• Tiada Hasil Ditemukan

CABARAN BUDAYA HEDONISME DALAM PEMBANGUNAN INSAN: SATU ANALISIS BERDASARKAN KITAB FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "CABARAN BUDAYA HEDONISME DALAM PEMBANGUNAN INSAN: SATU ANALISIS BERDASARKAN KITAB FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN "

Copied!
337
0
0

Tekspenuh

(1)

CABARAN BUDAYA HEDONISME DALAM PEMBANGUNAN INSAN: SATU ANALISIS BERDASARKAN KITAB FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN

HALIPAH BINTI HAMZAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2013

(2)

HALIPAH BINTI CABARAN BUDAYA HEDONISME DALAM HAMZAH PEMBANGUNAN INSAN: SATU ANALISIS

BERDASARKAN KITAB FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN 2013 PhD

(3)

CABARAN BUDAYA HEDONISME DALAM PEMBANGUNAN INSAN: SATU ANALISIS BERDASARKAN KITAB FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN

Oleh

HALIPAH BINTI HAMZAH

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Ijazah Doktor Falsafah

Februari 2013

(4)

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin dan kurnia-Nya serta dengan kerjasama daripada semua pihak, akhirnya penyelidik dapat menyempurnakan penulisan tesis ini.

Pertama sekali penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kerana meluluskan Hadiah Latihan di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) kepada penyelidik selama 30 bulan. Terima kasih juga kepada pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) kerana telah menawarkan cuti bergaji penuh dengan biasiswa kepada penyelidik.

Terima kasih yang tidak terhingga penyelidik kalungkan kepada kedua-dua orang penyelia terutama sekali kepada penyelia utama, Prof. Madya Dr. Muhammad Azizan bin Sabjan di atas kesabaran beliau memberi bimbingan, nasihat, dan tunjuk ajar kepada penyelidik dalam menyiapkan tesis ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih khusus kepada para panel pemeriksa tesis, Prof. Dato` Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff, Prof. Madya Dr.

Noor Shakirah binti Mat Akhir, dan Dr. Suhaila binti Abdullah. Curahan ilmu dan idea yang bernas banyak membantu penyelidik dalam memperkemaskan penulisan tesis ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada seluruh kakitangan Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang;

Perpustakaan Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang;

Perpustakaan Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang;

Perpustakaan Tun Abd. Razak 1 dan 2, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor; Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP), Permatang Pauh, Pulau Pinang; Perpustakaan Universiti Islam

(5)

iii

Antarabangsa (UIAM), Gombak, Selangor; Perpustakaan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur; Perpustakaan Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur; Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan; Perpustakaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur; serta orang perseorangan di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada penyelidik.

Akhir sekali ucapan penghargaan dan terima kasih ini penyelidik persembahkan kepada suami tercinta dan anak-anak tersayang di atas segala pengorbanan, dorongan, dan kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa, ibu dan bapa mertua, ahli keluarga, dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada penyelidik. Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberi ganjaran yang sewajarnya.

Halipah binti Hamzah

No. 77, Lorong Perda Timur 8 Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam

Bandar Perda UiTM Cawangan Pulau Pinang

14000 Bukit Mertajam 13500 Permatang Pauh

Pulau Pinang Pulau Pinang

14 Rabiul Akhir 1434 _________________

25 Februari 2013

(6)

iv

KANDUNGAN

Penghargaan ii

Kandungan iv

Abstrak ix

Abstract x

Senarai Kependekan xi

Panduan Transliterasi xii

Panduan Terjemahan Ayat al-Quran xiii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 1

1.3 Pengertian Tajuk dan Perumusan Masalah 5

1.4 Objektif Penyelidikan 9

1.5 Skop Kajian 10

1.6 Metodologi Penyelidikan 11

1.6.1 Metod Penentuan Subjek 12

1.6.2 Metod Pengumpulan Data dan Maklumat 12

1.6.2(a) Penyelidikan Perpustakaan 13

1.6.3 Metod Penganalisisan Data 14

1.6.3(a) Metod Induktif 14

1.6.3(b) Metod Deduktif 15

1.6.3(c) Metod Komparatif 15

1.7 Kajian Lepas 16

BAB 2

KONSEP BUDAYA HEDONISME

2.1 Pengenalan 25

2.2 Konsep Budaya Hedonisme 25

2.2.1 Latar Belakang Hedonisme 30

(7)

v

2.3 Faktor Penularan Budaya Hedonisme 36

2.3.1 Serangan dan Penjajahan Pemikiran 36

2.3.2 Globalisasi 38

2.3.3 Media Massa 39

2.3.4 Hiburan 40

2.4 Bentuk-Bentuk Budaya Hedonisme 42

2.4.1 Hiburan Melampau 43

2.4.2 Pergaulan Bebas 44

2.4.3 Seks Bebas 46

2.4.4 Filem, Video, Gambar, dan Bahan Lucah 48

2.4.5 Arak atau Minuman Memabukkan 50

2.4.6 Penyalahgunaan Dadah 52

2.4.7 Melepak 55

2.4.8 Samseng Jalanan 56

2.5 Budaya Hedonisme Menurut Perspektif Islam 59

BAB 3

KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

3.1 Pengenalan 64

3.2 Konsep Pembangunan Insan 64

3.2.1 Elemen-Elemen Pembangunan Insan 68

3.2.1(a) Pembangunan Fizikal 68

3.2.1(b) Pembangunan Spiritual 71

3.2.1(c) Pembangunan Mental 74

3.2.1(d) Pembangunan Emosi 76

3.3 Ciri-Ciri Pembangunan Insan 77

3.3.1 Kemajuan Keimanan 78

3.3.2 Kemajuan Keilmuan 80

3.3.3 Kemajuan Akhlak 81

3.3.4 Penyuburan Amar Makruf 84

3.3.5 Kesungguhan Menegakkan Nahi Mungkar 86

3.3.6 Penghayatan Keadilan 88

3.4 Matlamat Pembangunan Insan 89

3.4.1 Memelihara Agama 90

3.4.2 Memelihara Akal 91

3.4.3 Memelihara Nyawa 94

3.4.4 Memelihara Kehormatan dan Keturunan 96

3.4.5 Memelihara Harta 98

3.5 Realiti Pembangunan Insan Semasa 100

(8)

vi

BAB 4

SYED QUÙB DAN KITAB FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN

4.1 Pengenalan 104

4.2 Biografi Syed QuÏb 104

4.2.1 Latar Belakang Syed QuÏb dan Keluarga 105 4.2.2 Latar Belakang Pada Zaman Kelahiran 108

4.2.2(a) Suasana Politik 108

4.2.2(b) Suasana Sosial dan Budaya 118

4.2.3 Pendidikan 123

4.2.3(a) Peringkat Awal 123

4.2.3(b) Peringkat Rendah 124

4.2.3(c) Peringkat Menengah 125

4.2.3(d) Peringkat Tinggi 125

4.2.4 Sumbangan dan Perjuangan 126

4.2.4(a) Bidang Pendidikan 126

4.2.4(b) Bidang Penulisan 129

4.2.4(c) Bidang Politik dan Dakwah 139

4.2.5 Kematian 142

4.3 Kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én 143

4.3.1 Penulisan Kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én 145 4.3.2 Pendekatan Kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én 149 4.3.3 Metodologi Pentafsiran FÊ ÚilÉl al-Qur´Én 150 4.3.3(a) Tafsir al-Quran dengan al-Quran 152 4.3.3(b) Tafsir al-Quran dengan Hadis 154

4.3.3(c) Sebab Penurunan Ayat 154

4.3.3(d) Huruf MuqaÏÏaÑah 155

4.3.3(e) Munasabah Ayat 156

4.3.3(f) Ayat-Ayat Hukum 158

4.3.3(g) Kisah-Kisah Para Nabi a.s. dan Umat Terdahulu 159

4.3.4 Pandangan Ulama 161

BAB 5

ANALISIS PANDANGAN SYED QUÙB TERHADAP BUDAYA

HEDONISME DAN PEMBANGUNAN INSAN

5.1 Pengenalan 164

5.2 Budaya Hedonisme 164

5.2.1 Ciri-Ciri Hedonis 172

5.2.1(a) Keras Hati, Menolak Kebenaran, dan Sesat 172

5.2.1(b) Sombong 174

5.2.1(c) Melakukan Maksiat dan Menderhakai Allah s.w.t. 176

5.2.1(d) Zalim 178

5.2.1(e) Berangan-angan Kosong 180

(9)

vii

5.3 Pembangunan Insan 182

5.3.1 Aspek-Aspek Pembangunan Insan Menurut Islam 183

5.3.1(a) Pembangunan Fizikal 183

5.3.1(b) Pembangunan Mental 189

5.3.1(c) Pembangunan Spiritual 195

5.3.1(d) Pembangunan Emosi 201

5.4 Cabaran Budaya Hedonisme Terhadap Pembangunan Insan 207

5.4.1 Cabaran Terhadap Iman dan Takwa 207

5.4.2 Cabaran Terhadap Pembudayaan Ilmu 214 5.4.3 Cabaran Terhadap Keluhuran Akhlak 220 5.4.4 Cabaran Terhadap Penyuburan Amar Makruf 226 5.4.5 Cabaran Terhadap Kesungguhan Menggerakkan

Nahi Mungkar 233

5.4.6 Cabaran Terhadap Penghayatan Keadilan 240 5.5 Impak Cabaran Budaya Hedonisme Terhadap Pembangunan Insan 247

5.5.1 Melahirkan Sifat Kebinatangan 248

5.5.2 Melahirkan Sifat Kesyaitanan 255

5.6 Strategi Menangani Cabaran Budaya Hedonisme Terhadap

Pembangunan Insan 262

5.6.1 Agama 262

5.6.2 Akal 269

5.6.3 Nyawa 275

5.6.4 Keturunan dan Maruah 282

5.6.5 Harta 290

BAB 6

KESIMPULAN DAN SARANAN

6.1 Kesimpulan Tesis 298

6.1.1 Budaya Hedonisme 298

6.1.2 Pembangunan Insan 300

6.1.3 Kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én 301

6.1.4 Kesimpulan Cabaran Budaya Hedonisme Terhadap

Pembangunan Insan Berdasarkan Kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én 302

6.2 Saranan 303

6.2.1 Penguasa / Pemerintah 303

6.2.1(a) Penggubalan Dasar 304

6.2.1(b) Penguatkuasaan Undang-Undang 304

6.2.1(c) Pengisian Program 305

6.2.1(d) Pengurangan Operasi Premis Pusat-Pusat Hiburan 305 6.2.1(e) Penetapan Masa Operasi Premis Pusat Hiburan 305

6.2.1(f) Penguatkuasaan Tegas 306

(10)

viii

6.2.2 Masyarakat 306

6.2.2(a) Bersikap Amar Makruf dan Nahi Mungkar 307 6.2.2(b) Penggunaan Lisan atau Menasihat 307

6.2.3 Ibu Bapa 307

6.2.3(a) Pendidikan Kepada Anak-Anak 308 6.2.3(b) Pengawasan dan Keprihatinan Terhadap Anak-Anak 309

6.2.4 Individu Terlibat 309

6.2.4(a) Memantapkan Akidah 309

6.2.4(b) Mendekatkan Hubungan dengan Allah s.w.t. 310 6.2.4(c) Bertakwa Kepada Allah s.w.t. 310

BIBLIOGRAFI 312

LAMPIRAN

(11)

ix

CABARAN BUDAYA HEDONISME DALAM PEMBANGUNAN INSAN:

SATU ANALISIS BERDASARKAN KITAB FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN

ABSTRAK

Penyelidikan ini merupakan satu perbincangan mengenai cabaran budaya hedonisme terhadap pembangunan insan dengan merujuk kepada pandangan Syed QuÏb dalam kitab ÚilÉl al-Qur´Én. Permasalahan-permasalahan yang dibincangkan dalam penyelidikan ini merangkumi aspek-aspek berkaitan dengan konsep budaya hedonisme dan konsep pembangunan insan. Penyelidikan ini bertujuan untuk menjelaskan bentuk-bentuk cabaran budaya hedonisme dan keburukan gejala tersebut terhadap pembangunan insan. Dalam penyelidikan dan penulisan tesis ini, penyelidik memilih tiga kaedah penyelidikan sebagai asas iaitu metod penentuan subjek, metod pengumpulan data dan maklumat, serta metod penganalisisan data.

Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat membantu masyarakat dalam menangani permasalahan gejala sosial yang berpunca daripada fenomena budaya hedonisme yang sekaligus membantut pembangunan insan di negara kita. Berdasarkan pandangan Syed QuÏb, kaedah menangani cabaran budaya hedonisme ini adalah melalui penghayatan maqasid syariah. Kaedah terbaik bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga, dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Di samping itu, berusaha memelihara diri dan keluarga daripada terjebak dengan fenomena budaya negatif seperti hedonisme adalah dianjurkan.

(12)

x

THE CHALLENGES OF HEDONISM CULTURE IN HUMAN DEVELOPMENT: AN ANALYSIS BASED ON THE BOOK

FÔ ÚILÓL AL-QUR´ÓN

ABSTRACT

This research is a discussion of hedonism cultural challenges on human development with reference to the views of Syed QuÏb in his book FÊ ÚilÉl al-Qur´Én. The problems which are discussed in this research include aspects related to the concepts of hedonism culture and human development. This research aims to explain the forms of the challenges of the hedonism culture and disadvantages of these symptoms on human development. In research and writing of this thesis, the researcher selected three research methods as the basis. They are method of subject, method of data collection, and method of data analysis. It is hoped that this research can help the community in addressing social problems arising from hedonism cultural phenomenon which can retard the human development in our country. Based on Syed QuÏb’s view, the methods to address the challenges of hedonism culture is through appreciation of maqasid syariah. The best way to deal with social problems facing this community is to educate themselves, family members, and the community to return to the teachings of Islam. In addition, trying to preserve themselves and their families from being involved in negative cultural phenomenon such as hedonism is advocated.

(13)

xi

SENARAI KEPENDEKAN

A.S. : ÑAlaihi al-salam

Bil. : Bilangan

Ed. : Edit / Editor

Et al. : Terdapat editor / penulis lain

Hlm. : Halaman

Ibid. : Kependekan ibidem ertinya pada tempat yang sama, rujukan yang berturut

Jil. : Jilid

Juz. : Juzuk

R.A. : RaÌiallahuÑanhu

S.A.W. : Sallallahu Ñalaihi wasallam S.W.T. : Subhanahu wa taÑala

T.T. : Tanpa tarikh

T.T.P. : Tiada tempat terbit

Terj. : Terjemahan

YADIM : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

& : Dan

(14)

xii

Transliterasi ini berpandukan Buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984.

a) Konsonan

Konsonan pada huruf Arab tidak selamanya sepadan dengan konsonan huruf Rumi. Pada beberapa konsonan tertentu, konsonan tersebut boleh dirumikan, tetapi pada beberapa konsonan tertentu, terpaksa dilakukan beberapa tambahan.

Hal tersebut dapat dilihat seperti di bawah ini:

Huruf Arab Huruf Rumi Huruf Arab Huruf Rumi

ا - ط Ï

ب b ظ Ð

ت t ع ‘

ث th غ gh

ج j ف f

ح Í ق q

خ kh ك k

د d ل l

ذ dh م m

ر r ن n

ز z و w

س s ه, ـھ h

ش sy ء ’

ص Î ي y

ض Ì ة t

(15)

xiii

b) Vokal

Dalam sistem vokal Arab ada vokal pendek, ada vokal panjang, dan ada diftong.

Pendek Panjang Diftong

َ◌ a ا َ◌ É هيا ه َ◌ ay

ِ◌ i ي ِ◌ Ê و ا ه َ◌ aw

ُ◌ u و ُ◌ Ë

Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Al-Quran dan terjemahannya (Rasm Uthmani), Pustaka Darul Iman, Kuala Lumpur, 2007.

(16)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab permulaan kepada kajian ini. Dalam bab ini mengandungi latar belakang masalah, pengertian tajuk dan perumusan masalah, tujuan penyelidikan, skop kajian, metodologi penyelidikan, dan kajian lepas.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Pembangunan Islam berasaskan kepada tauhid,1 rububiyyah,2 khilafah,3 dan tazkiyah4. Elemen-elemen ini memainkan peranan penting dalam pembangunan Islam. Tauhid berperanan menetapkan segala peraturan mengenai hubungan di antara Allah s.w.t. dengan manusia dan hubungan manusia sesama manusia. Peranan rububiyyah pula menggariskan ketentuan-ketentuan Allah s.w.t. mengenai tindakan manusia terhadap pembangunan sumber alam dan hubungan bekerjasama di antara satu sama lain. Seterusnya khilafah berfungsi menjelaskan status, peranan, dan

1 Tauhid ialah meyakini bahawa Allah s.w.t. itu Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Lihat: Ibn ManzËr, MuÍammad Ibn Mukarram, LisÉn al-ÑArab, DÉr Sader, Beirut, 1990, jil. 3, hlm. 450.

Selepas ini disebut Ibn ManzËr.

2 Rububiyyah berasal daripada perkataan Arab, al-Rabb iaitu Allah s.w.t., Tuhan yang memiliki segala sesuatu. Bagi-Nya sifat rububiyyah ke atas sekalian makhluk. Dia merupakan tuan segala tuan dan raja segala raja. Lihat: Ibid., jil. 1, hlm. 399. Rububiyyah juga bermaksud sifat Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang menggubal peraturan-peraturan bagi menampung, menjaga, dan mengarahkan kehidupan makhluk ke arah kesempurnaan. Lihat: Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 250. Selepas ini disebut Mohd. Kamal Hassan.

3 Khilafah bererti kepemimpinan. Lihat: Ibn ManzËr, LisÉn al-ÑArab, jil. 9, hlm. 83. Istilah khilafah muncul dalam sejarah pemerintahan Islam sebagai sebuah institusi politik. Seseorang yang melaksanakan fungsi khilafah digelar khalifah yang bererti orang yang menggantikan kedudukan orang sebelumnya. Lihat: Hafizah Dasuki et al. (Eds.), Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004, jil. 3, hlm. 50. Selepas ini disebut Hafizah Dasuki et al. (Eds.).

4 Tazkiyah berasal daripada kata dasar zakÉ-yazkÊ-tazkiyah yang bermaksud pujian. Lihat: Ibn ManzËr, LisÉn al-ÑArab, jil. 14, hlm. 358. Tazkiyah juga diertikan sebagai penyucian sikap dan perhubungan. Lihat: Nik Azis Nik Pa, Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 78. Selepas ini disebut Nik Azis Nik Pa.

(17)

2

tanggungjawab manusia di muka bumi. Unsur tazkiyah mempunyai kaitan rapat dengan pembangunan manusia dalam segenap aspek serta membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat.5 Ia melibatkan proses penyucian dinamik yang harus dilaksanakan oleh setiap umat Islam jika mereka ingin terus berada dalam keadaan Islam yang kekal.6

Pembangunan insan merupakan unsur utama dalam pembangunan Islam manakala pembangunan-pembangunan yang lain seperti pembangunan kebendaan, pembangunan teknologi, dan pembangunan intelektual merupakan elemen-elemen sokongan. Pembangunan Islam mengarahkan kepada pembangunan insan yang bertakwa, berperibadi luhur, dan taat akan suruhan Allah s.w.t.7 Ini adalah kerana kemajuan atau kemunduran sesebuah tamadun manusia itu terletak di tangan manusia itu sendiri. Justeru, jiwa manusia perlu dibangunkan terlebih dahulu sebelum mereka melaksanakan proses pembangunan di dalam kehidupan. Dengan ini akan terbukti bahawa umat Islam adalah umat terbaik untuk diteladani oleh sekalian manusia di dunia ini.

Pembangunan insan menurut perspektif Islam berasaskan kepada konsep insan dan ajaran Islam. Aspek utama yang ditekankan dalam pembangunan insan adalah pembangunan kerohanian kerana ia mendorong manusia untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek yang terdapat dalam pembangunan-pembangunan yang lain.

Pembangunan kebendaan hanya sebagai wasilah untuk mencapai matlamat pembangunan insan iaitu memperoleh ganjaran dan keredaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.8

5 Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu, hlm. 250-251.

6 Nik Azis Nik Pa, Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara, hlm. 78.

7 Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu, hlm. 251-253.

8 Che Bakar Che Mat et al., Pembangunan dari Perspektif Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 2007, hlm. 16. Selepas ini disebut Che Bakar Che Mat et al.

(18)

3

Pembangunan teknologi memberi kemaslahatan kepada manusia untuk meningkatkan kualiti kehidupan kerohanian dan moral dalam semua aspek urusan individu dan masyarakat. Seharusnya teknologi-teknologi yang diciptakan ini menjadi hamba kepada manusia dalam mempermudah dan mempercepatkan segala urusan, bukannya manusia yang diperhambakan oleh teknologi tersebut.9 Realiti pada hari ini memperlihatkan ramai daripada kalangan manusia yang memperhambakan diri mereka kepada teknologi yang diciptakan. Malahan perkembangan sains dan teknologi yang mewarnai gaya hidup masyarakat pada masa kini juga telah menyebabkan tersebar pelbagai kebudayaan pemikiran dari luar negara khususnya dari negara Barat.

Budaya dan pemikiran Barat telah berjaya meracuni kehidupan manusia pada masa kini, antaranya termasuklah sekularisme,10 kapitalisme,11 materialisme,12

9 Osman Bakar & Azizah Hamzah (Eds.), Sains, Teknologi, Kesenian dan Agama: Perspektif Pelbagai Agama, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 15.

10 Sekularisme adalah suatu fahaman yang memisahkan di antara urusan keagamaan dan nilai- nilainya dengan urusan keduniaan. Fahaman ini muncul di negara-negara Eropah pada kurun ke-17 Masihi akibat daripada suatu pertentangan di antara kuasa gereja dan kuasa negara. Pada abad sebelumnya iaitu Zaman Kegelapan, kuasa negara disandang oleh kaum bangsawan yang berebut- rebut dengan kuasa gereja untuk menguasai kehidupan rakyat. Akhirnya, kuasa gereja berjaya menguasai kehidupan rohani manakala kuasa negara berjaya menguasai kehidupan kebendaan.

Pengaruh konflik kekuasaan ini menguasai pemikiran orang-orang Barat sehingga berlakunya pemisahan di antara pemikiran keagamaan dan pemikiran keduniaan. Konflik ini berakhir dengan kemenangan di pihak pemikiran keduniaan. Lihat: Mardzelah Makhsin, Sains Pemikiran dan Etika, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2007, hlm. 73-74. Selepas ini disebut Mardzelah Makhsin.

11 Kapitalisme adalah suatu sistem yang menghargai dan membenarkan hak milik persendirian, penggunaan modal buatan manusia, dan penggunaan sumber asli bagi keuntungan persendirian.

Lihat: Ensiklopedia Malaysiana, Anzargain Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1996, jil. 6, hlm. 365.

Selepas ini disebut Ensiklopedia Malaysiana. Fahaman kapitalis telah berkembang semenjak lebih kurang 300 tahun yang lalu. Sistem kapitalisme yang ada sekarang adalah merupakan sistem kapitalisme moden yang diasaskan oleh Rothschilds. Rothschilds adalah nama keluarga seorang Yahudi iaitu Amschel Moses Bauer, seorang peniaga emas di Jerman. Lihat: Mardzelah Makhsin, Sains Pemikiran dan Etika, hlm. 80.

12 Materialisme adalah satu fahaman berkaitan penyusunan ekonomi yang berasaskan kepada pemikiran Karl Marx. Fahaman ini muncul dan tersebar luas pada abad ke-20. Fahaman ini berpandangan bahawa satu sistem perekonomian manusia adalah berdasarkan bantuan hak kewangan. Sistem ini yang mewujudkan ajaran-ajaran moral, keyakinan, cara berfikir, dan sistem kerajaan. Lihat: AbË al-×asan ÑAlÊ al-×asanÊ al-NadwÊ, MÉdhÉ Khasira al-ÑÓlam bi InÍiÏÉÏ al- MuslimÊn, al-Maktabah al-TaufÊqiyyah, Kaherah, t.t., hlm. 179. Selepas ini disebut al-NadwÊ.

(19)

4

individualisme,13 hedonisme,14 dan seumpamanya. Meskipun terdapat kemanfaatan menerusi budaya-budaya ini, namun ia lebih banyak mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan manusia. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh penyalahgunaan teknologi moden. Di samping itu, manusia dalam mencari keseronokan, mengejar keuntungan, dan mengumpul kemewahan duniawi telah mengenepikan nilai-nilai murni, serta mengabaikan pembangunan kerohanian.

Ajaran Islam bersifat terbuka dan tidak menghalang umatnya menerima unsur- unsur yang diperkenalkan oleh orang-orang bukan Islam untuk diadaptasi dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, Islam mengarah umatnya supaya kreatif, analitikal, tidak terpengaruh dengan budaya negatif umat terdahulu khususnya Yahudi dan Kristian, tidak mengikut secara membabi buta amalan warisan nenek moyang mereka, tidak mempercayai perkara tahyul dan khurafat, serta tidak terlibat dengan budaya-budaya yang tidak bermoral, contohnya budaya hedonisme yang secara jelas bercanggah dengan akidah.15

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

kepada umatnya untuk dijadikan sebagai pedoman hidup mereka. Ia menjadi sumber utama pembinaan akhlak mulia umat Islam. Kandungannya bukan hanya sekadar untuk dibaca sahaja malahan perlu difahami, ditafsir, dan dihayati untuk melahirkan insan kamil. Dalam hal ini, kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én karya Syed QuÏb merupakan

13 Individualisme adalah suatu fahaman atau prinsip etika yang berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan individu merupakan tujuan utama dalam perlakuan manusia. Ia juga merupakan satu konsep yang berpendapat bahawa semua nilai, kuasa, dan tanggungjawab berpunca daripada seorang individu. Individualisme juga diertikan sebagai satu doktrin yang berpegang teguh kepada pendapat bahawa matlamat utama dalam masyarakat ialah mementingkan kebajikan individu manakala matlamat utama undang-undang moral ialah memperkembangkan keperibadian individu.

Lihat: Ensiklopedia Malaysiana, jil. 6, hlm. 96.

14 Hedonisme ialah prinsip yang menyatakan bahawa individu dengan tujuan untuk mencari kegembiraan akan cuba memperbaiki cara hidup mereka. Prinsip ini adalah berdasarkan kepada doktrin falsafah dan psikologi yang menyatakan bahawa kelakuan manusia hanya dipimpin oleh usaha bagi mencari kegembiraan dan menolak kedukaan. Lihat: Ibid., jil. 5, hlm. 326.

15 Bahagian Pendidikan dan Pembangunan Fatwa (Ed.), Pembangunan Tamadun Ummah dan Cabarannya, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang, 2005, hlm. 46. Selepas ini disebut Bahagian Pendidikan dan Pembangunan Fatwa.

(20)

5

salah sebuah daripada kitab-kitab tafsir di pasaran yang banyak membantu umat Islam dalam memahami terjemahan dan tafsiran ayat-ayat suci al-Quran dengan jelas dan sempurna.

Walaupun jasad Syed QuÏb sudah tiada, namun aspek-aspek pemikiran beliau yang terkandung di dalam karya-karya penulisannya sentiasa segar dan masih dihayati, serta mempengaruhi masyarakat hingga kini. Setelah membaca dan meneliti pemikiran beliau dalam membahas dan mengulas persoalan masyarakat Islam semasa, penyelidik terpanggil untuk menganalisis pemikirannya berkaitan dengan permasalahan cabaran budaya hedonisme dalam pembangunan insan berasaskan kepada salah satu daripada hasil penulisan beliau iaitu kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én.

1.3 PENGERTIAN TAJUK DAN PERUMUSAN MASALAH

Cabaran budaya hedonisme dalam pembangunan insan: Satu analisis berdasarkan kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én.

Cabaran : Hasil mencabar atau mempersoalkan; mempertikaikan;16 ajakan untuk berlawan;17 sesuatu unsur, faktor, dan sebagainya yang mencabar atau menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi, dan lain-lain;18 perihal mencabar atau sesuatu yang mencabar;19 mencabar,

16 Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2010, hlm. 232. Selepas ini disebut Kamus Dewan.

17 Kamus Am, Crescent News (KL) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2001, hlm. 156. Selepas ini disebut Kamus Am. Lihat juga: Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1994, hlm. 68. Selepas ini disebut Arbak Othman.

18 Kamus Dewan, hlm. 232. Lihat juga: Kamus Malaysiana, Ensimal (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1994, hlm. 81. Selepas ini disebut Kamus Malaysiana.

19 Kamus Am, hlm. 156.

(21)

6

mempersoalkan;20 gangguan, godaan, usikan, batu ujian, percubaan, tentangan.21

Budaya : Tamadun;22 peradaban;23 kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya;24 kemajuan rohani, jasmani;25 fikiran manusia melalui latihan dan pengalaman;26 cara berkelakuan seperti berfikir dan lain-lain, kemajuan akal budi, kebudayaan;27 fikiran, akal budi;28 sudah maju akal budi, kultur.29

Hedonisme : Pegangan, fahaman, kelakuan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup;30 penglibatan atau penumpuan terhadap keseronokan ataupun satu doktrin etika yang mengganggap bahawa keseronokan atau kegembiraan satu kebaikan.31

Pembangunan : Perihal membangun, proses membangun atau mencapai kemajuan, perkembangan, mengembangkan;32 usaha membangunkan, memajukan, mengembangkan kampung, bandar, negeri, dan lain-lain;33 pembinaan;34 hal

20 Kamus Malaysiana, hlm. 81.

21 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2002, hlm. 305. Selepas ini disebut Haji Zainal Abidin Safarwan.

22 Kamus Dewan, hlm. 212. Lihat juga: Kamus Malaysiana, hlm. 73.

23 Kamus Am, hlm. 140. Lihat juga: Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 305.

24 Kamus Dewan, hlm. 212.

25 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 305.

26 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, hlm. 62.

27 Kamus Malaysiana, hlm. 81.

28 Kamus Am, hlm. 140.

29 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 305.

30 Kamus Dewan, hlm. 523. Lihat juga: Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 546. Selepas ini disebut Kamus Dwibahasa.

31 The American Heritage Dictionary, Houghton Mifflin Company, Boston, 1985, hlm. 602.

32 Kamus Dewan, hlm. 123.

33 Kamus Malaysiana, hlm. 43.

34 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 50.

(22)

7

membangunkan;35 pengembangan, pembaharuan, perbaikan.36

Insan : Makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. yang tidak terlepas daripada kealpaan;37 manusia;38 orang, makhluk yang berakal;39 peribadi.40

Analisis : Penyelidikan;41 penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain untuk mengetahui pelbagai aspeknya, ciri-cirinya, dan lain-lain secara terperinci atau mendalam;42 proses untuk menentukan sifat struktur, juzuk, binaan, dan sebagainya sesuatu bahan atau tindakan;43 ulasan, kupasan, huraian, pemeriksaan, cerakin, penelitian;44 menentukan sifat seperti struktur, juzuk, komposisi sesuatu bahan, analisa;45 proses untuk menentukan sifat sesuatu bahan.46

Berdasarkan : Berasaskan;47 bersandarkan atau berlandaskan;48 berprinsipkan, melakukan sesuatu dengan menggunakan alasan atau asas tertentu;49 beralaskan, bertapakkan,

35 Kamus Am, hlm. 74.

36 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 50.

37 Kamus Dewan, hlm. 580.

38 Kamus Malaysiana, hlm. 214.

39 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, hlm. 214.

40 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 670.

41 Ibid., hlm. 61.

42 Kamus Dewan, hlm. 51.

43 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, hlm. 14.

44 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 670.

45 Kamus Malaysiana, hlm. 16.

46 Kamus Am, hlm. 30.

47 Kamus Dewan., hlm. 317.

48 Kamus Malaysiana, hlm. 124. Lihat juga: Kamus Am, hlm. 30.

49 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, hlm. 105.

(23)

8

bersendikan, berpusatkan, berteraskan, berpegang kepada, bertunjangkan.50

Kitab : Buku suci yang mengandungi perkara-perkara keagamaan seperti hukum, ajaran, dan lain-lain;51 buku agama atau buku suci;52 buku;53 canai fikiran, pustaka;54 buku suci iaitu buku yang berisi segala sesuatu yang berkaitan dengan agama;55 buku yang mengandungi ajaran atau hukum keagamaan di dalamnya.56

Ringkasnya, pengertian tajuk tesis ini adalah mengenai unsur-unsur mencabar yang wujud dalam suatu fahaman atau pandangan hidup manusia yang hanya mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup terhadap proses perlaksanaan kemajuan manusia. Di sini penyelidik mengkhususkan penyelidikan berkaitan persoalan tersebut dengan bersandarkan kepada hujah-hujah yang dipetik daripada sebuah buku suci berbentuk tafsir iaitu FÊ ÚilÉl al-Qur´Én.

Pengaliran ideologi sekular-liberal menimbulkan berbagai-bagai budaya pemikiran dalam masyarakat seperti nasionalisme, individualisme, materialisme, dan hedonisme. Budaya hidup masyarakat dipengaruhi dengan cara hidup hedonistik dan pergaulan bebas.57 Memandangkan tidak ramai anggota masyarakat yang dapat mengakses penulisan Syed QuÏb, penyelidik cuba mengenengahkan pemikiran beliau dalam kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én kepada masyarakat. Dengan adanya penyelidikan dan penulisan tesis ini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca,

50 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 403.

51 Kamus Dewan, hlm. 797.

52 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, hlm. 296.

53 Kamus Malaysiana, hlm. 295. Lihat juga: Kamus Am, hlm. 528.

54 Haji Zainal Abidin Safarwan (penyusun), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, hlm. 925.

55 Kamus Am, hlm. 30.

56 Kamus Malaysiana, hlm. 295.

57 Muhamed Fauzi Othman & Mohd. Azhar Abd. Hamid, ”Globalisasi Hilangkan Jati Diri Melayu?”

dalam Pemikir, April-Jun 2003, hlm. 11.

(24)

9

meneliti, dan menghayati pemikiran Syed QuÏb yang bernas. Seterusnya dapat membuka minda masyarakat dalam usaha menangani permasalahan gejala sosial yang berpunca daripada pengaruh budaya hedonisme.

Antara permasalahan-permasalahan yang akan dibincangkan dalam tesis ini ialah:

i. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep budaya hedonisme dan pembangunan insan?

ii. Bagaimanakah unsusr-unsur budaya hedonisme boleh dihubungkan dengan budaya di Malaysia?

iii. Apakah aspek-aspek penting pembangunan insan menurut tafsiran kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én?

iv. Apakah cabaran budaya hedonisme terhadap pembangunan insan menurut kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én?

1.4 OBJEKTIF PENYELIDIKAN Objektif penyelidikan ini dijalankan ialah:

i. Menjelaskan konsep budaya hedonisme dan pembangunan insan.

ii. Mengenalpasti bagaimana unsur-unsur ini boleh dihubungkaitkan dengan budaya di Malaysia.

iii. Mengkaji aspek-aspek pembangunan insan berpandukan kitab FÊ ÚilÉl al- Qur´Én.

iv. Menganalisis bentuk-bentuk cabaran budaya hedonisme terhadap pembangunan insan berdasarkan kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én.

(25)

10

1.5 SKOP KAJIAN

Ruang lingkup kajian ini berkisar dalam lingkungan perbahasan mengenai cabaran konsep budaya hedonisme terhadap pembangunan insan dengan merujuk kepada pandangan Syed QuÏb berpandukan enam jilid kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én sebagai rujukan utama. Penyelidikan ini hanya meneliti pentafsiran, pandangan, dan pemikiran beliau mengenai ayat-ayat al-Quran yang menyentuh konsep serta isu-isu berkaitan budaya hedonisme dan pembangunan insan sahaja.

Dalam penyusunan bab di dalam tesis ini, penyelidik mendahulukan perbincangan mengenai budaya hedonisme dan pembangunan insan sebelum mengutarakan pandangan Syed QuÏb berkaitan kedua-dua aspek tersebut. Ini adalah kerana permasalahan berkaitan budaya hedonisme dan pembangunan insan ini telah wujud sebelum penulisan kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én lagi.

Justifikasi pemilihan kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én sebagai rujukan utama dalam penganalisisan ini kerana kitab ini turut memaparkan aspek-aspek sosial selain daripada aspek politik. Antara aspek sosial yang dibincangkan ialah menjelaskan mengenai sistem-sistem jahiliah yang tercemar dan cacat, tokoh-tokohnya merupakan contoh-contoh yang sesat, peradabannya adalah peradaban orang-orang yang tidak berasaskan ilmu dan akidah, pemikiran dan konsepnya serta nilai-nilai dan sistem-sistemnya bercanggah dengan fitrah, bangsanya dengan pelbagai perbezaan kelompok berada dalam suasana huru hara disebabkan mereka hanya hidup dalam kepalsuan.58

Kitab ini juga mempunyai pendekatan tersendiri dalam menghubungkan pernyataan al-Quran dengan situasi semasa. Latar belakang kehidupan tokoh turut membantu kupasan dan huraian dalam penulisan kitab ini, contohnya pengalaman

58 ØalÉÍ ÑAbd al-FattÉÍ al-KhÉlidÊ, Madkhal ila ÚilÉl al-Qur´Én, DÉr ÑAmÉr, ÑAmmÉn, 2000, hlm.

116-117. Selepas ini disebut al-KhÉlidÊ.

(26)

11

beliau semasa menjalani kehidupan di Amerika Syarikat selama dua tahun.

Antaranya, dalam kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én beliau melakarkan realiti masyarakat jahiliah di Amerika dan lain-lain. Beliau menerangkan mengenai jiwa masyarakatnya yang sesat dan budaya-budayanya yang ganjil. Seterusnya beliau menggambarkan kekosongan jiwa yang dialami oleh penduduk Amerika dan negara-negara jahiliah yang lain. Manusia pada hari ini berada dalam kekosongan jiwa yang melanggar fitrah kejadian manusia. Kehidupan mereka kosong daripada manhaj Ilahi.59 Perbincangan dalam kitab ini juga bersifat kontemporari dan bersesuaian dengan konteks negara Malaysia kerana fitrah manusia tetap sama. Kajian turut mengemukakan pandangan-pandangan daripada para penulis kitab-kitab tafsir yang lain sebagai perbandingan.

1.6 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi bermaksud ilmu mengenai metod atau disiplin yang digunakan ketika menjalankan sesuatu kajian tertentu bagi mencapai tujuan tertentu.60 Penyelidikan pula bererti melakukan sesuatu tindakan menyelidik atau memeriksa untuk menghasilkan sesuatu.61 Ia juga merupakan kaedah memperoleh pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu atau lapangan menurut kaedah ilmiah yang berdasarkan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu.62

Metodologi penyelidikan adalah jalan atau cara laluan seseorang penyelidik ilmiah melakukan kajian mendalam terhadap fakta-fakta ilmiah dalam setiap cabang pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan dan teori saintifik.63 Matlamat

59 Al-KhÉlidÊ, AmrÊkÉ min al-DÉkhil bi ManÐÉr Sayyid QuÏb, DÉr al-ManÉrah, Jeddah, 1987, hlm.

162-164.

60 Ensiklopedia Malaysiana, jil. 8, hlm. 353.

61 Ibid., jil. 10, hlm. 127.

62 GhÉzÊ ×usain ÑInÉyah, ManÉhij al-BaÍth al-ÑIlmÊ fi al-IslÉm, DÉr al-Jayl, Beirut, 1990, hlm. 79.

Selepas ini disebut GhÉzÊ ×usain ÑInÉyah.

63 Ibid.

(27)

12

seseorang penyelidik hasil daripada proses penyelidikan yang dilaksanakan sama ada secara teori atau eksperimental adalah hasil dapatan yang diperoleh di samping memerlukan kajian ilmiah baharu yang berkualiti.64

Pengetahuan mengenai metodologi penyelidikan merupakan unsur terpenting kepada para penyelidik dalam melaksanakan sesuatu kajian dan penyelidikan.

Dengan pengetahuan ini, mereka dapat memahami, menerima atau menolak kesimpulan yang didapati dalam sesuatu penyelidikan yang dilaksanakan. Dalam penulisan tesis ini, penyelidik telah memilih tiga kaedah penyelidikan sebagai asas iaitu metod penentuan subjek, metod pengumpulan data dan maklumat, serta metod penganalisisan data.

1.6.1 Metod Penentuan Subjek

Menerusi metod ini, penyelidik telah menggunakan metod persampelan dengan memilih kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én karya Syed QuÏb sebagai sampel penelitian. Kajian ini berbentuk penyelidikan perpustakaan dengan menggunakan analisis kandungan teks kitab tersebut. Justeru, di dalam kajian ini penyelidik akan mengenalpasti hujah- hujah, pandangan-pandangan, dan komentar-komentar yang dilontarkan oleh penulis kitab ini.

1.6.2 Metod Pengumpulan Data dan Maklumat

Dalam usaha pengumpulan data dan maklumat untuk penulisan tesis ini, penyelidik menggunakan kaedah kajian perpustakaan. Ia meliputi segala bahan dan maklumat seperti konsep budaya hedonisme, konsep pembangunan insan, biodata tokoh, suasana sosio politik pada zaman kelahiran Syed QuÏb, sumbangan dan perjuangan

64 ÑÓbd al-WahhÉb IbrÉhÊm AbË SulaimÉn, KitÉbah al-BaÍthu al-ÑIlmÊ wa MaÎadir al-DirÉsÉt al- ÑArabiyyah wa al-TÉrÊkhiyyah, DÉr al-Syuruq, Jeddah, 1995, hlm. 25.

(28)

13

beliau dalam masyarakat, hasil-hasil karyanya, pandangannya mengenai aspek berkaitan dengan budaya hedonisme dan pembangunan insan di dalam kitab kajian, dan seumpamanya.

Data primer terdiri daripada bahan asal hasil daripada tulisan Syed QuÏb iaitu kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én, terbitan DÉr al-SyurËq, Kaherah, 2009. Selain daripada itu, data-data primer juga melibatkan al-Quran, kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis, ensiklopedia, dan lain-lain. Manakala data-data sekunder terdiri daripada pelbagai rujukan klasik dan semasa yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antaranya ialah buku- buku yang membicarakan aspek-aspek berkaitan dengan konsep budaya hedonisme, konsep pembangunan insan, biografi Syed QuÏb, perbincangan berkaitan kitab ÚilÉl al-Qur´Én, dan sebagainya.

1.6.2(a) Penyelidikan Perpustakaan

Kajian ini secara keseluruhannya berdasarkan penyelidikan perpustakaan yang melibatkan sumber al-Quran, hadis, kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis, kitab-kitab hukum dan pandangan ulama, buku-buku, ensiklopedia, kamus, penulisan ilmiah, jurnal, dan lain-lain. Sumber-sumber yang digunakan adalah daripada sumber utama di samping sumber kedua.

Institusi-institusi yang menjadi tumpuan dalam pencarian data ini ialah:

1. Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

2. Perpustakaan Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

3. Perpustakaan Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

(29)

14

4. Perpustakaan Tun Abd. Razak 1 dan 2, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

5. Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP), Permatang Pauh, Pulau Pinang.

6. Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Gombak, Selangor.

7. Perpustakaan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

8. Perpustakaan Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

9. Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

10. Perpustakaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.

1.6.3 Metod Penganalisisan Data

Data-data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan teliti. Dalam usaha ini, penyelidik menggunakan proses penganalisisan yang relevan dengan penyelidikan ini, iaitu:

1.6.3(a) Metod Induktif

Induktif berkaitan dengan induksi iaitu proses penghuraian yang membawa kepada pencapaian sesuatu kesimpulan hukum daripada fakta-fakta atau maklumat- maklumat yang bersifat khusus.65 Metod Induktif ialah satu kaedah mencari satu kesimpulan sesuatu permasalahan melalui pengkajian data-data yang bersifat khusus.66 Dalam penulisan tesis ini, data-data yang bersifat khusus dibentangkan, dan daripada data-data tersebut dibuat satu kesimpulan umum. Penyelidik

65 Kamus Dewan, hlm. 576.

66 GhÉzÊ ×usain ÑInÉyah, ManÉhij al-BaÍth al-ÑIlmÊ fi al-IslÉm, hlm. 85.

(30)

15

menggunakan metod ini antaranya dalam meneliti metodologi penulisan Syed QuÏb dalam kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én secara khusus sebelum dibuat suatu panduan umum mengenai metodologi yang digunakan.

1.6.3(b) Metod Deduktif

Deduktif berkenaan kesimpulan yang dibuat berdasarkan deduksi iaitu kaedah membuat kesimpulan atau rumusan dengan berdasarkan maklumat-maklumat atau fakta-fakta yang ada.67 Metod Deduktif ialah kaedah membuat kesimpulan sesuatu masalah berdasarkan pengkajian data-data yang bersifat umum.68 Penyelidik menggunakan metod ini dalam mengkaji tafsiran kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én secara keseluruhan meliputi ayat-ayat yang dibincangkan sebelum melihat secara khusus gaya perbahasan yang ditampilkan oleh Syed QuÏb berkenaan dengan ayat-ayat tersebut.

1.6.3(c) Metod Komparatif

Komparatif berkenaan atau berdasarkan perbandingan.69 Metod Komparatif merupakan suatu kaedah membuat rumusan dengan berasaskan perbandingan maklumat-maklumat atau fakta-fakta yang terkumpul.70 Menerusi metod ini penyelidik membandingkan data-data yang diperoleh untuk menghasilkan satu rumusan yang jitu dan bersifat praktikal. Perbandingan ini dibuat berdasarkan analisis terhadap maklumat yang diperoleh sebelum ini. Hasil daripada perbandingan ini membantu penyelidik untuk membuat kesimpulan dan rumusan.

67 Kamus Dewan, hlm. 325.

68 GhÉzÊ ×usain ÑInÉyah, ManÉhij al-BaÍth al-ÑIlmÊ fi al-IslÉm, hlm. 85

69 Kamus Dewan, hlm. 809.

70 GhÉzÊ ×usain ÑInÉyah, ManÉhij al-BaÍth al-ÑIlmÊ fi al-IslÉm, hlm. 86.

(31)

16

1.7 KAJIAN LEPAS

Dalam usaha penyelidik mengumpulkan data-data kajian, terdapat beberapa penulisan yang telah membincangkan berkaitan tajuk ini. Penulisan-penulisan terdahulu ini dijadikan sebagai landasan teori bagi kajian ini. Walau bagaimanapun perbincangan-perbincangan dalam penulisan-penulisan tersebut hanya melibatkan sebahagian daripada tajuk tesis ini sahaja.

Karya berkaitan hedonisme dan budaya hedonisme dihasilkan oleh beberapa orang penulis, antaranya ialah Mardzelah Makhsin, Adam Morton, KÉmil MuÍammad MuÍammad ÑUwaiÌah, Torbjon Tannsjo, G.E. Moore, C.D. Broad, dan Abdul Ghafar Hj. Don.

Mardzelah Makhsin dalam bab Aliran-aliran Etika71 membincangkan berkenaan aliran etika hedonisme dan asal usul hedonisme. Penulisannya yang ringkas hanya berkisar mengenai pengertian hedonisme, matlamat hedonis dalam kehidupan mereka, dan ahli-ahli falsafah yang terlibat dengan sejarah kemunculan hedonisme terutamanya ahli falsafah Yunani. Sejarah awal kemunculan hedonisme dikatakan dapat dikesan menerusi pemikiran Yunani purba.

Seterusnya topik Hedonisme yang dibincangkan oleh Adam Morton72 memfokuskan penjelasan kepada konsep dan pembahagian hedonisme. Beliau membandingkan di antara utilitarianisme dan hedonisme daripada beberapa aspek.

Utilitarianisme berhak menuntut manusia mengorbankan kesenangan mereka sendiri untuk kenikmatan orang lain yang lebih besar. Manakala bagi hedonisme hal yang paling penting bagi seseorang individu itu adalah kesenangan dirinya sendiri.

Utilitarianisme merupakan falsafah yang memerlukan banyak pengorbanan diri, sedangkan hedonisme adalah falsafah yang menumpukan kepada pilihan yang

71 Mardzelah Makhsin, Sains Pemikiran dan Etika, hlm. 96-97.

72 Adam Morton, Philosophy in Practice: An Introduction to The Main Questions, Blackwell Publishing, Australia, 2004, hlm. 178-180. Selepas ini disebut Adam Morton.

(32)

17

melibatkan kenikmatan yang paling menyeluruh untuk diri sendiri. Penulis topik ini membahagikan hedonisme kepada dua bentuk iaitu hedonisme psikologi dan hedonisme moral.

KÉmil MuÍammad MuÍammad ÑUwaiÌah dalam bukunya membincangkan satu tajuk iaitu Mazhab al-Lazah (al-HÊdËniyyah).73 Beliau memaparkan konsep hedonisme dan kritikan terhadap hedonisme. Menurut penulis buku ini sesuatu yang baik merupakan kesenangan. Pandangan ini dikenali sebagai hedonisme. Kritikan terhadap hedonisme yang dipaparkan dalam bab ini antaranya adalah berkaitan dengan kesenangan dan kebahagiaan, kebahagiaan harmoni, serta pandangan Plato dan Aristotle.

Bab Hedonism tulisan Torbjon Tannsjo74 pula membicarakan berkenaan dengan hedonistik utilitarianisme. Perbincangan beliau lebih tertumpu kepada aspek etika. Beliau mendakwa bahawa merujuk kepada teori kriteria kebenaran, sesuatu tindakan tertentu yang benar jika tidak ada cara lain agen yang melakukan tindakan itu boleh bertindak, maka dunia secara keseluruhan akan menjadi lebih baik. Baik buruk dunia ini bergantung kepada fungsi situasi seseorang individu. Di samping itu, penulis buku ini turut membahaskan mengenai konsep keseronokan. Beliau menyarankan supaya digambarkan satu garis pemisah di antara kesenangan dan ketidaksenangan secara phenomenalistik. Para hedonis klasik mengandaikan bahawa garis ini menjadikan manusia sentiasa berwaspada.

Penulisan berkaitan dengan tajuk Hedonism turut dihasilkan oleh G.E. Moore dalam bukunya Principia Ethica.75 Beliau memaparkan hujah-hujah ahli falsafah

73 KÉmil MuÍammad MuÍammad ÑUwaiÌah, ´AbÊqËr: Mu´assis al-Madrasah al-´AbÊqËriyyah, DÉr al-Kutub al-ÑIlmiyyah, Beirut, 1994, hlm. 87-94. Selepas ini disebut KÉmil MuÍammad ÑUwaiÌah.

74 Torbjon Tannsjo, Hedonistic Utilitarianism, Edinburgh University Press, Edinburgh, 1988, hlm.

63-77.

75 G.E. Moore, Principia Ethica, University Press, Cambridge, Great Britain, 1962, hlm. 59-109.

Selepas ini disebut G.E. Moore.

(33)

18

dan hedonis berhubung dengan konsep keseronokan dan kebahagiaan. Antaranya ialah Sidgwick yang dengan jelas mengakui bahawa dengan melakukan kebaikan bererti sesuatu itu tidak boleh dipertikaikan. Justeru, jika hedonisme itu benar maka harus dipertahankan bahawa kesenangan adalah satu-satunya perkara yang baik.

Beliau antara lain merumuskan bahawa James Mill dikritik kerana melakukan kesalahan naturalistik dalam mengenalpasti di antara perkara yang dikehendaki dengan yang diinginkan. Manakala Sidgwick pula gagal untuk membezakan kesenangan daripada kesedaran kesenangan.

Berbeza pula dengan pandangan C.D. Broad dalam bukunya yang berjudul Five Types of Ethical Theory76 mengenai hedonisme. Beliau mendakwa bahawa hedonisme merupakan teori teleologi.77 Perbincangannya mengenai hedonisme dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu hedonisme secara umum, hedonisme egoisme, dan hedonisme universal atau utilitarianisme. Antara komen beliau iaitu fikiran dapat mempengaruhi tindakan seseorang individu, kebahagiaan dalam koleksi pemikiran tetap akan serasi dengan pelbagai cara penyebaran di antara ahli-ahli, dan kebahagiaan di dalam sesebuah masyarakat dapat dibincangkan namun tidak kebahagiaan sesebuah masyarakat.

Penulisan mengenai budaya hedonisme telah dihasilkan dengan tajuk Budaya Hedonisme: Corak dan Kesannya Terhadap Pembinaan Masyarakat Dinamik di Malaysia oleh Abdul Ghafar Hj. Don.78 Dalam topik ini, penulis membahaskan beberapa perkara berhubung dengan hedonisme dan budaya hedonisme. Hujah-hujah dan penerangan yang dikemukakan dalam penulisan ini diperkukuhkan dengan

76 C.D. Broad, Five Types of Ethical Theory, Routledge and Kegan Paul Ltd., London, 1930, hlm.

227-256. Selepas ini disebut C.D. Broad.

77 Teleologi adalah berkenaan dengan teori atau kepercayaan bahawa segala-galanya di dunia ini ada tujuan yang khusus. Lihat: Kamus Dwibahasa , hlm. 1299.

78 Abdul Ghafar Hj. Don, ”Budaya Hedonisme: Corak dan Kesannya terhadap Pembinaan Masyarakat Dinamik di Malaysia” dalam Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim dan Ideris Endut (Eds.), Dakwah dan Perubahan Sosial, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000, hlm. 50-59. Selepas ini disebut Abdul Ghafar Hj. Don.

(34)

19

paparan terjemahan ayat-ayat al-Quran dan huraian pandangan ahli-ahli tafsir berhubung dengan budaya ini menurut perspektif Islam.

Berdasarkan pembacaan dan penelitian penyelidik, kesemua penulisan di atas yang menyentuh berkenaan hedonisme hanya membicarakan subjek ini daripada sudut konsep, falsafah, sejarah asal-usul, dan kritikan terhadap fahaman ini.

Manakala penulisan mengenai budaya hedonisme pula tidak membincangkan secara khusus mengenai cabaran budaya hedonisme terhadap pembangunan insan. Aspek inilah yang akan diselidik dan dikupas oleh penyelidik dalam kajian ini.

Seterusnya perbincangan mengenai pembangunan insan telah dihasilkan oleh beberapa orang penulis. Antaranya ialah Mazlan Ibrahim dan Kamarudin Salleh, Misran Rokimin, Nor Hayati Hj. Alwi, Che Zuina Ismail, ÑAbd. al-RaÍman al- ÑAsywÊ, dan Mohd Kamal Hassan.

Islam Pasca Kemerdekaan suntingan Mazlan Ibrahim dan Kamarudin Salleh79 memaparkan mengenai konsep dan program pembangunan insan menurut perspektif Islam. Perbincangan mereka menyentuh mengenai sejarah kewujudan dan perlaksanaan program pembangunan insan di Malaysia. Dalam analisis kritikal mengenai realiti konsep pembangunan modal insan semasa, mereka mencadangkan supaya diwujudkan pembangunan sistem politik yang lebih telus, terbuka, dan adil;

pembangunan sistem pendidikan yang sesuai untuk konteks zaman globalisasi;

pembangunan ekonomi yang lebih seimbang; dan mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar.

Misran Rokimin dengan karya beliau bertajuk Isu Pendidikan dan Pembangunan Insan Menerusi Novel80 menyarankan pembangunan insan

79 Mazlan Ibrahim & Kamarudin Salleh (Eds.), Islam Pasca Kemerdekaan, Karisma Publications Sdn. Bhd., Shah Alam, 2008, hlm. 161-169.

80 Misran Rokimin, Isu Pendidikan dan Pembangunan Insan Menerusi Novel, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2006, hlm. 61-105.

(35)

20

dilaksanakan menerusi karya sastera kerana karya sastera bermatlamat untuk mendidik dan membangunkan diri manusia melalui personaliti, pemikiran, dan kebahasaan. Kesusasteraan dikatakan mampu merubah personaliti seseorang individu daripada berperibadi rendah kepada berperibadi mulia. Dalam penulisannya, beliau menganalisis beberapa buah novel dan mengaitkan peranannya dengan pembangunan insan.

Seterusnya pula ialah Nor Hayati Hj. Alwi yang mengkaji mengenai Pembentukan Model Pembangunan Insan Kamil dalam Pengajaran Sains.81 Penyelidikan ini cuba memperkenalkan teori dan model yang dinamakan sebagai teori dan model pembangunan insan kamil dalam pengajaran sains (teori dan model pikdps). Dalam kajiannya, pengkaji mendakwa bahawa menerusi teori ini terdapat kemunasabahan untuk melahirkan seorang insan sains muslim.

Berbeza pula dengan kajian Che Zuina Ismail bertajuk Pembangunan Insan:

Peranan Pusat Pendidikan Islam dan Unit Agama (HEP) Terhadap Siswa-Siswi ITM Shah Alam.82 Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan peranan Pusat Pendidikan Islam (PPI) dan Unit Agama dalam membentuk pembangunan insan mahasiswa menerusi subjek pendidikan Islam yang ditawarkan oleh PPI dan aktiviti kokurikulum anjuran Unit Agama melalui beberapa fenomena. Antara fenomena yang dianalisis seperti sikap, kesan akhlak mahasiswa, serta persepsi staf terhadap peranan dan keberkesanan pembangunan insan mahasiswa.

ÑAbd. al-RaÍman al-ÑAsywÊ dalam satu bab bukunya yang bertajuk Manhaj al- IslÉm fi al-Tanmiyah al-Basyariyyah83 membincangkan bahawa matlamat Islam

81 Nor Hayati Hj. Alwi, Pembentukan Model Pembangunan Insan Kamil dalam Pengajaran Sains, Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2002.

82 Che Zuina Ismail, Pembangunan Insan: Peranan Pusat Pendidikan Islam dan Unit Agama (HEP) Terhadap Siswa-Siswi ITM Shah Alam, Tesis Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1998.

83 ÑAbd. al-RaÍman al-`AsywÊ, al-IslÉm wa al-Tanmiyah al-Basyariyyah, DÉr al-Nahzah al- ÑArabiyyah, Beirut, 1988, hlm. 147-164. Selepas ini disebut al-`AsywÊ.

(36)

21

adalah merupakan matlamat pembangunan dan Islam menyeru kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Penulis juga menerangkan kepentingan agama dalam proses pembangunan, agama adalah sumber kerajaan dan undang-undang yang merangkumi semua aspek dalam kegiatan individu dan kumpulan. Pembangunan harus diwujudkan berasaskan kepada al-Quran dan hadis. Pembangunan insan adalah pembangunan sepadu.

Seterusnya, Pembangunan Manusia Secara Bersepadu hasil tulisan Mohd Kamal Hassan84 pula merupakan bab yang memaparkan pelbagai masalah dan gejala sosio-budaya negatif yang melanda masyarakat dalam konteks pertumbuhan ekonomi pesat membangun. Hasil tinjauan yang dibuat oleh penulis buku ini menyimpulkan bahawa kelemahan model pembangunan negara merupakan antara penyebab kemunculan gejala negatif. Maksud kesepaduan sebenar ialah penerapan dan perlaksanaan tuntutan Allah s.w.t. dalam semua aspek pembangunan di peringkat individu dan masyarakat.

Meskipun penulisan-penulisan di atas membahaskan mengenai pembangunan insan dan beberapa cabaran budaya hedonisme dalam pembangunan insan namun masih tidak mengaitkan penganalisisan berdasarkan kitab ÚilÉl al-Qur´Én sebagaimana yang akan dikaji oleh penyelidik.

Terdapat juga penulisan berkaitan Syed QuÏb dan kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én.

Antara penulis dan pengkaji terlibat dengan topik ini ialah Mohamad Fauzi Zakaria, Badmas `Lanre Yusuf, Mazlan Ibrahim dan Jaffary Awang, Mohd. Asmadi Yakob, dan Asyraf Ab Rahman.

84 Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu, hlm. 281-298.

(37)

22

Hasil kajian Mohamad Fauzi Zakaria bertajuk Pengaruh Pemikiran as-Syahid Sayyid QuÏb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia85 menumpukan perbincangan kepada ideologi dan latar belakang perjuangan Syed QuÏb. Ideologi tersebut berasaskan kepada konsep Islam sebagai al-din dan konsep al-Hakimiyyah sebagai tuntutan utama Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah. Kedua-dua konsep ini menjadi asas perjuangan dan sumber pemikiran yang berkembang di Mesir, seterusnya berpengaruh dalam dunia Islam. Pengaruh gerakan ini berkembang ke seluruh pelusuk dunia Islam. Gerakan Islam di Malaysia turut dipengaruhi oleh ideologi tersebut.

Dalam kajian dan penulisan yang bertajuk Sayyid QuÏb: A Study of His Tafsir, Badmas `Lanre Yusuf86 memfokuskan secara khusus kepada Syed QuÏb dan kitab tafsirnya yang unik, FÊ ÚilÉl al-Qur´Én. Selain daripada memaparkan mengenai sejarah kehidupan dan kerjaya Syed QuÏb, karya ini turut mencatatkan sejarah dan kriteria kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én. Aspek-aspek seperti pembahagian bab dalam pelajaran, pengenalan sebahagian besar berkaitan bab sebelum paparan sesuatu teks serta komen, dan mengelakkan pergantungan kepada tafsiran Israiliyyat87 sebagai

85 Mohamad Fauzi Zakaria, Al-Ilahiyyat Menurut Sayyid QuÏb: Kajian Terhadap Konsep al- Hakimiyyah dan Pengaruhnya Kepada Gerakan Islam di Malaysia, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1991.

86 Badmas `Lanre Yusuf, Sayyid QuÏb: A Study of His Tafsir, Islamic Book Trust, Kuala Lumpur, 2009. Selepas ini disebut Badmas `Lanre Yusuf.

87 Israiliyyat ialah riwayat yang berasal daripada ahli kitab, sama ada apa yang diriwayatkan itu berkaitan dengan agama mereka atau yang tiada hubungan dengannya sama sekali. Riwayat Israiliyyat dinisbahkan kepada orang-orang Yahudi kerana kebanyakan para perawinya berasal daripada kalangan Yahudi yang menganut agama Islam dan mereka dikutuk dengan perbuatan ini.

Lihat: Al-Sayyid AÍmad KhalÊl, DirÉsah fÊ al-Qur´Én, DÉr al-Nahdhah al-ÑArabiyyah, Beirut, 1969, hlm. 113. Cerita Israiliyyat mendatangkan kesan buruk dalam tafsir disebabkan ia tidak diteliti sebagaimana pada era para sahabat, penceritaan bersifat benar dan dusta, kisah rekaan, khayalan dan seumpamanya. Ulama membahagikan cerita Israiliyyat kepada tiga bahagian.

Pertama, sesuatu yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. dengan sanad yang sahih, bahagian ini sahih dan boleh diterima. Kedua, sesuatu yang diketahui dusta seperti bertentangan dengan syariat Islam, bahagian ini tidak sahih dan tidak boleh diterima dan tidak boleh diriwayatkan.

Ketiga, sesuatu yang tidak diketahui sama ada sahih atau dusta, bahagian ini perlu diambil sikap mendiamkan diri iaitu tidak percaya dan tidak mendustakannya. Lihat: KhÉlid ÑAbd al-RaÍmÉn al- ÑAkk,´UÎËl al-TafsÊr wa QawÉÑiduhu, DÉr al-NafÉ´is, Beirut, 1994, hlm. 261-262.

(38)

23

salah satu daripada sumber tafsir al-Quran adalah merupakan kriteria-kriteria kitab tafsir ini yang ditonjolkan oleh Syed QuÏb dalam penulisannya.

Mazlan Ibrahim dan Jaffary Awang dalam penulisan mereka bertajuk Pemikiran Siasah Sayid QuÏb: Satu Analisis Berdasarkan Kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én88 cuba mengemukakan beberapa pemikiran Syed QuÏb berhubung politik merujuk kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én. Konsep-konsep yang dibincangkan dalam penulisan ini ialah konsep siasah, konsep kepimpinan, konsep amanah dan keadilan, konsep jihad, konsep amar makruf nahi mungkar, serta konsep syura. Mereka berpendapat bahawa konsep siasah yang dipaparkan Syed QuÏb bersifat teori kerana penjelasan beliau lebih bermatlamat untuk menyedarkan umat Islam terhadap keperluan sistem politik Islam.

Mohd. Asmadi Yakob dalam disertasinya mengenai Terjemahan Tafsir FÊ ÚilÉl al-Qur´Én oleh Yusoff Zaky Yacob: Suatu Kajian dari Aspek Metodologi89 menghuraikan beberapa kaedah metodologi yang digunakan oleh Yusoff Zaky dalam menterjemahkan kitab tafsir FÊ ÚilÉl al-Qur´Én. Antaranya ialah kaedah metodologi penyusunan daripada sudut penyusunan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Beliau turut menerangkan bahawa metodologi penterjemahan yang digunakan adalah terjemahan dinamis dan terjemahan literal.

Asyraf Ab Rahman dalam tesisnya bertajuk The Concept of Social Justice as Found in Sayyid QuÏb`s FÊ ÚilÉl al-Qur´Én90 memaparkan pandangan Syed QuÏb di dalam kitabnya berhubung dengan beberapa konsep keadilan sosial dalam Islam.

88 Mazlan Ibrahim & Jaffary Awang, “Pemikiran Siasah Sayid QuÏb: Satu Analisis Berdasarkan Kitab FÊ ÚilÉl al-Qur´Én” dalam Mohd. Radzi Othman et al. (Eds.), Warisan al-Quran: Politik dan Pemikiran Semasa, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2003, hlm. 85-118.

89 Mohd Asmadi bin Yakob, Terjemahan Tafsir FÊ ÚilÉl al-QurÉn oleh Yusoff Zaky Yacob: Suatu Kajian dari Aspek Metodologi, Disertasi MA, Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002.

90 Asyraf Ab Rahman, The Concept of Social Justice as Found in Sayyid QuÏb`sFÊ ÚilÉl al-Qur´Én, Tesis Ph.D, Uni

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Al-Mawardi merupakan seorang tokoh yang dilihat telah memberi sumbangan di dalam usaha pembangunan kerohanian modal insan melalui karya beliau di bidang akhlak iaitu

Zainudin Hashim dalam tesis PhD yang bertajuk “Pendekatan Pembangunan Insan Menurut Hasan al-Banna (m. 1949) Menerusi Kitab Majmu‘ah al-Rasail” 41 menyatakan objektif

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan penulis terhadap metodologi penulisan kitab dan kandungannya dapatlah diketahui bahawa metode penulisan Ibn al-Qayyim dalam

Pandangan pertama: Sahabat sangat jarang menyebut riwayat ahli kitab jika dibandingkan dengan tabiin. Ia merupakan pandangan Ibnu Taymiyyah dalam Usul al- Tafsir

Namun, sesua tu ya ng menarik adalah terdapat pembahagian yang dilakukan di dalam fasal tersebut iaitu disebutkan bahawa terdapat dua puluh (20) perkara berkaitan

Konsep Pembangunan Insan dalam perbincangan ini lebih dikhususkan kepada golongan pentadbir dan golongan yang terlibat untuk membuat keputusan di dalam perkhidmatan kerajaan

Mengenai kitab-kitab yang berkaitan dengan sikap al-mala’ terhadap dakwah utusan Alla>h Ta‘a>la>> berdasarkan al-Qur’a>n pula, terdapat kitab yang ditulis oleh

Merujuk kepada perkara di atas, bersam-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk MEDIA MASSA DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN: KAJIAN KES DI