• Tiada Hasil Ditemukan

View of UNSUR MARITIM DALAM PANTUN PERKAHWINAN COCOS DI SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of UNSUR MARITIM DALAM PANTUN PERKAHWINAN COCOS DI SABAH"

Copied!
29
0
0

Tekspenuh

(1)

111

UNSUR MARITIM DALAM PANTUN PERKAHWINAN COCOS DI SABAH

Isa Romtie1 Asmiaty Amat2 Lokman Abdul Samad3

1,2,3 Universiti Malaysia Sabah

ithariffatirdina@gmail.com

Abstrak

Etnik Cocos merupakan masyarakat minoriti di negeri Sabah. Mereka juga memiliki pantun seperti masyarakat Melayu lain. Antaranya pantun nasihat, perkahwinan, jenaka dan teka teki. Kajian ini dilakukan bagi mengetengahkan pantun Cocos dan mengenalpasti unsur- unsur maritim dalam pantun perkahwinannya. Kajian ini telah dilakukan di Kampung Balung Cocos, Tawau dan Kampung Skim Cocos, Kunak, di mana orang Cocos menetap di situ. Metodologi kajian ini merupakan kaedah kualitatif, iaitu turun ke lapangan berjumpa dengan informan. Pantun Cocos sangat unik dan memiliki persamaan dengan pantun Melayu. Namun begitu, masih terdapat perbezaan antara kedua-dua pantun seperti dari segi pengucapan dan pemilihan diksi serta bahasa yang digunakan. Apa yang menarik dalam pantun perkahwinan Cocos dapat dikesan kebanyakannya menggunakan diksi dan frasa berkaitan dengan dunia maritim. Kebanyakkan pantunnya sering kali dikaitkan dengan laut, pelayaran, kapal, hidupan laut seperti ikan, pokok kelapa dan seumpamanya.

Unsur ini terjadi disebabkan sejarah awal mereka di Pulau Cocos yang hidup di sekitar pulau dan mengamalkan kehidupan maritim. Dunia maritim sudah menjadi sebati dengan orang Cocos ketika itu. Penghijrahan mereka ke tanah besar (Borneo) telah memberikan pengalaman baru dan menambahkan pelbagai pengalaman sepanjang perjalanan mereka kerana melihat pelbagai keindahan, keburukan dan kesengsaraan. Tidak dinafikan ketika itu juga pelbagai idea yang timbul kepada masyarakat Cocos untuk mencipta pantun berdasarkan pengalaman yang dilalui mereka. Walaupun orang Cocos sudah tinggal di darat dan menjalankan aktiviti perladangan, tetapi pantun mereka masih terikat dengan

(2)

112

aktiviti maritim. Ini disebabkan pengalaman dan tradisi berpantun dalam masyarakat ini merupakan warisan turun temurun.

Kata Kunci : Cocos, pantun, maritim, perkahwinan, Sabah.

THE MARITIME ELEMET IN COCOS WEDDING PANTUN IN SABAH

Abstract

Cocos Ethnic is a minority community in Sabah. They have their own verse of pantun as other Malay community. For example, pantun for advice, wedding, humorous and riddles.

This study is conducted to highlight the Cocos pantun and identify the maritime elements in their wedding pantun. This study was conducted at Kampung Balung Cocos, Tawau and Kampung Skim Cocos, Kunak, where Cocos community are resided. The research methodology is qualitative research design which is on-site meeting with the respondents.

Pantun Cocos is very unique and has the similarity with Malay pantun. However, there are differences in both pantun in term of pronunciation and choice of diction as well as language used. The interesting part of Cocos wedding pantun is that they are mostly detected using diction and phrases related to the maritime world. Most of the pantun are usually related to sea, sailing, ship, marine life such as fish, coconut tree and alike. These elements occured due to early history of Cocos Island community who resided around the island and practised the maritime life. The maritime world has blended well in the Cocos community at that time.

Their migration to the mainland (Borneo) has given new experiences and heightened their experience during their journey as they see a variety of beauty, evil and misery.

Undeniablely, at that time also a variety of ideas arising to the Cocos community to create pantun based on their life experience. Even though the Cocos community are living in the Mainland’s Cocos and and carry out farming activity, but their pantun is still related to the maritime activities. This is due to their experience and tradition they are inherited in the community for generations.

Keywords : Cocos, pantun, maritime, wedding, Sabah.

(3)

113 PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Dunia Melayu mempunyai pelbagai bentuk dan jenis puisi Melayu tradisional. Kekayaan masyarakat Melayu tradisional tercipta dari kekayaan budi, ketinggian imaginasi, dan kehalusan jiwa mereka. Antaranya pantun yang telah memiliki keistimewaan dan keunikan pada masyarakat tradisional. Sebenarnya, puisi Melayu tradisional merupakan warisan leluhur yang lahir dari daya kreatif berdasarkan pemikiran dan pengalaman orang tua-tua (Mohd Rosli Saludin, 2007:1-2). Kenyataan ini turut membuktikan pantun perkahwinan Cocos yang bertitik tolak dengan orang tua-tua dahulu ketika mereka berada di Pulau Cocos.

Aktiviti berpantun sudah wujud dan menjadi perantaraan dalam kalangan kelompok sesama mereka dalam menjalani hidup harian.

Pantun merupakan warisan masyarakat Melayu yang tersohor sejak zaman berzaman yang mewarnai dan mengindahkan budaya orang Melayu. Pada zaman dahulu, pantun merupakan alat komunikasi yang sangat popular telah digunakan oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat kerana dilantunkan dengan tujuan tertentu. Upacara rasmi yang menggunakan pantun seperti pertabalan raja, pinang-meminang dan nikah kahwin dilafazkan dengan penuh beradat dan tatasusila. Dalam kehidupan seharian pantun digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti ketika menidurkan anak dalam buaian, menasihati anak supaya baik tutur kata dan budi pekertinya, serta pasangan yang sedang memadu kasih.

Dunia pantun terhasil berdasarkan unsur-unsur tertentu dengan diperkukuh secara teratur, tersusun dan disempurnakan dengan cara bersistematik. Dengan ini dunia pantun muncul sebagai satu dunia yang utuh, kompak dan konkrit. Istilah atau perkataan pantun yang kita gunakan sebagai istilah atau perkataan kepada suatu bentuk sastera adalah ternyata muncul daripada aspek-aspek teknikalnya yang sedemikian rupa untuk melontarkan perasaan dan pemikiran dalam iklim dan suasana pengucapan dan kebahasaan yang tertentu (Mohd. Rosli Saludin, 2007).

Harun Mat Piah (1989) telah menjelaskan definisi pantun, iaitu berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik

(4)

114

dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.

Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu, iaitu terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Masyarakat Cocos juga mempunyai pantun tersendiri dalam mewarnai budaya masyarakatnya. Mereka menggunakan pantun ketika upacara perkahwinan yang bermula dari upacara merisik (mintak anak orang), meminang, melamar, seminggu sebelum perkahwinan, semasa keramaian dan pasca perkahwinan. Pantun digunakan sebagai pembuka bicara dan penutup majlis. Tujuan pantun juga digunakan sebagai mendidik pendengarnya dan memberi nasihat serta berhibur. Unsur hiburan dalam pantun dapat dijumpai dalam acara tari menari seperti tarian Melenggok, Melenggok Kemantin, Selong dan Labuan Tidak Berbukit kerana elemen pantun akan dilagukan sambil diiringi muzik gendang dan biola. Orang tua-tua Cocos biasanya akan mendahului dalam tradisi berpantun kerana terkenal dengan kemahiran berbalas pantun.

Pulau Cocos-Keeling atau Pulau Cocos lebih dikenali dengan nama ‘Pulau Kelapa’

dalam kalangan penduduk pulau itu merupakan tempat asal orang Cocos. Kedudukannya terletak di tengah-tengah Lautan Hindi kira-kira 900 kilometer dari pulau terdekat, Pulau Krismas dan 1000 kilometer dari Jawa serta 2768 kilometer dari ibu kota negeri Australia Barat, Perth (Wan Hashim Wan Teh, A. Halim Ali, 1999:20).

Orang Cocos atau Kokos merupakan kumpulan penduduk yang hidup terasing dari dunia luar dari segi geografi, sejarah, politik dan bahasa. Selama lapan generasi masyarakat Cocos hidup dalam keadaan keterasingan, dan berusaha membangunkan ekonomi yang mereka kongsi bersama. Sikap kesetiaan dan bertanggungjawab terhadap keluarga begitu tinggi. Penglibatan masyarakat Cocos terhadap agama Islam sangat memberangsangkan disamping berusaha mendalami ilmu tersebut (Pauline Bunce, 1993:78). Di sini telah memperlihatkan masyarakat Cocos terpaksa berdikari menyara hidup sendiri untuk keluarga dan komunitinya sebagai meneruskan kehidupan mereka. Walaupun mereka bekerja di bawah John Clunies Ross mengusahakan ladang kelapa tetapi mereka juga melakukan

(5)

115

pekerjaan menangkap ikan dan bercucuk tanam sebagai menyara kehidupan seharian mereka.

Penghijrahan orang Cocos adalah bertitik tolak apabila meletusnya Perang Dunia Kedua kerana kepadatan penduduk semakin ramai melebihi bilangan yang mampu ditanggung oleh asas ekonominya. Hal ini menyebabkan masalah kekurangan makanan di waktu-waktu tertentu seperti ketiadaan beras dan terpaksa makan kelapa yang dicampur dengan ubi dari teluk di pulau tersebut. Lantaran itu, kerajaan British menggalakkan penghijrahan keluar terhadap penduduknya. Pada tahun 1948, kira-kira seramai 1,600 penduduk berhijrah terutamanya menuju ke North Borneo (Sabah) sebagai pekerja ladang (Wan Hashim Wan Teh & A. Halim Ali, 1999). Orang Cocos mengistilahkan perpindahan mereka ini sebagai berpindah ke ‘tanah besar’ kerana tidak lagi tinggal di kawasan pulau.

Perubahan yang sangat ketara kerana masyarakat Cocos tidak lagi turun ke laut menangkap ikan sebagai nelayan. Sebaliknya lebih memberikan penumpuan kepada aspek perladangan yang dipertanggungjawabkan oleh majikan mereka pada masa tersebut. Mereka sudah jarang turun ke laut dan menangkap ikan, sebaliknya lebih gemar membeli ikan yang dijual oleh penjaja setiap hari. Hal ini berlaku kerana orang Cocos lebih banyak menumpuhkan masa kerja mereka kepada aspek perladangan dan terikat dengan masa setiap hari.

Penghijrahan orang Cocos dari Pulau Cocos menggunakan kapal besar seperti Alanda mengambil masa yang agak panjang. Sebelum sampai ke tanah besar (Borneo), mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan semasa berada di lautan. Kejadian yang menyedihkan apabila ada yang mati dan terpaksa dibuang ke dalam laut kerana kesukaran untuk dikebumikan. Perjalanan mereka itu tidak boleh berlabuh di tepi pantai sesuka hati kerana dikhuatiri keselamatan mereka tidak terjamin. Masyarakat Cocos akhirnya telah sampai ke Borneo dan telah diberi penempatan di Kampung Balung, Cocos (temubual, Haji Romtie Itla dan Haji Amiril Boyd, 2014).

Penyataan Masalah

Pantun Cocos hampir menyerupai pantun Melayu. Penghijrahan dan kedudukan masyarakat Cocos yang berhampiran dengan Indonesia serta penghijrahan mereka ke Sabah

(6)

116

menyebabkan berlaku percampuran, peminjaman serta pengolahan sehingga menyebabkan sukar untuk dikenalpasti sama ada pantun Cocos juga merupakan pantun yang disadur daripada pantun Melayu atau sebaliknya (Isa Romtie, 2018). Oleh itu, kajian terhadap pantun Cocos harus diketengahkan bagi menggambarkan keunikan pantun tersebut bagi mewakili masyarakat minoriti di Sabah. Sungguhpun terdapat persamaan dengan pantun Melayu, pantun Cocos masih memiliki keunikan tersendiri sepertiunsur maritim pada rangkap pantunnya. Penyampaian pengucapan pantunnya, bukan sekadar penyebutan biasa ketika dilantunkan, tetapi rangkap pantunnya telah diserlahkan dengan nyanyian pantun.

Biarpun pengucapan pantunnya kedengaran agak kasar oleh sesetengah pihak tetapi kelembutan maksudnya terserlah malah memperlihatkan jati diri masyarakat tersebut.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan mengetengahkan pantun Cocos dan mengenalpasti unsur-unsur maritim yang terdapat dalam rangkap pantun perkahwinan Cocos. Selain itu, kajian ini turut memperkenalkan pantun perkahwinan Cocos, agar mendapat perhatian para pembaca serta para penyelidik yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan pantun masyarakat Cocos.

Soalan Kajian

Apakah unsur-unsur maritim yang terdapat dalam pantun perkahwinan Cocos di Sabah?

Hipotesis Kajian

Kehadiran masyarakat Cocos sebagai minoriti di Sabah masih tidak ramai yang menyedari kewujudan mereka. Penempatan mereka seperti di Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan, memperlihatkan masih ramai yang tidak menyedari keberadaan mereka sebagai salah satu masyarakat minoriti di Sabah. Apatah lagi berkaitan dengan pantunnya yang masih ramai tidak mengetahui keunikan dan fungsi kepada masyarakat pengamalnya.

Masyarakat Cocos sebenarnya telah memiliki pantun yang sudah berakar umbi sejak di negara asal mereka, iaitu di Pulau Cocos. Dalam rangkap pantun mereka terdapat keunikannya seperti unsur-unsur maritim pada pantun perkahwinannya yang sering kali dipersembahkan ketika majlis perkahwinan.

(7)

117 Kepentingan Kajian

Kajian pantun perkahwinan Cocos ini dapat mengangkat salah satu bentuk tradisi lisan yang jarang orang ketahui daripada terus pupus. Keistimewaan pantunnya yang berkaitan unsur- unsur maritim harus diangkat sebagai salah satu ciri yang menarik terdapat pada pantunnya.

Ia juga memperkenalkan masyarakat minoriti tersebut kepada masyarakat luar yang masih tidak mengenali kehadiran mereka, sama ada di Sabah, Sarawak atau di Semenanjung Malaysia. Secara tidak langsung juga membantu para penyelidik dan pembaca yang ingin mengetahui mengenai masyarakat Cocos dan keunikan pantunnya sebagai bahan rujukan.

KAJIAN LITERATUR

Berdasarkan kajian literatur, pengkaji telah mendapati beberapa buah buku yang mengkaji berkaitan tentang masyarakat Cocos, antaranya kajian yang dilakukan oleh Pauline Bunce (1993), menjelaskan masyarakat Cocos yang mendiami Australia yang terdapat di Pulau Cocos. Masyarakatnya turut menjalani kehidupan seperti masyarakat Melayu yang terdapat di Malaysia dengan membesar bersama budaya masyarakat mereka. Antaranya ketika melaksanakan acara perkahwinan dan kenduri kendara yang ditonjolkan sebagai lambang penyatuan dalam kelompok masyarakatnya. Kesetiaan dalam kehidupan dipaparkan dalam masyarakat Cocos kerana kepatuhan kepada majikan mereka. Namun begitu, amalan dan cara hidup sehari mereka tetap berjalan seperti biasa dalam kelompoknya kerana majikan memberikan kebabasan budaya dan adat istiadat mereka sendiri. Sehinggalah pada suatu hari, orang Cocos terpaksa berhijrah meninggalkan kediaman mereka dan menuju ke Borneo disebabkan kepadatan penduduk pada masa itu (Wan Hashim Wan Teh& A. Halim Ali, 1999).

Raja Masittah Raja Ariffin, menghuraikan kehidupan dan bahasa masyarakat Cocos yang terdapat di Australia, dalam buku yang bertajuk Bahasa dan Budaya Masyarakat di Pulau Cocos (2013). Orang Cocos memiliki bahasa yang tersendiri walaupun pada asasnya menggunakan bahasa Melayu, namun lenggok bahasa dan percakapan mereka agak berbeza sehingga memberi tarikan kepada mereka yang mendengarnya. Terdapat diksi dan frasa

(8)

118

yang digunakan dalam percakapan harian mereka, terutamanya yang boleh ditemukan dalam pantun.

Berdasarkan kajian Light Nanis (2010), memperihalkan perjalanan masyarakat Cocos yang bermula dari Pulau Cocos sehinggalah sampai ke Borneo yang dibawa oleh majikan mereka. Kehidupan mereka yang digambarkan melalui fasa-fasa kesukaran dan kepayahan sebelum sampai ke Borneo. Namun orang Cocos tetap bersatu sebagai masyarakat yang kecil dan bergantung sepenuhnya dengan majikan mereka. Kesusahan dan keperitan telah menyatukan mereka semua sehinggalah masyarakat Cocos mempunyai penempatan sendiri.

Noor Risma Salfina Muhammad Rozali (2006), dalam buku kajiannya ‘Etnik Di Sabah’ telah menjelaskan berkaitan masyarakat di Sabah. Antaranya masyarakat Cocos sebagai penduduk minoriti yang memiliki budaya dan cara hidup mereka yang masih mengamalkan tradisi nenek moyang yang terdapat di Pulau Cocos. Keunikan perkahwinan yang ditonjolkan menunjukkan masyarakat pengamalnya menyanjung tinggi budaya mereka. Demikian turut dipaparkan oleh Subiah Latih, Kalazan Rabika & Mohd. N. Kabul (1973), memaparkan perkahwinan masyarakat Cocos dan tarian yang sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain. Pemaparannya juga membuktikan keutuhan semangat kekitaan dalam masyarakat Cocos dalam mengendalikan upacara perkahwinan.

Walaupun begitu, kajian mereka ini tidak menyentuh secara terperinci berkaitan dengan pantun Cocos, terutama merujuk kepada unsur maritim yang sedang dikaji oleh penyelidik. Sedangkan diantara kajian mereka turut menyentuh aspek perkahwinan masyarakat Cocos dari meminang sehingggalah berkahwin. Apa yang dijelaskan berkaitan pantun Cocos oleh para pengkaji hanyalah secara permukaan sahaja. Malah kajian mereka itu lebih tertumpu kepada masyarakat Cocos di Pulau Cocos, Australia dan bukannya di negeri Sabah. Oleh hal yang demikian, kajian ini secara tidak langsung akan dapat membantu melengkapkan kajian berkaitan pantun masyarakat Cocos di Sabah. Dengan kajian yang dilakukan akan dapat menjawab persoalan berkaitan unsur maritim dalam pantun perkahwinan Cocos di Sabah.

(9)

119

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah kajian ini melibatkan kajian lapangan dengan menemu bual informan bagi mendapatkan maklumat. Temubual yang dijalankan adalah secara individu dan berkumpulan. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kecairan maklumat yang diperoleh.

Pengumpulan data dari lapangan dipadankan dengan pembacaan buku-buku di perpustakaan bagi melihat sejauh mana penggunaan unsur-unsur maritim dalam pantun Melayu yang mungkin ada persamaan atau perbezaan yang diguna pakai dalam pantun Cocos. Dalam kajian ini telah menggunakan pendekatan Muhammad Haji Salleh dalam Puitika Sastera Melayu (2000). Antaranya enam pendekatan Muhammad, satu daripadanya yang digunakan, iaitu Dunia Berjodoh. Nilai berjodoh bermaksud menerangkan berkaitan persekitaran alamiah manusia. Prinsip harmoni menjadi landasan penting dalam nilai ini. Ia memperlihatkan bahawa dunia terbahagi dua: pertama dunia alam raya dan kedua dunia manusia. Belahan pertama akan melengkapkan bahagian yang kedua, manakala belahan kedua akan melengkapkan bahagian pertama tadi. Apabila merujuk dunia manusia, alam akan menjadi ruang lahiriah, iaitu merujuk dunia di luar diri, perasaan dan fikiran manusia.

Dunia dalaman diri manusia pula dianggap sebagai dunia kedua yang dilengkapkan oleh dunia pertama tadi.

Rajah 1: Pendekatan Teori Muhammad Haji Salleh (MHS) Dunia terbelah dua

Dunia alam raya (Pembayang)

Dunia manusia (Maksud)

(10)

120

Berdasarkan rangkap pantun yang diterjemahkan oleh pemantun, memperlihatkan bentuknya secara jasmaniah yang terbahagi kepada dua, iaitu membayangkan kehidupan manusia Melayu yang digambarkan dalam dua wilayah. Dua baris pembayang pantun melukiskan alam, dimana dunia yang wujud di luar diri manusia. Di sini kita melihat lukisan suasana, latar dan keadaan atau situasi. Pohon, bunga, burung, mergastua, laut, sungai, bukit, gunung, lembah, ngarai, dan sebagainya. Kemudian diperincikan untuk mencapai kehalusan kias makna yang ingin disampaikan dalam dua baris berikutnya. Dua baris maksud ini dikenali sebagai baris maksud. Baris maksud merujuk kepada dunia manusia yang melibatkan perasaan, fikiran dan perlakuan kehidupan mereka.

Dua bahagian pantun juga melakarkan suatu lagi pembahagian, iaitu dunia luar dan dunia dalaman. Alam menjadi satu bahan untuk dikutip mewakili persekitaran manusia dengan aneka citra daripada pohon dan gunung, sungai serta lembah sebagai mewakili baris- baris pembayang pantun. Rangkap maksud pula kebiasaannya akan dipenuhkan dengan citra manusia, berdasarkan pengalaman jiwa atau perasaan. Justeru, perasaan dan renungan menjadi bahan rujukan dasar oleh pemantun.

Cara sedemikian dapat melengkapkan dunia luaran dan dalaman dalam baris-baris pantun. Suatu keperluan untuk mengimbangkannya, dan juga melengkapkannya supaya terdapat suatu harmoni antara bahagian-bahagian kehidupan. Akhirnya, pembaca atau pendengar bukan sahaja disogokkan imbangan atau keadaan saling lengkap melengkapi antara alam dan manusia, tetapi juga dunia sekitaran luar dan dunia dalaman, melalui perantaraan perasaan dan fikiran manusia (Muhammad Haji Salleh, 2000). Demikian dengan pantun perkahwinan Cocos yang mengungkapkan unsur-unsur maritim dalam pantunnya yang sangat bersangkut paut dan keakraban yang terserlah pada alam semesta.

Semua ini dapat dilihat berpandukan kutipan data yang dilakukan.

Subjek Kajian

Kawasan yang terlibat dalam pengumpulan data adalah di Kampung Balung Cocos, Tawau dan Kampung Skim Cocos, Kunak, yang merupakan penempatan masyarakat Cocos.

Seramai lapan orang informan yang telah ditemu bual bagi mendapatkan data berkaitan

(11)

121

pantun. Pemilihan informan dalam kajian ini berdasarkan usia dan pengalaman mereka dalam pantun memantun.

Antara informan yang telah ditemu bual di Kampung Balung Cocos adalah Puan Hajah Arsie binti Bidol (77 tahun), iaitu mak kemiti (pembantu isteri Imam ketika kenduri) yang sentiasa hadir dalam apajua acara yang dilangsungkan. Cik Bahdie binti Itla (74 tahun) merupakan seorang OKU (buta) yang mahir dalam pantun secara spontan. Beliau sering kali menyanyikan lagu pantun apabila sedang menidurkan anak-anak saudaranya dengan pantun yang bersahaja. Demikian pula, Tuan Haji Romtie bin Itla (81 tahun) berperanan sebagai pak kemiti (pembantu Imam) dan bertugas sebagai pak kemanten (pak andam), dan Tuan Haji Bakrin bin Wilson (67 tahun), merupakan seorang pengacara majlis dan tukang pantun ketika acara perkahwinan.

Manakala di Kampung Skim Cocos, antara informan yang ditemubual adalah Puan Arsah binti Bidol (77 tahun), Puan Norini binti Wawassie (67 tahun), Haji Jengkie bin Isman II (86 tahun) dan Haji Mydin bin Salam (78 tahun). Kesemua informan ini merupakan individu yang sering terlibat dalam acara perkahwinan yang dilaksanakan di kampung.

Mereka juga selalu menjadi rujukan ketika mengendalikan apa-apa majlis yang berkaitan dengan masyarakat Cocos.

Pemilihan informan dalam kajian ini merupakan antara orang yang mahir dalam menghasilkan pantun dan berbalas pantun ketika meraikan majlis perkahwinan. Mereka juga merupakan generasi yang masih megamalkan tradisi berpantun daripada nenek moyang mereka sejak di Pulau Cocos. Sehingggakan ada pantun yang mereka lantunkan itu merupakan pantun asal yang berakar umbi pernah dilantunkan oleh orang tua-tua dahulu.

Para informan sering kali mengepalai dalam majlis-majlis keraian terutamanya mintak anak orang (meminang) dan melamar kerana sering menjadi perantara ketika memulakan majlis dengan acara berpantun.

Temu bual yang dilakukan adalah secara perseorangan dan berkumpulan. Hal ini dilakukan kerana disebabkan masa dan temu janji yang berbeza dengan setiap informan, tambahan pula mereka tinggal berjauhan. Pada peringkat awal, penyelidik membuat temu janji dengan menghubungi informan melalui telefon untuk menetapkan pertemuan yang

(12)

122

diadakan, bagi memastikan mereka bersedia lebih awal. Bagi informan yang berdekatan, penyelidik terus bertemu dan mengumpulkan data yang diperlukan. Sehingga suatu waktu, penyelidik telah mengumpul beberapa orang informan dan mengadakan satu aktiviti berbalas pantun antara mereka. Cara pendekatan sedemikian banyak membantu penyelidik mengumpulkan pantun yang pelbagai tema oleh pemantun kerana masing-masing mempunyai percambahan idea dan rangsangan pemantun lain.

Instrumen Kajian

Berdasarkan kajian ini, beberapa instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik bagi mengumpulkan data pantun yang diperlukan. Antara kaedah untuk mendapatkan data yang digunakan adalah secara pemerhatian, temubual dan mencatat serta mendokumentasikan maklumat yang dikutip dari lapangan.

Rajah 2: Instrumen Kajian

Penyelidik membuat pemerhatian dalam kajian ini dengan menghadiri acara yang dilaksanakan oleh masyarakat Cocos, iaitu majlis pra perkahwinan seperti mintak anak orang (meminang), melamar dan semasa perkahwinan ketika meraikan pengantin di atas pajangan (pelamin). Selain itu, penyelidik berkesempatan menyertai program Bengkel Budaya (Tarian dan Muzik Etnik Cocos Tawau) pada 3 hingga 5 Ogos 2018, yang

dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Sabah daerah Tawau dan kerjasama PECOS Tawau.

Bengkel ini memberi peluang kepada penyelidik menyaksikan sendiri orang tua-tua Instrumen Kajian

Pemerhatian

Temubual Dokumentasi

(13)

123

berpantun ketika membuat pertunjukkan tarian dan muzik Cocos. Apa yang menarik juga pertunjukkan khas demo perkahwinan masyarakat Cocos yang dipertontonkan dihadapan orang ramai ketika bengkel itu berlangsung di Kampung Balung Cocos, Tawau. Pendekatan ini banyak membantu penyelidik dalam proses mengumpulkan data pantun dan sekali gus meninjau para individu yang boleh dijadikan informan dalam kajian ini. Dalam pemerhatian juga, penggunaan alat bantu seperti rakaman visual atau gambar dan video bagi merakamkan peristiwa kajian membantu melengkapkan penyelidikan yang sedang dilakukan.

Kaedah temubual juga dilakukan bagi mendapatkan dan mengumpulkan data.

Penyelidik membuat dua kaedah temubual, iaitu temubual secara individu dan berkumpulan.

Temubual individu berlaku di antara penyelidik bersama seorang informan. Manakala temubual berkumpulan dilakukan dengan mengumpulkan beberapa orang individu pada masa dan tempat yang dirancangkan oleh penyelidik. Cara seperti ini banyak membantu penyelidik dalam usaha mengumpulkan data yang lebih banyak dan tepat berkaitan dengan pantun. Mencatat dan mengumpul maklumat oleh penyelidik merupakan perkara wajib mengumpul data supaya memastikan maklumat yang diinginkan dapat dikumpul dan seterusnya tidak berlakunya data yang tercicir selepas kajian lapangan dijalankan.

Prosedur Pengumpulan Data

Beberapa prosedur yang dilakukan bagi mengumpulkan data pantun perkahwinan masyarakat Cocos di Kampung Balung Cocos, Tawau dan Kampung Skim Cocos, Kunak.

Antaranya, perkara yang perlu diambil kira adalah persediaan sebelum kajian dimulakan, semasa kajian berlangsung dan selepas kajian dijalankan.

Sebelum kajian dimulakan, penyelidik telah memilih tempat kajian yang bersesuaian dengan tajuk kajiannya. Selepas itu, membuat tinjauan awal berkaitan dengan kawasan atau tempat kajian yang dipilih. Menentukan informan yang akan membantu kajian agar dapat menjawab semua persoalan yang akan diajukan. Penyelidik membuattemujanji dengan para informan melalui telefon atau terus berjumpa dikediaman mereka. Persediaan soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian untuk diajukan kepada informan semasa temubual dijalankan telah disiapkan terlebih dahulu.

(14)

124

Proses seterusnya turun ke lapangan dan berjumpa dengan informan. Pertemuan dengan informan dilakukan secara individu dan berkumpulan mengikut kesesuaian pada masa itu. Sebayak 50 buah pantun berjaya dikutip, hasil kajian lapangan terhadap dua buah kampung yang menjadi pilihan kajian.

Hasil kerja lapangan yang dilakukan, tindakan seterusnya oleh pengkaji adalah membuat pengelompokan data pantun mengikut ketegori berdasarkan unsur-unsur maritim, iaitu persekitaran laut, isi laut dan peralatan pelayaran. Berdasarkan buku rujukan dan teori yang telah dibaca akan diaplikasi menerusi kajian ini dengan data yang diperoleh. Maka bermulalah proses menganalisis pantun mengikut ketegori yang telah ditentukan.

Analisis Data

Sebanyak 50 buah pantun masyarakat Cocos yang telah dikumpulkan melalui informan daripada Kampung Balung Cocos, Tawau, dan Kampung Skim Cocos, Kunak untuk dianalisis mengikut kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan unsur-unsur maritim dalam pantun perkahwinan Cocos. Kajian ini sangat bertepatan kerana berjaya menemukan unsur- unsur maritim dalam pantun perkahiwnan Cocos seperti berkaitan persekitaran laut, isi laut dan peralatan pelayaran. Apabila berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat Cocos sepanjang melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa pantun sangat berkait rapat dengan dunia maritim masyarakat Cocos terutama diawal penempatan mereka di Pulau Cocos.

DAPATAN DAN CADANGAN

Pantun mencerminkan corak kehidupan yang menyeluruh masyarakat Melayu umumnya dan masyarakat Melayu tradisi khususnya. Ini kerana pantun telah sebati dengan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Pertalian pantun dengan masyarakat Melayu sangat erat dan akrab. Ramai yang memperkatakan pantun memiliki fungsi moraliti dan psikologi yang berkait rapat dengan alam kehidupan dan pemikiran orang Melayu (Mohd Rashid Md Idris, 2011:80). Begitu juga dengan pantun Cocos yang memiliki dan mempunyai fungsi pada masyarakat seperti dalam upacara perkahwinan dan keraian. Pantun digunakan dalam menghubungkan setiap upacara dalam majlis pembuka bicara dan penutup majlis. Namun

(15)

125

begitu, pantun Cocos turut mempunyai fungsi mendidik dengan memberi nasihat sambil berhibur kepada masyarakat pendengarnya.

Menerusi penelitian pengumpulan data yang dilakukan terhadap pantun perkahwinan Cocos telah dikesan penggunaan diksi dan frasa yang banyak berkenaan dunia maritim. Maritim adalah berkaitan dengan laut termasuklah yang berhubungan dengan pelayaran serta perdagangan di laut. Ia turut melibatkan pelayaran di persekitaran laut (Pauline Bunce, 1993). Perkara ini sangat berkait dengan penghijrahan awal orang Cocos, dari Pulau Cocos sehingga sampai ke tanah besar (Sabah). Penempatan awal mereka juga di sekitar pulau telah memungkinkan mereka mengaitkan unsur tersebut pada baris pantun yang sering kali dihasilkan. Pengalaman yang dilalui itu telah dijadikan sumber inspirasi mereka untuk mencipta pantun. Keindahan bahasa dalam pantun Cocos terserlah dengan penggunaan perkataan seperti laut, kapal, tali kemudi, kepiting (ketam), ikan, batu karang, pasir mayang dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, terbukti dalam pantun Cocos terkandung tiga unsur maritim yang ditemukan pada rangkap pengucapannya, iaitu persekitaran laut, isi laut dan peralatan pelayaran.

Berdasarkan teori Muhammad Haji Salleh, iaitu ‘dunia terbelah dua’ telah membuktikan pantun Cocos mempunyai persamaan dengan apa yang dijelaskan oleh beliau.

Unsur alam telah melengkapkan baris pembayang dalam pantun tersebut.

Walaupun penyampaian pantun perkahwinan Cocos menggunakan bahasa Melayu seperti pantun Melayu lain, tetapi keunikannya terserlah apabila menggunakan sebutan dan intonasi dan loghat percakapan orang Cocos. Kelainan inilah telahmembuktikan pantun Cocos mempunyai perbezaan dengan pantun Melayu. Pemilihan diksinya juga kadang- kadang menggunakan frasa Cocos seperti inggu, pancor, ancur, sekaya, matang, waja dan indung dapat menambat hati semua orang. Hal ini terbukti berdasarkan data yang dikutip semasa turun ke lapangan bertemu informan. Oleh hal yang demikian, pemilihan dan pemakaian diksi dunia maritim saling berkait rapatpemakaiannya sehingga terserlah pada pantunnya dengan menyebut unsur-unsur tersebut. Dunia maritim ini biasa ditemukan dalam baris pembayang pantun seperti persekitaran laut, isi laut dan peralatan pelayaran.

(16)

126 Persekitaran Laut

Dunia maritim yang sangat luas meliputi persekitaran laut dan kelautan. Memandangkan kedudukan Pulau Cocos Keeling sendiri merupakan sebuah pulau, tidak mustahil jika persekitaran laut menjadi alam yang mewarnai budaya dan bahasa mereka. Menerusi pantun perkahwinan, dunia kelautan memperlihatkan wujudnya perkataan-perkataan seperti kuala, laut, pulau, pasir, pantai dan sebagainya. Contoh pantun berikut,

Kuala rumah di laut Simpan jarket dalam peti Emak bapak bercakap jangan disaot

Merasa susah di dalam aati

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Frasa ‘kuala’ dan ‘laut’ telah memberikan gambaran secara terus terhadap masyarakat Cocos yang sentiasa menggunakan laut sebagai tempat utama untuk mendapatkan sumber makanan seperti ikan, sotong, ketam dan sebagainya. Masyarakat Cocos pada masa itu bergantung dengan hasil laut sebagai sumber makanan dan pendapatan harian mereka semasa di Pulau Cocos. Rangkap pantun ini menjelaskan tentang nasihat yang diberikan oleh ibu bapa agar kita sebagai anak-anak sentiasa patuh dan taat kepada mereka. Jangan sekali-kali menentang atau berpaling dengan nasihat yang diberikan kerana dikhuatiri kita akan menderhaka kepada mereka.

Hujung pulu (pulau), pulu (pulau) labu Mintakan saya buah pacetan Orang pulu (pulau) jangan suka mengadu

Kalau mati menjadi setan (syaitan)

(Haji Romtie bin Itla, 81 tahun)

Rangkap pantun ini telah menggunakan frasa ayat dibaris pertama pembayang, iaitu

‘hujung pulu (pulau), pulu (pulau) labu,’ telah mengaitkan diksi pulau sebagai melengkapi rangkap pantunnya. Inilah pendekatan yang digunakan oleh masyarakat Cocos, sebagai masyarakat maritim kerana menggunakan diksi ‘pulau’ untuk melengkapi pantun mereka.

Bukan sekadar Pulau Cocos menjadi tempat tinggal orang Cocos, tetapi pelbagai jenis pulau

(17)

127

lain yang terdapat di sekitar itu dengan nama panggilan mengikut orang Cocos seperti Pulu (pulau) Lampang Kecil dan Besar, Pulu (pulau) Belekok, Pulu (pulau) Cempelok dan Pulu (pulau) Panjang. Maksud rangkap pantun telah menjelaskan bahawa masyarakat yang tinggal di pulau jangan sesekali suka mengadu dan menceritakan tentang keburukan orang lain. Ia dikhuatiri apabila mati mereka akan menjadi syaitan kerana telah melakuakan perbuatan yang tidak baik semasa hidup mereka.

Pulu (pulau) panjang pasirnya putih Tempat kepiting menggali lobang (lubang)

Tidak gampang cinta dikasih Ibarat jantung bunganya kembang

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Perkataan ‘Pulu (pulau) Panjang pasirnya putih,’ telah mengaitkan nama tempat yang pernah didiami dan disinggahi oleh orang-orang Cocos, suatu ketika dahulu.

Kewujudan pulau ini menjadi tempat yang istimewa oleh masyarakat Cocos pada masa tersebut. Tempat ini juga menjadi permainan dan tempat mencari sumber makanan bagi mereka kerana dalam baris frasa kedua rangkap pembayang, iaitu ‘tempat kepiting menggali lubang,’ merupakan hasil tangkapan yang sering mereka lakukan.

Anak kumbang terayap-rayap Anak inggu di arus deras Mau terbang tidak beresayap

Kena digoda terlalu keras

(Hajah Arsie bin Bidol, 77 tahun)

Maksud rangkap pantun ini menjelaskan tentang pasangan kekasih yang ingin bertemu tetapi tidak tercapai disebabkan jarak yang membataskan pertemuan mereka.

Kerinduan di antara pasangan ini digambarkan tidak dapat dibendung lagi kerana sudah lama tidak berjumpa. Penggunaan frasa ‘arus deras’ merapatkan dunia maritim dengan masyarakat Cocos. Bukan sahaja semasa di negara asal mereka kerap melihat arus yang deras, tetapi perjalanan pelayaran mereka yang mengambil masa bertahun-tahun telah

(18)

128

menemukan pelbagai bencana alam seperti ribut. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan inspirasi buat mereka menghasilkan pantun di atas pengalaman yang dilalui itu.

Ukir-ukir batu dirata Padi di rakit makanan kuda

Pikir-pikir dirasa-rasa Hati yang sakit belumkan suda

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Kain yang kotor sudah dibilas Mari dijemur di atas batu

Budi tuan tidak terbalas Kami serahkan pada Tuhan yang satu

(Arsah binti Bidol, 77 tahun)

Dalam rangkap pantun pertama menjelaskan tentang seseorang yang membuat keputusan dalam dirinya. Pelbagai perkara positif dan negatif yang bermain dalam fikirannya agar dia membuat keputusan. Namun, penilaian yang dia lakukan kadang-kadang membuatkan fikirannya tidak menentu dan tidak boleh membuat keputusan. Frasa ‘batu’

menjadi satu pelengkap yang baik di dalam pantun ini. Objek batu sering menjadi tempat orang-orang Cocos ketika mencuci kain. Keakraban ini jelas menunjukkan masyarakat Cocos masih terikat dengan dunia maritim, biarpun batu hanyalah objek yang terdampar di tepi pantai atau di dasarnya. Namun, pemantun sangat bijak menggunakan perkataan ini sebagai melantunkan pantun kepada pendengarnya.

Begitu juga dengan rangkap pantun kedua masih menggunakan diksi ‘batu’ sebagai penghubung antara kain dengan dibilas, lalu kain tersebut dijemur di atas batu. Melihat kepada sejarah masyarakat Cocos yang melalui pelayaran dan sering kali singgah di tepi pantai pasti akan mencuci dan menjemur kain di atas batu. Pendekatan pantun sangat mirip dengan masyarakatnya dengan dunia sebenar sebagai perantau yang melalui fasa kehidupan yang perit sebelum sampai ke tanah besar(Borneo).

Jalan-jalan sepanjang jalan

(19)

129

Air di pancur sungiknya (sungai) dalam Dari dipandang baikkan jangan Bikinlah ancur (hancur) ati di dalam

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Keakraban masyarakat Cocos dengan dunia maritim pada pantun, iaitu tertulis pada baris kedua pembayang ‘air di pancur sungiknya (sungai) dalam,’ membuktikan orang Cocos menjadikan sungai tempat bergantung dalam kehidupan harian sebagai sumber makanan dan minuman serta mencuci kain dan mandi pada setiap hari. Simpanan air di rumah yang tidak pernah mencukupi telah menyebabkan masyarakat Cocos pergi ke sungai hampir setiap hari. Hal ini berlarutan sehingga mereka tiba di Borneo yang sentiasa kekurangan bekalan air bagi menjalani kehidupan harian.

Dari langit Kuala Tinggi Singgah berlabuh di Tanjung Jati

Cari jangan melayang tinggi Kerna (kerana) budi di bawa mati

(Haji Romtie bin Itla, 81 tahun)

Berdasarkan pantun ini, menjelaskan penggunaan rangkap pantun dalam dunia maritim dengan menyebut frasa ‘Kuala Tinggi’ dan ‘Tanjung Jati.’ Penggunaan nama tempat ini dapat dikaitkan dengan persekitaran lautan yang merujuk kepada tempat. Baris pertama dan kedua pembayang pantun, iaitu ‘dari langit Kuala Tinggi’ dan ‘singgah berlabuh di Tanjung Jati,’ dapat menceritakan masyarakat Cocos yang belayar menaiki kapal dan singgah disetiap perhentian seperti Kuala Tinggi dan Tanjung Jati dengan tujuan untuk berehat seketika. Makna pantunnya dikisahkan bahawa impian dan hajat seseorang untuk memiliki apa yang dikehendakinya haruslah berpandukan kebaikan budi kerana ia dikenang sampai ke mati.

Orang Kedah membawa kelapa Membawa kelapa dari padu

Ini malam kita berjumpa Mungkin hatiku merasa rindu

(20)

130

(Haji George, 2016)

Kelapa merupakan salah satu tanaman asas masyarakat Cocos semasa mendiami negara asal mereka. Ia juga menjadi sumber pendapatan dan menjana ekonomi masyarakat Cocos pada masa itu. Malah, Pulau Cocos juga telah digelar sebagai Pulau Kelapa kerana kawasannya yang terdapat banyak buah dan pokok kelapa ditanam (Pauline Bunce, 1993).

Mengutip dan mengopek buah kelapa merupakan pekerjaan masyarakat Cocos pada masa tersebut. Dapat dikaitkan dunia maritim dengan kelapa kerana kedudukan pokok kelapa yang ditanam sekitar pulau sebagai sumber pendapatan.

Bunyi guntur di atas langit Ombak memecah kolong dunia

Pintu kubur duduk menangis Ingat seksa dalam dunia

(Haji Romtie bin Itla, 81 tahun)

Pemilihan kata ‘ombak’ jelas menunjukkan masyarakat Cocos sangat dekat dengan dunia maritim. Ombak yang menghempas ke pantai, sering kali mengingatkan kita kepada Pulau Cocos kerana kedudukan pulau yang dikelilingi laut dan tempat bermain masyarakat Cocos ketika senggang. Pelayaran mereka sewaktu meninggalkan pulau itu, selalu menyaksikan laut yang bergelora dan ombak yang tidak pernah berhenti menghempas ke pantai. Ini juga menggambarkan betapa perit dan sengsaranya masyarakat Cocos ketika melalui kehidupan sebagai pelayar yang berhenti dari satu tempat ke tempat lain.

Isi Lautan

Dalam dunia maritim juga turut memperlihatkan isi laut sebagai pelengkap kepada pantun perkahwinan Cocos. Pemantun menggunakan daya imaginasi dan kreativiti mereka dalam setiap penghasilan baris pantunnya. Hal ini bukan sahaja berkait rapat dengan persekitaran tempat tinggal mereka tetapi juga berkaitan dengan hasil tangkapan yang mereka peroleh untuk sara diri selain daripada bertani. Sungguhpun orang Cocos kini tinggal di daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Pamoldan terlibat dalam aktiviti pertanian atau penanaman kelapa, namun penghasilan pantun yang diturunkan dari generasi yang pernah tinggal di

(21)

131

Pulau Cocos masih menjadi milik mereka. Pengekalan ini turut memperjelaskan bahawa alam maritim masih menjadi satu pilihan untuk membina struktur pembayang pantun.

Sebagaimana pantun Melayu yang lain, perkataan yang seringkali digunakan antaranya adalah seperti anak udang, ikan sembilang, ikan todak, dan karang. Semua ini dijumpai dalam pantun perkahwinan Cocos.

Buang batu timbul kelapa Anak udang di Pasir Mayang

Buang satu tidak mengapa Orang bujang banyak yang sayang

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Penggunaan ayat dalam baris kedua pembayang ‘Anak udang di Pasir Mayang,’

telah merapatkan lagi hubungan dunia maritimdengan pantun Cocos. Anak udang merupakan hidupan yang tinggal di laut dan merupakan salah satu sumber makanan terutama masyarakat Cocos. Pasir Mayang membawa maksud oleh orang Cocos adalah

‘pasir putih.’ Ia diwujudkan dalam rangkap pantun ini kerana pemantun atau masyarakat Cocos kerap bermain di tepi pantai dan menyudahkan pelbagai urusan. Dalam rangkap pantun ini dapat dikesan penggunaan isi laut di dalam dunia maritim.

Pucuk pauh bidara batu Ikan sembilang di tapak tangan

Biarlah jauh di negeri Satu Hilang di mata di hati jangan

(Haji Mydin bin Salam, 67 tahun)

Frasa ‘ikan sembilang’ yang digunakan pada rangkap pantun ini lebih merapatkan hubungan masyarakat Cocos dengan dunia maritim. Perkaitan antara ikan sebagai hidupan di laut sudah menjadi sebati dengan orang Cocos. Kepelbagaian jenis diksi seperti ‘ikan’

yang dimuatkan dalam pantun Cocos, akan dapat mewarnai kepadatan pada maksud pantun disamping sarat dengan maknanya. Secara dasarnya, pantun ini bukan setakat mirip malah seringkali didapati dalam pantun Melayu. Oleh itu, kajian ini turut mendapati bahawa adaptasi dan pengekalan pantun Melayu Nusantara wajar berlaku dalam pantun Cocos dan

(22)

132

tidak mustahil ia dianggap sebagai milik bersama masyarakat Cocos yang menghuni dan pernah melalui alam maritim Nusantara Melayu.

Anak ikan dimakan ikan Buah sekaya matang mereka

Bisa makan bisa simpan Ada rahsia jangan dibuka

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Rangkap pantun pada baris pembayang menggunakan ayat ‘anak ikan dimakan ikan,’ turut memperlihatkan keakraban masyarakatnya dengan hidupan laut sama ada sebelum berhijrah, mahupun selepas mereka merantau ke Borneo. Penggunaan frasa ayat ini juga memberi satu perkaitan yang dimiliki antara baris pembayang dan baris maksud pantun.

Ikan merupakan hidupan yang paling kerap mereka lihat selain lautan yang terbentang luas.

Maksud pantun ini membawa erti segala apa yang kita dengar dari mulut orang lain mestilah pandai simpan dan jangan sekali-kali menyampaikan kepada orang lain. Hal ini memperlihatkan sifat seseorang dalam menjaga hubungan kerana dia pandai menyimpan rahsia yang diamanatkan kepadanya.

Anak miskin orang melarat Minum air sambil dijaga Ikan di laut asam di darat Dalam waja (kuali) ketemu juga

(Hajah Arsie bin Bidol, 77 tahun)

Rangkap pantun tersebut masih menggunakan diksi ‘ikan’ dan ‘laut’ sebagai penghubung perjalanan kehidupan masyarat Cocos pada dunia maritim. Dipercayai bahawa peribahasa turut mewarnai pantun Cocos dengan mengaitkan dunia maritim sebagai pelengkap pada pantunnya. Walaupun hakikatnya peribahasa ini terdapat di dalam masyarakat Melayu, tetapi masyarakat Cocos turut mengangkat dan melengkapkan peribahasa tersebut pada baris pantun dengan keistimewaan sebutan dan intonasi ketika pantun dilantunkan. Rangkap maksud pada pantun ini menjelaskan walaupun jauh dan mengharungi dugaan dan cabaran, namun kalau sudah jodoh pasti bertemu akhirnya. Pantun

(23)

133

ini sesuai ditujukan kepada pasangan yang sedang bercinta. Dapat dikesan baris ketiga maksud pada pantun ini, iaitu ‘ikan di laut asam di darat’ menunjukkan kejanggalan terhadap struktur pantun kerana frasa ayat tersebut sepatutnya berada dalam baris pembayang pantun dan bukannya berada dikedudukan maksud pantun. Walaupun agak pelik struktur pantun ini, tetapi ia mempunyai persamaan rima a/b/a/b dan maksud pantunnya sangat jelas.

Singapura dilanggar todak Buat menanda batang pisang Orang tua menyuruh (mengarahkan) tidak

Ibarat bulan pagarnya bintang

(Arsah binti Bidol, 77 tahun)

Perkataan ‘todak’ mewakili sejenis ikan yang biasanya dijadikan oleh orang-orang Cocos sebagai ‘keropok ikan merah’ yang menjadi makanan dan sumber pendapatan mereka sejak berzaman lamanya. Tidak dinafikan pemantun mendapat inspirasi mencipta dan melantunkan pantun ini kerana dikelilingi oleh persekitaran penghasilan dan pembuatan

‘keropok ikan merah.’ Secara tidak langsung diksi ‘todak’ menjadi pertalian antara dunia maritim dengan masyarakat Cocos yang sangat erat perhubungannya.

Jalan-jalan di atas karang Orang memburu di tengah hutan

Tidak sayang jiwaku hilang Kerna (kerana) anakku saya turutkan

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Dalam rangkap pantun ini menjelaskan pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Sebagai ibu bapa, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kebahagiaan anak mereka. Perkaitan baris pembayang dan maksud sangat memberi makna kepada keseluruhan rangkap pantun Cocos. Penggunaan perkataan ‘karang’ turut menjadi pilihan kepada pemantun ketika mencipta pantun sambil mengaitkan dunia maritim sebagai pelengkap pantun yang dihasilkan.

(24)

134 Peralatan Pelayaran

Perjalanan yang jauh ketika berhijrah dari Pulau Cocos sehinggalah sampai ke tanah besar (Borneo)menyebabkan orang Cocos menimba banyak pengalaman di atas kapal. Namun, tidak mustahil pemakaian dunia maritim pada rangkap pantun mereka mengaitkan persekitaran yang terdapat di atas kapal tersebut, seperti frasa perahu belayar, kapal dagang, patah tiang dan tali kemudi. Lihat contoh ini,

Hujan ribut perahu belayar Tinggal satu belayar pulang Hidup di dunia mesti belajar Di dalam kubur tinggal seorang

(Bahdie binti Itla, 76 tahun)

Berdasarkan rangkap pantun ini menjelaskan tentang kehidupan manusia di dunia seharusnya memiliki ilmu dunia dan melengkapkan diri dengan ilmu akhirat. Ilmu dunia untuk kesenangan dan kemewahan menjalani kehidupan harian bersama keluarga. Memiliki ilmu akhirat bagi orang Islam adalah melengkapkan diri dengan ilmu agama bagi persiapan di akhirat kelak. Penggunaan frasa ‘perahu belayar’ dapat dikaitkan dengan dunia maritim masyarakat Cocos yang pernah melalui pelayaran ketika memulakan penghijrahan dari maritim asal mereka iaitu Pulau Cocos.

Jauh-jauh kapal dagang Patah tiang tali kemudi

Jauh-juh Isa datang Ingatkan Ila, Isa kemari

(Hajah Arsie bin Bidol, 77 tahun)

Gambaran dalam rangkap pantun yang ditunjukkan ini adalah memperlihatkan perjalanan ‘kapal dagang’ yang melalui lautan yang penuh cabaran dan dugaan oleh orang Cocos ketika memulakan pelayaran, sebelum sampai ke Borneo yang dibawa oleh orang putih. Kedudukan masyarakat Cocos pada masa itu juga seperti dagang yang mencari haluan hidup (Wan Hashim Wan The & A. Halim Ali, 1999). Pengisahan pantun ini

(25)

135

dikaitkan dengan hubungan persahabatan atau percintaan antara kekasih dalam menjalinkan perhubungan. Pelbagai ranjau yang dilalui untuk menyatukan mereka sebagai suami isteri.

Frasa ayat dalam baris pertama dan kedua pembayang pantun, iaitu ‘jauh-jauh kapal dagang, patah tiang tali kemudi,’ merupakan perkaitan dengan dunia maritim masyarakat Cocos.

Jauhlah jauh si kapal dagang Patah tiang tali kemudi Walaupun jauh kita pun datang

Ingatkan tuan yang baik hati

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Patahlah tiang tali kemudi Pergi memancing ikan tengiri Jika tak ingat tuan yang baik hati

Manakan kita sampai kemari

(Haji Romtie bin Itla, 81 tahun)

Jauhlah jauh si kapal dagang Membawa kayu bunga selasih Sanak saudara yang sudah datang

Kami ucapkan berterima kasih

(Haji Romtie bin Itla, 81 tahun)

Berdasarkan tiga rangkap pantun tersebut, setiap pantunnya menyebutkan frasa

‘kapal dagang,’ ‘tali kemudi’ dan ‘ikan tengiri.’ Keakraban penggunaan diksi dan frasa ayat ini menunjukkan masyarakat Cocos sangat memaksimumkan dunia maritim dalam penghasilan setiap pantun mereka. Kata yang terhad, tetapi dapat mencipta pantun dengan penuh daya imaginasi mereka. Setiap pantun yang dilantunkan memiliki maksud yang berbeza bagi merujuk situasi tersebut.

Kapal Bugis memuat cita (kain) Sudah sarat belenggang lagi

Habis budi habis cinta

(26)

136

Jangan harap digendang lagi

(Haji Romtie bin Itla, 81 tahun)

Kekerapan penggunaan diksi ‘kapal’ dalam pantun Cocos telah menunjukkan keakraban masyarakatnya dengan dunia maritim kerana sering kali dijumpai penggunaan pada baris pantunnya. Kapal adalah benda biasa yang selalu dilihat dan dinaik oleh orang Cocos sama ada sebelum penghijrahan ke Borneo atau semasa berada di negara asal mereka.

Kapal merupakan salah satu pengangkutan laut yang digunakan oleh masyarakat Cocos pada masa itu.

Indung-indung kapal di tanjung Kura-kura berbulu di dada Kalaulah tidak hutan berlindung

Hari-hari berjumpa mata

(Hajah Arsie binti Bidol, 77 tahun)

Rangkap pantun tersebut menjelaskan sekali lagi penggunaan frasa ‘kapal di tanjung’ bagi membuktikan dunia maritim sangat sinonim dengan masyarakat Cocos. Tidak dapat dinafikan penggunaan diksi ‘kapal’ sangat kerap dijumpai dalam pantun Cocos. Hal ini dapat dikesan melalui proses perkahwinan Cocos semasa meminang, melamar, seminggu sebelum perkahwinan dan keramaian yang akan dijumpai pelbagai jenis pantun dilantunkan.

Kekerapan diksi ‘kapal’ dijumpai dalam proses perkahwinan dengan kepelbagaian kreativiti pemantunnya.

Gala perahu pergi ke hulu Galanya patah hanyut ke tepi

Kalau ingat masa yang lalu Air mata jatuh ke pipi

(Haji Ensley bin Donald, 2017) Rangkap pantun ini menjelaskan bahawa kehidupan yang sudah berlalu ditinggalkan, akan menjadi kesedihan kepada seseorang kerana teringat kesengsaraan yang pernah dilaluinya dahulu. Penggunaan kata dan ayat dalam baris pembayang, iaitu ‘gala perahu pergi ke hulu,’ dan ‘galanya patah hanyut ke tepi,’ seperti ada perkaitan dengan

(27)

137

maksud pantunnya. Antara pembayang dan maksud saling berkait kerana gala yang patah itu sama seperti kisah hitam yang dialami oleh seseorang sehingga menitiskan air mata kerana mengalami penderitaan. Oleh itu, pengalaman hidup telah digabungjalinkan dengan dunia maritim bagi menghasilkan pantun yang menarik.

Berdasarkan tiga unsur-unsur maritim yang ditemui dalam pantun Cocos, iaitu persekitaran laut, isi laut, dan peralatan pelayaran telah membuktikan bahawa pantun tersebut sangat mesra pada persekitaran laut. Pemantun sangat bijak dalam pemilihan diksi dan mencipta pantunnya. Pemakaian katanya bukan sewenang-wenangnya dimuatkan pada rangkap pantun tetapi mengikut keperluan dalam budaya masyarakat pengamalnya. Kajian ini membuktikan jarang-jarang dilakukan oleh penyelidik lain berkenaan pantun perkahwinan Cocos sebelum ini yang pernah dilakukan oleh Pauline Bunce (1993), Raja Masittah Raja Ariffin (2013), dan Wan Hashim Wan Teh, A.Halim Ali (1999), yang lebih memfokuskan kajian tentang sejarah dan budaya serta bahasa masyarakat Cocos di Pulau Cocos, Australia. Namun begitu, kajian berkenaan pantun sangat jarang dilakukan.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan

Pantun perkahwinan Cocos hampir sama dengan pantun Melayu. Faktor persekitaran dan dunia alam Melayu yang melibatkan penghijrahan dan sebagainya tidak mustahil pantun diasimalisi atau dipengaruhi antara satu sama lain. Ini jelas orang Cocos yang memulakan penghijrahan dari negara asal, iaitu Pulau Cocos dan seterusnya hidup dalam pelayaran serta berpindah randah telah menyebabkan mereka mengutip pelbagai pengalaman yang dilihat dan diperhatikan. Lantaran itu, mereka dapat mencipta dan melantunkan pantun dengan cara mereka tersendiri. Pantun Cocos yang dilantunkan oleh penuturnya iaitu memiliki keunikan yang tersendiri kerana menggunakan intonasi dan sebutan bahasa Cocos dengan gaya tersendiri. Walaupun orang tua-tua Cocos tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi, namun mereka mampu mencipta pantun dengan pelbagai variasi. Pemakaian pemilihan kata yang berkait dengan dunia maritim dapat membuktikan masyarakat Cocos juga memiliki daya fikir dan imaginasi yang sangat tinggi. Hampir keseluruhan pantun mereka banyak berkait dengan dunia maritim. Ini terbukti apabila hasil pengalaman lalu sama ada pahit atau

(28)

138

manis, telah digabungkan dalam satu idea yang padat untuk membentuk pantun yang sempurna. Demikian seperti yang diperkatakan oleh Muhammad Haji Salleh (2000) bahawa pengalaman itu sangat penting untuk diungkapkan dalam rangkap pantun kerana sering mengaitkan unsur alam.

Cadangan Kajian

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ini, mendapati keunikan dan kelainan yang terdapat dalam pantun masyarakat Cocos di Sabah. Pemaparan unsur-unsur maritim dalam pantunnya telah memperlihatkan keakraban dengan alam kehidupan mereka. Unsur-unsur maritim yang terkandung dalam pantun Cocos setelah kajian dilakukan menemukan pada rangkap pantunnya seperti persekitaran lautan, isi lautan dan peralatan pelayar. Kepada para pengkaji yang ingin mengenali secara mendalam berkaitan masyarkat Cocos yang terdapat di Negeri Sabah berkaitan pantun perkahwinannya, disarankan agar meneruskan penyelidikan kerana terdapat banyak perkara yang boleh diperoleh dalam masyarakat tersebut. Bukan sekadar unsur maritim yang ditemukan dalam pantun Cocos, tetapi tidak ketinggalan juga unsur flora dan fauna, pemakaian lenggok bahasa, imej dan makna serta banyak lagi yang masih boleh dikaji. Keunikan pantunnya telah berakar umbi sejak di negara asal yang menjadikan pantun sebagai aktiviti dalam perkahwinan dan bersenda gurau ketika berkumpul bersama keluarga.Bukan sekadar keunikan pantun perkahwinannya yang dipaparkan tetapi tarian dan masakan juga tidak kurang hebatnya.

(29)

139 RUJUKAN

Light Nanis. 2011. Masyarakat Cocos, Kota Kinabalu:Perpustakaan Negara Malaysia, Print Options.

Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional, Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi.

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Rashid Md Idris. 2011.Nilai Melayu Dalam Pantun.Tanjung Malim, Perak:

Penerbit Universiti Sultan Idris.

Noor Risma Salfina Muhammad Rozali. 2006. Etnik di Sabah. Selangor: Penapro Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan.

Paulince Bunce, Penterjemah Padila Haji Ali. 1993. Kepulauan Cocos (Keeling), Masyarakat Melayu di Australia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Raja Masittah Raja Ariffin. 2013. Bahasa dan Budaya, Masyarakat Melayu, Di Pulau Cocos, Australia. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Subiah Lateh, Kalazan Rabika & Mohd. N. Kabul. 1973. (Reprinted form Malaysia In History,Vol.XVI, No. 2) Sejarah dan Kebudayaan Suku Kaum Cocos, Kementerian Kebudayaan.

Wan Hashim Wan Teh, A. Halim Ali. 1999. Rumpun Melayu Australia Barat.

Selangor:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

INFORMAN

Arsah binti Bidol (77 tahun), dikediaman Kampung Skim Cocos, Kunak.

Arsie binti Bidol (77 tahun), dikediaman Kampung Balung Cocos, Tawau.

Bahdie binti Itla (74 tahun), dikediaman Kampung Balung Cocos, Tawau.

Bakrin bin Wilson (67 tahun), dikediaman Kampung Balung Cocos, Tawau.

Jengkie bin Isman II (86 tahun), dikediaman Kampung Skim Cocos, Kunak.

Romtie bin Itla (81 tahun), dikediaman Kampung Balung Cocos, Tawau.

Mydin bin Salam (78 tahun), dikediaman Kampung Skim Cocos, Kunak.

Norini binti Wawassie (67 tahun), dikediaman Kampung Skim Cocos, Kunak.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

S-P: Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi.. Dalam pantun 488, baris pertama dan kedua pembayang maksud pantun menunjukkan ayat-ayat yang terdiri daripada

(Pembayang: Cecair sejuk untuk kitaran unggul wap-mampatan melalui mampatan isentropik di dalam pemampat' penambahan haba pada tekanan malar di dalam alat kondensasi,

Therefore, the aim of the present study is to characterize the durability and mechanical properties of foamcrete reinforced with cocos nucifera linn fibres (CNF) as well as

Berdasarkan contoh-contoh pantun, bincangkan kekuatan pertautan unsur berkenaan dalam menyampaikan maksud pantun (Lampiran A).. Mantera masih mempunyai hubungan mistik dan

Apa yang menarik dalam pantun ini juga kerana keempat- empat baris pantun pembayang dan maksud telah menggunakan perulangan frasa “kalok” iaitu yang bermaksud “kalau.”

Keputusan yang diperolehi di-dalam Bahagian 4.2 hingga 4.4 di dalam Bab 4 telah membuktikan bahawa penggLU1~an 21 jenis spesis alga yang hadir di dalam air sungai yang digunakan

Walau apa pun kaedah yang digunakan, matlamat kaedah ini adalah untuk menyukat halaju purata di dalam keratan rentas sungai pada aras air tertentu di dalam sungai

organik  yang  berada  di  dalam  air  sungai  yang  tercemar.  Bakteria  ini  akan . bergantung  di  sepanjang  permukaan  biomedia  (attach  growth)