• Tiada Hasil Ditemukan

Mansur Timbalan Naib Canselor HEP&A Pegawai-Pegawai Utama Universiti Malaysia Sabah Dekan-dekan, Pengarah-pengarah, Pengetua-pengetua Kolej, Yang Berusaha En

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Mansur Timbalan Naib Canselor HEP&A Pegawai-Pegawai Utama Universiti Malaysia Sabah Dekan-dekan, Pengarah-pengarah, Pengetua-pengetua Kolej, Yang Berusaha En"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

8.00 malam, Hotel Pacific Sutera

Bismillahir Rahmannir Rahim

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera Terima kasih pengacara Majlis

Yang Berbahagia Prof Dr. Kasim Hj. Mansur Timbalan Naib Canselor HEP&A

Pegawai-Pegawai Utama Universiti Malaysia Sabah Dekan-dekan,

Pengarah-pengarah, Pengetua-pengetua Kolej,

Yang Berusaha En. Darwis Awang Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Merangkap Timbalan Pengerusi Malam Penghargaan HEP 2010 Saudara Faezan Amidun

Presiden MPP 2009/2010 Saudara Azrul Ibrahim

Mantan Presiden MPP 208/2009 Kakitangan Hal Ehwal Pelajar Mahasiswa-Mahasiswa UMS

(2)

Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah perkenannya, maka Majlis Malam Penghargaan HEP 2010 dapat jua dilangsungkan. Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas komitmen dan usaha yang telah dilakukan. Terima kasih jua kerana sudi menjemput saya untuk hadir bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan di Malam yang berseri ini.

Era globalisasi, menyaksikan bidang pendidikan memerlukan kita mempersiapkan dan memperlengkapkan diri dengan penuh ketabahan. Kita maklum pendidikan merupakan aset penting yang harus ada di kalangan generasi akan datang. Sewajarnya pelajar perlu disajikan dengan pembelajaran yang lebih kondunsif, bersistematik demi mengharungi masa depan.

Sebagai institusi pengajian tinggi awam, UMS akan terus komited dalam meningkatkan aktiviti penyelidikan, pusat-pusat kecemerlangan dan meningkatkan kedudukan universiti ini, setanding dengan universiti lain dalam dan luar negara.

Oleh itu, segala orientasi pentadbiran UMS akan digerakan demi keperluan mahasiswa mahasiswi kearah melahirkan pelajar yang berwibawa, inovatif, mempunyai ilmu dan kemahiran yang khusus dan seimbang, selain menghasilkan golongan pelajar yang berkualiti, proaktif dan progresif dengan memiliki kemahiran kelas pertama.

Dalam masa yang sama saya mengajak semua warga UMS menjadikan budaya membaca sebagai amalan harian yang sebati dengan naluri kita sebagai warga universiti kearah menambahkan aliran idea kreatif yang dapat mewujudkan lebih banyak penyelidikan dan inovasi.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebagai pelajar seharusnya tidak terpengaruh dangan anasir-anasir negatif atau perkauman yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan memesongkan matlamat pengajian, sebaliknya sebagai pelajar perlu meningati sumbangan dan pengorbanan yang diberikan keluarga selama berada di universiti ini, di samping mengharapkan

(3)

kejayaan yang berterusan dalam bidang akademik. Sehubungan itu, pelajar sekian seharusnya menanamkan semangat jati diri, beretika dan berakhlak mulia serta mematuhi segala peraturan-peraturan dan akta universiti.

Tahun 2009 mencatatkan beberapa peningkatan pelajar kita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dimana pasukan SIFE [STUDENTS IN FREE ENTEPRISE] telah berjaya menjadi johan antara IPTA di negara ini dan mewakili negara Malaysia dalam pertandingan SIFE World Cup 2009 di Berlin, Jerman. Kejayaan mereka ini sekaligus menjadi contoh terbaik untuk semua pelajar mengikuti jejak langkah mereka dalam aktiviti, program bersama masyarakat dan sahsiah pelajar yang telah dirancang Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Kita sedia maklum, peranan dan tanggungjawab Jabatan HEP& Alumni bukan hanya memastikan agar urusan pembelajaran dan penginapan mahasiswa mahasiswi terjaga dan terpelihara, malah Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam memastikan mahasiswa mahasiswi UMS terus bergiat aktif dalam segenap lapangan termasuklah kepimpinan, kerohanian, kemasyarakatan, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Tugas yang berkaitan dengan pengurusan pelajar ini bukanlah suatu tugas yang mudah.

Ini adalah kerana Jabatan HEP & Alumni berhadapan dengan lebih daripada 15,000 pemikiran, karenah dan kehendak ”stakeholder,” yakni mahasiswa mahasiswi UMS yang pelbagai.

Selaku Dekan HEP yang pertama, 14 tahun yang lalu saya sendiri pernah melalui, merasai dan menghadapi suasana dan cabaran yang serupa. Namun, saya percaya bahawa mahasiswa mahasiswi UMS secara puratanya adalah kumpulan mahasiswa mahasiswi yang berdisiplin, berdedikasi dan sentiasa komited dalam pembelajaran mereka.

Ini dapat dilihat menerusi penglibatan aktif mahasiswa mahasiswi UMS dalam pelbagai aktiviti pelajar yang diadakan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

Malah, ada yang berjaya mengharumkan nama Universiti kita yang tercinta ini. Syabas saya ucapkan dan semoga barisan MPP kali ini dapat meneruskan kecemerlangan MPP

(4)

pada masa-masa yang lalu dalam memimpin dan mengekalkan rekod-rekod kecemerlangan yang telah dirintis oleh mahasiswa-mahasiswi UMS.

Tidak dinafikan terdapat beberapa rungutan yang disuarakan sama ada di akhbar dan sebagainya. Rungutan sedemikian adalah bersifat peribadi yakni tidak mewakili pandangan komuniti mahasiswa mahasiswi keseluruhannya. Namun, Jabatan HEP &

Alumni khasnya dan pengurusan UMS amnya, tidak memandang mudah akan perkara perkara sedemikian dengan kita menerima rungutan-rungutan tersebut sebagai suatu bentuk aduan pelanggan yang akan mempertingkatkan lagi perkhidmatan kita.

Sebarang kemuskilan dan pemasalahan yang timbul dikalangan pelajar seharusnya dimaklumkan ke jabatan Hal Ehwal Pelajar. Ini selaras dengan objektif Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu, mengurus, mengatur dan mengawal selia semua kegiatan yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar serta kebajikan pelajar bagi mewujudkan keselesaan dalam proses pembelajaran dan suasana kehidupan kampus yang berkualiti dan harmonis.

Sekaligus memastikan kegiatan pelajar dapat digiatkan ke arah melahirkan graduan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan bersahsiah tinggi selaras dengan visi dan misi universiti.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Bersempena dengan Malam Penghargaan HEP 2010 ini, saya juga mengambil kesempatan untuk memanjangkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah selama ini menyokong pelbagai program pelajar mahu pun individu pelajar itu sendiri melalui sokongan biasiswa dan pelaksanaan aktiviti di majlis-majlis kemasyarakatan umpamanya. Secara tidak langsung, keprihatinan kepada tanggungjawab sosial itu dapat memperhebatkan lagi usaha melahirkan mahasiswa mahasiswi yang berdaya saing dan berkarisma.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan UMS dari JSPIU yang meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi dalam membantu usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan HEP & Alumni.

(5)

Tahniah kepada Jabatan HEP & Alumni selaku penganjur Malam Penghargaan HEP pada malam yang ceria ini. Semoga matlamat kita menjadikan UMS sebagai institusi yang turut melengkapkan usaha, menobatkan kecemerlangan negara, akan dapat kita laksanakan bersama. Selaku Naib Canselor yang memikul amanah yang utama, saya menyeru kepada seluruh warga UMS khususnya Jabatan HEP dan Alumni agar sentiasalah berusaha meningkatkan kualiti kerja kita. Anugerah Illahi yang memberikan peluang untuk kita berkhidmat di UMS ini, kita gunakanlah sebaik-baiknya dengan ikhlas bekerja mempusakakan kepada negara, modal-modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Maka dengan itu, saya dengan lafaz, Bismillahir Rahmannir Rahim, merasmikan Majlis Malam Penghargaan HEP dengan rasminya. Sekian, wassalammualaikum wbt.

Terima kasih.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Satu proses yang dilaksanakan di semua peringkat universiti seperti Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan kakitangan yang digunakan untuk menetapkan pembentukan strategi

• Pada masa yang sama, aliran ini sentiasa juga berhadapan dengan cabaran pemikiran lain yang mahu Islam itu dilihat lebih liberal dan menjadikan tafsiran barat sebagai asas

(3) Calon yang telah diberhentikan di bawah subperaturan 18(2) boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Dekan/Pengarah untuk meneruskan semula pengajian dengan

(c) walau bagaimanapun, pelajar yang cemerlang boleh memohon secara bertulis kepada Dekan/Pengarah untuk dikecualikan daripada syarat tempoh lazim seperti yang dinyatakan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Adnan Hussein yang ditemui oleh Berita Kampus baru-baru ini

Sehubungan dengan itu Omachonu dan Ross (1994) berpendapat bahawa pengurusan kualiti adalah berpusat kepada konsep motivasi dan penglibatan yang intrinsik di dalam membuat

a) Belanjawan merupakan hasil daripada proses perancangan, yang bererti belanjawan mewakili kesepakatan daripada rundingan antara penyertaan yang dominan dalam suatu

Bagaimana anda mengutamakan tugas-tugas harian anda sebagai Pegawai Keselamatan dalam pelaksanaan pengurusan sistem keselamatan pekerjaan dan kesihatan yang cekap dalam