• Tiada Hasil Ditemukan

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

NIK SHARIFULLAH BIN NIK KOB 98197437

Di Bawah Penyeliaan:

EN. MAHAYUDIN BIN MAHMOOD

Satu dissertasi yang disediakan sebagai memenuhi Sebahagian dari syarat untuk penganugerahan

Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) Disediakan oleh:

Tandatangan Penulis

Disahkan Oleh

EN.MAHAYUDIN BIN MAHMOOD JABATAN UKUR BANGUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SHAH ALAM

(2)

I

Penghargaan

Alhamdulilah, setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah S.W.T diatas izin dan kurniaNya kerana memberi kekuatan dan petunjuk kepada saya untuk menyiapkan dissertasi ini.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ingin ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam membantu saya, terutama kepada Encik Mahayudin bin Mahmood selaku penyelia yang sentiasa meluangkan waktu untuk memberi bimbingan dan pandangan serta semangat.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Encik Mohd Fisol bin Zain, Ketua Kursus Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Senibina Perancang dan Ukur dan pensyarah-pensyarah di Jabatan ini yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama sepanjang pengajian saya disini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada penganjur pengajian saya, MARA di atas peiuang yang telah diberikan dalam meningkatkan ilmu dan kerjaya untuk saya terus memberi sumbangan kepada anak bangsa.

Akhir sekali ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada mereka yang telah banyak memberi kerjasama dalam penyiapan dissertasi ini;

• Pn.Hajjah Rosminah binti Mohd Hussin, Pengetua I KM K. Lumpur serta seluruh anggota oraganisasi.

• Tuan Hj. Malik bin Bidin, Pengetua Sg.Petani serta seluruh anggota organisasi.

• Encik Ismail bin Shahadan, Pengetua IKM Beseri serta seluruh anggota organisasi.

• Tuan Hj. Hasan Nudin bin Yeop, Pengetua IKM Lumut serta seluruh anggota organisasi.

Bahagian Kemahiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur.

• Kakitangan perpustakaan UiTM Shah Alam

• Pengurus Penyelenggaraan, TECH ART Sdn.Bhd.

• Rakan-rakan sekuliah.

(3)

Abstrak

Kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan institusi pengajian memerlukan pengurusan tenaga kerja yang cekap. Sifat kerja penyelenggaraan bangunan yang berbagai-bagai dengan jumlah pekerja yang tidak seimbang akan menyebabkan kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Bagi sesebuah institusi pengajian yang beorientasikan latihan vokasional seperti Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia yang mana mempunyai berbagai kemudahan khususnya bangunan dan kelengkapan adaiah perlu ianya diurus dengan sebaik mungkin bagi menjamin kemudahan yang disediakan dapat berfungsi dengan baik untuk jangkamasa yang panjang. Bangunan- bangunan tersebut jika tidak diselenggara dengan sempurna akan rosak sebelum waktunya dan menjejaskan proses latihan yang berasaskan kemahiran teknikal ini.

Bangunan ini adaiah tergolong dalam bangunan awam milik kerajaan yang dikatakan tidak diselenggara dengan sempurna. Objektif utama kajian ini ialah untuk mendedahkan serta memberi gambaran yang sebenar mengenai perlaksanaan penyelenggaraan yang diamalkan oleh pihak pengurusan !KM.

Penekanan adaiah ditumpukan dari aspek gunatenaga pekerja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelenggaraan iaitu pihak pengurusan sebagai perancang dan pekerja am sebagai pelaksana.

(4)

Satu kajian dibuat bagi melihat adakah benar bangunan milik awam ini tidak diselenggara atau sistem penyelenggaraannya tidak berkesan. Jika keadaan ini benar, maka suatu pendekatan yang sesuai perlu diambil oleh pihak Pengurusan MARA bagi menjamin proses latihan kemahiran ini tidak terganggu dan merugikan kepada kedua belah pihak; MARA sebagai pemilik dan pelatih IKM sebagai pengguna.

(5)

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Institut Kemahiran MARA (IKM) merupakan antara institusi-institusi latihan vokasional milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi tujuan latihan kemahiran teknikal yang terdapat di negara ini.

IKM mula ditubuhkan pada tahun 1968 dan sekarang ini terdapat 11 buah pusat latihan di seluruh Malaysia. Penubuhan IKM oleh MARA bagi memenuhi keperluan negara dalam pengeluaran sumber manusia (khususnya kaum bumiputra) yang terlatih selaras dengan kemajuan pesat pembangunan berbagai industri dalam negara.

Terdapat 31 jenis kursus yang ditawarkan pada peringkat sijil dan diploma dengan tempoh latihan antara 18 bulan hingga 30 bulan dimana setiap IKM mengendalikan purata antara 4 hingga 14 jenis kursus. (rujuk lampiran A)

Sebagaimana institusi-institusi latihan vokasional yang lain, institut kemahiran ini dilengkapi dengan berbagai kemudahan dari segi infrastruklur, program latihan, peralatan dan mesin bagi tujuan latihan untuk para pelatih yang begitu ramai pada satu-satu masa.

1

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana institusi sains dan penyelidikan yang diperkenalkan oleh British di peringkat sekolah dan dalam pentadbiran (Institut

F10501 Information systems: Other information systems (48)Universiti Sains Malaysia (12)Universiti Malaya (8)Universiti Kebangsaan Malaysia (5)Institut Teknologi MARA

• Mengkaji satu sistem pengurusan penyelenggaraan di sebuah bangunan institusi pengajian yang baru siap dibina iaitu Institut Teknologi Mara Cawangan Kelantan. • Mengkaji

INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450, SHAH ALAM,

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati penolong pendaftar di Universiti Teknologi MARA secara amnya, tanpa mengira kumpulan demografi, mempunyai pengetahuan yang luas,

Atas kesedaran inilah kami ingin meningkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam pemiagaan yang dikuasai oleh golongan bukan bumiputera.. Memandangkan potensi perniagaan ini

Di sepanjang tahun 1991 Kajian Perniagaan dan Pengurusan telah berusaha meningkatkan pencapaian akademik terutamanya memperkenalkan kursus baru iaitu Diploma Lanjutan di dalam

Pengambilan pelajar bagi kampus Shah Alam sepanjang tahun 1989 adalah seramai 366 orang dan enrolmen pada akhir tahun ialah 1,004 orang. D'zulHaimiMd.Zain 'RagamHias Dan Makna