• Tiada Hasil Ditemukan

DUA PROFESOR PAKAR MATA KETENGAHKAN TOPIK GLAUKOMA DAN SARAF OPTIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "DUA PROFESOR PAKAR MATA KETENGAHKAN TOPIK GLAUKOMA DAN SARAF OPTIK"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

5/21/2018 USM News Portal - DUA PROFESOR PAKAR MATA KETENGAHKAN TOPIK GLAUKOMA DAN SARAF OPTIK

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5662-dua-profesor-pakar-mata-ketengahkan-topik-glaukoma-dan-saraf-optik 1/3

USM KUBANG KERIAN, 18 Mac 2018 – Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor yang diadakan oleh Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) kali ini mengetengahkan dua topik berkaitan mata iaitu 'Menelusuri Rahsia Penyakit Glaukoma Dalam Etnik Melayu' oleh Profesor Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajuddin dan 'Spektrum Penyakit Saraf Optik Di Malaysia' oleh Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam.

Menurut Profesor Dr. Liza Sharmini, glaukoma merupakan penyebab utama kebutaan yang tidak dapat dipulihkan.

"Pemahaman tentang penyakit ini adalah penting dalam pencegahan kebutaan ke arah kebutaan sifar.

Oleh yang demikian, pengetahuan klinikal dan saintifik tentang penyakit ini penting bagi pencegahan kebutaan di Asia kerana kebutaan akibat glaukoma di Asia lebih tinggi berbanding benua-benua lain di (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

DUA PROFESOR PAKAR MATA KETENGAHKAN TOPIK GLAUKOMA DAN SARAF OPTIK

19 MAR

(2)

5/21/2018 USM News Portal - DUA PROFESOR PAKAR MATA KETENGAHKAN TOPIK GLAUKOMA DAN SARAF OPTIK

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5662-dua-profesor-pakar-mata-ketengahkan-topik-glaukoma-dan-saraf-optik 2/3

dunia."

Sementara itu, Dr. Wan Hazabbah pula mengupas topik berkaitan saraf optik yang mana penyakit saraf optik disebabkan oleh cakaran kucing boleh mengakibatkan rabun teruk yang kekal pada pesakit.

Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor merupakan satu medium bagi seseorang profesor mengetengahkan ilmu dan penyelidikan untuk dikongsi dengan masyarakat umum.

Majlis syarahan tersebut telah dihadiri oleh seramai 200 orang termasuk ahli keluarga kedua-dua profesor.

(3)

5/21/2018 USM News Portal - DUA PROFESOR PAKAR MATA KETENGAHKAN TOPIK GLAUKOMA DAN SARAF OPTIK

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5662-dua-profesor-pakar-mata-ketengahkan-topik-glaukoma-dan-saraf-optik 3/3

Turut hadir adalah Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur; Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Chapter USM, Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad; Setiausaha Kehormat MPN Chapter USM, Profesor Dr. Zilfalil Alwi dan Timbalan Dekan Pelajar dan Jaringan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Dinsuhaimi Sidek.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Mohd Amin Syafiq Sakri

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Menurut Zamzuri lagi, USM merupakan sebuah Institusi Pengajian Awam yang menawarkan ijazah peringkat sarjana neurosugeri yang akan melahirkan pakar bedah otak

USM, PULAU PINANG, 30 September 2017 – Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah mengadakan satu sesi syarahan

USM, PULAU PINANG, 14 Julai 2017 – Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan sesi syarahan umum pelantikan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Mac 2016 – Malam Kebudayaan India yang diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi landasan yang mengeratkan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Julai 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan seminar pengekstrakan bahan-bahan semula

USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2016 – Pelajar Iran yang sedang mengikuti pengajian di Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), Pantea, 34, gembira memilih

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

PAHANG, 14 September 2016 - Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Ruhani Ali hari ini dikurniakan Darjah