• Tiada Hasil Ditemukan

Wacana yang difokuskan dalam kajian ini ialah Hadith Empat Puluh yang disusun oleh Imam Nawawi (r.h)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Wacana yang difokuskan dalam kajian ini ialah Hadith Empat Puluh yang disusun oleh Imam Nawawi (r.h)"

Copied!
306
0
0

Tekspenuh

(1)al. ay. a. ESTETIKA IMAGINATIF DALAM WACANA HADITH EMPAT PULUH SUSUNAN AL-NAWAWI. si. ty. of. M. MOHD ZUHDI BIN ISMAIL. U. ni. ve r. TESIS INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH. FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018. i.

(2) ABSTRAK. Kajian ini membincangkan tentang nilai estetik dan unsur imaginatif dalam wacana. Wacana yang difokuskan dalam kajian ini ialah Hadith Empat Puluh yang disusun oleh Imam Nawawi (r.h). Nilai estetik memaksudkan elemen balaghah yang terkandung dalam wacana tersebut. Nilai ini dilihat berdasarkan analisis balaghah yang dilakukan melalui pendekatan atau garis panduan yang digunakan oleh Ibn Qutaybat al-. ay. a. Daynuriyy. Pendekatan tersebut ialah al-haqiqat wa al-majaz, al-i‘jaz, kesesuaian ungkapan dengan situasi, al-taqdim wa al-ta’khir, al-ijaz, pengulangan dan penambahan. al. struktur ayat, uslub insya’, tasybih (simile), isti‘arat, kinayat wa ta‘rid. Manakala unsur. M. imaginatif pula adalah berasaskan pendekatan kritikan sastera yang memberi penekanan kepada asas serta metodologi sastera yang didukung oleh Sayyid Qutb. Unsur ini terdiri. of. daripada al-harakat, al-hiwar, dilalat alfaz, psikologi, al-khayal, dan tanasuq fanniyy.. ty. Gagasan kedua-dua pendekatan ini memperlihatkan konsep makna dan maksud yang tersurat serta tersirat yang terkandung dalam wacana ini. Pada akhirnya, wacana ini. si. dianalisis melalui analisis wacana bagi mengukur dan memastikan tahap komunikatif. ve r. sesuatu ayat dan teks yang terhasil sebagai sebuah wacana. Metodologi pengumpulan data merupakan pembacaan terhadap dokumen yang berkaitan dengan isu yang dikaji. ni. dengan diperoleh dari kajian perpustakaan. Manakala dalam penganalisisan data,. U. metode induktif dan komparatif digunakan. Metode analisis wacana digunakan bagi menganalisis bahasa dalam konteks sosial dan kognitifnya. Kajian ini mendapati penggunaan bahasa berlandaskan elemen balaghah dan sastera menjadikan kandungan Wacana Hadith Nabawi dapat direalisasikan dari aspek penggunaan bahasa bersesuaian daripada pewacana iaitu Rasulullah (s.a.w), pemahaman jitu khalayak yang terdiri dari para sahabat (r.a) dan kalangan pembaca wacana tersebut selepas mereka.. iii.

(3) ABSTRACT. This study discusses the aesthetic values and imaginative elements of the discourse. The discourse focused is Forty Hadith by Imam Nawawi (r.h). Aesthetic values are defined as the element of balaghah included in the discourse. This values are analyzed based on the analysis of balaghah done according to the approach or guidelines as practised by Ibn al-Daynuriyy Qutaybat. The guidelines are al-haqiqat wa al-majaz, al-i‘jaz,. ay. a. suitability phrases with situation, al-taqdim wa al-ta’khir, al-ijaz, repeat dan rise sentence structure, uslub insya’, tasybih (simile), isti‘arat, kinayat wa ta‘rid. Imaginative. al. on the other hand, are based on the approuch of literature criticism which focuses on the. M. fundamental and literature methods as practised by Sayyid Qutb. There are al-harakat, al-hiwar, dilalat alfaz, psychology, al-khayal, dan tanasuq fanniyy These two. of. approaches outline the concept of meaning, literally and figuratively of the discourse.. ty. Finally, an in-depth discourse analysis is done to measure and ensure the communicative level of a sentence and text produced as a discourse. The data collecting. si. method used is library research, and the data collected is analyzed by using inductive. ve r. approach and making comparison. Discourse analysis is used to analyze the language used within the specific social and cognitive context. The method discourse analysis is. ni. used to analyze the language in a social context and cognitive. It is found that the use of. U. language based on the element of balaghah and literature has made the content of Hadith Nabawi applicable to the language discourse of the Prophet (Peace be Upon Him), and understandable to the companions (r.a) and the rest of the readers.. iii.

(4) PENGHARGAAN Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah (s.w.t) kerana limpah dan inayah-Nya dapat diselesaikan penulisan tesis ini dalam memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu dalam menyiapkan tesis ini.. a. Penulis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Darul Quran. ay. JAKIM kerana memberi peluang dan ruang untuk menyambung pengajian di peringkat. al. Ph.D ini. Dalam ruangan yang terhad ini juga, penulis merakamkan ucapan terima kasih. M. kepada Profesor Dr. Stefanie Pillai, Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, yang telah memberi peluang kepada penulis mengikuti pengajian di peringkat. of. Doktor Falsafah dalam bidang analisis wacana. Juga kepada pegawai dan staf fakulti. si. ty. yang memberi layanan baik sepanjang berurusan dengan mereka.. ve r. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penyelia yang sangat dihormati dan disegani Dr Mohd Zaki Abd Rahman di atas segala nasihat dan. ni. teguran di sepanjang tempoh pengajian di samping kesanggupan beliau meminjamkan. U. beberapa bahan rujukan yang penting. Tidak lupa juga secara peribadi kepada Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Seman, Dr Mat Taib Pa, dan Dr. Ariffin Safar, dan. diucapkan jutaan terima kasih di atas komen serta pandangan yang diberikan.. Tidak terkecuali sekalung penghargaan juga kepada Perpustakaan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Ibnu Sina Universiti Islam Antarabangsa, Perpustakaan Tun Seri Lanang iv.

(5) Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Fakulti Bahasa Arab Universiti al-Azhar Kaherah Mesir di atas sumbangan bahan rujukan dalam menyiapkan kajian ini.. Dalam memenuhi penghormatan serta kesetiaan, penghargaan yang tidak terhingga juga dihulurkan kepada isteri tersayang Rahibah binti Ghazali yang banyak berkorban dan sentiasa memberi sokongan padu, baik dari aspek spiritual dan fizikal. ay. a. serta penuh ketabahan dalam menempuh pelbagai tribulasi dalam ranjau kehidupan ini. Penulis juga merakamkan jutaan kesyukuran yang tidak terhingga kepada anak-anak. al. tersayang Widad Amanie, Wardah Hannanie dan Wishah Abahinie di atas kesabaran. of. M. serta pengorbanan yang dicurahkan sepanjang penulis menyiapkan kajian ini.. Akhir kalam, penulis merakamkan sekalung penghargaan buat guru-guru. ty. yang mencurahkan ilmu sepanjang pengembaraan penulis menuntut dan mencari ilmu,. si. sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Semoga Allah (s.w.t) sahaja. ve r. yang dapat menilai jasa kalian semua.. ni. Sekian. U. MOHD ZUHDI ISMAIL FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR. v.

(6) SENARAI KANDUNGAN. i. Abstrak. ii. Abstract. iii. Penghargaan. iv. Senarai Kandungan. vi. a. Perakuan Keaslian Penulisan. ay. Senarai Singkatan Kata. xii. M. al. Panduan Transliterasi. xi. of. BAB SATU: PENGENALAN. Pendahuluan. 1.1. Latar Belakang Kajian. 2. 1.2. Peryataan Masalah Kajian. 4. 1.3. Objektif Kajian. 5. 1.4. Persoalan Kajian. 6. 1.5. Kepentingan Kajian. 7. 1.6. Batasan Kajian. 8. 1.7. Bidang Kajian. 9. 1.8. Sebab Pemilihan Koleksi Hadith Empat Puluh. 9. 1.9. Metodologi Kajian. 12. 1.10. Penutup. 14. U. ni. ve r. si. ty. 1.0. 1. vi.

(7) BAB DUA: TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN DAN KERANGKA KAJIAN. Pendahuluan. 15. 2.1. Kajian Berkaitan. 15. 2.2. Buku dan Sumber Kajian Berkaitan. 17. 2.3. Tesis-tesis. 33. 2.4. Jurnal, Majalah dan Prosiding. 43. 2.5. Kerangka Teoretikal Kajian. 2.6. Kerangka Konseptual Kajian. 2.7. Penutup. 45 49 50. M. al. ay. a. 2.0. ty. of. BAB TIGA: GAGASAN ESTETIKA IMAGINATIF. Pendahuluan. 51. 3.1. Takrifan Estetika Imaginatif. 51. 3.2. Sejarah dan Perkembangan Estetika Imaginatif. 57. 3.3. Tokoh Estetika Imaginatif. 61. 3.4. Perkaitan Estetika dengan Imaginatif sebagai Gagasan. 65. 3.5. Penutup. 68. U. ni. ve r. si. 3.0. BAB EMPAT: WACANA ISLAMI DALAM MEDIUM INTERAKTIF. 4.0. Pendahuluan. 69. 4.1. Takrifan Wacana. 70. vii.

(8) Intertekstualiti Wacana. 74. 4.3. Kewacanaan dalam Wadah Kehidupan. 78. 4.4. Wacana Islami sebagai Manifestasi Interaksi Sejagat. 81. 4.4.1. Definisi dan takrifan Wacana Islami. 87. 4.4.2. Peranan Wacana Islami dalam kehidupan. 92. 4.4.2.1 Elemen Alam dalam Wacana Islami. 93. 4.4.2.2 Elemen Manusia dalam Wacana Islami. 95. a. 4.2. Wacana Nabawi dalam Wacana Islami. 4.6. Penutup. 97 98 102. of. M. al. 4.5. ay. 4.4.2.3 Elemen Kemasyarakatan dalam Wacana Islami. ty. BAB LIMA: DIALEKTIKA WACANA NABAWI. Pendahuluan. 104. 5.1. Definisi Wacana Nabawi. 105. 5.2. Struktur Dialektika Wacana Nabawi. 106. 5.3. Estetika Imaginatif dalam Hadith Empat Puluh. 110. 5.3.1. 112. U. ni. ve r. si. 5.0. Analisis Estetik Hadith Empat Puluh 5.3.1.1. al-Haqiqat wa al-Majaz. 113. 5.3.1.2. I‘jaz. 119. 5.3.1.3. Kesesuaian ungkapan dengan situasi. 123. 5.3.1.4. al-Taqdim wa al-Ta’khir. 130. 5.3.1.5. Ijaz. 137. 5.3.1.6. Pengulangan dan Penambahan Struktur Ayat. 144 viii.

(9) 5.3.1.7. Gaya ungkapan insya’. 152. 5.3.1.8. Tasybih (simile). 156. 5.3.1.9. Isti‘arat. 161. 5.3.1.10 Kinayat (Kiasan) dan Ta‘rid (Insinuasi). 5.3.2 Analisis Imaginatif Hadith Empat Puluh. 173. Gerak (al-Harakat). 175. 5.3.2.2. Perbincangan (Hiwar ). 177. 5.3.2.3. Petunjuk Perkataan (dilalat al-alfaz). 184. 5.3.2.4. Psikologi. 188. 5.3.2.5. Imaginasi (Khayal). 193. 5.3.2.6. Keselarasan unsur kesenian (Tanasuq fanniyy). 197. M. al. ay. a. 5.3.2.1. Penutup. 202. ty. of. 5.4. 166. ve r. si. BAB ENAM: KETEKSTUALAN WACANA HADITH EMPAT PULUH. Pendahuluan. 204. 6.1. Tekstual Hadith Empat Puluh. 204. ni. 6.0. U. 6.1.1 Konteks. 205. 6.1.1.1 Konteks dalam wacana. 206. 6.1.1.2 Konteks dalam Hadith Empat Puluh. 215. 6.1.2 Kohesi (Tetenunan). 219. 6.1.2.1 Kohesi dalam wacana. 220. 6.1.2.2 Kohesi dalam Hadith Empat Puluh. 230. 6.1.3 Koheren (Kesatuan idea). 234. ix.

(10) 6.1.3.1 Koheren dalam wacana. 235. 6.1.3.2 Koheren dalam Hadith Empat Puluh. 239. 6.1.4. Bermatlamat (intentionality) dan kebolehterimaan. 243. (acceptability) 6.1.4.1 Bermatlamat (intentionality) dan kebolehterimaan. 244. (acceptability) dalam wacana 249. a. 6.1.4.2 Bermatlamat (intentionality) dan kebolehterimaan. ay. (acceptability) dalam Hadith Empat Puluh. 251. 6.1.5.1 Intertekstualiti dalam wacana. 251. 6.1.5.2 Intertekstualiti dalam Hadith Empat Puluh. 256. 6.1.6 Superstruktur (superstructures) dan genre wacana. 259. of. M. al. 6.1.5 Intertekstualiti. 6.1.6.1 Superstruktur (superstructures) dan genre dalam. 259. ty. wacana. 264. si. 6.1.6.2 Superstruktur (superstructures) dan genre dalam. ve r. Hadith Empat Puluh. Penutup. 269. U. ni. 6.2. BAB TUJUH: KESIMPULAN. 7.0 Pendahuluan. 271. 7.1 Kesimpulan. 271. 7.2 Cadangan. 285. 7.3 Penutup. 287. x.

(11) ve r. ni. U ty. si of ay. al. M. a. BIBLIOGRAFI 289. xi.

(12) SENARAI SINGKATAN ‘Alayh al-Salam/ ‘Alayha al-Salam/ ‘Alayhima al-Salam/ ‘Alayhim al-. a.s. Bilangan. ed.. Editor. et.al.. Pengarang dan lain (melebihi tiga orang). H. Hijriah. hal.. Halaman. Ibid. Ibiden. j.. Jilid. m. Meninggal dunia. M. Masihi. No.. Nombor. op. cit. opera citato (dalam karya tersebut). r.a. RadiyalLah ‘Anhu/ ‘Anha/ ‘Anhuma/ ‘Anhum. s.a.w. Salla AlLah ‘Alayh Wasallam. s.w.t. Subhanah wa Ta‘ala. terj.. Terjemahan. thn.. Tahun. t.t T.P. T.T.P. Tanpa tempat terbit. UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia. UM. Universiti Malaya. UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. ty. of. M. al. ay. a. bil.. si. Salam. Tanpa tahun. U. ni. ve r. Tanpa penerbit. xi.

(13) PANDUAN TRANSLITERASI Transliterasi yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan panduan yang disediakan oleh Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya Huruf Arab. Transliterasi :. a, (Hamzat). ‫ب‬. :. b. ‫ت‬. :. t. ‫ث‬. :. th. ‫ج‬. :. j. ‫ح‬. :. h. ‫خ‬. :. kh. ‫د‬. :. d. ‫ذ‬. :. dh. ‫ر‬. :. r. ‫ز‬. :. z. ‫س‬. :. s. ‫ش‬. :. ‫ض‬ ‫ط‬. ay al M of. ty. si :. s. :. d. :. t. ni. ‫ظ‬. sy. ve r. ‫ص‬. a. ‫ ء‬،‫ا‬. z. ‫ع‬. :. ‘. ‫غ‬. :. gh. ‫ف‬. :. f. ‫ق‬. :. q. ‫ك‬. :. k. ‫ل‬. :. l. ‫م‬. :. m. ‫ن‬. :. n. U. :. xii.

(14) ‫ه‬. :. h. ‫و‬. :. w. ‫ي‬. :. y. ‫ة‬. :. t. َ‫( ـ ـ‬fathat). :. a. َ‫( ـ ـ‬dammat). :. u. َ‫( ـ ـ‬kasrat). :. i. ay. a. Vokal Pendek. a. ‫ـ ـَو‬. :. u. ‫ـ ـَي‬. :. i. َ‫أو‬. :. aw. َ‫أي‬. :. M. :. of. ‫ـ ـَا‬. al. Vokal Panjang. ty. Diftong. ve r. si. ay. Catatan: Istilah sesuatu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab tetapi telah menjadi sebutan umum bahasa Melayu adalah dieja mengikut perkataan bahasa Melayu. ni. seperti perkataan ulama, al-Qur’an, balaghah, nahu, ilmiah, surah, nama para Nabi,. U. nama para sahabat yang terkenal, serta istilah-istilah Islam seperti solat dan zakat.. xiii.

(15) BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan. Hadith Rasulullah (s.a.w) merupakan sumber terpenting pengeluaran hukum dan garis panduan kehidupan seseorang Muslim. Pengetahuan dan pemahaman yang komprehensif terhadap Hadith perlu disemai serta dijiwai dalam setiap diri Muslim.. ay. a. Antaranya, memahami nilai estetik dalam ungkapan Hadith. Nilai estetik mengandungi tabiat naluri berunsur kesenian serta dapat mencetuskan keindahan apabila diterjemah. al. atau diungkapkan. Bagi mengintegrasikan konsep estetik yang kompleks dan mampan,. M. diperlukan beberapa metodologi dan gaya bersesuaian. Begitu juga untuk memahami kandungan dan makna yang tersurat serta tersirat. Tambahan lagi, sekiranya cetusan. of. idea tersebut daripada semulia makhluk di atas muka bumi ini. Kata Ibrahim al-. ty. Laqaniyy:. si. ْ‫الش َقْاق‬ ْ ْ‫ْْنبيْناْْْفَ ْم ْلْ َْع ْن‬#ْْْ‫الَْلقْْ َْعْلَىْاالطْ َلْق‬ ْ ْْْ‫ضل‬ َْ ْ‫ْْْْ وأَف‬. ve r. sebaik-baik makhluk secara keseluruhan ialah Nabi kita (s.a.w), dan hindarkan daripada perpecahan1. Perkataan serta perkataan dan tindak tanduk Rasulullah (s.a.w) merupakan ilham dan. U. ni. wahyu dari Allah (s.w.t). Firman Allah (s.w.t) dalam menegaskan hal ini:. {ْْْْْ ْْْْ ْْ  ْ}. Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. 4. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya2. 1. Rangkap di atas merupakan petikan daripada matan Jawharat al-Tawhid yang dihasilkan oleh Shaykh Ibrahim al-Laqaniyy 2 Surah al-Najm (53): 3-4. 1.

(16) Hal ini dapat memantapkan pemahaman dan pengetahuan seseorang terhadap tujuan serta ungkapan sesuatu Hadith. Sehubungan dengan itu, dapat dibuktikan konsep ungkapan Hadith dan perbezaannya dengan ungkapan manusia biasa. Perkara ini juga dapat menjadikan tahap kebolehterimaan Hadith adalah relevan dalam pelaksanaan kandungannya.. al. ay. a. 1.1 Latar belakang kajian. Hadith Rasulullah (s.a.w) merupakan sumber kedua selepas al-Quran al-. M. Karim sebagai rujukan dan panduan kehidupan Muslim. Cerakinan hadith melalui. of. aspek-aspek keindahan amat penting untuk dihayati dan direalisasikan kandungannya,. si. ty. di samping dapat menjadi panduan penulisan kreatif berjiwa Islam.. ve r. Kajian ini menyentuh aspek estetik serta nilai seni yang terhasil darinya dalam ungkapan Hadith Sahih yang disusun oleh al-Imam al-Nawawiyy (m 676H) yang. ni. dikenali dengan Hadith Empat Puluh, meskipun kebanyakan naskhahnya melebihi empat puluh Hadith. Antara nilai estetik yang ingin diketengahkan ialah ilustrasi. U. ungkapan dari sudut balaghah serta imaginasi (khayalan) yang berkaitan dengannya.. Justeru, nilai di atas mencerminkan keunggulan serta kelainan ungkapan Rasulullah (s.a.w) dengan mana-mana individu lain, sama ada sezaman dengan Baginda ataupun tidak. Hal ini sekali gus dapat membezakan ungkapan tersebut adalah cetusan ilham Rasulullah (s.a.w) dengan orang lain yang mendakwa ia juga merupakan ungkapan Baginda. Kajian ini menganalisis medium wacana yang digunakan Rasulullah (s.a.w) kepada para sahabat (r.a) yang meninggalkan kesan yang komplit dalam merealisasikan 2.

(17) kandungannya seperti diingini Rasulullah (s.a.w) supaya sampai kepada generasigenerasi selepas mereka. Medium ini digunakan dalam menyampaikan beberapa objektif serta matlamat dakwah dan tarbiah bersepadu bagi mencapai matlamat dan wawasan yang diingini oleh Rasulullah (s.a.w) . Perkara ini memerlukan strategi wacana yang berintegrasi dan berkesan bagi mencapai motif yang diharapkan. Menurut sesetengah pengkaji, antaranya Sayyid Qutb (m.1966), wacana tidak terbatas kepada. a. kajian sesuatu teks sahaja, bahkan menjangkaui psikologi penulis atau penutur, dan. ay. pembaca atau pendengar. Begitu juga fenomena persekitaran serta konsep wacana itu. M. al. sendiri.. Kajian ini mengetengahkan pendekatan ‘Estetika Imaginatif’ dengan. of. penggabungan pendekatan serta maqayis (garis panduan) Ibn Qutaybat (m 276H). dan Sayyid Qutb serta aplikasinya dalam Hadith Empat Puluh, namun keluhuran dan taqdis. ty. (kesucian) Hadith tetap dijaga dan diutamakan. Untuk mengaitkan kajian kebahasaan. si. atau kesusasteraan terhadap Hadith dengan senario kajian semasa ditentukan motifnya.. ve r. Hal ini berlaku kerana Hadith adalah rujukan atau model kepada mana-mana perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sejagat. Justeru, kajian ini memperlihatkan. ni. iltizam (pematuhan) kedua-dua pendekatan tersebut sebagai panduan dalam wacana. U. berciri Islami.. Seperti dimaklumi, Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy merupakan karya Hadith yang begitu popular, sama ada di alam Melayu mahupun alam Islam lain. Jadi tidak hairanlah kedapatan ramai pencinta Hadith dalam kalangan masyarakat Melayu yang menghafaznya seperti Surah Yasin. Koleksi Hadith ini juga menjadi teks pembelajaran yang biasa diajar, sama ada secara formal atau sebaliknya, 3.

(18) ibarat pepatah Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’. Hal ini kerana keseluruhan Hadith yang terdapat di dalamnya adalah Hadith Sahih. Sejajar dengan itu, tahap kebolehterimaan masyarakat tentang koleksi Hadith Empat Puluh amat tinggi.. a. 1.2 Pernyataan Masalah Kajian. ay. Nilai estetik merupakan konsep penting dalam memahami wacana berbahasa Arab, sama ada ketika membaca, memahami dan menghayatinya. Sentuhan. al. rasa serta fikir dapat dirasakan oleh seseorang pembaca atau pendengar dengan melihat. M. atau menghayati kandungan teks dan jalinan keindahan bahasa yang digunakan oleh seseorang penulis atau penutur. Hal ini terjadi kerana estetika sering dikaitkan dengan. of. perasaan atau hati, serta dapat mempengaruhi perasaan dan jiwa seseorang. Dalam memberi kesan yang mendalam lagi. ty. konteks estetika berunsur Islam, wacana. si. menyeluruh hingga dapat difahami dan dihayati dari satu generasi ke generasi berikut,. ve r. lebih-lebih lagi wacana tersebut adalah ungkapan yang terbit daripada manusia yang paling fasih dan berketerampilan dalam bahasa Arab, iaitu Rasulullah (s.a.w). Justeru, pertimbangan pendengar ataupun pembaca terhadap wacana memerlukan wawasan. ni. pengetahuan yang mewajarkan mereka menikmati kandungannya secara domain. Maka. U. ungkapan yang terdapat dalam wacana tersebut perlu dilihat dari perbagai aspek. sebelum dijelmakan kandungan teksnya.. Menelusuri sesuatu wacana melalui nilai estetik menyampaikan pengkaji ke arah natijah dan hasil kajian yang lebih fleksibel dalam memahami keseluruhan teks. Sebagaimana al-Qur’an yang dipenuhi dengan nilai estetik yang bersepadu dan 4.

(19) mampan, Hadith juga tidak terkecuali dari nilai tersebut. Hal ini kerana penggunaan konsep ungkapan, tatabahasa, kaedah balaghah bersesuaian menjadi tulang belakang dalam pembentukan al-Qur’an dan Hadith.. Koleksi Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy (r.h) memerlukan penjelasan serta pendetilan kandungan teks atau Hadithnya. Ia perlu dilihat dari sudut. ay. a. estetik agar pemahaman dan penghayatan teks tersebut difahami secara lebih konkrit lagi. Perkara ini kerana setiap ungkapan yang dikemukakan Rasulullah (s.a.w). al. mempunyai kekuatan serta kerelevanan yang tersendiri. Justeru, perlu diberi keutamaan. M. oleh kita semua sebagai umatnya bagi memahami kandungan teksnya dari sudut. si. ty. 1.3 Objektif Kajian. of. madmun dan shaklnya. ve r. i. Menjelaskan Hadith Rasulullah (s.a.w) dari aspek estetik dan serta kesesuaiannya dengan kandungan. ni. ii Menganalisis unsur imaginatif dalam ungkapan Hadith bagi memenuhi naluri. U. cintakan keindahan berasaskan norma-norma yang sejati iii. Menilai tahap ketekstualan ungkapan Hadith Empat Puluh. 5.

(20) 1.4. Persoalan Kajian. Bahasa Arab terkandung dalamnya pelbagai kaedah dan konsep ilmu yang mempunyai imej serta penjenamaan yang berbeza, dan saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap satu daripadanya mempunyai kepentingan dan objektif tersendiri yang. ay. a. membezakannya dengan yang lain.. al. Persoalan kajian yang ingin diutarakan dalam kajian ini adalah seperti. M. berikut:. apakah konsep kandungan interaksi yang berasaskan nilai estetik yang. i.. of. digunakan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam ungkapan Hadith bagaimana unsur kesenian dalam ungkapan Hadith dapat dicungkil berasaskan. ty. ii.. konsep keindahan yang tercerna daripada norma-norma yang sejati.. si. apakah tahap penilaian ketekstualan ungkapan Hadith Empat Puluh. ve r. iii.. Kesemua persoalan ini penting kerana ungkapan baginda untuk mendidik dan. ni. menjelaskan hukum serta jalan penyelesaian sesuatu permasalahan dan isu. Faktor manusia atau persekitaran juga dianggap penting dalam pembentukan ungkapan atau. U. Hadith Rasulullah s.a.w. Tidak dapat dinafikan nilai estetik dalam tradisi ulama silam dikaitkan dengan i‘jaz al-Qur’an. Justeru, ungkapan yang fasih serta mempunyai nilai. estetik yang tinggi, menjadikan tahap penerimaan lebih baik dalam jiwa dan sanubari pendengar. Di samping itu, untuk merungkaikan rahsia keindahan ungkapan Hadith Rasulullah (s.a.w), perlu difahami unsur yang terkandung dalam madmun3 Hadith seperti pola perkataan, simbolik dan situasi ungkapan serta apa yang tersurat dan 33. Dimaksudkan dengan madmun ialah kandungan objektif dan pemikiran yang terdapat dalam sesuatu wacana. 6.

(21) tersirat dalam ungkapan Hadith tersebut. Seterusnya, memperlihatkan imaginasi yang terhasil dari keindahan tersebut agar dapat difahami dan dihayati pembaca dan pendengarnya.. a. 1.5 Kepentingan Kajian. ay. Kajian ini menyentuh pemahaman Hadith Rasulullah (s.a.w) dengan. al. pemfokusan terhadap nilai estetik dan imaginatif. Ia dapat menghasilkan tahap pemahaman serta pengaplikasian yang jitu tentang tujuan ungkapan Hadith. Dalam. M. memahami makna serta maksud yang lebih kompetitif. tentang Hadith Rasulullah koleksi Hadith Empat. of. (s.a.w), pendekatan sebegini amatlah diperlukan. Pemilihan Puluh, karya al-Imam al-Nawawiyy. bertepatan kerana populariti serta sambutan. ve r. si. ty. masyarakat terhadapnya, khususnya umat Islam di Malaysia ini.. Kajian ini diharapkan dapat melebarluaskan metode serta teori al-I‘jaz al-. ni. Nabawiyy berlandaskan tradisi ulama silam seumpama Ibn Qutaybat, dan kontemporari seumpama Sayyid Qutb. Ia memaksudkan Hadith Rasulullah (s.a.w) bukan sahaja. U. dapat dijadikan sumber rujukan dalam apa jua kajian, tetapi sebagai bahan kajian dalam sesuatu penulisan supaya direalisasikan kandungannya. Ia dapat menghasilkan estetika mutlak yang berbeza dengan estetika yang hanya bergantung pada fenomena yang terdapat di sekeliling. Estetika mutlak terhasil daripada penggunaan kosa kata yang indah demi menyerlahkan keindahan untuk dikecap dan dihayati. Tanpa kesemua ini, ia tidak mempunyai daya tarikan dan akan dipinggirkan. Hal ini terjadi kerana kandungan Hadith merupakan peraturan kehidupan berbentuk sarwajagat yang merentasi 7.

(22) kebudayaan dan masa. Justeru, kandungan tersebut dapat dijadikan justifikasi atau sandaran terus dalam membentuk sesuatu metode dan teori.. Kajian ini juga diharapkan menjadi platform ke arah kajian Hadith dari aspek kebahasaan, sastera serta kritikannya. Perkara ini kerana kajian Hadith dari sudut kebahasaan khususnya sastera amat penting. Namun begitu, kajian ini perlu menjaga. ay. a. dan memelihara Hadith sebagai sumber suci perlembagaan Islam. Tambahan pula ciri. al. kandungan Hadith tidak boleh diukur atau dibandingkan dengan produk karya manusia.. M. Di samping itu, kebanyakan Hadith yang terdapat dalam koleksi ini. of. memperkatakan isu dan penyelesaian masalah utama dalam Islam. Justeru,. si. ty. perbincangan hadith turut kedapatan dalam karya lain, tetapi dari dimensi berbeza. ve r. Secara keseluruhannya, kajian ini mengetengah cerakinan Hadith Rasulullah (s.a.w) dari aspek tatabahasa dan kritikan bertujuan menyerlahkan nilai estetik dan. U. ni. imaginatif yang terdapat dalam Hadith tersebut.. 1.5 Batasan Kajian. Kajian ini merangkumi perbincangan dalam ilmu balaghah yang mengandungi ilmu ma‘aniyy, bayan dan badi‘. Ia berdasarkan kepada garis panduan (maqayis) yang dipelopori oleh Ibn Qutaybat al-Daynuriyy Di samping itu, kajian ini juga menggarapkan pendekatan imaginatif (al-taswir al-fanniyy) yang dihasilkan oleh 8.

(23) oleh Sayyid Qutb. Manakala Hadith Empat Puluh dijadikan bahan kajian sebagai model wacana Islami yang berketerampilan dalam memaparkan imej serta variasi kebenaran Islam yang bersifat universal.. a. 1.6 Bidang Kajian. ay. Walaupun kajian memberi tumpuan kepada bidang balaghah secara. al. umumnya, tetapi ia juga menyentuh bidang sastera Arab yang merangkumi kritikan, teori dan sejarah sastera Arab. Bidang lain seperti tatabahasa, semantik, pragmatik,. of. M. morfologi, tafsir, dan Hadith juga turut dirujuk untuk menyokong kajian ini.. si. ty. 1.7 Sebab Pemilihan Koleksi Hadith Empat Puluh. ve r. Sebagaimana yang dimaklumi, ilmu hadith merupakan ilmu yang luas dan begitu panjang perbincangannya. Ia merangkumi beberapa disiplin ilmu, antaranya. ni. Mustalah Hadith, Rijal Hadith, al-Jarh wa al-Ta‘dil (Penilaian Perawi Hadith), Tadwin. U. al-Hadith (Pembukuan Hadith), Takhrij Hadith, Sharh al-Hadith (tafsiran Hadith) dan lain-lain lagi. Karya atau koleksi yang dihasilkan dalam bidang Hadith pula amatlah. banyak.. Apabila membicarakan mengenai tafsiran Hadith, banyak buku serta karangan yang dihasilkan sejak dari generasi Tabi‘in lagi, antaranya al-Muatta’ oleh alImam Malik, al-Musnid oleh al-Imam Ahmad ibn Hanbal, dan al-Mustadrik oleh al9.

(24) Hakim, di samping koleksi Sunan al-Sittat (al-Bukhariyy, Muslim, Abu Dawud, alTirmidhiyy, al-Nasa’iyy serta Ibn Majah).. Salah satu karya dalam tafsiran Hadith yang mendapat tempat di hati umat Islam secara umumnya, sama ada di alam Islam mahupun alam Melayu ialah koleksi Hadith Empat Puluh, karya Imam al-Nawawiyy. Justeru, koleksi Hadith ini telah. ay. a. disebarluaskan oleh beberapa pengarang selepas al-Imam al-Nawawiyy. Menyingkap sejarah cetusan pendokumentasian koleksi Hadith ini yang ditandai oleh Shaykh al-. al. Islam Ibn al-Salah (m 643H). Beliau menulis catatan yang mengandungi dua puluh. M. enam Hadith yang merupakan himpunan Hadith yang kompleks. Usaha ini disambung oleh al-Imam Yahya bin Syaraf al-Nawawiyy, dan menambah beberapa Hadith lagi. of. hingga mencapai jumlah empat puluh dua Hadith. Jumlah ini merupakan asal Matan Arba‘in. Terdapat dalam kalangan pengulas matan ini menambah jumlah Hadith yang. ty. diulas, melebihi empat puluh dua Hadith, antaranya Ibn Rajab al-Hambaliyy yang. si. menambah sebanyak lapan Hadith lagi sebagai mencukupi lima puluh Hadith yang. ve r. diulas dalam karyanya yang berjudul “Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam”.4 Namun begitu, kebanyakan pengulas lebih menumpukan kepada empat puluh dua Hadith. Penulis juga. ni. menjadikan koleksi ini sebagai bahan kajian dalam kajian ini. Terdapat beberapa sebab. U. yang mendorong penulis memilih koleksi ini sebagai bahan kajian, antaranya:. (i) Populariti Hadith Empat Puluh (Arba‘in Nawawiyy) merupakan kitab Hadith yang dibaca dan diajar di alam Melayu sejak zaman berzaman lagi serta mendapat tempat yang begitu istimewa dalam kalangan guru, pelajar, pendengar serta masyarakat. Ia menjadi subjek utama agama yang diajar dan dilaksanakan, sama ada menerusi sistem. 4. al-Hambaliyy, Ibn Rajab (1999). Jami‘ al’Ulum wa al-Hikam, Syu‘iyb al-Arna’ut & Ibrahim Bajis (ptah). Beirut: Muassasat al-Risalat. hal 8.. 10.

(25) pembelajaran formal (arus perdana) ataupun tradisional (pondok, surau, masjid dan kuliah agama). (ii) Koleksi Hadith ini memaparkan himpunan Hadith yang menjadi paksi kepada agama Islam. Hal ini membuktikan peri penting koleksi ini untuk difahami, dan seterusnya dihayati serta direalisasikan. Perkara ini disebut oleh pengarang al-Wafiyy:. ْْ‫ص َفْهْْْْأَو‬ ْ ‫االسلمْْْْأَوْْْن‬ َْ ْ‫دار‬ َْ ْ‫اْم‬ ْ ْ‫ثْْكْْليْ ْة‬ ْ ْ‫ْْأَن ََّهاْأَحادْي‬ َ ‫جام َْعةْْ ْلَ َّْنْ َْعْلَيْ َْه‬. ay. a. ْ ْ‫ثْْلثَْهْْْأَ ْوْْربْ َْعهَْْْْوَهْذاْ َْكا َْنْ َْي َْعلْناْْنَْتَْ َْوق‬ ْْ‫فْ ْعْن َْدْبَْ ْعضْ َهْاْلْإللْامْْ ْبََْعانْيْ َْها‬ َ ‫أكبََْْر‬ ْ َْ‫َْْْر ْحهاْعْْنَ ْايَْة‬ ْ ْ‫فَْتَْْرْةَْْْأَطْ َْو َلْْونَْْب ْذ ْل‬ َ ‫ف‬. of. M. al. Sesungguhnya koleksi itu adalah himpunan hadith yang menyeluruh serta merangkumi, kerana di atasnya paksi agama Islam, atau separuh atau sepertiga atau seperempat daripada agama Islam. Dan ini menjadikan kami terhenti (untuk meneliti) sebahagian daripadanya bagi memahami kandungan makna dalam waktu yang terlebih lama. Kami juga memberikan perhatian yang lebih untuk menjelaskan isi kandungan hadith tersebut.5. ty. (iii) sambutan serta sanjungan yang tinggi dalam kalangan ulama, hingga menjadikan. si. koleksi Hadith Empat Puluh sebagai sumber yang diutamakan dan berwibawa untuk. ve r. disyarah dan dibincangkan secara lebih mendalam lagi. Berkemungkinan, perkara ini terjadi, kesan daripada keikhlasan niat serta matlamat pengumpul dan pengarang koleksi. ni. ini. Dikatakan syarah koleksi ini berjumlah lima puluh variasi, setengahnya telah. U. dicetak, manakala sebahagian besar daripadanya masih berbentuk manuskrip atau gagal dikesan atau ditemui.6. 5. Al-Bugha Mustafa dan Mistu Muhyi: al-Din (2007), al-Wafiyy fi Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyat, Beirut: Dar al-Kalim al-Tayyib, : hal 6. 6 Ibid.. 11.

(26) 1.8 Metodologi Kajian. Penulis menggunakan metodologi kualitatif untuk mendapatkan data dan membuat penelitian terhadap fakta yang diperoleh. Terdapat dua metode digunakan: (i) Metode Pengumpulan data. a. Dalam metode ini, penulis mengumpulkan data berdasarkan pembacaan dokumen -. ay. dokumen yang berkaitan dengan masalah yang dikaji. Dokumen tersebut diperoleh. al. melalui kajian kepustakaan.. M. (ii) Metode Analisis Data. of. Data-data yang diperoleh dan dikumpul, dianalisis bagi mendapatkan kesimpulan atau hasil penulisan. Dalam proses penganalisisan data, penulis menggunakan metode-. ty. metode berikut:. si. (a) Metode Analisis Wacana (Discourse Analysis). ve r. Penulis akan menggunakan metode ini untuk menganalisis data. Analisis wacana secara umumnya merupakan metodologi yang boleh digunakan untuk mencerakin dan. ni. menjawab pelbagai bentuk persoalan, sama ada berkaitan linguistik mahupun lainnya.. U. Dengan kata lain, metode analisis wacana dapat menghurai dan menjelaskan ‘dunia. bahasa’ sepertimana ‘dunia nyata’. Analisis wacana secara lazimnya mencerakin wacana atau lakuan bahasa yang besar kepada bahagian-bahagian kecil mengikut kriteria sepunya masing-masing, dan kemudian meneliti ciri khusus bahagian berkaitan.7 Konsep analisis wacana dapat memastikan bahawa setiap wacana yang terhasil mampu membawa ciri komunikatif. Hal ini dapat memartabatkan wacana di. 7. Idris Aman (2014a), Analisis Wacana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 15.. 12.

(27) peringkat perbahasan tertinggi menjangkaui perbahasan ayat dan klausa. Ia berlaku kerana ayat, klausa dan perkataan yang dikaji dalam bentuk beku tanpa mengambil kira faktor komunikasi masyarakat pengguna sesuatu bahasa. Justeru, metode analisis wacana dapat mengaitkan wacana dan komponen-komponennya dengan konteks situasi penghasilan wacana bagi menyatakan dengan tepat maksud sesuatu ujaran atau tulisan. Penulis memilih metode analisis wacana dalam kajian ini kerana penghasilan wacana. a. dalam kajian ini bukan dibatasi oleh aspek bahasa sahaja, tetapi menjangkaui konteks. ay. situasi penghasilan serta penguasaan dan pemahaman wacana itu sendiri. Metode ini. al. digunakan pada bab keenam.. M. (b) Metode induktif. Pengumpulan data secara induktif, membolehkan penulis mengumpulkan maklumat. of. secara berterusan dalam menjelaskan masalah yang dikaji. Dalam situasi sebegini, penulis menghubungkaitkan fakta-fakta yang terkumpul untuk membentuk gagasan idea. si. ve r. keenam.. ty. dan fikiran. Proses pengumpulan data secara induktif dilakukan pada bab kelima dan. (c) Metode komparatif. ni. Pengumpulan data secara komparatif bertujuan untuk membuat kesimpulan setelah. U. melakukan perbandingan beberapa data yang diperoleh dalam masa penelitian dilakukan. Ia termasuklah perbandingan pandangan sarjana tertentu mengenai persoalan yang dibincangkan. Pada akhirnya, penulis menyatakan pandangan peribadinya tentang persoalan yang diketengahkan itu. Pengumpulan data secara ini dilakukan pada bab kelima dan keenam.. 13.

(28) 1.9 Penutup. Secara keseluruhan, bab ini mengetengahkan perbincangan berkaitan dengan latar belakang yang disifatkan sebagai kerangka kajian. Penulis menyentuh beberapa perkara penting yang menjadi asas serta matlamat kajian ini. Penulis amat mengharapkan teguran serta kritikan yang membina dalam menghasilkan kajian yang. a. mampan, berunsurkan ilmiah serta tersusun. Justeru, kajian ini diharapkan dapat. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. mengapai objektif yang digariskan selaras dengan bidang serta batasan kajiannya.. 14.

(29) BAB DUA TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN DAN KERANGKA KAJIAN 2.0 Pendahuluan. Kajian literatur atau kajian terdahulu merupakan platform penting dalam merencanakan sesuatu perbincangan ataupun kajian.. Seseorang pengkaji mahupun. penulis dapat meneroka serta meluaskan penerokaannya berdasar kajian terdahulu.. ay. a. Dalam hal ini, penambahbaikan dapat dilaksanakan berasaskan ruang-ruang yang belum. M. al. lagi diisi. Justeru, ruang-ruang tersebut perlu dilihat dari pelbagai dimensi.. Sumber rujukan dan kajian terdahulu menjadi input penting. kajian ini.. of. Maka dalam hal ini, penulis merujuk kepada sumber klasik seperti balaghah serta tata bahasa Arab dan buku yang berkaitan dengannya. Penulis juga merujuk kepada sumber. ty. kontemporari seperti tesis, disertasi, jurnal penyelidikan, prosiding yang dibentangkan. si. di seminar serta kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian ini, sama ada secara. ni. ve r. langsung, ataupun tidak.. U. 2.1 Kajian berkaitan. Istilah ‘estetika imaginatif’ merujuk kepada dua pendekatan yang diguna pakai oleh ulama. Pertamanya, istilah estetika. merupakan nilai keindahan yang. digembleng dari ilmu balaghah yang terdiri dari ilmu ma‘aniyy, bayan dan badi‘. Keduanya, imaginatif adalah pendekatan gambaran (taswir) yang lebih menjurus kepada unsur khayalan serta imaginasi. Justeru, aspek estetika sebenarnya telah dibincangkan 15.

(30) sejak sekian lama meskipun dari dimensi yang berbeza-beza seperti i‘jaz al-Qur’an, kebahasaan dan lainnya. Tokoh-tokoh seperti Abu ‘Uthman Amr bin Bahr al-Jahiz (m 255H), Ibn Qutaybat al-Daynuriyy (m 276H), Abu al-‘Abbas Muhammad bin Yazid alMubarrad (m 285H), Abu Hilal al-‘Askariyy (m 395H), ‘Ali bin ‘Isa al-Rummaniyy (m 386H),Abu Bakr Muhammad bin al-Tayyib al-Baqillaniyy (m 403H), Abd al-Qahir alJurjaniyy (m 471H), Mahmud ibn ‘Umar al-Zamakhsyariyy (m 548H) Abu Ya‘qub al-. a. Sakkakiyy (m 626H), Abu ‘Abd al-Rahman al-Qazwiniyy (m 739H), dan Badr al-Din. ay. al-Zarkasyiyy (m 794H), antara sarjana yang mewarnai potret estetik ini. Hasil karya dan penulisan mereka digarapkan oleh generasi terkemudian dalam mendepani isu-isu. M. al. berkaitan pada era mereka.. of. Manakala imaginatif pula merupakan adalah pendekatan yang diberi nafas baru terutamanya dalam kalangan sasterawan moden. Umumnya, unsur imaginasi dalam. ty. karya telah lama wujud. Imaginasi yang terbit daripada gambaran telah lama dihayati. si. dalam kehidupan sasterawan lampau. Seorang penyair terkemuka era Umayyad, iaitu. ve r. Dhu al-Rummat (m 735/117H) membangkitkan suatu gambaran atau ilustrasi dari kehidupan yang realistik, bukan sekadar ilustrasi yang kaku. Beliau mengutarakan. ni. ilustrasi tersebut melalui pengembaraannya menaiki unta supaya pengembaraan tersebut. U. dapat dihayati dan dirasai sendiri. Katanya:. ٍ ِ ِ ‫ص ِر‬ ْ ‫ جَْيل ْو تجبجسم جها جعلى جواض ِح جخ‬# ‫تججَلْلجؤ البج ْرق ِِف ذي ُلَّة بج ْرد‬ Nyata senyumannya (kekasih penyair) menerusi bentuk pinggang, umpama panahan petir dalam suasana hiruk piruk kesejukan8. 8. Mohd Zuhdi bin Ismail (2013). Sastera Islami: Puisi Umawi menurut Abu Hasan al-Nadwi. Tesis SarjanaSastera. (Kesusasteraan Islam), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. hal. 69.. 16.

(31) Daripada ungkapan di atas, dapat difahami gambaran berunsurkan imaginasi atau khayalan penyair telah lama bertapak dalam masyarakat Arab Islam, bahkan sejak era Arab Jahiliah lagi. Hal ini terjadi kerana imaginasi merupakan tabiat semula jadi manusia, dan menjadi keperluan mereka dalam meneroka kehidupan. Ia terhasil dilakukan dengan menggambarkan hakikat serta melaksanakannya melalui tasawur yang terbit dari pendengaran, penglihatan, serta kehendak hati (pancaindera dalaman).. a. Pengalaman dan pengamatan para sasterawan Arab, di samping kritikan bahasa dan. ay. sastera yang berkaitan dengan pembinaan ayat memainkan peranan besar dalam. M. al. melonjakkan kajian balaghah khususnya estetika ke arah paradigma yang mantap.. of. 2.2 Buku dan sumber kajian berkaitan.. ty. Dinyatakan sebelum ini, kajian tentang estetika imaginatif yang merupakan. si. gagasan dua pendekatan dalam membentuk nilai wacana yang lebih interaktif dari aspek. ve r. keberhasilan, baik kepada pewacana mahupun pendengar atau pembaca. Jika dilihat dari sudut sejarah ilmu balaghah, proses penting yang menjadi mekanisme atau kayu. ni. pengukur kepada kaedah balaghah ialah penurunan al-Qur’an. Bermula dari sini hingga. U. kepada pendokumentasian ilmu dan kaedah balaghah, al-Qur’an menjadi rujukan terbaik dalam menangani isu dan permasalahan balaghah. Al-Jahiz yang dianggap sebagai. pencetus ilmu balaghah bahasa Arab, menyentuh beberapa topik perbincangan yang termasuk dalam nilai estetik, antaranya tashbih,9 isti‘arat,10 al-majaz,11 ijaz dan itnab,12 dan uslub al-hakim.13. Al-Jahiz menyatakan tasybih ialah penggabungan dua perkara dengan menggunakan alat kerana terdapat persamaan antara keduanya. Takrifan ini hampir menyamai takrifan sarjana balaghah. Lihat alJahiz (1992 ), al-Hayawan Yahya al-Shamiyy (ptah.), Beirut: Maktabat al-Hilal, hal 153. 9. 17.

(32) ‘Ali bin ‘Isa al-Rummaniyy dianggap antara tokoh penting ilmu balaghah pada era pendokumentasian ilmu ini. Beliau menghasilkan karya berkaitan i‘jaz alQur’an dan dinamakan ‘al-Nukat fi I‘jaz al-Qur’an’. Beliau berpandangan, balaghah mengandungi tiga lapisan (tabaqat), iaitu tinggi, pertengahan dan rendah. Lapisan tinggi adalah mukjizat yang terkandung dalam balaghah al-Qur’an. Antara topik estetik yang disentuh dalam karya ini ialah ijaz, tasybih, isti’arat, tala’um,14 fawasil,15. tasrif,16. ay. a. tadmin,17 mubalaghat,18 dan husn al-bayan.19. al. Muhammad bin al-Tayyib al-Baqillaniyy juga merupakan antara tokoh. M. balaghah era pendokumentasian . Beliau menghasilkan banyak karya, dan antara yang tersohor ialah ‘I‘jaz al-Qur’an’. Daripada penjenamaan karya ini, difahami maksud. of. yang ingin disampaikan oleh al-Baqillaniyy menjurus kepada kemukjizatan al-Qur’an. Justeru, beliau mengetengahkan elemen balaghah sebagai keutamaan dalam pemahaman. ve r. si. ty. al-Qur’an. Antaranya, penyusunan al-Qur’an yang melemahkan manusia dalam. Al-Jahiz mendefinisikan isti‘arat sebagai menamakan sesuatu dengan yang lain, apabila ia berada di tempat itu. Lihat al-Jahiz (1968), al-Bayan wa al-Tabyin, Beirut: Dar Fikr,. hal 116 11 Menurut al-Jahiz, al-majaz lawan bagi al-haqiqat. Makna ini lebih kompleks. Pandangan beliau jelas apabila dikaitkan dengan contoh yang terdapat dalam al-Qur’an. Antaranya, lafaz syarab Beliau menyatakan, madu bukanlah syarab, tetapi berubah menjadi syarab. Hal ini kerana beliau berpegang kepada adat Arab tentang sesuatu perkara, iaitu apabila berada bersama yang lain dalam masa yang lama, boleh dinamakan juga dengan yang lain itu. Lihat al-Jahiz (1992), op.cit. hal 163 12 al-Jahiz beranggapan, ijaz dan itnab berkait rapat dengan situasi pembaca atau pendengar. Begitu juga denganmakna atau maksud yang ingin ditampilkan. Beliau mengemukakan konsep wacana al-Qur’an, apabila ditujukan kepada Arab yang merupakan pakar bahasa, konsepnya ijaz, tetapi kepada Bani Israel pula berkonsepkan itnab. Lihat Dayf Syawqiyy (1965), al-Balaghat Tatawwur wa Tarikh, Kaherah: Dar al-Ma‘arif, hal. 48. 13 Al-Jahiz mengkategorikan uslub al-hakim sebagai gaya teka-teki dalam menjawab. Lihat al-Jahiz (1968), op.cit. hal 96 14 Tala’um ialah membetulkan huruf dalam susunan. 15 Fawasil ialah kepelbagaian huruf pada tempat berhenti ayat yang meninggalkan kesan pemahaman makna. 16 Tasrif ialah perubahan makna disebabkan perubahan petunjuk makna. 17 Tadmin adalah sebahagian daripada ijaz (meringkaskan), sama ada meringkaskan struktur perkataan ataupun makna ungkapan 18 mubalaghat ialah petunjuk impak makna ke atas perubahan asal bahasa 19 Husn al-bayan bermaksud menghadirkan makna dengan pengetahuan, kesan dari perbezaan sesuatu dengan yang lain. U. ni. 10. 18.

(33) menghadapinya, seperti penyusunan ayat yang berbeza dengan kebiasaan bahasa Arab. 20 Apa yang dimaksudkan oleh al-Baqillaniyy di sini bukanlah penyusunan ayat secara khusus, tetapi aplikasi penyusunan yang berbeza dengan sebelumnya. Antara elemen balaghah yang dikemukakan beliau dalam karya ini ialah konsep pemaknaan yang terdapat dalam al-Qur’an dengan tidak bercanggah antara satu sama lain serta bersamaan pada tahap pemaknaannya. Perkara ini berbeza dengan ungkapan manusia yang sentiasa. a. berbeza tahapnya, meskipun daripada kategori fasih. Dalam karya ini juga, beliau. ay. membincangkan ilmu badi‘ yang merangkumi isti‘arat, irdaf,21 mumathalat,22 mutabaqat (tibaq), muwazanat, mubalaghat, tawsyih,23 iltifat dan lainnya. Kesemua ini bertujuan. M. al. kepada pemahaman al-Qur’an dari aspek i‘jaz. 24. of. Kajian balaghah berasaskan estetika menempuh era kegemilangannya seperti juga ilmu Islam yang lain. Antara tokoh era ini ialah Abu Hilal al-‘Askariyy. Beliau. ty. menyatakan pada mukadimah karyanya, ‘Kitab al-Sina‘atayn al-Kitabat wa al-Syi‘r’,. si. ilmu yang perlu dipelajari ialah balaghah kerana dapat membawa kepada kefahaman al-. ve r. Qur’an. Ungkapan yang baik dan yang tidak, dapat dibezakan dengan pengetahuan balaghah. Di sini, beliau mengemukakan contoh serta fakta yang dirujuk, sama ada dari. ni. al-Qur’an, Hadith, ungkapan sahabat (r.a), puisi serta ungkapan hukama’, dalam. U. menentukan ciri balaghah. Ia diteliti, dianalisis dan diulas dari aspek kebaikan atau sebaliknya. Antara skop balaghah yang dibincangkan oleh al-‘Askariyy dalam karya ini ialah susunan perkataan dan ayat, genre ungkapan, itnab, ijaz, musawat, serta tasybih. 25. 20. Ungkapan yang biasa digunakan pada waktu penurunan al-Qur’an berbentuk puisi, sajak, khutbah, dan lainnya yang lebih menjurus kepada pematuhan rima dan rentak (wazn). 21 Irdaf bermaksud ungkapan berasaskan makna, bukan berasaskan lafaz dan petunjuk. 22 Mumathalat ialah persamaan rima pada penghujung ayat. 23 Tawsyih bermaksud penyebutan petunjuk makna sebelum akhir ayat ataupun rangkap puisi. 24 Al-Dhazabiyy Muhammad Jalal al-Syaikh (1997), Adwa’ ‘ala Marahil al-Bahth al-Balaghiyy, Kaherah, Dar al-Ittihad al-Ta‘awuniyy, hal 124-125. 25 Al-Dhazabiyy Muhammad Jalal al-Syaikh (1997), op.cit, hal. 132.. 19.

(34) ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniyy merupakan salah seorang tokoh balaghah pada era kegemilangannya. Beliau adalah perintis kepada teori konstruktif (nazm). Antara karya popular beliau dalam kajian balaghah ialah “Dala’il al-I‘jaz” dan “Asrar alBalaghat”. Beliau juga dianggap sebagai pengasas kaedah ilmu balaghah selepas era pendokumentasian. Antara perbincangan yang disentuh oleh al-Jurjaniyy ialah maksud atau makna yang sama antara perkataan fasahat, balaghat, bayan, bara‘at, nazm, dan. a. ta’lif, iaitu menggambarkan, menjelaskan dan mengiklankan makna maksud dalam. ay. minda. Kesemua perkataan di atas berkaitan dengan susunan ungkapan, teks ataupun wacana, bukan dengan ungkapan, teks, ataupun wacana tersebut. Justeru, beliau. al. berpandangan fasahat, i‘jaz dan balaghat dapat dilihat pada susunan. Begitu juga. M. estetika teks atau wacana. Katanya:. ve r. si. ty. of. ‫ف جم ْعنجاه‬ ‫ص َّور أ ْن تج ْع ِر ج‬ ‫ف لِلج ْف ٍظ جم ْو ِضعا ِم ْن جغ ِْي أ ْن تج ْع ِر ج‬ ‫جل ُ تج ج‬ ِ ‫ت ِم ْن تجرتِْي‬ ‫ك جَلْ جَْتتج ْج جإَل أ ْن‬ ‫ب امل جع ِاِن ِ ِْف نج ْف ِس ج‬ ‫وإنَّ ج‬ ‫ك إذجا فج جر ْغ ج‬ ْ ‫ج‬ ِ ‫ب األلْ جف‬ ِ ِ ‫ف فِكْرا ِِف تجرتِْي‬ ‫ك ِِب ْك ٍم‬ ‫اظ بج ْل جَِتد جها تجتج جرتَّب لج ج‬ ‫تج ْستجأْن ج‬ ْ ْ ِ ِ َّ ‫اِن جوتابِ جعةٌ جَلجا جول ِح جقةٌ ِِبجا و‬ ‫أن العِْل جم ِِبججواقِ ِع‬ ْ ‫أن جَّها جخ جد ٌم ل ْل جم جع‬ ِ ‫س ِع ْلم ِِبجواقِ ِع األلْ جف‬ ِ ِ ‫الدالَِّة جعلجْي جها ِ ِْف النطْ ِق‬ ‫اظ ج‬ ‫املججعاِن ِْف النَّ ْف ِ ٌ ج‬. U. ni. Tidak dapat digambarkan kamu mengetahui tempat perkataan dan tidak mengetahui maknanya. Apabila kamu selesai menyusun makna dalam minda, kamu tidak perlu memulakan idea untuk menyusun perkataan, tetapi kamu dapatinya tersusun kerana perkataan mempunyai maknanya, mengikut dan mengiringinya. Pengetahuan tempat makna dalam minda adalah pengetahuan perkataan yang diluahkan dalam pertuturan.26. Al-Jurjaniyy membincangkan isu. balaghah. secara keseluruhan dengan tidak. membahagikannya kepada tiga perbahasaan utama dalamnya yang meliputi ma‘aniyy,. Al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (1991), Asrar al-Balaghat, Mahmud Muhammad Syakir (pnyt.), Jeddah: Dar al-Madaniyy, hal 6.. 26. 20.

(35) bayan dan badi‘. Beliau juga membincangkan isu tasybih tamthil,27 isti‘arat,28 altahqiqiyat dan al-takhyiliyat,29 majaz mursal,30 majaz ‘aqliyy,31 dan kinayat.. Antara karya klasik dalam bidang tafsir al-Qur’an yang mengetengahkan pendekatan estetik ialah “al-Kasysyaf”. Ia dihasilkan Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Umar al-Zamakhsyariyy. Beliau dianggap sebagai perintis dan pendukung dalam penyebaran. a. ideologi serta teori al-Jurjaniyy. Hal ini terbukti melalui kandungan tafsir al-Kasysyaf. ay. yang menyerlahkan keindahan al-Qur’an serta menjadikan konsep balaghah yang. al. tercerna darinya unsur estetik bergambarkan realiti. Meskipun al-Jurjaniyy tidak. petunjuk. penjenamaan. kepada. M. menjenamakan al-balaghah kepada tiga bahagiannya, tetapi beliau telah mengemukakan generasi. selepasnya.. Maka. al-Zamakhsyariyy. of. menamakan kelompok yang terdiri daripada tasybih, isti‘arat, tamthil, majaz, dan kinayat sebagai ilmu bayan. Manakala perbincangan yang berkaitan dengan struktur ayat. ty. yang melibatkan ilmu nahu, al-Zamakhsyariyy menamakannya dengan ilmu ma‘aniyy.. si. Perkara yang terjadi dalam susunan ayat serta terkeluar dari kaedah kebiasaan dan. ni. ve r. terkandung dalam rahsia balaghah dinamakan ilmu badi‘.32. Al-Jurjaniyy berpandangan tasybih tamthiliyy berorientasikan tahap pemikiran pada aspek persamaan, sama adapersamaan terhasil dari susunan (musyabbah dan musyabbah bih) ataupun tidak. Akan tetapi keutamaandiberikan sekiranya ia terhasil dari susunan. Tasybih tamthiliyy adalah isti‘arat tamthiliyat. alJurjaniyy mengutamakan penggunaan tasybih tamthiliyy dari isti‘arat tamtliliyat berasaskan kepada asal penjenamaannya.Lihat al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (2000), Dala’il al-I‘jaz , Mahmud Muhammad Syakir (pnyt.), Kaherah: Hay’at Misriyyat al-‘Ammat lil-Kitab, hal. 45-46. 28 Al-Jurjaniyy mendefinisikan isti‘arat dalam ayat adalah perkataan asal yang dikenali dari aspek bahasa dan mempunyai bukti tentangnya. Kemudian perkataan itu digunakan penyair atau lainnya. Beliau mengkategorikan isti‘arat kepada dua bahagian, tasrihiyat dan makniyat Lihat al-Dhahabiyy Muhammad Jalal al-Syaikh (1998). op.cit. hal. 164-165. 29 Al-Jurjaniyy membincangkan dua kategori isti‘arat, iaitu tahqiqiyat dan takhyiliyat tetapi tidak menamakan keduanya. Lihat al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (1991), op.cit, hal 32. 30 Al-Jurjaniyy mengemukakan takrifan majaz mursal dan menjelaskan perbezaan dalil (qarinat) dalam majaz dengan musytarak. Beliau juga menyebut perbezaan antara gambaran isti‘arat dengan majaz mursal. Lihat al-Dhahabiyy, Muhammad Jalal al-Syaikh (1998), op.cit, hal 170. 31 Takrifan majaz ‘aqliyy menurut al-Jurjaniyy ialah kesatuan ayat yang mengeluarkan sesuatu ketetapan pada minda dan mencetuskan beberapa andaian maksudnya. Majaz ini memerlukan perkaitan (‘alaqat) dan dalil bagi membuktikan andaian tersebut. Lihat al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (2000), op.cit, hal 194 32 Al-Dhahabiyy Muhammad Jalal al-Syaikh (1998), op.cit. hal. 197. U. 27. 21.

(36) Apa yang dilakukan oleh al-Zamakhsyariyy dengan pembahagian di atas ialah mengasingkan atau memisahkan perbincangan yang terdapat dalam ilmu balaghah. Akan tetapi penjenamaan tersebut dilakukan berasaskan kandungan perbincangan dalam ilmu terbabit, lebih-lebih lagi jika melibatkan tafsiran al-Qur’an. Hal ini jelas dari ungkapan beliau:. of. M. al. ay. a. ِ ِ ِ ‫ واملتج جكلم وإ ْن بجَّز‬،‫األح جك ِام‬ ْ ‫فجال جفقْيه وإ ْن بجَّرجز جعلجى األقْ جران ِ ِْف ع ْل ِم ال جفتج جاوى و‬ ِ ‫أهل الدنْيا ِِف ِصناع ِة ال جك جلِم‬ ِ ‫ص‬ ‫األخبجا ِر وإ ْن جكا جن ِم ْن‬ ْ ‫ص و‬ ‫ْج ج ْ جج‬ ‫وحافظ ال جق ج‬ ‫ج‬ ِ ِ ِ ‫ص ِري أجْو جعظ جوالنَّ ْح ِوي‬ ْ ‫أح جفظ والواعظ وإ ْن جكا جن م جن الج جس ِن البج‬ ْ ‫ابْ ِن ال جق ْرُجة‬ ِ ‫وإ ْن جكا ْن ْأنى ِمن ِسيب ِوُ ِه والْلغج ِوي وإن علجك اللغج‬ ‫ جل‬،‫ات بِق َّوِة جلْيج ْي ِه‬ ‫ج ج‬ ‫ج ْ ْج ْ ج‬ ِ ‫ك الطججرائِ ِق جوجل ُجغ ْوص جعلجى جش ْي ٍء ِم ْن‬ ‫ص جدى ِمْن ه ْم أج جح ٌد لسل ْو ِك تِْل ج‬ ‫ُجتج ج‬ ِ ‫ي بِالقر‬ ِ ْ ‫ع ِِف ِع ْلم‬ ِ ْ‫ص‬ ِِ ‫آن جوهجا ِع ْلم‬ َّ ‫ي مْتج‬ ‫تِْل ج‬ ْ ‫ك الججقائق َّإل جرج ٌل قج ْد بجِر ج ْ ج‬ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫املع‬ ِ ٌ‫ب ِ ِْف التج ْن ِف ِْي جعْن ه جما أجْزِمنجة‬ ‫اِن وع ْلم البج يجان جوتجَّه جل ِْف ْارتيجادهجا آ ِونجةٌ جوتجع ج‬ ْ ‫ج‬ ِ ‫ف حج ِة‬ ِ ِ‫وب عثجْتهٌ جعلجى تجتجاب ِع مظج ِانجا ِهَّةٌ ِِف م ْع ِرفجِة لجطجائ‬ ‫الل‬ ‫ججج‬ ‫ج‬ ‫ج‬ ‫ْ ج‬. U. ni. ve r. si. ty. Seseorang ahli fikah, meskipun dapat mengatasi orang lain dalam ilmu fatwa dan hukum hakam, orang yang mahir berkata-kata, meskipun dapat mengalahkan seluruh manusia dalam membentuk kata-kata, orang yang mengingati cerita dan peristiwa, meskipun terlebih mengingatinya mengatasi penduduk setempat, pemberi nasihat, meskipun terlebih baik dari Hasan Basriyy, pakar nahu, meskipun terlebih handal dari Sibawayh, pakar bahasa, meskipun dapat memamah banyak bahasa dengan kekuatan dua tulang dagunya, tidak seorang pun dalam kalangan mereka dapat berdepan dalam menempuh laluan tersebut, dan tidak dapat menyelami hakikatnya, melainkan seorang yang handal dalam dua ilmu yang tertentu dengan al-Qur’an, iaitu ilmu ma‘aniyy dan ilmu bayan. Waktu tertangguh untuk mengembalikan kedua-duanya, dan penat untuk mengejutkan kedua-duanya. Manakala impian dihantar untuk menjejaki matlamatnya dalam mengetahui hujah Allah yang halus.33. Al-Zamakhsyariyy, Muhammad bin ‘Umar (1987), al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa ‘Uyun alAqawil fi Wujuh al-Ta’wil, Jil. 1, Beirut: Dar al-Kitab ‘Arabiyy, hal. 16. 33. 22.

(37) Antara perbincangan estetika dalam balaghah yang diutarakan oleh alZamakhsyariyy dalam tafsirnya ialah al-iltifat. Dalam pentafsiran ayat (. ‫نج ْستجعِ ْي‬. ‫اك‬ ‫اك نج ْعبد جوإَُِّ ج‬ ‫إَُِّ ج‬. ),34 beliau mengemukakan soalan, kenapa digunakan ganti nama diri kedua. selepas digunakan ganti nama diri ketiga pada ayat sebelumnya. Sepatutnya digunakan (. ‫ ) إَُِّاه‬sebagai ganti ( ‫اك‬ ‫) إَُِّ ج‬. Beliau menegaskan perbincangan ini sebahagian daripada. al-iltifat dalam ilmu bayan. Ia terhasil sama ada dari ganti nama diri ketiga kepada ganti. pertama. ataupun. sebaliknya.. Dalam. hal. ini,. al-Zamakhsyariyy. dilihat. ay. diri. a. nama diri kedua ataupun sebaliknya, mahupun dari ganti nama ketiga kepada ganti nama. mengetengahkan al-iltifat serta keistimewaannya dari aspek balaghah. Beliau juga dilihat. al. mengkategorikan al-iltifat sebahagian daripada ilmu bayan, meskipun ia bukan. M. sebahagian daripadanya. Perkara ini menyamai pandangan al-Jurjaniyy yang mengelompokkan bayan sebagai muradif (bersamaan makna) dengan perkataan. of. balaghat, fasahat serta bara‘at.35 Dalam perbincangan pada permulaan empat ayat. ty. dalam Surah al-Baqarah, beliau menegaskan ia dilengkapi dengan sendi balaghah ( ‫) آَل‬. si. yang menjadikan susunan ayat tersebut selaras, dengan ketiadaan huruf ‘atf.36 al-. ve r. Zamakhsyariyy melihat perceraian atau pengasingan keempat-empat ayat tersebut menunjukkan kesempurnaan kesatuan ayat. Ia menguatkan ayat sebelumnya serta mengemukakan makna baharu. Seolah-olah, ia menjadi penegasan bagi ayat. ni. sebelumnya.37 al-Zamakhsyariyy juga membincangkan elemen estetik yang lain seperti. U. qasr, tasybih, isti‘arat, isti‘arat bil-kinayat, tamthiliyat, Seperti dinyatakan sebelum ini,. al-Zamakhsyariyy banyak menggunakan pendekatan yang dihasilkan oleh al-Jurjaniyy.. Kajian balaghah berasaskan estetika mencapai tahap kemuncaknya di bawah dua tokoh di atas, di samping. kematangan, kesan dari proses yang ditempuhinya beberapa. peringkat sebelumnya. Selepas era kedua tokoh tadi, kajian balaghah dilihat menurun. 34. Surah al-Fatihah (1): 5 al-Zamakhsyariyy, Muhammad bin ‘Umar ( 1987 ), op.cit hal 62. 36 Huruf yang menjadi penghubung antara dua unsur bahasa dalam ayat. 37 al-Zamakhsyariyy, Muhammad bin ‘Umar(1987), op.cit, hal. 112 35. 23.

(38) dan terhenti dari peningkatannya. Para ulama balaghah dan sasterawan hanya menumpukan kepada hasil yang dilakukan oleh al-Jurjaniyy dan al-Zamakhsyariyy sahaja dan tidak dapat menandingi hal kedua-duanya. Justeru, kajian balaghah pada era tersebut lebih tertumpu pada meringkaskan, menetapkan atau meluaskan perbincangan karya sebelumnya,38. a. Antara ulama tersebut ialah Fakh al-Din bin‘Umar al-Raziyy (m 606H).. ay. Karya beliau yang tersohor berkaitan dengan balaghah ialah ‘Nihayat al-Ijaz fi Dirayat al-I‘jaz”. Dalam karya ini, beliau mengemukakan mukadimah, dua topik perbincangan,. al. dan kesimpulan. Apabila diamati sejak permulaan karya ini, dilihat al-Raziyy sudah. M. memulai langkah dengan membahagi, menghimpun, serta meringkaskan apa yang dilakukan al-Jurjaniyy sebelumnya. Mukadimah dibahagikan pula kepada dua bahagian,. of. bahagian pertama membincangkan tentang dimensi i‘jaz al-Qur’an dan ruang. ty. lingkupnya, di samping menganggap fasahat adalah unsur utama i‘jaz. Bahagian kedua. si. pula, diketengahkan kemuliaan fasahat yang merujuk kepada perkataan, ayat dan. ve r. susunannya. Ia kemudian dipecahkan kepada himpunan, penjuru dan kaedah. Pembaca karya ini mendapati perbezaan ketara antara balaghah menurut. al-Jurjaniyy yang. ni. berasaskan pendidikan cita rasa (dhawq) serta keseronokan jiwa, dan seolah-olah berada dalam taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang semerbak baunya, dengan. U. balaghah menurut al-Raziyy, yang dipenuhi dengan pembahagian yang banyak serta. penambahbaikan yang ketara.. Konsep dan pendekatan al-Raziyy dilihat berbeza dengan Abu Ya‘qub alSakkakiyy. al-Sakkakiyy dalam karyanya berjudul ‘Miftah al-‘Ulum’ meletakkan. 38. Al-Dhahabiyy, Muhammad Jalal al-Syaikh (1998), op.cit, hal 206. 24.

(39) perbincangan balaghah dan yang berkaitan dengannya, sebagai salah satu perbincangan utama selepas nahu dan sarf (morfologi). Dalam karya ini, al-Sakkakiyy membahagikan ilmu balaghah kepada dua, ma‘aniyy dan bayan. Manakala perbincangan yang berkaitan dengan balaghah merangkumi makna dan perkataan dalam mengemukakan ungkapan yang indah. Bagi perbincangan ilmu ma‘aniyy diketengahkan konsep istifham, altamanniyy, al-amr, al-nahy, tahap kebarangkalian benar, pembohongan dalam berita, al-. a. isnad, al-musnad, al-musnid, al-fasl, al-wasl, ijaz, itnab, al-kasr dan al-talab. Dalam. ay. perbincangan bayan pula, dikemukakan tasybih, majaz, kinayat, dan fasahat. Demikian situasi yang berlaku dalam karya balaghah selepas ini. Kesemuanya menjurus kepada. al. penjelasan (syarh) serta ulasan ‘tentang karya terdahulu. Hal ini berlaku kerana tahap. of. M. keupayaan inovasi berkurangan, di samping tahap kreativiti sasterawan yang terhad.. Situasi sebegini berterusan hingga ke era moden. Antara karya moden yang. ve r. si. ty. menjadi rujukan kepada kajian ini ialah:. ni. (i) Asalib Balaghiyyat. U. Ahmad Matlub (1980) menghasilkan kajian ini sebagai rujukan pelajar di. peringkat awal pengajian di universiti. Dalam kajian ini, pembahagian gaya balaghah dibahagikan kepada dua, iaitu fasahat dan balaghah yang merupakan asas serta matlamat. gaya ini, dan ilmu ma‘aniyy yang merangkumi bayan dan badi‘. Konsep penjenamaan kajian ini berasaskan hubung kait ilmu balaghah dengan pembentukan ungkapan dan ayat. Kajian gaya dan pengamatan balaghah membuka ruang kepada penulisan bahasa Arab yang merupakan bahasa istimewa yang sarat dengan seni ungkapan. Kajian ini menyerlahkan dua aspek penting, iaitu pemfokusan kepada takrifan ulama terdahulu, 25.

(40) pembahagian serta pandangan mereka, dan mengemukakan contoh yang dinyatakan mereka supaya kaedah serta asas dapat dikaitkan dalam membantu ketulenan bahasa Arab. Kajian ini hanya menumpukan kepada gaya balaghah dan mengemukakan contoh dalam pelbagai genre, khususnya puisi Arab. Hal ini berbeza dengan kajian penulis yang memfokuskan kepada Hadith Nabawiyy sahaja.. ay. a. (ii) al-Taswir al-Fanniyy fi al-Hadith al-Nabawiyy. al. Kajian ini dihasilkan oleh Muhammad Lutfiyy al-Sabbarh (1988). Ia yang. M. memfokuskan kajian gambaran kesenian hadith dari aspek kandungan. merangkumi gambaran sensualisme (hissiyyah) serta spiritual, dan struktur teks dari. of. aspek perantaraan serta hubung kait unsur gambaran tersebut. Justeru, kajian ini lebih. ty. menumpukan kepada kaedah pemahaman hadith berdasarkan elemen sastera dengan. si. petunjuk agama. Kaedah pemahaman tersebut berorientasikan pendekatan lama dan. ve r. berbeza dengan pendekatan baharu yang lebih memberi penekanan kepada elemen yang berbagai-bagai, antaranya fonologi, struktur perkataan dan ayat, ilustrasi serta petunjuk bermatlamatkan petunjuk terpenting (finalis) dalam sesuatu wacana atau. ni. teks. Kajian ini membataskan himpunan hadith yang terpilih sahaja, dan berbeza. U. dengan kajian penulis.. (iii) Al-Ta‘bir al-Fanniyy fi al-Qur’an al-Karim. Kajian yang dihasilkan oleh Bakriyy Shaykh Amin (1994) mengandungi enam bab. Dalam bab pertama, pengarang mengemukakan tentang sejarah al-Qur’an 26.

(41) dengan merangkumi lima fasal, bermula daripada takrifan al-Qur’an hingga proses pengumpulannya pada era Khalifah Uthman bin al-‘Affan (r.a). Disusuli pula dalam bab kedua dengan perbincangan ilmu al-Qur’an. Ia merangkumi pembahagian al-Qur’an kepada makkiyy dan madaniyy, ciri atau keistimewaan kedua-duanya, asbab nuzul alQur’an, nasikh dan mansukh, muhkam dan mutasyabih, pembukaan surah al-Qur’an, alahrup al-sab‘at, resam al-Qur’an. serta. al-qira’at dan al-qurra’. Bab ketiga pula. a. membincangkan tafsir al-Qur’an. Ia mencakupi perbincangan tentang tafsir serta juru. ay. tafsir dan kategori tafsir, di samping penjelasan mengenai tafsir al-Quran dengan bahasa selain dari Arab atau terjemahan ke dalam bahasa lain. Seterusnya dalam bab keempat,. al. dibincangkan pula tentang i‘jaz al-Qur’an. Terkandung dalam bab ini juga perbincangan. M. mengenai masyarakat Arab dan al-Qur’an, penentangan mereka terhadapnya, karya yang dihasilkan dalam i‘jaz serta isu-isu lain yang berkaitan dengan i‘jaz. Manakala. of. dalam bab kelima, pengarang mengetengahkan beberapa gaya yang terdapat dalam al-. ty. Qur’an. Antaranya, ayat tunggal dalam al-Qur’an, tuturan ayat, tasybih dan isti‘arat, kinayat, penghujung ayat al-Qur’an, kerangka surah al-Qur’an, kisah dalam al-Qur’an,. si. perumpamaan, sumpah, serta topik yang terdapat di dalam al-Qur’an. Dalam bab. ve r. keenam dan penghabisan, pengarang menganalisis petikan ayat daripada beberapa surah terpilih, iaitu al-Naba’, al-Qalam, al- Zukhruf, al-Isra’ dan al-Hujurat menurut dimensi. ni. sastera. Kajian ini menumpukan nilai estetik yang terdapat di dalam al-Qur’an, berbeza. U. dengan kajian penulis yang memfokuskan nilai tersebut kepada Hadith Rasulullah (s.a.w) sahaja. 27.

(42) (iv) al-Ta‘bir al-Qur’aniyy. al-Samarraiyy (1998) dalam kajian ini membincangkan beberapa aspek ilmu ma‘aniyy. yang terdiri daripada pendepanan dan pengakhiran, penyebutan dan. pengguguran, kesamaan dan perbezaan. Topik konteks ayat al-Qur’an dan penganalisisan gaya bahasa kisah Nabi Adam dan Musa (a.s) juga dibincangkan di sini.. ay. a. Kajian ini diakhiri dengan aplikasi balaghah dalam surah al-Tin. Kajian ini tidak menyentuh konsep estetik secara menyeluruh dan hanya memfokuskan kisah dan ayat. M. al. tertentu dalam al-Qur’an. of. (v) Balaghat al-Kalimat fi Ta‘bir al-Qur’aniyy. ty. al-Samarraiyy (2000) membincangkan beberapa bentuk i‘jaz bayaniyy dalam. si. perkataan al-Qur’an, iaitu penyebutan dan pengguguran huruf dalam perkataan al-. ve r. Qur’an, penggunaan kata kerja pasif, penggunaan kata nama tunggal, duaan serta jamak, dan perkataan yang disebut tidak mengikut tatabahasa Arab. Karya ini mengaplikasikan. ni. teori i‘jaz bayaniyy dari aspek balaghah berkaitan pemilihan perkataan al-Qur’an. Fokus. U. perbincangannya berbeza dengan kajian penulis yang menjurus kepada Hadith Rasulullah (s.a.w).. 28.

(43) (vi) al-Taswir al-Nabawiyy lil-Qiyam al-Khalqiyat wa al-Tashri‘iyat fi al-Hadith al Syarif. Kajian. ini. dihasilkan. membincangkan beberapa Hadith. oleh‘Aliyy. ‘Aliyy. Subh. (2002).. Pengkaji. Rasulullah (s.a.w) selepas mengkategorikannya. kepada empat fasa. Pertama, Islam dan Iman, kedua Wuduk dan Solat, ketiga Puasa dan. ay. a. Haji, dan keempat Muamalat yang baik. Kesemua Hadith ini dianalisis daripada sudut ilmu balaghah pada perspektif sastera untuk diambil nilai tambah serta hasilnya bagi. al. mencapai matlamat ungkapan sesuatu Hadith. Dalam hal ini, pengkaji menganggap. M. kejayaan ungkapan tersebut terkandung dalam nilai-nilai syariat dan akhlak yang dihasilkan oleh Rasulullah (s.a.w). Kajian ini berbeza dengan kajian penulis kerana. of. Hadith yang terpilih mempunyai kaitan dengan empat fasa yang dibincangkan sahaja,. ty. sedangkan kajian penulis tidak dibatasi dengan fasa tersebut.. ve r. si. (vii) Balaghat al-Sard al-Qisas fi al-Qur’an al-Karim. Khadhar, Muhammad Mushrif (2004) menghasilkan karya ini sebagai satu. ni. hasil sastera yang berkaitan dengan pengajian beberapa kisah al-Qur’an. Kajian ini. U. secara keseluruhan mengandungi dua perbincangan asas. Pertama, himpunan kisah yang terdapat dalam al-Qur’an dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kisah tersebut yang dianggap sebagai wacana yang mengandungi perkaitan antara satu sama lain dari aspek waktu. Begitu juga keistimewaan pola perkataan yang digunakan dalam mempelbagaikan wacana dalam al-Qur’an. Justeru, kajian ini menumpukan kepada struktur penceritaan di dalam al-Qur’an pada aspek balaghah. Ia berbeza dengan kajian penulis yang memberi tumpuan kepada Hadith Rasulullah (s.a.w) sahaja. 29.

(44) (viii) -Bahij fi Asalib al-Bayan. Kajian ini disusun oleh Abu Hamdat, Muhammad Aliyy (2005). Kajian ini mengandungi lima bab. Ia mengetengahkan uslub penjelasan (al-bayan) yang merangkumi tasybih, isti‘arat, kinayat, dan majaz. Tumpuan praktis gaya berkenaan. a. lebih terarah kepada al-Qur’an. Perkara ini berbeza dengan kajian penulis.. Salih Hammadiyy ( 2007). Ia merangkumi. al. Kajian ini ditulis oleh Jubayr. ay. (ix) al-Taswir al-Fanniyy fi al-Qur’an al-Karim. M. mukadimah, tiga fasa dan kesimpulan. Pengkaji membincangkan dalam fasa pertama tentang fikrah atau idealisme teori gambaran dari aspek cetusan dan perkembangan, di. of. samping asas teori ini. Fasa yang kedua, dibincangkan pula beberapa ciri teori.. ty. Manakala fasa ketiga, perbincangan tentang beberapa unsur teori yang terdapat dalam. si. warisan sastera Arab. Justeru kajian ini hanya memfokuskan teori gambaran sahaja, tidak menggabungkan dengan nilai estetik sebagai gagasan pendekatan serta analisisnya. ni. ve r. kepada Hadith Rasulullah (s.a.w).. U. (xi) Mabahith fi al-Balaghat wa I‘jaz al-Qur’an al-Karim. Zanjir, Rif‘at Ahmad (2007) dalam karya di atas membincangkan perkembangan kajian balaghah dan i‘jaz al-Qur’an bermula dari zaman awal sehingga ke zaman moden. Ia bermula dengan konsep mukjizat, hubungan i‘jaz al-Qur’an dengan ilmu balaghah dan ilmu tafsir. Pada permulaannya dibincangkan perkembangan balaghah sebelum zaman pembukuan dengan merangkumi zaman jahiliah, awal Islam, 30.

(45) Umayyad dan Abbasiyah.. Seterusnya dihuraikan era pembukuan, pengasasan dan. kematangan kajian balaghah dan i‘jaz al-Qur’an yang bermula pada kurun ketiga Hijrah sehingga kurun keenam Hijrah. Pada peringkat ini dibincangkan sumbangan beberapa tokoh seperti al-Jahiz, al-Baqillaniyy, al-Jurjaniyy, dan al-Zamakhsyariyy serta sumbangan beberapa tokoh lain. Berikutnya, dihuraikan peringkat kebekuan meliputi era Sakkakiyy, al-Qazwiniyy, al-Suyutiyy, al-Raziyy, Ibn Abu al-Isba’, ‘Izz al-Din bin ‘Abd. a. al-Salam, al-Qurtubiyy, al-Baydawiyy, al-‘Alawiyy, dan al-Zarkasyiyy. Ia diakhiri. ay. dengan kupasan mengenai kajian balaghah dan i‘jaz pada zaman moden. Penumpuan perbincangannya meninjau sumbangan al-Rafi‘iyy, Ibn ‘Asyur, Sayyid Qutb serta usaha. al. tokoh-tokoh lain. Karya ini adalah terkini dan sistematik dalam menerokai. M. perkembangan kajian balaghah dan i‘jaz al-Qur’an. karya ini lebih terarah kepada. of. perkembangan i‘jaz bayaniyy sahaja tanpa menghuraikan aspek aplikasinya.. ty. (xii) al-Balaghat Fununuha wa Afnanuha ‘Ilm al-Ma‘aniyy. si. Karya ini dihasilkan oleh ‘Abbas (2009) dengan membincangkan persoalan. ve r. ‘ilmu ma‘aniyy. Ia dimulakan dengan pengenalan fasahat, balaghat, gaya, dan sejarah ringkas kajian balaghah. Perbincangan ilmu ma‘aniyy dimulakan dengan pengenalan. ni. ringkas berkaitan ilmu ini, diikuti kupasan sembilan topik utama , iaitu gaya bahasa. U. khabariyy, gaya bahasa insyaiyy, pendepanan dan pengakhiran, penyebutan dan. pengguguran, ta‘rif dan tankir, limitasi ayat (taqyid al-jumlat), qasr, fasl, dan wasl serta i‘jaz, itnab dan musawat. Karya ini membincangkan topik-topik berkaitan struktur ayat secara umum dengan membawa contoh-contoh dari al-Qur’an, Hadith, dan puisi Arab. Ia berbeza dengan kajian penulis yang memfokuskan kepada Hadith Rasulullah (s.a.w). sahaja.. 31.

(46) (xiii) al-Nazm al-Qur’aniyy fi Tafsir al-Ddur al-Masun fi ‘Ulum al-Kitab al-Maknun. Kajian di atas dihasilkan oleh al-Ghazawiyy, Khalid Hammudiyy Yahya (2012). Kajian ini menumpukan teori nazm (konstruktif) dalam penyusunan tafsir alQur’an yang berjudul “al-Samin al-Halabiyy”. Tafsir ini bercirikan kebahasaan yang memberi penekanan terhadap pandangan balaghah, gaya bahasa, dan petunjuk makna.. a. Secara khususnya, pengkaji membahagikan kajian ini kepada tiga fasa yang merupakan. ay. elemen penting dalam perbahasan balaghah, iaitu ma‘aniyy, bayan dan badi‘. Pada setiap fasa, diketengahkan perbahasan atau perbincangan tentang topik-topik berkaitan dengan. al. ketiga-tiga elemen berkenaan. Kajian ini hanya memfokuskan ilmu balaghah sahaja,. M. serta penumpuan kepada kajian al-Qur’an, dan berbeza dengan kajian penulis.. ty. of. (xiv) al-Manhaj al-Bayaniyy fi Tafsir al-Qur’an fi al-‘Asr al-Hadith. Kajian ini juga disusun oleh al-Ghazawiyy, Khalid Hammudiyy Yahya. si. (2012). Kajian ini mengetengahkan beberapa manhaj dalam tafsiran al-Qur’an. Kesemua. ve r. manhaj ini menjurus kepada pendekatan sastera (adab) dalam tafsiran al-Qur’an. Antara pendekatan para ulama yang dinyatakan dalam kajian ini sebagai sumbangsih ialah. ni. Muhammad ‘Abduh (m 1905), Rashid Rida( m 1935), Amin al-Khuliyy, Muhammad. U. Mustafa: al-Maraghiyy (m 1945), ‘Abd al-Qadir al-Maghabiyy , ‘Aishah ‘Abd alRahman (Bint al-Syati’), dan Sayyid Qutb (m 1966). Pendekatan-pendekatan di atas. ditinjau aplikasi atau pengamalannya di dalam al-Qur’an. Justeru, kajian ini berbeza dengan penulis yang menumpukan kepada Hadith Rasulullah (s.a.w) sahaja.. 32.

(47) 2.3 Tesis-tesis. Tesis adalah bentuk penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh para pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian tinggi. Ia mempunyai autoriti yang kuat dalam menyabitkan sesuatu fakta atau pembuktian. Dalam kajian ini, penulis mengemukakan fakta berdasarkan tesis yang ditemui. dan mempunyai kaitan dengan kajian yang. a. dilakukan, sama ada secara langsung ataupun tidak.. ay. Terdapat beberapa tesis yang berkaitan dengan kajian ini dan dibahagikan. M. al. kepada kategori berikut:. of. (a) Analisis pandangan sarjana tentang balaghah yang dianggap nilai estetik .. ve r. si. ty. (i) al-Qur’an dan kesannya dalam kajian Balaghah. Kajian ini disusun oleh Embong Muhamed (1985) sebagai tesis Sarjana di. ni. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menyingkap kesan. U. al-Qur’an al-Karim dalam pengajian balaghah sejak al-Qur’an diturunkan hingga era kemantapan ilmu tersebut. Kajian ini juga mengetengahkan secara ringkas definisi balaghah dan bayan, pandangan ulama mengenainya, serta keperluan pengajian balaghah, di samping motif pengajian ini dalam masyarakat Arab. Ia juga memperlihatkan kedudukan masyarakat Arab dalam balaghah serta kedudukan balaghah selepas penurunan al-Qur’an. Di samping itu, konsep i‘jaz yang menjadi asas kajian balaghah dibincangkan. dengan dibawa pandangan ulama mengenainya. Kesan. penyusunan ilmu balaghah daripada al-Qur’an diketengahkan demi meneguhkan 33.

(48) kedudukan al-Qur’an, di samping kepelbagaian usaha yang digembleng dalam memantapkan kaedah-kaedah balaghah. Kajian ini berbeza dengan kajian penulis yang menganalisis kaedah-kaedah tersebut melalui Hadith Rasulullah (s.a.w).. a. (ii) al-Hadis: Satu kajian dari sudut al-Balaghah. ay. Kajian ini disusun oleh Idris bin Abdullah (1991) sebagai tesis Sarjana di. al. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia mengetengahkan keindahan Balaghah yang terdapat dalam hadith Rasulullah (s.a.w), bermula daripada. M. pengertian hadith dan Balaghah daripada aspek bahasa dan istilah, dan memberi. of. penerangan ringkas mengenai istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kedua-dua bidang tersebut. Di samping itu, dikemukakan usaha para ilmuwan yang mengkaji dan. ty. menyusun ilmu balaghah sehingga menjadi satu ilmu yang lengkap. Kajian ini juga. si. menampilkan beberapa faktor yang membawa kepada kefasihan pertuturan Rasulullah. ve r. (s.a.w). Kemuncak perbincangan kajian ini menumpukan kepada beberapa cara pembentangan hadith serta istilah yang digunakan dalam kajian. Kajian ini hanya. ni. menumpukan kepada lima puluh satu hadith sahaja yang terbukti mengandungi unsur. U. balaghah yang tinggi. Perkara ini berbeza dengan kajian penulis yang memfokuskan. kepada koleksi Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy.. 34.

(49) (iii) Bentuk-bentuk seni badi‘ di dalam susunan bahasa al-Qur’an al-Karim.. Akhtiar Ismail (1993) menghasilkan kajian ini sebagai tesis Sarjana di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini mengetengahkan beberapa unsur yang terdapat dalam ilmu badi‘, yang merupakan salah satu daripada tiga cabang ilmu balaghah ( ma‘aniyy, bayan dan badi‘). Ia difokuskan dalam gaya al-Qur’an.. ay. a. Kajian ini tidak membincangkan keseluruhan elemen yang terdapat di dalam ilmu badi‘, tetapi hanya sebahagian besar daripadanya. Antara elemen yang dibincangkan dalam. al. kajian ini ialah tibaq, muqabalat, mubalaghat, tawriyat, iltifat, jinas, radd al-‘ajziyy ‘ala. M. al-sadr, saj‘ al-muwazanat dan lainnya. Sebanyak tujuh surah al-Qur’an dipilih untuk dianalisis elemen badi‘ tersebut, iaitu al-An‘am, Yunus, Taha, al-Anbiya’, al-Nur, al-. of. Rum, dan al-Zumar. Kajian ini juga mengetengahkan hubungan serta perkaitan ilmu Badi‘ dengan mukjizat al-Qur’an. Pengkaji menyebut takrifan bagi setiap elemen badi‘. ty. yang dibincangkan serta menerangkan kaedah dan pembahagiannya. Di samping itu,. si. dibincangkan beberapa tempat yang mempunyai unsur badi‘ yang. terdapat dalam. ve r. ketujuh-tujuh surah tersebut. Kajian ini berbeza dengan kajian penulis yang memfokuskan kepada ilmu balaghah secara keseluruhan, bukan ilmu badi‘ sahaja, di. ni. samping tumpuan kepada analisis yang berkaitan dengan Hadith Rasulullah (s.a.w). U. sahaja.. (iv) al-Mabahith al-Balaghiyyat fi Tafsir al-Tabariyy. Kajian ini dihasilkan oleh Mahmud al-Zayniyy bin Ahmad (1993) sebagai tesis Ph.D di Kulliyyat al-Lughat al-‘Arabiyyat di Universiti al-Azhar, Mesir. Kajian ini 35.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, istimewanya kitab Faysal ini dapat dilihat menerusi pendekatan yang dikemukakan oleh al-Ghazali dalam isu takfir ialah usaha beliau menghubungkaitkan isu takfir ini

Sebagai rumusan terhadap kesemua Fasa mengenai kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh penceramah Program Usahawan Muda mengikut persepsi pelajar Program Usahawan Muda ialah

Setelah meneliti kitab-kitab hadith yang muktabar dan pencarian melalui perisian komputer serta melalui laman sesawang yang berautoriti, sebarang maklumat berkaitan

Secara analisanya, BIMB mengalami perkembangan pembiayaan yang lebih baik berbanding BMMB dengan peningkatan berterusan aset pembiayaan ini dalam 5 tahun terkini,

Dengan menggunakan perbandingan analisis sintaksis dan analisis nahu intensional bagi kedua-dua bahasa iaitu bahasa Benggali dengan bahasa Melayu, terjemahkan teks 2 sebagaimana

Metode penulisan Hadith kedua yang terdapat pada Surah al-Baqarah dalam Tafsir al-Mishbah dan Tafsir Pedoman Muttaqin ialah menyatakan Hadith dengan mukharrij tanpa

Dapatan kajian Suraiya juga menunjukkan faktor berlakunya percampuran kod adalah kerana (a) berlaku tanpa disengajakan; (b) untuk menarik perhatian; (c) untuk

Pengkaji ingin mengenal pasti tahap penggunaan strategi komunikasi dalam kalangan pelajar. Cara ini akan menampakkan strategi yang manakah yang lebih kerap digunakan