• Tiada Hasil Ditemukan

Al-Qur’an mempunyai kaitan yang sangat dekat dengan bahasa Arab iaitu ibarat isi dengan kuku

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Al-Qur’an mempunyai kaitan yang sangat dekat dengan bahasa Arab iaitu ibarat isi dengan kuku"

Copied!
145
0
0

Tekspenuh

(1)

1

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Al-Qur’an al-Karim merupakan sebuah kitab suci bagi kaum muslimin yang selalu dibaca dan dikaji. Di dalamnya terkandung berbagai macam petunjuk, hikmah, berita gembira, sejarah umat terdahulu dan juga keagungan sastera yang hebat. Oleh itu, Allah SWT sendiri yang menjaga al-Qur’an dan memeliharanya (al-Qur’an : al-Hijr : 9).

Jaminan Allah SWT ini terbukti dengan banyaknya kajian yang dilakukan oleh para ulama’ antaranya dalam bidang sains, sosial, ekonomi, tafsir, balaghah, nahu dan saraf. Ini semua membuktikan al-Qur’an sebagai kitab pedoman dalam semua sudut kehidupan manusia. ( Mahmu:d Sulayma:n Ya:qu:t, 1987).

Al-Qur’an mempunyai kaitan yang sangat dekat dengan bahasa Arab iaitu ibarat isi dengan kuku. Untuk memahami dan menafsirkan al-Qur’an adalah mustahil tanpa pemahaman yang luas tentang bahasa Arab. Kemahiran dan kepakaran seseorang dalam bahasa Arab tidak akan sempurna tanpa kajian tentang al-Qur’an al-Qur’an. Abu:

Mansu:r al-Tha‘a:la:biyy berkata :

“Barang siapa yang mencintai Allah maka dia mesti mencintai RasulNya, dan yang mencintai Rasul mesti mencintai orang Arab, yang mencintai orang Arab mesti mencintai bahasa Arab kerana dengannya al-Qur’an diturunkan, dan orang yang mencintai bahasa Arab akan diberikan kemudahan dalam memahami agama, dan kunci untuk tafaqquh dalam agama. ( Muhammad al-Tantha:wiy, 1991).”

(2)

2

Terdapat beberapa cabang ilmu bahasa Arab di dalam al-Qur’an yang biasanya menarik untuk dikaji oleh para ilmuwan, antaranya adalah ilmu nahu (sintaksis), saraf (morfologi), dan ilmu dila:lat (semantik).

Namun begitu, apa yang menjadi fokus pada kajian ini adalah ilmu nahu atau yang lebih dikenali dengan sintaksis. Ilmu nahu adalah satu cabang dari ilmu bahasa Arab yang mengkaji tentang kedudukan atau fungsi kata dalam ayat dan baris akhir dari kata itu sendiri.

Sedangkan ilmu saraf mengkaji tentang asal usul kata dan perubahannya mengikut pola, dan ilmu semantik mengkaji tentang perbezaan makna yang disebabkan oleh berubahnya pola suatu kata. (Mustafa: al-Ghala:yiniyy, 1987).

Kajian tentang ilmu nahu (sintaksis) bahasa Arab pada awalnya dilakukan di Basrah oleh Abu al-Aswad ad-Du’aliyy (meninggal tahun 69 H). Kemudian kajian ini dikembangkan lagi oleh murid-muridnya dan para pengikutnya. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada munculnya kajian nahu bahasa Arab. Antara faktor utamanya adalah agama iaitu keinginan yang kuat untuk memberanteras lahn (salah ucap) dalam membaca suatu teks agama sama ada al-Qur’an ataupun Hadith.

Selain dalam dua hal yang telah disebutkan, lahn juga terjadi dalam percakapan sehari-hari seperti pada masa khalifah Umar bin al-Khatthab, lahn sering dijumpai dalam pelbagai tempat. Sebagaimana telah dikisahkan, pada suatu hari Umar melewati daerah pedalaman. Beliau menjumpai sekelompok orang yang sedang belajar memanah, dek kerana merasa belum pandai dalam memanah, mereka mengatakan kepada Umar :

ُ مُ ت

ُ عُ ل

ُ مُ ی

ُ نُ ُ قُ و ُ م ُ إُ نا

( sesungguhnya kami adalah kaum yang sedang belajar ), seharusnya

dibaca

ُ ن ُ مُ و ُ عُ ل ُ مُ ت

(yang sedang belajar).
(3)

3

Seketika itu Umar marah dan mengatakan: “Demi Allah, kesalahanmu dalam berbicara lebih menyakitkan hatiku daripada kesalahanmu dalam memanah.” (Al- Tanta:wiyy, 1991).

Kisah serupa juga dialami oleh khalifah Al-Walid bin Abdul Ma:lik. Pada suatu hari, dia bertanya kepada pembantunya akan nama menantunya. Ungkapan beliau adalah :

؟ُ كُ نُ تُ خ ُ نُ م

, perkataan

ُ كُ نُ تُ خ

oleh khalifah dibaca fathat sehingga maknanya

berubah menjadi, “Siapa yang mengkhatankan kamu?” Maka tidak hairan jika si pembantu tersebut menjawab :

ُ مُ ه ُ سا ُ ُ ف ُ عُ ر ُُ أ ُ ل ُ ُ ي ُ ذ ُُ لا ُ رُ یُ ة ُ لاُ ق ُ نُ ُ م ُ ل ُ رُ ج

(seorang dari desa

yang saya tidak mengetahui namanya). Khalifah mengulangi lagi pertanyaannya kerana merasa jawapannya kurang tepat, tetapi si pembantu menjawab dengan jawapan yang sama. Akhirnya si pembantu merasa sendiri bahawa yang dimaksudkan oleh khalifah adalah “nama menantunya”. Lalu ia membetulkan pertanyaan khalifah iaitu dengan membaca rafa‘ ( khatanuki ). Sehingga maknanya menjadi “ siapa nama menantu kamu

?. ” (Al-Tanta:wiyy, 1991).

Faktor yang kedua adalah faktor kenegaraan iaitu adanya keinginan untuk menjaga kemurnian bahasa Arab dari bahasa asing yang ada pada waktu itu di wilayah Arab disebabkan oleh banyaknya bangsa asing yang menetap di negara Arab.

Manakala faktor yang ketiga pula adalah faktor politik iaitu keharusan mengajarkan bahasa Arab ke daerah jajahan yang telah dikuasai oleh bangsa Arab, sehingga daerah yang telah ditakluki dapat berkomunikasi dengan lancar dan sehingga bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara.

(4)

4

Setelah melalui proses yang panjang dengan segala tahapnya, hari ini ilmu nahu telah pun menjadi ilmu yang berkembang dan terus dikaji oleh para penulis. (Shawqi:

Dayf, 12).

Oleh kerana pentingnya kedudukan ilmu nahu dalam bahasa Arab sebagaimana yang telah dibincangkan di atas, maka penulis berusaha untuk menjelaskan secara terperinci tentang hubung kait antara ilmu nahu atau sintaksis dengan gender dalam al- Qur’an. Apa yang dimaksudkan gender di sini adalah maskulin dan feminin atau mudhakkar dan mu’annath.

1.1 Pernyataan Masalah

Para cendikiawan muslim telah bersepakat bahawa bahasa al-Qur’an merupakan sebuah bahasa yang tidak tertanding nilainya. Menurut Fatih (1999) untuk memahami bahasa al-Qur’an memerlukan ilmu yang mencukupi dalam beberapa bidang, antaranya adalah sintaksis, morfologi, fonologi, dan semantik agar tidak terjadi kesalahan dalam menterjemah dan memahami kandungan al-Qur’an.

Keempat-empat bidang ilmu di atas merupakan cabang dari ilmu linguistik yang memang telah lama diguna pakai oleh para ulama’ untuk mengetahui isi kandungan al- Qur’an. Setiap baris, kata, dan ayat dalam al-Qur’an mengandungi rahsia yang tidak pernah habis untuk dikaji. Hal ini diakui oleh ahli linguistik Arab yang menyatakan bahawa setiap penulis al-Qur’an dari dulu hingga sekarang pasti menemui sesuatu yang baru seolah-olah ia bagaikan sumur ilmu yang tak pernah kering. (Nasr Hami:d Abu:

Zeid, 95).

(5)

5

Salah satu pembahasan yang masih dikaji sampai sekarang oleh para sarjana linguistik Arab adalah masalah penggunaan gender dalam bahasa Arab iaitu mudhakkar dan mu’annath atau yang turut dikenali dengan nama maskulin dan feminin. Hal ini disebabkan oleh perbahasan maskulin dan feminin merupakan salah satu perbahasan yang terpenting dalam ilmu tatabahasa Arab.

Banyak perkara yang dapat dikaji dari maskulin dan feminin, antaranya pola atau sighat yang membentuk katanya, i‘ra:b kata dalam ayat, dan pengaruhnya dalam perubahan ayat.

Dalam mempelajari bahasa Arab, orang awam dan siswa khususnya susah untuk membezakan mana yang sebenarnya kata-kata maskulin dan feminin disebabkan oleh sebahagian daripada ciri-ciri kata nama dalam bahasa Arab berbeza dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa.

Sebahagian kata gender dalam bahasa Arab dari sudut susunan katanya ia merupakan maskulin, disebabkan tidak ada tanda feminin. Namun ia ternyata feminin, seperti perkataan :

بنيز

(salah satu nama untuk perempuan) ,

تنب

(anak perempuan)

, حير

(angin ribut)

.

Kesemua perkataan ini merupakan kata feminin, namun secara zahirnya ia merupakan kata maskulin.

Berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang pendidik, selain permasalahan di atas, pelajar juga didapati susah untuk membezakan antara golongan kata gender dalam bahasa Arab. Fenomena ini terjadi baik dalam tulisan maupun pertuturan atau komunikasi pelajar dalam bahasa Arab.

(6)

6

Kelemahan ini boleh menjejaskan dan mempengaruhi tahap penguasaan mereka dalam bahasa Arab dan matlamat sebenar pembelajaran bahasa tersebut seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

Antara beberapa faktor yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam menguasai kata gender dalam bahasa Arab adalah malas dalam menghafal kosa kata dalam bahasa Arab sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kata-kata bahasa Arab dengan baik, mengambil mudah pelajaran bahasa Arab berbanding dengan pelajaran yang lain, malu bertanya kepada guru tentang sesuatu makna perkataan bahasa Arab yang tidak difahami, tidak ada inisiatif sendiri menggunakan kamus bagi mencari makna sesuatu perkataan bahasa Arab dan mengharapkan dari guru semata-mata, serta segelintir pelajar tidak berminat mempelajari mata pelajaran bahasa Arab. (Aan Muhmmady, 2014).

Selain beberapa permasalahan yang terjadi dalam kalangan pelajar yang susah untuk menguasai kata gender dalam bahasa Arab di atas, permasalahan kata gender juga terjadi di dalam al-Quran. Antaranya :

Menurut Mahmu:d Sulaiman Ya:qu:t, terdapat lapan tanda feminin pada kata nama, tiga daripadanya adalah tanda-tanda yang utama iaitu : ta’ marbu:tat, alif maqsu:rat dan alif mamdu:dat , adapun untuk tanda-tanda kata maskulin selain daripada tanda yang lapan tersebut. (Mahmu:d Sulayma:n Ya:qu:t, 52).

Namun terdapat beberapa kata gender yang menjadi permasalahan di dalam al- Quran, seperti perkataan

س م شلا

(matahari) yang terdapat dalam surah al- Qiya:mat ayat 9 :
(7)

7

 ُ

 

“Dan matahari dan bulan dikumpulkan. (Surah al-Qiya:mat : 9)”.

Berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Mahmu:d di atas, maka secara zahirnya perkataan al-Shams itu merupakan maskulin kerana tidak ada ciri-ciri feminin padanya seperti dalam ayat 9 surah al-Qiya:mat ini, namun terdapat ayat lain yang menyatakan bahawa ia merupakan feminin, dan pendapat ini adalah yang lebih kuat.

Contohnya seperti dalam surah al-An‘a:m ayat 78 :



 

















“ Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, Dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, Dia berkata: "Hai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. (Surah al-An’a:m, ayat 78)”.

Perkataan al-Shams pada dua ayat di atas memiliki dua jantina yang berbeza, satu maskulin dan satu lagi feminin, hal ini sangat mengelirukan bagi orang yang mempelajari bahasa Arab.

(8)

8

Kerana itulah perlu adanya kajian yang lebih terperinci mengenai pola kata atau lebih dikenali dengan morfologi (bentuk kata) yang sebenar bagi kata-kata maskulin dan feminin yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa Arab sehingga orang awam dan terpelajar dapat membezakan dengan jelas mana kata-kata maskulin dan mana kata-kata feminin.

Seterusnya, di dalam al-Qu’ran terdapat banyak kata-kata maskulin dan feminin.

Permasalahan yang sering timbul adalah ada beberapa tempat yang secara zahirnya terdapat ketidaksesuaian atau tidak seiring antara penggunaan kata maskulin dan penggunaan kata feminin, sehingga terdapat dua pemakaian kata sifat yang berbeza, namun jika dikaji secara lebih mendalam kita akan dapati ianya adalah bersesuaian.

Seperti perkataan ‘nakhlun’ dalam dua ayat berikut, ayat 20 surah al-Qamar :



“Yang menggelimpangkan manusia seakan-akan mereka pokok korma yang tumbang. ( Surah al-Qamar : 20 )”.

: t a:qqa H - al Ayat 7 surat



















 

“Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; Maka kamu Lihat kaum 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk). (Surah al-Ha:qqat : 7) ”.

(9)

9

Jika dilihat secara zahirnya, dua perkataan ‘nakhl’ di atas mempunyai dua kedudukan gender yang berbeza. Pertamanya adalah ia sebagai maskulin dengan kata sifatnya maskulin dan manakala yang kedua ia maskulin dengan kata sifatnya feminin.

Hal demikian akan menjadi masalah yang besar bagi penuntut bahasa Arab terutamanya bagi mereka yang baru mempelajari nahu bahasa Arab kerana sekaligus kelihatan bersalahan dengan kaedah umum nahu bahasa Arab. Jika suatu benda itu maskulin, maka kata sifatnya juga harus maskulin, begitu juga sebaliknya iaitu jika benda itu feminin, maka kata sifatnya juga harus feminin.

Dalam kes yang lain, terdapat beberapa kata di dalam al-Qur’an jika dilihat dari bentuk atau polanya ia merupakan maskulin, namun dari segi maknanya ia merupakan kata feminin dan hanya digunakan untuk feminin, seperti perkataan

“ ُ ر ُ قا ُ ع

(Perempuan

tua),

ُ ر ُ ك ُ ب

(anak dara) ،

ُ ُ ض ُ ئا ُ ح

(wanita haidh),

ُ ل ُ ما ُ ح ُ

(wanita yang mengandung)

.

Semua perkataan di atas secara susunan katanya merupakan maskulin namun secara makna ia adalah feminin.

Selain itu permasalahan kata gender juga terjadi dalam kalangan penulis dan wartawan, menurut Ahmad ‘Umar Mukhta:r (1993) kebanyakan penulis dan wartawan melakukan kesalahan dalam menulis kata gender dalam tulisan mereka.

Antara kesalahan mereka terdapat pada penggunaan kata maskulin dan kata feminin yang maja:ziyy. Hal ini disebabkan tidak adanya kaedah yang baku tentang kata-kata maskulin dan feminin yang maja:ziyy.

(10)

10

Disebabkan kebanyakan daripada kata-kata ini merupakan sima:iyy bukan qiya:siyy, iaitu ia diadopsi berdasarkan perbicaraan atau komunikasi orang Arab, bukan kerana berdasarkan kaedah yang dibuat. Antara contoh perkataan maskulin dan feminin maja:ziyy adalah :

سأر

(kepala)

, ىفشتسم

(rumah sakit)

, نذأ

(telinga), (pipi)

د خف

.

Oleh itu, permasalahan-permasalahan di atas telah menarik minat penulis untuk mengkaji lebih mendalam tentang fenomena gender dalam al-Qur’an iaitu penggunaan maskulin dan feminin.

1.2 Objektif Kajian

Sebuah kajian yang terarah haruslah mempunyai hala tuju dan fokus kajian, oleh itu penulis telah menentukan beberapa objektif kajian, antaranya adalah:

1. Menerangkan kategori gender kata nama dalam bahasa Arab yang terdapat dalam surah al-Shams.

2. Mengenal pasti makna konteks gender kata nama dalam surah al-Shams 3. Menganalisis i‘ra:b kata nama gender yang terdapat dalam surah al-Shams.

1.3 Soalan Kajian

Untuk memperjelaskan lagi kajian ini, penulis telah menetapkan beberapa soalan kajian untuk dijadikan landasan, antaranya adalah :

1. Apakah kategori gender kata nama yang terdapat di dalam surah al-Shams?

2. Bagaimanakah penggunaan makna konteks kata nama gender dalam surah al-Shams?

3. Bagaimanakah analisis i‘ra:b untuk kata nama gender yang terdapat dalam surah al-Shams?

(11)

11

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini hanya mengkaji tentang kata nama maskulin dan feminin yang ada dalam surah al-Shams dari sudut sintaksis sahaja. Kajian ini tidak termasuk kata kerja, fa:i’:l (pelaku) dan partikel, namun hanya terbatas pada kata nama sahaja. Dalam kajian ini juga disebutkan beberapa pendapat ahli bahasa Arab mengenai maskulin dan feminin.

Selain itu, penulis juga telah mengguna pakai beberapa kitab-kitab tafsir yang muktabar untuk mengenal pasti makna kata-kata gender yang terdapat dalam surah al- Shams, secara khasnya mengenai hal ini disebutkan dalam bab tiga kajian ini.

Sampel utama dalam kajian ini adalah hanya ayat-ayat al-Qur’an dalam surah al- Shams, untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap sampel, penulis mengutip beberapa pendapat ahli bahasa Arab untuk menyokongnya hingga dapat dijadikan bahan perbandingan dan rujukan untuk menyelesaikan permasalahan- permasalahan yang ada.

1.5 Definisi Operasional

Definisi operasional pada penelitian adalah unsur penelitian yang terkait dengan variabel yang terdapat dalam judul penelitian atau yang tercakup dalam paradigma penelitian sesuai dengan hasil perumusan masalah.

Teori ini dipergunakan sebagai landasan atau alasan mengapa suatu yang bersangkutan memang boleh mempengaruhi variabel tak bebas atau merupakan salah satu penyebab. ( J.Supranto, 2003).

(12)

12

Menurut Singarimbun (1995) definisi operasional pada penelitian adalah unsur penelitian memberitahukan bagaimana caranya mengukur suatu variabel ia juga dimaksudkan untuk menghindari kesalahan pemahaman dan perbedaan penafsiran yang berkaitan dengan istilah-istilah dalam judul suatu disertasi.

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang penulis anggap perlu untuk didefinisikan, antaranya adalah :

1.5.1 Analisis

Anne Gregory (2000) menyebutkan bahawa analisis adalah langkah pertama dari proses perencanaan. Menurut Wiradi analisis adalah aktiviti yang memuat sejumlah kegiatan seperti mengurai, membezakan, memilah sesuatu untuk digolongkan dan dikelompokkan kembali menurut kriteria tertentu kemudian dicari kaitannya dan ditaksir maknanya.

Menurut Peter Salim dan Yenni Salim (2002) pengertian analisis sebagai berikut:

a.Analisis adalah penyelidikan terhadap suatu peristiwa (perbuatan, karangan dan sebagainya) untuk mendapatkan fakta yang tepat (asal usul, sebab, penyebab sebenarnya, dan sebagainya).

b.Analisis adalah penguraian pokok persoalan atas bagian-bagian, penelaahan bagian - bagian tersebut dan hubungan antar bagian untuk mendapatkan pengertian yang tepat dengan pemahaman secara keseluruhan.

c.Analisis adalah penjabaran (pembentangan) sesuatu hal, dan sebagainya setelah ditelaah secara seksama.

(13)

13

d.Analisis adalah proses pemecahan masalah yang dimulai dengan hipotesis (dugaan, dan sebagainya) sampai terbukti kebenarannya melalui beberapa kepastian (pengamatan, percobaan, dan sebagainya).

Adapun analisis yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah cara bagaimana penulis menghuraikan data-data yang ada di dalam dokumen, kemudian ditelaah satu persatu dalam bab analisis.

1.5.2 Gender

Kata Gender berasal dari bahasa Inggeris, bererti jenis kelamin. Dalam Webster’s New World (2005) gender diertikan sebagai “perbedaan yang tampak antara laki-laki dan perempuan dilihat dari segi nilai dan tingkah laku”.

Sedangkan dalam Women’s Studies Encyclopedia dijelaskan bahwa gender adalah “suatu konsep sosial yang berupaya membuat pembedaan (distinction) dalam hal peran, perilaku, mentalitas dan karakteristik emosional antara laki-laki dan perempuan yang berkembang dalam masyarakat”.

HT.Wilson (1998) memandang gender sebagai “suatu dasar untuk menentukan perbedaan sumbangan laki-laki dan perempuan pada kebudayaan dan kehidupan kolektif yang sebagai akibatnya mereka menjadi laki-laki dan perempuan”. Menurut Yanti Muhtar (2002), bahwa Gender dapat diartikan sebagai “jenis kelamin sosial atau konotasi masyarakat untuk menentukan peran sosial berdasarkan jantina”.

(14)

14

Sementara Mansour Fakih (2008) mendefinisikan gender sebagai “suatu sifat yang melekat pada kaum laki-laki maupun perempuan yang dikonstruksi secara sosial”.

Dari beberapa definisi tentang gender yang telah diungkapkan di atas dapat dikatakan bahwa gender merupakan jenis kelamin sosial, yang berbeda dengan jenis jantina biologis.

Dikatakan sebagai jenis kelamin sosial karena merupakan tuntutan masyarakat yang sudah menjadi budaya dan norma sosial masyarakat yang melekat pada kaum laki- laki dan perempuan dan membedakan antara peran jenis kelamin lelaki dan perempuan.

Dalam bahasa Arab perkataan maskulin atau sesuatu yang berjenis kelamin laki- laki disebut juga mudhakkar. Di dalam kamus Lisa:n al-‘Arab, perkataan mudhakkar ini bermakna kecantikan dari segi rupa paras. (Al-Mubarrid, 1399).

Selain dari makna kecantikan, perkataan mudhakkar juga bermakna sesuatu yang tajam sekiranya disandarkan kepada perkataan pedang atau pisau. Abu Ubaid mengatakan bahawa perkataan mudhakkar atau dhakkar bermaksud pedang yang mempunyai mata yang tajam. (Al-Ra:zy , 1988).

Sedangkan menurut istilah, mudhakkar itu ialah sesuatu perkataan yang sunyi dari tanda feminin yang tiga iaitu al-ta:’, al-alif maqsu:rat dan alif al-mamdu:dat seperti

ة َأَرْمإ ُ، ٌءاَرْمَح ، َىلْبُح

. (Al-Zamakhsyariyy, 1988).

Adapun feminin dalam bahasa Arab membawa maksud sesuatu yang tidak tajam atau tumpul. Hal ini adalah sekiranya perkataan feminin atau mu’annath ini disandarkan pada perkataan pedang. (Ibn al-Mandhu:r al-Andalu:siyy, 1994).

(15)

15

Dalam Lisa:n al-‘Arab perkataan mu’annath dari segi bahasanya bermaksud lelaki yang berkelakuan seperti wanita. (Ibn Mandhu:r, 1999).

Secara istilah, pengertian feminin atau mu’annath dalam bahasa Arab menurut Imi:l Badi‘: Ya‘qu:b adalah sebagai segala apa yang sah atau boleh diisyaratkan kepadanya dengan perkataan hadhihi (

ه ه ذ

). (Imi:l Badi‘: Ya‘qu:b, 1988).

Dari beberapa definisi yang diungkapkan di atas, gender yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah kata-kata maskulin dan feminin yang terdapat dalam surah al- Shams. Dalam kajian ini suatu kata itu diketahui maskulin atau feminin berdasarkan kaedah nahu dalam bahasa Arab. Oleh itu penulis mengelompokkan kata-kata maskulin dan feminin di sini berdasarkan susunan ayat, morfologi kata dan makna kata.

1.5.3 Surah al-Shams

Surah al-Shams yang penulis maksudkan dalam kajian ini adalah surat ke-91 dari mushaf al-Quran yang ada sekarang. Namun dari sudut turunnya al-Quran kepada Rasulullah, ia merupakan surah ke-26.

Surah ini diturunkan di Makkah. Ayatnya berjumlah 15 ayat. Imam Bukhari dalam kitab sahi:h-nya menamainya surah wa al-shams wa Duhaha:, sesuai bunyi ayat pertamanya.

Nama ini lebih baik daripada sekadar menyebut surah al-Shams karena ada surah lain yang juga menyebut kata al-Shams pada awalnya, iaitu surah al-Takwi:r.

Tidak ada nama untuknya kecuali yang disebut ini.

(16)

16

Tujuan utama surah ini adalah anjuran untuk melakukan aneka kebajikan dan menghindari keburukan-keburukan. Itu ditekankan dengan aneka sumpah yang menyebut sekian macam hal agar manusia memerhatikannya guna mencapai tujuan tersebut sebab, kalau tidak, mereka terancam mengalami bencana sebagaimana yang dialami oleh generasi terdahulu.

Thabathaba:'iyy (1994) menulis bahwa surah ini mengingatkan bahwa kebahagiaan manusia yang mengenal takwa dan kedurhakaan berdasar pengenalan yang dilakukan Allah kepada-Nya adalah dengan menyucikan dan mengembangkan dirinya dengan pengembangan yang baik serta menghiasinya dengan ketakwaan dan menghindarkannya dari segala kedurhakaan.

Sebaliknya, kegagalan meraih kejayaan adalah dengan memendam potensi positif itu. Ini dibuktikan oleh surah ini dengan pengalaman pahit generasi terdahulu.

Sayyid Qutb (1992) secara singkat melukiskan surah ini sebagai huraian terkait hakikat jiwa manusia serta potensi naluriahnya yang suci, peranan manusia terhadap dirinya, dan tanggungjawabnya menyangkut kesudahan hidupnya.

Hakikat tersebut dikaitkan oleh surah ini dengan hakikat-hakikat yang terdapat di alam raya serta kenyataan-kenyataannya, sambil mengemukakan contoh dari kekecewaan yang menimpa mereka yang tidak menyucikan jiwanya.

Al-Biqa'iyy (2005) memahami tema surah ini sebagai bukti tentang kuasa Allah yang mengendalikan jiwa manusia menuju kebahagiaan atau kesengsaraan, sebagaimana kuasa-Nya mengendalikan matahari ke seluruh alam raya ini. Namanya, al-Shams (Matahari), menunjuk tujuan tersebut.

(17)

17

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian mengenai maskulin dan feminin dalam al-Qur’an merupakan sebuah kajian yang amat penting untuk dikaji kerana belum ada kajian yang dilakukan mengenai maskulin dan feminin secara khas yang terdapat dalam surah al-Shams di dalam al-Qur’an.

Kajian ini diharapkan dapat memudahkan para pelajar memahami bahasa Arab secara lebih mendalam terutama dalam hal membezakan antara kata-kata maskulin dan feminin.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan lagi kesedaran tentang pentingnya memahami bahasa al-Qur’an, sehingga bahasa Arab tidak menjadi bahasa yang asing dan sulit untuk difahami.

Di samping itu, diharapkan agar kajian ini juga dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan bahasa Arab dan dapat menjadi pegangan orang-orang yang mencintai al- Qur’an dan bahasa Arab.

1.7 Tinjauan Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan maskulin dan feminin dalam bahasa Arab, antaranya adalah kajian yang dijalankan oleh Muhammad Bakhir Haji Abdullah (1994) yang bertajuk Za:hirat al-Tadhki:r wa al-Ta’ni:th fi: al-Lughat

‘Arabiyya:t wa al-Malawiyyat, Dira:sat Taqa:buliyyat yang menyatakan bahawa kebanyakan pelajar susah untuk membezakan antara maskulin dan feminin dalam bahasa Arab, sehingga menyusahkan mereka untuk memahami makna dari suatu teks bahasa Arab dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Arab.

(18)

18

Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada tatabahasa Arab khususnya pada pembahasan maskulin dan feminin juga ditambah dengan perbandingan tatabahasa Melayu tentang penanda jantina, agar para pelajar dan orang awam dapat lebih memahami perbezaan dalam dua bahasa ini dan memudahkan untuk memahami teks dan berkomunikasi.

Secara keseluruhannya, kajian ini hanya menyentuh tentang contoh-contoh kesalahan pelajar dalam hal penanda jantina dalam bahasa komunikasi mereka dan penulisan namun kurang membahaskan contoh-contoh maskulin dan feminin yang ada di dalam al-Qur’an.

Abdul Rauf bin Haji Hassan (1999) dalam kajiannya yang bertajuk kategori maskulin dan feminin dalam bahasa Arab : satu kajian dalam surah al-Wa:qi‘at pula menjelaskan tentang tanda-tanda maskulin dan feminin dalam bahasa Arab dan kajiannya hanya dikhususkan pada satu surah sahaja di dalam al-Qur’an iaitu surah al- Wa:qi‘at.

Dalam menganalisis, Abdur Rauf mengguna pakai teori Abu: Bakr al-Anba:riyy yang membahagikan tanda kata maskulin dan feminin dalam bahasa Arab kepada tiga tanda yang utama iaitu tanda pada kata nama, tanda pada kata kerja, dan tanda pada al- ada:wa:t. Kajian ini kebanyakannya membincangkan tentang tanda-tanda yang ada pada fenimin namun kurang membincangkan tanda-tanda yang ada pada maskulin.

Marzuki bin Haji Ya‘qub (1999), dalam kajiannya yang bertajuk: “ Penggunaan bentuk feminin dalam pembentukan ayat bahasa Arab”, menyatakan bahawa permasalahan feminin dalam bahasa Arab merupakan suatu masalah yang komplek dan rumit yang perlu diberi huraian secara terperinci.

(19)

19

Terdapat beberapa perkataan feminin dan maskulin dalam bahasa Arab yang tidak ada bentuk atau pola, namun lahir dari (sima:‘iyy) iaitu kata-kata yang telah lama digunakan oleh orang-orang Arab dahulu dan kadang kala dia tidak mengikut pola atau wazan bahasa Arab.

Dalam pembentukan ayat pula, maskulin dan feminin sangat berpengaruh dalam menentukan sesebuah ayat. Lebih-lebih lagi apabila subjek tersebut feminin, maka yang lain-lain juga akan turut berubah hingga ayat tersebut akan menjadi feminin secara keseluruhannya.

Kajian ini lebih spesifik dalam menyentuh ayat-ayat feminin, namun kurang menyentuh ayat-ayat maskulin, walaupun terdapat beberapa contoh tentang ayat-ayat maskulin.

Mohd Nazmi bin Desa (2001) dalam kajiannya iaitu “Analisis tadhki:r dan ta’ni:th kata kerja untuk pelaku mu’annath yang sama di dalam al-Qur’an”, menjelaskan bahawa terdapat lima sebab utama yang mengharuskan penggunaan tadhkir dan ta’nith kata kerja pada suatu ayat di dalam al-Qur’an iaitu ta’nith pelaku pada suatu kata kerja adalah tidak haqi:qiyy, terdapatnya pemisah antara pelaku dan kata kerja, perkataan yang menjadi pelaku ditakwilkan dengan perkataan mudhakkar atau muannath dan aspek makna perkataan yang menjadi pelaku sama ada mudhakkar atau muannath dan konteks ayat sama ada mudhakkar atau muannath.

Ia berpendapat bahawa dua sebab yang terakhir merupakan jawapan penyempurnaan dan pelengkap kepada tiga sebab yang pertama. Secara keseluruhan, kajian ini sudah sangat sempurna dan pembahasannnya sangat detail, namun hanya berfokus pada kata kerja tanpa menyentuh tentang kata nama padahal pembahasan tentang kata nama juga merupakan salah satu pembahasan yang sangat penting.

(20)

20

Selain disertasi, terdapat kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama’ berkenaan tentang maskulin dan feminin, antaranya ialah kitab yang dikarang oleh Abu: Bakr al-Anba:riyy yang bertajuk al-Mudhakkar atau al-Muannath, kitab yang dikarang oleh Abu: al-Baraka:t al-Anba:riyy yang bertajuk al-Bulghat fi: al-Fa:ru:q bayna al- Mudhakkar wa al-Mu’annath, kitab yang dikarang oleh Abu: Fattah ‘Uthma:n atau yang lebih dikenali dengan Ibn Jinni:yy yang bertajuk al-Mudhakkar wa al-Mu’annath dan ada juga ulama’ nahu moden yang telah membahaskan masalah ini iaitu Ibra:hi:m al-Baraka:t dalam kitabnya yang bertajuk al-Ta’ni:th fi: al-Lughat al-‘Arabiyyat dan Muhammad Ahmad Qa:sim dengan tajuk Mu‘jam al-Mudhakkar atau al-Mu’annath Fi:

al-Lughat al-‘Arabiyyat . (Abdul Rauf Haji Hasan, 1998 ).

Daripada beberapa kajian yang telah dijalankan sebelumnya dan dari kitab-kitab klasik dan moden, penulis mengambil satu kesimpulan bahawasanya belum ada kajian yang membincangkan tentang gender dalam al-Qur’an dalam surah al-Shams secara khas. Oleh itu, penulis berkeinginan untuk mengkaji tentang hal tersebut dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

1.8 Rangka Kajian

Dalam kajian ini penulis telah membahagikan kepada lima bab iaitu:

1.8.1 Bab 1: Pengenalan

Bahagian ini merupakan pengenalan dan kerangka secara keseluruhan kepada kajian yang dilakukan. Ia mengandungi latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, tinjauan kajian berkaitan, metodologi kajian dan akhir sekali rangka kajian.

(21)

21

1.8.2 Bab 2 : Teori Maskulin dan Feminin dalam Bahasa Arab

Dalam bab ini akan dimulai dengan pembahasan gender dalam bahasa Arab, iaitu maskulin dan feminin. Antara pembahasannya adalah definisi dari segi bahasa dan istilah, pembahagiaannya berdasarkan jantina dan tanda-tandanya, bentuk atau wazan bagi keduanya dan ada disebutkan juga beberapa wazan yang sima:‘iyy, tanda-tandanya dan beberapa pendapat ahli bahasa tentang maskulin dan feminin.

1.8.3 Bab 3 : Metodologi Kajian

Bab ini membahas tentang metodologi yang diguna pakai dalam kajian ini, antara pembahasan dalam bab ini adalah : reka bentuk kajian yang dijalankan, instrumen yang diguna pakai dalam kajian, sampel dari kajian ini, pengumpulan dan penganalisaan data kajian, dan kesahan dan kebolehpercayaan.

1.8.4 Bab 4 : Analisis Dapatan Kajian

Bab ini merupakan bab inti dalam kajian dan merupakan bab analisis. Dalam bab ini akan dibahas tentang bentuk maskulin dan feminin yang ada dalam surah al- Shams dengan perbandingan bentuk yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an dan disertai dengan analisa dari sudut sintaksis (tatabahasa) dan yang diperkuat dengan pendapat ahli bahasa Arab serta akan dibahas tentang kata nama yang sama namun berbeza dalam pemakaian maskulin dan feminin pada kata sifatnya.

(22)

22

1.8.5 Bab 5 : Kesimpulan Dan Cadangan

Dalam bab terakhir ini penulis membentangkan dapatan kajian dan membuat kesimpulan dan saranan-saranan bagi hasil penemuan kajian tersebut. Bab ini juga akan menyelitkan beberapa saranan dan cadangan berkaitan tajuk ini untuk golongan penulis, pendidik, dan pelajar. Diharapkan agar disertasi ini dapat menjadi bukti tentang kehebatan al-Qur’an dan keagungannya.

1.9 Penutup

Secara kesimpulan, bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, soalan kajian dan objektif kajian. Dari kesemua bahasan menunjukkan bahawa perlunya diadakan kajian tentang maskulin dan feminin dalam al- Quran dan secara khasnya dalam surah al-Shams, agar para pelajar dan pembaca bahasa Arab tidak tersalah dalam memahami dan membaca bahasa al-Quran. Di dalam surah al-Shams terdapat beberapa kata yang secara zahirnya ia merupakan maskulin, namun jika dilihat secara lebih mendalam, ternyata ia merupakan feminin. Mengenai bahasa secara detail tentang beberapa kata tersebut akan dibicarakan dalam bab 4 kajian ini.

(23)

23

BAB 2

MASKULIN DAN FEMININ DALAM BAHASA ARAB

2.0 Pendahuluan

Dalam bab yang kedua ini, penulis akan membentangkan mengenai definisi maskulin dan feminin sama ada dari segi bahasa mahupun istilah. Penulis juga akan membentangkan mengenai pembahagian maskulin dan feminin serta cabang-cabangnya dan juga tentang tanda-tanda maskulin dan feminin.

2.1 Pengertian Maskulin

Maskulin dipanggil mudhakkar dalam bahasa Arab. Perkataan mudhakkar ialah kata nama al-maf‘u:l (objek) bagi kata kerja dhakkara. Secara bahasa, perkataan mudhakkar ini mempunyai makna yang pelbagai. ( George Abd Masih, 1990).

Menurut al-Mubarrid (1399) Dalam kamus Lisa:n al-‘Arab, perkataan mudhakkar ini bermakna kecantikan dari segi rupa paras. Selain dari makna kecantikan, perkataan mudhakkar juga bermakna sesuatu yang tajam sekiranya disandarkan kepada perkataan pedang atau pisau. Abu: Ubaid mengatakan bahawa perkataan mudhakkar atau dhakkar bermaksud pedang yang mempunyai mata yang tajam. (Al-Ra:ziyy , 1988).

Ibra:him Madkur (1972) dalam kamus al-Mu‘jam al-Wasi:t mengatakan bahawa perkataan mudhakkar ini sekiranya disandarkan kepada perkataan ta:riq yang bermakna jalan, maka ia bermaksud jalan yang elok atau laluan yang baik seperti )

ٌرّكَذُم ٌقْيِرَط

).
(24)

24

Ada juga yang mengatakan bahawa mudhakkar itu ialah sesuatu perkataan yang boleh diisyaratkan kepada ganti nama (

اَذَه

) seperti hadha: rajulun (

ٌلُجَر اَذَه

), yang

bermakna ini seorang lelaki, hadha: qalamun (

ٌمَلَق اَذَه

) iaitu ini sebatang pen. Oleh yang demikian, perkataan rajulun dan qalamun itu ialah maskulin. (George Abd.

Massih, 1990).

Dari segi istilah, mudhakkar itu ialah sesuatu perkataan yang tiada tanda feminin yang tiga iaitu ta:’, alif maqsu:rat dan alif mamdu:dat seperti

، ٌءاَرْمَح ، َىلْبُح ،

َأَرْمإ

ة

yang bermakna kemererah-merahan, tetali dan wanita. (al-Zamakhsyariyy, 198).

Para ulama’ nahu tidak banyak memperkatakan tentang persoalan maskulin kerana kaedah umum menyebutkan bahawa maskulin itu adalah asal sedangkan feminin adalah cabang.

Jadi, oleh kerana mudhakkar adalah asal tentulah ia tidak memerlukan tanda, sebaliknya mu’annath yang memerlukan tanda. Sibawayh (1988) juga menyebutkan pendapat sendiri tentang maskulin, sebagaimana yang dinyatakan :

“...Ketahuilah bahawa mudhakkar adalah lebih ringan daripada mu’annath kerana mudhakkar adalah yang awal dan lebih kuat sedangkan ta’nith ialah cabang daripada tadhkir....”

2.2 Pengertian Feminin

Feminin dipanggil mu’annath (

ُثَّنَؤُمـلا

) dalam bahasa Arab, ia ialah kata nama al-maf‘u:l (objek) bagi kata kerja annatha. Kata kerja annatha ini bermakna menjadikan feminin. (George Abd Massih, 1990).
(25)

25

Perkataan mu’annath (

ٌثَّنَؤُم

) ini bermaksud sesuatu perkataan yang menunjukkan jenis feminin atau yang ada hubungan dengan feminin. Dari segi bahasa, dalam kamus Lisa:n al-‘Arab, perkataan annatha (

َثَّنَأ

) berlawanan dengan dhakkara (

رَّكَذ

) dan kata jama‘ bagi perkataan ini ialah ina:th (

ٌثاَنِإ

) dan unuth (

ٌثُنُأ

) seperti perkataan hima:r dan humur.

Selain itu, perkataan mu’annath juga boleh membawa maksud sesuatu yang tidak tajam atau tumpul. Hal ini adalah sekiranya perkataan mu’annath ini disandarkan pada perkataan pedang. (Ibn Manzu:r, 1994).

Dalam Lisa:n al-‘Arab perkataan mu’annath dari segi bahasanya juga bermaksud lelaki yang berkelakuan seperti wanita. (Ibn Manzu:r, 1994).

Manakala dalam kamus al-Wasi:t pula menyebut bahawa mu’annath dari kalangan lelaki maksudnya ialah mereka yang menyerupai wanita. (Ibra:him Anis, 1978).

Keterangan ini diperkukuhkan lagi dengan apa yang terdapat dalam kamus al- Muhi:th bahawa mu’annath itu bermaksud al-mukhannath (

ث خ ن م ا ل

) ertinya golongan lelaki yang berperwatakan wanita. (Fairu:z Aba:diyy, 1979).

Secara istilah, terdapat banyak pengertian mu’annath yang diberikan oleh ahli bahasa dan ulama’ nahu, antaranya adalah pengertian mu’annath oleh Imi:l Badi‘:

Ya‘qu:b. Beliau telah mendefinisikan mu’annath sebagai segala apa yang sah atau boleh diisyaratkan kepadanya dengan perkataan hadhihi (

ه ه ذ

). (Imi:l Badi:‘ Ya‘qu:b, 1988).
(26)

26

Muhammad Samir (1988). mengatakan bahawa yang dikatakan al-mu’annath itu ialah sesuatu perkataan yang boleh diisyaratkan kepada (

ى ذ

) (ini) atau (

ك ل ت

) (itu).

Selain dari itu juga, feminin boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkataan yang mempunyai tanda-tanda feminin seperti Ta:’, Alif maqsu:rat dan Alif mamdu:dat seperti

(

ة م ط اف ، ءا ر ف ص ،ى و ل س

) yang bermakna Fatimah, kekuningan, dan Salwa.

2.3 Pembahagian Gender (Maskulin Dan Feminin) Dalam Bahasa Arab

Bermacam-macam istilah telah dikemukakan di dalam kitab-kitab nahu untuk merujuk kepada persoalan pembahagian gender atau maskulin dan feminin. Antaranya ialah mudhakkar/mu’annath al-haqi:qiyy, mudhakkar /mu’annath maja:ziyy, mudhakkar/mu’annath lafziyy, mudhakkar /mu’annath ma‘nawiyy, mudhakkar/mu’annath lafziyy-ma‘nawiyy, mudhakkar/mu’annath asliyy, mudhakkar/mu’annath sina:‘iyy, mudhakkar/mu’annath ta’wi:liyy dan mudhakkar/mu’annath hukmiyy. (Abdur Rauf Hassan, 1999).

Lima istilah yang pertama merupakan jenis-jenis pembahagian gender yang paling masyhur dalam kalangan ulama’ nahu dan mendapat tempat perbahasan sewajarnya di dalam kitab-kitab nahu. Oleh yang demikian, kelima-lima jenis istilah itulah yang akan dibincangkan serta dihuraikan secara mendalam.

Pembahagian gender yang dibuat oleh para ulama’ nahu adalah berdasarkan kepada aspek tertentu yang terdapat dalam sesuatu perkataan. Contohnya aspek jantina sama ada lelaki/jantan atau perempuan/betina dalam erti kata yang sebenarnya iaitu memiliki alat kelamin dan beranak.

(27)

27

Maka dari aspek inilah, sesuatu perkataan terbahagi kepada dua jenis sama ada mudhakkar/mu’annath al-haqi:qiyy atau mudhakkar/mu’annath maja:ziyy. (Abdur Rauf Hassan, 1999).

Begitu juga dengan pembahagian gender dari aspek lafaz dan makna.

Contohnya seperti pembahagian gender kepada tiga bahagian iaitu mu’annath lafziyy, muannath ma‘nawiyy, dan mu’annath lafziy-ma‘nawiyy.

Tegasnya, sesuatu pembahagian mempunyai perbezaan aspek tersendiri berbanding dengan pembahagian yang lain.

2.3.1 Pembahagian Maskulin

Maskulin terbahagi kepada dua iaitu sama ada dari aspek jantina ataupun dari aspek ta’wil.

2.3.1.1 Pembahagian Maskulin Dari Aspek Jantina

Maskulin/mudhakkar daripada aspek jantina terbahagi kepada dua iaitu mudhakkar al-haqi:qiyy dan mudhakkar maja:ziyy.

a- Mudhakkar Haqi:qiyy

Mudhakkar haqi:qiyy ialah sesuatu perkataan yang menunjukkan kepada

maskulin sama ada lelaki ataupun jantan dan boleh dikategorikan dari golongan manusia ataupun haiwan. Selain dari itu juga, al-mudhakkar al-haqi:qiyy ini juga mempunyai pasangan sama ada perempuan atau betina seperti perkataan

ل جَ ، د س أ

ج ر ، نا ص ح

ل

yang bermaksud singa jantan, unta jantan, kuda jantan dan seorang lelaki.

(Azizah Fawwal Babiti, 1992).

(28)

28

Perkataan (

ل ج ر

) umpamanya adalah al-mudhakkar al-haqi:qiyy kerana ia menunjukkan kepada maskulin dan terdiri dari golongan manusia. Selain dari itu juga, ia mempunyai pasangan iaitu seorang perempuan (

ة أ ر مإ

).

Ibn al-Anba:ry (1981) mengatakan bahawa al-mudhakkar al-haqi:qiyy itu adalah sesuatu yang mempunyai alat kelamin lelaki atau jantan seperti perkataan (

ل م لجا

)

umpamanya bermaksud unta jantan yang mempunyai alat kelamin jantan.

b- Mudhakkar Maja:ziy

Mudhakkar maja:ziy adalah cabang bagi mudhakkar haqi:qiyy. Mudhakkar maja:ziyy boleh terjadi sekiranya sesuatu perkataan itu tidak mempunyai apa-apa tanda feminin dan ia tidak berpasangan seperti perkataan

ر م ق ، با ب

yang bermaksud pintu dan bulan. (Azizah Fawwal Babiti, 1992).

Perkataan (

با ب

) yang bermaksud pintu umpamanya tidak mempunyai tanda feminin dan ia tidak berpasangan. Abu: Bakr al-Anba:riy mengatakan bahawa al- mudhakkar al-maja:ziyy itu ialah sesuatu yang tidak mempunyai alat kelamin lelaki ataupun jantan seperti (

را د لجا

) yang bermaksud dinding. (Al-Anba:riy, 1981).
(29)

29

2.3.1.2 Pembahagian Maskulin Dari Aspek Ta’wi:l

Bahagian yang kedua ini pula mempunyai 3 cabang iaitu mudhakkar al- dha:tiyy, mudhakkar al-muktasab dan mudhakkar al-mu’awwal.

a- Mudhakkar Dha:tiyy

Al-mudhakkar al-dha:tiy ialah sesuatu perkataan yang boleh dihukumkan sebagai maskulin tanpa perlu ada unsur-unsur luaran untuk menjadikannya maskulin.

Unsur-unsur luaran ini seperti ida:fat dan ta’wi:l. Sebagai contoh, perkataan (

ل ج ر

) ini

adalah al-mudhakkar al-dha:tiy kerana ia tidak memerlukan unsur-unsur luaran seperti ida:fat dan ta’wi:l untuk menjadikannya maskulin. (Imi:l Badi:‘ Ya‘qu:b, 1994).

b- Mudhakkar Muktasab

Al-mudhakkar al-muktasab ialah kata nama feminin yang dikategorikan sebagai maskulin kerana kata nama feminin ini disandarkan kepada perkataan maskulin.

(Azizah Fawwal Babiti , 1992). Sebagai contohnya:

Allah berfirman di dalam surah al-A‘ra:f ayat 56:





Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah Allah memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang- orang yang berbuat baik”.

(30)

30

Dalam ayat di atas perkataan (

ت حْ ر

) yang menjadi subjek dalam ayat adalah feminin manakala perkataan (

ب ي ر ق

) yang menjadi predikat adalah maskulin. Akan tetapi predikat pada perkataan (

ب ي ر ق

) kembali pada (

ت حْ ر

). (Azizah Fawwal Babiti, 1992).

Al-Zamakhshariyy berkata perkataan (

ب ي ر ق

) menjadi maskulin kerana dita’wilkan perkataan (

ت حْ ر

) kepada (

مـُّح ر ـتلاو مـ حر لا

( boleh juga disebabkan (

ب ي ر ق

)

adalah sifat yang telah dihilangkan mawsufnya iaitu (

ب ي ر ق ءيش

) ataupun perkataan

( ت حْ ر

) itu adalah al-ta’nith ghair haqi:qiyy. (Muhyiddi:n al-Darwi:sh, 1999).

Abu: ‘Ubay:d pula mengatakan bahawa dimaskulinkan (

ب ي ر ق

) kerana adanya perkataan )

نا ك م

( iaitu dita’wi:lkan (

ب ي ر ق نا ك م

). Al-Zajja:j dan al-Akhfash mengatakan bahawa perkataan (

ب ي ر ق

) itu maskulin adalah disebabkan makna.

Ini kerana (

للا ت حْ ر

) bermakna pengampunan )

ه نا ر ف غ

( dan perkataan )

ه نا ر ف غ

( adalah maskulin. Al-Farra:’ pula mengatakan bahawa perkataan (

ب ي ر ق

) itu boleh digunakan untuk maskulin dan feminin. (Mahyuddi:n ‘Abd al-Hami:d, 1990).
(31)

31

c- Mudhakkar Mu’awwal

Mudhakkar mu’awwal ialah sesuatu perkataan itu dijadikan maskulin dengan cara mengetahui asal usul sesuatu perkataan itu seperti )

س ف ـن أ ة ث لا ث

(. Pada contoh ini, perkataan (

س ف ـن أ

) adalah jama‘ dan perkataan tunggalnya adalah (

س ف ـن

). Perkataan tunggal ini adalah maskulin.

Oleh itu, ketika perkataan ini dijamakkan maka ia juga tetap sebagai maskulin.

Oleh itu ia disebut sebagai maskulin mu’awwal atau mudhakkar mu’awwal, disebabkan merujuk kepada asal kata sebelum dijamakkan. (Imi:l Badi‘: Ya‘qu:b, 1994).

Menurut Ibn Tusturiyy (1983), perkataan ini memang sebenarnya mu’annath jika ia bermakna ruh atau jiwa. Namun, jika sekiranya ia bermaksud orang, maka ia adalah mudhakkar.

Menurut Abd.Rahman Jalaluddin (1998) bahawa perkataan ‘al-Nafs’ dapat dimudhakkarkan dan dimu’annathkan.

Ibn Manzu:r (1989) mengatakan bahawa dalam perkataan orang Arab, kata al- Nafs sering diertikan dengan dua perkara, pertama jika dikatakan orang itu telah pulang ke akhirat, maknanya jiwanya telah berpisah dengan tubuhnya, disini ia diertikan dengan jiwa.

Kedua jika dikatakan orang itu telah disiksa dengan pedih, maknanya tubuhnya telah dipukul, disini ia diertikan dengan tubuh. Jika ia bermakna jiwa atau ruh maka ia muannath, namun jika ia bermakna tubuh seseorang maka ia mudhakkar.

(32)

32

Dinukilkan dari Ibn Manzu:r (1989) bahawa Ibn Khalwiyah berkata, kata al- Nafs itu diertikan dengan ruh, jika ia diertikan dengan ini maka ia muannath. Namun al- Nafs juga boleh diertikan dengan darah, saudara, akal, dan diri. Kesemua kata ini merupakan mudhakkar.

2.3.2 Pembahagian Feminin

Feminin boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu al-mu’annath bi i‘tiba:r haqi:qatih dan al-mu’annath bi i‘tiba:r ‘ala:ma:tih.

2.3.2.1 Pembahagian Feminin Dari Aspek Jantina

Berdasarkan kategori ini, feminin boleh dibahagikan kepada 2 cabang iaitu mu’annath haqi:qiyy dan mu’annath maja:ziyy.

(a) Mu’annath Haqi:qiyy

Mu’annath haqi:qiyy ialah sesuatu perkataan yang menunjukkan feminin sama ada dari golongan manusia ataupun haiwan seperti )

ةـ قا نلاو ة أ رــ م لا

(. Al-mu’annath al- haqi:qiyy juga mempunyai pasangan. (Al-Anba:riyy, 1981).

Perkataan (

ة أ رــ م لا

( yang bermakna “seorang perempuan” adalah al-mu’annath al- haqi:qiyy kerana ia menunjukkan kepada feminin dan ia berpasangan dengan )

ل ج رلا

( yang bermakna seorang lelaki.

Ibn al-Anba:ry (1981) mengatakan bahawa mu’annath haqi:qiyy adalah sesuatu yang mempunyai alat kelamin perempuan atau betina.

(33)

33

(b) Mu’annath Maja:ziyy

Mu’annath maja:ziyy adalah kata nama feminin yang tidak mempunyai pasangan maskulin seperti

س شَ ، ي ع ، ة ل وا ط

. (matahari, mata, dan meja). Kata nama ini juga tidak beranak atau bertelur.

Kalau dilihat pada perkataan )

س م شلا

( yang bermakna matahari umpamanya, ia adalah mu’annath maja:ziyy dan ia tidak mempunyai apa-apa tanda feminin.

Ia boleh diketahui sebagai feminin melalui pembacaan dan penyelidikan di samping pergaulan dengan orang-orang Arab. (Imi:l Badi‘: Ya‘qu:b, 1994).

2.3.2.2 Pembahagian Feminin Daripada Aspek Tanda

Pembahagian feminin dari aspek tanda feminin terbahagi kepada tiga bahagian iaitu al-mu’annath al-lafziyy, al-mu’annath al-ma‘nawiyy dan al-mu’annath al-lafziyy wa al-ma‘nawiyy .

a) Mu’annath Lafziyy

Menurut Imil Badi:‘ Ya‘qu:b (1994) bahawa mu’annath lafziy itu ialah sesuatu kata nama yang berakhir dengan tanda ta’nith secara zahir dan maknanya adalah muannath.

Contoh mu’annath lafziyy ialah Hamzat (

ة ز حْ

: Hamzah), Zakariyya:’ (

ء ا ي ر كز

:

Zakariyya) dan Usa:mat (

ة ما س ا

: Usamah).
(34)

34

Ketiga-tiga perkataan ini dinamakan mu’annath lafziyy kerana mempunyai salah satu daripada tanda ta’nith secara zahir di hujung perkataan iaitu ta marbu:tat dan alif mamdu:dat sedangkan makna-maknanya menunjukkan kepada nama-nama orang lelaki.

Walaupun demikian, Mustafa al-Ghala:yi:niy (1989) telah mendefinisikan mu’annath lafziy sebagai apa yang dimasuki tanda ta’nith sama ada menunjukkan kepada mu’annath seperti perkataan Fa:timat (

ة م طا ف

: Fatimah) dan Khadi:jat (

ة ي د خ

:

Khadijah) atau menunjukkan kepada mudhakkar seperti perkataan Hamzat (

ة ز حْ

:

Hamzah), Zakariyya:’ (

ء ا ي ر كز

: Zakaria) dan Usa:mat (

ة ما س ا

: Usamah).

Dalam hal ini penulis menyokong pendapat yang pertama iaitu mu’annath lafziy itu ialah sesuatu kata nama yang berakhir dengan tanda ta’nith secara zahir dan maknanya adalah muannath. Ini lebih memudahkan para pelajar dan pembaca bahasa Arab dalam memahami kaedah bahasa Arab. Disebabkan tidak semua kata nama dalam bahasa Arab mengikut kaedah qiya:siyy, banyak juga yang mengikut kaedah sima:i;iyy, hal ini menyusahkan para pelajar dan pembaca bahasa Arab. Oleh itu penulis lebih menyokong pendapat pertama.

b) Mu’annath Ma‘nawiyy

Al-mu’annath al-ma‘nawiyy ialah kata nama yang menunjukkan zat feminin tetapi tidak mempunyai sebarang tanda feminin seperti

دا ع س ، د ن ه ، ب ن ـي ز .

(Azizah

Fawwal Babiti, 1992).

(35)

35

Contoh di dalam al-Quran seperti dalam surah al-Ma:idat ayat 17:





































Yang bermaksud : “Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al-Masih putera Maryam itu berserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya”.

Dalam ayat di atas menunjukkan bahawa perkataan )

ي ر م

) adalah al-mu’annath al-ma‘nawiy kerana lafaznya maskulin (tidak mempunyai apa-apa tanda feminin) tetapi ia digunakan untuk feminin.

Pengertian yang lain dikemukakan oleh Imil Badi‘ Ya‘qub (1982) bahawa mu’annath ma‘nawiyy itu ialah apa yang tidak terdapat pada lafaznya salah satu daripada tanda feminin secara zahir tetapi maksudnya adalah mu’annath sama ada mu’annath al-haqi:qiyy mahupun mu’annath maja:ziyy.

Contoh perkataan-perkataan mu’annath ma‘nawiyy ialah Zainab (

ب ز ـي ن

:

Zainab), Su’a:d (

دا س ع

: Su‘a:d) dan Hind (

د ن ه

: Hind).
(36)

36

Ketiga-tiga perkataan ini dinamakan mu’annath ma‘nawiyy kerana tidak mempunyai salah satu daripada tanda ta’ni:th secara zahir di hujung perkataan sedangkan makna-maknanya adalah mu’annath al-haqi:qiyy seperti perkataan (

ب ز ـي ن

)

dan (

دا س ع

) atau mu’annath maja:ziyy seperti perkataan (

ل ر ج

).

c) Mu’annath Lafziyy wa al-Ma‘nawiyy

Al-mu’annath al-lafziyy wa al-ma‘nawiyy iaitu sesuatu perkataan yang menunjukkan feminin dan mempunyai tanda-tanda feminin seperti

،ى د ع س ، ة م طا ف

.

ءا ف ـي ه

. Ketiga-tiga perkataan ini adalah nama kepada wanita (mu’annath al-haqi:qiyy)

dan mempunyai tanda-tanda ta’nith di hujungnya seperti ta marbu:tat, alif maqsu:rat dan alif mamdu:dat.

Tegasnya perkataan (

ة م طا ف

( adalah al-mu’annath al-lafziyy wa al-ma‘nawiyy kerana perkataan ini mempunyai tanda feminin iaitu huruf ta di akhir kata nama dan seterusnya ia digunakan pada nama feminin. Imil Badi‘: Ya‘qu:b (1994).

2.4.1 Tanda-Tanda Feminin

Dalam bab ini akan dikaji tentang tanda-tanda feminin kata nama dalam bahasa Arab. Untuk maskulin, sebenarnya ia tidak mempunyai sebarang tanda yang khusus sebagaimana feminin.

(37)

37

Ia dapat dikenali sekiranya sesuatu perkataan itu tidak mempunyai apa-apa tanda feminin. Secara ringkasnya, tanda feminin itu ada 3 iaitu ta al-ta’ni:th, alif dan ya.

Sekiranya pada sesuatu perkataan tidak ada ketiga-tiga tanda ini, maka perkataan itu perlulah dikategorikan sebagai maskulin, melainkan al-mu’annath al-sima:‘iyy. (Al-

‘Ajal Fakhr Khaw:arizim, 1988).

Oleh yang demikian, penulis berpendapat bahawa secara asasnya maskulin itu hendaklah perkataan yang tidak ada ketiga-tiga tanda asas feminin seperti ta, al-alif dan al-ya:’ dan contohnya adalah seperti (

با ت ك ، ل ج ر ، ب ت م ك

).

Ketiga-tiga contoh ini menunjukkan bahawa ia adalah maskulin kerana ia tidak mempunyai apa-apa tanda feminin seperti ta:’, al-ta’nith, al-alif ataupun ya:’. Namun begitu, pengetahuan mengenai tanda-tanda feminin perlulah ada pada setiap individu pencinta bahasa Arab.

Hal ini kerana dengan mengetahui tanda-tanda feminin, seseorang itu akan dapat mengenali feminin. Manakala contoh feminin ialah (

لى ح ـب ءا، حْ ر ة، غ ر ف

) disebabkan ketiga-tiga perkataan ini mempunyai tanda-tanda feminin.

Namun begitu, Abu: Bakr al-Anba:riyy (1981) seorang ulama’ bahasa yang terkenal di dalam bukunya yang bertajuk al-Mudhakkar wa al-Mu’annath mengatakan bahawa feminin mempunyai 15 tanda atau alamat. Dari 15 tanda ini, 8 tanda terdapat pada kata nama, 4 terdapat pada kata kerja dan 3 tanda terdapat pada al-ada:wa:t.

Oleh yang demikian, penulis membahagikan tanda-tanda feminin ini kepada 3 asas yang utama iaitu tanda-tanda feminin pada kata nama, kata kerja dan al-ada:wa:t.

(38)

38

2.4.1.1 Tanda - Tanda Feminin Pada Kata Nama

Sebagaimana yang dikatakan oleh Abu: Bakr al-Anba:riy, terdapat 8 tanda feminin pada kata nama iaitu :

2.4.1.1.1 Alif al-Ta’ni:th al-Maqsu:rat

Sibawaih (1988) di dalam buku karangannya yang bertajuk al-kitab mengatakan bahawa alif al-ta’ni:th al-maqsu:rat ialah tiap-tiap kata nama yang diakhiri oleh huruf ya:’ dan sebelum huruf al-ya ini berbaris di atas seperti (

ي ل و س ،ى ل ح ـب

).

2.4.1.1.2 Alif al-Ta’nith al-Mamdu:dat

Secara ringkasnya alif al-ta’nith al-mamdu:dat ini ialah suatu kata nama yang diakhiri oleh huruf hamzat dan sebelum huruf hamzat ini terdapat baris di atas yang panjang atau lebih dikenali dengan baris mad di dalam ilmu tajwid al-Qur’an seperti (

ءا ط ر ف ءا، حْ ر ، ءا ف ر ص

).

2.4.1.1.3 Ha:’ Al-Ta’nith

Ha:’ al-ta’nith ini dikenali juga dengan ta:’ al-ta’nith. Abu: Zaid Saidi mengatakan bahawa tanda feminin itu ialah “ta:’ dan al-alif”. Beliau memulakan perbincangan mengenai tanda-tanda feminin yang pertama adalah huruf ta:’.

Ini kerana huruf ta:’ ini adalah tanda yang paling jelas berbanding dengan huruf alif. Selain itu juga, huruf ta:’ ini tidak mempunyai persamaan dengan perkara-perkara yang lain berbanding dengan huruf alif yang mempunyai persamaan dengan alif al- ilha:q. (Abd al-Rahman al-Makudi, 119). Selain dari alif al-ilha:q, terdapat juga alif la:zimat dan alif al-maqlu:bat. (George M. Abd Massi:h, 1993).

(39)

39

Ha:’ al-ta’nith ini ditambahkan pada akhir sesuatu kata nama maskulin untuk menunjukkannya feminin seperti (

ت و ـف ؤ ا م ر

) adalah dari kategori maskulin. Apabila ditambah ha:’ al-ta’nith di akhirnya, maka ia menjadi (

ت ةا و ـف ا ة ا م ر

). Ta:’ al-ta’nith ini boleh dinamakan dengan ha:’ kerana huruf ta:’ ini berubah kepada bunyi ha:’ ketika dalam keadaan waqaf. (Imi:l Badi‘: Ya‘qu:b, 1994).

Ahli nahu bahasa Arab berselisih faham mengenai asal huruf ta:’ ini. Ada yang mengatakan bahawa huruf ta:’ adalah asal manakala huruf ha:’ timbul selepas huruf ta:’.

Sibawaih mengatakan bahawa ha:’ al-ta’nith adalah gantian atau pertukaran bagi ta:’

al-ta’nith ketika dalam keadaan waqaf seperti (

حة ط ل ه ه ذ

) hadhihi talhah. ( Sibawaih, 1979). Apabila dalam keadaan wasal atau bacaan yang bersambung, maka ia perlu dibunyikan huruf ta:’ ini seperti Hadhihi Talhatun.

Al-Mubarrid (1984) pula mengatakan bahawa ha:’ al-ta’nith adalah gantian bagi ta:’ al-ta’nith yang terdapat pada feminin seperti (

ة ر ث ، ة ل ن

) nakhlat, thamrat. Oleh yang demikian, antara ta:’ al-ta’ni:th dan ha:’ al-ta’nith, maka ta:’ al-ta’nith adalah asal manakala ha:’ adalah gantian atau pertukaran ta:’ ketika waqaf.

Berdasarkan dua pendapat tersebut, jelas menunjukkan bahawa kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu ta:’ al-ta’nith adalah yang asal. Pendapat ini juga mempunyai persamaan dengan pandangan ahli nahu Basrah (

ن ر ُّـي و ص بلا

).
(40)

40

Ahli nahu Basrah ialah ulama’ nahu yang lahir dari aliran mazhab Basrah.

Mereka adalah golongan pertama yang membincangkan permasalahan nahu. Mereka juga dikatakan mendahului ulama’ Kufah dalam memperkatakan masalah nahu serta perbahasannya. (Muhammad Samir Naji:b, 1988).

Ahli nahu Kufah (

و ن و ف ُّـي كلا

) pula mempunyai pandangan yang berbeza dengan pendapat ahli nahu Basrah yang mana mereka berpendapat bahawa ha:’ al-ta’ni:th adalah asal. Namun begitu, yang rajih dan asah ialah pendapat ahli nahu Basrah yang mengatakan bahawa ta:’ al-ta’nith adalah asal. (Ibra:him Baraka:t, 1988).

Al-Ku:fiyyun ialah ahli nahu dari mazhab Kufah. Mereka cuba mengasaskan golongan mereka di dalam memperkatakan mengenai permasalahan bahasa terutama masalah nahu. Mereka sering berselisih faham, pandangan dan pendapat dengan mazhab Basrah mengenai tatabahasa nahu bahasa Arab.

Untuk memperjelaskan perselisihan mereka ini, Ibn al-Anba:ry telah mengarang sebuah buku yang bertajuk al-insa:f fi: Masa:il al-Khila:f bayna Basriyyin wa al- Ku:fiyyi:n (

ي و ف ـي ك و لا ي ر ـي ب ص لا ي ـب ف لا لا ل ئا س م ف فا ص ن لا

). (Muhammad Samir Najib, 1988).

Ibn Ma:lik di dalam kitabnya Sharh al-Ka:fiat mengatakan bahawa kebanyakan huruf ha:’ ini didatangkan untuk membezakan di antara sifat maskulin dan sifat feminin

seperti (

م ة خ ض و م خ ض

) yang bermaksud besar. Dalam contoh ini, kalimah (

م خ ض

) dakhmun adalah maskulin. Untuk menjadikannya feminin, ia perlu

ditambah di akhirnya ha:’ al-ta’nith lalu menjadi (

ة م خ ض

) dakhmat.
(41)

41

Penulis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa maskulin dan feminin inilah yang menjadi tujuan utama diadakan ta:’ al-ta’nith ini, sesuatu kata nama itu dapat dibezakan sama ada maskulin atau feminin dengan merujuk kepada tanda ini.

Begitu juga dengan contoh (

م ق ئا

) yang bermaksud sifat bangun bagi maskulin dan untuk menjadikannya feminin, maka ia perlu ditambah ha:’ al-ta’nith seperti (

م ة ق ئا

). (Ahmad al-Hamlawiyy, 1927).

Namun begitu, ha:’ al-ta’nith ini tidak ditambah pada sifat yang khusus untuk wanita seperti

ض ئا ح

(orang yang datang haid),

س ع نا

(anak dara tua),

ع ض م ر

(perempuan yang menyusukan anak),

ب ـث ي

(janda) dan

ل ما ح

(perempuan yang mengandung). Contoh-contoh ini menunjukkan sifat-sifat yang khusus untuk kaum wanita.

Perkataan (

ض ئا ح

) umpamanya bermaksud orang yang datang haid (darah kotor) adalah sifat khusus wanita. Maka tidak perlulah ditambahkan ha:’ al-ta’nith untuk menjadikannya feminin kerana ia memang sifat semula jadi bagi kaum feminin. Hal ini sekiranya sifat tersebut tidak menunjukkan makna huduth atau kejadian. Jika sifat khusus wanita ini menunjukkan makna huduth, maka ia perlulah ditambahkan ha:’ al- ta’nith untuk menunjukkannya feminin seperti :

ح ضا ت ف ي ه ح ض ئا ة ط ، ل ق ت ف ي ه لا ق ط ة

(perempuan itu telahpun berhaidh, perempuan itu telahpun bercerai)

(42)

42

Ahli bahasa Kufah mengatakan bahawa tanda feminin dihilangkan pada contoh (

ق لا ط و ض ئا ح

) kerana ia adalah sifat khusus untuk feminin. Manakala ahli bahasa Basrah pula mengatakan bahawa dihilangkan tanda feminin pada contoh (

و ض ئا ح

ط

ق لا

) adalah kerana menceritakan mengenai na

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Mudah-mudahan dengan penulisan ini akan dapat mengenal secara dekat tentang al-Sakkakiy dan karyanya Miftah al-'Ulum khususnya bahagian ketiga yang berkaitan

Dan dalil atas qadim Kalam Allah Ta‟ala: bahawasanya jika ia baharu; ia tidak sunyi dari tiga perkara [iaitu]: sama ada ia (kalam yang baharu) berdiri dengan Zat Allah Ta„ala atau

Berikut adalah contoh lirik sebuah lagu Tamil tempatan yang mempunyai percampuran kod, di mana terdapat perkataan-perkataan dari bahasa Melayu dan bahasa

Maka penulisan mushaf rasm Uthmani bagi perkataan ini boleh ditulis dengan ithbat alif pertama dan hadhf alif kedua atau hadhf kedua-dua alif bagi perkataan ini secara khusus,

Setiap satu blok mempunyai 16 perkataan menjadikan keseluruhan perkataan di dalam ingatan cache adalatr 2048 (2 K) perkataan. Ingatan utama mempunyai 64 K perkataan

Setiap satu blok mempunyai 16 perkataan menjadikan keseluruhan perkataan yang terdapat di dalam ingatan para adalah 2048 (2K) perkataan. Ingatan utama mempunyai

Pembentukan perkataan baru melalui padanan perkataan asas dengan kata-kata lain untuk menjadi perkataan majmuk yang mempunyai makna berkaitan dengan kata asas itu, adalah

Konsonan Awal Bahasa Cina Vokal Bahasa Cina Empat Nada Bahasa Cina Nada Sandhi Perkataan ―Satu‖ Nada Sandhi Perkataan ―Satu‖ yang Wujud di antara Dua Perkataan yang Sama Nada