• Tiada Hasil Ditemukan

40 ORANG PAKAR USM SEDIA BANTU PERKASA KEMAHIRAN BI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "40 ORANG PAKAR USM SEDIA BANTU PERKASA KEMAHIRAN BI"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC 0219

PULAU PINANG, 23 Julai 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai kira-kira 40 orang pendidik yang mempunyai kepakaran dalam Bahasa Inggeris yang bersedia memberi sumbangan kepada negara.

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, bilangan ini besar mengambil kira USM sebagai sebuah universiti berteraskan Sains san Teknologi, namun jumlah ini bukan sahaja penting dalam meningkatkan kualiti penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan komuniti universiti malah juga dapat membantu pihak-pihak lain yang memerlukan bantuan sedemikian.

DSC 0207fgjg

Hal ini dinyatakannya ketika menyampaikan ucapan dalam perasmian “Seminar For Penang English Language Teachers” (PELTS 2015), yang bertemakan “Creative and Innovative Learning and Teaching Practices for ESL Teachers” di sini hari ini.

Jelas Omar, tiga kriteria diambilkira dalam proses pemilihan pelajar USM iaitu ilmu pengetahuan, komunikasi terutamanya kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran hidup lain yang merangkumi aspek penyesuaian diri dan survival mereka di universiti dan di luar kampus kelak.

“Hal ini penting kerana seseorang pelajar akan sukar mendapat peluang pekerjaan yang baik sekiranya gagal menguasai bahasa Inggeris meskipun mereka memiliki ijazah,” ujarnya lagi.

DSC 0190 DSC 0193n

Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia, P. Kamalanathan P. Panchanathan ketika memberi ucap utama dan merasmikan seminar tersebut menegaskan bahawa dalam usaha Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) kerajaan melaksanakan pelbagai program (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

40 ORANG PAKAR USM SEDIA BANTU PERKASA KEMAHIRAN BI

23 JUL

(2)

selain menyediakan guru-guru berkualiti dan melengkapkan mereka dengan pelbagai kemahiran termasuk penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.

“Cadangan Kementerian Pendidikan mewajibkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris pada 2016 untuk mendapatkan sijil merupakan pendekatan yang berkesan dalam memperkasa lagi bahasa tersebut,” katanya di hadapan kira-kira 150 orang peserta seminar termasuk 80 orang guru bahasa Inggeris di sekitar negeri Pulau Pinang dan 10 orang Pegawai Pendidikan Negeri Pulau Pinang (Bahasa Inggeris).

Tegasnya lagi, kepentingan untuk berbahasa Inggeris dalam kehidupan seharian perlu diberikan penekanan sebagai amalan yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kelancaran bahasa kedua tersebut, selain perlu menggunakan bahasa tersebut dengan tatabahasa yang betul.

Tambahnya lagi, dengan kapasiti 40 orang pakar bahasa Inggeris di USM yang terdapat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM diharapkan mampu meningkatkan lagi kompetensi guru Bahasa Inggeris terutamanya di negeri Pulau Pinang serta di sekitar Utara Malaysia.

DSC 0226ghg

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Timbalan Menteri Pendidikan II itu meminta ibu bapa memberikan buku-buku termasuklah buku cerita, dan semua jenis penerbitan bahasa Inggeris yang dipercayai sumber penerbitannya kepada anak-anak supaya tidak berlaku kekeliruan mereka berkenaan bahasa tersebut.

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Profesor Madya Dr. Hajar Abdul Rahim berkata, selain membantu meningkatkan kemahiran para pelajar sekolah menengah dalam penggunaan Bahasa Inggeris, seminar ini juga secara tidak langsung membantu para guru dalam mencari penyelesaian dalam memperkasakan lagi kaedah pengajaran bahasa kedua tersebut di dalam kelas.

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM selaku Konvenor PELTS 2015, Profesor Dr.

Sarjit Kaur A/P Gurdial Singh pula berkata, seminar khidmat masyarakat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru Bahasa Inggeris tentang strategi pengajaran Bahasa Inggeris yang kreatif dan berinovasi dalam usaha mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

“Matlamat utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kapasiti para guru dalam pedagogi dan pengetahuan bahasa Inggeris yang seterusnya dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah lebih menarik dan menyeronokkan,” katanya lagi.

Tambah Sarjit lagi, seminar yang berlangsung selama sehari ini juga bakal menyajikan pelbagai pendekatan menarik melalui buah fikiran para guru untuk meningkatkan lagi keseronokan murid- murid untuk belajar bahasa Inggeris.

DSC 0233ghg

(3)

Seminar ini dianjurkan oleh Bahagian Pengajian Bahasa Inggeris PP Ilmu Kemanusiaan dengan kerjasama PP Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPPP).

Yang hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP) Dato’ Haji Osman bin Hussain; Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM Profesor Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi; wakil Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM Profesor Dr. Anna Christina Abdullah; para pegawai JPPP; guru-guru dan pensyarah USM.

Teks: Siti Naquiah Abdillah/Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

USM, PULAU PINANG, 30 September 2017 – Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah mengadakan satu sesi syarahan

Dalam syarahan ini, ilmuwan terkemuka yang merupakan Profesor Kesusasteraan Bandingan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Ombudsman USM ini akan mengupas peri pentingnya

Pelajar juga berpeluang menyertai sesi Pengembangan Ilmu/Kembara Ilmu di beberapa PTJ seperti Pusat Pengajian Sains Kimia, Pusat Pengajian Sains Fizik, Pusat

USM, PULAU PINANG, 20 APRIL 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan terus melebarkan rangkaian antarabangsa dengan berkolaborasi dengan

USM, PULAU PINANG, 18 Julai 2017 – Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan kolaborasi antarabangsa dalam bidang

Pusat Islam USM dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM akan mengadakan Program Muzakarah Ilmiyyah yang akan diadakan pada 15 Disember 2016 jam 2.00 petang

Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) bersama dengan Jabatan Bahasa Melayu,

USM, PULAU PINANG, 8 November 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sebagai satu-satunya universiti di negara ini yang