• Tiada Hasil Ditemukan

USM JAYAKAN WORLD QURAN HOUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM JAYAKAN WORLD QURAN HOUR"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

PULAU PINANG, 11 September 2016 - Komunuti kampus dan khariyah masjid Universiti Sains Malaysia (USM) turut menjayakan program bacaan Al-Quran serentak World Quran Hour.

Menurut Pengarah Pusat Islam USM Profesor Dato' Dr. Muhamad Idiris Saleh, lebih 350 orang memenuhi Mesjid Al-Malik Khalid termasuk Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman sejak jam 8.30 pagi.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

USM JAYAKAN WORLD QURAN HOUR

11 SEP

(2)

"Majlis diisi dengan bacaan Al-Quran, surah Hajj dipimpin oleh Ustaz Mohd Zamrus Hj. Mohd Ali dan Ustaz Zayd Zhari yang diikuti oleh semua yang hadir di samping kemudiannya diadakan tafsir Al- Quran," katanya.

Sementara itu Kampus Kesihatan USM Kelantan turut menganjurkan program yang sama dengan dihadiri oleh oleh 100 orang bermula jam 8.30 pagi di Masjid Mukim Kampus Kesihatan itu dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya yang turut dihadiri Penolong Naib Canselor/Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr Mafauzy Mohamed.

(3)

Timbalan Pengarah Pusat Islam, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud berkata, program ini diharapkan mendapat sambutan daripada masyarakat seluruh dunia sebagaimana program Earth Hour sebagai permulaan yang baik sebagai simbolik kepada Hari Arafah yang dilalui oleh jemaah haji di Mekah dan kita di sini turut berkumpul membaca Al-Quran bersama-sama.

Bacaan Al-Quran bukan sahaja diadakan di masjid malah turut dipanjangkan ke wad-wad Hospital USM yang mana petugas dan pesakit bersama-sama membaca Al-Quran selama satu jam.

(4)
(5)

Selain daripada itu, Pusat Islam Kampus Kesihatan juga turut mengadakan kempen Berpuasa Hari Arafah dan majlis berbuka puasa akan diadakan di masjid berkenaan.

Teks: Mohamad Abdullah & Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Ridzuwan Ramly

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

P rojek eThesis yang menggunakan sistem perisian terbuka Dspace di Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS), Universiti Sains Malaysia (USM), menjimatkan tenaga dan masa warga kampus

Di  samping  itu,  pihak  CETREE  juga  turut  menganjurkan  Program  Pengauditan  Hijau 

“Saya percaya program yang dijalankan selama lima hari ini mampu mencapai matlamatnya dengan aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak USM,” katanya dalam

The  year’s  World  Quran  Hour,  observed  simultaneously  at  117  major  cities  worldwide,  saw  Muslims around  the  world  came  as  one  in 

Pihak pengurusan Universiti perlu mengambil langkah pro- aktif menyediakan kemudahan ruang niaga yang sesuai untuk disewakan kepada para pelajar atau kumpulan pelajar

[Kampus Kesihatan (Jniversiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, akan menubuh satu sistem komuniknsi serabut optik dengan Kampus Induk USM di Pulau Pinang,

Dalam konteks penyelidikan ini, penyelidik ingin fokuskan kajian ini terhadap golongan jururawat HUSM yang mungkin termasuk dalam penerima lambat, berdasarkan ciri-ciri yang

Hari kedua bermula dengan masalah teknikal dimana perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung jam 9 pagi terpaksa di tunda ke sesi petang pada jam 2.. Ketiadaan