• Tiada Hasil Ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN "

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

PP KJ KK JUM 2 - - 2

No. Kad Pengenalan: ____________________

PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

PEGAWAI KEWANGAN W41 KERTAS II

Tarikh : 2 Mei 2019 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari (3 jam)

Tempat : Kampus Induk

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:

Bahagian A : EMPAT (4) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab TIGA (3) soalan.

Bahagian A bernilai 60 markah.

Bahagian B: EMPAT (4) soalan berbentuk perakaunan disediakan. Jawab DUA (2) soalan sahaja. Bahagian B bernilai 40 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 9 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

BAHAGIAN A

1. Salah satu pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara ialah pengauditan prestasi keatas operasi dan aktiviti jabatan persekutuan dan badan berkanun kerajaan. Di antara isu hangat yang dilaporkan ialah berkaitan isu ketidakpatuhan terhadap perolehan kerajaan termasuklah di institusi pengajian tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila bincang :

a) LIMA (5) prinsip perolehan kerajaan

b) LAPAN (8) isu perolehan berkaitan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja di Universiti Awam

c) TUJUH (7) punca ketidakpatuhan dalam perolehan di Universiti Awam

(20 markah)

2. Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan pengurusan kewangan dengan penarafan Indeks Akauntabiliti. Bincangkan elemen-elemen yang dinilai dan bagaimana Universiti dapat mencapai taraf 5 bintang.

(20 markah)

3. a) Kitaran hayat sesuatu aset boleh dibahagikan kepada EMPAT (4) peringkat. Sila bincangkan.

b) Sila bincangkan LIMA (5) peringkat kawalan dalaman pengurusan aset yang berkesan

c) Sila nyatakan EMPAT (4) kaedah pelupusan aset yang boleh dilaksanakan oleh Pusat Tanggungjawab.

(20 markah)

4. Perbendaharaan Malaysia melalui Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 1 April 2010 telah mengeluarkan satu garis panduan berhubung pelaksanaan integrity pact dalam perolehan kerajaan. Bincangkan tujuan dan unsur-unsur penting yang terdapat di dalam surat arahan tersebut.

(20 markah)

(3)

BAHAGIAN B

5. Berikut adalah Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira yang tidak lengkap Syarikat HariHari Bhd.

Syarikat HariHari Bhd.

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018

RM

Jualan 9,000,000

Kos Jualan ?

Untung Kasar ?

Belanja operasi 2,390,000 Untung bersih operasi ? Lain-lain belanja dan kerugian

belanja faedah ?

Untung bersih sebelum cukai ?

Cukai 420,000 Untung bersih selepas cukai ?

Syarikat HariHari Bhd.

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2018

2018 2017

ASET RM RM

Aset Semasa 218,000 375,000

Akaun Belum Terima (bersih) ? 925,000

Inventori ? 1,100,000

Jumlah Aset Semasa ? 2,400,000 Aset Tetap (bersih) 4,100,000 4,600,000

Jumlah Aset ? 7,000,000

EKUITI PEMEGANG SAHAM DAN LIABILITI

Liabiliti semasa ? 1,100,000

Liabiliti jangka Panjang ? 2,300,000 Jumlah Liabiliti ? 3,400,000 Syer biasa @RM1.00 3,000,000 3,000,000 Pendapatan Tertahan 1,050,000 600,000

(4)

Jumlah Ekuiti Pemegang Saham 4,050,000 3,600,000 Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemegang Saham ? 7,000,000

Maklumat Tambahan :

1. Pusing ganti Akaun Belum Terima untuk tahun 2018 ialah 9.6 kali.

2. Semua jualan adalah secara kredit

3. Margin untung bersih untuk tahun 2018 ialah 11%

4. Pulangan atas aset adalah 15% untuk tahun 2018 5. Nisbah semasa pada Disember 2018 ialah 3:1 6. Pusing ganti inventori untuk tahun 2018 ialah 5 kali

DIKEHENDAKI :

a) Lengkapkan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira Syarikat HariHari Bhd.

di atas. Tunjukkan jalan kerja pengiraan bagi kerja-kerja di atas.

(12 markah)

b) Bagi setiap yang berikut, nyatakan perlanggaran prinsip, amalan atau konvensyen perakaunan:

i) Mengubah kaedah pengiraan susutnilai daripada kaedah baki berkurangan kepada kaedah garis lurus untuk menunjukkan untung yang lebih

ii) Aset tetap dilaporkan di dalam Kunci Kira-Kira pada nilai semasa iii) Belian kalkulator bernilai RM50 telah dianggap sebagai belanja modal

dan disusutnilai selama 5 tahun

iv) Sewa rumah keluarga telah dimasukkan ke dalam sewa kedai

perniagaan

v) Syarikat gagal menyediakan akaun peruntukan hutang ragu

vi) Belian kenderaan yang boleh digunakan oleh perniagaan selama 8 tahun telah dicaj sebagai belanja untuk tahun semasa

vii) Syarikat menghadapi tuntutan saman bernilai jutaan ringgit di mahkamah tetapi tidak melaporkannya di dalam penyata kewangan viii) Syarikat telah merekod inventorinya pada nilai kos iaitu RM45,000.

Nilai pasarannya ialah RM40,000.

(4 markah)

c) Bezakan belanja hasil dan belanja modal. Nyatakan DUA (2) contoh bagi setiap jenis belanja tersebut

(4 markah)

(5)

6. Berikut ialah Imbangan Duga Syarikat Usaha Baru Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2013:

Maklumat tambahan:

i) Stok pada 31 Disember 2013 bernilai RM32 000.

ii) Bangunan dan peralatan pejabat disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos dan kenderaan disusutnilaikan pada kadar 20% setahun atas kos.

iii) Faedah pinjaman bank masih belum dibayar.

iv) Yuran audit terakru ialah RM5 000.

v) Insurans terdahulu ialah RM380.

vi) Air dan elektrik sebanyak RM330 masih belum dijelaskan.

Modal saham biasa @ RM1.00 sesaham

Debit (RM) Kredit (RM) 120,000

Premium saham 20,000

Rizab am 30,000

Perolehan tertahan 35,700

Tanah pegangan bebas (pada kos) 160,000

Bangunan (pada kos) 80,000

Peruntukan susut nilai – bangunan 20,000

Kenderaan (pada kos) 50,000

Peruntukan susut nilai – kenderaan 15,000

Peralatan pejabat (pada kos) 20,000

Peruntukan susut nilai – peralatan pejabat 5,000

Pinjaman bank 12% 80,000

Stok 1 Januari 2013 25,000

Belian 145,000

Jualan 260,000

Pulangan belian 1,000

Pulangan jualan 3,000

Angkutan masuk 1,500

Angkutan keluar 2,500

Diskaun diberi 1,000

Diskaun diterima 1,500

Belanja gaji 24,000

Belanja insurans 5,000

Belanja air dan elektrik 5,300

Belanja iklan 6,000

Emolumen pengarah 10,000

Belanja am 2,000

Hutang lapuk 700

Penghutang 18,000

Pemiutang 15,000

Bank 44,000 Tunai 1,200

Peruntukan hutang ragu 1,000

604,200 604,200

(6)

vii) Peruntukan hutang ragu hendaklah dilaraskan kepada 5% atas penghutang.

Anda dikehendaki menyediakan:

a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.

b) Penyata Perubahan Ekuiti bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.

c) Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2013.

(20 markah)

7. Lembaran Imbangan Hasrat Murni Enterprise bagi dua tahun berturut- turut adalah seperti berikut :

LEMBARAN IMBANGAN

31 Disember 2011 31 Disember 2012

Aset Tetap

38,000 Premis 37,000

17,600 Peralatan 45,800

4,080 Kenderaan 18,930

59,680 101,730

17,000 Pelaburan Jangka Panjang 25,000

Aset Semasa

27,500 Stok 19,670

14,410 Penghutang dan Pendahuluan 11,960 3,600 Pelaburan Jangka Pendek 4,800

1,800 Tunai dan Bank 700

47,310 37,130

Liabiliti Jangka Panjang

20,950 Pemiutang dan akruan 32,050

- Overdraf 28,200

20,950 60,250

26,360 Modal Kerja (23,120)

103,040 Aset Bersih 103,610

Dibiayai oleh

67,940 Modal Awal 75,040

4,000 Tambahan/Pengeluaran Modal (6,500)

15,300 Untung/(Rugi) 25,200

(12,200) Ambilan (15,130)

75,040 Modal Akhir 78,610

Liabiliti Jangka Panjang

28,000 Pinjaman Perniagaan 25,000

103,040 103,610

(7)

Susutnilai - Premis RM 1,000 -

-

Peralatan Kenderaan

RM 3,000 RM 3,000 Keuntungan jualan peralatan RM 430 Kerugian jualan kenderaan RM 740

Keuntungan berakhir 31 Disember 2012 sebanyak RM 25,200 telah mengambilkira transaksi berikut :

Nilai aset pada tarikh pelupusan ialah seperti berikut :

Peralatan RM5,200

Kenderaan RM2,010

DIKEHENDAKI:

a) Sediakan Penyata Aliran Tunai bagi Hasrat Murni Enterprise bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

b) Bagaimanakah Penyata Aliran Tunai dapat membantu pihak pengurusan atau pihak yang berkepentingan membuat keputusan?

(20 markah)

8. I) Jamal Harmony, penjual peralatan sekolah mula beroperasi pada awal Januari 2017 di Taman Maju, Sungai Petani, Kedah. Pemiliknya berhasrat

untuk membuat pinjaman bank. Beliau memerlukan bantuan anda untuk membuat penyata kewangan perniagaan.

Berikut adalah semua maklumat yang dapat disediakan untuk tujuan di atas : i) Baki aset dan liabiliti pada 1 Januari 2018

Perabot RM 15,000

Sewa prabayar 800 Air dan elektrik terakru 110 Inventori 2,500 Akaun belum bayar 900

Bank 5,200

ii) Semua urusniaga jualan dibuat secara tunai. Kutipan hasil jualan dibankkan setelah membayar perkara-perkara berikut :

(8)

Upah pekerja RM 10,800 setahun Ambilan 8,400 setahun Air dan elektrik 1,450 setahun Derma 200 setahun

Jumlah kutipan jualan yang dibankkan bagi tahun 2017 ialah RM72,000

Sejumlah RM250 daripada hasil jualan masih lagi disimpan dalam mesin daftar tunai pada 31 Disember 2018

iii) Pembayaran yang dibuat dengan cek terdiri daripada :

Belian (Akaun belum bayar) RM 45,500 setahun Sewa kedai 9,600 setahun

iv) Semua belian dibuat secara kredit. Pulangan belian sepanjang tahun

RM460

v) Baki awal perabot dibeli pada 1 Januari 2018. Terdapat perabot baru yang dibeli secara tunai RM1,600 pada 1 Oktober 2018. Kadar susutnilai perabot setahun ialah 10% atas kos.

vi) Sepanjang tahun 2018, alatulis RM200 telah diambil untuk kegunaan anak-anak di sekolah.

vii) Baki sebahagian aset dan liabiliti pada 31 Disember 2018:

Akaun belum bayar RM 1,500 setahun Inventori 2,900 setahun Air dan elektrik terakru 230 setahun

DIKEHENDAKI:

a) Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 (11 markah)

b) Sediakan kunci kira-kira pada 31 Disember 2018

(7 markah)

(9)

II) Bagi setiap urusniaga berikut, nyatakan prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi :

a) Penghutang dagangan Perniagaan Mesra ialah RM12,000. Terdapat segelintir penghutang yang mengalami kesukaran untuk menjelaskan hutang mereka. Oleh sebab itu, Perniagaan Mesra merupakan perniagaan yang baru ditubuhkan, maka peruntukan hutang ragu tidak dicatatkan. Sebanyak 5% daripada baki akaun penghutang dijangka tidak dapat dijelaskan.

b) Perniagaan Rassah membeli sebuah komputer pada harga RM5,000 pada 1 Julai 2017 telah mendebitkan ke dalam akaun beliau caj susut nilai sebanyak 10% setahun atas kos belum lagi diperuntukkan ke dalam buku kewangan perniagaan.

(2 markah)

oooo 0 oooo

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 4 muka surat termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 4 muka surat termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas Soalan Ini Mengandungi 4 Muka Surat Termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 3 muka surat termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 4 muka surat termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 3 muka surat termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 10 muka surat termasuk

Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.. Kertas soalan ini mengandungi 3 muka surat termasuk