• Tiada Hasil Ditemukan

Pilih SATU [1] soalan daripada Bahagian B, SATU [1] soalan daripada BAHAGIAN C, dan SATU [1] lagi daripada MANA-MANA BAHAGIAN B atau C.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Pilih SATU [1] soalan daripada Bahagian B, SATU [1] soalan daripada BAHAGIAN C, dan SATU [1] lagi daripada MANA-MANA BAHAGIAN B atau C."

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

HKB 112 - Karya-Karya Besar Dar! Kesusasteraan Asia

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TUJUH [7] soalan di dalam EMPAT [4] muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini .

Jawab EMPAT [4] soalan. Soalan 1 dalam BAHAGIAN A adalah soalan WAJ IB.

Pilih SATU [1] soalan daripada Bahagian B, SATU [1] soalan daripada BAHAGIAN C, dan SATU [1] lagi daripada MANA-MANA BAHAGIAN B atau C.

BAHAGIAN A

1 . Isu-isu penting yang sering kali timbul dalam penilaian kesusasteraan sesuatu budaya asing biasanya berkaitan dengan teks sebagai artifak budaya tertentu, dan pada masa yang sama sebagai sastera dunia.

Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk khusus kepada sastera dan karya

SAMA ADA

[a] Filipina, India, dan China ATAU

[b] Arab, Jepun, dan Thai

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua

Sidang Akademik 2002/2003 Februari/Mac 2003

Masa : 3 jam

(2)

BAHAGIAN B

2. Pengarang-pengarang Filipina pada lazimnya menyampaikan cerpen dengan menggunakan teknik perlambangan secara meluas. Dengan merujuk kepada mana-mana DUA cerpen Filipina yang telah anda kaji buktikan perkara ini.

3. Berdasarkan petikan puisi-puisi Tagore dalam Lampiran A, bahaskan sama ada karya

GitanjaH

wajar dianggap sebagai ekspresi cinta mistik atau cinta duniawi atau kedua-duanya .

4. Story of the Stone,

karya termashyur Cao Xueqin, menggambarkan pandangan dan cara hidup masyarakat Cina tradisional . Namun pengarangnya juga menyelitkan pandangan yang agak moden mengenai hal-hal tertentu. Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan contoh-contoh yang bertepatan daripada karya tersebut.

BAHAGIAN C

5. Telitikan petikan berikut

Berdasarkan cerpen "Zaabalawi" karya Naguib Mahfouz, bincangkan secara kritis soalan-soalan berikut

[a] Siapakah Zaabalawi?

[b] Huraikan konsep "mimpi" seperti yang dialami oleh pencerita dan

"pengalaman mabuk" seperti yang dilalui oleh watak Wanas. Pada pandangan anda sejauhmanakah kedua-dua konsep tersebut berjaya dijalinkan oleh pengarang sehingga beroleh kesan penceritaan yang menarik?

6. Perwatakan Champoon dalam cerpen "Champoon" karya Dhep Maha - Paoraya ditampilkan melalui teknik yang amat berkesan mencerminkan citra cinta suci seorang gadis malang berakhir dengan tragedi .

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan secara mendalam sejauhmanakah pengarang berjaya mengolah plot percintaan sehingga berjaya meninggalkan kesan yang mendalam .

(3)

7. Berdasarkan drama Bantal Impian karya Yukio Mishima bincangkan:

[a] peranan "bantal" dalam drama ini .

[b] Sejauhmanakah elemen mimpi berjaya mempengaruhi hasrat hidup Jiro?

. . .LAMPIRAN A/-

. . .4/-

(4)

(1 :1)

kurniamu maha besar datang padaku

betapa hanya melalui tangan kecilku ini abad datang dan abad lalu tetapi engkau

senantiasa memberi dan ruang itu

senantiasa pula ada untuk di isi

(7:5) nanyianku

meletakkan dandannya is tidak bangga

akan pakaian atau perhiasan manik permata akan hanya menyulitkan perjanjian kita memisahkan kita saja bunyi deringnya

akan menyesakkan bisikanmu (16:22)

dalam diam engkau berjalan di redup suram

di musim hujan bulan Julai

bagai malam dengan langkah perlahan sambil menjauhi

orang yang mengintai

4

-- 0000000 -- (39:50)

apabila kereta-emasmu nampak muncul dari jauh bagai mimpi yang indah dan aku bertanya pada diriku sendiri siapakah raja

dari segala raja-raja itu

[HKB 112]

LAMPIRAN A:

(47:57)

kupu-kupu membuka sayapnya dalam laut cahaya

seroja dan melati naik ke puncak

gelombang dalam setiap mega gembira mengembang

dari daun ke daun kesenangan

yang tiada terhingga (49:60)

di pantai dunia tiada bertepi

di situ datang kanak-kanak berkumpul taufan melancar di atas langit

kapal tenggelam di air dalam maut datang berjalan keliling dan kanak-kanak itu terus bermain di pantai dunia tak bertepi

di situ datang kanak-kanak berkumpul

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Firma Star, sebuah firma pengeluaran yang berpusat operasi di Culifurnia aknn memulakan percniagaan di tanah besar negara China.. Kontrak firma dengan kerajaan

Tanah liat merupaknn bahan mentah utama bagi pembuatan seramik konvensional tetapi tidak sesuai untuk penyediaan elehroseramik?. Mengapc dan jelaskan

Firma Star, sebuah firma pengeluaran yang berpusat operasi di California akan memulalrsn perrniagaan di tanah besar negara China.. Kontrak firma dengan kerajaan

Kata-kata baru atau kata nahuan yang anda hasilkan mestilah terdiri daripada golongan kata adjektif, kata kerja dan kata nama. Gunakan sepenuhnya format yang berikut untuk

Anda dikehendaki menjawab LIMA (5) soalan sahaja iaitu satu soalan daripada setiap bahagian dan satu lagi soalan daripada mana-mana bahagian.. Setiap soalan bernilai 20

"Amalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen didokong dengan menghormati piagam pembahagian kuasa di antara kuasa perundangan, kuasa eksekutif dan kuasa

(a> Dengan menggunakan data ruang dalarn Jadual2 pindahkan maklumat berbentuk data zon daripada jadual tersebut ke dalam peta 1 yang disediakm. (Jawapan

(40 markah) [c] Nyatakan faktor-faktor yang rnenyebabkan gelatuk dalim proses pemesinan tradisi dan bincangkan EMPAT kaedah untuk mengurmgkan gelatuk dalam mesin alat..