• Tiada Hasil Ditemukan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA"

Copied!
40
0
0

Tekspenuh

(1)

EDISI MAC - APRIL 2022

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

JPS JPS

JPS Updates Updates Updates

2022 2022

2022 GROUNDWATER GROUNDWATER GROUNDWATER

Sambutan

Sambutan

(2)

Menarik di dalam

3

DARI TINTA KETUA EDITOR

MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN

6

MAJLIS PENYERAHAN WARTIKAH KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI JPS

4

LAWATAN KSU KASA KE KOLAM TAKUNGAN SUNGAI BOYAN, KUALA LUMPUR

10

LAWATAN KP JPS KE KAWASAN

BANJIR DI SEKITAR KUALA LUMPUR

8

14

LAWATAN TKP, UNIT PERANCANG EKONOMI, JPM KE PRABN

LAWATAN KERJA KP JPS MALAYSIA KE NEGERI SARAWAK

18

22

MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA JPS MALAYSIA DAN LUAS

LAWATAN KERJA TKP (SEKTOR BISNES)

KE TAPAK PROJEK - PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH SELIAAN BPZP

DI NEGERI TERENGGANU

26

30

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KANAN CKE, JKR MALAYSIA KE JPS MALAYSIA

KURSUS PELAKSANAAN PROJEK REKA DAN BINA

34

MAJLIS AMANAT SEMPENA 100 HARI

DATO’ KP JPS MALAYSIA

12

LAWATAN KE KOLAM TAKUNGAN BANJIR KG. BOHOL, SUNGAI KUYUH,

KUALA LUMPUR

16

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM

PEMBANGUNAN (JPPP) JPS BIL. 2/2022

20

SIMPOSIUM MAINSTREAMING OF BIODIVERSITY CONSERVATION INTO

RIVER MANAGEMENT IN MALAYSIA

24

MESYUARAT PEMBENTANGAN KAJIAN

PISMA DI LAWAS, SARAWAK

28

MAJLIS PERJUMPAAN KP BERSAMA WARGA JPS SEMPENA MAJLIS IFTAR

SAMBUTAN 90 TAHUN JPS MALAYSIA

32

Isi kandungan

Menarik di dalam

(3)

Wan Marhafidz Shah bin Wan Mohd. Omar

KETUA EDITOR

Dari Tinta

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

A

lhamdulillah syukur dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersua lagi melalui buletin JPS pada edisi kali ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini bulan Mac merupakan Hari Air Sedunia yang di sambut oleh seluruh masyarakat dunia. Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) diadakan pada 22 Mac setiap tahun bermula dari tahun 1993 bagi meraikan air dan meningkatkan kesedaran penduduk dunia berkenaan kepentingan air. Malaysia menyokong sepenuhnya usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) bagi menghargai dan meningkatkan lagi usaha melestarikan sumber air

negara.

Pada tahun ini, Sambutan Hari Air Sedunia 2022 peringkat Kebangsaan telah diadakan di Taman Awam Bera, Pahang pada 26 Mac 2022 dan dirasmikan oleh YAB Dato‟ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Tema Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2022 adalah

„Melestarikan Sumber Air: Memanfaatkan Air

Bawah Tanah‟ („Groundwater: Making The Invisible Visible’). Sambutan HAS tahun ini juga telah diadakan secara serentak di seluruh Negeri di Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya program gotong-royong KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah), Forum Air dan lain-lain bagi memupuk semangat tanggungjawab bersama dalam memastikan persekitaran yang lestari, membudayakan aktiviti gotong royong dan amalan hijau di kalangan masyarakat dan komuniti setempat.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Karim kepada seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran khususnya yang beragama Islam. Saya juga menyeru agar tuan dan puan tidak lalai dan sentiasa mematuhi SOP Covid-19 walaupun

Malaysia pada ketika ini telah beralih ke fasa endamik. Semoga kita semua sentiasa diberi keselamatan dan kesihatan yang baik.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

DATO' IR. DR. MD. NASIR BIN MD.

NOH

PENYELARAS

MEJAR (K) DATO' IR. DR. HJ.

AHMAD ANUAR BIN OTHMAN,

DPMP, P.ENG, FIEM, ACPE, MIQM, MRCA, CCPM, MMSET, PMP ®

KETUA EDITOR

IR. WAN HASITINAZIAH BINTI MOHD HASSAN

EDITOR

MOHAMAD NAZRIZAL BIN NOOR

PENOLONG EDITOR

WAN SYAMSAFARIZA IZAWANE BINTI WAN MOHD FIKRI

MUHAMAD BAZLI BIN YAHAYA MOHD FIRDAUS BIN MOKHTAR

Ir. Wan Hasitinaziah binti Mohd Hassan

(4)

Y

AB Dato‟ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri diiringi YB Dato‟ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar dan Air telah merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2022 peringkat Kebangsaan di Taman Awam Bera, Pahang pada 26 Mac 2022. Tema Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2022 adalah Melestarikan Sumber Air:

Memanfaatkan Air Bawah Tanah (Groundwater: Making The Invisible Visible).

Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) diadakan pada 22 Mac setiap tahun sejak 1993 bagi meraikan air dan meningkatkan kesedaran penduduk dunia berkenaan kepentingan air.

Malaysia menyokong sepenuhnya usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghargai dan meningkatkan lagi usaha melestarikan sumber air negara.

Sambutan Hari Air Sedunia telah disambut serentak di Negeri-Negeri seluruh Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya program gotong-royong KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah), Forum Air, Penyampaian Anugerah Wira Air dan

Pelancaran Buku bertajuk Air dan

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT

KEBANGSAAN KEBANGSAAN

KEBANGSAAN

(5)

Sekitar Majlis Perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Masjid Kariah Kg Pulau Lambar yang dirasmikan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Haji

Aminuddin Bin Harun.

Sekitar Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Galeri Pengairan Terusan Utama , Tanjung Karang , Kuala Selangor yang dirasmikan oleh YB Puan

Rozana Binti Zainal Abidin, YB Dun Permatang.

(6)

Sekalung Tahniah diucapkan di atas pelantikan kepada semua pegawai seperti berikut:

YBrs. Tuan Haji Mohamad Nazif bin Daud Pengarah JPS Negeri Selangor YBrs. Ir. Haji Md. Khuzai bin Hussain

Pengarah Bahagian Rekabentuk dan Empangan, JPS Malaysia YBrs. Wan Marhafidz Shah bin Wan Mohd Omar

Pengarah Bahagian Mitigasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri

YBrs. Mohd Azmin bin Husin

Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur YBrs. Ir. Roslina binti Yusop

Pengarah JPS Negeri Pahang YBrs. Hanizan bin Deraman Pengarah JPS Negeri Terengganu YBrs. Ir. Ratna Rajah a/l Sivapiragasam

Pengarah Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTCKL), JPS Malaysia YBrs. Mohamad Radzi bin Abdul Talib

Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

YBrs. Azren bin Khalil

Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, JPS Malaysia

MAJLIS PENYERAHAN WARTIKAH KENAIKAN PANGKAT MAJLIS PENYERAHAN WARTIKAH KENAIKAN PANGKAT MAJLIS PENYERAHAN WARTIKAH KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI JPS

PEGAWAI JPS

PEGAWAI JPS

(7)
(8)

P

ada 13 Januari 2022, YBhg. Dato‟ Ir. Dr.

Hj. Md. Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah mengadakan lawatan ke kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas akibat banjir pada 12 Januari 2022.

Antara kawasan yang dilawati ialah : 1) Kolam Takungan Banjir Batu 2) Kolam Takungan Banjir Boyan 3) Kg. Periuk, Kampung Bharu.

Dalam pada masa yang sama juga JPS sentiasa memantau dan akan memastikan sistem amaran banjir sentiasa berfungsi dengan baik.

OLEH : JPS W.P. KUALA LUMPUR

LAWATAN KP JPS KE KAWASAN BANJIR DI SEKITAR LAWATAN KP JPS KE KAWASAN BANJIR DI SEKITAR LAWATAN KP JPS KE KAWASAN BANJIR DI SEKITAR

KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR

(9)
(10)

P

ada 9 Mac 2022, YBhg. Dato‟ Ir. Dr. Hj.

Md. Nasir Bin Md. Noh, Ketua Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengiringi YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semasa lawatan ke Kolam Takungan Sg. Boyan, Kuala Lumpur.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memastikan pengoperasian kolam takungan ini berfungsi di dalam keadaan yang terbaik disamping itu, untuk memastikan kolam takungan ini tidak terjejas semasa musim banjir.

LAWATAN YBHG. DATO’ SERI KETUA SETIAUSAHA LAWATAN YBHG. DATO’ SERI KETUA SETIAUSAHA LAWATAN YBHG. DATO’ SERI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR (KASA) KE KOLAM KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR (KASA) KE KOLAM KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR (KASA) KE KOLAM

TAKUNGAN SUNGAI BOYAN TAKUNGAN SUNGAI BOYAN TAKUNGAN SUNGAI BOYAN , KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR

OLEH : JPS W.P. KUALA LUMPUR

(11)
(12)

P

ada 10 Mac 2022, Majlis Amanat YBhg.

Dato‟ Ir. Dr. Haji Md. Nasir bin Md. Noh sempena 100 hari sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah diadakan secara hybrid disertai oleh pengurusan tertinggi dan kakitangan JPS seluruh Malaysia.

Antara amanat beliau adalah agar JPS Malaysia meneruskan dan melaksanakan program secara sistematik dan menyeluruh kepada kecemerlangan perkhidmatan pada masa hadapan.

MAJLIS AMANAT SEMPENA 100 HARI MAJLIS AMANAT SEMPENA 100 HARI MAJLIS AMANAT SEMPENA 100 HARI DATO’ KP JPS MALAYSIA DATO’ KP JPS MALAYSIA

DATO’ KP JPS MALAYSIA

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(13)

Mengapa ada Hari Air Sedunia?

Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun dan pertama kali disambut pada 22 Mac 1993. Tarikh ini ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

pada 1992 di Rio De Janeiro, Brazil.

Hari Air Sedunia diadakan adalah sebagai bentuk peringatan kepada seluruh masyarakat dunia untuk sentiasa melakukan usaha-usaha pelestarian sumber air.

Tema yang diangkat oleh PBB pada tahun ini ialah "Groundwater: Making the invisible Visible". Air tanah menjadi fokus pada sambutan pada tahun ini, walaupun ianya tidak

terlihat namun manfaatnya sangat signifikan kepada kehidupan.

(14)

Y

Bhg. Dato' Nor Azmie Bin Diron, Timbalan Ketua Pengarah (MAKRO) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat dan membuat lawatan Bilik Kawalan Operasi, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara bersama YBhg. Dato‟ Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada 15 Mac 2022 (Selasa).

Tujuan lawatan ini adalah membincangkan perancangan projek bagi penyelesaian banjir jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta perancangan pelaksanaan bagi peruntukan tambahan yang diluluskan untuk mengatasi masalah banjir seluruh negara.

LAWATAN TKP, UNIT PERANCANG EKONOMI, JPM KE LAWATAN TKP, UNIT PERANCANG EKONOMI, JPM KE LAWATAN TKP, UNIT PERANCANG EKONOMI, JPM KE PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(15)
(16)

P

ada 16 Mac 2022, YBhg. Dato‟ Ir. Dr. Hj.

Md. Nasir Bin Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bersama YBrs. Mohd Azmin bin Husin, Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Kolam Takungan Banjir Kg. Bohol.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai keadaan di tapak bagi tujuan pembangunan setempat dan menyelaras kerja-kerja menaiktaraf kolam berkenaan bagi membantu menangani masalah banjir di kawasan hiliran Lembangan Sg. Kuyuh.

LAWATAN KE KOLAM TAKUNGAN BANJIR KG. BOHOL, LAWATAN KE KOLAM TAKUNGAN BANJIR KG. BOHOL, LAWATAN KE KOLAM TAKUNGAN BANJIR KG. BOHOL, SUNGAI KUYUH, KUALA LUMPUR

SUNGAI KUYUH, KUALA LUMPUR SUNGAI KUYUH, KUALA LUMPUR

OLEH : JPS W.P. KUALA LUMPUR

(17)
(18)

P

ada 24 Mac, 2022, YBhg. Dato‟ Ir. Dr. Hj.

Md. Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah JPS Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sarawak. Lawatan kerja tersebut meliputi beberapa projek di Jeti Kampung Sejingkat dan Kampung Buntal seperti berikut:

i. Projek Membina dan Menaiktaraf Struktur Perlindungan.

ii. Kawasan Pertanian di Tg. Embang, Skim Belilong Untuk IADA Samarahan.

iii. Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Buntal, Bahagian Kuching.

iv. Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Buntal (Fasa 4), Bahagian Kuching.

v. Kerja-kerja Pemuliharaan Muara Sungai Buntal, Bahagian Kuching.

Outcome projek ini adalah untuk menyediakan struktur pelindung hakisan yang

dapat berfungsi dengan cekap dan efisien, kawasan projek pertanian dan penempatan penduduk kurang terdedah kepada risiko banjir dan kemasukan air masin dari laut dan keselesaan dan keselamatan kepada penduduk dari risiko kejadian banjir yang

Lawatan ini juga turut disertai pegawai- pegawai dari JPS Sarawak. Semoga projek- projek ini dapat memberikan manfaat dan kemudahan kepada orang awam.

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN

DAN SALIRAN (JPS) MALAYSIA KE NEGERI SARAWAK DAN SALIRAN (JPS) MALAYSIA KE NEGERI SARAWAK DAN SALIRAN (JPS) MALAYSIA KE NEGERI SARAWAK

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(19)
(20)

Y

Bhg. Dato‟ Ir. Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat

Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) JPS Bil. 2/2022 pada

23 hingga 24 Mac 2022 (Rabu - Khamis) bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Ahli mesyuarat terdiri daripada Pengarah Bahagian dan Pengarah Pengairan Saliran Negeri yang hadir secara fizikal dan juga turut serta secara maya menerusi platform Google Meet.

Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan perancangan kewangan bagi projek-projek dan melaporkan prestasi fizikal bagi setiap negeri pelaksana tahun 2022.

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM

PEMBANGUNAN (JPPP) JPS BIL. 2/2022 PEMBANGUNAN (JPPP) JPS BIL. 2/2022 PEMBANGUNAN (JPPP) JPS BIL. 2/2022

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(21)
(22)

M

ajlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPS dan LUAS telah diadakan pada 29 Mac 2022 bertempat di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang dirasmikan oleh YAB Dato‟ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor.

YBhg. Dato‟ Ir. Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah

mewakili JPS ketika Majlis tersebut berlangsung.

MoU tersebut adalah langkah positif mengukuhkan kerjasama ke arah peningkatan kepakaran termasuklah hal

berkaitan perkongsian data hidrologi dan pengurusan sumber air merangkumi data aras air sungai, data hujan, data kadar alir, data aras air, kapasiti, storan dan pelepasan bagi takungan dan empangan, data abstraksi air di muka sauk. Ini sekali gus membantu membuat keputusan dan menambah baik setiap tindakan yang diambil dalam mengawal selia sumber air berdasarkan situasi semasa bagi memastikan kualiti dan kuantiti sumber air berada di tahap yang optimum serta

Kerjasama kolabrasi ini juga adalah selaras dan menyokong Teras 5 Pelan Strategik JPS 2021-2025 iaitu untuk meningkatkan keterangkuman sosial melalui memperkukuh-

kan kolaborasi Strategik Domestik dan Antarabangsa bagi memperkasakan kolaborasi melalui dalam dan luar negara

dengan melaksanakan program perkongsian pintar dalam pengurusan sumber air.

Majlis Mou ini telah berjalan serentak bersama LUAS dan agensi yang lain iaitu

Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Landasan Lumayan Sdn. Bhd.

MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA JPS MALAYSIA MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA JPS MALAYSIA MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA JPS MALAYSIA DAN LUAS DAN LUAS DAN LUAS

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(23)
(24)

P

ada 29 Mac 2022, YBhg. Dato‟ Ir. Dr. Md.

Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah JPS Malaysia telah merasmikan Simposium Mainstreaming of Bioderversity Conservation Into River Management In Malaysia yang bertempat di The Everly Putrajaya. Turut hadir bersama YBhg. Dato‟ Ir. Sabri bin Abdul Mulok Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia, YBhg. Dato‟ Ir. Hj.

Jamil bin Shaari, Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai JPS Malaysia, YBrs. Ms. Gan Pek Chuan wakil United Nations Development Program, YBrs.

Dr. Kalithasan Kailasam Pengurus Program Penjagaan Sungai Global Environment Centre (GEC).

Projek Mainstreaming Of Biodiversity Conservation Into River Management In Malaysia ini merupakan projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan

pelaksana dengan sokongan daripada UNDP dan GEF 5 sejak tahun 2016.

Simposium hari ini dianjurkan dengan objektif

untuk berkongsi segala informasi dan pengetahuan serta amalan pengurusan terbaik (BMP), hasil dapatan projek bagi tiga lokasi rintis iaitu di Sungai Ulu Kinta (Perak), Sungai Klang (Selangor), dan Sungai Segama (Sabah) serta berkongsi rangka kerja yang dicadangkan untuk mengarusperdana- kan biodiversiti ke dalam pengurusan sungai di Malaysia. Kumpulan sasaran utama simposium ini adalah pegawai-pegawai JPS di peringkat persekutuan dan kesemua 14 buah negeri, ahli-ahli Project Management Unit, Project Working Group di peringkat negeri, komuniti serta sektor swasta, universiti dan NGO yang terpilih. Dianggarkan jumlah kehadiran secara fizikal untuk hari ini melebihi 100 peserta manakala yang selebihnya

SIMPOSIUM MAINSTREAMING OF BIODIVERSITY SIMPOSIUM MAINSTREAMING OF BIODIVERSITY SIMPOSIUM MAINSTREAMING OF BIODIVERSITY CONSERVATION INTO RIVER MANAGEMENT IN MALAYSIA CONSERVATION INTO RIVER MANAGEMENT IN MALAYSIA CONSERVATION INTO RIVER MANAGEMENT IN MALAYSIA

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(25)
(26)

L

awatan tapak ini diketuai oleh YBhg. Dato‟

Ir. Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada 30 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 yang merangkumi lokasi bermula dari Pantai Baru Seberang Takir sehingga bahagian utara jajaran pantai di Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut.

Diikuti lokasi dibahagian Muara Sungai Ibai sehingga Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka. Lawatan ini melibatkan 13 lokasi sepanjang 180km disepanjang jajaran pantai Negeri Terengganu.

Lawatan kerja ini bertujuan bagi meninjau kemajuan projek-projek pembangunan di Negeri Terengganu dalam menyediakan kemudahan alur pelayaran bagi aktiviti keluar masuk nelayan tempatan serta bot-bot pelancong, mengurangkan masalah mendapan dan penutupan di kawasan muara

serta memastikan pembinaan struktur

pelancongan dan penempatan masyarakat setempat dalam keadaan selesa dan selamat.

Turut hadir semasa lawatan kerja ini adalah Tuan Hanizan Bin Deraman, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu, Pegawai daripada Bahagian Pengurusan Zon

Pantai serta Pegawai daripada UPPP Terengganu.

OLEH : JPS TERENGGANU

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (SEKTOR LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (SEKTOR LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (SEKTOR BISNES) KE TAPAK PROJEK BISNES) KE TAPAK PROJEK BISNES) KE TAPAK PROJEK - - - PROJEK PEMBANGUNAN DI PROJEK PEMBANGUNAN DI PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH SELIAAN BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI DI BAWAH SELIAAN BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI DI BAWAH SELIAAN BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI DI

NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

(27)
(28)

P

ada 20 April 2022, Mesyuarat bagi pembentangan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching, Sarawak dan telah dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak dan turut dihadiri oleh YB Dato' Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan.

Pemangku Residen Bahagian Limbang dan Pegawai Daerah Lawas.

Pembentangan telah dibuat oleh YBhg. Dato' Ir. Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia bersama Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak dan Pegawai Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Malaysia.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan Laporan Akhir Kajian Pelan

Induk Saliran Mesra Alam, (PISMA) Lawas, Sarawak. PISMA adalah dokumen yang menerangkan isu-isu dan kelemahan berkaitan sistem sediada. Turut dibentangkan cadangan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan berdasarkan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi banjir kilat dan kualiti air di kawasan bandaran.

MESYUARAT PEMBENTANGAN KAJIAN PELAN INDUK MESYUARAT PEMBENTANGAN KAJIAN PELAN INDUK MESYUARAT PEMBENTANGAN KAJIAN PELAN INDUK SALIRAN MESRA ALAM (PISMA) DI LAWAS, SARAWAK SALIRAN MESRA ALAM (PISMA) DI LAWAS, SARAWAK SALIRAN MESRA ALAM (PISMA) DI LAWAS, SARAWAK

OLEH : JPS SARAWAK

(29)
(30)

P

ada 21 April 2022, Ir. Hanizan binti Shaffii, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bersama delegasi JKR telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bertempat di Ibu Pejabat JPS Malaysia.

Delegasi lawatan ini disambut oleh Ir. Hajah Bibi Zarina binti Che‟ Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia bersama Ir. Rosazlan Bin Abu Seman, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal serta pegawai-pegwai JPS yang lain.

Pelbagai perkara telah dibincangkan bagi memperkasakan peranan Kader Jurutera

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KANAN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KANAN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (CKE), JABATAN CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (CKE), JABATAN

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (CKE), JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA

KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA

KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA

(31)
(32)

J

abatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Islam (JPI),

KESSO, AKRAB dan PUSPANITA telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Bersama Warga JPS Sempena Majlis Iftar Sambutan 90 Tahun JPS Malaysia.

Majlis telah diadakan pada 22 April 2022 di Menara Usahawan, Putrajaya. Turut diraikan ialah anak yatim dari Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Kg Puchong. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian dan Negeri JPS Malaysia, Mantan-mantan pengurusan tertinggi dan pengarah bahagian serta negeri JPS Malaysia dan wakil dari JPI, KESSO, AKRAB dan PUSPANITA.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH BERSAMA WAR- MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH BERSAMA WAR- MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH BERSAMA WAR- GA JPS SEMPENA MAJLIS IFTAR SAMBUTAN 90 TAHUN GA JPS SEMPENA MAJLIS IFTAR SAMBUTAN 90 TAHUN GA JPS SEMPENA MAJLIS IFTAR SAMBUTAN 90 TAHUN

JPS MALAYSIA JPS MALAYSIA JPS MALAYSIA

(33)
(34)

Y

Bhg. Dato‟ Ir. Dr. Hj. Md. Nasir Bin Md.

Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah merasmikan

Kursus Reka & Bina serta melancarkan buku

"An Interim Guide on Preambles and Standard Bill of Quantities" anjuran Bahagian Ukur Bahan & Pengurusan Kontrak JPS Malaysia pada 8 Mac 2022 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Sarji, Lembaga Pertubuhan Peladang.

Perlancaran turut dihadiri oleh YBhg. Dato Ir.

Sabri bin Abdul Mulok,Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), YBrs. Ir. Hjh. Bibi Zarina binti Che Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) & YBhg. Mejar (K) Dato‟ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan) serta wakil-wakil bahagian & Negeri JPS Malaysia.

Kursus ini berlangsung selama 2 hari pada 8 hingga 9 Mac 2022. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan penjelasan yang lebih terperinci mengenai tatacara penyediaan dokumentasi, perolehan dan pengurusan kontrak bagi projek reka dan bina. Penceramah yang didatangkan khas dari Jabatan Kerja Raya Malaysia iaitu Sr. Hilmisofli Bin Alias, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, JKR Malaysia dan Sr. Noliza Bonti Din, Juruukur Bahan Penguasa, JKR Malaysia.

KURSUS PELAKSANAAN PROJEK REKA DAN BIN

OLEH : BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN KONTRAK

M

esyuarat Parlimen Keempat Belas Dewan Rakyat Pertama Penggal Kelima tahun 2022 telah bersidang pada 28 Februari 2022 hingga 24 Mac 2022 manakala Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen

telah bersidang pada 21 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022 di Bangunan Parlimen Malaysia.

Pengurusan tertinggi JPS dan pegawai- pegawai JPS telah memberi komitmen sepenuhnya dan turut hadir ke parlimen bagi memberi penerangan serta membantu YB Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) dan YB Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi menjawab soalan-soalan pertanyaan Lisan, Kamar Khas, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dan Sesi Penggulungan yang berkaitan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran sepanjang tempoh persidangan berlangsung.

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA PARLIMEN KEEMPAT BELAS TAHUN 2022

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

(35)
(36)

Y

Brs. Ir. Hjh. Bibi Zarina Binti Che Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia telah merasmikan Bengkel MyDAMS 2022 anjuran Bahagian Rekabentuk dan Empangan, JPS Malaysia pada 17 Mac 2022 bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya dan turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Hj.

Md. Khuzai bin Hussain, Pengarah Bahagian Rekabentuk dan Empangan, JPS Malaysia.

Bengkel yang dihadiri seramai 100 orang Pegawai-pegawai dari Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Bekalan Air Negeri-Negeri, JPS Ibu Pejabat, Operator Empangan (OE) JPS Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA), Badan Kawalselia Air dan Pihak Berkuasa Air Negeri-Negeri Seluruh Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), UTHM dan Malaysian National Committee on Large Dams (MYCOLD).

Penganjuran Bengkel MyDAMS 2022 ini ada- lah bagi penambahbaikan garis panduan MyDAMS sediaada dan mengenal pasti isu-isu berkaitan pengurusan keselamatan empangan- empangan di Malaysia.

BENGKEL MyDAMS (Malaysia Dams Safety Management Guidelines) 2022

OLEH : BAHAGIAN REKABENTUK EMPANGAN

P

ihak The Insitution of Engineers (IEM) Malaysia telah mengadakan simposium Water Hazards And Security – I.R 4.0 pada 18 Mac 2022 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato‟ Ir.

Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Malaysia. Beliau juga telah menyampaikan kertas pembentangan yang bertajuk “Water Related Hazards - A new Paradigm shift towards sustainability and climate change resilience”

Program ini diadakan bertujuan untuk mempro- mosikan maklumat berkaitan air kepada jurutera professional dan orang awam.

Simposium ini juga menjadi salah satu platform yang terbaik untuk mempamerkan dan membincangkan teknologi baharu dalam pengurusan sumber air dalam era I.R 4.0 seperti sistem amaran awal, alatan sokongan

membuat keputusan lebih pantas dan sebagainya.

WATER HAZARDS AND SECURITY

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

S

esi penyerahan Sijil Pengikhtirafan Rakan KARIB kepada Penghulu-penghulu Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu pada 20 March 2022. Sesi penyerahan sijil ini bertujuan untuk memberi

para penghulu dalam penyebaran maklumat serta kerjasama mereka dalam menjayakan program PRAB.

SESI PENYERAHAM SIJIL RAKAN KARIB HULU TERENGGANU

OLEH : PUSAT RAMALAN AMARAN BANJIR NEGARA

(37)

B

engkel Pengenalan PRAB dan KARIB telah diadakan pada 24 Februari 2022 di Daerah Bertam, Gua Musang. Program ini dihadiri oleh 40 orang penghulu dan imam Mukim serta beberapa penduduk di sekitar Bertam, dan Dun Negiri.

Antara intipati program adalah pengenalan kepada system PRAB, persediaan banjir,

tatacara mendapatkan amaran dan ramalan banjir terkini dan pengiktirafan Rakan KARIB Gua Musang.

BENGKEL PENGENALAN PRAB DAN KARIB

OLEH : PUSAT RAMALAN AMARAN BANJIR NEGARA

P

ada 20 Mac 2022, Majlis Pengikhtirafan Rakan KARIB Kota Bharu telah diadakan

di Pejabat Penggawa Daerah Badang, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ringkas ini dihadiri oleh Pengawai Daerah Badang, En. Asmadi B.

Ismail, Penghulu-penghulu Daerah Badang, Pegawai Hidrologi Negeri Kelantan, En. Zaidi serta wakil JPS yang lain.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan ke atas penglibatan, inisiatif dan usaha yang telah disumbangkan oleh komuniti setempat dalam sama-sama bertindak sebagai barisan hadapan apabila berlaku banjir. Pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat Rakan KARIB untuk memastikan kesinambungan aktiviti dan inisiatif yang dijalankan di kawasan mereka serta membantu JPS dalam perkongsian maklumat dua hala. Di samping itu, majlis ini juga diharapkan dapat menarik dan mengga- lakkan lebih ramai komuniti setempat menyer- tai program KARIB.

MAJLIS PENGIKTIRAN RAKAN KARIB KOTA BHARU

OLEH : PUSAT RAMALAN AMARAN BANJIR NEGARA

B

engkel Pengenalan PRAB dan Simulasi Banjir di lembangan Sg. Pahang telah diadakan di Kg. Bantal, Jerantut pada 24 Mac

2022. Program ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan

Kampung (JPKK) daripada Mukim Hulu Tembeling, Jerantut dan ahli-ahli Angkatan Pertahanan Awam (APM) sukarela. Semua peserta yang terlibat ini merupakan individu

awal dan amaran banjir PRAB memandangkan peserta yang terlibat berada di kawasan berisiko tinggi banjir. Menurut peserta, sebelum bengkel ini mereka hanya bergantung kepada siren banjir JPS di Sg. Tembeling. Selepas bengkel, mereka boleh memanfaatkan laman sesawang dan aplikasi MyPublic Infobanjir un- tuk mendapat ramalan awal banjir di kawasan mereka.

BENGKEL PENGENALAN PRAB DAN SIMULASI BANJIR DI JERANTUT

OLEH : PUSAT RAMALAN AMARAN BANJIR NEGARA

(38)

P

rogram Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit adalah anjuran bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Pengarah- pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia

(MPAM) di peringkat kebangsaan dan dilaksanakan secara tahunan sempena Hari

Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Program ini merupakan program tahunan utama sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai tanda sokongan, Perpustakaan JPS mengambil inisiatif untuk

menganjurkan program ini di peringkat Jabatan pada 21 April 2022 bertempat di pejabat masing-masing. Pengurusan atasan JPS Malaysa tidak ketinggalan turut sama menyertai program ini.

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

OLEH : PERPUSTAKAAN JPS MALAYSIA

P

rogram ini berkonsepkan rakaman

di media sosial rasmi Jabatan dan menjadi salah satu Program Galakan Membaca di Jabatan ini.

Program ini diadakan bersempena dengan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan. Bertujuan untuk menggalakkan perkongsian maklumat melalui budaya membaca ke arah menjadikan warga JPS berilmu pengetahuan.

YBhg. Ir. Hajah Bibi Zarina Binti Che Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) telah membuat perkongsian ulasan buku bertajuk A Juz A Day: Summary of the Quran (third edition) pada 21 April 2022. Rakaman telah dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan dan telah mendapat 853 view sehingga 11 Mei PROGRAM CAKNA ILMU @JPS Bil. 2/ 2022

OLEH : PERPUSTAKAAN JPS MALAYSIA

World Quran Hour merupakan kempen yang diinisiatifkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bertujuan menggalakkan setiap individu untuk berinteraksi dan menghayati al-Quran bagi pembangunan negara yang berbudi dan penyayang.

Sebagai tanda sokongan terhadap Program World Quran Hour, Bahagian Korporat melalui Unit Perpustakaan telah menganjurkan bacaan Surah Al-Sajdah peringkat jabatan pada 26 April 2022 bersamaan 24 Ramadan 1443H.

Program tersebut mengajak seluruh warga JPS ibu pejabat, negeri dan daerah bersama-sama meluangkan masa membaca dan memahami intipati Surah Al-Sajdah ke arah membentuk warga kerja yang harmoni, bersatu, progresif dan utuh berprinsipkan formulasi al-Quran.

WORLD QURAN HOUR

OLEH : PERPUSTAKAAN JPS MALAYSIA

(39)
(40)

JPS UPDATES

E DIS I MA C - A P RIL 2022

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

JALAN SULTAN SALAHUDDIN 50626 KUALA LUMPUR

MALAYSIA

Tel: 03-2616 1500 │ Faks: 03-2697 2411, 2585, 2412

: www.water.gov.my

: pro@water.gov.my : jpsmalaysia

: JPS Malaysia

: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - Dept. of Irrigition and Drainage

IR. WAN HASITINAZIAH BINTI MOHD HASSAN MOHAMAD NAZRIZAL BIN NOOR WAN SYAMSAFARIZA IZAWANE BINTI WAN MOHD FIKRI

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KEMENTERIAN