• Tiada Hasil Ditemukan

View of Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarahan Murid Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarahan Murid Sekolah"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarahan Murid Sekolah

(Counselling Intervention in Managing School Students’ Anger)

Nor Shafrin Ahmad*1

1 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

*Pengarang Koresponden: sham@usm.my

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemarahan merupakan emosi yang sering dialami setiap individu hasil tindak balas kepada punca kemarahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti i) teori yang digunakan dalam menangani kemarahan murid dan ii) strategi, kemahiran dan teknik digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani kemarahan murid. Reka bentuk kajian ialah secara tinjauan dengan melibatkan seramai 179 orang guru-guru bimbingan dan kaunseling yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Sampel guru terlibat adalah daripada sekolah di empat buah negeri di zon utara Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Dapatan dianalisis secara analisis tematik iaitu dengan mengenal pasti tema dan sub tema utama. Keputusan menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling menggunakan Teori Pemusatan Insan, Teori Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori Gestalt dan Teori Realiti semasa mengendalikan isu kemarahan murid. Majoriti didapati menggunakan pendekatan Kognitif Tingkah laku. Strategi digunakan ialah seperti kaunseling individu, bimbingan, kerohanian serta lawatan ke rumah murid. Manakala kemahiran asas kaunseling yang digunakan dalam mengendalikan kes kemarahan murid ialah kemahiran mendengar, memujuk, memberi perhatian serta membina hubungan mesra atau rapport. Teknik yang digunakan pula ialah menstrukturkan semula kognitif, relaksasi, terapi seni, main peranan serta kerusi kosong. Dapatan kajian ini menunjukkan kepelbagaian teori, strategi, kemahiran dan teknik yang diaplikasikan guru bimbingan dan kaunseling bagi membantu murid menangani kemarahan. Intervensi pelbagai yang dipraktikkan ini memerlukan usaha dan komitmen guru yang tinggi bagi membantu murid menangani kemarahan mereka secara optimum.

Kata kunci: intervensi kaunseling, kemarahan, murid, guru bimbingan dan kaunseling

Abstract: Anger is an emotion that is often experienced by every individual as result of responding to the cause of anger. The aim of this study is to identify i) theories used in dealing with student anger, and ii) strategies, skills and techniques used by guidance and counselling teachers in dealing with student anger. The research design of the study was by survey involved a total of 179 guidance and counselling teachers selected through purposive sampling. The sample of teachers involved came from schools in four states in the northern Peninsula of Malaysia, namely Perlis, Kedah, Penang, and Perak. The data collected were analysed by thematic analysis, which identified key themes and sub-themes. The results showed that guidance and counselling teachers used Person Centred Theory, Behaviour Theory, Rational Emotional Behaviour Theory, Gestalt Theory and Reality Theory in managing students’ anger issues. The majority were found to use the Cognitive Behaviour approach. The strategies used were individual counselling, guidance, spirituality, and home visit. While the basic counselling skills used to manage students’ anger were listening, persuading, paying attention and rapport.

(2)

The techniques used were cognitive restructuring, relaxation, art therapy, role-playing and empty chair. The findings of this study showed a variety of theories, strategies, skills, and techniques used by guidance and counselling teachers to help students deal with anger. The various interventions that have been carried out require the efforts and commitment of teachers to help students deal with their anger in an optimal way.

Keywords: counselling intervention, anger, students, guidance & counselling teacher _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kemarahan merupakan satu bentuk emosi asas yang dialami setiap individu dalam kehidupan seharian akibat tindak balas terhadap provokasi (Mabry & Kiecolt, 2005). Kemarahan wujud apabila berlakunya ancaman terhadap personaliti, dilayan secara tidak adil, dihalang daripada mendapat sesuatu yang diingini, atau dipersalahkan atas sesuatu tindakan yang telah dilakukan.

Kassinove (2009) melihat kemarahan sebagai perasaan dalaman yang mempunyai tahap psikologi negatif, mengandungi elemen kognitif dan biologi, serta kerap berubah tanpa mengira masa. Menurut Videbeck (2011), kemarahan adalah emosi normal yang tidak selesa serta mampu menghasilkan emosi yang kuat untuk bertindak balas terhadap punca kemarahan.

Malahan kemarahan berlaku akibat daripada kekecewaan dengan perkara yang tidak rasional (Fives et al., 2011).

Kemarahan juga menjadikan seseorang itu bersifat agresif secara fizikal (Fives et al., 2011).

Kemarahan memberi kesan kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang murid.

Individu yang tidak dapat melepaskan kemarahan menyebabkan berlakunya kemurungan, malu kerana rasa bersalah, kebimbangan atau keletihan (Tavris, 1989). Kemarahan juga merupakan penyebab kepada peningkatan dalam kecenderungan untuk membunuh diri (Goldney et al.

1997). Lehnert et al. (1995) menyatakan bahawa perbezaan di antara remaja yang ingin membunuh diri dan tidak ialah melalui kemampuan mereka untuk menghadapi emosi negatif terutamanya perasaan murung dan marah.

Dalam usaha membantu remaja dan murid sekolah menangani kemarahan, intervensi yang sesuai adalah penting. Intervensi merupakan kaedah atau campur tangan yang digunakan dalam menangani sesuatu isu. Intervensi dalam proses bimbingan dan kaunseling boleh merupakan sesi kaunseling sama ada sesi secara individu mahu pun kelompok. Sesi secara individu melibatkan seorang pelajar atau klien. Manakala sesi secara kelompok melibatkan dua atau lebih pelajar atau klien yang terlibat dalam proses sesi kaunseling. Dalam konteks intervensi pengurusan kemarahan, pelbagai teknik dan terapi kaunseling boleh diaplikasikan bagi membantu remaja menguruskan amarah. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk mengendalikan sesi kaunseling. Empat pendekatan utama dalam kaunseling ialah pendekatan Psikodinamik, Humanistik, Kognitif Tingkah Laku dan Pasca Moden seperti terapi Brief. Berdasarkan keperluan kepada intervensi dalam menangani kemarahan, maka artikel ini akan membincangkan mengenai intervensi kaunseling dalam menangani kemarahan murid.

Justeru, objektif kajian ialah untuk mengenal pasti:

1) Teori yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani kemarahan murid.

(3)

2) Strategi, kemahiran dan teknik digunakan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani kemarahan murid.

2. Ulasan Kajian Lepas

Kemarahan Murid

Kemarahan adalah antara perasaan asas yang ada pada setiap manusia. Ia sukar difahami kerana individu akan mempunyai perasaan berbeza sama ada lega dan gembira mahupun sedih dan tertekan selepas meluahkannya. Kemarahan sering kali berlaku sebagai tindak balas kepada perkara yang tidak diingini yang dilihat sebagai kurang ajar, menghina, mengancam atau lalai.

Menururt Lewis (2010), Fischer dan Evers (2010) kemarahan timbul dalam kalangan kanak- kanak yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran serta pada masa yang sama merasakan bahawa matlamat mereka telah disekat. Merujuk kepada Ariyabuddhiphongs, (2014), kemarahan timbul daripada individu yang berasa tidak puas hati atau takut apabila terdapat ancaman terhadap diri sendiri atau terhadap orang yang tersayang, dan apabila wujudnya ancaman untuk berpisah dengan objek atau orang yang mereka sayang. Kemarahan juga berlaku akibat provokasi interpersonal (Novaco, 2016). Kemarahan dialami oleh setiap individu tidak kira jantina, bangsa dan sebagainya. Fischer dan Evers (2010) menyatakan tendensi untuk orang lelaki dan perempuan marah adalah sama walaupun berbeza jantina.

Namun terdapat juga kajian yang menyatakan sebaliknya. Menurut Budziszewska dan Hansen (2019), lelaki didapati lebih sukar mengawal diri dan agresif, sementara wanita mengalami kemarahan yang berpanjangan akibat penilaian kendiri negatif.

Kemarahan dialami setiap individu dalam setiap peringkat umur. Perkara yang mencetuskan kemarahan kepada setiap orang adalah unik. Nay (2004) menyatakan bahawa kemarahan berpunca akibat daripada perkara yang dipelajari semasa kanak-kanak yang mengharapkan sesuatu daripada diri sendiri, orang lain dan juga persekitaran. Menurut Faupel, Herrick dan Sharp (2017), kemarahan dalam kalangan remaja disebabkan oleh keinginan dan keperluan yang belum dipenuhi. Murid sekolah yang merupakan remaja mudah mengikut gerak hati dan terdedah kepada kemarahan, seterusnya melakukan perbuatan jahat akibat daripada kemarahan yang tidak dapat dikawal. Kajian Coles et al. (2002) menyatakan bahawa kemarahan dalam kalangan remaja disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap sikap rakan sebaya, tingkah laku pasangan, dan kawalan guru dan ibu bapa. Menurut Coles et al., golongan remaja sering marah dan memberontak kerana perlunya kebebasan daripada kawalan orang dewasa. Isu buli yang hangat diperkatakan kini dalam kalangan murid sekolah merupakan antara isu akibat daripada kemarahan.

Terdapat dua jenis kemarahan iaitu kemarahan sementara (state) dan trait. Kemarahan sementara muncul akibat situasi tertentu dan intensitinya bergantung kepada tahap serangan, ketidakadilan, atau kekecewaan yang dipersepsikan individu. Manakala kemarahan trait muncul dalam karateristik individu dan konsisten ditunjukkan dalam pelbagai situasi yang mengakibatkan individu cenderung mengalami kemarahan sementara secara lebih biasa (Deffenbacher et al, 1996). Menurut Spielberger (1991), kemarahan diluahkan melalui tiga cara. Tiga cara ini ialah melalui kemarahan dalaman, kemarahan luaran dan kemarahan kawalan. Kemarahan dalaman bermaksud menahan kemarahan di bawah tekanan dan tidak meluahkannya. Manakala kemarahan luaran diungkapkan secara fizikal dengan memukul dan mencederakan objek atau menggunakan lisan dengan mengkritik, mencaci dan menyumpah.

Sementara kemarahan kawalan ditunjukkan dengan cara individu bersikap sabar, tenang, bertolak ansur dan memahami (Spielberger, 1991).

(4)

Kemarahan memberi kesan kepada individu dan sering dikaitkan dengan emosi negatif (Gardner & Moore, 2008). Dalam keadaan marah, sistem badan individu mengeluarkan hormon stres seperti adrenalin, noradrenalin dan cortisol yang menyebabkan kadar jantung, tekanan darah, suhu badan dan pernafasan meningkat. Perkara ini akan menyebabkan masalah kesihatan fizikal dan membawa kepada masalah emosi dan mental (Nordqvist, 2009).

Kemarahan yang tidak ditangani dengan baik juga penyebab kepada salah laku dan masalah delikuen dan jenayah dalam kalangan remaja (Davis, 2014). Dalam keadaan ini, intervensi yang sesuai dalam menangani isu kemarahan amatlah perlu khususnya kepada murid di peringkat sekolah lagi.

Intervensi Kaunseling

Intervensi kaunseling sama ada secara individua atau kelompok digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani isu kemarahan murid. Menurut Arslan (2010), individu menggunakan problem-focused coping dalam menyelesaikan masalah-masalah dan kemarahan pada situasi-situasi yang tertentu. Murid yang menggunakan problem-focused coping didapati berjaya mengurangi dan mengawal sifat marah; dan didapati juga tingkah laku anger-in dan anger-out yang ditunjukkan dalam ekspresi kemarahan juga berkurangan (Arslan 2010). Ariyabuddhiphongs, (2014) pula mencadangkan agar individu tidak bertindak balas terhadap provokasi semasa mengendalikan isu kemarahan. Beliau mencadangkan supaya memperlakukan orang lain dengan kebaikan, mempunyai niat yang baik untuk tidak membalas dendam dan tidak menggunakan keganasan.

Goldstein (1983) menyatakan bahawa bagi kaedah mengawal kemarahan adalah dengan melakukan latihan relaksasi. Latihan relaksasi dilakukan dengan mengaplikasi secara sistematik untuk ketegangan-pemekaan dan ketegangan-prosedur. Latihan ini digunakan bagi mencapai tahap ketenangan otot yang lebih mendalam yang terdapat dalam tiga fasa iaitu;

i) kitaran relaksasi-ketegangan (tension-relaxation cycles) ii) relaksasi (relaxation)

iii) relaksasi mendalam (deep relaxation)

Kajian menggunakan terapi seni juga didapati berkesan dalam mengendalikan kemarahan dalam kalangan murid. Kajian intervensi kemarahan dilakukan oleh Shamshul Azura Md Yusof, Nor Shafrin Ahmad, dan Rahimi Che Aman (2020) menggunakan enam sesi kaunseling melalui cara melukis, mewarna dan bermain palestesine dalam proses peluahan kemarahan remaja dan proses penyembuhan. Dapatan mereka menunjukkan bahawa, terapi seni merupakan antara alternatif yang boleh digunakan dalam menguruskan kemarahan murid di sekolah.

Selain daripada terapi seni, sorotan kajian lalu melalui pakar dalam pengurusan kemarahan seperti Kassinove dan Tafrate (2002) cenderung menggunakan pendekatan terapi Kognitif Tingkah laku (CBT). Breiner et al. (2012) juga menyatakan bahawa pendekatan seperti terapi Psikodinamik, terapi Kognitif Tingkah laku (CBT) dan terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) lebih banyak digunakan oleh psikologi dan kaunselor dalam menangani kes-kes yang berkaitan dengan isu kemarahan. Penemuan serupa juga dinyatakan oleh Norisham (2013).

Tinjauan Norisham di empat sekolah dan di tiga institusi pendidikan guru di Kuala Lumpur dan Selangor mendapati bahawa kaunselor di institusi tersebut menggunakan pendekatan CBT dan REBT dalam menguruskan kes yang melibatkan masalah kemarahan remaja.

Alternatif lain intervensi menangani kemarahan selain memfokuskan kepada pemikiran seperti dalam pendekatan CBT dan REBT ialah dengan menggunakan intervensi naratif. Perkongsiaan

(5)

cerita peribadi merupakan mekanisme perbualan yang terapeutik bagi kaunselor mengcungkil naratif personal klien (Peräkylä et al., 2008). Melalui peluahan dan perkongsiaan rasa marah ini, klien berusaha untuk mencapai kelegaan dan mengurangi kemarahan yang dialami.

Berdasarkan sorotan kajian ini, dapatlah dinyatakan antara intervensi kaunseling dalam menangani kemarahan murid dan remaja ialah melalui pendekatan seperti Kognitif Tingkah laku, Humanistik, terapi seni, peluahan secara naratif serta bimbingan yang berfokuskan masalah.

3. Metodologi

Reka bentuk kajian tinjauan secara deskriptif digunakan bagi menjawab objektif kajian.

Responden kajian merupakan guru-guru kaunseling daripada sekolah di empat buah negeri di zon utara Semenanjung Malaysia. Negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Sebelum kajian dijalankan, penyelidik telah mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentadbir soal selidik soalan terbuka. Justeru, penyelidik mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pelajaran bagi setiap negeri iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNP), Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK), Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP) untuk mendapatkan keizinan menjalankan kajian disekolah-sekolah terpilih serta memaklumkan tujuan kajian kepada guru bimbingan dan kaunseling terlibat.

Pemilihan responden adalah secara pensampelan bertujuan iaitu guru bimbingan dan kaunseling yang terlibat dalam mengendalikan kes kemarahan murid sahaja dipilih dalam kajian. Jumlah guru bimbingan dan kaunseling yang terlibat ialah seramai 179 orang iaitu 39 orang dari Perlis, 56 orang dari Kedah, 39 orang dari Perak dan 45 orang dari Pulau Pinang.

Secara keseluruhan, 74.3% adalah guru bimbingan dan kaunseling wanita dan 25.7% adalah guru bimbingan dan kaunseling lelaki yang terlibat dalam menjawab soal selidik soalan terbuka yang diedarkan. Soal selidik terbuka diedarkan kepada responden bagi memperoleh tiga maklumat utama. Maklumat diperoleh merujuk kepada demografi seperti jantina, intervensi kepada pendekatan kaunseling atau teori digunakan serta strategi, kemahiran dan teknik yang digunakan dalam menangani kemarahan murid. Dapatan dianalisis menggunakan analisis tematik bagi menjawab kedua-dua objektif kajian.

4. Dapatan

Demografi

Jumlah guru bimbingan dan kaunseling yang terlibat dalam soal selidik adalah seramai 179 orang. Mereka adalah daripada empat buah negeri di zon utara Semenanjung Malaysia.

Seramai 133 orang (74.3%) adalah guru bimbingan dan kaunseling wanita dan 46 orang (25.7%) adalah guru bimbingan dan kaunseling lelaki. Sebanyak 41.9% daripada guru ini berada di sekolah dalam bandar dan 56.4% daripada sekolah luar bandar. Seramai 69.8% guru bimbingan dan kaunseling terlibat adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bimbingan dan kaunseling daripada pelbagai universiti tempatan di Malaysia. Seramai 9.5%

mempunyai kelulusan dalam Sijil kaunseling sebagai kelulusan tertinggi dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Seramai 8.4% berkelulusan dalam peringkat Diploma Kaunseling dan seterusnya 5% mempunyai Ijazah Sarjana Kaunseling.

Berdasarkan pengalaman sebagai guru bimbingan dan kaunseling, 37.4% berpengalaman 1 hingga 5 tahun dan diikuti 27.4% berpengalaman 6 hingga 10 tahun. Kedua-dua peratusan yang tertinggi ini sekiranya dijumlahkan adalah 64.8%. Seterusnya adalah 26.8% dengan

(6)

pengalaman dalam kaunseling 11 hingga15 tahun, 4.5% dengan pengalaman 16 hingga 20 tahun dan 1.1% yang berpengalaman 21 hingga 25 tahun.

Teori digunakan dalam Intervensi Menangani Kemarahan Murid

Dapatan daripada soal selidik terbuka menunjukkan guru bimbingan dan kaunseling sekolah cenderung menggunakan lapan jenis teori kaunseling semasa mengendalikan isu kemarahan murid. Teori digunakan ialah Teori Pemusatan Insan, Teori Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori Gestalt dan Teori Realiti. Majoriti daripada guru kaunseling menggunakan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku dengan 76% memilih teori ini semasa mengendalikan isu kemarahan murid di sekolah. Teori Tingkah Laku (35.2%), Teori Pemusatan Insan (34.6%), Teori Realiti (30.2%) dan Teori Gestalt (21.2%) dipilih oleh segelintir guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan kes kemarahan murid di sekolah. Tiga teori yang tidak digunakan iaitu 91.6% responden tidak menggunakan Teori Transaksional Analisis, 88.3% tidak menggunakan Teori Psikoanalisis dan 82.7% tidak menggunakan Teori Psikologi Individu.

Strategi, Kemahiran dan Teknik Menangani Kemarahan Murid

Pelbagai jenis strategi digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling semasa mengendalikan isu kemarahan murid di sekolah. Majoriti guru bimbingan dan kaunseling di kawasan zon utara memilih strategi menggunakan sesi kaunseling individu apabila mengendalikan sesi bersama murid dengan peratusan sebanyak 95%. Selain itu, terdapat juga guru bimbingan dan kaunseling yang mengintegrasikan strategi kerohanian (69.3%) dan strategi bimbingan (63.1%) semasa mengendalikan isu kemarahan ini. Tiga jenis strategi lain yang masih digunakan ialah strategi lawatan ke rumah murid (88.8%), strategi latihan dalam kumpulan (77.1%) dan strategi kaunseling kelompok (65.9%).

Guru bimbingan dan kaunseling didapati lebih kerap menggunakan kemahiran asas dalam mengendalikan kes kemarahan murid. Antara kemahiran digunakan ialah kemahiran mendengar, memujuk, memberi perhatian serta membina hubungan mesra atau rapport.

Terdapat juga guru kaunseling yang mengajar murid dengan teknik relaksasi bagi meredakan kemarahan murid (21 orang). Murid juga diberikan bimbingan kerohanian, Antara contoh bimbingan kerohanian adalah dengan mengajar murid untuk mengambil wudhu’ dan membaca Al-Quran agar membantu jiwa murid menjadi lebih sabra Ketika dalam keadaan marah.

Berikut adalah teknik yang digunakan dalam Jadual 1:

Jadual 1: Teknik Digunakan Guru untuk Mengendalikan Kes Kemarahan Murid

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling di zon utara mengaplikasikan pendekatan Kognitif Tingkah laku (CBT) semasa membantu mengendalikan isu kemarahan

Teknik Digunakan Frekuensi (N)

Asas Kaunseling (mendengar, melayan, memujuk, memberi perhatian, rapport).

Bimbingan Kerohanian Relaksasi

Merasionalkan dan Mencabar Pemikiran Main Peranan (Role Play) Terapi Seni (Art Therapy) Kerusi Kosong (Empty Chair)

85

25 19 17 15 15 9

(7)

murid sekolah. Responden majoriti menggunakan teori Rasional Emotif Tingkah laku (REBT), teori Tingkah laku dan teori Realiti. Pendekatan kognitif tingkah laku digunakan bagi memberi tumpuan untuk mengajar murid cara menyusun semula pemikiran agar dapat menghasilkan emosi dan tingkah laku yang lebih positif dan sesuai. Teori Rasional Emotif Tingkah laku cenderung memusatkan perhatian kepada perubahan tingkah laku, walaupun pada masa yang sama aspek pemikiran dianggap sangat penting untuk distrukturkan semula secara realistik (Thompson & Rudolph, 2000). REBT secara khusus menangani kemarahan dan menganggap kemarahan ini sebagai emosi yang menjadi fisiologis setelah perasaan marah diciptakan secara kognitif (Bernard, 1984). Dapatan ini selaras dengan kajian oleh Lee Shu Chin dan Nor Shafrin Ahmad (2013). Dapatan kajian mereka yang menggunakan pendekatan CBT sebagai intervensi dalam pengurusan kemarahan terhadap 62 orang remaja yang merupakan murid sekolah menengah menunjukkan bahawa teknik menstrukturkan dan mencabar pemikiran memberi manfaat dalam menangani kemarahan. Dapatan ini juga selaras dengan McIntyre et al. (2019), yang menyatakan CBT berupaya mengurangkan kemarahan dan kesan negatif kemarahan responden. Pendekatan CBT didapati berkesan dalam mengurangi kemarahan dan sikap agresif dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Mengenal pasti strategi khusus untuk membantu kanak-kanak mengawal kemarahan juga membawa implikasi penting kepada pihak sekolah khususnya kepada guru, kaunselor, dan pentadbir untuk membantu mengurangkan tahap konflik yang menimbulkan kemarahan antara murid di sekolah (Shannon & Steve, 2005). Dalam aspek mengurus kemarahan, tinjauan literatur mendapati pakar-pakar kajian dalam bidang kemarahan seperti Kassinove dan Tafrate (2002) turut mengutarakan cara pengurusan kemarahan berdasarkan pendekatan CBT. Breiner et al. ( 2012) menyatakan yang CBT dan REBT lebih popular digunakan disamping pendekatan lain seperti Psikodinamik.

Latihan pengurusan kemarahan yang merupakan pendekatan alternatif digunakan juga sama ada secara bebas atau digabungkan dengan farmakoterapi (Abikoff & Gittleman, 1985).

Intervensi CBT didapati memberi kesan positif dalam mengurangkan reaksi kemarahan, terutama ketika digabungkan dengan ubat (Klein & Abikoff, 1997; Abikoff, 1991). Hinshaw et al. (1989) mendapati bahawa ubat perangsang yang dipasangkan dengan latihan pengurusan kemarahan menurunkan pembalasan fizikal dan kawalan impuls yang ditingkatkan pada 24 anak lelaki yang didiagnosis dengan ADHD.

Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun kemampuan untuk mengawal ekspresi kemarahan dapat mengurangkan pencerobohan, menekan pengalaman kemarahan (seperti dengan tidak menunjukkan kemarahan sama sekali) sebenarnya tidak berfungsi untuk mengurangkan tingkah laku agresif (Roberton, Daffern & Bucks, 2015). DiGiuseppe dan Tafrate (2003) mengatakan bahawa terdapat bukti kukuh bahawa program yang mensasarkan kepada kawalan kemarahan adalah berkesan untuk mengurangkan agresif kepada sampel bukan klinikal seperti pelajar yang marah.

Namun begitu, terdapat juga guru bimbingan dan kaunseling yang menyatakan bahawa mereka tidak begitu fokus kepada sesuatu teori semasa mengendalikan kes kemarahan. Mereka lebih selesa mempelbagaikan penggunaan kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran mendengar, memberi perhatian dan sebagainya. Disamping menggunakan kemahiran asas kaunseling, guru bimbingan dan kaunseling juga mengintegrasikan elemen bimbingan kerohanian semasa mengendalikan isu kemarahan murid. Ini disokong oleh Sigurvinsdottir et al. (2017), yang menyatakan bahawa elemen spiritual dapat mengurangkan kesan negatif kesihatan mental yang

(8)

dialami murid akibat ketegangan. Elemen spiritual menurut Sigurvinsdottir et al. lagi menjadi faktor protektif dalam melindungi perasaan marah bagi mangsa penderaan seksual.

Dapatan menunjukkan seramai 15 orang guru bimbingan dan kaunseling menggunakan terapi seni semasa mengendalikan isu kemarahan murid. Malahan kombinasi CBT dan terapi seni didapati juga mengurangi kemarahan dalam kalangan kanak-kanak serta meningkatkan penghargaan kendiri (Ramin alavinezhad, Masoumeh Mousavi, Nadereh Sohrabi (2014).

Breiner et al. (2012) sangat menggalakkan penggunaan terapi seni, terapi tarian dan terapi muzik dalam pengurusan kesihatan mental, emosi, dan kesihatan fizikal. Menurut Breiner et al. (2012), melalui terapi seni, seseorang secara tidak sedar akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai diri daripada pelbagai sudut pandangan yang tidak disedari sebelumnya. Bagi Liebmann (2008), terapi seni dapat membantu mengurangi tahap kemarahan pada klien.

Menurut beliau, klien berupaya meluahkan kemarahan melalui cara melukis di atas kertas, walaupun semasa klien berdiam diri dan tiada interaksi verbal berlaku. Selain terapi seni, peluahan secara naratif kemarahan murid melalui main peranan juga merupakan antara teknik digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Melalui peluahan murid dapat berkongsi emosi melalui perspektif yang berbeza. Main peranan seperti terdapat dalam teori Gestalt mengalakkan murid meluahkan perkara yang belum selesai (unfinish business) dan dalam konteks ini adalah kemarahan yang belum diluahkan serta diselesaikan.

Dapatan menunjukkan kepelbagaian pendekatan digunakan beserta strategi, teknik dan kemahiran oleh guru bimbingan dan kaunseling. Majoriti guru bimbingan dan kaunseling menggunakan REBT yang lebih direktif sesuai dengan keadaan murid sekolah. Walaupun pelbagai kaedah diaplikasikan guru bimbingan dan kaunseling namun matlamatnya adalah sama iaitu bagi menangani kemarahan murid. Pennyelidik berpendapat kaedah diaplikasikan kepada murid perlu disesuaikan dengan pengetahuan dan kemahiran seseorang guru bimbingan dan kaunseling. Justeru seseorang guru bimbingan dan kauseling perlulah sentiasa menambahbaik dan mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menangani isu-isu kesihatan mental. Kombinasi pendekatan konvensional serta pasca moden dengan intergrasi mengikut elemen multibudaya serta pelbagai aspek lain seperti personaliti murid amatlah sesuai dan praktikal. Kajian yang dilakukan ini mempunyai limitasi kerana hanya melibatkan guru bimbingan dan kaunseling di zon Utara Semenanjung Malaysia. Cadangan bagi penyelidik yang berminat untuk meneruskan kajian tinjauan ini kepada keseluruhan guru bimbingan dan kaunseling di Malaysia dengan mengambil kira faktor pengalaman dan peringkat sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Rujukan

Abikoff, H. (1991). Cognitive training in ADHD children: Less to it than meets the eye. Joumal of Learning Disabilities, 24, 205-209.

Abikoff, H., & Gittelman, R. (1985). The normalizing effects of methylphenidate on the classroom behavior of ADDH children. Joumal Abnormal Child Psychology, 13, 33- 44.

Ariyabuddhiphongs, V. (2014). Anger concepts and anger reduction method in Theravada Buddhism. Spirituality in Clinical Practice, 1(1), 56.

Arslan, C. (2010). An investigation of anger and anger expression in terms of coping with stress and interpersonal problem-solving. Educational Sciences: Theory & Practice, 10(1), 26-43.

(9)

Bernard, M.E. (1984). Childhood emotion and cognitive behavior therapy: A rational- emotive perspective. In Kendall, P.C. (Ed.), Advances in cognitive-behavioral research and therapy (pp. 213-253). Orlando, FL: Academic Press.

Breiner, M. J., Tuomisto, L., Bouyea, E., Gussak, D. E., & Aufderheide, D. (2012). Creating an Art Therapy Anger Management Protocol for Male Inmates Through a Collaborative Relationship. International Journal of Offender Therapy and Comparative Criminology. doi:10.1177/0306624X11417362

Budziszewska, M. & Hansen, K. (2019). Anger detracts from beauty: Gender differences in adolescents’ narratives about anger. Journal of Adolescent Research, 1, 1-31.

Coles, C. J., Greene, A. F., & Braithwaite, H. O. (2002). The relationship between personality, anger expression, and perceived family control among incarcerated male juveniles.

Adolescence, 37(2), 395–409.

Davis, D. L. (2014). The aggressive adolescent: Clinical and forensic issues. New York:

Routledge.

Deffenbacher, J.L.,Oetting, E.R., Thwaites, G.A., Lynch, R.S., Baker,D.A., Stark, R.S.

(1996). State-trait anger theory and the utility of the Trait Anger Scale. Journal of Counselling Psychology, 43, 131-148.

DiGiuseppe, R., & Tafrate, R. C. (2003). Anger treatment for adults: A meta‐analytic review. Clinical Psychology: Science and Practice, 10(1), 70-84.

Faupel, A., Herrick, E., & Sharp, P. M. (2017). Anger management: A practical guide for teachers. New York: Routledge.

Fischer, A.H. & Evers, C. (2010). Anger in the context of gender. In M.Potegal et al. (Eds.) International handbook of anger. (pp. 349-360). New York: Springer. doi 10.1007/978- 0-387-89676-2_20.

Fives, C.J., Kong, G., Fuller, J.R. & DiGiuseppe, R. (2011). Anger, aggression and irrational beliefs in adolescents. Cognitive Therapy and Research. 35, 199-208.

Gardner, F. L., & Moore, Z. E. (2008). Understanding Clinical Anger and Violence: The Anger Avoidance Model. Behavior Modification, 32(6), 897–912.

Goldney, R., Winefield, A., Saebel, J., Winefield, H., & Tiggerman, M. (1997). Anger, suicidal ideation, and attempted suicide: A prospective study. Comprehensive Psychiatry, 38, 264-268.

Goldstein, A. P. (1983). Behavior modification approaches to aggression prevention and control. In Goldstein, A.P. & Krasner, L. (Eds), Prevention and Control of Aggression.

United States of America, Pergamon Press.

Gross, J. J. (2015). Emotion regulation: Current status and future prospects. Psychological Inquiry, 26, 1–26.

Hinshaw, S.P., Buhrmester, D. & Heller, T. (1989). Anger control in response to verbal provocation: Effects of stimulant medication for boys with ADHD. Journal of Abnormal Child Psychology: 17, 393-407.

Kassinove, H. & Tafrate, R.C. (2002). Anger Managment: The complete treament guidebook for practitioners. CA: Impact Atascadero.

Kassinove, H.(2009). Understanding and treating anger in clinical practice. National Registery For Healthcare Professional. http://theramatch.com/therapy

Klein, R.G., & Abikoff, H. (1997). Behavior therapy and methylphenidate in the treatment of children with ADHD. Journal of Attention Disorders, 2, 89- 114.

Lee, J., Choi, H., Kim, M.J., Park, C.G., Shin, D. (2009). Anger as a predictor of suicidal ideation in middle-school students in Korea: Gender difference in threshold point.

Libra Publishers, 44 (174), 433-446.

Lee Shu Chin dan Nor Shafrin Ahmad (2013), Effect of Anger Management Module Using

(10)

Cognitive Behavioral Therapy (Cbt) on Anger Expression Among The Adolescents In Secondary School, Jurnal Psikologi Malaysia, 27, 25-39.

Lehnert, K.L., Overholser, J.C., & Spirito, A. (1995) Internalized and externalized anger in adolescent suicide attempters. Journal of Adolescent Research, 9(1), 105-119.

Lewis, M. (2010). The development of anger. In M.Potegal et al. (Eds.) International handbook of anger. (pp. 177-191). New York: Springer. doi 10.1007/978-0-387-89676-2_20.

Liebmann, M. (Ed.). (2008). Art therapy and anger. New Zealand: Jessica Kingsley Publishers.

Mabry, J.B and Keicolt, K.J (2005). Anger in Black and White : Race, Alenation, and Anger.

Journal of Health and Social Behavior, 46 (March), 85-101.

McIntyre, K. M., Mogle, J. A., Scodes, J. M., Pavlicova, M., Shapiro, P. A., Gorenstein, E.

E.…Sloan, R. P. (2019). Anger-reduction treatment reduces negative affect reactivity to daily stressors. Journal of Consulting and Clinical Psychology, 87, 141–150.

doi:10.1037/ccp0000359

Nay, W.R. (2004). Taking charge of anger; How to resolve conflict, sustain relationships, and express yourself without losing control. New York, The Guilford Press.

Nordqvist, C. (2009, Aug 27). What is anger and anger management. Medical News Today.

(atas talian) http://www.medicalnewstoday.com/articles/162035.php

Norisham Abdul Ghani. (2013). Senario kemarahan remaja: Satu tinjaun umum di sekolah- sekolah menengah Negeri Selangor. Jurnal Psikologi Dan Kaunseling, 4(1), 39-57.

Novaco, R. W. (2016). Anger. In G. Fink (Ed.), Stress: Concepts, cognition, emotion, and behavior, (pp. 285–292). London, UK: Academic Press.

Peräkylä, A, Antaki, C, Vehviläinen, S (2008) Analysing psychotherapy in practice. In:

Conversation in Psychotherapy. Cambridge: Cambridge University Press, pp. 5–25.

Ramin alavinezhad, Masoumeh Mousavi, Nadereh Sohrabi (2014). Effects of Art Therapy on Anger and Self-esteem in Aggressive Children, Procedia - Social and Behavioral Sciences,Volume 113, 111-117, ISSN 1877-0428,

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.01.016.

Sigurvinsdottir, R., Asgeirsdottir, B.B., Ullman, S.E., Sigfusdottir, I.D. (2017) . Journal of Interpersonal Violence. The Impact of Sexual Abuse, Family Violence/Conflict, Spirituality, and Religion on Anger and Depressed Mood Among Adolescents. 1-21.

https://doi.org/10.1177/0886260517734860

Roberton, T., Daffern, M., & Bucks, R. S. (2015). Beyond anger control: Difficulty attending to emotions also predicts aggression in offenders. Psychology of Violence, 5(1), 74.

Shamshul Azura Md Yusof, Nor Shafrin Ahmad & Rahimi Che Aman (2020). Development of Adolescent Anger Management Module Using Art Therapy. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(14), 1–10.

Shannon R.S. & Steve, M. (2005). A Rational Emotive Behavioral Approach to Improve Anger Management and Reduce Office Referrals in Middle School Children: A Formative Investigation and Evaluation. Journal of Applied School Psychology. Vol. 21(1).

Spielberger, C.D. (1991). State-trait anger expression inventory. Orlando, Florida, FL:

Psychological Assesment Resources.

Tavris, C. (Ed.). (1989). Anger: The misunderstood emotion (Rev.ed.). New York: Touchstone Thompson, C. L., & Rudolph, L. B. (2000). Counseling children (5th ed.). Belmont, CA:

Wadsworth.

Videbeck, S.L. (2011). Psychiatric-Mental Health Nursing. Fifth Edition. Wolters Kluwer Health. Philadelphia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kemampuan seorang usahawan menguruskan perniagaan boleh diukur melalui keupayaan dalaman yang ada dalam diri mereka dan boleh dizahirkan melalui keupayaan

Menurut Watt dan Howells (1999), kajian yang mereka jalankan ke atas banduan iaitu intervensi pengurusan kemarahan didapati tidak menunjukkan kesignifikanan di

Dapatan kajian mereka mendapati bahawa remaja lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza antara satu sama lain dalam penggunaan strategi daya tindak yang berfokus

Wong (2006) juga mendapati keadaan yang sama dimana guru pendidikan khas menyatakan bahawa murid di sekolah pendidikan khas tidak begitu berdikari dan ramai yang masih bergantung

Sebagai ibu bapa dan guru, aspek unconscious perlu diberi perhatian dalam menangani masalah tingkah laku remaja kerana remaja tidak dapat melihat secara signifikan, cara tindakan

HoS: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam peranan pentadbir dalam menggalakkan hubungan etnik dalam kalangan murid di Sekolah Kebangsaan yang terdiri

(c) Kumpulan responden yang terakhir ini pula adalah lebih berhati-hati dan tidak ingin mengambil risiko yang membahayakan diri mereka kerana mereka percaya bahawa

Antara kesan yang ditunjukkan mangsa adalah kemerosotan dalam harga diri, reaksi emosi seperti marah, rasa bersalah, sedih atau tiada sebarang perasaan, kemurungan, masalah