• Tiada Hasil Ditemukan

USM TERUS BANTU GOLONGAN TERKEBAWAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM TERUS BANTU GOLONGAN TERKEBAWAH"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

iNyWwD6SfEL8 pTg1yKtBWAIExbVcbsTi0r d6y3d1I

KUBANG KERIAN, 29 Oktober 2015 – Unit Rehabilitasi Dan Keseimbangan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan agenda membantu golongan terkebawah dalam usaha meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan sendiri dengan menganjurkan Kursus Sijil Terapi Keseimbangan Badan Dan Strok Siri I.

Kursus tersebut yang dianjurkan untuk pertama kalinya disertai oleh tujuh peserta orang kurang upaya cacat penglihatan dan 13 peserta e-kasih dari golongan ibu tunggal.

Menurut Pengarah Program, Dr. Zuraida Zainun, program ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan kemahiran terapi dalam merawat pesakit strok dan pesakit yang bermasalah keseimbangan badan di samping membantu mereka menjana pendapatan. Dalam tempoh enam minggu berkursus, peserta perlu menghadiri seminar, menjalani latihan praktikal serta peperiksaan sebelum diberikan sijil.

mJtRfGaWqtFjWfMC5t39BGg5T1xex3jhiHObXWj ZA

“Peserta akan diberikan pendedahan mengenai masalah keseimbangan badan serta contoh-contoh rawatan yang diamalkan kepada pesakit di samping memperkenalkan produk-produk inovasi BalEx di mana buat masa ini kita telah mempunyai 10 alat yang digunakan dalam proses perawatan dan pemulihan selain latihan praktikal pengurutan yang diajar oleh kakitangan PPSK,” katanya.

Menurut Zuraida, kursus ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang telah menghantar tujuh orang peserta cacat penglihatan di bawah tajaan JTK.

CPbpEgdoQutJ7obYsQDS mgBDRW0rc174mlIoBy2HTA2kFVRA lGO1YiO73ZyA uWP4SQjDq 6ve9vO5c UutA

“Walaupun pertama kali diadakan, saya gembira kerana kursus ini mendapat sambutan dan USM menjadi pelopor dalam usaha membantu mereka meningkatkan kemahiran kerana rata-rata peserta yang hadir adalah yang telah pandai mengurut dan juga menjalankan perkhidmatan reflexologi secara kecil-kecilan,” tambah beliau.

Seminar ‘Rahsia Bisnes Rasulullah’ yang diadakan pada hari ini merupakan salah satu daripada proses pembelajaran dalam kursus tersebut.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USM TERUS BANTU GOLONGAN TERKEBAWAH

30 OCT

(2)

Seminar ini adalah serampang dua mata dalam memupuk minat berniaga dalam kalangan mereka serta membantu mereka menguruskan perniagaan yang mereka ceburi dengan lebih teratur dan efektif.

UfPQ0DlYEyFaRoZgCC3konTjatbZqlOVnhiM2Kd2B1I

Pihak penganjur telah menjemput Pengasas IkhlasCare, Dr Wan Martina Wan Yusoff sebagai penceramah jemputan. Selain daripada peserta kursus, seminar ini juga turut dihadiri oleh seramai 50 orang peserta luar yang berminat mendapatkan input-input tentang ilmu perniagaan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Wan Ahmad Nizamuddin Wan Ahmad Sakri

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kaedah rawatan jarak jauh adalah merujuk kepada kaedah rawatan yang dilakukan untuk merawat pelbagai penyakit tanpa kehadiran pesakit 6 atau merawat rumah dan bangunan

Jelasnya lagi, program ini adalah yang pertama kali diadakan oleh USM yang melibatkan pelajar antarabangsa dan pelajar Malaysia yang bekerjasama untuk mengajar,

Bercakap ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam program ini, Adam berkata, USM sememangnya menyokong aktiviti program sebegini bagi membantu golongan yang memerlukan

Zuraida berkata, keberkesanan modul itu bukan sahaja memberi perubahan dari sudut fizikal, contohnya pesakit yang tidak dapat bergerak langsung kepada berupaya memberus

"Kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu golongan pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan dalam membiayai kos sepanjang rawatan yang sekiranya

“Setiap pergerakan dalam solat dapat membantu pesakit pening mengawal keseimbangan badan sekaligus melenyapkan tanggapan golongan ini yang kebanyakannya memilih untuk

"Modul ini menyediakan teknik latihan fizikal bagi meransang otak pesakit yang mempunyai masalah pening untuk pulih sepenuhnya dan yang lebih menarik adalah modul ini

Badan amal ini menghantar sepasukan doktor pakar untuk menyumbang kepakaran mereka dalam memberi perkhidmatan pembedahan Kardiotorasik Pediatrik kepada pesakit