• Tiada Hasil Ditemukan

KEMALANGAN ACHEH, PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KEMALANGAN ACHEH, PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 0080fh

PULAU  PINANG,  13  Mac  2015  ­  Kemalangan  di  Acheh  merupakan  satu  tragedi  yang  tidak  mungkin  dapat dilupakan seumur hidup namun redha dengan apa yang berlaku sebagai takdir namun tetap berasa amat sedih dengan kematian salah seorang pelajar.

Demikian  luahan  perasaan  pensyarah  Pusat  Pengajian  Kejuruteraan  Bahan  dan  Sumber  Mineral,  Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Hazizan Mohd Hashim yang baharu kembali ke tanah air bersama­sama 23 pelajar dan pensyarah yang mengikuti program akademik di Acheh.

Mohd Hazizan mengalami luka ringan di lengan kiri serta kecederaan kecil di muka turut menceritakan detik­

detik  cemas  beliau  bersama  mangsa­mangsa  lain  semasa  kejadian  tersebut  berlaku."Semasa  kemalangan, saya duduk di kerusi hadapan dan tercampak keluar dari cermin hadapan bas bersama pemandu dan jatuh ke bawah tebing yang berketinggian 12 kaki, manakala rombongan lain semua berada di dalam bas," katanya kepada TVUSM.

IMG 0013

Beliau terpaksa naik memanjat tebing untuk meminta pertolongan mengangkat pemandu bas yang terlantar di bawah tebing bersama­samanya.

Mohd Hazizan turut menzahirkan rasa dukacita kerana kehilangan seorang pelajar, Muhamad Izzamir Nabihan A. Majid, 23 tahun.

"Kami  bersyukur  kerana  Allahyarham  Izzamir  sempat  melafazkan  kalimah  syahadah  sebelum menghembuskan nafas yang terakhir," katanya lagi.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

KEMALANGAN ACHEH, PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

14 MAR

(2)

Pengarah  Projek,  Rasyifah  Rushda  Abdul  Mutalib  pula  menyifatkan  kemalangan  tersebut  merupakan  satu kenangan pahit sepanjang hidup dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

"Ini merupakan kenangan hitam yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila­bila malah sehingga hari ini,  sewaktu  menaiki  bas  untuk  ke  Lapangan  Terbang  Banda  Acheh,  saya  dan  rakan­rakan  lain  masih merasainya dan berharap kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.

IMG 0055dg

Namun,  kami  bersyukur  kerana  masyarakat  di  Geumpang  sangat  baik  dan  memberikan  bantuan  semasa kemalangan tersebut berlaku," katanya lagi.

Seramai 23 orang rombongan pelajar dan staf yang terlibat dalam kemalangan di Acheh tersebut selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang petang tadi.

Pemeriksaan  saringan  kesihatan  dan  kaunseling  pasca­trauma  dilakukan  terhadap  semua  yang  terlibat.

Pasukan  pasca­trauma  yang  terdiri  daripada  pakar  kaunseling,  ahli  psikologi  dan  kaunselor  USM  yang antaranya  ialah  Timbalan  Naib  Canselor  (Bahagian  Jaringan  Industri  dan  Masyarakat)  yang  juga  pakar psikologi  Profesor  Dato'  Dr.  See  Ching  Mey  juga  hadir  membuat  penilaian  dan  memberikan  bantuan  yang sewajarnya kepada kesemua mereka.

IMG 0077

Tiga  kes  dirujuk  untuk  rawatan  yang  selanjutnya  masing­masing  di  Hospital  Besar  Pulau  Pinang,  Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Bertam USM, dan hospital swasta atas permintaan sendiri. Beberapa pelajar juga dihantar ke IPPT untuk pemeriksaan lanjut manakala seorang pelajar dan ibunya dibawa ke Pusat Sejahtera Induk untuk menenangkan ibunya yang pengsan sejurus selepas rombongan keluar dari lapangan terbang.

(3)

Kemalangan tersebut berlaku semasa ahli rombongan dalam perjalanan pulang dari lawatan ke lombong arang batu (pertambangan batu bara) di Geumpang PD Acheh.

http://usmtv.usm.my/index.php/component/contushdvideoshare/player/2015/tragedi­acheh­rawatan­trauma (http://usmtv.usm.my/index.php/component/contushdvideoshare/player/2015/tragedi­acheh­rawatan­trauma) Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8921 3000 E-mel: bndahari@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/bendahari Mengilham Harapan,

“Berkhidmat untuk semua Naib Canselor merupakan pengalaman yang paling indah buat saya, kerana selain dapat memberikan perkhidmatan yang diinginkan, saya berpeluang mendekati

Timbalan  Naib  Canselor  (Hal  Ehwal  Akademik  dan  Antarabangsa)  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  Profesor Dato’  Dr.  Ahmad  Shukri  Mustapa  Kamal  berkata, 

Timbalan Naib Canselor (TNC) Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dato’ See Ching Mey berkata, Inno4C diperkenalkan dalam kaedah yang unik yang mana USM

Demikian  kata  Timbalan  Naib  Canselor  Bahagian  Jaringan  Industri  dan  Masyarakat  (BJIM)  Universiti Sains  Malaysia  (USM),  Profesor  Dato'  Dr.  See  Ching 

Naib  Canselor  yang  masih  kelihatan  amat  sedih  dengan  pemergian  pelajar  tersebut  berkata,  USM  akan membantu  apa  sahaja  yang  boleh  untuk  membantu 

Timbalan  Naib  Canselor  Bahagian  Hal­Ehwal  dan  Pembangunan  Pelajar  (BHEPP)  Profesor  Dr.  Adnan Hussein  yang  mewakili  Naib  Canselor  USM  pula  berkata, 

Turut hadir ke pertandingan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar  merangkap  Timbalan  Komandan  PALAPES  Udara,  Prof.