KOTA KUALA KEDAH SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN WARISAN
Tekspenuh
(2) FYP FTKW KOTA KUALA KEDAH SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN. OLEH: NUR AMIRA BINTI ISMAIL. Projek Penyelidikan Ini Diserahkan Untuk Memenuhi Syarat Kelayakan Bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2022.
(3) FYP FTKW. PERAKUAN STATUS TESIS Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi. TERBUKA Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh) SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh _____________ hingga _____________ SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi. maklumat. terhad. yang. ditetapkan. oleh. organisasi di mana penyelidikan dijalankan)* Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Utama. Tandatangan Penyelia. ................ ...................... ........................................................ NUR AMIRA BINTI ISMAIL. DR. NORAZLINDA BT MOHAMED ROSDI. Tarikh: 25/02/2022. Tarikh: 25/02/2022. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. i.
(4) I hereby certify that the work embodied in this thesis is the result of the original research and has not been submitted for a higher degree to any other University or Institution. OPEN ACCESS. I agree that my thesis is to be made immediately available as hardcopy or on-line open access (full. EMBARGOES. text) I agree that my thesis is to be made available as hardcopy or on-line (full text) for a period approved by the Post Graduate Committee. Date from ____________ until ______________. CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* RESTRICTED. (Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*. I acknowledge that University Malaysia Kelantan reserves the right as follows. 1. The thesis is the property of University Malaysia Kelantan. 2. The library of University Malaysia Kelantan has the right to make copies for the purpose of research only. 3. The library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.. __________ SIGNATURE. ___________________________ SIGNATURE OF SUPERVISOR. 981226-02-7072. DR. NORAZLINDA BT. MOHAMED ROSDI. IC/PASSPORT NO.. NAME OF SUPERVISOR. Date: 25/02/2022. Date: 25/02/2022. Note: * If the thesis is CONFIDENTIAL OR RESTRICTED, please attach the letter from the organization stating the period reasons for confidentially and restriction. ii. FYP FTKW. THESIS DECLARATION.
(5) FYP FTKW. PENGHARGAAN. “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang” segala puji dan syukur kepada Ilahi, Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan Rasul, Muhammad SAW.. Pertamanya, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas segala rahmat-Nya dan izin-Nya, penyelidikan dan penulisan ini dapat diselesaikan. Saya ingin merakamkan jutaan terimas kasih dan penghargaan buat penyelia saya, Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi atas bimbingan, teguran dan nasihat secara ikhlas serta sokongan moral sepanjang saya menyelesaikan penyelidikan ini. Semoga segala dan jasa baik yang disumbangkan oleh beliau akan mendapat ganjaran petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT.. Saya juga ingin merakamkan rasa penghargaan buat kedua-dua ibu bapa iaitu Encik Ismail Bin Hamid dan Puan Siti Rasidah Binti Yahya serta keluarga tercinta kerana memberikan semangat dan sokongan yang berterusan dalam menyiapkan pendidikan ini. Ribuan terima kasih kepada pembantu penyelidik dan rakan-rakan taulan yang menghulurkan bantuan dan pertolongan ketika saya memerlukannya.. Seterusnya saya mengucapkan jutaan terima kasih pihak Universiti Malaysia Kelantan kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya selaku pelajar di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan ini untuk menjalankan dan menyiapkan kajian ilmiah ini. Bukan itu sahaja, tidak lupa juga penghargaan kepada para responden yang membantu untuk menjawab persoalan menerusi temubual terhadap kajian yang dijalankan ini.. Sekian, terima kasih.. iii.
(6) WARISAN ABSTRAK Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kota Kuala Kedah Sebagai Pelancongan Warisan”. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah dalam usaha untuk menjadikan kota ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang berasaskan pelancongan warisan di Kedah. Turut dibincangkan adalah tentang tujuan asal pembinaan Kota Kuala Kedah. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang pembinaan Kota Kuala Kedah terhadap pemerintahan di Negeri Kedah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan. Seterusnya, penulisan ini juga adalah mengkaji tentang kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat. Penulisan ini adalah tentang kewajaran daerah Kuala Kedah sebagai salah satu destinasi Pelancongan Warisan di Negeri Kedah. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberikan pandangan serta cadangan untuk memastikan bahawa kawasan Kota Kuala Kedah ini diberikan perhatian dan juga mendapat beberapa penambahbaikan daripada pihak Muzium dan Kerajaan Negeri Kedah supaya dapat dijadikan sebagai satu tarikan pelancongan warisan yang menarik sekaligus membangun serta memperkembangkan lagi sektor pelancongan di Negeri Kedah dan Malaysia. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan juga sebagai satu alternatif kepada masyarakat terutamanya pihak-pihak berkepentingan yang melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan terutamanya di Kuala Kedah serta dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penyelidik yang akan datang.. Kata Kunci: Kota Kuala Kedah, produk pelancongan warisan, pembinaan, kerja konservasi, kesan pelancongan, masyarakat setempat. iv. FYP FTKW. KOTA KUALA KEDAH SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN.
(7) FYP FTKW. KUALA KEDAH CITY AS A HERITAGE TOURISM PRODUCT. ABSTRACT This research is focusing on Kuala Kedah City as a Heritage Tourism Product which is to review the purpose of the construction in Kuala Kedah City as an effort to make this city as one of the tourism destinations based on heritage tourism in Kedah. This research also discussed the original purpose of the construction in that city. This study aims to examine the construction of the Kuala Kedah City by the state government. In addition, this study also examines the extent of conservation work efforts in the city that have been carried out. Next, the third objectives of this research are to analyze the impact of tourism in Kuala Kedah to the local community along with the appropriateness of Kuala Kedah district as one of the heritage tourism in Kedah. At the end of this chapter, the researcher will discuss and give some suggestions to ensure that the Kuala Kedah area is given attention and also get some improvements from the Museum and the state government so that it can be used as an interesting heritage tourism attraction. Therefore, it is hope that this study can be used as a guide and also as an alternative to the community such as stakeholders to involve in tourism development especially in Kuala Kedah and can be used as a reference for future researchers. Keywords: Kota Kuala Kedah, heritage tourism products, construction, conservation work, tourism impact, local community. v.
(8) FYP FTKW. ISI KANDUNGAN. HALAMAN. PERAKUAN TESIS. i. THESIS DECLARATION. ii. PENGHARGAAN. iii. ABSTRAK. iv. ABSTRACT. v. ISI KANDUNGAN. vi. SENARAI RAJAH. ix. SENARAI PETA. ix. SENARAI GAMBAR. ix. BAB I. PENDAHULUAN. 1.0. Pengenalan. 1. 1.1. Latar Belakang Kajian. 2. 1.2. Permasalahan Kajian. 4. 1.3. Persoalan Kajian. 5. 1.4. Objektif Kajian. 5. 1.5. Skop Kajian. 5. 1.6. Kepentingan Kajian. 6. 1.7. Kesimpulan. 8. BAB II. SOROTAN KAJIAN LEPAS. 2.0. Pengenalan. 9 vi.
(9) Kajian Lepas. 2.2. Pembangunan Pelancongan Secara Umum. 13. 2.3. Pembangunan Pelancongan Di Negeri Kedah. 14. 2.4. Pembangunan Pelancongan Di Daerah Kota Setar. 15. 2.5. Pembangunan Pelancongan Di Kota Kuala Kedah. 16. 2.5.1 Latar Belakang Kota Kuala Kedah. 16. 2.5.2 Masyarakat Dan Kota Kuala Kedah. 17. 2.6. Kerangka Teori. 18. BAB III. METODOLOGI KAJIAN. 3.0. Pengenalan. 20. 3.1. Rekabentuk Kajian. 20. 3.2. Kaedah Kajian. 23. 3.2.1 Data Primer. 24. 3.2.2 Data Sekunder. 25. 3.3. Persampelan. 27. 3.4. Analisi Data. 27. 3.5. Instrumen Kajian. 28. 3.5.1 Telefon Pintar. 28. 3.5.2 Buku Catatan. 28. Kesimpulan. 28. 3.6. 9. FYP FTKW. 2.1. vii.
(10) DAPATAN KAJIAN. 4.0. Pengenalan. 30. 4.1. Analisis Temubual Responden. 31. 4.1.1 Kaedah Temubual. 31. 4.1.2 Dokumentasi. 31. Dapatan Kajian. 32. 4.2.1 Tujuan Pembinaan Kota Kuala Kedah. 32. 4.2.2 Usaha Usaha Kerja Konservasi. 40. 4.2.3 Kesan Pelancongan. 43. 4.3. Kesimpulan. 52. BAB V. PENUTUP. 5.0. Pengenalan. 54. 5.1. Ringkasan. 56. 5.2. Cadangan Dan Saranan. 57. 5.2.1 Cadangan Pengkaji. 57. 5.2.2 Cadangan Kepada Kota Kuala Kedah. 59. 5.2.3 Cadangan Kepada Pihak Berkuasa Dan Muzium. 60. Penutup. 62. 4.2. 5.3. RUJUKAN. 64. LAMPIRAN. 67. FYP FTKW. BAB IV. viii.
(11) NO. CARTA ALIR. FYP FTKW. SENARAI RAJAH. HALAMAN. Carta Alir 1. Proses Kajian Dilakukan. 23. Carta Alir 2. Carta Aliran Pembinaan Soalan Temubual. 25. SENARAI PETA. NO. PETA. Peta Lokasi 1. Lokasi Kota Kuala Kedah. 6. SENARAI GAMBAR. NO. GAMBAR. Gambar 1. Pintu Bahagian Timur. 33. Gambar 2. Tapak Kota Kuala Kedah. 34. Gambar 3. Deretan Meriam Yang Masih Setia Mengawal Kota 36. Gambar 4. Peluru Meriam Yang Dijumpai Di Sekitar Kota. 36. Gambar 5. Peta Kota Kuala Kedah. 37. Gambar 6. Dinding Kota Batu-Bata Merah. 38. Gambar 7. Peninggalan Kawasan Perdagangan. 38. ix.
(12) Rumah Api/Rumah Pelita. 39. Gambar 9. Surat Perjanjian ‘Pajak Hasil Tiang’. 39. Gambar 10. Bekas Tapak Sekolah. 40. Gambar 11. Tembok Barat Dahulu Dan Sekarang. 41. Gambar 12. Ruang Pameran. 42. Gambar 13. Pintu Gerbang Kacapuri. 43. Gambar 14. Ilustrasi Peperangan Kedah-Siam. 45. FYP FTKW. Gambar 8. x.
(13) PENDAHULUAN. 1.0 PENGENALAN Setiap negara memerlukan satu akta yang sempurna untuk warisan dan budaya bagi menggelakkan sesuatu masalah berlaku seperti kemusnahan mahupun kerosakan untuk menjaga warisan dan budaya pada masa akan hadapan (Norliza Rofli & Eddin Khoo, 2009). Begitu juga negara Malaysia yang merupakan negara membangun di Asia Tenggara yang mempunyai kepelbagaian warisan dan sumber budaya untuk dijaga dan dipelihara. Walaupun negara telah memiliki dua akta yang berkaitan dengan warisan dan budaya, namun demikian akta berkenaan tetap tidak mampu untuk menjaga dan melindungi warisan atau budaya yang ada. Kedua akta yang dinyatakan adalah Akta Harta Karun, 1957 (Akta 542) dan Akta Harta Benda Purba, 1974 (Akta 168). Meskipun kedua-dua akta ini dijadikan sebagai akta yang melindungi warisan dan budaya negara, namun akta ini masih memiliki kekurangannya yang tersendiri. Hal ini kerana, dalam akta tersebut tidak kesemuanya memiliki seksyen atau peraturan yang mampu menjaga, melindungi, dan membangunkan warisan serta budaya negara. Oleh itu, telah munculnya satu akta yang mampu untuk melindungi warisan dan budaya di Malaysia iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005. Dengan adanya akta ini warisan serta budaya dalam negara kita akan dapat dilindungi dan dibangunkan demi generasi akan datang.. Akta Warisan Kebangsaan ini telah memudahkan negara dalam menjaga warisan negara. Penjagaan dan pembangunan warisan ini membolehkan Malaysia menarik lebih ramai pelancong untuk melancong ke Malaysia. Dengan adanya. FYP FTKW. BAB I.
(14) FYP FTKW. keunikan pada setiap warisan itu mampu untuk menarik minat orang ramai kerana terdapat banyak kawasan tumpuan berkaitan sejarah yang tersebar di semua bahagian yang ada di Malaysia. Dari kesemua kawasan bersejarah itu, tidak banyak yang lengkap dokumentasi sejarah dan dengan itu, generasi muda hari ini tidak dapat mengalami sejarah itu sendiri. Pameran di muzium banyak berdasarkan foto statik, ilustrasi, artifak dan dokumen teks. Lukisan dan ilustrasi ditafsirkan berdasarkan catatan teks dan dipamerkan untuk dilihat oleh pengunjung. Semua visual statik ini tidak dapat diberikan pengalaman atau rasa tempat yang sangat diperlukan oleh penonton dan maklumat yang disampaikan akan mudah dilupakan. Namun begitu terdapat juga sesetengah kawasan atau tempat yang masih mempunyai peninggalannya yang tersendiri seperti yang terletak di Negeri Kedah.. Dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada sebuah negeri yang berada di Utara Malaysia iaitu negeri Kedah yang merupakan negeri “Jelapang Padi”. Dalam negeri ini terdapat sebuah peninggalan warisan iaitu sebuah kota sekitar tahun 1194 Hijrah bersamaan 1780 Masihi yang digelar sebagai Kota Kuala Kedah yang merupakan salah satu warisan ketara statik kerana kota ini tidak dapat dipindahkan kedudukannya. Kota ini merupakan sebuah warisan yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu kepada generasi kini agar pengorbanan mereka akan sentiasa diingati.. 1.1. LATAR BELAKANG KAJIAN. Kota Setar merupakan daerah yang berada di negeri Kedah, Malaysia dan Bandar Kota Setar merupakan ibu negeri Kedah. Selain itu, nama atau gelaran Kota Setar ini berasal daripada perkataan “Setar” ataupun “Pokok Stak” (Bouea Macrophylla) yang telah tumbuh subur di kawasan ini.. Daerah Kota Setar merupakan daerah yang sibuk diantara kesemua daerah yang terdapat di dalam negeri Kedah. Hal ini kerana, kebanyakkan urusan penting terletak di daerah tersebut berbanding daerah lainnya. Kewujudan daerah ini amat 2.
(15) FYP FTKW. dikenali oleh banyak masyarakat di seluruh Malaysia kerana daerah ini merupakan daerah utama di Kedah.. Di samping itu, di dalam daerah ini juga mempunyai beberapa bangunan yang terkenal seperti Menara Alor Setar dan Aman Central. Kedua-dua bangunan ini merupakan mercu tanda bagi negeri Kedah. Menara Alor Setar ini telah dibina untuk kegunaan Telekom Malaysia dengan modal sebanyak RM40 juta. Menara ini berketinggian 165.5meter yang terletak berhadapan dengan Aman Central. Selain itu, menara ini turut menjadi tumpuan pelancong ketika datang melancong di Kedah. Menara Alor Setar turut tersenarai di tempat ke-19 bagi bangunan paling tinggi di dunia dan menjadi salah satu bangunan tertinggi di Alor Setar. Keseluruhan pemandangan di sekitar Alor Setar akan dapat dinikmati melalui atas menara tersebut.. Selain daripada dua bangunan tersebut, daerah ini juga mempunyai sebuah kota warisan yang turut popular pada masa kini iaitu Kota Kuala Kedah yang berada di Kuala Kedah yang merupakan salah satu mukim di dalam Kota Setar. Kota Kuala Kedah ini merupakan kawasan pelancongan yang mampu menarik minat para pelancong kerana adanya peninggalan warisan yang merupakan sebuah kubu pertahanan pada masa dahulu. Selain itu, kota ini juga sangat menarik untuk para pelancong datang kerana kota ini dikelilingi oleh muara Sungai Kedah yang cantik.. Omar, H., Razak, N. H. A., Rawi, S. B., & Ramely, A. (2018) menyentuh mengenai peranan Muzium Kota Kuala Kedah sebagai daya tarikan warisan budaya di Kedah. Dalam penulisan ini banyak menyentuh mengenai sebuah muzium adalah sebuah institusi 'pembuatan untung’ tetap dalam perkhidmatan masyarakat dan pembangunannya bersifat terbuka untuk umum. Ia memperoleh, memulihara, memperlihatkan warisan kemanusiaan dan persekitarannya yang nyata serta tidak ketara untuk tujuan pengajian, pendidikan dan kesenangan (Majlis Antarabangsa Muzium, 2007). Selain memelihara dan mempelajari koleksi, 'muzium ada untuk tujuan melayani masyarakat' (Ambrose & Paine, 2012: 11). 3.
(16) FYP FTKW. Sebagai sebahagian daripada 'industri warisan', peranan muzium bukan hanya untuk mendidik orang tentang tempat yang mereka kunjungi, tetapi juga untuk memberikan pengalaman yang menggembirakan dan menghiburkan bagi pengunjung (Prentice & Anderson, 2007). Di dalam penulisan ini pengkaji mendapati bahawa, muzium sebenarnya bersaing dengan produk pelancongan lain untuk mendapatkan perhatian pengunjung. Dalam pengertian ini, agar dapat berdaya saing, muzium tidak hanya perlu bersifat pendidikan, memberikan informasi, dan menarik perhatian pengunjung, tetapi juga menarik dan hidup.. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN. Hasil penyelidikan dan pemahaman yang telah pengkaji lakukan daripada kesemua sudut berkaitan Kota Kuala Kedah, pengkaji telah mengenalpasti kebanyakkan penulis sebelum ini hanya menyentuh isu yang berkaitan kejadian di Kota Kuala Kedah, kepentingan kota, dan latar belakang kota tersebut sahaja. Setelah dibaca pengkaji mendapati permasalahan yang perlu disentuh adalah dari segi tujuan pembinaan kota, sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan, dan kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat.. Tujuan pembinaan kota seharusnya dititikberatkan agar semua generasi akan dapat mengetahui betapa pentingnya pembinaan Kota Kuala Kedah dilakukan. Selain itu, bagi konservasi kota dilakukan secara tersusun bagi mengelak berlakunya kerosakan. Manakala bagi kesan pelancongan pula ialah bagaimana aktiviti pelancongan yang dilakukan di situ memberikan kesan positif mahupun kesan negatif terhadap masyarakat setempat.. 4.
(17) FYP FTKW. Dengan adanya pengkajian sebegini mampu menyediakan maklumat serta info untuk dipaparkan kepada generasi akan datang sebagai satu pengetahuan yang harus mereka pelajari dan hayati. Hal ini secara tidak langsung, mampu membuka mata serta minda mereka jika gambaran secara terperinci akan kemegahan perjuangan pahlawan Melayu dan kemegahan Kesultanan Melayu Kedah digambarkan. 1.3. PERSOALAN KAJIAN. Penyelidikan yang dilakukan di Kota Kuala Kedah ini amat bersesuaian dilakukan pada masa kini. Di samping dapat menghidupkan kota menjadi sebuah kawasan pelancongan di negeri Kedah. Dalam kajian ini telah mencetuskan beberapa persoalan yang meliputi:. i). Apakah tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah?. ii). Bagaimanakah usaha konservasi di Kota Kuala Kedah dijalankan?. iii). Apakah kesan pelancongan di Kota Kuala Kedah terhadap masyarakat setempat?. 1.4. OBJEKTIF KAJIAN. Antara objektif yang terdapat dalam kajian ini adalah:. i). Mengenalpasti tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah.. ii). Mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan.. iii). Mengetahui kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat.. 5.
(18) SKOP KAJIAN. FYP FTKW. 1.5. Skop kajian ini adalah untuk mengkaji Kota Kuala Kedah sebagai lambang kemegahan Kesultanan Melayu Kedah. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengenalpasti tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah, mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah dijalankan, dan mengkaji kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat. Skop kajian ini berfokuskan di negeri Kedah iaitu Kota Kuala Kedah yang terletak di Kuala Kedah. Pengkaji memilih lokasi ini adalah kerana di Kuala Kedah terdapat sebuah kota yang bersejarah yang dikenali sebagai Kota Kuala Kedah yang mana kota ini pernah dijadikan sebagai kota pertahanan oleh kerajaan Kedah pada satu ketika dahulu. Selain itu, kota ini dipilih akan keunikan sejarahnya yang amat menarik untuk dikaji.. 1.5.1 Kota Kuala Kedah, Kedah Kajian yang dijalankan ini berpotensi untuk menjadi daya tarikan pelancong ke negeri Kedah. Lokasi kajian dipilih atas dasar faktor pelancongan yang terdapat pada kota tersebut.. Peta 1: Lokasi Kota Kuala Kedah (Sumber: Google Maps). 6.
(19) FYP FTKW. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN. Kajian ini dilakukan adalah untuk menerangkan lebih lanjut tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah ketika zaman kesultanan Kedah. Di atas kepentingan sejarah serta tujuan pembinaan kota itu dapat menimbulkan aspek konservasi terhadap kota yang harus dilakukan oleh pihak yang terlibat. Kajian ini dilakukan kerana mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan turut memberi impak kepada individu, masyarakat serta warisan negara. 1.6.1. Individu. Antara kepentingan kajian kepada individu adalah dapat mewujudkan rasa kagum terhadap pejuang dan pahlawan yang sanggup berkorban diri dalam mempertahan Kedah. Kajian ini dijalankan untuk memberi inspirasi dan rasa minat kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam warisan yang terdapat di segenap negara. 1.6.2. Masyarakat. Sudah sedia maklum bahawa masyarakat memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara terutamanya yang berkaitan dengan warisan. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mendalami sendiri keunikan yang ada di Kota Kuala Kedah yang kurang diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, untuk mengekalkan dan memperkenalkan keindahan kota kepada orang ramai, maka pengkaji mengambil kira akan idea untuk menghasilkan sebuah penulisan bagi mempromosikan keunikan yang ada di Kota Kuala Kedah kepada masyarakat. Selain itu, melalui kajian ini, ia dapat membuka mata serta minda masyarakat setempat akan pentingnya warisan di negara kita yang menjadi lambang budaya masyarakat setempat. Malah, secara tidak langsung pemupukan kebudayaan dan nilai sejarah dapat diterapkan dalam diri masyarakat melalui bidang pendidikan dan keilmuan. Bidang pendidikan dan keilmuan yang baik mampu melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pemeliharaan warisan sama ada warisan ketara ataupun tidak ketara. 7.
(20) FYP FTKW. 1.6.3. Warisan negara. Seterusnya, kajian ini juga penting kepada warisan negara. Hal ini kerana, warisan negara haruslah dijaga dan dipelihara agar terus kekal dan tidak pupus ditelan arus kemodenan. Ini kerana, peninggalan warisan merupakan simbolik kepada sesebuah negara tersebut.. 1.7 KESIMPULAN. Dalam kajian ini Kota Kuala Kedah sebagai produk pelancongan warisan telah menjadi tajuk pilihan oleh pengkaji. Dalam menyiapkan kajian ini pelbagai sumber telah digunakan dalam sejarah dan kepentingan kota tersebut. Aspek yang ingin dikaji adalah tujuan pembinaan kota, konservasi kota, dan kesan pelancongan kota kepada masyarakat setempat. Ketiga-tiga aspek ini perlulah dirungkai dengan lebih terperinci agar kesemua pembaca dan pengkaji akan datang mudah untuk memahami sejarah Kota Kuala Kedah. Aspek yang ingin dikaji adalah kerana bagi menyempurnakn maklumat-maklumat yang tidak lengkap di dalam latihan ilmiah yang lain. Dari penemuan di atas, dapat disimpulkan bahawa Kota Kuala Kedah dapat memegang peranannya sebagai pembawa nilai-nilai sejarah dari masa lalu, dan juga tarikan warisan budaya, yang dipenuhi dengan kisah-kisah dari masa lalu yang membentuk masa kini dan masa depan tanah kita untuk Malaysia amnya, dan Kedah secara khusus.. 8.
(21) SOROTAN KAJIAN LEPAS. 2.0 PENGENALAN. Dalam bab ini akan dijelaskan tentang kefahaman latar belakang Kota Kuala Kedah dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan Kota Kuala Kedah. Bab ini juga, pengkaji akan menerangkan tentang perkaitan antara objektif-objektif pengkaji dengan tajuk yang dipilih iaitu tentang tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah bagi negeri Kedah. Selain itu, pengkaji akan menghuraikan tentang objektif kajian yang lain iaitu mengenai konservasi kota serta kesan pelancongan kota kepada masyarakat setempat.. 2.1 KAJIAN LEPAS. Melalui cara ini, pengkaji akan menggunakan maklumat-maklumat atau fakta yang telah dikaji dan diterbitkan serta berkait dengan kajian yang dilakukan. Pengkaji menggunakan bahan-bahan rujukan artikel, jurnal, buku, laman sesawang dan akhbar yang berkaitan dengan kota.. Dalam kajian lepas ada yang menerangkan tentang latar belakang kota dan bagaimana kota ini dapat dijadikan sebagai produk pembangunan pelancongan bagi negeri Kedah.. FYP FTKW. BAB II.
(22) Kuala Kedah sebagai tajuk kajian utama beliau. Dalam penulisan beliau, banyak berkaitan zaman kesultanan ketika pembangunan Kota Kuala Kedah dibina. Selain itu, beliau juga telah menerangkan tentang pembangunan kubu di Kota Kuala Kedah yang kini dikenali sebagai Kota Kuala Kedah. Di dalam penulisan, beliau menceritakan dengan terperinci sehingga bahagian pertahanan turut ditulis di dalam pemulisannya. Pertahanan yang diceritakan adalah berkaitan serangan dan ancaman yang telah berlaku kepada Kedah. Serangan yang dilancarkan adalah bermula daripada Kuala Kedah. Namun demikian, dengan adanya pembangunan Kota Kuala Kedah mampu menghalang semua serangan yang telah dilakukan oleh pihak musuh ketika itu. Namun begitu, di dalam penulisan beliau tidak menyentuh mengenai sejarah atau latar belakang Kota Kuala Kedah yang mana mampu untuk memudahkan orang awam untuk memahami sejarah kota. Di samping itu, Dato Haji Wan Shamsudin juga tidak menyentuh mengenai konservasi yang perlu dilakukan bagi melangsungkan keaslian Kota Kuala Kedah. Kesemua aspek ini perlulah disentuh agar dapat menjadi tatapan terhadap pengkaji akan datang.. Napidza Bt Haji Abdullah (1986) menerusi penulisannya yang berkaitan Kota Kuala Kedah secara menyeluruh dan mendalam. Di dalam penulisannya, beliau menyentuh pembinaan Kota Kuala Kedah dengan secara teratur yang mana keadaan kota atau pemetaan kota telahpun dimasukkan di dalam penulisan beliau. Penulisan beliau kelihatan menarik dengan adanya ukuran skala jarak pemetaan yang tepat. Di samping itu, beliau turut menyentuh ciri-ciri Kota Kuala Kedah dengan menghuraikan secara terperinci setiap sudut kota tersebut. Apa yang dihuraikan beliau adalah berkaitan zaman kesultanan ketika itu yang mana beliau menghuraikan kisah campur tangan sultan terhadap Kota Kuala Kedah. Di dalam yang sama, beliau menyatakan bahawa Kota Kuala Kedah adalah sebagai sebuah kota pertahanan yang utuh yang ada di Kedah pada ketika itu.. Wan Shamsudin Mohd Yusuf (1990) menjelaskan dalam penulisannya bahawa Kota Kuala Kedah berperanan sebagai kota pertahanan bagi Negeri Kedah. Dalam penulisan beliau, peperangan yang ditulis merupakan peperangan antara Kedah 10. FYP FTKW. Dato Haji Wan Shamsudin bin Mohd Yusuf (2001) lebih menumpukan Kota.
(23) merupakan induk pertahanan bagi menahan ancaman dari kerajaan luar. Selain itu, kepahlawanan Kedah juga telah dimasukkan oleh beliau dalam penulisannya. Beliau telah menyanjung tinggi pahlawan serta hulubalang Kedah yang ketika itu berkorban demi menjaga negeri mereka.. Ismail bin Saleh (1970) telah menghimpunkan segala artikel yang berkenaan dengan Kota Kuala Kedah serta melakukan kesimpulan akhir terhadap kesemua artikel tersebut. Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beliau, beliau telah mengarang semula pembinaan Kota Kuala Kedah serta peperangan yang telah berlaku. Selain itu, beliau turut menulis kronologi berkaitan peperangan yang berlaku di Kota Kuala Kedah. Di samping peperangan, beliau turut menulis berkaitan peranan kota sebagai sebuah pelabuhan perdagangan pada masa dahulu dan proses pembinaan kota juga dimasukkan dalam artikel beliau. Namun demikian, kelemahan artikel tersebut adalah beliau tidak menyentuh hal berkaitan sejarah Kota Kuala Kedah serta aspek konservasi kota setelah era peperangan tamat. Hal ini kerana, aspek konservasi sangatlah penting untuk mengekalkan peninggalan sejarah pada ketika suatu dahulu.. Abdul Halim Nasir (1990) dalam penulisannya telah menyentuh berkaitan Kota Kuala Kedah. Dalam penulisannya, beliau banyak menyentuh berkaitan kesemua kota yang telah wujud di Tanah Melayu dan salah satunya ialah Kota Kuala Kedah. Selain itu, penulisan beliau juga telah dijadikan sebagai sorotan buku kerana tajuk penulisannya berkaitan dengan Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah yang disentuh oleh beliau merangkumi beberapa aspek utama iaitu bentuk kota, kedudukan kota serta sejarah kota tersebut. Dalam penulisannya, beliau telah mengulas dengan lengkap sehingga penulisannya telah dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji kini. Namun demikian, dalam penulisannya, beliau telah terlepas pandang beberapa sudut pandang lain antaranya aspek sejarah kota supaya tidak dimusnahkan. Penyelidikan masa akan datang akan menjadi halangan bagi mereka kerana terjejasnya sumber primer untuk mereka iaitu terhapusnya kota-kota bersejarah. Selain itu, aspek ekskavasi turut tidak disentuh oleh beliau dalam 11. FYP FTKW. dengan kerajaan dari luar iaitu Siam dan Ligor. Pada ketika itu, Kota Kuala Kedah.
(24) datang dapat mengetahui sejarah kota tersebut. Di samping itu, aspek konservasi kota juga harus diketengahkan agar dapat kekalkan monumen aslinya supaya tidak terjejas oleh peredaran masa.. Raiha Mohd Saub (1981), dalam penulisannya banyak berkisar kepada kepahlawanan Melayu yang telah berjuang dalam mempertahankan kota ketika Kedah telah diserang oleh Siam dan kerajaan Ligor. Dalam penulisannya, beliau menerangkan ramai pahlawan Melayu yang terkorban ketika mempertahankan Kota Kuala Kedah. Di samping itu, beliau telah menceritakan tentang kondisi kota setelah peperangan berakhir. Antara peralatan yang digunakan ketika berlakunya peperangan tersebut ialah meriam dan pintu gerbang kota. Pewartaan kota kepada Jabatan Muzium Kuala Kedah turut dimasukkan dalam penulisannya.. Jabatan Warisan Negara cawangan utara (2000) telah menulis berkaitan Kota Kuala Kedah. Dalam penulisan tersebut menyatakan secara umum berkaitan sejarah kota iaitu bermulanya dari penubuhan kota sehinggalah era peperangan telah dimasukkan dalam penulisan tersebut. Di samping itu, dalam penulisan itu juga dimasukkan penglibatan sultan terhadap Kota Kuala Kedah. Dalam penulisan itu, Kota Kuala Kedah telah dibina ketika berlakunya perebutan takhta kerajaan Kedah sekitar tahun 1724 sehingga 1726. Selain itu, kronologi runtuhnya kota dan dibina semula pada 1771 juga turut diceritakan secara jelas dalam artikel tersebut. Dalam artikel ini juga telah menceritakan keistimewaan kota dengan sempurna termasuklah kedudukan meriam serta pintu gerbang kota.. Menerusi kesemua kajian lepas ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa setiap penubuhan kota pasti ada fungsinya yang mana sebuah kota yang dibangunkan dapat dijadikan sebagai tembok perlindungan ketika berlakunya peperangan. Malah penubuhan kota juga mampu memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dalam mencari pendapatan.. 12. FYP FTKW. penulisannya. Kota-kota yang bersejarah ini haruslah dikekalkan agar generasi akan.
(25) Pembangunan merupakan satu kata yang sangat meluas melalui media massa dalam negara mahupun luar negara dan merupakan konsep yang sering ditutur dan menjadi buah mulut pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan ahli politik, pemerintah, wartawan, dan pelbagai lagi. Pembangunan ini sangat berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan semua lapisan masyarakat yang merupakan perkara terpenting dalam pembangunan.. Selain daripada pembangunan, pelancongan juga merupakan perkara penting dalam meningkatkan pendapatan ekonomi bagi sesebuah negara. Pelancongan turut dilambangkan sebagai aktiviti perindustrian yang membolehkan penjanaan ekonomi tempatan meningkat. Segala pembangunan dan perancangan bagi menarik kedatangan pelancongan haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin supaya dapat memberikan manfaat serta faedah bagi mengerakkan ekonomi negara. Selain daripada perindustrian, warisan turut mampu menyediakan pendapatan ekonomi negara mahupun negeri menerusi pelancongan.. Setiap negara memiliki warisan dan budayanya yang tersendiri yang mampu menarik minat para pelancong untuk datang melancong ke dalam negara. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negara. Di samping datang melancong ke dalam negara, para pelancong akan turut dapat mempelajari warisan yang ada di dalam negara dan ini merupakan satu kebanggaan bagi negara kerana dapat memperkenalkan warisan negara kepada masyarakat luar.. Perkembangan sektor Malaysia telah berlaku sekitar awal 70an, dengan munculnya penambahan para pelancong dari pelbagai sudut. Dengan adanya kerjasama kerajaan serta swasta mampu meningkatkan dan menambahbaik kemudahan infrastruktur dalam negara. Pelancongan di Malaysia bertambah maju apabila pihak kerajaan telah mengadakan Rancangan Malaysia ke-5 iaitu dengan 13. FYP FTKW. 2.2 PEMBANGUNAN PELANCONGAN SECARA UMUM.
(26) melancong.. Secara kesimpulannya, sektor pelancongan negara dapat diperhatikan telah mengalami peningkatan dari satu masa ke satu masa dengan adanya kepelbagaian jenis pelancongan yang tidak hanya terikat dengan perindustrian tetapi juga menggunakan warisan dan budaya negara sebagai salah satu pelancongan negara.. 2.3 PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI NEGERI KEDAH. Negeri Kedah sangat popular dengan kepelbagaian destinasi pelancongan yang mampu menarik minat orang ramai untuk menerokai sama ada daratan mahupun lautan. Sektor pelancongan di negeri Kedah telah bermula apabila terjadinya perkembangan di Pulau Langkawi. Perkembangan ini berlaku kerana Pulau Langkawi telah memperoleh pengiktirafan daripada pihak kerajaan iaitu sebagai kawasan zon bebas cukai pada tahun 1987 sekaligus dijadikan sebagai kawasan pelancongan yang popular di dalam negara mahupun peringkat global. Pada awalnya, Langkawi hanya merupakan kawasan penempatan bagi masyarakat nelayan di situ yang mana mereka hanya menjalankan aktiviti ekonomi yang berasaskan tangkapan ikan di pantai. Sebelum berkembangnya sektor pelancongan ini, penduduk di situ hanya bergantung kepada hasil pertanian sahaja, namun hal ini telah merubah kehidupan mereka apabila munculnya sektor pelancongan di situ yang mana mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti atau pekerjaan lain selain pertanian dan menangkap hasil laut.. Selain itu, perkembangan pelancongan ini turut telah mengubah aktiviti ekonomi penduduk yang mana ekonomi asal mereka pertanian dan hasil laut terus bertukar kepada sektor perkhidmatan iaitu dengan bekerja di pusat-pusat peranginan yang telah dibuka di situ. Adanya aktiviti pelancongan ini, kadar pengangguran serta kemiskinan kian menurun dengan adanya peluang pekerjaan yang banyak. Oleh hal yang demikian, aktiviti pelancongan ini mampu 14. FYP FTKW. menambahbaik kemudahan infrastruktur untuk para pelancong yang datang.
(27) serta mengubah kehidupan penduduk tersebut.. Menerusi perkembangan aktiviti pelancongan yang kian membanggakan di setiap pelusuk negara, kerajaan telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap sektor pelancongan yang dijadikan sebagai agen pertumbuhan ekonomi negeri Kedah. Kerajaan negeri telah merancang untuk membangunkan sektor pelancongan iaitu dengan menekankan kepada sektor-sektor lain yang turut berpotensi tinggi menerusi warisan budaya mahupun alam semula jadi. Di samping itu, Kedah turut menekankan kepada sektor perkhidmatan seperti perhotelan dan penginapan. Kerajaan juga memfokuskan kepada sektor ekopelancongan seperti Gunung Jerai, Ulu Muda, dan Tasik Pedu yang lebih kearah kehijauan alam, hutan, dan kehidupan masyarakat kampung.. Akhir sekali, kerajaan Negeri Kedah turut pelbagaikan sumber pelancongan baharu yang mampu menjadi daya tarikan di Kedah. ini merupakan salah satu pelan pembangunan pelancongan yang mampu menarik kedatangan pelancong yang memfokuskan kepada tarikan semulajadi, tarikan warisan, tarikan sejarah, dan tarikan buatan manusia. Antaranya adalah tapak arkeologi, muzium, hutan lipur, pusat beli belah, dan tasik.. 2.4 PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI DAERAH KOTA SETAR. Daerah Kota Setar merupakan salah satu daerah yang membangun di negeri Kedah dalam sektor pelancongan. Kota Setar merupakan daerah yang menerima banyak kunjungan pelancong selain daripada daerah Langkawi. Kebanyakkan tempat menarik untuk dikunjungi di Kedah terletak berdekatan dengan pusat bandar Alor Setar dan ini memudahkan para pelancong untuk mencarinya.. 15. FYP FTKW. meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat dan berjaya membuka minda.
(28) khususnya daerah Kota Setar dengan adanya sebuah kota bersejarah yang dikenali sebagai Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri yang mana pelancong dapat singgah sementara waktu menunggu feri untuk ke Langkawi. Kota Kuala Kedah ini berada di tebing utara muara Sungai Kedah. Gabungan antara Sungai Kedah dan kota mampu menarik minat orang ramai untuk berkunjung kerana terdapatnya pemandangan yang sangat menarik yang boleh dinikmati.. 2.5 PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI KOTA KUALA KEDAH 2.5.1 Latar Belakang Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah berbentuk persegi terletak kira-kira 10kilometer dari Alor Setar. Bandar ini dibina pada awal tahun 1600an semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah dengan bantuan penjajahan Portugis, pada mulanya dijadikan sebagai kilang dan pusat perdagangan. Bandar ini terletak di pertemuan Sungai Kedah, Utara Alor Setar dengan kawasan paya bakau di salah satu sisi dan terusan yang luas digali antara dinding di tanah runtuh. Pada pertengahan tahun 1600, bandar diubah menjadi kubu dengan perolehan 30 meriam. Portugis melindungi Kedah dari pelbagai serangan, termasuk penyitaan kuasa daripada peraturan tempatan.. Kota Kuala Kedah turut dikenali sebagai Kota Kuala Bahang yang merupakan antara salah satu kota bersejarah yang dibangunkan oleh rakyat negeri Kedah yang berbangsa Melayu. Kota Kuala Kedah yang berada di Alor Setar ini menggambarkan sebuah kompleks sejarah yang terkenal di negeri Kedah. Kota Kuala Kedah turut berperanan sebagai salah satu tumpuan daripada para pelancong tidak kira dalam negeri Kedah itu sendiri mahupun pelancong daripada luar negeri Kedah yang hadir untuk melawat bangunan-bangunan peninggalan sejarah yang ada kaitannya dengan negeri Kedah. Para pelancong yang datang untuk melancong di Kota Kuala Kedah akan dapat menikmati kepelbagaian peninggalan artifak sejarah, antaranya adalah peninggalan meriam, bekas kota, serta maklumat yang 16. FYP FTKW. Perkembangan kemasukan para pelancong dari luar ke Negeri Kedah.
(29) besar yang telah dibina pada 10 Safar 1185 Hijrah sehingga 1195 Hijrah atas perintah daripada Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778-1789). Baginda turut bersemayam di kota ini pada tahun 1803. Setelah itu, kota ini telah diambil alih oleh pihak Inggeris dan mereka telah membina sebuah pintu gerbang empat segi yang bertentangan ke arah jambatan Alor Melaka.. 2.5.2 Masyarakat dan Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah amat Setar sinonim dengan penduduk yang tinggal di daerah Kota khususnya beberapa kampung dan taman yang terdapat di sekitar kota. Terkenal dengan keunikannya, Kota Kuala Kedah ini telah menjadi salah satu daya tarikan di Daerah Kota Setar. Kota Kuala Kedah ini menjadi daya tarikan kerana masih memilik kubu-kubu terbongkah batu berwarna merah yang kekal utuh dan pernah dijadikan sebagai kubu pertahanan pada suatu ketika dahulu demi mengelak serangan daripada pihak musuh iaitu Siam, Bugis, dan Acheh. Kubu merah ini kerap dijadikan sebagai kawasan photoshoot oleh orang ramai ketika datang ke situ termasuklah pengantin baru.. Selain itu, di kawasan kubu tersebut mempunyai sebuah muzium yang diletakkan di dalam rumah kayu yang berwarna putih. Dalam muzium tersebut mempunyai beberapa peninggalan artifak bersejarah yang sangat menarik untuk dilihat oleh pengunjung. Antara peninggalan sejarah yang terdapat di dalam muzium tersebut adalah mata wang lama, pedang samurai Jepun yang asli, dan seramik antik.. Semenjak kota ini kian popular, lokasi ini berupaya menarik hampir 100 orang pelancong dari dalam dan luar negara dalam sehari. Ramai penduduk sekitar yang mengambil peluang ini dengan membuka gerai makanan bagi memudahkan para pelancong untuk membeli makanan. Selain daripada itu, terdapat juga 17. FYP FTKW. berkaitan sejarah Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah ini turut mempunyai pintu.
(30) memudahkan para pengunjung.. 2.6 KERANGKA TEORI 2.6.1 Teori Pelancongan Teori yang dipilih dalam kajian ini adalah teori pelancongan. Teori ini dipilih kerana bersesuaian dengan tajuk kajian yang dilakukan berkaitan pelancongan yang menjelaskan apa itu pelancongan daripada pelbagai perspektif.. Butler R.W telah menulis buku yang bertajuk “The Concept of The Tourism Area Life-Cycle of Evolution: Implication For Management Of Resource” pada tahun 1980. Butler telah memperkenalkan konsep evolusi kitaran hidup di kawasan pelancongan yang mana Butler telah melihat bagaimana perkembangan pelancongan berlaku di sesebuah kawasan. Terdapat enam tahap dalam dalam perkembangan pelancongan. Tahap-tahap kitaran perkembangan yang Butler perkenalkan adalah tahap penemuan (exploration), penglibatan (involvements), pembangunan (development), kestabilan (consolidation), kurang berkembang (stagnasi), penurunan dan penremajaan (decline/rejuvenation).. Perkembangan sesebuah kawasan pelancongan berlaku secara evolusi dari permulaan dan melalui beberapa peringkat sehingga akhir mengikut bilangan pelancong dan masa. Pembangunan sesebuah kawasan pelancongan akan menghadapi enam peringkat pembangunan iaitu bermula dengan penerokaan, penglibatan, pembangunan, kestabilan, pengukuhan dan tahap akhir sekali iaitu penurunan atau penremajaan. Setelah berada di tahap akhir, sesebuah kawasan pelancongan dijangka sama ada akan merosot dengan segera, kekal stabil atau menempuh peringkat nafas baru bergantung kepada perkembangan pada masa hadapan. Selain itu, kelebihan model ini adalah penekanan terhadap status penglibatan. penduduk. tempatan. dalam. evolusi. pembangunan. destinasi. pelancongan (Butler, 1980; Johan Afendi & Mohamad Zaki, 2012). Teori Butler ini menerangkan bagaimana perkembangan pelancongan di kawasan tersebut terjadi 18. FYP FTKW. perkhidmatan awam lain yang disediakan seperti tandas dan surau bagi.
(31) kepada pengusaha pelancongan di kawasan tersebut iaitu adakah ia berlaku penurunan atau pembangunan semula pelancongan.. Di samping itu, teori ini juga boleh dikaitkan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji kerana ingin melihat bagaimana perkembangan pelancongan boleh berlaku di kawasan kota. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui latar belakang dan sejarah di kawasan tersebut sama ada telah melalui enam tahap yang telah diperkenalkan oleh Butler ini.. Dalam tahap terakhir iaitu tahap penurunan perkembangan semula atau kemerosotan pelancong di sesuatu kawasan tersebut bergantung kepada komuniti dan pengurusan yang mengendalikan pelancongan di kawasan tersebut. Dalam pelancongan terdapat risiko boleh berlaku penurunan dan pembangunan semula pelancongan seperti mana yang dijelaskan oleh Butler. Seterusnya, teori ini juga boleh digunakan untuk mengenalpasti perubahan atau transformasi pembangunan pelancongan di kota melalui kitaran hayat destinasi pelancongan.. Akhir sekali, teori ini amatlah relevan untuk mengkaji kesan pelancongan kepada masyarakat setempat kerana teori ini mengkaji tentang bagaimana tahaptahap pelancongan berkembang dan di dalam perkembangan tersebut, ada masyarakat. setempat. atau. komuniti-komuniti. yang. turut. serta. dalam. memperkasakan sektor pelancongan di sesuatu kawasan secara holistik. Sebagai contoh, komuniti setempat melibatkan para pemimpin atau swasta, pengusahapengusaha pelancongan dan penglibatan masyarakat setempat dalam memajukan pelancongan di sesuatu kawasan.. 19. FYP FTKW. pada peringkat permulaan, perkembangan dan sehingga pada akhirnya bergantung.
(32) METODOLOGI KAJIAN. 3.0. PENGENALAN. Cohen dan Manion (1996) menafsirkan metodologi ialah satu pendekatan yang akan digunakan ketika menjalankan sesuatu penyelidikan pendidikan yang bertujuan untuk mengumpulkan data. Menurut Noorzan Mohd Noor, penyelidikan ialah satu pengkajian yang dijalankan untuk memperoleh jawapan secara sistematik. Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat membentuk bukti bagi menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan faktor sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi dilakukan adalah untuk membantu memahami dengan lebih tepat dan terperinci tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Metodologi merangkumi reka bentuk, kaedah kajian, persampelan, analisis data, dan instrument kajian.. 3.1. REKABENTUK KAJIAN. Reka bentuk kajian adalah salah satu cara penyelidik mengendali kajian dan merupakan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah kualitatif bagi mengumpul dan memperoleh maklumat dan data yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Kaedah. FYP FTKW. BAB III.
(33) kajian juga digunakan adalah untuk memperoleh maklumat atau data secara terus dari subjek kajian. Menurut Mohd Kamal Dasuki (1996) kajian kes mampu memperoleh gambaran secara realiti yang konsisten malah dapat mempermudahkan pertalian dengan kegiatan yang dilakukan. Kegiatan yang dinyatakan ialah untuk mempermudahkan pengesanan bahagian-bahagian yang hendak dikaji.. Kajian kualitatif dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan data atau maklumat secara langsung malah tidak terbatas untuk mendapatkan maklumatnya. Bagi memperolehi maklumat menerusi kaedah kualitatif, pengkaji menggunakan instrument penyelidikan seperti kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Kesemua data yang diperoleh akan disimpan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis data. Kaedah kepustakaan pengkaji boleh mencari maklumat di perpustakaan untuk dianalisa bagi memperolehi maklumat tambahan berkaitan dengan tajuk kajian. Manakala bagi kaedah lapangan meliputi temubual bersama responden yang terpilih.. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih pendekatan etnografi. Etnografi merupakan kaedah yang berbentuk pemerhatian dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semulajadi. Etnografi juga merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan menginterpretasi bentuk’culturesharing’ sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan dan bahasa. ‘Culturesharing’ ini dimaksudkan dengan seseorang pengkaji perlu meluangkan masa di tempat kajian untuk menemu bual dan memerhati bagi mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dan direkodkan dengan terperinci.. Kajian etnografi memfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan. Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi dianggap sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya yang berkaitan adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kerja lapangan. Ia juga merupakan kajian deskriptif ke atas 21. FYP FTKW. kualitatif yang digunakan adalah temu bual dan pemerhatian. Selain itu, reka bentuk.
(34) umumnya, etnografi diklasifikasikan sebagai gambaran dan mempelajari tentang budaya manusia dalam skala yang kecil yang saling berinteraksi.. Rekabentuk kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah lebih menjurus kepada bagaimana untuk memperolehi jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan juga merupakan metod yang akan membolehkan objektif kajian akan mudah dicapai oleh pengkaji. Antara objektif kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam kajian ini adalah:. •. Mengenalpasti tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah.. •. Mengkaji tentang proses konservasi di Kota Kuala Kedah.. •. Mengetahui kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat.. Oleh itu, bagi mencapai objektif ini pengkaji akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya. Pada permulaan pengkaji akan meninjau beberapa kajian lepas bagi menggelakkan berlakunya pertindihan tajuk dan penyelidikan yang akan dilakukan kelak.. 22. FYP FTKW. sesuatu budaya, sub budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat. Secara.
(35) FYP FTKW. Permasalahan kajian. Objektif kajian. Kajian Lepas. Kajian lapangan. Kaedah Primer. Kaedah Sekunder. - Temu bual. -Kajian. - Pemerhatian. perpustakaan Analisis data-Rujukan internet Kesimpulan. Carta Alir 1: Proses Kajian Dilakukan. 3.2. KAEDAH KAJIAN. Ketika melakukan kajian ini pengkaji memilih kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif ialah sebarang penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan (Strauss and Corbin 1990). Kaedah kuantitatif berasal daripada perkataan kuantiti yang dirujuk kepada sesuatu perkara yang hanya boleh dikira dan diukur. 23.
(36) melalui tiga kaedah iaitu pengumpulan data, penganalisian data, dan rumusan. Bagi tahap pengumpulan data, pengkaji akan mengenalpasti dan menyediakan parameter kajian. Selain itu, pengkaji biasanya akan bergantung kepada beberapa kaedah bagi pengumpulan data yang melibatkan pengkaji berada di tempat kajian seperti pemerhatian, temubual, dan dokumen.. 3.2.1. Data Primer. Pengkaji akan memilih bagi mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan kajian dengan menggunakan data primer. Melalui kaedah kualitatif, pengkaji akan memilih untuk melakukan kajian dengan menggunakan beberapa cara. Antaranya adalah:. i) Kajian Lapangan Kajian lapangan ini memerlukan pengkaji untuk melakukan kajian di kawasan kajian yang telahpun dipilih. Pemilihan kawasan kajian ini sangat penting supaya maklumat yang akan diperoleh memudahkan pengkaji untuk menganalisis dengan teratur. Kajian ini akan tertumpu di kawasan Kota Kuala Kedah. ii) Kaedah Temubual Kaedah temu bual ini dilakukan adalah untuk menambahkan maklumat kajian yang dilakukan. Cara pelaksanaan yang akan dilakukan ialah dengan melakukan satu temu bual secara lisan dan jawapan yang diperoleh akan direkodkan oleh pengkaji secara bertulis melalui penggunaan rakaman elektronik.. Selain itu, temu bual juga boleh didefinasikan sebagai sebuah komunikasi dua hala antara pengkaji dengan responden. Temu bual bertujuan untuk 24. FYP FTKW. Dalam penulisan ini, pendekatan kualitatif digunakan bagi mendapatkan data.
(37) Menurut Denzin (2001), kaedah temu bual ini haruslah menggunakan lebih alat pemgumpulan maklumat yang mana temu bual ini haruslah bersifat reflektif yang dapat menggambarkan kehidupan serta keadaan yang sebenar.. mengenalpasti soalan temubual. melakukan temubual yang sebenar. membaiki dan mengubahsuai soalan-soalan temubual. membina soalan temubual. menyemak soalan temubual. Carta Alir 2: Carta Aliran Pembinaan Soalan Temubual iii). Kaedah Pemerhatian. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan pengkaji ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, dan melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dekat. 3.2.2. Data Sekunder. Menerusi data sekunder, pengkaji dapat mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Kaedah sekunder ini merupakan kaedah yang. 25. FYP FTKW. mengumpulkan maklumat bagi memudahkan pengkaji menjalankan kajian..
(38) rujukan kepada pengkaji.. i) Kajian Kepustakaan. Rujukan yang dilakukan di perpustakaan sangat penting bagi mendapatkan maklumat serta info tajuk yang dikaji seperti jurnal, buku, majalah, dan pelbagai maklumat lain lagi yang akan dapat membantu menyelesaikan kajian yang dilakukan. Rujukan perpustakaan ini juga dilakukan melalui tesis-tesis dan projek penyelidikan yang telah dilaksanakan. Kaedah perpustakaan ini turut mampu membantu para pengkaji untuk memperoleh deskripsi awal berkaitan bidang yang akan dikaji.. ii) Sumber Internet. Secara amnya, sesuatu rujukan membentuk satu jalinan antara objek yang mana sesuatu objek itu akan dirangka dengan melibatkan objek yang lainnya. Manakala internet merupakan sebuah jaringan komputer yang berhubungan antara satu sama lain secara global yang memudahkan penggunanya dapat saling berganti maklumat. Internet merupakan sebuah sistem komunikasi data yang berskala global yang mempunyai infrastruktur seperti hardware dan software yang terhubung dengan komputer. Internet muncul pada tahun 1966 oleh ARPA (Advanced Research Project Agency).. Melalui rujukan internet inilah para pengkaji akan dapat melayari laman web rasmi dan artikel atas talian untuk mencari informasi berkaitan dengan tajuk yang dikaji oleh mereka dengan mudah dan pantas.. 26. FYP FTKW. memperoleh maklumat berdasarkan bahan-bahan ilmiah yang dijadikan sebagai.
(39) PERSAMPELAN. Kaedah persampelan merupakan satu proses yang mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi yang dipilih dan dikaji bagi membolehkan pengkaji membuat satu generalisasi berkaitan populasi itu. Persampelan ini juga membenarkan pengkaji mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada sebahagian populasi. Terdapat beberapa kaedah persampelan yang boleh digunakan iaitu persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan keberangkalian. Bagi kajian ini, pengkaji telah memilih persampelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan kuota (Quota Sampling).. Persampelan kuota ini juga dikenali sebagai persampelan rawak berlapis yang bukan kebarangkalian. Dalam persampelan kuota ini, pengkaji telah menentukan sampel dari populasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang diinginkan. Subjek bagi persampelan kuota yang telah ditentukan oleh pengkaji adalah daripada masyarakat negeri Kedah itu sendiri.. 3.4. ANALISIS DATA. Pengkaji telah memilih kaedah analisis data termatik yang mana pengkaji akan menganalisis data menerusi beberapa proses. Proses pertama yang akan pengkaji lakukan ialah pengkaji akan melakukan transkripsi data iaitu daripada bentuk audio kepada bentuk penulisan. Setelah selesainya transkripsi tersebut, pengkaji akan melakukan pembacaan semula yang akan dibuat serta menetapkan tema bagi kesemua jawapan temubual yang dilakukan tersebut. Seterusnya, pengkaji akan melakukan trangulasi data yang mengaitkan data daripada kajian lepas. Proses yang seterusnya ialah pengkaji akan melakukan pemilihan sub-kumpulan lalu memasukkan kod bagi setiap kumpulan tersebut. Sesudah proses ini, pengkaji akan melakukan semakan untuk mengesahkan data daripada responden untuk diletakkan di dalam dapatan kajian. Tujuan pengesahan ini dilakukan adalah kerana demi memastikan data yang didapati itu benar dan tidak menimbulkan kekeliruan kelak.. 27. FYP FTKW. 3.3.
(40) Instrumen kajian merupakan alatan yang akan digunakan oleh pengkaji ketika mengumpulkan kesemua maklumat. Alatan yang digunakan ini adalah untuk memudahkan pengkaji dalam mendapatkan maklumat selain mempermudahkan urusan menemubual, kerja lapangan, dan sebagainya ketika proses kajian dilakukan. Di samping itu, urusan merekod maklumat juga akan terlihat lebih mudah untuk didapati apabila adanya kesemua instrumen kajian ini. Antara instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah:. 3.5.1 Telefon Pintar. Ketika temubual secara tidak berstruktur di jalankan kepada responden, instrumen telefon pintar akan digunakan bagi menghubungi kesemua para responden dengan hanya menerusi atas talian sahaja dan tidak perlu lagi untuk bersemuka. Telefon pintar ini merupakan medium yang digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian daripada responden demikian kerana sesetengah responden tidak mudah untuk ditemui secara langsung.. 3.5.2 Buku Catatan. Buku catatatn juga merupakan instrumen yang penting kepada pengkaji dalam melakukan kajian ini sehingga selesai. Kesemua maklumat yang diperoleh berkaitan kajian akan ditulis semula di dalam buku catatan. Hal ini adalah untuk mengelak berlakunya kehilangan maklumat yang penting. Selain itu, catatan yang ditulis ini juga boleh dirujuk semula oleh pengkaji kelak.. 28. FYP FTKW. 3.5 INSTRUMEN KAJIAN.
(41) KESIMPULAN. Kesimpulannya, kesemua kajian yang ingin dijalankan hendaklah mengikuti proses-proses yang telah ditetapkan. Hal ini bagi memudahkan perjalanan pengkaji dalam menyiapkan kajian. Kesemua data yang diperoleh oleh pengkaji hendaklah diteliti dan dan dilihat dengan terperinci dahulu sebelum mengaplikasikannya agar data yang diperoleh tersebut tidak memberikan masalah kepada pengkaji kelak.. Kajian yang dilakukan ini bagi menyedari ramai masyarakat tentang kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada Kota Kuala Kedah yang mampu menjana ekonomi dari segi pelancongan warisan. Kewujudan kota ini mampu membantu masyarakat selain turut memberi manfaat kepada kerajaan negeri dalam sektor pelancongan. Tinggalan warisan dan alam sekitar yang terdapat di sekitar kota mampu menarik minat pelancong tidak kira dalam mahupun luar negara. Maka, pihak bertanggungjawab serta masyarakat setempat hendaklah menggunakan manfaat ini dan seterusnya mengambil langkah untuk meningkatkan kemudahan pelancongan di Kota Kuala Kedah.. 29. FYP FTKW. 3.5.
(42) DAPATAN KAJIAN. 4.0 PENGENALAN Pengkaji akan mengulas bab ini dengan lebih terperinci menggunakan beberapa kaedah kajian yang telah digunakan. Hasil dapatan kajian hendaklah berdasarkan objektif yang telah pengkaji kemukakan. Segala maklumat yang telah dikumpul dan dicatat dari kajian perlu mencapai dan menjawab semua objektif yang telah dikemukakan. Oleh itu, pengkaji perlu memastikan objektif dan dapatan kajian saling berkait rapat supaya kajian ini tidak tersasar dari tujuan utama. Proses temubual juga telah dilakukan dengan orang yang berkenaan untuk melengkapkan kajian ini. Seperti kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji mengenai Kota Kuala Kedah Sebagai Produk Pelancongan Warisan, kajian ini mempunyai objektif yang tersendiri. Objektif ini perlu dicapai supaya kajian yang dijalankan berjaya dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Selain itu, kajian ini mempunyai skop dan batasan yang tersendiri supaya pengkaji dapat memfokuskan kepada beberapa objektif sahaja. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif yang mana bertujuan mendapatkan data-data yang lebih terperinci mengenai kajian ini mengikut objektif yang telah ditetapkan iaitu:. i). Mengenalpasti tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah.. ii) Mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan. iii) Mengetahui kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat.. FYP FTKW. BAB IV.
(43) FYP FTKW. 4.1 ANALISIS TEMUBUAL RESPONDEN. Dalam bab ini, data-data yang diperolehi hasil daripada temubual dengan responden yang mempunyai pengalaman atau kemahiran khususnya yang pernah terlibat dengan Kota Kuala Kedah tidak kira dari segi pengurusan mahupun pelancong atau penduduk di sekitar Kota Kuala Kedah. Kaedah temubual yang digunakan ini merupakan kaedah pendekatan kualitatif seperti mana yang dinyatakan oleh Denzin dan Lincoln (1994) bahawa kaedah kualitatif mempunyai pelbagai kaedah yang mana mempunyai kaedah berfokus dan penyelidikan secara semulajadi dalam mengkaji sesuatu perkara. Analisis yang dilakukan oleh pengkaji dikategorikan kepada tiga aspek iaitu mengenalpasti tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah, mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan dan mengetahui kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat yang mana aspek ini berpaksikan kepada objektif kajian. Melalui kaedah ini, pengkaji memperoleh data yang lebih tepat hasil daripada jawapan yang telah diberikan oleh responden yang mempunyai pengalaman dalam seni persembahan ini. Selain itu, terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data daripada kajian ini iaitu:. 4.1.1 Kaedah Temubual. Temubual adalah kaedah yang digunakan dalam dapatan kajian. Hal ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang bersesuaian bagi memperoleh data yang lebih terperinci hasil daripada individu yang terlibat dengan Kota Kuala Kedah. Pada tahap ini, pengkaji telah menjalankan temubual dengan Penasihat Muzium Kota Kuala Kedah iaitu Encik A. Rahim Bin Baharom dan 10 responden yang merupakan masyarakat setempat. Menurut Robson (2011), teknik temubual ini mempunyai potensi dalam menghasilkan kajian yang kaya dan menyerlah.. 31.
(44) FYP FTKW. 4.1.2 Dokumentasi. Pendokumentasian merupakan kaedah yang digunakan dalam kajian ini hasil daripada temubual. Pendokumentasian ini berperanan dalam mengukuhkan data yang diperoleh daripada responden dari awal sehingga akhir proses temubual. Hal ini kerana, setiap jawapan yang diperolehi akan diteliti dan akan ditukarkan ke dalam bentuk transkrip bagi memastikan setiap jawapan yang direkodkan didokumentasi dengan lebih baik. Perkara ini juga dapat memberikan cara kepada pengkaji dalam memastikan perbezaan jawapan antara setiap responden serta memudahkan proses mengklasifikasikan jawapan tersebut mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan.. 4.2. DAPATAN KAJIAN. 4.2.1. Tujuan Pembinaan Kota Kuala Kedah. i). Tujuan Sebenar Kewujudan Kota Kuala Kedah. Menurut Encik Rahim, tujuan utama dibangunnya kota ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana Sultan Sulaiman bimbang negeri Kedah yang aman dan makmur akan diserang musuh. Dua musuh yang paling ditakuti Sultan Kedah saat itu adalah Siam dan Acheh, yang sememangnya terkenal dengan kekuatan angkatan lautnya yang kuat. Sultan Sulaiman menyatakan jika pertahanan tidak dibangunkan, musuh mudah masuk dan menduduki Kedah kerana Sungai Kedah merupakan satu-satunya pintu masuk ke Kedah pada masa itu. Namun perkembangan Kota Kuala Kedah telah diketahui oleh Sultan Acheh ketika itu iaitu Sultan Iskandar Mahkota Alam. Pada tahun 1619, Sultan Acheh merasa bahawa Kedah semakin kuat dan pasti akan menggugat penguasaan Acheh, sehingga baginda mengirim pasukan dan berhasil memasuki kota pertahanan dan kemudian menduduki tanah Kedah. Sejak saat itu, orang Acheh menguasai kota Kuala Kedah. Setelah Sultan Iskandar Mahkota Alam mangkat, penggantinya iaitu Sultan Iskandar Thani telah memerintahkan angkatan tenteranya untuk pulang ke Acheh kerana baginda tidak berminat untuk terus menjajahi negeri Kedah. 32.
(45) FYP FTKW Gambar 1: Pintu Bahagian Timur Sumber: Google Images Sungguh ironis bahawa sebuah kubu yang menjadi medan perjuangan terakhir untuk kemerdekaan Kedah sebenarnya memulakan kehidupan sebagai pos terdepan untuk penjajah Barat pertama Semenanjung Tanah Melayu Portugis. Dahulunya kawasan ini dipanggil Kuala Bahang dan kubu itu dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Kedah (1602-1619) dengan bantuan Portugis. Bentuknya bersegiempat tepat menunjukkan bahawa ia mungkin lebih berfungsi sebagai kilang perdagangan untuk digunakan oleh Portugis pada masa itu dan bukannya kubu tentera yang direka dengan benteng, titik kuat dan medan api. Namun begitu, sebagai sebuah pos terpencil yang diduduki oleh Portugis, ia sudah tentu menjadi sasaran musuh utama mereka pada ketika itu iaitu Acheh. Sultan Mahkota Alam Acheh telah menyerang kubu pada tahun 1619, mengusir Portugis dari kubu. Mahkota Alam kemudiannya menakluki seluruh negeri, membawa pulang lebih 7000 tawanan ke Acheh.. Kedah dikatakan telah membeli lebih 30 meriam daripada Portugis pada tahun 1650 dan sebahagian daripadanya digunakan untuk mengukuhkan pertahanan Kota Kuala Kedah. Ini sememangnya terbukti pernah digunakan semasa tempoh penguasaan Bugis pada abad berikutnya. Pemimpin Bugis iaitu Daeng Parani yang dikatakan memiliki kekuatan 62 kapal perang dari Riau dan 33.
(46) FYP FTKW. Selangor telah menyerang Kedah pada tahun 1724 dan mengambil bahagian secara aktif dalam perebutan kuasa antara Sultan Muhammad Jiwa dan adik sultan yang merancang untuk menggulingkan baginda. Daeng Parani memihak kepada sultan yang memerintah, manakala adik sultan telah menjemput Raja Kechil dan pengikut Minangkabau untuk mengusir orang Bugis dari Kedah. Raja Kechil kemudiannya menduduki Kota Kuala Kedah tetapi satu lagi armada kapal perang yang diketuai oleh saudara Daeng Parani iaitu Daeng Merewah telah berjaya menghalau Raja Kechil dan pasukannya keluar dari Kedah dan mereka kembali ke Siak. Peperangan ini berlarutan selama dua tahun dan kemudiannya telah menghancurkan Kedah.. Gambar 2: Tapak Kota Kuala Kedah Sumber: Google Images Orang Bugis sekali lagi berperanan sebagai raja pada tahun 1771, mereka menyokong pasukan penentang di Kedah untuk menggulingkan Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah pada masa itu. Mereka dikatakan telah menawan Kota Kuala Kedah pada tahun itu dan telah merampas lebih 300 meriam tembaga dalam pertempuran tersebut. Walaubagaimanapun, pihak sultan telah mendapat bantuan pedagang Inggeris iaitu Kapten Francis Light dan akhirnya mereka berjaya menawan semula kubu untuk sultan dan menggunakannya sebagai pangkalan. Sebagai balasan, Light berjanji akan menggunakan kubu itu untuk melindungi sultan daripada sebarang serangan yang mungkin berlaku dari muara sungai Kedah. Mungkin janji inilah yang menyebabkan sultan percaya sekian 34.
(47) FYP FTKW. lama bahawa Inggeris akan memberinya bantuan ketenteraan melawan musuhmusuhnya khususnya Siam (Kuala Kedah Fort, 2010).. ii) Ciri-Ciri Reka Bentuk Pembinaan Kota Kuala Kedah. Menceritakan perihal kota Kuala Kedah ini, mengikut sejarah ia mula dibina pada zaman Sultan Sulaiman Shah II ibni Sultan Muzaffar Syah, Sultan Kedah yang ke-12 yang bertakhta dari tahun 1619-1662. Pada asalnya kota ini dibangunkan dengan menggunakan tanah liat, buluh, dan kayu bakau. Setiap bahan yang digunakan merupakan bahan yang mudah diperolehi pada ketika itu. Setiap penjurunya dibuat tembok kayu kerana kedudukannya betul-betul di muara Sungai Kedah. Setelah dibaik pulih, kota telah dibina menggunakan batu-batu yang diambil dari gunung. Berdasarkan reka bentuk kota yang mempunyai lubang-lubang untuk menempatkan senjata api dan meriam menunjukkan ia dibina mengikut ciri-ciri kota pertahanan kukuh pada zamannya.. Dari segi bentuk yang bersegi-empat menunjukkan kota ini pada awalnya dibina berfungsi lebih sebagai kilang atau gudang untuk tujuan perdagangan berbanding sebagai kota pertahanan tentera yang digunakan oleh pihak Portugis sendiri. Ia juga dibina agar tidak mudah terbakar. Malangnya, apabila ia dilihat sebagai kota pertahanan Portugis, ia juga menjadi sasaran utama musuh Portugis ketika itu, Acheh.. 35.
(48) FYP FTKW Gambar 3: Deretan Meriam Yang Masih ‘Setia’ Mengawal Kota Sumber: Google Images. Gambar 4: Peluru Meriam Yang Dijumpai Di Sekitar Kota Sumber: Google Images Kubu tersebut sebelum ini dibina daripada tanah liat yang dikeraskan dan diperkukuhkan dengan rasuk kayu. Pada tahun 1771, Sultan Abdullah memutuskan untuk mengukuhkan lagi kubu tersebut terutamanya untuk dengan mengambil kira meriam berkaliber yang lebih besar yang mana dikatakan pernah digunakan oleh musuh baginda iaitu Bugis dan Siam serta taktik pengepungan 36.
(49) FYP FTKW. baru pada masa itu. Dindingnya dibuat lebih kukuh dengan binaan batu dan binaan bata serta dilengkapi ciri-ciri 'moden' seperti parapet dan lubang intip untuk menembak. Meriam itu juga digantikan dengan senjata berkaliber yang lebih besar yang dibeli daripada orang Inggeris, Belanda, Acheh, Minangkabau dan Melayu Brunei. Pembinaan kubu tersebut akhirnya siap pada tahun 1780.. Setelah siap dibina, Kota Kuala Kedah sekali lagi telah menjadi sasaran musuh dan telah menghancurkan kota ini. Kota Kuala Kedah yang telah musnah akibat serangan musuh telah dibina semula pada 1771 dan ditugaskan pembinaan ini kepada Hafiz Sab iaitu ulama dari India untuk membawa buruh-buruh dari India bagi membina semula kota ini. Tembok kota ini telah dibina semula menggunakan batu-bata merah yang menggunakan bahan adunan seperti kapur kulit kerang dan kulit siput, putih telur dan madu lebah termasuklah tanah asal di Alor Setar.. Gambar 5: Peta Kota Kuala Kedah Sumber: Google Images. 37.
(50) FYP FTKW Gambar 6: Dinding Kota Batu-Bata Merah Sumber: Google Image. iv). Fungsi Lain Pembinaan Kota Kuala Kedah. Selain daripada menjadi benteng pertahanan, Kota Kuala Kedah turut dijadikan sebagai pusat interpot iaitu pusat perdagangan antara Kedah dengan pedagangpedagang asing. Pada abad ke-16 dan ke-17, Kedah terkenal dengan perdagangan lada hitam yang banyak dan hasilnya telah dibawa ke Melaka dan China. Kemasyuran Kedah sebagai pengeluar lada hitam telah menyebabkan negara-negara Eropah telah berdagang dengannya. Awal kurun ke-18, Kedah terkenal dengan perdagangan seperti biji timah, rotan, dan gajah.. Gambar 7: Peninggalan Kawasan Perdagangan Sumber: Google Images. 38.
(51) FYP FTKW. Di samping itu, fungsi lain Kota Kuala Kedah ialah dijadikan sebagai pusat pelabuhan. Kedudukan yang berdekatan dengan sungai Kuala Kedah menyebabkan munculnya pelabuhan Kuala Kedah yang mengadakan pajak hasil tiang untuk menambat perahu, ruang untuk kapal berlabuh dan keluar dari pelabuhan. Selain itu, telah terbinanya sebuah ‘Rumah Api’ atau ketika itu dikenali sebagai ‘Rumah Pelita’ telah dibina dalam Kota Kuala Kedah (Nik Hassan Shuhaimi & Zuliskandar 2018: 233).. Gambar 8: Rumah Api/ Rumah Pelita Sumber: Google Images. Gambar 9: Surat Perjanjian ‘Pajak Hasil Tiang’ Sumber: Syed Amran. 39.
(52) FYP FTKW. Selain itu, salah satu bangunan yang terdapat di dalam Kota Kuala Kedah juga telah berfungsi sebagai sekolah, mahkamah untuk kes terpencil, dan juga pernah berfungsi sebagai masjid.. Gambar 10: Bekas Tapak Sekolah Sumber: Google Images. 4.2.2 USAHA-USAHA KERJA KONSERVASI DI KOTA KUALA KEDAH YANG TELAH DIJALANKAN. Dalam era pemodenan yang kian meningkat maju, Malaysia mampu dalam mengekalkan bangunan kota bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Sebagai contoh Kota Kuala Kedah yang telah dijaga dan dijalankan kerja konservasi terhadap kota dalam mengukuhkan struktur kota sebagai kota warisan di negeri Kedah.. Antara usaha kerja konservasi yang telah dijalankan ialah pihak kerajaan telah menempah khas batu-bata untuk ditampal atau dimasukkan semula kedalam 40.
(53) FYP FTKW. bangunan kota yang telah lompong dengan mengikut saiz dan jenis yang sama seperti yang asal. Bangunan kota yang masih kekal hanya di bahagian Barat sahaja dan bahagian-bahagian lain telah runtuh. Bangunan kota yang dibina semula telah dibina tidak terlalu tinggi seperti bangunan sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk memperlihatkan kepada masyarakat awam yang lalu-lalang di sekitar kota.. Gambar 11: Tembok Barat Dahulu Dan Sekarang Selepas Baik Pulih Sumber: Syed Amran. Pihak muzium telah diamanahkan untuk memelihara kota ini supaya dibina semula setelah berlaku kerosakan akibat daripada beberapa peperangan yang telah berlaku di antara Kedah dengan kerajaan Bugis, Acheh, Siam, dan British. Ketika pembinaan awal kota, bentuk-bentuk fizikal yang dibina hanyalah kota itu sendiri yang seluas 5 ekar. Setelah itu, pembinaan bekas tapak istana yang kini hanya tersisa tapak sahaja tanpa mempunyai dinding sekelilingnya.. Bagi beberapa meriam pula telahpun diambil oleh kerajaan Bugis dan dibawa pulang ke negara mereka sebanyak 300 pucuk meriam dan hanya meninggalkan beberapa meriam sahaja di Kota Kuala Kedah. Di Kota Kuala Kedah mempunyai 2 pucuk meriam Melayu yang asal iaitu Badak Berendam dan Katak Puru.. 41.
(54) FYP FTKW. Muzium mengambil alih kerja-kerja konservasi sekitar tahun 2000 yang mana telah dilaksanakan sebanyak tiga fasa. Pembinaan yang telah dijalankan telah siap dibina sekitar tahun 2004. Setelah siap dibina, bagi menarik pelancong untuk datang ke Kota Kuala Kedah, pihak muzium telah melakukan beberapa pengisian pameran arkeologi yang dijumpai dan telah dipamerkan bagi tatapan pelancong yang datang. Beberapa bangunan seperti rumah guru dan rumah bagi penjaga rumah api tidak dibina semula oleh pihak muzium kerana struktur aslinya adalah kayu.. Gambar 12: Ruang Pameran Sumber: Syed Amran. Kini, sebarang pembaikan kota haruslah mendapat kelulusan daripada Jabatan Warisan Negara. Bagi pihak Muzium mereka hanya menjaga kota sahaja. Di bahagian Timur menghadap selat melaka telah terbina sebuah pintu gerbang yang masih kukuh sehingga hari ini. Pintu gerbang tersebut diberi nama ‘Gerbang Kacapuri’ dan dikatakan telah dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilio Muzzam Shah ii pada tahun 1710 sehingga 1778. Pintu gerbang ini merupakan pintu gerbang utama yang bersambung terus dengan istana pada Ketika itu. Pada tahun 1970, pintu gerbang ini telah runtuh dan mengalami 42.
(55) FYP FTKW. kerosakan akibat dipukul oleh ribut, namun telah didirikan semula oleh pihak muzium pada tahun 2000. Batuan yang digunakan bagi menyiapkan pintu gerbang ini menggunakan batu-bata granit. Pada bahagian atas telah dipasang lantai kayu. Tangga telah dibina bagi membolehkan pegawai naik atas untuk membuat tinjauan serta pengawasan di bahagian luar kota.. Gambar 13: Pintu Gerbang Kacapuri Sumber: Syed Amram. 4.2.3 KESAN PELANCONGAN KOTA KUALA KEDAH KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT i) Membantu Dalam Memupuk Persefahaman Antara Masyarakat Setempat. Setiap aktiviti pelancongan yang berlaku pastinya memiliki kesan terhadap masyarakat setempatnya dan begitu juga pelancongan di Kota Kuala Kedah. Sektor pelancongan di Kota Kuala Kedah ini secara tidak langsung dapat membantu dalam memupuk persefahaman antara masyarakat setempat. Menurut Siti Shahirah (2021), kedatangan pelancong ke Kota Kuala Kedah yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan Kota Kuala Kedah secara tidak langsung membolehkan pelancong berinteraksi secara dekat dengan masyarakat tempatan. Oleh itu, penduduk di kawasan kota telah menceritakan tentang sejarahsejarah yang berlaku di kawasan kota. Selain itu, penduduk tempatan juga dapat 43.
(56) FYP FTKW. berkongsikan gaya hidup serta adat budaya kita kepada pelancong seperti adat dari segi perkahwinan. Ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat memupuk persefahamaan kepada masyarakat, malah juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelancong yang datang.. Selain itu, pendapat Siti Shahirah ini telah disokong oleh Siti Syatirah (2021) yang turut menyatakan bahawa kedatangan pelancong ke Kota Kuala Kedah dapat memupuk hubungan yang harmoni kerana adanya interaksi antara kedua-dua belah pihak yang berkomunikasi berkaitan sejarah Kota Kuala Kedah.. Di samping itu, menurut Mohammad Syukri (2021) kedatangan pelancong ke Kota Kuala Kedah juga dapat memupuk masyarakat supaya berpegang teguh dengan pemerintahan yang terdapat di Kedah. Ini kerana penubuhan kota ini berlaku kerana wujudnya peperangan antara Kedah dan Siam, kenyataan ini telah disokong oleh (Buyong Adil 1983). Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah bekerjasama untuk sama-sama menjaga sesebuah negeri itu daripada ancaman luar.. Gambar 14: Ilustrasi Peperangan Kedah-Siam Sumber: Syed Amran 44.
(57) FYP FTKW. Melalui aktiviti pelancongan juga, penduduk secara tidak langsung lebih memahami pengunjung yang mungkin membawa budaya yang berbeza di Kota Kuala Kedah. Ini bagi memastikan penduduk sekitar tidak cepat menghukum atau menilai para pelancong luar dan tidak menimbulkan kekecohan atau isu-isu sensitif di antara kedua-dua belah pihak. Bagi meneruskan sektor pelancongan di kota ini, penduduk setempat seharusnya berusaha dalam menjaga hubungan dengan pelancong luar dan cuba menunjukkan ciri-ciri yang terbaik demi mencapai persefahaman tersebut. Hal ini akan mewujudkan suasana harmoni antara kedua-dua belah pihak.. Akhir sekali, melalui pandangan Cik Haziqah (2021) beliau berpendapat bahawa persefahaman ini akan berlaku apabila seseorang individu dengan individu lain dapat mencapai titik persefahaman yang sama dan ia tidak jauh dari penghormatan. Disini sapat dilihat, persefahaman di antara masyarakat setemoat boleh berlaku melalui aktiviti pelancongan apabila penduduk setempat cuba untuk memahami para pengunjung yang berkemungkinan membawa budaya mereka yang berbeza dari situ. Hal ini dapat menggelakkan tindakan seperti cepat menghukum atau menilai terhadap pelancong luar. Di samping itu, beliau turut yakin bahawa penduduk setempat semestinya amat mengharapkan aktiviti pelancongan di kawasan mereka akan sentiasa berterusan.. ii) Menyediakan Peluang Pekerjaan Kepada Masyarakat Setempat Selain itu, kesan pelancongan juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan juga masyarakat luar. Kini, kebanyakkan orang sedang mencari pekerjaan. Dengan adanya kota bersejarah di Kuala Kedah dapat memudahkan masyarakat untuk mencari pekerjaan atau membuka sendiri pekerjaan dan secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada. masyarakat. setempat.. Masyarakat. sekitar. boleh. menyediakan. perkhidmatan sebagai pemandu pelancong kepada para pelancong yang datang (Siti Syatirah 2021). Hal ini bukan sahaja memudahkan para pelancong untuk. 45.
DOKUMEN BERKAITAN
Usaha telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dengan mengubah tema bandar ini kerana ingin mempelbagaikan imej bandar ini sebagai bandar
Walau bagaimanapun pengkaji berpendapat kekurangan ini dapat diatasi dengan berkunjung ke perpustakaan Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim, 54 Kota
Untuk mencapai tujuan penyelidikan yang dinyatakan di atas, penyelidikan ini bermula dengan memperkenalkan konsep dan masalah perumahan, usaha-usaha yang dilakukan oleh
Daripada pemerhatian yang dilakukan di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai di negeri Kelantan, kaedah ini
Best compoundcomposition (CaO, SiO2was used in mortar mix.. First, the seaweed was collected from the fishery department in Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah. It was taken back
This paper covers study of minerals presence in tsunami deposit in Kedah, Malaysia coast, namely Kuala Teriang, Langkawi and Kota Kuala Muda with the minerals content at the area
Bagi memastikan Terusan Wan Muhammad Saman terus diingati, satu kajian dilakukan untuk mengenalpasti potensinya dijadikan sebagai produk pelancongan di Negeri Kedah
48 Jelasnya, tiga dasar yang dilakukan oleh Jepun iaitu buruh paksa, rampasan makanan dan penindasan terhadap golongan wanita dilihat menyebabkan masyarakat Dusun di Kota
Objektif kajian penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti kesan pemeliharaan bangunan warisan Muzium Islam terhadap masyarakat sekitar, serta mengkaji kerja-kerja konservasi
Di negeri Kedah, hanya terdapat sebuah sahaja kubu kebal ‘pillbox’ ‘Type 22’ yang mempunyai ‘buttress’ Type B iaitu terletak di mukim Sungai Petani daerah Kuala Muda,
Selain itu, pengkaji telah memilih kajian yang mengenai pemuliharaan kota lama duyung kerana reka bentuk seni bina yang dipulihara tidak berubah dan dapat memberikan pendedahan
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan kepada tiga objektif kajian iaitu Mengenalpasti pelan strategik pemasaran yang dilaksanakan oleh Muzium Diraja Negeri Kedah dalam
Hasil kajian mendapati bahawa potensi untuk menjadikan tapak makam ini sebagai destinasi pelancongan warisan di Kuala Selangor adalah perlu digiatkan dengan usaha yang lebih
Berdasarkan hasil kajian, pengkaji dapat merumuskan adat kematian masyarakat Bajau Semporna dan Kota Belud yang diamalkan sehingga hari ini terbahagi kepada dua kategori,
Most Middle Eastern ceramics found in Southeast Asia and Far East Asia are Blue-Green Glazed ceramics and the archaeological sites where these ceramics had been found
Berdasarkan daripada kajian kepustakaan dan kajian secara lapangan, peninggalan warisan monumen yang terdapat di Kota Melawati, Kuala Selangor dapatlah dilihat dan
Secara umumnya, terdapat tiga jenis meriam lama yang masih terdapat di Bukit Melawati dan dipercayai meriam-meriam ini adalah antara tinggalan Kerajaan Melayu Selangor, Belanda dan
Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick (1959) untuk tujuan mengkaji tahap pertama (reaksi) dan tahap kedua (pembelajaran) dalam kalangan responden
Seramik asing yang bertarikh abad ke-10 hingga ke-14 Masihi merupakan paling banyak ditemui di tapak tersebut berdasarkan hasil ekskavasi yang telah dijalankan di
Oleh itu, kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dilakukan kepada 150 kakitangan di tiga (3) organisasi di Kuala Lumpur untuk mengenalpasti
Oleh itu, dalam usaha menyokong Lembah Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan luar bandar yang berdaya saing, kajian ini memberikan tumpuan kepada perniagaan mikro dan
Bagi kajian ini, perbincangan lebih terarah kepada tiga jenis pelancongan yang berjaya dikenalpasti di kawasan kajian iaitu pelancongan warisan dan kebudayaan, agro-pelancongan
Kegemilangan Sungai Mas sebagai sebuah tapak penting zaman proto-sejarah pada tahun 1979 apabila projek pembinaan tali air di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah telah