• Tiada Hasil Ditemukan

(1)SEMAKAN HARGA GAS ASLI BAGI SEKTOR BUKAN ELEKTRIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)SEMAKAN HARGA GAS ASLI BAGI SEKTOR BUKAN ELEKTRIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA"

Copied!
1
0
0

Tekspenuh

(1)

SEMAKAN HARGA GAS ASLI BAGI SEKTOR BUKAN ELEKTRIK

DI SEMENANJUNG MALAYSIA

_________________________________________________________________________

1. Pelaksanaan semakan harga gas asli yang dikawal selia bagi sektor bukan elektrik di bawah pelan rasionalisasi subsidi negara diteruskan di mana subsidi harga gas asli dikurangkan secara beransur-ansur sebanyak RM1.50/mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai harga pasaran.

2. Oleh kerana pengurangan subsidi harga gas asli yang dikawal selia ini serta peningkatan unjuran isipadu gas asli berasaskan liquefied natural gas (LNG), tarif asas purata gas asli Gas Malaysia Berhad (GMB) ditetapkan pada kadar RM32.69/mmBtu bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2019. Tarif asas ini ditetapkan di bawah kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif (Incentive-Based Regulation - IBR) yang turut merangkumi pelaksanaan mekanisme Gas Cost Pass Through (GCPT).

3. Melalui pelaksanaan mekanisme GCPT, Kerajaan telah memutuskan supaya surcaj sebanyak RM0.23/mmBtu bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2019 ke atas tarif asas dilaksanakan kepada kesemua kategori tarif pelanggan GMB berikutan kenaikan isipadu jualan gas asli berasaskan LNG sekaligus meningkatkan kos gas.

4. Sehubungan itu, jadual kategori tarif gas asli bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2019 ditetapkan seperti berikut:

Kategori Tarif

Purata Penggunaan

Gas Tahunan (mmBtu)

Tarif Asas Semasa (RM/mmBtu)

Tarif Semasa Selepas Surcaj (RM/mmBtu)

Tarif Asas Bagi

Tempoh 1 Januari - 30 Jun 2019 (RM/mmBtu)

Tarif Selepas Surcaj Bagi

Tempoh 1 Januari - 30 Jun 2019 (RM/mmBtu)

A Pengguna domestik 23.03 23.80 23.49 23.72

B 0 - 600 29.73 30.50 30.35 30.58

C 601 - 5,000 29.88 30.65 30.51 30.74

D 5,001 - 50,000 30.19 30.96 30.81 31.04

E 50,001 - 200,000 31.49 32.26 32.15 32.38

F 200,001 - 750,000 31.49 32.26 32.15 32.38

L Melebihi 750,000 32.55 33.32 33.23 33.46

Purata 31.92 32.69 32.69 32.92

5. Semakan harga gas asli tidak melibatkan gas petroleum cecair (liquefied petroleum gas - LPG) dan gas asli untuk kenderaan (natural gas vehicle - NGV).

SURUHANJAYA TENAGA 26 Disember 2018

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar tarif elektrik di KHTP bagi tempoh IBR RP2 adalah semakan semula unjuran harga bahan api gas mengikut harga

harga gas asli PETRONAS kepada Gas Malaysia Bhd (GMB) bagi penggunaan gas tidak melebihi 5 juta kaki padu sehari (mmscfd) dinaikkan sebanyak RM1.50/mmBtu daripada

Berikutan pengurangan subsidi harga gas asli yang dikawal selia tersebut, tarif asas gas asli Gas Malaysia Bhd (GMB) ditetapkan pada kadar RM28.05/mmBtu bagi

Pada November 2009, Suruhanjaya telah melantik Perunding bagi melaksanakan kajian semula tarif elektrik dan gas di Semenanjung Malaysia dan Sabah dengan objektif

Selaras dengan pelan rasionalisasi subsidi negara, harga gas asli kepada sektor bukan elektrik disemak semula setiap enam (6) bulan untuk mengurangkan secara beransur-ansur

Sehubungan itu, Kerajaan memutuskan supaya purata harga jualan gas asli GMES ditetapkan pada kadar RM33.65/mmBtu untuk tempoh satu tahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember

Semakan semula tarif gas asli tidak akan melibatkan kenaikan bagi pengguna gas asli kategori A dan kategori B yang masing-masing terdiri daripada pengguna

Peningkatan harga gas asli berpaip dan kuantiti gas asli cecair serta ketidakstabilan nilai Ringgit telah menyumbang kepada peningkatan tarif gas asli dengan kadar kenaikan