• Tiada Hasil Ditemukan

JMK323 – Puisi Nusantara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK323 – Puisi Nusantara "

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

__________________________________________________________________________________________

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2018/2019

Jun 2019

JMK323 – Puisi Nusantara

Masa : 3 jam

__________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TUJUH (7) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

…3/- SULIT - 2 -

Pilih dan jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

1. Berdasarkan puisi karya penyair Brunei Darussalam dan Malaysia yang diberi, kenal pasti kebijaksanaan, elemen alam dan sosio-budaya yang cuba dipaparkan oleh penyair-penyair berkenaan (Lampiran A).

(25 markah) 2. Nusantara terdiri daripada kepulauan Melayu yang mempunyai asas

kebersamaan dan sifat asasinya iaitu penggunaan Bahasa Melayu. Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei adalah 4 daripada 11 buah negara di Nusantara yang telah menggunakan Bahasa Melayu dalam melahirkan karya sastera masing-masing. Puisi karya penyair Indonesia dan Malaysia yang diberi mempamerkan sifat kesejagatan tema. Bincangkan (Lampiran B).

(25 markah)

3. Kejayaan peradaban Melayu-Nusantara dikatakan terletak pada bahasa Melayu, tulisan Jawi dan agama Islam yang dianggap sebagai ciri-ciri kemodenan. Bincangkan.

(25 markah)

4. Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah sastera Melayu tradisional seperti prosa dan puisi yang dihasilkan dalam bentuk karangan atau rangkap pantun, syair, gurindam dan seloka yang menepati ciri-ciri sebuah karya sastera yang menggunakan nilai seni dengan bahasa sebagai medium dalam penyampaian.

Mereka menitik beratkan penggunaan kata-kata dan ungkapan dalam rangkap dengan bunyi yang lebih jelas dan berirama untuk menggambarkan perasaan dan pemikiran.

Bincangkan hal ini dengan merujuk 3 rangkap pantun yang diberi (Lampiran C).

(25 markah)

5. Dalam meneliti karya tokoh-tokoh yang mewakili negara-negara di Nusantara didapati wujudnya persamaan dalam pandang alam, persekitaran, ekonomi, politik dan sosial yang menyerlahkan budaya dan cara hidup mereka.

Berdasarkan dua buah puisi karya penyair Singapura dan Malaysia yang diberi, kenalpasti dan bincangkan persamaan tersebut (Lampiran D).

(25 markah)

6. Kajian terhadap puisi Nusantara wajar diberi perhatian yang serius sebagai langkah memastikan kesinambungan tradisi kesusasteraannya. Bincangkan.

(25 markah)

(3)

…4/- SULIT - 3 -

Lampiran A

Tuhan-ku

semalam aku kembara dalam segala gerimis ayer mata dan chinta

ku daki gunong dan belantara dalam meniti pantai-pantai usia.

Dalam urutan-mu ku tak bisa jalan jauh tabir-mu akan berlaboh hati dan usiaku kian rapoh

kerana hidup ini tiada di Tangguh.

Kaki-ku kian melangkah

Dan berhenti di tembok yang tegoh.

(K.Manis, “Jalan”; Brunei.1975:98)

Jika dikumpulkan seluruh kegelapan malam dapatkah ditumpaskannya cahaya sebiji bintang atau mencekekkan cahaya sebatang lilin?

Demikian kebenaran hakiki

tidak dapat dimusnahkan oleh sebarang senjata atau dihapuskan oleh segenap kuasa dictator

cahaya selamanya indah di langit dan di bumi

kebenaran selamanya abadi

dipertaruhkan hingga ke titisan darah.

(Nahmar Jamil, “Cahaya dan Kebenaran”.Malaysia.1986:29)

(4)

…5/- SULIT - 4 -

Lampiran B

Kepada pemeluk teguh Tuhanku

Dalam termanggu

Aku masih menyebut namaMu

Bar susah sungguh

Mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci

tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

Aku hilang bentuk Remuk

Tuhanku

Aku mengembara di negeri asing

Tuhanku

Di pintuMu aku mengentuk Aku tidak bisa berpaling

Chairil Anuar, “Doa”. Indonesia.2006:41

Sesekali manusia terlempear di gelap gelita Bintang-bintang terdiam sementara

Pagi menangguhkan sinarnya

Menghantar manusia ke dasar keberanian Budi bicara, akal dan pengalaman

Memilih untuk menyerah atau melawan Memadam atau menyalakan

Sinar di samudera kehidupan Yang mengarahkan sejarah Dan mentafsir impian

Betapa besarnya cahaya menunggu di hadapan.

Baha Zain, “MENYERAH atau MELAWAN”. Malaysia.1994:21)

(5)

…6/- SULIT - 5 -

Lampiran C

Pucuk putat warnanya merah Bila dikirai terbang melayang

Tunduk muafakat mengandung tuah Sengketa usai dendam pun hilang

(Puisi Lama Nusantara. Pantun sastera Melayu Riau.2002:56)

Parang candung penetak pari Jatuh ke bumi dimakan semut Beruntung orang tegak sendiri Teguh hati tak kenal takut

(Puisi Lama Nusantara. Pantun sastera Melayu Riau.2002:57)

Elok parang kerana besi Elok besi kerana bajanya Elok orang kerana berani Elok berani kerana benarnya

(Puisi Lama Nusantara. Pantun sastera Melayu Riau.2002:66)

(6)

…7/- SULIT - 6 -

Lampiran D

Udara

Udara di sini sesak sekali

Persis pesakit yang tenat pernafasannya Dalam sedetik

2.3 juta sedutan

Dalam ruang terlalu sempit Dihembus kembali

Dan setiap sedutan dipadati keracunan Bakal disedut lagi

Berulang dan terus berselang Hingga pada saatnya

Ada terpaksa dan dipaksa Untuk mencium bumi.

Di sini…mengalah bererti pasrah Kerana setia detik adalah perebutan Antara perut kekalutan

Dengan kemewahan atas injakan

Hingga ada yang tidak punya ruang sama sekali Untuk bernafas lagi

Pabila udaranya dicuri.

Oleh kaki telah terpijak

Kehidupan mesti diperjuangkan Biar bagaimana sesak

Biar bagaimana kotor Udara wajib direbut

Untuk bernafas sesaat lagi.

Abdul Samad Salimin. “Udara”.Berita Minggu.2 Sept.1979.

Apakah makna semua ini?

gempa air, lumpur dan maut?

balasan dosa?

tapi aku tidak berdosa

hanya sesekali terlambat sembahyang dan berkata menyuka saudara.

- 7 -

(7)

…8/- SULIT Ahli politiklah yang selalu berbohong

tapi tidak dilambung gelombang, hanya kata-katanya tersadai di pantai kebenaran;

dan pekedai yang mmencuri timbangan lebih berdosa daripadaku

yang tak mengurangkan apa-apa tapi kurang segala-galanya.

Apakah makna semua ini anak yang kulahirkan dan ibu yang melahirkanku dikuburkan air

tanpa izin atau saksianku.

Apakah makna air ini

apakah makna hidup dan masa depan, kalua carikannya terbenam ke dasar lumpur dan direputkan

bersama hayat jiran?

Ya Tuhan

apakah makna gempa, banjir lumpur dan maut,

buat manusia sebanding sarap di tengah samudera amarah?

Ajarkan makna semua ini

supaya kami dapat terus percaya.

(Muhammad Hj.Salleh. “apakah makna semua ini”,2006:11&12)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Daripada maksud ayat di atas, tidak dapat dinafikan bahawa orang yang berilmu akan beriman dengan sebenar-benarnya kepada Allah Taala dan perkara ini turut terpancar

Hasil analisis data menunjukkan bahawa Puisi Intan mempunyai potensi besar sebagai satu genre yang boleh diperkenalkan ke dalam kurikulum pengajaran bahasa dan juga sastera

Amalan dalam keluarga seperti pemilihan jodoh, peranan suami isteri dan ibu bapa, peranan anak dan orang tua yang ditemui dalam masyarakat Melayu sebagai yang dinyatakan dalam

Dalam puisi ini, penulis yang tidak dikenali namanya, telah memulakan setiap rangkap syair dengan kata yang bermula dengan huruf A.. Seperti penulis lain semasa, beliau mengatakan dia

of Malaya.. yang mengandungi simbol tumbuhan dan haiwan ini hanya dipilih yang diungkapkan dalam rangkap maksud sahaja. Teks pantun Melayu bingkisan permata yang

Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh Za’ba di atas dan bandingan dengan ciri-ciri puisi yang digunakan dalam kajian ini, dapatlah diringkaskan bahawa pantun

Menggunakan bahasa daerah (Gayo) bercampur dengan bahasa Arab, dan menggunakan puisi tradisional Gayo. Syair dalam Saman bentuknya tidak teratur yang ertinya

Misalnya, mereka melafazkan puisi yang dikenali sebagai pengap (zikir ritual), sebuah puisi Iban tradisional yang penting dalam temasya gawai dan juga pelian, iaitu puisi