce yang menjadi landasan utama bagi kajian ini. Yang ketiga, sorotan kajian mengenai mantera dalam perubatan tradisional dan yang terakhir adalah kajian terhadap mantera dalam persembahan ritual. 2.0.1 SOROTAN KAJIAN TERHADAP MANTERA Chong Shin & Pan Hui (2019) melalui International Journal of the Malay World and Civillasation 7(2) yang bertajuk Struktur dan Unsur Estetika dalam Mantera Kaul Malanau di Mukah. Jurnal ini membincangkan dan menganalisis mantera yang dibaca ketika upacara memuja laut yang dikenali juga sebagai Upacara Kaul. Chong Shin & Pan Hui (2019) menjelaskan bahawa upacara Kaul ini adalah untuk meminta Dewa Laut yang dipanggil sebagai Ipok-ipok untuk memberkati rezeki yang diperolehi penduduk di Malanau agar sentiasa dalam keadaan makmur serta mendapat tangkapan laut dan hasil tanaman yang baik pada musim yang baru. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Tujuannya adalah untuk menghuraikan struktur mantera dan ciri keindahan mantera Kaul suku Melanau. Justeru itu, bagi mendapatkan data yang tepat mengenai mantera ini, kajian lapangan telah dilakukan oleh pengkaji di Kampung Telian, Mukah. Bapa Kaul di kampung ini (Encik Salman Bin Tuna) dijadikan fokus kerana beliau adalah orang yang mahir dengan mantera Kaul dan ditugaskan untuk memimpin upacara Kaul pada setiap tahun. Kajian ini juga telah membuat perbandingan antara mantera Kaul dari Salman Tuna dengan tulisan Jeniri & Awang (2001) bagi melihat struktur binaannya. Penulisan jurnal ini juga telah membuat analisis tentang unsur estetika yang menguatkan mantera itu sendiri dari 20. FYP FTKW. BAB 2.

(24) bahawa, struktur binaan dalam Mantera Kaul mempunyai struktur yang sangat bersistematik serta tersusun iaitu dimulakan dengan pembuka kata, kemudian diikuti pula dengan ucapan mempelawa Dewa Laut, menjamu selera, menyatakan permintaan serta diakhiri dengan penutup mantera. Mantera Kaul ini kaya dengan ciriciri estetika kesusasteraannya yang tersendiri iaitu mengandungi gaya bahasa seperti alusi, anaphora, repeten, epifora dan hiperbola. Kajian ini mengambil Mantera Kaul di Melanau sebagai bahan kajian dengan menganalisis nilai estetika yang terdapat dalam mantera tersebut sedangkan pengkaji menjalankan kajian terhadap penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual analisis teori semiotik. Mazarul Hasan Mohamad Hanapi @ Norazimah Zakaria @ Abdul Halim Ali (2017) melalui penulisan journal of Social Science Vol. 3 yang bertajuk Fungsi dan Simbol Dalam Mantera Mengikut Konteks Budaya Melayu. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti fungsi mantera dalam anggota masyarakat melayu dan penggunaan simbol dalam mantera. Mazarul Hasan @ Norazimah Zakaria @ Abdul Halim Ali (2017) menjelaskan bahawa mantera mempunyai simbol yang dapat dilihat melalui penggunaan bahasanya yang tersendiri. Pengkaji turut menjelaskan tentang ciri-ciri mantera yang menguatkan lagi binaan kalimat itu dan mendapati mantera yang digunakan mempunyai unsur magis dan diamalkan oleh dukun, bomoh dan bidan. Kajian ini menjadikan teori Semiotik Peirce sebagai landasan analisis dengan mengemukakan tiga prinsip yang terdapat didalam teori tersebut iaitu ikon, indeks dan simbol. Mantera dibina dengan fungsi dan simbol untuk melambangkan cerminan akal budi orang melayu tradisional. Keindahan mantera dapat dilihat menerusi pemilihan katanya yang berkalimat dan berirama. Hal ini sekaligus melambangkan daya kreativiti yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dahulu kala. Selain itu, mantera juga mampu memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu terhadap kepentingan manusia dalam menuntut ilmu. Islam memainkan peranan yang penting dalam membina world-view 21. FYP FTKW. pelbagai aspek antaranya adalah dari segi gaya bahasa. Hasil kajian mendapati.

(25) agama lain ekoran daripada penggunaan mantera samaada dalam perubatan tradisional mahupun persembahan ritual. Penggunaan mantera yang mengandungi kata-kata yang seolah-olah menyeru atau memuja sesuatu merupakan satu kesalahan dalam masyarakat Islam. Oleh itu setiap masyarakat perlu memperkukuhkan iman dan kepercayaan mereka terhadap Allah agar akidah umat Islam tidak terpesong. Penulisan jurnal ini menggunakan beberapa jenis mantera untuk dijadikan sebagai bahan kajian dengan mengaplikasikan teori semiotik pierce untuk menjelaskan fungsi dan simbol dalam mantera manakala pengkaji menggunakan teks mantera Malayu analisis pemikiran karya Haron Daud dalam mengkaji kegunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual yang bertitik tolak dari teori semiotik. Sabrina mohd Ismail (2013) melalui tesis di peringkat Ijazah Sarjana Sastera/ Sains yang bertajuk Laras Mantera Melayu: Analisis Aspek Teks dan Konteks. Kajian ini dilakukan melalui kaedah kualitatif iaitu secara deskriptif untuk mendeskripsikan hubungan antara teks, konteks dan budaya yang berlaku dalam masyarakat melayu. Kajian ini adalah berfokuskan tentang mantera yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu Tradisional. Analisis keatas mantera telah dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu analisis teks dengan menggunakan teori Firth (1957) dan analisis terhadap konteks yang berdasarkan pemerian konteks oleh Halliday (1991). Terdapat lebih 200 mantera Melayu yang termuat di dalam teks pemikiran mantera hasil penulisan Haron Daud (2001) yang dianalisis dari segi teks dan konteks. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan kata nama dalam teks telah banyak dipengaruhi oleh unsur Hinddu-Budha serta Agama Islam. Selain itu, penggunaan kata kerja tanpa imbuhan seperti awalan, apitan dan akhiran sangat ketara digunakan dalam setiap topik mantera yang diperkatakan. Dapatan kajian dari aspek ayat pula mendapati penggunaan kata-kata dalam bahasa Arab telah menggambarkan betapa kuatnya pengaruh agama Islam dalam kehidupan masyarakat. Kajian ini mengambil 22. FYP FTKW. kepada penganut-penganutnya agar Agama ini tidak dipandang serong oleh penganut.

(26) dengan mengaplikasikan teori Firth dan analisis terhadap konteks berdasarkan pemerian konteks oleh Halliday (1991) sedangkan pengkaji menggunakan Teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud 2001) untuk melihat tentang penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual menggunakan teori semiotik. Mohd Basri Aziz (2010) melalui penulisan jurnal projek laporan akhir Ijazah Sarjana yang bertajuk Penggunaan Unsur-unsur Kepercayaan dalam Mantera Melayu. Kajian ini berfokuskan tentang penggunaan unsur kepercayaan dalam mantera Melayu. Dalam kajian ini Mohd Basri Aziz (2010) menerangkan bahawa kepercayaan yang terkandung dalam sesebuah mantera kebanyakkannya dilihat daripada perubatan tradisional melayu. Seperti yang kita tahu bahawa perubatan ini jauh berbeza dengan rawatan secara saintifik kerana rawatan tradisional tidak menggunakan ubat-ubatan moden tetapi hanya menggunakan mantera sahaja bagi mengubati beberapa jenis penyakit. Terdapat beberapa jenis mantera yang ada dalam kalangan masyarakat Melayu seperti mantera perbomohan, mantera pakaian diri serta mantera dalam persembahan ritual. Masyarakat melayu pada zaman dahulu telah memasuki kepercayaan animism, Hindu dan Islam. Hal ini telah dinyatakan oleh Harun Daud (2001) dalam bukunya yang bertajuk Mantera Melayu Analisis Pemikiran. Daripada aspek yang disebutkan islam merupakan agama agama yang memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa unsur kepercayaan dalam mantera adalah berbeza dari segi penggunaannya. Setiap mantera yang dibaca adalah mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Sebagai contoh kepercayaan terhadap zat, alam ghaib, alam nyata dan banyak lagi. Kajian ini mengambil Teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud:2001) sebagai bahan kajian sedangkan pengkaji menggunakan teks Mantera Melayu: Analisis. 23. FYP FTKW. Teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud:2001) sebagai bahan kajian.

(27) perubatan tradisional dan persembahan ritual analisis teori semiotik. Hawa Mahfuzah Rusidin & Zulkifley Bin Hamid (2015) melalui Jurnal Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk Akal Budi Melayu dalam Mantera: Analisis Semantik Kognitif. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan semantic kognitif yang berasakan kepada pengalaman (experientalist approach) iaitu satu pendekatan yang merujuk kepada pengalaman lampau serta persekitarannya. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenisjenis metafora, konsepsi, menganalisis akal budi Melayu dan memetakan gambaran skema imej yang terkandung dalam mantera yang dikaji. Selain itu kajian ini juga menggunakan pendekatan semantik kognitif yang memperlihatkan dua daripada lima jenis Idealized Cognitive Models (ICM), iaitu metafora konsepsi dan skema imej yang telah diperkenalkan oleh Lakoff. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga jenis metafora konsepsi yang sememangnya telah wujud dalam mantera Melayu Tradisional yang terkandung dalam buku Ulit Mayang: Kumpulan Mantera Melayu. Selain itu, metafora konsepsi structural mencatatkan bilangan paling tinggi kerana bahasa yang terdapat dalam mantera tersebut kebanyakkannya mempunyai item yang berstrukr dan sejajar dengan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh seseorang. Menurut Hawa Mahfuzah Rusidin & Zulkifley Bin Hamid (2015), pemikiran masyarakat Melayu yang berdasarkannya memberi perumpamaan kehidupan mereka daripada alam sekeliling. Selain itu, empat jenis skema imej telah dikenal pasti supaya pemetaan gambaran abstrak atau konkrit sesuatu emosi atau perasaan mahupun perbuatan yang terdapat dalam mantera Melayu itu dapat difahami dengan lebih jelas dan padat. Kajian ini bertitik tolak daripada buku Mantera Ulit Mayang sebagai modus operandi dalam menjalankan kajian terhadap mantera dengan mengaplikasikan teori semantik kognitif sedangkan pengkaji menjalankan kajian terhadap penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual aplikasi teori semiotik. 24. FYP FTKW. Pemikiran (Harun Daud, 2001) untuk melihat tentang penggunaan mantera dalam.

(28) yang bertajuk Analisis Tautan dalam Wacana Mantera Etnik Kedayan Sarawak. Fokus kajian adalah terhadap 253 wacana mantera yang telah diperolehi daripada 23 informan di 8 buah Kampung Kadayan. Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk menganalisis tautan dalam wacana mantera etnik Kedayan di Sarawak. Dalam kajian ini, kerangka analisis model Halliday & Hassan (1976) digunakan sebagai dasar analisis dan telah diterapkan ke dalam analisis Model Tautan Pindaan (2002) bagi membincangkan tautan dalam wacana Mantera Etnik Kadayan di Sarawak. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 3 jenis tautan utama iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat yang menjadi tunjang kepada analisis model tautan. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati tautan perulangan adalah tautan yang paling banyak diperolehi serta diikuti dengan tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Menurut Hassan Hasbollah (2013), analisis model tautan didapati sangat relevan dalam meneliti wacana mantera. Analisis model tautan telah menghasilkan dapatan kajian yang jitu tentang tautan dalam wacana mantera yang bercirikan pengucapan bentuk puisi bebas. Terbukti bahawa penghubung bentu kata adalah aspek yang paling produktif dalam empat subjenis tautan penghubung ayat tersebut. dapatan kajian tentang pendokumentasian menunujukkan kebanyakan mantera dikuasai oleh golongan tua. Manakala dari segi jenis mantera pula yang paling kerap digunakan adalah jenis perbomohan dan perbidanan dan diikuti dengan yang lainnya. Kajian ini menggunakan kerangka analisis model Halliday dan Hasan (1976) sebagai dasar analisis tentang wacana mantera etnik Kedayan Sarawak sedangkan pengkaji menjalankan analisis terhadap penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual dengan mengaplikasikan teori semiotik. Fatin Ashikin & Shahida Abdul Ghani (2016) melalui kajian yang bertajuk Analisis Ciri Interteks Berdasarkan Mantera (Jampi dan Serapah) “Mantera Angin Dewa Muda”. Kajian ini dijalan melalui kaedah kualitatif iaitu melalui pembacaan dan 25. FYP FTKW. Hassan Hasbollah (2013) melalui jurnal terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

(29) wacana iaitu interteks dalam mantera “Angin Dewa Muda”. Mantera Angin Dewa Muda adlah mantera yang digunakan untuk mengubati orang sakit. Menurut Fatin Ashikin & Shahida Abdul Ghani (2016), kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar dapat membantunya menghasilkan wacana. Hasil kajian mendapati bahawa antara cara “melepas angin" dalam kalangan orang Melayu adalah dengan melakukan persembahan ritual “Main Puteri”. Dalam persembahan ritual “Main Puteri”, mantera Angin Dewa Muda dibacakan oleh Tok Pateri kerana bertitik tolak daripada pemikiran orang Melayu bahawa jiwa pesakit terdapat desakan hati yang didorong oleh kehendak nafsu yang dibendung oleh suatu keadaan yang menyebabkan nafsu dan anginnya tidak dapat dilepaskan lalu mengakibatkan semangat dirinya tidak kuat dan jatuh sakit. Dapatan dirumuskan bahawa dalam analisis Mantera Angin Dewa Muda, pembaca dapat mengetahui maksud disebalik mantera itu sendiri iaitu ciri interteks baris demi baris serta perenggan dengan perenggan. Kajian ini menggunakan mantera untuk melepaskan angin iaitu mantera “Angin Dewa Muda” dengan mengaplikasikan ciri interteks sedangkan pengkaji menjalankan kajian terhadap penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual analisis teori semiotik. Misdih M. (2019). Melalui penulisan jurnal Gendang Alam Jilid 9 yang bertajuk Interpretasi Bahasa Mantera Upacara Barasik Masyarakat Bisaya Di Beaufort, Sabah. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif iaitu kajian lapangan. Jurnal ini menjelaskan maksud bahasa yang tersirat dan tersurat di sebalik ungkapan kata-kata yang terdapat dalam mantera upacara barasik. Menurut Misdih. M (2019) Bahasa mantera. adalah. satu. kaedah. perubatan. alternatif. yang. digunakan. oleh babalian menerusi pengucapan pantun berirama dalam upacara barasik. Tujuan ia diucapkan adalah untuk berhubung dengan alam ghaib. Tujuannya bagi mengembalikan semangat pesakit akibat gangguan makhluk halus. Babalian akan 26. FYP FTKW. kajian perpustakaan. Kajian ini dijalankan untuk memperlihatkan penggunaan ciri.

(30) santapan makanan kepada makhluk halus. Kaedah rawatan ini adalah sama seperti yang telah dilakukan oleh kajian penulis-penulis terdahulu. Kajian penulis terdahulu telah mempengaruhi penulis untuk mengupas elemen-elemen penting dalam persembahan ritual yang melibatkan makhluk halus. Elemen tersebut ialah mantera yang digunakan dalam upacara ritual barasik. Fokus utama kajian ialah bahasa yang digunakan oleh bomoh, di samping menjelaskan pergerakan tari yang ada kaitannya dengan tatacara upacara tersebut. Tatacara upacara ritual ini dirancang tidak kurang tujuh hari sebelum diadakan. Babalian akan memaklumkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan upacara barasik. Alat kelengkapan seperti pakaian, kipas dan selendang perlu disediakan lebih awal. Kesemua keperluan ini digunakan oleh babalian semasa melakukan pergerakan tari. Secara amnya, persediaan fizikal dan mental perlu ada setiap kali upacara ini berlangsung. Setiap gerak tari memerlukan tenaga dan suara yang lantang semasa membacakan mantera. Hasil kajian mendapati mantera dalam upacara barasik menjelaskan suatu penceritaan di alam dunia dengan alam ghaib. Di alam dunia telah terbentuknya struktur sosial budaya, penggunaan bahasa dan kepercayaan bagi menjelaskan pemikiran masyarakat ini pada zaman dahulu. Kajian ini sememangnya berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji kerana kajian ini berfokuskan kepada upacara yang menggunakan mantera sedangkan pengkaji menganalisis penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual dengan mengaplikasikan teori semiotik. 2.0.2 SOROTAN KAJIAN TERHADAP TEORI SEMIOTIK PEIRCE Sanoda Anak Anyal (2007) melalui kajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan yang bertajuk Kajian Semiotik dari Aspek Watak dan Perwatakan dalam naskah Si Bongkok Tanjong Puteri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah yang mengambil kira tentang mutu atau kualiti sumber kajian. Pengkaji. menggunakan. dua. kaedah. iaitu. sumber. primer. iaitu. kaedah 27. FYP FTKW. mengetuai upacara ini dengan gerak tari ritualnya bersama hidangan sebagai.

(31) dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan terhadap pengaplikasian teori Semiotik dalam membincangkan tentang watak dan perwatakan dalam Naskah Si Bongkok Tanjong Puteri. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk memahami tentang cara watak yang dicipta boleh menjadi gambaran kepada masyarakat. Pengkaji telah menerangkan tentang makna disebalik teori semiotik itu sendiri dengan lebih jelas dan mudah untuk difahami oleh pembaca. Dalam pemahaman mengenai tanda atau simbol, penekanan pada linguistik atau bahasa perlu ditekankan. Hal ini kerana tanpa pemahaman terhadap bahasa, sukar bagi pengkaji untuk meneliti dan menghubung kaitkan watak dalam naskah Si Bongkok Tanjung Puteri dengan teori semiotik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa teori semiotik adalah mengenai lambang atau simbol yang sistematik dan dikaji oleh strukturalis sastera. Selain itu, watak yang dipaparkan dalam naskah Si Bongkok Tanjung Puteri telah memberi perlambangan terhadap perwatakan yang dibawa oleh Si Bongkok itu sendiri. Kajian ini adalah bertitik tolak daripada watak dan perwatakan dalam naskah Si Bongkok Tanjung Puteri sebagai bahan utama kajian dengan mengaplikasikan teori semiotik sedangkan pengkaji menjadikan teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud, 2001) sebagai bahan utama untuk meganalisis teori semiotik keatas mantera perubatan tradisional dan persembahan ritual. Abd Rahim Abdullah (1993) melalui penulisan jurnal kajiannya yang bertajuk Tiga Buah Drama Usman Awang: Satu Pendekatan Semiotik, yang telah disusun semula oleh Siti Aisah Murad (1993) yang menerangkan tentang penerapan teori semiotik dalam mencari makna sebenar dalam sesebuah karya. Berdasarkan penulisan A. Rahim Abdullah (1993), menyatakan bahawa melalui kajian semiotik juga dapat dilihat cara bagaimana seseorang pengarah itu menghasilkan karyanya. Hal ini bermaksud dengan adanya hubungan sistem karya dengan sistem luar karya iaitu kebudayaan mampu menjadikan karya itu lebih sempurna dan mencapai tahap 28. FYP FTKW. ethnomethodology dan kaedah sekunder melalui bahan rujukan lain. Kajian ini.

(32) menentukan corak pegangan tertentu yang bukan sahaja memaparkan realiti dalam sesebuah teks malah menghungkan sistem di luar teks itu sendiri dimana ruang dan dunia pengarangnya berada. Kajian ini menggunakan pendekatan Semiotik dalam mengkaji tiga buah drama Usman Awang sedangkan pengkaji menggunakan teori semiotik keatas penggunaan mantera perubatan tradisional dan persembahan ritual. Umar Junus (1988) melalui penulisan jurnal yang bertajuk Strukturalisme dan Semiotik dalam Kritikan Sastera yang telah diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani (1988). Dalam kajian ini, beliau menyatakan bahawa dalam melihat suatu karya, unsurunsur lain selain daripada pemikiran perlu ditelitikan dalam mendalami karya tersebut. pengetahuan terhadap karya juga tidak seharusnya dibatasi dengan menganggap sesetengah bahagian daripada karya tidak begitu penting. Hasil kajian mendapati bahawa bahagian yang dianggap tidak penting itu akan ditinggalkan tanpa dikaji melaui kaedah lain. Menurut Umar Junus (1988) pandangan semiotik bukan hanya dapat menghubungkan sistem dalam karya itu sendiri tetapi juga dengan sistem di luar dengan sistem dalam kehidupan. Paling kurang sistem ini memungkinkan kita menghubungkan sistem pada satu karya dengan sistem dalam kehidupan, bergantung pada kesanggupan kita. Kajian ini menggunakan teori semiotic dalam kritikan sastera sedangkan pengkaji menganalisis penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual. Jyh Wee Sew (2016) melalui penulisan jurnal akademik yang bertajuk Analisis Kajian Sastera: Semiotik dalam Novel Anwar Ridhwan. Kajian ini adalah berdasarkan dua kategori iaitu kategori pertama memeriksa kualiti suntingan dan ketelitian rujukan manakala kategori kedua meninjau kualiti kajian serta kepersisan aspek teori yang digunakan sebagai wadah perbincangan. Kualiti suntingan bermaksud ketepatan dalam ejaan sesuatu bahasa. Ketelitian rujukan ilmiah bererti penampilan kesemua rujukan yang digunakan ke dalam senarai bibliografi. Kualiti kajian dalam 29. FYP FTKW. kepuasan yang tinggi. Hasil kajian mendapati kepentingan semiotik digunakan untuk.

(33) yang berkesinambungan dengan hasil kajian yang tersedia ada, atau memperbetul hasil kajian yang terkandung dalam sorotan kajian. Kepersisan aspek teori dalam konteks ini merupakan kejelasan penulis mengaitkan pandangannya dengan ufuk pemikiran baharu berdasarkan pemilihan pecahan tertentu daripada mazhab pemikiran yang diperguna sebagai kerangka kajian. Keempat-empat sudut pandangan ini beroperasi sebagai kayu pengukur bagi sebuah tulisan yang berpegang pada kerangka semiotik. Kajian ini adalah meninjau tentang kualiti sebuah buku ilmiah bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 2014 dengan menitik beratkan unsur luaran dan dalaman. Menurut Jyh Wee Sew (2016), Roland Barthes merupakan pelopor semiotik pada tahap tertinggi dalam konsep mitologi. Prinsip ikon, indeks dan simbol dalam analisis novel menunjukkan bahawa kajian semiotik dalam buku yang dikaji hanya setakat mengemukakan istilah semiotik sebagai satu katalog penganalisisan novel Melayu. Penelitian awal buku ini menimbulkan beberapa keraguan. Sekiranya penemuan yang serupa boleh dicapai tanpa proses pengikonan, aspek teori semiotik yang digunakan gagal menghasilkan sebarang kesinambungan bagi penjanaan ufuk minda yang baharu. Kajian ini mengambil buku ilmiah bahasa Melayu sebagai modus operandi dengan mengaplikasikan teori semiotik melalui tiga prinsip utama sedangkan pengkaji menggunakan teori semiotik untuk mengkaji penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual. Aida Qamariah Ishak @ Salinah Ja’afar @ Ahmad Ramizu Abdullah (2018) melalui penulisan jurnal Melayu yang bertajuk Pantun Kanak-kanak dari Perspektif Semiotik Riffaterre. Artikel ini menganalisis 20 kosa kata klasik dan 20 kosa kata moden menggunakan kaedah analisis konsep dan analisis makna berdasarkan 15 rangkap pantun kanak-kanak daripada Koleksi Pantun Kanak-kanak (KPKK) karya Mohamad Nazel Hisham. Pantun kanak-kanak (PKK) merupakan salah satu warisan tradisi yang perlu dilestarikan agar penggunaan pantun tidak hilang ditelan zaman. 30. FYP FTKW. perbincangan ini merujuk pada sebarang lanjutan pengetahuan daripada analisis buku.

(34) menarik akan menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu diminati dan difahami dengan lebih mudah. Penelitian makna dan bentuk penggunaan PKK tidak banyak mendapat perhatian daripada pengkaji bahasa, lebih-lebih lagi untuk mengaplikasikan teori semiotik dalam analisis pantun. Teori semiotik Riffaterre dilihat sesuai untuk menganalisis PKK berdasarkan empat aspek pemaknaan, iaitu melihat pantun sebagai ekspresi tidak langsung; mengaplikasikan konsep pembacaan heuristik dan hermeneutik, serta hipogram. Kajian ini adalah bertujuan untuk memilih kosa kata yang digunakan dalam Pantun Kanak-kanak (PKK) dahulu dan sekarang. Makna PKK telah dianalisis dengan menggunakan teori semiotik. Selain itu, melalui teori tersebut, setiap rangkap pantun yang membawa makna tersirat telah dijelaskan maknanya. Hasil kajian mendapati Pantun Kanak-kanak mengandungi ekspresi puisi secara tidak langsung, struktur dan bentuk leksikal dan ayat dapat dilihat berdasarkan pembacaan heuristik, manakala mesej dan makna sebenar yang hendak disampaikan dapat dikesan menerusi pembacaan hermeneutik. Kajian ini menggunakan Koleksi Pantun Kanak-kanak sebagai modus operandi dalam menganalisis 20 kosa kata klasik dan kota kata moden menggunakan teori semiotik Riffaterre berbeza dengan pengkaji yang menggunakan teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud, 2001) dengan menganalisis teori semiotik terhadap mantera perubatan tradisional dan persembahan ritual. Febrina Amelia (2016) melalui penulisan jurnal yang bertajuk Analisis Semiotik dalam Kumpulan Puisi Love Poems Aku dan Kamu karya Saduran Sapardi Djoko Damono. Metode yang digunakan terhadap “Analisis Semiotik Dalam Kumpulan Puisi Love Poems ‘Aku dan Kamu’ Saduran Sapardi Djoko Damono,” adalah metode kualitatif deskriptif. Metode penelitian kualitatif deskriptif adalah prosedur penelitian yang menghasilkan data deskriptif berupa kata-kata tertulis atau lisan dari orang-orang dan perilaku yang diamati. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendiskripsikan 31. FYP FTKW. Proses pembelajaran pengajaran bahasa menggunakan pelbagai kaedah yang.

(35) Menurut Febrina Amelia (2016), semiotik merupakan satu sistem ilmu perlambangan yang digunakan oleh seseorang penulis dalam menggambarkan kehidupannya. Hasil kajian mendapati bahawa, dalam puisi yang dipilih sememangnya terdapat prinsip yang terkandung dalam teori semiotik iaitu ikon, indeks dan simbol. Kajian ini menggunakan kumpulan puisi Love Poems sebagai bahan kajian dengan mengaplikasikan teori semiotik sedangkan pengkaji mengaplikasikan teori semiotik keatas mantera perubatan tradisional dan persembahan ritual dengan menggunakan teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud,2001). Yoyon Mudjiono (2011) melalui penulisan Jurnal Ilmu Komunikasi Fakulti Dakwah yang bertajuk Kajian Semiotik dalam Filem. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Studi perfilman boleh dikatakan bidang studi yang relatif baru dan tidak sebanding dengan proses evolusi teknologinya. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas tentang tiga unsur semiotik iaitu ikon, indeks dan simbol yang terdapat dalam filem. Menurut Yoyon Mudjiono (2011), filem memiliki nilai seninya yang tersendiri kerana ia dicipta melalui karya yang ditulis oleh penulis dan pengarang yang hebat serta berpengalaman. Kajian ini turut menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai maksud semiotik itu sendiri dan membolehkan ianya dijadikan rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain. Hasil kajian mendapati bahawa kajian semiotik terhadap filem sememangnya sangat menarik kerana perkembangan dan pertumbuhan filem begitu pesat dan mampu menghiburkan penonton. Filem berdasarkan kajian semiotik sanagatlah urgen dan menarik, kerana perkembangan dan pertumbuhan filem begitu pesat dan mampu menggerakkan khalayak sebagai penonton. Hasil kajian akan dijadikan dasar penilaian apakah film tersebut layak ditonton atau sebaliknya. Filem sebaiknya dinilai dari segi artistik bukan secara rasional saja, sebab jika hanya dinilai secara rasional, sebuah film artistik boleh jadi tidak berharga kerana tidak mempunyai maksud dan makna tertentu. Kajian 32. FYP FTKW. ikon, indeks dan simbol yang terdapat dalam Puisi Love Poems Aku dan Kamu..

(36) mengaplikasikan teori semiotik sedangkan pengkaji menggunakan teks Mantera Melayu: Analisis Pemikiran (Haron Daud, 2001) dengan mengaplikasikan teori semiotik keatas mantera perubatan tradisional dan persembahan ritual. Eli Herlina (2018) melalui Jurnal Penelitian Pendidikan Bahasa dan Sastera Indonesia yang bertajuk Kajian Strukturalisme Semiotik dalam Novel Salah Pilih Karya Nur ST. Iskandar. Data dalam penelitian ini adalah data kualitatif iaitu (soft data) yang merupakan kalimat atau bahasa yang digunakan dalam Salah Pilih karya Nur St. Iskandar mengenai tanda. Sumber data primer dalam penelitian ini adalah novel Salah Pilih karya Nur St. Iskandar. Sumber data sekundernya berupa artikel dan tulisantulisan yang diperoleh dari penyelusuran (browsing) internet, serta buku-buku lain yang dianggap relevan dengan penelitian. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat 3 prinsip yang terdapat dalam teori semiotik iaitu ikon, indeks dan simbol dalam Novel Salah Pilih. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat prinsip simbol atau tanda, indeks dan ikon pada kajian strukturalisme semiotik dalam novel Salah Pilih. Selain itu terdapat juga kesan moral didalamnya dan adat yang sangat berbeza iaitu perpaduan adat. Kajian ini menggunakan Novel Salah Pilih karya Nur ST. Iskandar sebagai bahan rujukan utama dengan mengaplikasikan teori strukturalisme semiotik berbeza dengan pengkaji yang mengkaji teks Mantera Melayu Analisis Pemikiran (Haron Daud, 2001) mantera perubatan tradisional dan persembahan ritual dengan mengaplikasikan teori semiotik. 2.0.3 SOROTAN KAJIAN TENTANG MANTERA DALAM PERUBATAN TRADISIONAL Saliha Musor (2020) melalui kajian yang bertajuk Mantera: Keindahan Bahasa, Kearifan Lokal, dan Cara Hidup Muslim Penelitian Terhadap Proses Perubatan dalam Kalangan Tok Bomo daerah Raman Wilayah Yala. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif iaitu bahan bacaan dan kajian perpustakaan. Kajian ini adalah 33. FYP FTKW. menggunakan filem Indonesia untuk dijadikan sebagai bahan kajian dengan.

(37) Tok Bomo daerah Raman wilayah Yala, mengkaji ciri dan bentuk penggunaan bahasa, menganalisis bagaimana hubungan mantera dengan kepercayaan, pemikiran, cara hidup, dan sejarah tempatan. Setelah agama Islam datang mantera diubahsuai dengan kepercayaan baru tetapi bentuknya masih mengekalkan bentuk asalnya. Proses pembaharuan ini menimbulkan keindahan rohaniah salah satu faktor penting yang menyababkan mantera dapat tempat dalam masyarakat sehingga ke hari ini. Hasil analisis mantara dengan Islam pula didapati bahawa terdapat mantera yang bercanggah dengan agama Islam yang dapat bahagikan pepada 3 jenis mengikut tujuannya iaitu untuk membuat sihir, mantera yang menyekutukan kekuasaan Allah dengan kuasa lain akhir sekali adalah menyelewengkan ayat Quran. Hasil pengumpulan data mendapati mantera dalam perubatan dari daerah Raman wilayah Yala terdapat 102 mantera. Dapat dibahagikan mengikut tujuan dan cara mengubat dan mencegah penyakit kepada 7 jenis iaitu pekebal, pelaris, mengubat penyakit, membangkit semangat, mencerahkan hati, menjauhkan dari segala kecelakaan dan pengasih. Kajian ini menjurus kepada bahasa yang digunakan dalam mantera sedangkan pengkaji mengkaji mantera dari sudut penggunaannya dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual analisis teori semiotik. Zahir Ahmad (2015) melalui kajian yang bertajuk Mantera Kecantikan Wanita Bajau: Analisis Bahasa dan Pemikiran. Kajian ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu kajian lapangan dilakukan untuk mendapatkan data yang berupa mantera yang menjadi amalan wanita bajau di 8 buah kampung dalam daerah Kota Belud, Sabah. data-daya sokongan pula berupa tesis, artikel dalam jurnal dan buku-buku yang berkaitan dengan teori dan mantera diperolehi daripada perpustakaan dan koleksi pengkaji sendiri. Kajian ini menggunakan teori fungsional yang melihat budaya sebagai satu keseluruhan yang saling berhubung untuk analisis data. Teori ini mengkaji bagaimana satu-satu aspek budaya mempunyai kaitan dengan aspek budaya lain dan 34. FYP FTKW. bertujuan untuk mengumpul dan merakam mantera dalam perubatan dalam kalangan.

(38) Teori fungsionaloisme (aliran moden) sering dikaitkan dengan pendekatan organisme yang membuat analogy bahawa budaya atau masyarakat sebagai satu biologi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang sering berhubung antara satu sama lain. Kajian ini membincangkan tentang aspek bahasa dan pemikiran yang terdapat dalam mantera kecantikan wanita Bajau di Sabah. menurut peralihan amalan animisme, Peralihan amalan animisme kepada Islam telah mewujudkan berlaku suatu sifat yang universal dalam penggunaan dan pengucapan mantera. Hasil kajian mendapati bahawa dalam mantera-mantera tersebut terdapat kata-kata atau frasa-frasa yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan suku kaum Bajau yang beragama Islam. Selain itu, Amalan-amalan tersebut berupa amalan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan juga penjagaan hubungan di antara individu dalam sesuatu institusi. Wanita yang mengamalkan mantera dan amalan tertentu dilihat lebih berketerampilan dan berkeyakinan. Mereka terlihat lebih anggun apabila mengenakan hiasan-hiasan dan pakaian-pakaian tertentu. Kajian ini menggunakan mantera berkaitan dengan kecantikan wanita analisis teori fungsionalisme sedangkan pengkaji menganalisis penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual analisis teori semiotik. Ahmad Fazlie dan Mohd Nizam (2016) melalui penulisan artikel yang bertajuk Mantera dalam Perawatan Tradisional Melayu di Kedah: Analisis Menurut Perspektif Akidah Islam. Mengungkap tentang aktiviti perawatan tradisional yang menggunakan mantera dalam kalangan masyarakat di Kedah. Kajian ini meneliti tentang amalanamalan mantera menurut perspektif akidah Islam dari sudut cara rawatan dan perkaitannya. Setiap ikhtiar yang dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan akidah Islam kerana ianya merupakan perkara asas yang perlu dijaga dan dipelihara agar unsur syirik, khurafat dan tahyul dapat dibanteras. Hasil kajian mendapati pengamal rawatan tradisional Melayu di Kedah kebanyakannya berkait rapat dengan permintaan 35. FYP FTKW. bagaimana aspek budaya tersebut mempengaruhi seluruh sistem dalam masyarakat..

(39) jin dan sebagainya. Selain itu, pesakit juga disarankan untuk menyelidik dahulu kaedah rawatan yang digunakan agar tidak terjebak dalam perawatan tradisional yang bercanggah dengan syariat Islam. Kajian ini adalah berteraskan penggunaan mantera yang digunakan oleh masyarakat di Kedah sedangkan pengkaji menggunakan teks Mantera Melayu Analisis Pemikiran (Haron Daud, 2001) untuk melihat penggunaan mantera dalam penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual analisis teori semiotik. Muhammad Jailani Abu Talib (2019) melalui kajian yang bertajuk Mantera Perubatan Melayu: Sebuah Tafsiran Hadith dan Al-Quran. Kajian ini adalah untuk melihat perubatan yang menggunakan mantera dari sudut pandangan agama Islam iaitu berlandaskan hadis dan al-quran. Selain itu, kajian ini juga telah mengupas tentang definisi mantera itu sendiri yang dikatakan sangat sinonim dan sukar untuk dihapuskan dalam pemikiran masyarakat Melayu walaupun ianya telah bercampur dengan agama Hindu-Budha dan Islam. Menurut Muhmmad Jailani Abu Talib (2019), mantera pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori utama yang telah di kelaskan dalam ilmu sihir dan perubatan Melayu iaitu ilmu putih dan ilmu hitam. Menurut beliau lagi, ilmu putih merupakan mantera yang digunakan untuk membantu masyarakat dan mendatangkan kebaikan. Manakala, ilmu hitam pula seperti yang kita tahu ianya lebih kepada mencelakai seseorang dengan doa-doa dan mantera yang berunsurkan animisme dan pelanggaran hukum-hukum Islam. Kajian ini mengambil mantera perubatan sebagai modus operandi dengan menganalisis mantera perubatan Melayu dari konteks Hadis dan Al-Quran sedangkan pengkaji menganalisis penggunaan mantera dalam perubatan tradisional dan persembahan ritual analisis teori semiotik. Harun Mat Piah (2015) melalui kajian yang bertajuk Ilmu Perubatan Melayu Tradisional dari Naskah-naskah Lama. Kajian ini dijalankan untuk mempejelaskan tentang ilmu perubatan Melayu tradisional yang terkandung dalam manuskrip36. FYP FTKW. untuk mendapatkan bantuan serta pertongan daripada makhluk ghaib seperti khadam,.

Figure

Updating...

References

Related subjects :