• Tiada Hasil Ditemukan

AMALAN JAGAAN DIRI PESAKIT DIABETES MELLITUS JENIS 2 Dl PUSAT DIABETES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "AMALAN JAGAAN DIRI PESAKIT DIABETES MELLITUS JENIS 2 Dl PUSAT DIABETES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA "

Copied!
94
0
0

Tekspenuh

(1)

AMALAN JAGAAN DIRI PESAKIT DIABETES MELLITUS JENIS 2 Dl PUSAT DIABETES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

(HUSM)

Oleh

KASMALIZA BINTI MOHO

Disertasi yang diserahkan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk

penganugerahan

ljazah Sarjana Muda Sains Kesihatan

(Kejururawatan)

(2)

SIJIL AKU JANJI

Diperakui bahawa disertasi yang bertajuk Amalan Jagaan Diri Pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2 di Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) merupakan ketja dan penyelidikan yang asli dari Kasmaliza binti Mohd, No. Matrik 81531 dari tempoh Julai 2007 hingga April 2008 adalah di bawah penyeliaan saya. Disertasi ini merupakan sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kejururawatan). Segala basil penyelidikan dan data yang diperolehi adalah hak milik Universiti Sains Malaysia.

Penyelia Utama Penyelia Bersama

·+¥···

Puan Rosmawati Mohamed Dr. Mohd Kamil Ahmad

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan

Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia Tarikh:

Tarikh:

~6

I

~ I

0

'2

(3)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kumian-Nya, dapatlah saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sokongan bagi menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali, jutaan terima kasih khasnya buat penyelia saya iaitu Puan Rosmawati Mohamed yang telah membantu saya dengan memberi tunjuk ajar serta bimbingan untuk menjayakan kajian ini. Tanpa beliau, kajian ini tidak akan lengkap.

Semoga segala jasa beliau diberkati Allah S. W.T dan dimurahkan rezeki sepanjang hayat beliau. Ucapan terima kasih juga dituju buat penyelia bersama iaitu Dr. Mohd Kamil Ahmad.

Istimewa ucapan terima kasih juga saya ucapkan buat semua ahli keluarga saya terutamanya buat Puan Kamariah Muda dan Encik Mohd bin Ngah yang telah banyak mendoakan kejayaan saya selama ini dan juga buat adik beradik saya yang telah banyak memberi nasihat serta dorongan untuk saya terns bersemangat dalam menyiapkan disertai ini. Mereka merupakan sumber inspirasi saya dan yang telah banyak membantu merealisasikan impian saya untuk memiliki segulung ijazah. Semoga Allah S. W.T merahmati mereka semua di atas segala usaha mumi yang telah diberikan.

Akhir sekali, ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat saya iaitu Mahadi Abdul Manaf, Azlidai Ismail, Atiqah Rosli, Mazlah Wahab, Hamidah Majid dan juga rakan seperjuangan saya yang turut membantu dalam kajian saya ini iaitu Nuur As-Saleha Zainal Abidin. Mereka semua telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Tidak

(4)

lupa juga buat semua sampel saya iaitu pesakit diabetes mellitus jenis 2 di Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam kajian ini kerana memberi ketjasama sepenuhnya sepanjang menyiapkan kajian ini. Saya juga bersyukur kepada Allah S. W.T kerana diberi kemudahan dan kekuatan fizikal dan mental untuk saya menyiapkan penyelidikan sehingga saya dapat merasakan hasilnya sehingga di tahap ini. Alhamdullillah.

(5)

SUSUNAN KANDUNGAN

Muka Surat

~~Jrl~ ~

JrANJrl...

11

~~~(;~(;~... 111

SUS UN AN

KANDUNGAN... ••• v

s~~~ J~I>1J~... vttt )\]J~1f~.•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• IX BAB 1: PENGEN~AN 1.1 Latar Belakang Kajian... .. . . .. . .. . . ... 1

1.2 Peryataan Masalah... . . . 3

- Teori/Konsep . . . 3

1. 3 Obj ektif Kaj ian. . . 4

1.3.1 Objektif Spesifik... ... 4

1.4 Persoalan Kajian... ... 5

1.5 Hipotesis... ... 5

1.6 Definisi Istilah (Konseptual/Operasional)... .... .. ... ... .. . .. .... 5

1. 7 Kepentingan Kajian... .. . . ... 6

B)\]J 2: TINJAUAN BACAAN 2.1 Pengenalan... 8

2.2 Tanda atau Gejala Diabetes Mellitus... 9

2.3 Risiko dan Komplikasi Diabetes Mellitus... I 0 2.4 Perawatan Bagi Pesakit Diabetes Mellitus... 12

2.5 Jagaan Diri Berdasarkan Teori Defisit Jagaan Diri Kej urura watan Orem (2 00 1). . . 15

2.6 Amalan Jagaan Diri Di Kalangan Pesakit Diabetes Mellitus... 16

2.6.1 Mendapatkan Bantuan Perubatan... 17

(6)

2.6.2 Menyedari dan Memerhati Kesan Glukosa Dalam

Darah dan Kesan Sampingan Ubatan Diabetes Mellitus. 18

2.6.3 Kepatuhan Terhadap Pengambilan Ubatan... 20

2.6.4 Menerima Penyakit dan Keperluan Ubatan Diabetes Mellitus. . . 22

2.6.5 Belajar Untuk Menjalani Kehidupan Sebagai Pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2... ... ... ... ... ... 22

2.7 Kerangka Konsep/ Teori Kajian... ... ... ... 24

2.7.1 Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian... ... ... 26

BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Reka Bentuk Kajian... ... ... ... ... ... ... 27

3.2 Populasi dan Lokasi Kajian... ... .. ... ... ... ... ... 27

3.3 Sampel Kajian... .... 27

3 .3 .I Saiz Sampel. . . 2 7 3.3.2 Corak Persampelan... ... 28

3.3.3 Kriteria Penerimaan dan Penolakan... 28

3.4 Instrumen Kajian... ... 29

3 .4.1 Instrumen... . . .. . . 29

3.4.2 Pengukuran Pembolehubah... .. 31

3.4.3 Penterjemahan Instrumen... 31

3.4.4 Kesahihan dan Kebolehpercayaan... ... ... 32

3.5 Pertimbangan Etika... ... ... ... ... 33

3.6 Kaedah Pengumpulan Data... 33

3.6.1 Rajah 2: Carta Aliran Pengumpulan Data... 34

3. 7 Analisis Data... 35

BAB4:KEPUTUSAN 4.1 Hasil Kajian ... . 36

4.1.1 Data Demogra:fi ... .. 36

4.1.2 Tahap Amalan Jagaan Diri Pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2... 49

(7)

4.1.3 Hubungan Antara Amalan Jagaan Diri Dengan Bacaan

Glukosa Dalam Darah... 41

4.1.4 Ujian Hipotesis Kajian... 42

BAB 5: PERBINCANGAN 5.1 Data Demografi... ... . . 44

5.2 Tahap Amalan Jagaan Diri Pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2. 48 5.3 Hubungan Antara Amalan Jagaan Diri Dengan Bacaan Glukosa Dalam Darah... 53

BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Kesimpulan... .... 56

6.2 Kekuatan dan Limitasi .. . . .. .. . .. . .. . .. . . .. . . .. .. . .. .. .. .. .. .. .. .. . 56

6.3 Implikasi dan Cadangan... ... 57

6.3.1 Praktis Kejururawatan... 57

6.3.2 Pendidikan Kejururawatan... 58

6.3.2 Penyelidikan Kejururawatan... 59

6.4 Implikasi Kajian Terhadap Teori Orem... 59

SENARAI RUJUKAN... .... 60

LAMP IRAN Lampiran A: Borang Keizinan... .. . .. . .. . .. . . .. . . .. 67

Lampiran B: Soalan Soal Selidik... 72

Lampiran C: Jadual . . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. . . .. 75

Lampiran D: Surat Kelulusan Etika... 79

Lampiran E: Surat Kelulusan Hospital... 82

(8)

SENARAI JADUAL

Muka surat Jaduall.l Min, Sisihan Piawai dan Frekuensi Setiap Soalan Yang

Terdapat Dalam Kelima-lima Dimensi. ... .

75 Jaduall.2 Frekuensi dan Peratusan Skor Berdasarkan Tahap Amalan

J agaan Diri ... .

78 Jaduall.3 Nilai Pekali Korelasi dan Tahap Hubungan Setiap Dimensi

Amalan Jagaan Diri ... .

78

SENARAI RAJAH

Muka surat Rajah 1.1 Rajah 1.1: Kerangka Konsep ... . 26

(9)

AMALAN JAGAAN DIRI PESAKIT DIABETES MELLITUS JENIS 2 DI PUSAT DIABETES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM)

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kuantitatif, bercirikan deskriptif dan jenis keratan rentas yang dilakukan untuk mengenalpasti tahap amalan jagaan diri dan hubungan di antara amalan jagaan diri dan bacaan glukosa dalam darah bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2. Seramai 113 orang pesakit diabetes mellitus jenis 2 yang mendapatkan rawatan di Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terlibat dalam kajian ini. Kesemua sampel dipilih berdasarkan persampelan kesenangan . Amalan jagaan diri telah diukur dengan menggunakan borang soalan kaji selidik yang telah diubahsuai dari soalan kaji selidik Y an Su (2005) dengan berdasarkan teori Orem.

lnstrumen terbahagi kepada 2 bahagian yang merangkumi data demografi dan juga soalan amalan jagaan diri. Soalan kaji selidik telah diberikan kepada 3 orang pakar yang berpengalaman dalam bidang medikal, teori Orem dan juga pakar yang berpengalaman dalam pengurusan penyakit diabetes mellitus jenis 2. Data dianalisis menggunakan 'Statistical Package Social Science (SPSS)' versi 12.0. Dalam kajian ini, ujian realibiliti telah dilakukan dan nilai alpha adalah 0. 731. Amalan jagaan diri adalah terdiri daripada lima dimensi iaitu dimensi mendapatkan bantuan perubatan, dimensi menyedari dan memerhati kesan glukosa dalam darah dan kesan sampingan ubatan, dimensi kepatuhan terhadap pengambilan ubatan, dimensi menerima penyakit dan keperluan ubatan diabetes melitus dan dimensi belajar untuk menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus

(10)

jensi 2. Analisis kajian mendapati bahawa amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus berada di tahap yang sederhana. Korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini untuk melihat perkaitan antara amalan jagaan diri dengan bacaan glukosa dalam darah.

Perhubungan antara amalan jagaan diri dengan bacaan glukosa dalam darah bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2 adalah lemah dengan nilai r

=

-0 183. Amalan jagaan diri mempunyai hubungan yang tidak signifikan dengan bacaan glukosa dalam darah ( p =

0.053). Hipotesis kajian menunjukkan bahawa amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 tidak mempengaruhi bacaan glukosa dalam darah. Amalan jagaan diri yang baik dan berterusan adalah penting bagi memastikan bacaan glukosa berada di tahap yang memuaskan dan mengurangkan komplikasi yang lebih teruk kepada pesakit diabetes mellitus jenis 2.

(11)

SELF CARE AMONG TYPE 2 DIABETES MELLITUS PATIENT AT PUSAT DIABETES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM)

ABSTRACT

A quantitative, descriptive and cross sectional study was conducted to detennine the level of self care and relationship between self care and blood glucose level among type 2 diabetes mellitus patients. One hundred and thirteen type 2 diabetic patients who get the treatment from Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia were involved in this study. All the patients were selected into the study by using the convenience sampling technique. The self care elements are measured by using the instrument which been modified from Yan Su (2005) questionnaire that based on Orem's theory. The instrument is divided into 2 parts which include demographic items and self care questionnaire. This research's questionnaire are been validated by three experts who had experience in medical area, Orem' s theory and also who has experience in management of type 2 diabetes mellitus patients. The data was analyze by using 'Statistical Package Social Science (SPSS)' version 12.0. Reliability test for this research was done and the alpha value was 0. 731. There are five dimensions in self care which include dimension of seeking appropriate medical assistance, dimension of being aware and monitoring blood glucose level and the effect of medication, dimension of compliance on taking hyperglycemic drug, dimension of accepting yourself and required treatment of diabetes mellitus and dimension of learning to live with diagnose of type 2 diabetes mellitus patient. This result show that self care among type 2 diabetes mellitus patients was applied in moderate level. Pearson

(12)

correlation was used to determine the correlation between self care and blood glucose level among type 2 diabetes mellitus patients. The result show that the correlation was weak with r value was -0.183. Self care give non significant correlation with blood glucose level with p value is 0.053. From the result, hypothesis of this research show that self care is not associated with blood glucose level. A good and continuous self care is important in order to make sure that blood glucose level and can prevent more severe complication to the patients with type 2 diabetes mellitus.

(13)

BABl

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Diabetes mellitus merupakan salah satu daripada penyakit kronik di dunia.

Menurut World Health Organization (2007), prevalens bagi pesakit diabetes mellitus di seluruh dunia adalah sebanyak 171 juta pada tahun 2000, dan jumlah ini dijangka bertambah sehingga 366 juta pada tahun 2030. Menurut Bloomgarden (1998) pula, seramai 119.2 juta pesakit diabetes mellitus jenis 2 di seluruh dunia, dan jumlah ini dijangkakan meningkat sehingga 212.9 juta pesakit pada tahun 2011. Malaysia telah dikelaskan sebagai negara keempat tertinggi di Asia dengan bilangan pesakit diabetes mellitus yang paling ramai (Mohamed Yosri, 2001). Menurut Persatuan Diabetes Malaysia (2007), seramai 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes mellitus dan lebih daripada 98% adalah diabetes mellitus jenis 2. Prevalens pesakit diabetes mellitus di Kelantan pula adalah sebanyak 1 0.5% (Eid et al. 2003).

Menurut laporan statistik yang telah dikeluarkan oleh Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sendiri selama 6 bulan berturut-turut bermula Januari 2007, didapati terdapat perubahan dalam jumlah pesakit diabetes mellitus yang datang mendapatkan rawatan di pusat rawatan tersebut. Seramai 1251 orang pesakit mendapatkan rawatan pada bulan Januari dan 956 orang pada bulan Febuari. Pada bulan Mac pula, seramai 1012 pesakit datang ke pusat tersebut dan 1105 orang pada bulan April, manakala Mei dan Jun masing-masing dengan 1730 orang dan 1160 orang pesakit. Diabetes mellitus

(14)

mernpakan penyakit ke enam yang rnenyebabkan kematian di United State dania menjadi punca utama berlakunya rnasalah kardiovaskular seperti arteriklorosis, penyakit arteri koronari dan juga strok (Lemone & Burke, 2004). Diabetes mellitus juga menyebabkan risiko tinggi kepada komplikasi yang lebih ternk tennasuklah masalah penglihatan, amputasi dan kegagalan ginjal (Ragonesi et al. 1998).

Kira-kira satu juta kes baru diabetes mellitus dilaporkan setiap tahun di United State. Pada tahun 2005, sebanyak 1.1 juta penduduk meninggal dunia akibat diabetes mellitus, di mana 80% kematian berlaku di kalangan negara berpendapatan rendah dan pertengahan. Separuh daripada kematian tersebut juga melibatkan rnereka yang berumur lebih 70 tahun dan juga terdiri daripada golongan wanita. World Health Organization (1995) mengjangkakan kematian ini akan terns meningkat sebanyak 50% pada 10 tahun akan datang sekiranya tindakan segera tidak diambil. Di Korea, kadar kecacatan yang disebabkan oleh diabetes mellitus rneningkat dari I% kepada 3% pada tahun 1980 dan terns rneningkat sebanyak 5% hingga 8% dalam masa sepuluh tahun yang berikutnya.

Kadar kecacatan juga meningkat sebanyak 10.1% di kalangan go Iongan dewasa yang berurnur lebih 30 tahun dan juga penduduk Korea yang berada di kawasan pedalaman.

Bukan itu sahaja, penyakit diabetes mellitus juga mernpakan penyebab dorninan kematian di Korea sejak tahun 1970 lagi (Choe et al. 2001).

Melihat kepada kesan diabetes mellitus terhadap kehidupan manusia, adalah lebih penting jika pesakit diabetes mellitus berwaspada dan mempunyai pengetahuan terhadap amalan jagaan diri bagi mengelakkan diri mendapat sesuatu yang terlebih teruk kesan kornplikasi daripada diabetes mellitus. Tahap amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus rnasih Iagi berada di tahap yang rendah berikutan meningkatnya kadar komplikasi dan

(15)

kematian akibat diabetes mellitus. Toljamo & Hentinen (2001) telah menjalankan satu kajian terhadap 213 orang pesakit diabetes mellitus di Utara Finland. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa 19% daripada pesakit masih lagi tidak mementingkan amalan jagaan diri mereka. Pesakit yang lebih peka terhadap amalan jagaan diri akan dapat mengawal penyakit mereka berbanding pesakit yang tidak mementingkan amalan jagaan diri.

Amalan jagaan diri menjadi komponen asas kesihatan dalam mengimbang, mencegah dan pengurusan kesakitan dalam beberapa dekad ini. lanya menjadi cabaran untuk individu bagi melengkapkan regimen rawatan termasuklah integrasi pemakanan, ubatan, pengawalan berat badan, memerhati tahap glukosa dalam darah, senaman dan pengurusan stres dalam rutin harlan dalam jangka masa panjang (Montaque et al. 2005).

1.2 Pernyataan Masalah

Disebabkan oleh peningkatan jumlah pesakit diabetes mellitus dari tahun ke tahun dan komplikasinya di seluruh negara, adalah lebih penting jika pesakit diabetes mellitus diberi perhatian terhadap amalan jagaan diri mereka. Berdasarkan kepada semakan bacaan terkini, kebanyakkan kajian yang dijalankan ke atas pesakit diabetes mellitus lebih memberi perhatian terhadap kualiti hidup pesakit diabetes mellitus (Ragonesi et al. 1998;

Brown et al. 2004) dan kesan ubatan terhadap pesakit diabetes mellitus (Davis et al. 2001;

Vinik et al. 2007; Luis et al. 2003) semata-mata sedangkan masih kurang kajian dilakukan ke atas pesakit diabetes mellitus terutamanya pesakit diabetes mellitus jenis 2 yang memfokuskan kepada amalan jagaan diri mereka. Kajian ini perlu dilakukan supaya dapat memberi faedah kepada ahli profesional kesihatan dalam menggalakkan amalan jagaan diri kepada pesakit diabetes mellitus jenis 2.

(16)

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan teori jagaan kendiri Orem.

Menurut teori umum kejururawatan Orem (200 1 ), amalan jagaan diri didefinisikan sebagai suatu aktiviti yang boleh dipelajari dan menetapkan maklumat yang perlu dicapai oleh seseorang individu. Arnalan jagaan ini yang dilakukan secara efektif akan dapat memberi kesan secara spesifik kepada integriti struktur kemanusiaan, kefungsian dan perkembangan seseorang. W alaubagaimanapun, apabila berlaku ketidakseimbangan kepada agensi amalan jagaan diri seseorang dalam melaksanakan aktiviti yang spesifik kepada agensi amalan jagaan diri teraputik yang diperlukan, keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat defisit jagaan diri dan individu tersebut memerlukan bantuan bagi melengkapkan aktiviti jagaan

dirinya.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

1. Mengenalpasti amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 di Pusat Diabetes, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

1.3.2 Objektif Spesifik

1. Mengenalpasti tahap amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 di Pusat Diabetes, HUSM.

2. Mengenalpasti perkaitan antara amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 dengan bacaan glukosa dalam darah.

(17)

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah amalan jagaan diri yang dilakukan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 2 bagi menggalakkan dan mengekalkan tahap kesihatan yang optima.

2. Adakah terdapat perkaitan antara amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 dengan bacaan glukosa dalam darah.

3. Adakah amalanjagaan diri mempengaruhi bacaan glukosa dalam darah bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2.

1.5 Hipotesis Kajian

Ho- Amalanjagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 tidak mempengaruhi bacaan glukosa dalam darah.

HA- Amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 mempengaruhi bacaan glukosa dalam darah.

1.6 Definisi Istilah (Konseptuai/Operasional)

Amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 merujuk kepada tindakan yang diambil selepas pesakit didiagnos mendapat diabetes mellitus jenis 2 dalam menurunkan kadar glukosa dalam darah, menghilangkan kesakitan dan ketidakselesaan, menggalakkan dan membantu proses pemulihan dan penyembuhan atau meningkatkan tahap kesihatan mereka. Tindakan ini adalah meliputi tindakan mendapatkan bantuan perubatan, memerhati dan menyedari kesan dan komplikasi diabetes mellitus jenis 2, memilih pengurusan perubatan yang dipreskripsikan secara medikal untuk mengatasi komplikasi, kepatuhan terhadap pengambilan ubatan yang dipreskripsikan, menerima penyakit dan

(18)

perawatan diabetes mellitus yang diperlukan serta belajar untuk menjalani kehidupan dengan penyakit diabetes mellitus jenis 2 dalam menggalakkan kesejahteraan hidup.

Diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dicirikan dengan keadaan hyperglycemia (peningkatan kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan. Ianya berlaku akibat daripada kekurangan atau hilangnya keberkesanan harmon insulin. Diabetes mellitus jenis 2 biasanya berlaku di kalangan mereka yang berumur 35 tahun ke atas. lanya teljadi secara perlahan-lahan di mana insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.

Lazimnya diabetes mellitus jenis ini berlaku berikutan sejarah keluarga. Antara rawatan yang dicadangkan untuk mereka yang mendapat diabetes mellitus jenis 2 adalah melalui penjagaan pemakanan, senaman untuk menurunkan berat badan dan juga ubatan samada secara oral mahupun suntikan insulin (Mohamed Yosri, 2001 ).

Pusat Diabetes Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) didefinisikan sebagai tempat atau unit kursus untuk merawat pesakit diabetes mellitus dan menguruskan penyakit diabetes mellitus. Unit ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan, antaranya adalah makmal pesakit luar untuk pemeriksaan urin pesakit, kemudahan membeli glukometer bagi pesakit yang ingin mengukur sendiri tahap glukosa dalam darah di rumah dan juga kemudahan sesi kaunseling bersama penasihat Pusat Diabetes. Pusat Diabetes ini beroperasi bermula ahad sehingga rabu iaitu pada waktu pagi sahaja.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting bagi memastikan promosi ke arah amalan jagaan diri yang berkesan bagi mencegah komplikasi diabetes mellitus di kalangan pesakit diabetes mellitus

(19)

jenis 2. Sekiranya kajian ini tidak dilakukan, penyelidik tidak dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai amalanjagaan diri pesakit diabetes mellitusjenis 2. Penyelidikjuga tidak dapat mengenalpasti samada pesakit diabetes mellitus jenis 2 telah mendapat maklumat yang mencukupi tentang amalan jagaan diri terhadap penyakit diabetes mellitus semasa di rumah dan kesungguhan pesakit untuk mengikuti pendidikan kesihatan yang diberi. Sekiranya kajian ini tidak dilakukan juga, penyelidik tidak dapat melihat kefahaman dan keprihatinan pesakit diabetes mellitus terhadap kesihatan diri mereka sendiri. Kajian ini diharapkan dapat membantu ahli profesional kesihatan dalam memberi perawatan yang berkualiti kepada pesakit, meningkatkan lagi kualiti jagaan dan perkhidmatan kesihatan pesakit sekaligus diharapkan akan dapat memberikan imej yang lebih baik kepada profesyen kejururawatan dan organisasi kesihatan itu sendiri.

(20)

BAB2

TINJAUAN BACAAN

2.1 Pengenalan

Diabetes mellitus adalah suatu keadaan di mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu honnon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Diabetes mellitus dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu diabetes mellitus jenis 1 dan juga diabetes mellitus jenis 2. Diabetes mellitus jenis 2 dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin dan merupakan diabetes mellitus peringkat pennulaan dewasa. 90% daripada kes penyakit diabetes mellitus tergolong dalam jenis ini (Tina, 2002).

Diabetes mellitus jenis 2 berlaku kerana pankreas menghasilkan insulin yang tidak cukup. Walaubagaimanapun, menurut Al-Habori et al. (2004), diabetes mellitus jenis 2 juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain iaitu faktor gaya hidup, persekitaran dan faktor sosial seperti peningkatan berat badan, aktiviti fizikal, cara hidup sedentari dan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Diabetes mellitus jenis 2 bersifat keturunan dan Iazimnya berlaku di kalangan golongan wanita berbanding golongan lelaki (Ligaray, 2007). Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau kombinasi pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin (Noraini, 2001 ). Diabetes mellitus jenis 2 lazimnya berlaku pada mereka yang berusia

(21)

lebih daripada 40 tahun dan lebih 85% berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan.

Al-Habori et al. (2004) telah menjalankan satu kajian ke atas 498 pesakit diabetes mellitus yang berumur 25 ingga 65 tahun untuk mengkaji prevalens diabetes mellitus jenis 2 di bandar Yemen. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa 80% daripada diabetes mellitus jenis 2 adalah daripada golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas. Dewasa ini, masalah diabetes mellitus jenis 2 menjadi masalah pandemik dan ianya bukan sahaja ditentukan oleh faktor usia semata- mata kerana mengikut sumber terkini, sebanyak 76%

masalah diabetes mellitus jenis 2 didapati bennula di usia 30-39 tahun (Cornell & Briggs, 2004). Walaupun hal yang demikian, insiden diabetes mellitus jenis 2 ini juga turut meningkat dengan cepat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Menurut Kiess et al. (2003), masalah diabetes mellitus jenis 2 di kalangan kanak-kanak dan remaja di United State berlaku disebabkan oleh masalah obesiti akibat perubahan dalam pengambilan makanan dan kurangnya senaman.

2.2 Tanda atau Gejala Diabetes Mellitus Jenis 2

Terdapat pelbagai tanda atau gejala bagi pesakits diabetes mellitus. Tina (2002) menyatakan bahawa pesakit diabetes mellitus akan mengalami kencing kerap terutamanya pada waktu malam, penurunan berat badan, keletihan, masalah penglihatan dan kebas di bahagian tangan dan kaki. Selain itu juga, pesakit diabetes mellitus berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kulit, luka yang lambat sembuh terutamanya di bahagian kaki dan buku lali. Bagi wanita pula, mereka berisiko untuk mendapat jangkitan pada bahagian vagina dan masalah ereksi bagi pesakit diabetes mellitus lelaki. Menurut maklumat

(22)

daripada Centers for Disease Control and Prevention (2003) pula, basil kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapatnya perkaitan di antara diabetes mellitus dan juga masalah gusi. Pesakit diabetes mellitus juga akan mengalami masalah kehilangan gigi yang lebih cepat berbanding mereka yang bukan penghidap diabetes mellitus.

Secara keseluruhannya, 50% pesakit diabetes mellitus jenis 2 akan mengalami simptom peripheral neuropathi berbanding pesakit diabetes mellitus jenis 1. Menurut Kastenbauer et al. (2004), kajian yang dijalankan ke atas 350 pesakit diabetes mellitus jenis I dan jenis 2 mendapati bahawa majoriti pesakit diabetes mellitus jenis 2 mengalami paresthesia dan sakit yang menyucuk, manakala 24.6% pesakit lelaki diabetes mellitus jenis 2 akan mengalami kegagalan ereksi berbanding 13% bagi pesakit diabetes mellitus jenis 1. Selain itu juga, pesakit diabetes mellitus jenis 2 akan mengalami tanda atau gejala yang berpanjangan berbanding diabetes mellitus jenis 1 seperti kebadiran glukosa dalam urin, jumlah pengeluaran urin yang banyak, kerap baus dan 5% bingga 25% akan mengalami ketoacidosis (American Diabetes Association, 2000). Fagot (2000) pula menyatakan bahawa pesakit diabetes mellitus jenis 2 akan mengalami acanthosis nigricans iaitu tompok gelap yang boleb dijumpai di bahagian Ieber, ketiak dan abdomen. Pesakit juga akan mendapat sindrom policystic ovari.

2.3 Risiko dan Komplikasi Diabetes Mellitus

Diabetes mellitus akan membawa kepada pelbagai jenis risiko dan komplikasi.

Caspari (2007) menyatakan pendapatnya bahawa risiko diabetes mellitus meningkat selari dengan peningkatan umur pengbidapnya. Menurut Silje (2007) pula, diabetes mellitus akan menyebabkan masalah penglibatan, amputasi, kegagalan ginjal dan menjadi penyebab

(23)

kematian di kebanyakan negara. Peningkatan dalam kawalan glukosa dalam darah melalui perubahan gaya hidup akan mengurangkan komplikasi jangka panjang diabetes mellitus.

Menurut World Health Organization (1995), tiada bukti pasti yang menyatakan bahawa peningkatan dalam kawalan glukosa menggunakan ubatan oral dapat membantu menurunkan risiko mendapat retinopati. Ini dapat dilihat apabila satu kajian kohort telah dijalankan ke atas pesakit diabetes mellitus selama 5 tahun. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa komplikasi retinopati meningkat secara linear dengan peningkatan tahap glukosa dalam darah. 62% daripada mereka yang mempunyai tahap glukosa dalam darah yang tinggi akan mendapat risiko retinopati. Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa diet dan senaman dapat melambatkan risiko dan komplikasi bagi pesakit diabetes mellitus.

Dalam satu kajian kohort yang dijalankan ke atas pesakit diabetes mellitus melalui rawatan susulan selama 6-14 tahun juga mendapati bahawa 30-50% risiko menurun bagi mereka yang selalu bersenam berbanding mereka yang mengamalkan cara hidup yang tidak aktif (Helmrich et al.1991 ). Diabetes mellitus sememangnya akan mendatangkan pelbagai risiko kepada pesakitnya. Kumpulan etnik African Americans dengan masalah diabetes mellitus jenis 2 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi penyakit mikrovaskular dan makrovaskular. Akibatnya, ramai etnik African Americans yang rata-rata daripada mereka mendapat penyakit kardiovaskular, retinopati, mikroalbuminuria, amputasi, penyakit renal dan kematian berbanding kumpulan etnik White Americans (Ferdinand, 2005). Menurut American Heart Association (2006) menyatakan bahawa penghidap diabetes mellitus wanita berisiko 2-6 kali ganda untuk

(24)

mandapat masalah jantung dan serangan jantung serta berada pada risiko yang tinggi untuk mendapat strok berbanding penghidap diabetes mellitus lelaki.

American Diabetes Association (2002) pula menyatakan bahawa antara risiko diabetes mellitus yang boleh mengancam kehidupan pesakitnya adalah masalah jantung, strok, masalah ginjal, penyakit saraf ataupun amputasi dan juga buta. Pesakit diabetes mellitus 2 hingga 4 kali ganda berisiko mendapat penyakit jantung dan menderita akibat strok berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes mellitus, bahkan 77000 kematian setiap tahun akibat penyakit jantung adalah disebabkan oleh diabetes mellitus. Diabetes mellitus juga merupakan penyebab utama kegagalan ginjal peringkat akhir dan ianya mencatat 40% kes baru setiap tahun. Selain itu juga, 50% daripada pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah saraf dan 40% berisiko mendapat amputasi di bahagian kaki, manakala sebanyak 24000 kes buta akibat diabetes mellitus dilaporkan setiap tahun (Marcille, 2000). Bukan itu sahaja, menurut Karter et al. (2001) diabetes mellitus menjadi penyebab utama masalah buta di kalangan mereka yang berumur 24 hingga 74 tahun manakala diabetes retinopati menyumbang kepada 12000 hingga 24000 masalah buta setiap tahun.

2.4 Perawatan Bagi Penghidap Diabetes Mellitus

Noraini (2001) menyatakan bahawa diabetes mellitus dirawat untuk melegakan simptom, mengembalikan paras gula dalam darah kepada paras normal dan seterusnya untuk mencegah komplikasi. Perawatan diabetes mellitus dapat dibahagikan kepada dua cara iaitu secara terapi farmakologi dan juga terapi bukan farmakologi. Terapi farmakologi adalah perawatan yang melibatkan penggunaan ubat-ubatan, manakala terapi bukan

(25)

fannakologi adalah berdasarkan perubahan gaya hidup yang lebih sihat seperti diet yang seimbang, senaman yang bersesuaian, memerhati tahap glukosa dalam darah dan juga pemeriksaan kesihatan oleh doktor. Menurut Caspari (2007), ramai pesakit diabetes mellitus mengambil ubatan untuk: merawat penyakit mereka. Bukan itu sahaja, daripada semua pesakit diabetes mellitus di United State pada tahun 2001 hingga 2003, 16%

mendapatkan rawatan insulin, 57% mengambil ubatan oral, 12% mengambil rawatan kombinasi insulin dan ubatan oral, manakala 15% tidak bergantung kepada rawatan samada rawatan insulin mahupun ubatan oral.

Masyarakat sekarang juga masih lagi berpegang kepada amalan rawatan komplimentari dan altematif seperti penggunaan herba dan bomoh dalam merawat penyakit. Di United State, penduduknya menggunakan rawatan komplimentari dan atematif untuk merawat penyakit kronik (Egede, 2004) di mana menurut Hunt et al.

(2000), 1 hingga 3 orang pesakit diabetes mellitus di United State menggunakan rawatan komplimentari dan altematif. Kos perbelanjaan untuk rawatan komplimentari dan altematif juga meningkat sebanyak 45% pada tahun 1990 hingga 1997 di mana sebanyak RM 21. 2 juta diperuntukkan pada tahun 1997 sahaja. Golongan yang berumur lebih 65 tahun, pesakit yang tidak dihospitalisasikan dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi lebih gemar untuk mendapatkan rawatan komplimentari dan altematif ini (Egede, 2004).

Kebanyakan mereka yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan adalah apabila rawatan komplimentari dan alternatif yang dicuba tidak sesuai untuk merawat penyakit mereka. Walaubagaimanapun, tidak semua pesakit diabetes mellitus bergantung kepada rawatan tersebut untuk merawat penyakit mereka kerana masih terdapat pesakit diabetes mellitus yang hanya bergantung kepada ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor

(26)

semata-mata untuk merawat penyakit mereka. Satu kajian kualitatif telah dijalankan terhadap 43 pesakit diabetes mellitus di kawasan berpendapatan rendah di Mexico. Hasil temubual yang dijalankan mendapati bahawa 84% daripada mereka tahu tentang penggunaan rawatan altematif terutamanya herba dalam merawat penyakit diabetes mellitus, walaubagaimanapun tidak semua daripada mereka mengamalkan rawatan herba sebagai rawatan utama sebaliknya menjadikan herba sebagai rawatan tambahan selepas pengambilan ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor (Hunt et al. 2000).

Pesakit diabetes mellitus boleh makan apa sahaja seperti individu yang tidak menghidap diabetes mellitus tetapi perlu mengawal jumlah kalori yang diambil.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah antara perawatan yang paling penting untuk pesakit diabetes mellitus sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi akibat diabetes mellitus (Margolis, 2006). Dalam hal ini, pengetahuan, sikap dan amalan pesakit diabetes mellitus itu sendiri adalah penting bagi memastikan mereka mendapatkan perawatan yang betul. Ambigapathy et al. (2003) telah menjalankan satu kajian untuk menilai tahap pengetahuan, amalan dan sikap pesakit diabetes mellitus terhadap amalan perawatan mereka. Kajian keratan rentas tersebut dilakukan di Klinik Kesihatan Seri Manjung terhadap I 00 orang pesakit diabetes mellitus dari December 2002 sehinggalah Januari 2007. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa hanya 56% daripada sampel kajian mempraktikkan amalan perawatan untuk penyakit mereka. Dalam hal ini program pendidikan adalah penting bagi meningkatkan amalan dalam pengurusan perawatan mereka.

(27)

2.5 Jagaan Diri Berdasarkan Teori Defisit Jagaan Diri Kejururawatan Orem (2001).

Berdasarkan teori Orem (2001), amalan jagaan diri adalah perlaksanaan aktiviti yang diamalkan oleh individu secara tersendiri bagi mengekalkan keseimbangan kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan hidup. Jagaan diri merupakan satu kaedah dalam pertimbangan mengawal atau mengawal atur faktor dalaman atau luaran. Kaedah ini melancarkan aktiviti yang dilaksanakan oleh seseorang individu mengikut proses perkembangan fungsinya atau memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan seseorang. Agensi jagaan kendiri dan jagaan kendiri teraputik dapat mempengaruhi pelaksanaan jagaan diri seseorang individu. Agensi jagaan kendiri adalah satu kebolehan yang kompleks. Ianya diperlukan bagi membolehkan seseorang terns melaksanakan jagaan kendiri secara berterusan dalam mengawalatur proses kehidupan, mengekalkan atau mempromosikan integriti struktur kemanusiaan, kefungsian dan perkembangan manusia serta menggalakkan kesejahteraan hidup (Orem, 2001).

W alaubagaimanapun, terdapat perkaitan defisit di antara perbuatan yang perlu dan boleh atau akan dilakukan seseorang apabila agensi jagaan kendiri seseorang individu tidak seimbang dengan perlaksanaan tindakan spesifik yang diperlukan dalam jagaan kendiri teraputik. Keadaan ini merujuk kepada defisit jagaan kendiri yang merupakan indikasi kepada seseorang yang memerlukan bantuan bagi memenuhi keperluan jagaan kendirinya.

Faktor-faktor dalaman dan luaran yang berhubungkait dengan jagaan kendiri dalam teori ini dinamakan faktor-faktor keadaan asas. Faktor-faktor yang dijelaskan termasuklah umur, jantina, status perkembangan, status kesihatan, orientasi kepada sosiobudaya, sistem penjagaan kesihatan, corak kehidupan, keadaan persekitaran dan kesenangdapatan serta kesamarataan (Orem, 2001).

(28)

Berdasarkan kepada kesemua faktor yang dinyatakan, penyelidik menyatakan faktor status kesihatan, sistem penjagaan kesihatan dan sumber maklumat sebagai faktor signifikan yang boleh dikaitkan dengan penjagaan kendiri pesakit diabetes mellitus. Hal ini kerana status kesihatan dijadikan sebagai petunjuk kepada fungsi kesihatan yang boleh mempengaruhi kemampuan pesakit dalam melaksanakan penjagaan kesihatan (Dodd &

Dibble,l993) dan mempunyai hubungkait dengan keperluanjagaan kendiri, agensijagaan kendiri dan perlaksanaan jagaan kendiri (Moore & Pichler, 2000). Bukan itu sahaja, ianya juga kerana sistem penjagaan kesihatan merupakan satu sumber dalam penjagaan kesihatan

diri.

Sumber maklumat pula menjadi satu komponen penting dalam penjagaan yang berkesan kerana ianya dapat memotivasikan pesakit dalam memilih sikap yang positif dan sihat, menggalakkan pesakit melibatkan diri dalam membuat keputusan berkaitan dengan rawatan yang diperlukan, meningkatkan keyakinan diri, membantu dalam menerangkan perkembangan penyakit melalui simptom, menggalakkan jagaan kendiri dan mengurangkan kebimbangan pesakit (Mills & Sillivan, 1999).

2.6 Amalan Jagaan Diri di Kalangan Pesakit Diabetes Mellitus

Konsep amalan jagaan diri bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2 yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan teori kejururawatan umum Orem (2001). Berdasarkan teori kejururawatan umum Orem (2001), keperluan jagaan diri bagi gangguan kesihatan merangkumi tindakan mendapatkan bantuan perubatan, memerhatikan dan menyedari kesan glukosa dalam darah dan kesan sampingan ubatan diabetes mellitus, kepatuhan

(29)

terhadap pengambilan ubatan, menerima penyakit dan keperluan ubatan diabetes mellitus dan seterusnya belajar untuk menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus jenis 2.

2.6.1 Mendapatkan Bantuan Perubatan

Pesakit perlu mendapatkan bantuan perubatan daripada ahli profesional kesihatan apabila mengalami masalah kesihatan. Perasaan takut untuk mengetahui keadaan diri berkaitan dengan penyakit yang dialami menyebabkan pesakit tidak mahu mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada profesional kesihatan (Fingerlin et al. 2006).

Menurut American Diabetes Association (2002), pesakit diabetes mellitus perlu mendapatkan bantuan perubatan daripada kumpulan profesional kesihatan seperti doktor, jururawat, pakar perubatan dan ahli psikologi yang mengambil bahagian dalam pengurusan penyakit diabetes mellitus manakala menurut Caspari (2007), pendidikan pengurusan sendiri diabetes mellitus adalah satu komponen penting dalam pengurusan perubatan.

Michele et al. (2000) menyatakan bahawa antara faktor yang mendorong seseorang pesakit diabetes mellitus mendapatkan bantuan perubatan adalah seperti keutamaan pesakit, kebolehan mereka dan juga pengetahuan mereka tentang penyakit yang mereka hidapi. Pesakit diabetes mellitus sememangnya perlu peka terhadap pengambilan ubatan mereka. Hasil kajian mendapati bahawa 80% pesakit diabetes mellitus terpaksa menanggung kos rawatan meraka sendiri di mana 50% daripadanya hanya untuk mendapatkan bantuan perubatan sahaja ( Bhaskaran et al. 2003).

(30)

2.6.2 Menyedari dan Memerhati Kesan Glukosa Dalam Darah dan Kesan Sampingan Ubatan Diabetes Mellitus.

Pesakit sendiri perlu berwaspada dengan perubahan kesihatan diri dan melaporkan sebarang perubahan dan ketidakselesaan kepada ahli profesional kesihatan. Setiap perubahan yang dialami hanya dirasai dan diketahui oleh penghidap penyakit itu sendiri (Lemone & Burke, 2004). Oleh itu amat penting bagi mereka untuk mamantau perubahan yang berlaku pada diri mereka sendiri dan melaporkannya kepada ahli profesional kesihatan semasa lawatan ke hospital atau rawatan susulan dan temujanji yang telah ditetapkan.

Menurut American Diabetes Association (2003), memerhati tahap glukosa dalam darah merupakan salah satu komponen terapi yang efektif. Memerhati tahap glukosa dalam darah dapat membantu pesakit untuk menilai tahap reaksi mereka terhadap terapi yang diambil dan seterusnya menilai samada tahap glukosa yang disasarkan dapat dicapai atau tidak. lanya juga penting bagi mengelakkan pesakit mendapat hypoglycemia dan mengubah ubatan serta aktiviti fizikal. Kajian juga menunjukkan bahawa pesakit diabetes mellitus yang mempunyai bacaan glukosa dalam darah yang normal atau hampir normal dapat menurunkan komplikasi diabetes melitus ( McCulloch, 2007). Kekerapan dan masa untuk memerhati bacaan glukosa dalam darah perlulah ditetapkan oleh pesakit, walaubagaimanapun, tiada kajian yang menetapkan masa yang sebenarnya sesuai dan kekerapan yang optimal untuk memerhati glukosa dalam darah sebaliknya ianya perlulah bersesuaian untuk mencapai tahap glukosa yang diinginkan (Tuomilehto et al. 2001).

Noraini (2001) menyatakan bahawa pesakit diabetes mellitus disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit

(31)

mengalami simptom hypoglycemia. Walaubagaimanapun, menurut Frankum (2005), semua pesakit diabetes mellitus yang mendapat rawatan melalui suntikan insulin digalakkan untuk melakukan pemeriksaan tahap glukosa dalam darah di rumah secara berkala. McCulloch, (2007) pula menyatakan bahawa kekerapan untuk memerhati tahap glukosa dalam darah bergantung kepadajenis diabetes mellitus yang dialami danjugajenis rawatan yang diterima.

Pemerhatian tahap glukosa dalam darah bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2 adalah penting dan kekerapan pemantauannya bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis rawatan yang diterima, tahap hemoglobin Ale dan juga tujuan rawatan diambil.

Menurut American Diabetes Association (1997) melalui kajian yang dijalankan oleh Karter et al. (2001) menyatakan bahawa pemerhatian tahap glukosa dalam darah perlu dilakukan setiap hari bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2 yang mendapat rawatan farmakologi, manakala pemerhatian tidak perlu dilakukan jika pesakit diabetes mellitus jenis 2 mendapat rawatan bukan farmakologi. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus beijumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa dalam darah pada had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Pesakit diabetes mellitus terutamanya warga tua boleh dirawat menggunakan regimen ubatan yang sama seperti orang dewasa, walaubagaimanapun, pemerhatian yang rapi diperlukan semasa preskripsi ubatan dan juga kesan ubatannya. Ubatan yang diberikan

(32)

juga perlulah dimulakan dengan dos yang rendah dan bertambah dosnya secara perlahan- lahan (Levinsky, 2002).

2.6.3 Kepatuhan Terhadap Pengambilan Ubatan.

Kira - kira 125,000 pesakit yang telah didiagnos mendapat penyakit meninggal dunia setiap tahun di Amerika Syarikat kerana tidak mengambil ubatan yang diberikan secara teratur dan kira-kira satu per empat daripada kemasukan kes ke hospital adalah disebabkan oleh pengurusan ubatan yang tidak teratur (Wertheimer, 2006). Ahli profesional kesihatan boleh membantu pesakit untuk patuh terhadap ubatan yang diberikan melalui pemerhatian yang lebih dan teknik komunikasi yang baik. Michele et al. (2000) dalam kajian mereka menyatakan bahawa tahap kepatuhan seseorang pesakit terhadap ubatan yang dipreskripsikan dapat ditingkatkan melalui perbincangan dan juga galakan daripada ahli profesional kesihatan.

Antara faktor utama yang menyebabkan pesakit tidak patuh terhadap ubatan yang diberikan adalah seperti regimen ubatan yang terlalu rumit, kesan sampingan ubatan yang wujud, kos, kelakuan dan kepercayaan doktor dan pesakit itu sendiri. Walaubagaimanapun, menurut laporan yang dikeluarkan oleh National Council on Patient Information and Education (2007) menyatakan bahawa arahan dos ubatan yang mengelirukan, label ubatan yang terlalu kecil dan arahan ubatan yang diberikan dalam pelbagai format menyebabkan pesakit sukar untuk patuh terhadap ubatan yang diberikan.

Wertheimer (2006) telah menjalankan satu kajian untuk mengetahui faktor yang menentukan kurangnya kepatuhan pesakit terhadap ubatan yang diberikan. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa 60% daripada pesakit tidak patuh terhadap ubatan kerana tidak

(33)

dapat mengenalpasti ubatan mereka sendiri, 30%-50% mengabaikan arahan tentang pengambilan ubatan yang dipreskiripsikan oleh doktor dan 12% hingga 20% pesakit tidak patuh kerana mengambil ubatan pesakit lain.

Ramai pesakit diabetes mellitus mengambil ubatan kurang daripada apa yang telah dipreskripsikan. Ini termasuklah ubat oral agen hypoglycemic dan juga insulin. Analisis retrospektif yang dijalankan mendapati bahawa hanya 36% sehingga 93% pesakit akan patuh kepada ubat oral agen hypoglycemic selepas 2 tahun manakala 62% hingga 64%

bagi pesakit mendapat suntikan insulin. Bukan itu sahaja, kajian antarabangsa terhadap 875 dewasa yang dirawat dengan oral agen hypoglycemic mendapati 11% akan mengambil ubatan kurang daripada apa yang dipreskiripsikan kerana kos ubatan tersebut. Dalam hal sebegini, ahli profesional yang terbabit perlulah mengetahui kos perubatan pesakit dan mengubah regiemen ubatan (Beckley, 2004). Franklin (2007) menyatakan bahawa pesakit diabetes mellitus yang kurang patuh terhadap ubatan yang diberikan adalah berisiko 2 kali ganda untuk dihospitalisasikan berbanding mereka yang patuh dan kos perawatan hospital juga akan meningkat 2 kali ganda bagi mereka yang tidak patuh.

Bukan itu sahaja, mereka yang bebas daripada simptom adalah berisiko tinggi sekiranya tidak mengambil ubatan secukupnya ataupun berhenti terus daripada mendapatkan ubatan. Selain itu juga, pesakit diabetes mellitus yang kurang patuh terhadap ubatan yang dipreskripsikan menyebabkan negara terpaksa membelanjakan sejumlah RM 177 juta untuk perbelanjaan bil perubatan. Keadaan ini juga menyebabkan produktiviti berkurangan di mana 40% terpaksa dibelanjakan untuk pengurusan kejururawatan di rumah. Walaubagaimanapun, pesakit diabetes mellitus yang patuh terhadap pengambilan

(34)

ubatan dapat mengurangkan risiko untuk dihospitalisasikan terlalu lama (National Council on Patient Information and Education, 2007).

2.6.4 Menerima Penyakit dan Keperluan Ubatan Diabetes Mellitus

Ahli profesional kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu pesakit diabetes mellitus menerima penyakitnya. Menurut Egede (2003), pesakit diabetes mellitus lazimnya menerima nasihat daripada profesional kesihatan berkaitan dengan berat badan, senaman dan ubatan manakala tahap pendidikan pula merupakan salah satu faktor yang penting dalam menentukan tahap penerimaan seseorang pesakit terhadap penyakitnya . Ini dapat dibuktikan melalui satu kajian yang dijalankan oleh Richardson et al. (2001) bagi menilai sejauh mana pesakit diabetes mellitus dapat menerima penyakitnya. Dalam kajian tersebut, seramai I 07 pesakit diabetes mellitus dinilai berdasarkan kepada The Acceptance of Disability Scale Modified (ADM) dan juga The Sense of Coherence Scale (SOC). Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pesakit diabetes mellitus yang mempunyai skor yang tinggi dalam ADM dan SOC mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap pendidikan adalah faktor yang penting dalam menentukan sejauh mana penerimaaan seseorang terhadap penyakitnya.

2.6.5 Belajar Untuk Menjalani Kehidupan Sebagai Pesakit Diabetes Mellitus Jenis 2

Mengikut teori Orem (2001), tindakan belajar untuk menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus bennaksud mengetahui sama ada pesakit diabetes mellitus dapat menjalani kehidupan yang lebih baik atau tidak selepas didiagnos mendapat diabetes

(35)

mellitus. Menurut Cooper & Fairburn (2002), pesakit diabetes mellitus perlu belajar untuk menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus melalui modifikasi cara hidup terutamanya dari segi senaman dan tabiat pemakanan. Menurut Clark (2002), perubahan cara hidup yang meliputi tabiat pemakanan dan senaman dapat menurunkan risiko diabetes mellitus sebanyak 50%. Senaman dapat mengurangkan berat badan, membakar kalori dan mengimbangkan glukosa dalam darah. Menurut United States Department of Health and Human Services ( 1996), senaman yang dicadangkan adalah selama 30 minit setiap hari dan 60 minit jika pesakit mengalami lebihan berat badan. Walaubagaimanapun, menurut Rosenbloom & Silverstein (2003), senaman semata-mata tidak memberi kesan yang ketara terhadap perubahan berat badan, sebaliknya senaman yang digabungkan dengan modifikasi diet dapat membantu menurunkan berat badan.

Pesakit diabetes mellitus digalakkan untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat seperti makan hanya 3 hidangan setiap hari dengan 2 atau 3 snek yang sihat, makan secara perlahan-lahan tanpa menonton televisyen, menghidang makanan dalam pinggan yang kecil dan dalam jumlah yang sedikit (Cooper & Fairburn , 2002). Oleh kerana pesakit diabetes mellitus mudah mendapat komplikasi tertentu, maka, mereka perlu mengambil langkah tertentu dalam mempromosikan kesejahteraan hidup mereka. Pesakit diabetes mellitus perlu memberi tumpuan khas kepada penjagaan kulit, kaki, mata dan gigi.

Mereka juga perlu mendapatkan nasihat daripada pesakit diabetes yang lain.

Sebenarnya, mendapat nasihat daripada pesakit lain dapat memberi faedah kepada pesakit diabetes mellitus dari segi pengurusan penyakit dan perubahan yang dilakukan. Furunishi et al. (1998) menyatakan bahawa sokongan sosial daripada pesakit diabetes yang lain amat membantu pesakit untuk patuh terhadap diet dan pengurusan insulin. Bukan itu sahaja,

(36)

basil kajian yang telah dilakukan oleh Goz et al. (2007) mendapati bahawa sokongan daripada pesakit lain dapat membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit diabetes mellitus itu sendiri .Sesetengah pesakit diabetes mellitus dapat mengawal tekanan yang dialami selepas mendapat tabu tentang penyakitnya apabila menerima sokongan dan nasihat daripada pesakit yang lain berbanding dengan mereka yang tidak mendapat sokongan dan nasihat. Bukan itu sahaja, kurangnya sokongan akan menyebabkan pengurusan pesakit terhadap penyakitnya juga bertambah teruk (Furunishi et al. 1998).

Menurut sumber maklumat daripada Cooper & Fairburn (2002), pesakit diabetes mellitus juga perlu betjumpa dengan doktor dan doktor gigi bagi melakukan pemeriksaan secara berkala untuk meminimakan komplikasi diabetes mellitus. Selain betjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan rutin, pesakit diabetes mellitus perlu berjumpa doktor sekali setahun untuk pemeriksaan flzikal. Ini adalah penting untuk mengenalpasti masalah lain yang akan timbul akibat diabetes mellitus seperti masalah mata, ginj a1 dan jan tung.

Bukan itu sahaja, pesakit diabetes mellitus juga dinasihatkan agar membawa ubatan bersama apabila melakukan aktiviti luar. Menurut Canadian Diabetes Association (2005), pesakit diabetes mellitus digalakkan untuk membawa bekalan ubatan yang lebih dan menyimpan bekalan ubatan di tempat yang berbeza bagi mengelakkan risiko kehilangan.

2. 7 Kerangka Konsep

Jagaan diri dideflnisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang diamalkan oleh seseorang individu untuk memulakan dan melaksanakan tindakan yang dapat mengekalkan tahap kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan mereka sendiri (Orem, 2001). Tindakan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga jenis amalan jagaan diri yang diperlukan iaitu

(37)

keperluan jagaan diri universal, keperluan jagaan diri mengikut perkembangan dan keperluan jagaan diri bagi gangguan kesihatan. Keperluan jagaan diri universal merupakan keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap individu iaitu meliputi pemafasan, air, makanan, eliminasi, aktiviti dan rehat, interaksi sosial, pencegahan daripada bahaya dan sebagainya.

Keperluan jagaan diri mengikut perkembangan pula merujuk kepada keperluan yang perlu dipenuhi berdasarkan tahap perkembangan seseorang individu manakala keperluan jagaan diri bagi gangguan kesihatan pula ialah sebarang keperluan yang perlu dipenuhi bagi meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Orem (200 1) telah mengenalpasti bahawa tiga jenis keperluan ini penting bagi seseorang yang mempunyai penyakit, mengalami gangguan kesihatan dan kehilangan upaya. Keperluan jagaan diri perlu dipenuhi bagi mengatasi masalah gangguan kesihatan, mengawal gangguan patologi pada peringkat awal dan mencegah kehilangan upaya serta kecacatan. Pelbagai langkah atau tindakan tertentu adalah perlu bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2 dalam mengubati, meringankan, mengawal dan mencegah mereka daripada mengalami keadaan yang tidak diingini akibat komplikasi penyakit dan menggalakkan kesejahteran kesihatan mereka.

Berdasarkan keperluan jagaan diri bagi gangguan kesihatan, teori kejururawatan umum Orem (200 l ), tindakan ini termasuklah mendapatkan bantuan perubatan, menyedari dan memerhati kesan glukosa dalam darah dan kesan sampingan ubatan diabetes mellitus, kepatuhan kepada pengambilan ubatan, menerima penyakit dan keperluan ubatan diabetes mellitus dan belajar untuk menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus jenis 2.

(38)

Bagi kajian ini, kerangka konsep yang digunakan adalah seperti berikut;

Amalanjagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian.

Amalanjagaan diri bagi gangguan kesihatan:

• Mendapatkan bantuan perubatan

• Menyedari dan memerhati tahap glukosa dalam darah dan kesan sampingan ubatan diabetes mellitus

• Kepatuhan kepada pengambilan ubatan

• Menerima penyakit dan keperluan ubatan diabetes mellitus

• Belajar untuk menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus jenis 2

Skor amalanjagaan diri

• Rendah

• Sederhana

• Tinggi

(Y an Su, 2005)

(39)

BAB3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif bercirikan deskriptif untuk mengetahui amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2. Kaedah pengumpulan data pula adalah berbentuk keratan rentas.

3.2 Populasi dan Lokasi Kajian

Populasi kajian ini melibatkan pesakit diabetes mellitus jenis 2. Kajian ini telah dijalankan di Pusat Diabetes, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

3.3 Sampel

3.3.1 Saiz sampel

Sampel saiz bagi kajian ini adalah seramai 144 orang. Saiz sampel ditentukan berdasarkan proporsi sebagai parameter (Daniel, 1999).

N

=

Z2 (p) (g)

d2

N= Bilangan sampel

Z

=

95%, julat keyakinan

=

1.96

q

=

prevalens diabetes mellitus di Kelantan (q

=

0.105)(Eid et al.2003).

p = perkadaran (p = 0.895), d = 0.05

(40)

N

= [(

1.96) 2] (0.895) (0.1 05) (0.05)2

=

144orang

Oleh kerana terdapat limitasi semasa menjalani proses pengumpulan data, hanya 113 orang sampel sahaja yang terlibat dalam kajian ini.

3.3.2 Corak Persampelan

Sampel yang terlibat dalam kajian ini diperolehi melalui persampelan kesenangan.

3.3.3 Kriteria Penerimaan dan Penolakan

Kriteria penyertaan subjek (penerimaan) adalah seperti berikut 1. Pesakit diabetes mellitus jenis 2 yang berusia 30 tahun ke atas.

2. Pesakit diabetes mellitus jenis 2 yang mendapat rawatan di Pusat Diabetes, HUSM.

3. Boleh membaca, menulis, boleh bertutur dan faham Bahasa Melayu.

4. Pesakit sedar diri dan boleh berkomunikasi secara verbal 5. Menandatangani borang maklumat dan keizinan pesakit.

6. Pesakit yang tidak pemah dihospitalisasikan.

Kriteria penyertaan subjek (penolakan):

1. Pesakit yang ada masalah atau gangguan neurologi yang ketara

2. Pesakit yang tidak mendapat keizinan dengan borang kebenaran soal selidik.

(41)

3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Instrumen

Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik basil adaptasi daripada Yan Su (2005). Borang soal selidik ini merangkumi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Borang soal selidik ini mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk dilengkapkan. Bahagian A dalam borang soal selidik kajian ini adalah merupakan bahagian data demografi bagi sam pel kajian. Data demografi mengandungi 10 bahagian berkaitan maklumat pesakit iaitu umur, jantina, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, pekeijaan, pendapatan bulanan, bacaan glukosa dalam darah, jangkamasa menghidap diabetes mellitus jenis 2 dan juga jenis rawatan yang diambil. Bahagian B pula adalah merupakan bahagian soalan soal selidik amalan jagaan diri yang terdiri daripada 23 soalan. Soalan soal selidik kajian ini telah diubahsuai daripada soalan soal selidik amalan jagaan diri yang telah dibentuk oleh Yan Su (2005). Elemen ini telah dibahagikan kepada 5 dimensi berdasarkan teori kejururawatan umum Orem (2001).

Dimensi 1 soalan amalan jagaan diri terdiri daripada soalan 1 hingga 3 yang mewakili maklumat berkaitan mendapatkan bantuan perubatan. Dimensi 2 adalah soalan 4 hingga 9 yang mewakili maklumat berkaitan menyedari dan memerhati kesan glukosa dalam darah dan kesan sampingan ubatan. Dimensi 3 terdiri daripada soalan 10 hingga 12 yang mewakili maklumat berkaitan kepatuhan kepada pengambilan ubatan yang dipreskripsikan. Dimensi 4 terdiri daripada soalan 13 hingga 15 yang mewakili maklumat berkaitan menerima penyakit dan ubatan diabetes mellitus dan dimensi 5 terdiri daripada soalan 16 hingga 23 yang mewakili maklumat berkaitan belajar untuk menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus jenis 2.

(42)

Skor amalanjagaan diri dibahagikan kepada empat tahap iaitu 0, 1,2, dan 3. Skor 0 menunjukkan amalan jagaan diri yang tidak dilaksanakan manakala skor 1 menunjukkan amalan jagaan diri yang jarang dilaksanakan. Skor 2 pula menunjukkan amalan jagaan diri yang kerap dilaksanakan dan skor 3 pula menunjukkan amalan jagaan diri yang sentiasa dilaksanakan secara tetap. Skor dikategorikan kepada tiga kumpulan mengikut kaedah norm (Polit, Beck & Hungler, 2001). Jika skor adalah kurang daripada basil tolak min dan sisihan piawai (<Min-SP) menunjukkan tahap amalan jagaan diri yang rendah, jika skor melebibi basil tambah min dan sisiban piawai (>Min+SP) menunjukkan amalan jagaan diri adalah tinggi dan jika skor adalah antara daripada basil tolak dan basil tambah di antara min dan sisiban piawai (Min±SP) menunjukkan amalanjagaan diri yang sederbana.

Jaduall: Tahap amalanjagaan diri mengikut frekuensi dan peratus dengan n=96.

Amalan Jagaan Diri

Dimensi I :Mendapatkan bantuan perubatan Dimensi 2: Menyedari dan memerbati kesan glukosa dalam darah dan kesan sampingan ubatan

Dimensi 3: Kepatuhan terbadap

pengambilan ubatan yang dipreskripsikan Dimensi 4: Menerima penyakit dan ubatan diabetes mellitus

Dimensi 5: Belajar untuk menjalani

kehidupan sebagai pesakit diabetes mellitus jenis 2

*

1 Cutt-off 1 berdasarkan rujukan Y an Su (2005)

Tinggi

> 11.48

> 15.67

> 10.56

> 11.66

> 17.88

Sederbana Rendah 11.48- 6.82 6.82 15.67-9.77 9.77

10.56-6.72 6.72

11.66-5.36 5.36

17.88-11.74 11.74

(43)

3.4.2 Pengukuran Pembolehubah

1. Pembolehubah bersandar- bacaan glukosa dalam darah.

Klasifikasi bacaan glukosa dalam darah bagi pesakit diabetes:

i. Rendah

=

6.0 mmol/L -7.7 mmol/L ii. Tinggi

=

2:: 7. 7 mmol/L

(Mayo Foundation for Medical Education and Research, 2007) 2. Pembolehubah tidak bersandar- amalan jagaan diri.

Skor amalan jagaan diri:

Skor 0: amalanjagaan diri yang tidak pemah dilakukan.

Skor 1: amalan jagaan diri yang jarang dilaksanakan.

Skor 2: amalanjagaan diri yang kerap dilakukan.

Skor 3: amalan j agaan diri yang sentiasa dilakukan.

Pembahagian skor;

1. Rendah (skor <Min-SP)

2. Sederhana (skor di antara Min+SP) 3. Tinggi (skor > Min+SP)

( Polit, Beck & Hungler, 2001)

3.4.3 Penterjemahan Instrumen

Soalan soal selidik yang telah digunakan akan diubahsuai daripada soalan soal selidik Y an Su (2007). Soalan soal selidik yang sebenar adalah dalam versi Bahasa

(44)

Inggeris. Soalan soal selidik ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan telah disemak oleh pakar daripada Unit Bahasa Universiti Sains Malaysia.

3.4.4 Kesahihan dan Kebolehpercayaan

Soalan soal selidik yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan disemak oleh pakar dari Unit Bahasa Universiti Sains Malaysia kemudiannya telah diberikan kepada 3 orang pakar untuk penilaian kesemua soalan. Mereka adalah terdiri daripada seorang pensyarah kejururawatan yang pakar dalam teori Orem, seorang doktor yang pakar dalam bidang penyakit diabetes mellitus dari Pusat Pengajian Sains Perubatan dan juga seorang pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam memberi nasihat dalam pengurusan penyakit diabetes mellitus dari Pusat Diabetes, HUSM. lnstrumen ini telah disah dan diluluskan oleh pakar-pakar ini untuk digunakan dalam kajian penyelidik.

Seterusnya, pra-kajian telah dijalankan ke atas 14 responden iaitu 10% daripada bilangan sampel yang diperlukan untuk mendapatkan nilai alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soalan soal selidik ini. Nilai alpha yang diperolehi dalam pra-kajian yang dilakukan adalah 0. 731. Nilai ini mempunyai nilai kepercayaan yang tinggi (Burn dan Grove, 2001). Daripada basil pra- kajian yang dijalankan juga, terdapat soalan dalam data demografi telah diubahsuai iaitu data demografi pekerjaan bagi memudahkan sampel menjawab soalan soal selidik

(45)

3.5 Pertimbangan Etika

1. Keizinan telah diperolehi daripada Jawatank:uasa Etika dan Penyelidikan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia.

2. Penerangan jelas kepada sampel bahawa penglibatan dalam kajian ini adalah secara sukarela dan tidak dipaksa serta pemberitahuan tentang hak-hak sebagai sampel kajian. Kajian ini juga adalah atas tujuan akademik sahaja dan maklumat sampel kajian adalah rahsia.

3. Sampel kajian inijuga telah diberi kebenaranjika mereka ingin menarik diri dalam kajian yang akan dijalankan.

3.6 Kaedah Pengumpulan Data

Borang soal selidik telah diberi kepada sampel kajian di Pusat Diabetes, HUSM.

Pesakit yang bakal menjadi sampel kajian telah dikenalpasti. Setelah itu penyelidik meminta izin untuk menerangkan pemilihan sampel tersebut. Penerangan mengenai kepentingan kajian yang berasaskan keperluan akademik semata-mata dan bukannya melibatkan sebarang intervensi ke atas pesakit juga diberikan. Jika pesakit bersetuju menjadi sampel kajian, borang keizinan akan diisi oleh sampel sebagai dokumen persetujuan bertulis yang sah. Penyelidik telah menjadi saksi kepada pengisian borang keizinan serta borang maklumat sampel. Penyelidik memberi penerangan mengenai cara menjawab soalan kajian serta memastikan sampel faham kehendak soalan. Sebarang maklumat atau pandangan sampel adalah rahsia dan ia hanya bertujuan untuk pembelajaran. Masa yang diberikan kepada sampel untuk menjawab borang soal selidik

(46)

adalah antara 15 hingga 20 minit. Setelah siap, borang soal selidik akan dikutip oleh penyelidik.

3.6.1 Carta Aliran Pengumpulan Data

Proposal penyelidikan

Persembahan Proposal dan Pertimbangan Etika

Senarai Sampel d1 Pusat Diabetes

HUSM Kriteria

penerimaan

Sampel dan

penolakan Keizinan B ertulis Daripada

Responden

Penyelidikan Dilakukan-Borang

l

Soal Selidik Analisis Data

1

(47)

3.7 Analisis Data

Data telah disusun dan dianalisis menggunakan 'Statistical Package Social Science (SPSS)' versi 12.0 mengikut objektif kajian yang telah dinyatakan. Kaedah deskriptif digunakan untuk data demografi dan amalan jagaan diri. Kaedah statistik kecenderungan memusat yang digunakan ialah kaedah peratusan kekerapan min, julat dan sisihan piawai.

Statistik inferens yang akan digunakan untuk menilai perkaitan amalan jagaan diri dengan bacaan glukosa dalam darah adalah ujian kolerasi Pearson. Tahap keertian alpha (a.) yang digunakan dalam kajian ini ialah bemilai 0.05 (Polit, Beck dan Hungler, 2001).

(48)

BAB4

ANALISA DAN BASIL KAJIAN

4.1 Basil Kajian.

Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 113 orang. Hasil kajian yang diperolehi daripada proses analisis data adalah meliputi beberapa aspek iaitu data demografi, tahap amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 dan juga ujian untuk menentukan hipotesis bagi mengenalpasti perkaitan di antara amalan jagaan diri pesakit diabetes mellitus jenis 2 dengan bacaan glukosa dalam darah.

4.1.1 Data Demografi

Jadual 4.1 menunjukkan taburan data demografi sampel kajian yang terdiri daripada 10 bahagian. Data demografi digunakan untuk menunjukkan taburan demografi pesakit diabetes mellitus jenis 2 di Pusat Diabetes HUSM dan ianya menjadi data asas dalam sesuatu kajian.

Jadual 4.1: Data demografi sampel kajian berdasarkan frekuensi dan peratus (n= 113)

Data Demografi Umur

30-35 tahun 36-40 tahun 41-45 tahun 46-50 tahun Lebih 50 tahun Jan tina

Lelaki Perempuan

Frekuensi 4 6 10 21 72

53 60

Peratus 3.5 5.3 8.8 18.6 63.7

46.9 53.1

(49)

Sambungan data demografi Frekuensi Peratus Bangs a

Melayu 106 93.8

Cina 6 5.3

Lain-lain 1 0.9

Taraf perkahwinan

Bujang 4 3.5

Berkahwin 98 86.7

Jandalbalu 10 8.8

Bercerai 1 0.9

Tahap pendidikan

Tiada 6 5.3

Sekolah rendah 16 14.2

Sekolah menengah 57 50.4

Kolejlfahap lebih tinggi 34 30.1

Pekerjaan

Tidak beketja 45 39.8

Menuntut 1 0.9

Kerajaan 45 39.8

Persendirian 18 15.9

Swasta 4 3.5

Pendapatan

Kurang daripada RM500 36 31.9

RM1000-RM1500 27 23.9

RM1600-RM2000 18 15.9

Lebih daripada RM2000 32 28.3

Bacaan glukosa dalam darah

6.0 mmoi/L-7.7 mmol/L 40 35

2:7.7 mmoi/L 75 65

Jangkamasa menghidap

Kurang daripada setahun 3 2.7

1-5 tahun 52 46.0

6-10 tahun 26 23.0

Lebih daripada 10 tahun 32 28.3

Jenis Rawatan

Ubatan 82 72.6

Suntikan 7 6.2

Ubatan dan suntikan 24 21.2

(50)

10 bahagian data demografi dalam kajian ini terdiri daripada data demografi umur, jantina, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, peketjaan, pendapatan, bacaan glukosa dalam darah,jangkamasa menghidap diabetes mellitus danjugajenis rawatan yang diterima. Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 113 orang. Daripada jumlah tersebut didapati bahawa 63% adalah berumur lebih daripada 50 tahun ke atas, 18.6% berumur di antara 46 hingga 50 tahun, 8.8% berumur di antara 41 hingga 45 tahun dan 5.3% berumur di antara 36 hingga 40 tahun, sebaliknya hanya 3.5% sahaja daripada sampel berumur di antara 30 hingga 35 tahun. Dalam kajian ini juga, kebanyakkan sampel yang terlibat adalah terdiri daripada golongan perempuan iaitu sebanyak 53.1% berbanding 46.9% bagi golongan lelaki.

Bukan

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

To determine the proportion of patient achieving target of low density lipoprotein cholesterol, the associated factors to nonachievement of LDL-C target and adherence to

To evaluate the factors that lead to the enhanced development of retinopathy, neuropathy and nephropathy complications, such as personal characteristics,

Appendix J Effects of a pharmaceutical care model on medication adherence and glycemic control of people with type 2

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kuantitatif, bercirikan deskriptif dan jenis keratan rentas yang dilakukan untuk mengenalpasti tahap amalan jagaan diri

People at high risk for the development of diabetes mellitus can be identified by screening, demographic factors, ethnic factor, BMI, physical activity,

The objective of this study was to determine the use of diabetic CPG among diabetes care team (DCT), to evaluate the effectiveness of intensive training on the CPG given to

Walaubagaimanapun, apabila berlaku ketidakseimbangan kepada agensi amafan jagaan diri seseorang dalam melaksanakan aktiviti yang spesifik kepada aktiviti amalan jagaan diri

Diperakui bahawa disertasi yang bertajuk Meninjau Tahap Keupayaan Jagaan Diri Untuk Melakukan Aktiviti Hidup Harian Dalam Kalangan Pesakit Strok Di Hospital Universiti