• Tiada Hasil Ditemukan

DAKWAH SAUDARA BARU ORANG ASLI DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "DAKWAH SAUDARA BARU ORANG ASLI DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH "

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

DAKWAH SAUDARA BARU ORANG ASLI DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARIAH

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Johaibi Bin Johan, Abu Dardaa Mohamad, Anuar Puteh

PENDAHULUAN

Dakwah Islam perlu disampaiakn kerpada seluruh masyarakat dengan cara yang terbaik.

Penyampaiaan dakwah kepada masyarakat yang pelbagai mestilah dengan cara berhikmah supaya apa yang disampaikan dapat difahami dan dapat dilaksanakan dalam kehidupan.

Pelaksanaan dakwah kepada mereka yang dah lama mengenali islam ada caranya, begitu juga dengan masyarakat yang baru mengenali islam dalam kehidupan mereka ada caranya.

Masyarakat asli merupakan masyarakat yang baru mengenali Islam dan memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada masyarakat Islam lain yang memahami ajaran Islam.

Pendekatan yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan masyarakat mereka dengan memberi penekanan kepada perkara yang penting dalam memahamkan mereka tentang islam.

Antara pendekatan dakwah kepada masyarakat Asli ialah dengan memahamkan mereka tentanga maqasid al-syariah. Dengan arti kata lain penyampaian mestilah melihat kewajipan, keperluan dan penambahbaikan yang perlu dalam membangunkan masyarakat dengan islam yang sempurna.

Secara umumnya memahamkan mereka tentang maqasid al-syariah. Kefahaman tentang maqasid boleh menyebabkan mereka boleh meneruskan kehidupan mereka sesuai dengan tuntutan islam. Persepktif ini dikira sesuai dan relevan dalam konteks dakwah Orang Asli kerana melihat dakwah dari sudut lima prinsip keperluan asas yang dharuri (paling minima) dalam kehidupan manusia berdasarkan syarak.

SAUDARA BARU ORANG ASLI Saudara Baru

Saudara baru atau lebih dikenalai sebagai muallaf merupakan sebahagian masyarakat muslim yang perlu diberikan perhatian dalam memahamkan mereka tentang agama Islam. Mereka yang bertukar pegangan agama dan kepercayaan kepada agama islam ditaklifkan kepada mereka hukum syarak. Namun begitu, panggilan yang mesra tehadap orang yang baru memeluk agama islam adalah saudara kita.

Maksud kepada saudara baru yang disepakati oleh para ulama’ ialah orang yang baru masuk Islam. Al-Imam Az-Zuhri pernah ditanya tentang siapakah yang dimaksudkan dengan muallaf. Beliau menjawab bahwa muallaf adalah orang-orang yahudi atau nasrani yang masuk Islam. Ketika ditanya lagi, apakah yang kaya juga termasuk? Beliau pun mengiyakan. Al-Hasan Al-Bashri ketika ditanyakan tentang siapakah yang dimaksudkan dengan muallaf, beliau menjawab bahwa muallaf adalah orang-orang yang baru saja masuk Islam.

Orang Asli

Perkataan ‘asli’, berasal daripada bahasa Arab iaitu asliyyun, bermakna ‘yang asal’. Kata dasar kepada (asliyyun) ialah (asula). Kamus Dewan (1993: 62), asli membawa maksud pribumi, yang berasal dari sesebuah negeri, bawaan sejak lahir, tulen, yang semula dan asal.

(2)

Kamus Besar Bahasa Indonesia (1995, ed. Ke-2: 61) pula, perkataan asli bermaksud tidaak ada campuran, bukan salinan, yang dibawa sejak lahir, asal, baik-baik (tidak diragukan asal-usulnya) dan bukan peranakan (orang pribumi).

Carey (1976: 3-4) menyatakan bahawa istilah ‘Orang Asli’ diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi menggantikan perkataan ‘aborigines’ yang dipakai oleh kerajaan Inggeris untuk merujuk kepada berbagai suku kaum dalam kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

Orang Asli dalam pandangan kerajaan British menurut Winstedt (1980: 21) ialah satu masyarakat primitif dan eksotik yang perlu dilindungi dari sebarang pengaruh masyarakat luar (Hassan Mat Nor, 1991 : 106-107).

Bagaimanapun, Hood Salleh (1989) pula berpandangan penggunaan istilah ‘Orang Asli’

juga kurang tepat kerana apabila segolongan manusia ada yang asli, sudah tentu ada golongan lain yang tidak asli. Pembahagian seperti ini dianggap tidak tepat (Padzal, 1997: 3).

Istilah Orang Asli mula diperkenalkan selepas Akta 134 iaitu Akta Orang Asli diperkenalkan. Mengikut Undang-undang Malaysia, Akta 134 (Akta Orang Asli 1954, semakan 1974) telah mendefinisikan tentang Orang Asli seperti berikut (Undang-undang Malaysia, Akta 134 t.th:3-4):

(a) Mana-mana orang yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan rumpun bangsa Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki itu;

(b) Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli, dan yang telah besar sebagai Orang Asli sebagai Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan ialah ahli daripada sesuatu masyarakat Orang Asli; atau

(c) Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki dari siatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.

Dalam akta tersebut juga dijelaskan bahawa Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli, masih lagi digolongkan sebagai Orang Asli walaupun mereka telah meenganut sebarang agama, tetapi masih mengekalkan budaya dan adat Orang Asli.

Akta tersebut menerangkan; mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa- apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata- mata oleh sebab ia mengamalkan agama itu. (4-5)

Kesimpulan yang dibuat oleh Padzal (1997),‘Orang Asli’ menurut takrif yang terdapat dalam Akta 134 (Akta Orang Asli 1954 : Disemak -1974) ialah orang yang mewarisi serta mengekalkan kehidupannya dalam lingkungan sistem budaya atau tradisi masyarakat Orang Asli.

Ahmad Redzuan (2008: 5) menyimpulkan daripada Akta 134 bahawa Orang Asli ialah seseorang yang terdiri daripada mereka yang bercakap dalam bahasa Orang Asli, lazim mengamalkan cara hidup Orang Asli sama ada dari sudut adat dan kepercayaan.

Inilah takrif yang diguna pakai di Malaysia untuk menunjukkan golongan tersebut. Namun begitu, siapakah Orang Asli sebenarnya akan diputuskan oleh menteri.

Saudara Baru Asli

(3)

Saudara Baru Asli ialah Orang Asli yang berjinak-jinak dengan Islam ataupun Orang Asli yang baru memeluk agama Islam. Mereka sangat memerlukan tunjuk ajar dalam memahami agama Islam secara bijaksana. Cara yang berkesan ialah dengan menitik beratkan pelaksanaan secara berperingkat dengan penekanan maqasid al-syariah dalam penyampaian dakwah.

MAQASID AL-SYARIAH

Pelbagai pentakrifan ulama’ usul fiqh tentang istilah maqasid. Ulamak islam terdahulu telah mengambil berat terhdap maqasid al-Syariah dalam karya-karya mereka. Apa yang pasti ialah nilai-nilai maqasid syara’ itu terkandung di dalam setiap ijtihad dan hukum-hukum yang dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana nilai-nilai maqasid syara’ itu sendiri memang telah terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Pelbagai pandangan mereka terhadap maqasid al-syariah antaranya:

1. Maqasid ialah maslahah itu sendiri, samada menarik maslahah atau menolak mafsadah. Ibn al-Qayyim menegaskan bahawa syariah itu berasaskan kepada hikmah-hikmah dan maslahah- maslahah untuk manusia samada di dunia atau di akhirat. Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia.

2. Maqasid sebagai mengelakkan kemudaratan. Al-Qadi I'yad telah berkata “berhukum untuk mengelakkan kemudaratan adalah wajib”. Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai mengelakkan kesusahan atau masyaqqah.

3. Maqasid sebagai lima prinsip islam yang asas iaitu menjaga agama, jiwa, akal , keturunan dan harta.

4. Ilmu maqasid tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik untuk istilah maqasid. Ini mungkin disebabkan sangkaan bahawa umum sudah memahaminya.

Secara umumnya maqasid adalah matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia. Ini bertepatan dengan pandangan Ahmad Al-Raisuni mendefinisikan maqasid sebagai “matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia”.

Pembagian Maqasid

Penerapan Maqasid al-Syariah dalam penyampaian dakwah amat diperlukan bagi memahamkan sasran dakwah terhadap islam secara menyeluruh. Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. Maqasid al-Syariah dari sudut keperluan telah dibahagikan kepada tiga bahagian juga, iaitu:-

i) Al-Dharuriyyat: Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Dalam erti kata lain, Kehidupan manusia akan menjadi rosak samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak ada atau tidak dipenuhi.

Maslahah asasi itu ialah, agama, jiwa, akal, keturunan (kehormatan) dan harta benda.

Segala urusan agama dan keduniaan dibina di atas maslahah-maslahah ini dan hanya dengan memelihara kesejahteraannya sahaja kehidupan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik. Contohnya, seorang individu perlu mempunyai harta untuk meneruskan kehidupan.

Justru, Allah SWT menurunkan syariat yang berkaitan dengan persoalan memiliki harta, menggunakan dan membelajakan nya.

(4)

ii) Al-Hajiyat: Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan akhirat. Sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindari kesempitan dan menolak kesulitan. Yang mana jika ia tidak ada maka manusia akan mengalami kesulitan dan kesempitan, akan tetapi ia tidak sampai merosakkan kehidupan.

iii) Al-Tahsiniyat: Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Hal-hal yang menjadi tuntutan dari martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapat kehidupan yang baik. boleh dikatakan bahawa perkara tahsiniyat ini ialah perkara pelengkap untuk mempunyai kehidupan yang lebih selesa. Ianya hanya untuk tujuan keselesaan dan kecantikan. Contohnya: adat, akhlak dan etika. Maslahah ini terkandung di dalam perkara- perkara sunat seperti mandi jumaat, memakai wangian untuk kemasjid, di dalam muamalat ialah larangan meminang di atas pinangan orang lain dan di dalam adat seperti adab-adab makan, adab berjiran, bertamu dan sebagainya.

Kepentingan Maqasil Al-Syariyah Kepada Masyarakat Asli

Islam adalah agama yang diredhoi Allah SWT. Segala suruhan Allah adalah untuk manfaat manusia manakala larangan Alah SWT terdapat kemudharatan padanya. Para nabi dan para rasul telah melaksanakan tugas mereka menyampaikan islam kepada manusia. Umat islam kini perlu menerukan tugas mulai ini demi melihat masyarakat hidup dalam keamanan. Dalam penyampaian dakwah kepada Orang Asli hendaklah menekankan soal kebaikan dan keburukan.

Dengan istilah lain menekankan maqasil al-Syariah dalam penyampaian dakwah. Maqasid amat penting dalam memahamkan masyarakat asli tentang kebenaran Islam. Antara kepentingan maqasid al-syariah kepada masyarakat Asli ialah:

1. Pemahaman Islam secara betul. Maqasid al-syariah amat penting supaya mereka dapat memahami islam secara betul, apakah tujuan syarait islam dan bagaimana mengamalkan islam dalam kehidupan. Penekanan pelaksanaan islam berperingkat juga perlu difahami oleh mereka supaya islam yang mereka yakini menjadi amalan harian dalam kehidupan seharian.

2. Maslahat dan tolak mafsadah. Agama islam adalah agama yang amamt mementingkan kebaikan dalam semua aspek kehidupan. Kebaikan tersebut untuk semua manusia dengan menerima islam sebagai panduan dalam melayarai bahtera kehidupan. Dengan itu, mafsadah akan terhindar dengan menjadikan islam sebagai panduan hidup.

3. Penerimaan dakawah lebih mudah. Faham terlebih dahulu tentang ajaran islam akan menyebbakan islam mudah difahami. Dengan erti kata lain, mengamalkan islam dalam kehidupan lebih mudah.

4. Penghayatan islam dalam kehidupan. Islam yang difahami akan menjadi reality dalam kehidupan. Pergaulan harian, akhlak dan yang lainnya akan terpancar kebaikannya dengan penuh penghayatan dan amalan.

5. Pelaksanaan dakwah dilakukan secara berterusan. Dakwah islamiah akan sentiasa disebarkan walaupun berhadapan dengan cabaran yang pelbagai. Tujuan utama dakwah ialah membina masyarakat yang aman dan sejahtera mengikut acuan Islam. Selagi mana kehidupan di dunia ini tidak aman selagi itulah dakwah islamiah terus menerus disebarkan. Apabila keamanan sudah dicapai, keamaan tersebut perlu dikekalkan dan diperkukuhkan dengan saling mengingati antara satu sama lain. Dengan itu pelakasanaan dakwah berterusan demi menjaga keamaan.

(5)

DAKWAH SAUDARA BARU ORANG ASLI DARI PERSPEKTIF MAQASID AL- SYARIAH

Syariah Islam didatangkan oleh Allah SWT tanpa mempunyai apa-apa tujuan selain untuk menghasilkan maslahah iaitu menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia.

Apabila manusia menjadikan syariat Islam sebagai pegangan utama dalam kehidupan mereka, sudah pasti tujuan utama atau maqasid syariah ini akan dapat direalisasikan. Kebaikan dan penghindaran daripada kemudharatan dapat dilihat dan dimanifestasikan dalam sekurang- kurangnya lima maqasid syariah iaitu:-

1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen) 2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah) 3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)

4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab) 5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal)

Dakwah islamiyah kepada masyarakat Orang Asli semakain berkembang. Ini diikuti dengan peranan yang dimainkan oleh para pendakwah, badan kerajaan, NGO islam dan sebagainya dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat Orang Asli.

Pendekatan yang digunakan pada masa kini pelbagai, ada yang menumpukan persoalan akidah, ada yang menumpukan persoalan syariah dan ada juga yang menumpukan soal pembangunan manusia sesuai dengan kehendak Alah SWT.

Namun begitu, perlu dilihat bahawa pendekatan yang digunakan dari perspektif maqasid al-syariah supaya penyampaian dakwah lebih mudah difahami dan lebih kukuh dalam masyarakat Orang Asli. Antara pendekatan dakwah dari perspektif maqasil al-syariah ialah:

Pertama: Menjaga dan memelihara agama.

Usaha untuk menggerakkan kesedaran beragama di kalangan saudara baru Orang Asli perlu diperkemaskan. Apabila setiap individu sedar kepentingan beragama, maka usaha membentuk masyarakat islam menjadi lebih mudah kerana ia selari dengan tuntutan dan saranan Allah S.W.T.

Para pendakwah perlu menghuraikan tentang keperluan manusia untuk beragama dalam konteks negara. Percaya kepada Tuhan adalah salah satu rukun negara. Percaya kepada tuhan adalah satu akidah asasi dalam semua agama kerana tiada agama yang tidak percaya wujudnya Tuhan. Banyak kesulitan yang bakal dihadapi oleh oleh orang yang tidak mempunyai agama antaranya ialah tiada sambutan perayaan agama dan pengkebumian mayat. Tiga etnik terbesar Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India masing-masing mempunyai agama yang berbeza iaitu Islam, Budha dan Hindu(Othman: 1995: 11-12).

Kesedaran beragama dalam kalangan msyarakat Orang Asli masih ditahap sederhana.

Menurut Padzal (1997 : 21) menyatakan sebilangan kecil Orang Asli menganut agama Islam, Kristian, Bahai dan Buddha, sementara sebahagian besarnya masih berpegang kepada ‘agama’

atau kepercayaan tradisi mereka iaitu Animisme.

Daripada jumlah besar seramai 92 529 orang, didapati kira-kira 73 395 orang berpegang kepada kepercayaan Animisme, 12 437 Islam, 5 570 Kristian, 1 034 Bahai dan bilangan paling kecil sekali beragama Buddha iaitu seramai 93 orang seperti Jadual 1.

Jadual 1 Kedudukan Status Agama Dan Kepercayaan Di Kalangan Masyarakat Orang Asli Mengikut Kumpulan Kaum

(6)

Bil. 1. 2. 3.

Jumlah Kumpulan Kaum Negrito (%)

(%)

Senoi (%)

Melayu Asli (%)

Islam 1 708

(57.5%)

5 799 (11.8%)

4 930 (12.2%)

12 437 (13.5%)

Kristian - 4 755

(5.6%)

815 (2%)

5 570 (5%)

Bahai - 998

(2%)

36 (0.2%)

1 034 (1.1%)

Buddha - 60

(0.1%)

33 (0.1%)

93 (0.1%)

Animisme 1 264

(42.5%)

37 828 (76.5%)

34 303 (85.5%)

73 395 (79.3%)

Jumlah 2 972 49 440 40 117 92 529

Sumber : JHEOA/ICU/BAHEIS (1994) dalam Padzal (1997 : 22)

Jadual 2 Status Agama Bagi Orang Asli Mengikut Negeri Bagi Tahun 1994

Negeri Agama

Islam Kristian Bahai Buddha Animisme Jumlah

Perak 4 380 (16.6%)

3 332 (12.6%)

1 010

(3.8%) - 17 716

(67%) 26 438

Kedah 13

(7.2%) - - - 167

(92.8%) 180 Kelantan 727

(10.7%) - 24

(0.3%) - 6 043

(89%) 6 794 Terengganu 408

(80.6%) - - - 98

(19.4%) 596 Selangor 702

(6.7%)

267

(2.5%) - 16

(0.2%)

9 487

(90.6%) 10 472 Pahang 2 325

(6.9%)

1 447

(4.3%) - - 29 969

(88.8%) 33 741 N. Sembilan 358

(5.8%)

405

(6.5%) - - 5 425

(87.7%) 6 188

Melaka 54

(6.5%)

33

(4%) - - 744

(89.5%) 831 Johor 3 470

(36.4%)

86

(1.3%) - 77

(1.1%)

3, 746

(50.8%) 7 379 Jumlah 12 437

(13.5%)

5 570 (6%)

1 034 (1.1%)

93 (0.1%)

73 395 (79.3%)

92 529 (100%) Sumber diperolehi dari Banci PPRT olh UPP dan JHEOA tahun 1993 dalam Padzal (1997 : 36)

Sesungguhnya agama di dunia banyak dan berbeza antara satu dengan lain. Akan tetapi agama yang benar cuma satu jua kerana Tuhan tidak mungkin mengadakan dua atau tiga agama melainkan satu sahaja untuk dianuti oleh manusia dalam satu zaman (Othman, 1995: 20).

1. Animisme

(7)

Orang-Orang Asli, menurut Padzal (1997: 23), pada dasarnya mempercayai kewujudan dua alam; alam nyata dan alam ‘supernatural’. Antara nama watak-watak terpenting yang dikaitkan dengan ‘supernatural’ ini ialah tuhan, malaikat, hantu, orang hidup, dewa, hala ‘asal’

dan nenek.

Watak-watak ini dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu dan mampu bertindak mendatangkan kesusahan atau kesenangan kepada kehidupan manusia. Oleh tiu, kesemua watak- watak ini ditakuti dan sekali gus disanjungi.

Dalam hubungan inilah Orang Asli menggariskan pantang larang bagi mengelak daripada ditimpa bencana di samping melakukan amalan pemujaan bagi mendapatkan pandangan baik daripada watak-watak berkenaan. Daripada pantang larang ini terbina nilai-nilai moral yang berperanan sebagai kawalan sosial.

Bagaimanapun dari segi yang lain, Orang Asli didapati tidak mempunyai sumber rujukan yang seragam dalam menggambarkan rupa bentuk kepercayaan mereka. Setiap kumpulan utama mempunyai tanggapan tersendiri dan berlainan dengan gambaran kumpulan lain tentang aspek- aspek penting dalam kepercayaan mereka. Malahan perbezaan ini juga wujud di kalangan suku- suku kaum yang berada dalam kumpulan yang sama (Padzal, 1997: 24).

Padzal (1997 : 33) menyimpulkan bahawa Orang Asli percaya kepada alam ghaib sebagai suatu realiti yang tidak terpisah dari dunia nyata. Di dalam alam ghaib ini wujud berbagai-bagai jenis makhluk yang bertindak balas mengikut bidang kuasa masing-masing terhadap kehidupan dunia khususnya terhadap manusia.Terdapat kelainan deskripsi tentang konsep, rupa bentuk atau jenis roh, alam ghaib, makhluk supernatural dan juga peranan yang dimainkan oleh setiap watak berkenaan.

Bagi kaum Asli yang masih berpegang kepada Animisme, menganut mana-mana agama adalah suatu perkara yang asing, baik agama Islam atau lainnya. Ini adalah kerana dalam Animisme yang dinauti oleh mereka, tidak ada ibadat-ibadat khusus yang perlu dilaksanakan oleh mereka.

Walau bagaimanapun, mereka mempunyai hukum-hukum tertentu mengenai pantang larang yang mesti dipatuhi oleh semua orang. Hukum tersebut diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi secara lisan, bukan menerusi catatan buku dan sebagainya. Meskipun kehidupan mereka kelihatan ringkas dan bersahaja, namun peraturan yang dipusakai dari nenek moyang mereka bertapak teguh dalam hati nurani mereka (Othman, 1995: 96).

Berpandukan perkembangan yang ada sekarang, fahaman animisme yang dianuti oleh kaum Asli di negara ini semakin tidak sesuai lagi, lebih-lebih lagi mereka kini sedikit demi sedikit sedang meninggalkan cara hidup lama dan menuju era pembangunan.

Dengan itu, kepercayaan kepada animisme amat berlawanan dengan kehidupan moden.

Sebagai pilihan, mereka perlu menganuti agama yang sesuai, serasi dan selari dengan keadaan diri mereka kerana animisme bukan merupakan suatu agama (Othman. 1997: 16).

2. Dakwah Dan Dakyah

Pengaruh kepercayaan Orang Asli telah bersebati dengan begitu kukuh dan sukar dilupakan dengan begitu mudah untuk diganti dengan fahaman baru yang asing bagi mereka, lebih-lebih lagi kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dikesan dengan pancaindera yang lima. Walaupun mereka menerima ajaran agama, namun unsur-unsur kepercayaan lama tetap mempengaruhi kehidupan mereka seharian (Othman, 1995: 97).

(8)

Padzal (1997: 42) menyatakan bahawa umum mengetahui bahawa Islam telah mula sampai ke kawasan Asia Tenggara selewat-lewatnya pada abad ke 10M dan terus berkembang hingga sekarang.

Di Semenanjung, agama ini telah menjadi anutan seluruh penduduk peribumi (Wan Hussein Azmi, 1990: 156) melainkan sebahagian lapisan masyarakat yang dipanggil ‘Orang Asli’. Dalam pada itu, tidak dinafikan ada di kalangan kaum ini yang telah memeluk Islam hasil hubungan mereka dengan masyarakat Melayu (G. Benjamin, 1996: 5-6), tetapi keadaan ini jarang berlaku dan juga bukanlah melibatkan penyertaan ramai. Catatan Evan (1915) dalam Padzal (1997: 285) menyebut tentang enam orang keturunan Negrito di Besut telah didapati menerima Islam pada masa itu.

Penyertaan dalam bentuk kumpulan sebelum zaman Merdeka, sejauh yang dapat dikesan, hanya berlaku paling awal pada tahun 1933 di negeri Perak iaitu kira-kira 100 Orang Asli kumpulan Senoi di kawasan Redang Punggur dan Hulu Kroh, Kampar dilaporkan telah menerima Islam hasil gerakan dakwah secara sukarela yang dijalankan oleh Muhamad Salim bin Ahmad al-Badawi dan beberapa orang sahabatnya. Kemudian di negeri Pahang pada tahun 1951 dan dalam tahun 1953 di negeri Terengganu (Padzal, 1997: 44).

Sebaliknya, Padzal (1997: 35) menyatakan pengaruh agama Kristian telah bertapak di Semenanjung Malaysia sebaik sahaja Kerajaan Melayu Melaka dijajah oleh Portugis pada pertengahan abad ke-16M (Muda@Ismail Abd. Rahman, 1991: 1). Bagaimanapun, penyebaran agama Kristian di kalangan Orang Asli bermula pada pertengahan abad ke 19M (Ghazali Basri, 1994: 68). Kumpulan Orang Asli yang terlebih dahulu mendapat perhatian mubaligh Kristian ialah mereka yang tinggal di Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

Masyarakat Orang Asli di negeri Perak, menjadi sasaran utama mubaligh Kristian menerusi berbagai-bagai pertubuhan sama ada dalam mazhab Katholik mahupun Protestant, khususnya mereka yang berpengalaman di kalangan Masyarakat Terasing, Indonesia dan kumpulan etnik tertentu di Sarawak. Mubaligh-mubaligh ini terdiri daripada orang-orang Barat dan juga berketurunan Batak, Iban atau Kenyah (Padzal, 1997: 35).

Menurut Ghazali (1994: 68) mencatatkan bahawa pada tahun 1841 seorang Paderi Katholik berketurunan Perancis bernama M. Borie dari sebuah badan Missionari yang dikenali sebagai Society of Foreign Missions od Paris, telah menjalankan aktivitinya di kalangan orang Mantra (suku Temuan) Ayer Salak, pinggir bandar Melaka. Daripada Melaka gerakan ini berkembang ke Negeri Sembilan.

3. Islam

Othman (1995: 85) mencadangkan agar mengajukan persoalan tentang pandangan Orang Asli terhadap Islam yang menyatakan Tuhan Cuma satu sahaja dan Dia bukan dari jenis alamiah atau benda, tetapi suatu zat yang Maha Berkuasa dan Maha Agong.

Dalam menyampaikan pelajaran agama di peringkat asas, subjek pertama perlu disentuh ialah Rukun Iman, Rukun Islam, cara bersuci (mengangkat hadas kecil dan besar), cara solat (bacaan yang mustahak dihafal ialah fatihah dan tahiyat), sedikit mengenai ibadat puasa, sedikit mengenai ibadat haji (sepintas lalu).

Pelajaran tersebut perlu disampaikan berulang kali supaya saudara baru Asli dapat memahami dan mengamalkan sedikit demi sedikit. Perlu diambil perhatian, bahawa satu-satu pelajaran yang disampaikan janganlah terlalu banyak, bahkan jika boleh jangan melebihi tiga perkara sahaja, kerana mereka sukar mengingati perkara-perkara yang disampaikan melebihi angka tersebut. Keadaan ini lazimnya berlaku di kalangan golongan dewasa atau belia-belia yang

(9)

tidak tahu membaca dan menulis. Di samping itu, hukum yang kecil seperti amalan-amalan sunat yang banyak terdapat dalam ibadat khusus eloklah diketepikan dahulu, supaya tidak menimbulkan kecelaruan (Othman, 1995: 88).

Kesulitan untuk memberi bimbingan agama kepada anak-anak Orang Asli menjadi masalah kepada mereka kerana ketiadaan orang yang mampu mengajar agama, baik mukaddam (mengaji al-Quran) mahupun fardu ain. Keadaan ini menyebabkan anak-anak terbiar begitu sahaja tanpa bimbingan dan akhirnya membesar dalam keadaan jahil agama. Gejala ini akan melahirkan generasi baru Orang Asli Islam yang buta agama dan ekoran dari itu mereka akan berinteraksi dan kembali kepada keadaan asal sebelum memeluk Islam (Othman, 1995: 102- 103).

Padzal (1997: 277) menyatakan kesanggupan Orang Asli menerima Islam pada peringkat awalnya lebih kuat dipengaruhi oleh gesaan pihak luar berbanding dengan kesedaran dalaman mereka sendiri. Sungguhpun selepas Islam mereka diberi bimbingan dan pendedahan sedikit sebanyak tentang asas ajaran Islam, tetapi tanggapan mereka terhadap Islam pada keseluruhannya belum jelas. Gambaran yang keliru tentang imej-imej Islam pada umumnya masih membayangi pemikiran Orang Asli. Bahkan kadangkala kekeliruan ini dipertebalkan lagi dengan prasangka yang diwarisi turun temurun terutama di kalangan mereka yang baru memeluk Islam.

Padzal (1997: 278) melaporkan pada pandangan Orang Asli, Islam adalah agama payah serta menakutkan. Kewajipan menunaikan ibadat yang terdapat dalam Islam antaranya solat dan puasa adalah satu bebanan yang berat dan sukar dilakukan. Dari segi larangan dan peraturan, Islam menegah makan haiwan-haiwan tertentu. Apa yang lebih dibimbangkan ialah tentang kemestian berkhatan.

Islam juga dikatakan adalah agama orang Melayu. Masuk Islam serupa dengan masuk Melayu. Orang Melayu didapati lebih ramai yang sombong dari yang baik. Sebahagian mereka bersikap kasar, berkelakuan buruk, menindas, menipu dan mencabul kawasan hutan yang dirizabkan untuk Orang Asli.

Selain itu, terdapat orang Melayu yang tidak berpuasa dan menunaikan solat. Dan jika berpuasa serta solat sekalipun masih tidak jujur, mungkir janji serta berkelakuan tidak sopan.

Oleh itu, lebih baik tidak Islam. Dengan tidak Islam pun, masih boleh hidup juga.

Tanggapan bahawa orang Melayu tidak semuanya berbudi mulia dan Islam bukanlah satu agama yang mudah, ternyata merupakan suatu hakikat yang lumrah terdapat dalam fikiran dan imaginasi Orang Asli. Mereka terkeliru antara imej yang ditonjolkan oleh orang Islam dengan hakikat ajaran Islam yang sebenar (Padzal, 1997: 279).

Hakikat dan sifat Islam sebagai agama yang mudah, sederhana, praktikal dan sesuai bagi seluruh umat manusia, sukar difahami dan diterima dengan memuaskan oleh Orang Asli ekoran daripada sikap dan tindak tanduk negatif yang ditunjukkan oleh masyarakat orang Melayu sendiri (Padzal, 1997: 293).

Mesej dakwah mestilah disampaikan dalam bentuk yang mudah dan dielakkan sama sekali daripada menyebut perkara-perkara yang menekan perasaan dan fikiran mereka.

Firman Allah dalam Surah al-Haj 22 : 78,

(10)

78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.

(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu ([Maksudnya: dalam kitab-kitab yang Telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w.), dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.

Iaitu dalam Syariat Islam tidak diwajibkan sesuatu yang menyusahkan malah diberi berbagai- bagai kemudahan dan kelonggaran.

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam (1980: jld. 2 hlm. 8-9) ialah dengan cara digugurkan (tidak diwajibkan) seperti digugurkan solat Jumaat, puasa, haji dan umrah dengan sebab-sebab tertentu. Kemudahan dengan cara dikurangkan rukuk dan sujud kepada orang sakit mengikut kemampuannya yang dapat dilakukannya. Kemudahan dengan cara digantikan seperti digantikan berdiri dalam solat dengan duduk; menggantikan membebaskan hamba dengan puasa dan menggantikan beberapa perkara wajib haji dan umrah dengan membayar kafarah kerana keuzuran tertentu. Kemudahan dengan cara mendahulukan seperti mendahulukan solat Asar dengan mengerjakannya dalam waktu Zuhur, begitu juga mendahulukan solat Isyak dalam waktu maghrib iaitu semasa dalam perjalanan dan juga boleh dilakukan pada musim hujan. Kemudahan dengan cara penangguhan seperti melewatkan solat Zuhur dalam waktu Asar. Puasa Ramadan ditunaikan setelah berlalunya bulan tersebut. Dan akhirnya kemudahan dengan cara diberi kelonggaran seperti solat dengan hanya bertayamum, begitu juga dibenarkan menyebut perkataan kufur ketika dipaksa melakukannya.

Padzal (1997: 295-296) turut mengutarakan, mesej dakwah juga perlu disampaikan dengan mendahului aspek akidah dari aspek-aspek syariah dan akhlak. Abdullah Muhammad Zin (1992) dalam satu ulasannya tentang Islam sebagai agama sederhana, mudah dan praktikal merumuskan di antara ciri keunikan dan keunggulan Islam, adanya galakan dan dorongan supaya umat Islam berusaha sedapat mungkin bagi mencapai ke satu taraf atau tingkat yang tertinggi iaitu suatu yang ideal. Tetapi walaupun begitu, Islam sangat meraikan realiti tabiat semula jadi manusia dan kemampuan majoriti mereka yang terbatas. Oleh itu, Islam menganjurkan kesederhanaan. Selain daripada sederhana dan mudah dilaksanakan Islam juga telah memberi beberapa pengecualian dan kelonggaran supaya syariatnya tidak membeban dan menyusahkan orang ramai.

Jelas bahawa ajaran Islam adalah mudah, sederhana, praktikal, dan meraikan realiti kehidupan manusia dalam setiap persekitaran yang didapatinya. Hakikat ini harus dapat diterjemahkan dengan bijaksana dalam setiap urusan dakwah khususnya di kalangan masyarakat Orang Asli (Padzal, 1997 : 297).

Ahmad Redzuan (2008: 100) mendapati bahawa dakwah telah berjaya mengislamkan sebahagian masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang, dan ini telah menyebabkan terdapatnya peningkatan jumlah mereka yang telah memeluk Islam. Ini terbukti di mana pada tahun 1990 hanya terdapat seramai 1180 Orang Asli telah berjaya diIslamkan (Jabatan Agama Pahang,

(11)

1998:1). Jumlah tersebut meningkat di mana sehingga tahun 2003, daripada jumlah 54 293 Orang Asli di Pahang, 5 660 adalah Islam.

Namun begitu, jika dibandingkan dengan jumlah mereka, ternyata kalangan mereka yang memeluk Islam dengan yang masih belum Islam adalah kecil. Oleh itu, segala tenaga dan usaha perlu ditumpu dan diteruskan untuk berdakwah kepada masyarakat Orang Asli, agar nantinya agama Islam merupakan agama yang utama menjadi anutan di dalam masyarakat Orang Asli (Ahmad Redzuan, 2008: iii).

Kedua : Menjaga dan memelihara jiwa.

Pelaksanaan dakwah dalam menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu diperhebatkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Pendekatan tersebut perlu memfokuskan pada dimensi jatidiri manusia secara holistik iaitu meliputi dimensi rohani, akal, emosi dan jasmani. Dalam masa yang sama, unsur-unsur kemudaratan perlu dicegah dari menjangkiti umat dari semua jenis dan sudut. Dengan cara ini, jiwa masyarakat Orang Asli lebih mudah untuk menerima islam sebagai panduan hidup.

Othman (1995: 68) menyatakan sewaktu berada di pedalaman risiko menghadapi penyakit demam malaria adalah tinggi kerana di kebanyakan kawasan, ramai kaum Asli menghidap penyakit tersebut dan tidak kurang pula yang mati kerana itu terutama kanak-kanak.

Bahkan ada juga yang didapati sebagai pembawa kuman malaria. Oleh itu mengambil ubat malaria mustahak dilakukan oleh pendakwah sebagai langkah pencegahan, terutama bagi mereka yang sering berulang alik ke kawasan pendalaman.

Padzal (1997: 279) apabila membuat perbandingan dengan masyarakat Melayu, menyatakan taraf sosio-ekonomi Orang Asli adalah dalam keadaaan lebih rendah dan terkebelakang. Padzal (1997: 281) mencatatkan keadaan kesihatan mereka kurang mendapat rawatan dan terbiar. Ada antara di antara orang dewasa yang mengidap penyakit batuk, demam malaria dan panau. Sementara kanak-kanak juga ramai mengidap penyakit cacing dan selesema.

Usaha-usaha khidmat rawatan penyakit yang dilakukan oleh pihak Jabatan kesihatan sering kali gagal kerana jadual rawatan jarang berkebetulan dengan masa Orang Asli berada di kampung.

Othman (1995: 102) menyatakan kematian menjadi masalah besar kepada Orang Asli kerana mereka tidak tahu mengurus jenazah menurut cara Islam dan kedudukan kampung Orang Melayu begitu jauh untuk mendapatkan pertolongan bagi menguruskan jenazah. Perjalanannya amat sukar dan mereka tidak mempunyai kenderaan untuk pergi menjemput tukang pentajhiz.

Adat Orang Asli pula pantang menyimpan mayat dengan lama tanpa dikebumikan. Sebab itu, menurut kelaziman adat Orang Asli, mayat segera dibawa ke tempat pengkebumian kerana takut semangatnya akan mengacau mereka dan rumah kepunyaan si mati itu akan dibakar jika diperbuat daripada buluh, atau ditinggal begitu sahaja jika diperbuat daripada perkakas kayu yang kukuh.

Kawasan perkuburan mesti letaknya di seberang sungai untuk mengelakkan daripada gangguan semangat si mati. Dengan berbuat demikian semangat orang mati tidak dapat balik semula kerana tidak dapat menyeberang sungai.

Ada juga sesetengah suku kaum menyimpan mayat atas pokok besar di tengah hutan supaya mayat tidak dimakan binatang buas termasuk mayat orang Islam jika tidak ada orang Islam yang menguruskannya mengikut yang dikehendaki oleh agama.

Kesukaran menyampaikan dakwahh kepada orang asli juga tertumpu kepada soal maruah bagi sangkaan mereka. Ada dikalangan Orang Asli yang tak mahu memeluk agama Islam dengan alas an kalulah mereka masuk Islam maka tak wujud lagi orang Asli. Sangkaan sepatutnya perlu

(12)

diperjelaskan bahawa seseorang yang masuk agama Islam tidak mengubah bangsanya, yang berubah adalah agama. Mana-mana adat atau buday yang tidak bercanggah dengan Islam boleh diteruskan dalm kehidupan mereka.

Ketiga : Menjaga dan memelihara akal.

Pemerkasaan akal sangat penting dalam usaha untuk membina kefahaman secara menyeluruh tentang kehidupan. Penggunaan pelbagai saluran media perlu dimanfaatkan sebaik mungkin termasuk meneroka saluran media kreatif. Pembentukan pemikiran positif penting walau ia mengambil masa yang lama untuk mencetus satu gelombang pemikiran umat yang akan menentukan masa depan yang akan dicorakkan. Mentaliti umat perlu diarahkan untuk menyuburkan syiar Islam dan merapatkan ukhuwwah umat.

Othman (1995: 105) mendapati dari sudut keupayaan akal, kaum Asli mengalami kesukaran untuk berfikir sesuatu yang dianggap baru mengenai agama, apatah lagi untuk diajak berfikir tentang maklumat agama seperti alam akhirat, dosa, pahala dan hukum halal haram. Ini bermakna, akal mereka adalah lemah dan berat untuk menerima maklumat-maklumat yang sukar difahami.

Dalam mencari agama yang benar, kaum Asli bahkan sesiapa sahaja, perlu menggunakan kebijaksanaan akal untuk memikir, merenung, menggali dan menyelidik perkara-perkara pokok yang perlu ada pada agama. Perkara pokok yang dimaksudkan itu ialah soal ketuhanan, soal pembawa agama itu sendiri, kitab suci yang di dalamnya mengandungi ajaran agama dan isi atau kandungan ajaran agama berkenaan.

Tuhan adalah suatu zat yang Maha Berkuasa mengatasi segala kekuatan lain yang wujud di alam ini. Tuhan sudah tentu berlainan dengan makhluk sama ada yang dapat dilihat oleh mata manusia seperti batu, kayu, gunung dan lain-lain atau yang tidak dapat dilihat sepeti angin, hantu, syaitan, gelombang udara, oksigen dan lain-lain lagi. Jika Tuhan sama dengan makhluk, itu bukan Tuhan yang hakiki, tetapi Tuhan ciptaan dan dia akan rosak atau musnah sepeti makhluk, sedangkan Tuhan yang sebenarnya tidak mungkin rosak sampai bila-bila (Othman, 1995: 17).

Othman (1995: 82) menyarankan pendakwah membuat perbandingan terutama dari aspek akidah ketuhanan dengan menyemai dalam pemikiran Orang Asli penyembahan objek beku dan kaku seperti berhala, patung atau sesuatu yang bersifat alamiah yang lain seperti api, pokok, gunung-ganang, haiwan dan sebagai, atau Tuhan itu banyak lebih dari satu adalah sangat bertentangan dengan logik akal dan tidak rasional. Perbandingan mudah terhadap kesan alam jika mempunyai banyak Tuhan dengan sebuah negeri jika diperintah oleh ramai Raja.

Padzal (1997: 280) kemudiannya pula mendapati dalam bidang pelajaran Orang Asli khususnya di negeri Terengganu, sebahagian kaum remaja dan semua orang dewasa tidak dapat membaca daan menulis apatah lagi mengira. Anak-anak mereka sebahagian besarnya juga tidak mendapat pendidikan sama ada di peringkat menengah mahupun peringkat rendah.

Walaupun begitu, Ahmad Redzuan (2008: 102) pula kemudiannya menyatakan kejayaan dakwah dari sudut pendidikan juga tidak dinafikan dalam usaha dakwah yang dilakukan oleh JAIP, PERKIM Bahagian Pahang, JHEOA Negeri Pahang dan PETAMA dalam usaha dakwah masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.

Keempat : Menjaga dan memelihara keturunan.

Pemahaman kepentingan menjaga dan memelihara keturunan amat perlu diperhebatkan lagi dengan penerapan akhlak mulia dan kawalan diri berlandaskan syariat Islam. Tugasan menjaga

(13)

dan memelihara keturunan ini juga perlu dilihat dalam skop yang turut mencakupi hal akhlak hubungan sesama manusia. Elemen penyakit hati seperti hasad, fitnah, mencela, mengadu domba dan lain-lain lagi antara puak-puak tertentu perlu dihentikan kerana ia tidak mencerminkan ajaran Islam bahkan amat dilarang oleh Allah S.W.T.

Othman (1995: 68) turut menyatakan selain dari cabaran-cabaran yang tersebut di atas, pendakwah juga menghadapi cabaran dalam melaksanakan dakwah itu sendiri. Pendakwah yang tidak pernah mengunjungi perkampungan Orang Asli tentunya merasai sukar untuk berdakwah, bahkan mereka mungkin mengalami kebuntuan apabila berdepan dengan suasana kehidupan Orang Asli, keadaan rumah dan persekitaran kampungnya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Kampung Orang Melayu. Bagi mereka yang jijik dengan anjing-anjing mungkin akan menghadapi masalah besar kerana ia menjadi binatang peliharaan penting bagi kaum Orang Asli untuk menjaga keselamatan kampung halaman dan tanaman mereka. Waktu malam biasanya binatang kesayangan mereka itu tidur dalam rumah bersama-sama mereka.

Selain dari itu, Othman (1995: 69) turut menyatakan walaupun terdapat rumah-rumah Orang Asli yang bersih dan dijaga dengan baik, baik di dalam mahupun di luar rumah;

kebanyakan Orang Asli tidak begitu memberi berat kepada kebersihan dalam rumah. Mereka masuk ke rumah tanpa membasuh kaki walaupun kaki dalam keadaan kotor , dan ini menyebabkan lantai rumah yang diperbuat daripada buluh kelihatan kotor dan berdebu. Di tengah ruang rumah biasanya ditempatkan unggun api di mana di situlah tempat mereka memasak dan memanaskan badan di waktu malam. Biasanya abu dari kayu yang dibakar berselerak di setiap ruang. Keadaan ini menjadikan rumah mereka kelihatan kotor.

Bagi pendakwah yang tidak biasa dengan suasana seperti itu, mereka mungkin akan menunjukkan reaksi yang negatif untuk mengunjungi rumah penduduk Asli, apatah lagi jika tuan rumah mempelawa mereka minum atau menjamah makanan yang dihidangkan sebagai menyambut dan meraikan kedatangan tetamu. Orang Asli mudah tersinggung jika tetamu keberatan menjamah makanan yang disediakan itu, kerana mereka sedar orang lain menganggap mereka pengotor.

Pertimbangan dan kesudian pendakwah menjamah makanan yang dihidangkan walaupun seketul ubi bakar yang telah dikupas kulit atau mungkin ubi yang dimasak dalam buluh seperti lemang sambil melafazkan sedikit pujian dapat menggembirakan perasaan tuan rumah.

Menurut Othman (1995: 97-99) masalah kesukaran mencari jodoh juga amat ketara berlaku di kalangan belia-belia Asli Islam Hal ini terjadi kerana bilangan kaum Asli yang Islam di sesuatu kawasan tidak ramai dan tidak seimbang. Kaum Asli umumnya berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu purata empat belas tahun bagi gadis dan dua puluh tahun bagi teruna. Ada mencari pasangan yang bukan Islam dan perkahwinan itu dijalankan mengikut adat Asli.

Antara langkah yang sewajarnya diambil oleh pendakwah ialah mengadakan pertemuan hati ke hati bagi memujuk pasangan yang belum Islam itu memeluk agama Islam dengan menerangkan sudut kebaikan diri mereka dan juga zuriat mereka kelak. Usaha ini mesti dilakukan bersungguh-sungguh dan berterusan sambil berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

Sementara itu, ibu bapa atau keluarga kepada pasangan yang Islam mestilah diberi jalan supaya mereka turut mengambil inisiatif ke arah menyelesaikan kes yang berbangkit dengan rasa tanggungjawab. Mereka mestilah difahamkan bahawa masalah yang berlaku kepada anak-anak mereka adalah menyentuh maruah keluarga dan agama. Oleh itu, mereka patut berikhtiar dengan menggunakan saluran dan cara yang diamalkan oleh kaum mereka bagi menyelesaikan kes tersebut.

(14)

Cara yang paling baik ialah dengan mengadakan rundingan dua pihak antara keluarga pasangan lelaki dan pasangan perempuan dengan penghulu bertindak sebagai orang tngah, jika perlu.

Jika langkah ini gagal, maka pujukan dengan menjanjikan hadiah wang dan sebagainya boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa langkah ini bukan bertujuan untuk membeli seseorang itu supaya memeluk agama Islam, tetapi sebagai usaha untuk memastikan pasangan yang baru berkahwin itu selamat dari dosa yang berpunca dari perkahwinan yang tidak sah kerana berlainan agama.

Kelima : Menjaga dan memelihara harta.

Pengurusan harta hendaklah secara adil dan telus bagi mengelakkan pertelingkahan. Islam menjamin pengagihan nikmat harta yang dikurniakan Allah kepada manusia. Pengurusan harta yang bijaksana dapat melahirkan masyarakt yang harmoni. Sumber kewangan yang kukuh untuk membolehkan gerak kerja berjalan dengan lancar terutamanya dalam proses penyampaian islam dalam kalangan mayarakt Orang Asli. Faktor dana dan wang ringgit turut perlu diberi perhatian dalam menjana kefahaman mereka terhadap agama Islam.

Sementara itu, Padzal (1997 : 282) melaporkan keadaan ekonomi Orang Asli juga tidak kukuh dan lemah. Purata pendapatan setiap keluarga hanya sekitar RM200 hingga RM300 sebulan. Dengan kadar jumlah ini, mereka tidak berkemampuan untuk mendapat barang-barang keperluan harian secukupnya. Orang Asli, selain bergantung pada pendapatan yang tidak tetap, mereka juga belum biasa mengurus perbelanjaan dengan baik. Ketika mendapat hasil dari sumber-sumber tertentu seperti hasil jualan rotan dan candan, mereka segera berbelanja membeli barang keperluan dan barang lain yang digemari seperti pakaian khasnya bagi golongan remaja dan rokok bagi semua golongan. Satu kebiasaan lain ialah mereka mengamalkan konsep ‘hidup senang dan susah bersama’. Seseorang yang ada wang pada ketika tertentu akan membantu mereka yang terputus belanja.

Othman (1995: 105-107) menyatakan kesempitan hidup, tanpa harta dan tanah milik sendiri meletakkan Orang Asli dalam suasana resah dan rasa rendah diri, terutama ketika berdepan dengan kaum lain yang dianggap lebih maju dan lebih bernasib baik. Contohnya mereka merasa hina diri ketika berdepan dengan orang Melayu, sekalipun sama-sama menganuti agama yang sama iaitu Islam, padahal mereka telah diberitahu awal-awal lagi bahawa semua penganut Islam adalah bersaudara dan mempunyai taraf yang sama di sisi Islam tanpa mengira kaum. Perasaan sedemikian tentunya sukar dihapuskan dengan serta merta.

Maka adalah mejadi kewajipan pendakwah menghulurkan bantuan ikhlas terhadap golongan tersebut sama ada berupa sedekah wajib iaitu zakat harta atau fitrah, atau sedekah sunat atau apa-apa pemberian biasa sseperti pakaian terpakai, bahan makanan dan alat-alat untuk kegunaan harian mereka. Pertolongan seperti ini akan memberi kesan yang besar kepada mereka dan akan membantu mengukuhkan lagi tali silaturahim antara sesama Islam.

Ahmad Redzuan (2008: 101) menyatakan dakwah dengan harta ini turut berjaya membantu meningkatkan ekonomi Orang Asli sepertimana yang telah dilaksanakan oleh JHEOA melaui program usahawan dan penubuhan koperasi.

(15)

PENUTUP

Maqasid al-syariah sangat penting dalam pelaksanaan dakwah kepada masyarakat Asli demi memastikan kefahaman islam yang jelas dan teratur dalam meneruskan liku-liku hidup sebagai seorang muslim. Pendekatan ini boleh menyebabkan mereka lebih memahami tentang Islam dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Para pendakwah juga perlu memainkan peranan dalam menyampaikan Islam kepada mereka secara tersusun demi meastikan mereka tidak memahami Islam secara salah. Pendekatan yang digunakan menerusi penekanan perkara utama dengan menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Permasalahn yang berlaku dalam kalangan mereka dapat diatasi dengan memahami konsep maqasid dan diterapkan dalam kehidupan mereka. Dengan itu dapat membina masyarakat Asli kearah kefahaman Islam secara menyeluruh dan dapat membawa kesejahteraan dan keamanan. Akhirnya islam dapat difahami dengan betul.

RUJUKAN

Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2009. Dakwah Kepada Orang Asli Melalui Seni Hiburan Alternatif Di Malaysia : Model Latihan Amali Dakwah (LAD). Al- Hikmah Jilid 1. Bangi : Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2008. Dakwah Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd.

Othman Haji Ibrahim. 1995. Mekanisme Dakwah Pendekatan Kepada Masyarakat Pendalaman, Kota Bharu : Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Padzal Haji Mokhtar. 1997. Dakwah Di Kalangan Masyarakat Orang

\ Asli Negeri Terengganu. Bangi : Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syeikh Muhammad Tohir Bin ‘Asyur. Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. 1998. al- Bashair.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

PROGRAM PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM PROGRAM PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN ALOR SETAR PROGRAM SYARIAH. JOHOR BAHRU PROGRAM SYARIAH KOTA BHARU PROGRAM SYARIAH KOTA KINABALU

▪ Pembangunan kepimpinan Islam masyarakat Asli yang kompeten adalah keperluan yang mendesak dalam konteks meningkatkan keberkesanan gerakan dakwah di perkampungan Orang Asli

PROGRAM PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM PROGRAM PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN ALOR SETAR PROGRAM SYARIAH. JOHOR BAHRU PROGRAM SYARIAH KOTA BHARU

PROGRAM PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM PROGRAM PENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN ALOR SETAR PROGRAM SYARIAH. JOHOR BAHRU PROGRAM SYARIAH KOTA BHARU PROGRAM SYARIAH KOTA KINABALU

Katakunci: aktiviti pelaburan, Al-Hadharah Bousted REIT, Amanah Pelaburan Hartanah Islam, industri kelapa sawit, instrumen pasaran modal Islam, prinsip syariah.

Meskipun gaya hidup secara Islam atau berlandaskan maqasid syariah amat dituntut dalam kalangan profesional Muslim berikutan peranan dan kepentingan golongan ini

Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah Fadhilah Adibah Ismail, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff, Azizah Zakaria & Norsalwati

[c] Huraikan bagaimana maqasid al-shari’ah memainkan peranan dalam mengembangkan muamalat Islam dalam era globalisasi.. [a] Nyatakan definisi