• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 221 – Fiksyen Melayu Moden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 221 – Fiksyen Melayu Moden "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

…2/-

_______________________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2015/2016

Mei/Jun 2016

JMK 221 – Fiksyen Melayu Moden

Masa: 3 jam

_______________________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab 4 soalan. Pilih mana-mana empat soalan daripada 6 soalan yang disediakan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

…3/- [JMK 221]

- 2 -

1. Jelaskan maksud tema. Dengan mengambil contoh-contoh yang sesuai dalam novel yang digunakan dalam kursus ini, bincangkan bagaimana ciri-ciri tema itu dapat dianalisis dalam novel.

(25 markah)

2. Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin menceritakan beberapa tekanan hidup yang dihadapi oleh watak-watak dalam novel ini. Berikan contoh peristiwa-peristiwa tekanan hidup yang dialami dan bincangkan perkaitannya dengan idea utama dalam novel berkenaan.

(25 markah)

3. Dalam novel Haruman Kencana, karya Zaharah Nawawi, watak utama dipegang oleh Kencana. Dengan memberikan contoh-contoh peristiwa yang sesuai, pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengaturkan kehidupan Kencana sedemikian rupa dalam novel tersebut?

(25 markah)

4. Penyeberang Sempadan, karya Anwar Ridhwan, mementingkan nilai-nilai bahasa dalam penceritaan. Bincangkan aspek-aspek bahasa yang digarap oleh pengarang dalam menghidupkan karyanya.

(25 markah)

5. Novel D.U.B.L.I.N, karya Wan Nur Azriq dianggap novel yang ditulis tanpa aturan biasa. Bincangkan ciri-ciri novel tanpa plot serta beberapa contoh peristiwa yang dapat digunakan bagi menjelaskan teknik kepengarangannya.

(25 markah)

6. Dalam cerpen, gaya penceritaan progresif diutamakan oleh pengarang semasa bercerita. Berpandukan mana-mana dua cerpen di bawah ini, bandingkan kekuatan sudut penceritaan yang digunakan oleh penulis dalam karya mereka.

(i) “Kepikunan”, karya Shahnon Ahmad.

(ii) “Teh di Bukit Tinggi”, karya Nor Faridah Abdul Manaf.

(iii) “Sitar Metamorfosis”, karya Rahimah Muda.

(iv) “Yang Aneh”, karya Ruhaini Matdarin.

(25 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dengan merujuk mana-mana novel yang menjadi teks dalam kursus ini, bincangkan jenis-jenis sudut pandang serta contoh-contoh peristiwa yang bersesuaian.. Pilih SATU (1) cerpen

Dengan menggunakan contoh-contoh adegan sosiologikal yang konkrit dalam bahagian pertama novel ini, bincangkan bagaimana adegan-adegan ini menyumbang kepada tema konflik dalam

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin, bincangkan DUA (2) konflik penting dalam novel serta cara pengarang menyelesaikannya.. Watak-watak

Dengan merujuk EMPAT (4) orang watak dalam novel Di Bawah Lindungan Kaabah, huraikan secara ringkas watak dan perwatakan yang digarap oleh Hamka. Bandingkan watak wanita

Sebagaimana watak Cempaka yang tidak mempunyai sebarang kekurangan dari aspek mendapatkan pakaian yang sempurna dalam novel Trilogi Cinta, keperluan mendapatkan pakaian

Kematian watak-watak yang ingin mencari kehidupan baru dalam novel Men In The Sun,karya Ghassan Kanafani membayangkan perjuangan rakyat Palestin yang tiada

Things Fall Apart ialah sebuah novel tentang watak dan persekitaran

Bincangkan bentuk-bentuk bencana alam yang dihadapi oleh golongan petani di Kampung Banggul Derdap yang tergambar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad7.