• Tiada Hasil Ditemukan

JKE 211 - Mikroekonomi I / JKE 215 - Mikroekonomi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JKE 211 - Mikroekonomi I / JKE 215 - Mikroekonomi "

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

...2/-

____________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2015/2016

Mei/Jun 2016

JKE 211 - Mikroekonomi I / JKE 215 - Mikroekonomi

Masa : 3 jam

____________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi SEBELAS muka surat yang bercetak (termasuk muka surat ini) sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab SEMUA soalan.

Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan kosong yang disediakan di dalam kertas soalan ini.

Mesin hitung elektronik tak berprogram boleh digunakan untuk peperiksaan ini.

Baca arahan setiap soalan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

(2)

...3/- Soalan 1 (20 markah)

(a) Ciri-ciri pasaran persaingan sempurna adalah antara faktor utama yang menghalang firma dalam pasaran menikmati untung lebih normal dalam jangka masa panjang.

Bincangkan.

(10 markah)

(3)

...4/- (b) Firma dalam pasaran persaingan sempurna yang menikmati untung kurang normal

dalam jangka masa pendek dinasihatkan meneruskan operasi pengeluaran.

Bincangkan.

(10 markah)

(4)

...5/- Soalan 2 (20 markah)

(a) Jelaskan ciri-ciri pasaran monopoli dan sumber utama kuasa monopoli.

(10 markah)

(5)

...6/- (b) Tenaga Nasional Berhad sering dikenali sebagi firma monopoli dalam pembekalan

elektrik kepada pengguna di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, Tenaga Nasional Berhad juga dikenali sebagai firma monopsoni sejak tahun 1995. Jelaskan.

(10 markah)

(6)

...7/- Soalan 3 (20 markah)

Keluk hasil sut (MR) dan jumlah kos pengeluaran (TC) bagi pemonopoli adalah seperti berikut:

MR = 100 - Q TC = 5Q

dengan Q menunjukkan kuantiti keluaran. Pada masa yang sama, keluk permintaan untuk pemonopoli adalah seperti berikut:

Q = 200 − 2P dengan P adalah harga.

(a) Tentukan tingkat harga dan kuantiti pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan.

(5 markah)

(7)

...8/- (b) Tentukan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh pemonopoli.

(3 markah)

(c) Andaikan cukai sebanyak RM5 dikenakan untuk setiap unit yang dihasilkan oleh pemonopoli. Tentukan keuntungan maksimum yang diperolehi oleh pemonopoli.

(6 markah)

(8)

...9/- (d) Andaikan lesen perniagaan baru sebagai syarat tambahan kepada firma untuk

meneruskan perniagaan. Lesen perniagaan ini melibatkan kos sebanyak RM1000.

Tentukan keseimbangan kuantiti output yang akan dikeluarkan dan tingkat keuntungan yang dapat diperolehi oleh pemonopoli.

(6 markah)

(9)

...10/- Soalan 4 (15 markah)

Andaikan anda merupakan pengurus Perbadanan Bukit Bendera, Pulau Pinang dan anda mendapati keanjalan permintaan bagi beberapa kumpulan pengguna adalah berbeza.

Terangkan darjah diskriminasi harga yang paling sesuai digunakan dalam penetapan kadar tiket masuk Bukit Bendera, Pulau Pinang.

(15 markah)

(10)

...11/- Soalan 5 (25 markah)

Andaikan firma ABC beroperasi dalam pasaran persaingan sempurna menghadapi fungsi kos pengeluaran TC = 100 + 8Q +4Q2 dengan TC menunjukkan jumlah kos pengeluaran dan Q adalah kuantiti output yang dikeluarkan. Harga barang adalah RM40 seunit.

(a) Tentukan jumlah kos tetap yang ditanggung oleh pemonopoli.

(2 markah)

(b) Sekiranya keluaran output firma adalah sebanyak 8 unit, adakah firma memperolehi keuntungan maksimum?

(10 markah)

(11)

...12/- (c) Tentukan lebihan pengeluar firma dalam pasaran persaingan sempurna dengan rajah

yang bersesuaian.

(8 markah)

(d) Andaikan struktur kos pengeluaran dan harga output tidak berubah, tentukan tingkat keluaran output yang dapat dikeluarkan oleh firma ini dalam jangka masa panjang.

(5 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Firma pe,mbuatan dan pengeluaran s€,lrtiasa bersaing dalam membangunkan teknologi yang mana boleh berupaya berubah dengan pantas selaras dengan kehendak pasaran yalrg

suatu proses pengeruaran yang menggunakan dua input buruh (L) dan modar lti;.. a) purata seorang pengurus melebihi kos kilang tekstil purata. Beri berpendapat pandangan

Terangkan dan lukiskan graf yang menunjukkan kesan penggunaan, pengeluaran dan jumlah impot pasaran Y hasil daripada tarif impot dan kesan subsidi pengeluaran.

Beliau memaklumkan kepada anda yang keanjalan pemintaan produk tersebut ialah -2.4 dan beliau juga berhasrat untuk memaksimumkan hasil jualan dengan menaikkan harga

Daripada Rajah I di bawah, paksi Y ialah penggunaan input Z, paksi X ialah penggunaan input L, DD ialah garisan isokos yang asal, U ialah keluk isokuan pengeluar,

Firma Star, sebuah firma pengeluaran yang berpusat operasi di Culifurnia aknn memulakan percniagaan di tanah besar negara China.. Kontrak firma dengan kerajaan

(b) Katakanlah kerajaan boleh mengimport gula dengan harga RM2 sekilogram, berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk menyokong program subsidi gula

Firma Star, sebuah firma pengeluaran yang berpusat operasi di California akan memulalrsn perrniagaan di tanah besar negara China.. Kontrak firma dengan kerajaan